‘jatuh cinta’ dek ‘salina’ guru melayu cemerlang

1
- a - - - a - - a m i i , - h a ESHAMSUL JANGARODIN [email protected] ENCIK Ariff Rizwan Mohammed Eusoff Sahab jatuh cinta pada bahasa dan sastera Melayu sejak membaca novel Melayu pertamanya, Salina, tulisan A. Samad Said, hampir sede- kad lalu. Malah, begitu besar minat beliau terhadap bahasa ibundanya itu se- hingga Encik Ariff sanggup mengga- daikan masa setahun di maktab ren- dah untuk ‘berpindah padang’ bagi mengikuti Program Latihan Khas (STP) Bahasa Ibunda di Institut Pen- didikan Nasional (NIE). Pengorbanan beliau demi menge- jar minatnya itu ternyata berbaloi apabila Encik Ariff meraih markah cemerlang dua tahun kemudian dan dapat meneruskan pendidikannya di peringkat diploma. Tahun ini, Encik Ariff, 23 tahun, sekali lagi membuktikan kebolehan- nya apabila beliau muncul sebagai satu-satunya graduan Melayu NIE yang merangkul dua anugerah – Ha- diah Buku Syarikat Guru-Guru Me- layu Koperatif Berhad (SGM) dan Pingat Emas Ulang Tahun ke-75 Ro- tary Antarabangsa. Anugerah kedua itu diberikan atas kepimpinan beliau yang cemer- lang dan dedikasinya berkhidmat ke- pada masyarakat. Beliau bakal menerima kededua anugerah itu esok. Dihubungi semalam, Encik Ariff bersyukur kerana mampu menanga- ni cabaran utama beliau semasa me- nuntut di NIE dan pada masa yang sa- ma menyumbang tenaga sebagai Naib Setiausaha Kehormat Angka- tan Sasterawan (Asas) ’50. “Masa merupakan cabaran utama saya. Selepas peperiksaan, saya per- lu melakukan aktiviti sastera bersa- ma Asas ’50, dan saya bersyukur ke- rana mampu melaksanakan kededua- nya dengan baik,” kata Encik Ariff. Ini meskipun beliau terpaksa ber- ulang-alik menyeberangi Koswe se- tiap hari dari rumah ibu bapanya di Johor Bahru ke kampusnya di sini. Ditanya tentang peranan yang akan dimainkannya bagi menggalak minat sastera Melayu di kalangan golongan muda Melayu, Encik Ariff, yang kini ditugaskan mengajar mu- rid darjah satu dan dua di Sekolah Rendah Greenwood, berkata: “Saya percaya sastera Melayu masih wujud di kalangan anak muda kita. Aktiviti sastera kerap diadakan dan kebanyakan hadirin merupakan anak muda. “Jadi, saya rasa kalau kita luas- kan kesedaran tentang sastera di kalangan anak muda, dan kita per- mudahkan bahan sastera itu sebagai sesuatu yang tidak terlalu tinggi tahapnya, saya pasti ia akan menarik perhatian anak muda kita,” kata En- cik Ariff. Pada November ini, anak ketiga daripada empat adik-beradik itu akan memulakan Perkhidmatan Negara bersama Angkatan Bersenja- ta Singapura (SAF) di Pulau Tekong. “Selepas dua tahun, saya akan memulakan sarjana muda saya pula di NIE. Usaha mempertingkatkan di- ri belum berakhir,” kata Encik Ariff. ‘Jatuh cinta’ dek ‘Salina’ Azam pastikan bahasa Melayu mekar ENCIK ARIFF: Muncul sebagai satu-satunya graduan Melayu NIE yang merangkul dua anugerah – Hadiah Buku Syarikat Guru-Guru Melayu Koperatif Berhad (SGM) dan Pingat Emas Ulang Tahun ke-75 Rotary Antarabangsa. – Foto TAUFIK A. KADER Pengorbanan tinggalkan JC bagi ikuti program bahasa ibunda di NIE berbaloi

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ‘Jatuh cinta’ dek ‘Salina’ GURU MELAYU CEMERLANG

CIK Haryati Hassan sanggup be-lajar cara memasak makanan rumitseperti telur kukus khas Korea, cha-wanmushi, dan pencuci mulut kege-maran ramai, tiramisu.

Guru berusia 31 tahun itu mela-kukannya bukan saja untuk diri be-liau sendiri, malah demi pelajarnyajuga.

Setelah belajar cara menyiapkanhidangan-hidangan itu, Cik Haryatimengajarnya pula kepada pelajar pe-rempuannya – selepas waktu seko-lah.

Beliau turut meluangkan masamenganjurkan perkhemahan dan se-si membuat jadual selepas sekolah,yang menyatukan pelajar tercicirbersama ibu bapa mereka.

Berkat usaha murninya itu, Cik

Haryati adalah antara lima guru –dan satu-satunya guru Melayu/Islam– yang terpilih menerima AnugerahBelia Cemerlang dalam Pendidikan(OYEA) yang diberi KementerianPendidikan (MOE).

Anugerah tersebut disampaikanMenteri Pendidikan, Encik HengSwee Keat, semasa majlis penoba-tan guru di Institut Pendidikan Na-sional (NIE), Selasa lalu.

Menurut satu kenyataan MOE,mereka terpilih daripada 670 guruyang dicalonkan tahun ini.

Bagi Cik Haryati, guru SekolahGeylang Methodist, sesukar manapun beliau sanggup tempuh demimengelakkan pelajarnya daripadaterjebak dalam kancah maksiat dankegiatan samseng.

“Anak-anak ini mempunyai ke-bolehan. Meskipun hampir terjebakatau sudah pun terjebak dalamkancah sedemikian, mereka masihdatang ke sekolah.

“Jadi, saya ingin memastikan

mereka sedar akan kebolehan mere-ka. Setiap anak, tidak kira betapatersasarnya perjalanan hidup mere-ka, masih ada peluang dan hara-pan,” ujar Ketua Jabatan (HOD) Es-tetik, Kraf dan Teknologi itu ketikadihubungi, baru-baru ini.

OYEA merupakan anugerah pe-ringkat kebangsaan yang mengikti-raf guru muda atas semangat, tenagadan iltizam yang ditunjukkan dalampembangunan belia.

Ia bertujuan menyuntik inspirasidalam diri belia agar menceburibidang pendidikan.

Sejak diperkenalkan pada 1999,seramai 44 guru telah diiktiraf.

Sebanyak 3,074 borang pencalo-nan diterima daripada pihak sekolahdan orang ramai tahun ini.

Pemenang kategori ini menerima

piala dan sijil serta peluang menyer-tai program pembangunan profe-sional di luar negara.

“Saya rasa gembira dan tidaksangka dapat menerima anugerahini. Saya akan teruskan usaha saya.Saya ingin berkongsi apa yang sayabuat bersama semua dan menjalinkerjasama bersama guru lain sertaibu bapa pelajar,” ujar Cik Haryati.

Dalam ucapannya, Encik Hengberkata lebih 2,000 guru akan diteri-ma dalam bidang perguruan sepan-jang majlis penobatan yang dijalan-kan minggu ini.

Beliau mengingatkan para gurutentang niat asal mereka menyertaibidang mengajar, sambil menukil ka-jian yang menunjukkan bahawa 96peratus guru baru berniat murni in-gin menceburi bidang itu.

“Biarlah niat itu menjadi kompasdalam membimbing cara anda ber-fikir, merasai dan bertindak sebagaiseorang guru. Hidupkan misi me-mimpin, menyayangi dan memberiinspirasi,” ujar Encik Heng.

ESHAMSUL [email protected]

ENCIK Ariff Rizwan MohammedEusoff Sahab jatuh cinta pada bahasadan sastera Melayu sejak membacanovel Melayu pertamanya, Salina,tulisan A. Samad Said, hampir sede-kad lalu.

Malah, begitu besar minat beliauterhadap bahasa ibundanya itu se-hingga Encik Ariff sanggup mengga-daikan masa setahun di maktab ren-dah untuk ‘berpindah padang’ bagimengikuti Program Latihan Khas(STP) Bahasa Ibunda di Institut Pen-didikan Nasional (NIE).

Pengorbanan beliau demi menge-jar minatnya itu ternyata berbaloiapabila Encik Ariff meraih markahcemerlang dua tahun kemudian dandapat meneruskan pendidikannya diperingkat diploma.

Tahun ini, Encik Ariff, 23 tahun,sekali lagi membuktikan kebolehan-nya apabila beliau muncul sebagaisatu-satunya graduan Melayu NIEyang merangkul dua anugerah – Ha-diah Buku Syarikat Guru-Guru Me-layu Koperatif Berhad (SGM) danPingat Emas Ulang Tahun ke-75 Ro-tary Antarabangsa.

Anugerah kedua itu diberikanatas kepimpinan beliau yang cemer-lang dan dedikasinya berkhidmat ke-pada masyarakat.

Beliau bakal menerima kededuaanugerah itu esok.

Dihubungi semalam, Encik Ariffbersyukur kerana mampu menanga-ni cabaran utama beliau semasa me-nuntut di NIE dan pada masa yang sa-ma menyumbang tenaga sebagaiNaib Setiausaha Kehormat Angka-tan Sasterawan (Asas) ’50.

“Masa merupakan cabaran utamasaya. Selepas peperiksaan, saya per-lu melakukan aktiviti sastera bersa-ma Asas ’50, dan saya bersyukur ke-rana mampu melaksanakan kededua-nya dengan baik,” kata Encik Ariff.

Ini meskipun beliau terpaksa ber-ulang-alik menyeberangi Koswe se-tiap hari dari rumah ibu bapanya diJohor Bahru ke kampusnya di sini.

Ditanya tentang peranan yangakan dimainkannya bagi menggalakminat sastera Melayu di kalangangolongan muda Melayu, Encik Ariff,yang kini ditugaskan mengajar mu-rid darjah satu dan dua di SekolahRendah Greenwood, berkata:

“Saya percaya sastera Melayumasih wujud di kalangan anak mudakita. Aktiviti sastera kerap diadakandan kebanyakan hadirin merupakananak muda.

“Jadi, saya rasa kalau kita luas-kan kesedaran tentang sastera dikalangan anak muda, dan kita per-mudahkan bahan sastera itu sebagaisesuatu yang tidak terlalu tinggitahapnya, saya pasti ia akan menarik

perhatian anak muda kita,” kata En-cik Ariff.

Pada November ini, anak ketigadaripada empat adik-beradik ituakan memulakan PerkhidmatanNegara bersama Angkatan Bersenja-ta Singapura (SAF) di Pulau Tekong.

“Selepas dua tahun, saya akanmemulakan sarjana muda saya puladi NIE. Usaha mempertingkatkan di-ri belum berakhir,” kata Encik Ariff.

BARU dua minggu memulakan tugassecara rasmi sebagai seorang guru ba-hasa Melayu, Encik Mohamed Rozaini Bi-din sudah pun menetapkan matlamatperibadinya – memastikan penggunaanbahasa Melayu tetap mekar di kalangangenerasi muda hari ini.

Beliau berazam mendidik dan meng-galak anak-anak muridnya mengguna-kan bahasa Melayu dengan yakin danbetul.

“Anak-anak muda kita hari ini lebihcenderung menggunakan bahasa Ingge-ris. Jadi, salah satu perjuangan peribadisaya ialah memastikan penggunaan ba-hasa Melayu tidak dilupakan,” kata En-cik Rozaini, 25 tahun.

Beliau muncul sebagai antara pelajarterbaik semasa menjadi guru pelatih di In-stitut Pendidikan Nasional (NIE) baru-ba-ru ini.

Hari ini, guru yang mengajar di Seko-lah Menengah East View itu akan meneri-ma Anugerah Hadiah Buku Syarikat Gu-ru-Guru Melayu Koperatif Berhad(SGM) kerana pencapaian terbaik dalambahasa dan sastera Melayu semasa meng-ambil kursus Sarjana Muda Sastera (Pen-didikan) selama empat tahun di NIE.

Beliau lulus dengan kepujian kelaskedua atas dan meraih kepujian bagipraktikum terakhirnya.

Ditanya mengapa beliau memilih ker-jaya sebagai guru bahasa Melayu, EncikRozaini berkata minat beliau mula tim-bul semasa mengambil Program ElektifBahasa Melayu (MLEP) di Maktab Ren-dah Tampines (TPJC).

“Semasa di sekolah, saya sudah punmeminati bahasa Melayu. Di sampingitu, galakan daripada guru-guru saya diTPJC yang hebat-hebat sehingga men-dorong saya memilih haluan kerjaya se-bagai guru bahasa Melayu,” kata beliau.

Anak ketiga daripada empat beradikyang kesemuanya lelaki itu juga menyi-fatkan pengaruh bapanya – yang gigihmencari nafkah demi menampung kelu-arganya yang besar – sebagai salah satudorongan utama beliau melakukan yangterbaik dalam pelajaran dan hidupnya.

Kata Encik Rozaini, bapanya bekerjadari pagi hingga malam, dan ada kalanyamemikul tugas kedua sebagai pemanduteksi sambilan kerana mahu melihat be-liau adik-beradik berjaya.

Ibunya seorang suri rumah.“Pencapaian baik saya ini adalah sa-

lah satu cara saya membalas budi orangtua saya,” kata Encik Rozaini yang bakalmendirikan rumah tangga dengan se-orang jururawat pada November ini.

‘Jatuh cinta’ dek ‘Salina’Rela berkorbandemi pelajar

Azam pastikan bahasa Melayu mekar

ENCIK ARIFF: Muncul sebagai satu-satunya graduan Melayu NIE yang merangkul dua anugerah – Hadiah Buku Syarikat Guru-GuruMelayu Koperatif Berhad (SGM) dan Pingat Emas Ulang Tahun ke-75 Rotary Antarabangsa. – Foto TAUFIK A. KADER

Pengorbanan tinggalkan JC bagi ikuti program bahasa ibunda di NIE berbaloi

CIK HARYATI: Sanggup melaburkan masa dan tenaga di luar waktu sekolahsemata-mata kerana ingin menyelamatkan anak muridnya daripada terjebakdalam kancah maksiat atau kegiatan samseng. – Foto TAUFIK A. KADER

ENCIK ROZAINI: Pencapaian baik adalah salah satu cara beliau membalasbudi kedua-dua orang tuanya. – Foto TUKIMAN WARJI

GURU MELAYU CEMERLANG

6 Berita Harian | Jumaat, 12 Julai 2013

Berita SETEMPAT

wxjlow
Highlight