2005 05 btmk guru cemerlang

18
PENGISIAN JAWATAN GURU CEMERLANG SISWAZAH GRED DG44 (KUP), GRED DG52 (KUP) DAN GRED KHAS C (KUP) TAHUN 2005 1. Tujuan Surat Siaran Siaran ini dibuat dengan tujuan: i. Memaklumkan definisi, rasional, syarat pencalonan dan permohonan Guru Cemerlang Siswazah. ii. Mempelawa Pengetua, Pengarah Institusi, Pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai Pelajaran Gabungan, Pengarah Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian berkenaan mencalonkan guru dan pensyarah yang layak dan memenuhi syarat untuk menyandang jawatan Guru Cemerlang Siswazah. iii. Mempelawa permohonan daripada guru dan pensyarah yang layak dan memenuhi syarat untuk menyandang jawatan Guru Cemerlang Siswazah. 2. Definisi Guru Cemerlang 2.1 Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. 2.2 Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi: a. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. b. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. c. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Upload: siti-aminah-siti

Post on 15-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LL

TRANSCRIPT

Page 1: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

PENGISIAN JAWATAN GURU CEMERLANG SISWAZAH GRED DG44 (KUP), GRED DG52 (KUP) DAN GRED KHAS C (KUP)

TAHUN 2005 1. Tujuan Surat Siaran

Siaran ini dibuat dengan tujuan: i. Memaklumkan definisi, rasional, syarat pencalonan dan permohonan Guru

Cemerlang Siswazah. ii. Mempelawa Pengetua, Pengarah Institusi, Pegawai Pelajaran Daerah,

Pegawai Pelajaran Gabungan, Pengarah Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian berkenaan mencalonkan guru dan pensyarah yang layak dan memenuhi syarat untuk menyandang jawatan Guru Cemerlang Siswazah.

iii. Mempelawa permohonan daripada guru dan pensyarah yang layak dan

memenuhi syarat untuk menyandang jawatan Guru Cemerlang Siswazah.

2. Definisi Guru Cemerlang

2.1 Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi:

a. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah

yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar.

b. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang

menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

c. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya

meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 2: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

d. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran

komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum.

e. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif,

mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru

Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

3. Tujuan Pewujudan Jawatan Guru Cemerlang

3.1 Jawatan Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1993

dengan tujuan berikut: (a) memperluaskan jawatan naik pangkat dalam perkhidmatan

pelajaran; (b) memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang

berpengetahuan, berpengalaman, berkemahiran dan mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran;

(c) membolehkan guru-guru dinaikkan pangkat tanpa perlu

meninggalkan tugas mengajar di bilik darjah atau bertukar ke jawatan pentadbiran; dan

(d) menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke jawatan lebih

tinggi secara laluan laju (fast track).

2

Page 3: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

4. Pencalonan dan Permohonan Guru Cemerlang 4.1 Calon dan pihak pencalon:

Calon Pencalon 1. Guru Sekolah

Menengah Pengetua/Pegawai Pelajaran Gabungan/Pegawai Pelajaran Daerah/Ketua Nazir Negeri/Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/Ketua Nazir Sekolah.

2. Pensyarah Kolej Matrikulasi

Pengarah Kolej Matrikulasi/Pengarah Bahagian Matrikulasi/Ketua Nazir Sekolah.

3. Pensyarah Kolej Komuniti

Pengarah Kolej Komuniti/Pengarah Bahagian berkenaan/Ketua Nazir Sekolah.

4. Pensyarah Maktab Perguruan

Pengarah Maktab Perguruan/Pengarah Bahagian Pendidikan Guru/Ketua Nazir Sekolah.

5. Pensyarah Politeknik

Pengarah Politeknik/Pengarah Bahagian berkenaan/ Ketua Nazir Sekolah.

6. Pensyarah Institut Aminuddin Baki

Pengarah Institut Aminuddin Baki /Ketua Nazir Sekolah.

4.2 Guru dan Pensyarah boleh memohon sendiri sekiranya tiada pencalonan

daripada mana-mana pihak di atas. 4.3 Semua pencalonan dan permohonan hendaklah dibuat dengan

menggunakan Borang Permohonan Guru Cemerlang Siswazah (JNS/GCS/05/01).

4.4 Semua borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah

dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

4.5 Pihak sekolah, institusi pelajaran dan Bahagian Kementerian Pelajaran yang menerima borang permohonan perlulah menyemak Borang Permohonan Guru Cemerlang berdasarkan senarai semak yang disediakan dalam Lampiran-i yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

4.6 Borang Permohonan yang lengkap dan telah disemak hendaklah

dimasukkan ke dalam sampul surat, dilakri dan dihantar kepada:

Pemohon daripada Dihantar kepada 1. Sekolah Menengah Ketua Nazir Negeri

(alamat di negeri yang berkenaan seperti dalam Lampiran-ii) (u.p: Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang)

2. Kolej Matrikulasi/ Kolej Komuniti/ Maktab Perguruan/ Politeknik/Institut Aminuddin Baki

Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 – 5, Blok E-15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (u.p: Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang)

3

Page 4: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

4.7 Permohonan yang tidak memenuhi syarat atau borang yang tidak

lengkap atau mengandungi maklumat palsu akan ditolak tanpa sebarang pemberitahuan.

4.8 Hanya pemohon yang didapati layak sahaja akan dinilai.

5. Syarat-Syarat Umum Permohonan

5.1 Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred DG41,

Penyandang Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) dan Penyandang Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP) yang sedang mengajar di sekolah/ Kolej Matrikulasi/Kolej Komuniti/Maktab Perguruan/Politeknik/Institut Aminuddin Baki.

5.2 Telah disahkan dalam jawatan. 5.3 Berumur sekurang-kurangnya 31 tahun pada 01.01.2005. 5.4 Telah diluluskan perisytiharan harta.

5.5 Mempunyai rekod perkhidmatan bebas daripada tindakan tatatertib. 5.6 Memperoleh Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang bagi

tiga tahun terakhir.

6. Syarat-syarat Khusus Permohonan

6.1 Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG44:

a. Pengalaman mengajar tidak kurang dari 7 tahun pada 01.01.2005 dalam gred DG41.

b. Telah lulus Peperiksaan atau Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam gred sekarang.

c. Mempunyai kelayakan akademik dalam mata pelajaran yang dipohon atau dalam disiplin yang sama, pada peringkat ijazah pertama atau kelayakan ikhtisas.

d. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.

e. Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.

4

Page 5: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

6.2 Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG52 (KUP):

a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48

(KUP) tidak kurang dari 3 tahun pada 01.01.2005. b. Telah lulus Peperiksaan atau Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

dalam gred sekarang. c. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran

utama yang diajar oleh pemohon. d. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata

pelajaran kepakaran dalam gred DG48 (KUP). e. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi

Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP). f. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) semenjak

dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

6.3 Bagi pemohon Guru Cemerlang Siswazah Gred Khas C (KUP):

a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP).

b. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.

c. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata pelajaran kepakaran dalam gred DG54 (KUP).

d. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP).

e. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP) semenjak dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

7. Syarat Pelantikan

Pelantikan dan pengesahan perjawatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.

8. Tanggungjawab Guru Cemerlang

8.1 Guru Cemerlang yang telah dilantik dikehendaki mengajar mata

pelajaran kepakarannya di sekolah/institusi pendidikan yang ditetapkan dan tidak boleh memegang jawatan pentadbiran (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

8.2 Guru Cemerlang yang bertukar atau berpindah sekolah perlu mengajar

mata pelajaran yang sama untuk kekal dalam jawatan Guru Cemerlang.

5

Page 6: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

8.3 Sasaran Kerja Tahunan Guru Cemerlang di Sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan Institut Aminuddin Baki ialah seperti berikut:

Peratus Masa (%) Bil. Tugas DG44

(KUP) DG48 (KUP)

DG52 (KUP)

DG54 (KUP)

Gred Khas C (KUP)

1. Membuat Perancangan Pengajaran dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran untuk mencapai tahap yang ditetapkan oleh Pengetua/ Pengarah Institusi di tempat berkhidmat.

75%

70%

65%

60%

50%

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran di tempat berkhidmat.

10%

10%

15%

15%

15%

3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dan pelajar dalam bidang kepakaran di tempat berkhidmat.

8%

10%

10%

10%

10%

4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam bidang/mata pelajaran kepakaran dan membentang hasilnya kepada masyarakat pendidik.

2%

5%

5%

7%

10%

5. Melaksanakan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia dengan restu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

5%

5%

5%

8%

15%

Jumlah 100 % 100 % 100 % 100 % 100 %

9. Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2005.

10. Tarikh Kuatkuasa Surat siaran ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ia dikeluarkan.

(DATO’ DR. HAJI AHAMAD BIN SIPON) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Tarikh:

6

Page 7: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERMOHONAN GURU CEMERLANG SISWAZAH GRED DG44 (KUP), GRED DG52 (KUP) DAN GRED KHAS C (KUP) – TAHUN 2005

Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah adalah dipelawa untuk memohon jawatan Guru Cemerlang.

A. SYARAT PERMOHONAN

1. Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred DG41, Penyandang Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) dan Penyandang Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP) yang sedang mengajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan Institut Aminuddin Baki.

2. Telah disahkan dalam jawatan.

3. Berumur sekurang-kurangnya 31 tahun pada 01.01.2005.

4. Telah diluluskan perisytiharan harta.

5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.

6. Memperoleh Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang bagi tiga tahun terakhir.

7. Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG44 (KUP): a. Pengalaman mengajar tidak kurang dari 7 tahun pada 01.01.2005 dalam gred DG41. b. Telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam gred sekarang. c. Mempunyai kelayakan akademik dalam mata pelajaran yang dipohon atau dalam disiplin yang sama, pada peringkat ijazah pertama

atau kelayakan ikhtisas. d. Mata pelajaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon. e. Mengajar mata pelajaran yang dipohon dalam tempoh 3 tahun terakhir berturut-turut.

8. Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG52 (KUP):

a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) tidak kurang dari 3 tahun pada 01.01.2005. b. Telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam gred sekarang. c. Mata pelajaran kepakaran merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon. d. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata pelajaran kepakaran dalam gred DG48 (KUP). e. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP). f. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) semenjak dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti

Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

9. Bagi pemohon Guru Cemerlang Siswazah Gred Khas C (KUP): a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP). b. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon. c. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata pelajaran kepakaran dalam gred DG54 (KUP). d. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP). e. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP) semenjak dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti

Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

B. SYARAT PELANTIKAN

Pelantikan dan pengesahan perjawatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.

C. TANGGUNGJAWAB

Guru Cemerlang yang telah dilantik dikehendaki mengajar mata pelajaran kepakarannya di sekolah/institusi pendidikan yang ditetapkan dan tidak boleh memegang jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, , Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB.

D. CARA MEMOHON

1. Ketua Jabatan tempat guru dan pensyarah bertugas boleh menjadi pencalon. 2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG SISWAZAH (JNS/GCS/05/01). 3. Pemohon hendaklah merujuk Surat Siaran Pengisian Jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG44 (KUP), Gred DG52 (KUP), Gred

Khas C (KUP) Tahun 2005.

E. BORANG PERMOHONAN Borang permohonan boleh didapati di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Jemaah Nazir Sekolah Negeri berkenaan dan melalui internet www.emoe.gov.my.

F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Semua borang permohonan hendaklah sampai kepada Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang pada atau sebelum 30 JUN 2005. URUS SETIA PEMILIHAN GURU CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2005 JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 8: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

JNS/GCS/05/01

PERMOHONAN UNTUK GURU CEMERLANG:

Gred DG44 (KUP)

Gred DG52 (KUP)

Gred Khas C (KUP) Sila tandakan ( ) dalam petak berkenaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG SISWAZAH

Pemohon dan ketua jabatan tempat pemohon bertugas hendaklah membaca surat siaran PENGISIAN JAWATAN GURU CEMERLANG SISWAZAH GRED DG44 (KUP), GRED DG52 (KUP) DAN GRED KHAS C (KUP) TAHUN 2005 sebelum mengisi borang permohonan ini.

Arahan:

1. Borang permohonan ini hendaklah diisi dalam satu salinan. 2. Data dan maklumat yang diberikan hendaklah betul, tepat dan lengkap.

3. Semua dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dilampirkan

bersama.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada ketua jabatan masing-masing untuk tapisan awal.

5. Ketua jabatan dikehendaki mengemukakan borang permohonan yang melepasi

tapisan awal dalam sampul surat berlakri dan ditulis JNS/GCS/05/01 pada sudut atas sebelah kiri, kepada:

Pemohon dari sekolah Pemohon dari Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab

Perguruan, Politeknik dan Institut Aminuddin Baki

Ketua Nazir Negeri Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (alamat JNS negeri berkenaan) (u.p. Urus Setia Penilaian Guru Cemerlang)

Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3 – 5, Blok E-15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (u.p. Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang)

6. Borang permohonan hendaklah sampai kepada alamat di atas pada atau

sebelum 30 JUN 2005.

1

Page 9: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

BAHAGIAN I (Diisi oleh Pemohon) MAKLUMAT PERIBADI DAN PERKHIDMATAN Gambar

a. Pada tanda * potong mana yang tidak berkenaan. b. Jika ruang yang disediakan tidak mencukupi, sila gunakan lampiran. 1. Nama (dalam huruf besar seperti dalam kad pengenalan): _________________________________________________________________ 2. No. Kad Pengenalan (Baru): ___________________(Lama): __________________ 3. Tarikh Lahir: ___________________ 4. Jantina: *Lelaki / Perempuan 5. Keturunan: __________________ 6. Agama: __________________________ 7. Umur pada 1 Januari 2005: ________ Tahun ________ Bulan 8. Taraf Perkahwinan: *Berkahwin / Bujang 9. Tempat Bertugas Sekarang: a. Nama dan Alamat ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ b. No. Telefon: __________________ c. No. Faks: ____________________ d. E-mail: __________________________ 10. Alamat Rumah: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 11. No. Tel. Rumah: ________________ 12. No. Tel. Bimbit: __________________ 13. E-mail Pemohon: ___________________________ 14. Nombor Fail Perkhidmatan (JPN/Bahagian): _______________________________ 15. Skim Perkhidmatan Sekarang: _______________________________________ 16. Tarikh Lantikan Sebagai PPP Siswazah: _______________________________ 17. Tarikh Disahkan Sebagai PPP Siswazah: _______________________________ 18. Jawatan Sekarang: ________________________________ Gred __________ Tarikh Lantikan: __________________ Tarikh Disahkan: ____________

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 2

Page 10: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

19. Kelulusan Akademik Peringkat Ijazah:

Bil. Kelulusan Akademik Tahun Pengkhususan

20. Kelulusan Ikhtisas:

Bil. Kelulusan Ikhtisas Tahun Pengkhususan

21. Mata Pelajaran yang Dipohon: ________________________________________ 22. Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Dipohon Sehingga Sekarang :

_________ Tahun ______ Bulan 23. Perisytiharan Harta Terkini: *sudah / belum Jika sudah nyatakan tarikh diluluskan: _____________ dan No. Rujukan Surat Kelulusan: _______________________ 24. Tindakan Tatatertib: *Ada / Tiada. Jika Ada, Tarikh Hukuman: _____________ Jenis Hukuman: ___________________________________________________ 25. Kelulusan PTK: *sudah / belum Jika sudah nyatakan tarikh lulus: __________ dan No. Rujukan Surat Kelulusan: ____________________ 26. Tiga Mata Pelajaran Utama yang Diajar Sejak Tahun 2003:

Waktu Mengajar Seminggu Tahun Mata Pelajaran Tingkatan/ Tahun/Kursus Bilangan Waktu Jumlah Jam Institusi

2003

2004

2005

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 3

Page 11: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

27. Tugas Bukan Mengajar bagi Tahun 2003 Hingga 2005 di Peringkat Sekolah atau Institusi:

Bil. Tahun Tugas Bil. Tahun Tugas 1. 6.

2. 7.

3. 8.

4. 9.

5. 10.

28. Program atau Latihan Dalam Perkhidmatan (seperti kursus, seminar dan bengkel)

yang Telah Dihadiri. (Senaraikan lima program/latihan yang utama dalam sepanjang tempoh perkhidmatan):

Bil. Tempoh Nama Program/Latihan Penganjur 1.

2.

3.

4.

5.

29. Sumbangan Kepakaran Berkaitan Mata Pelajaran yang Dipohon Sejak Tiga Tahun Terakhir (2003 – 2005):

A: Agensi Peringkat Kementerian Pelajaran (seperti Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan Guru, JAPIM dan Pusat Perkembangan Kurikulum)

Bil. Sumbangan Kepakaran Penganjur Tempoh

1.

2.

3.

4.

5.

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 4

Page 12: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

B: Agensi Pendidikan Peringkat Negeri (seperti JPN, PSPN).

Bil. Sumbangan Kepakaran Penganjur Tempoh

1.

2.

3.

4.

5.

C: Agensi Pendidikan Peringkat Daerah (seperti PKG, PPD, sekolah-sekolah

institusi-institusi sekitar)

Bil. Sumbangan Kepakaran Penganjur Tempoh 1.

2.

3.

4.

5.

D: Agensi di Luar Kementerian Pelajaran Malaysia (seperti KEMAS, Kementerian

Kesihatan dan Kementerian Belia & Sukan)

Bil. Sumbangan Kepakaran Penganjur Tempoh 1.

2.

3.

4.

5.

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 5

Page 13: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

30. Penghasilan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (seperti model, modul

dan garis panduan untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar)

Bil. Tajuk Tahun Penghasilan Kumpulan Sasaran 1.

2.

3.

4.

5. 31. Penulisan Ilmiah yang Pernah Dihasilkan dan Diterbitkan.

Bil. Tajuk Penerbitan (majalah, jurnal, buku teks dsb) Tarikh

1.

2.

3.

4.

5. 32. Kajian Tindakan yang Pernah Dibuat Sejak tiga (3) tahun terakhir (sila lampirkan).

Bil. Tajuk Kajian Peringkat Tahun 1.

2.

3.

4.

5. 33. Inovasi Berkaitan Mata Pelajaran yang Dihasilkan sejak tiga (3) tahun terakhir:

Bil. Inovasi Yang Dihasilkan Tahun Dihasilkan 1. 2. 3. 4. 5.

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 6

Page 14: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

34. Anugerah/Penghargaan/Surat Kepujian yang Telah Diterima Berkaitan Mata Pelajaran yang Dipohon Sejak Tiga Tahun Terakhir (2003 – 2005):

Bil. Anugerah/Penghargaan/Surat Kepujian Tahun 1.

2.

3.

4.

5. 35. Berikan huraian dalam 150 hingga 200 patah perkataan bagi setiap perkara

berikut: (a) Sumbangan dan komitmen anda kepada organisasi.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… ..…………………………………………………………………………………………..……………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… (b) Sumbangan anda dalam mempertingkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran kepakaran yang dipohon.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..………………

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 7

Page 15: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

……………………………………………………………………………………………..……………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… (c) Usaha Anda bagi Meningkatkan Tahap Profesionalisme dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Mata Pelajaran yang Dipohon.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… (d) Harapan dan Wawasan Anda Sebagai Seorang Guru Cemerlang. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..……………… …………………………………………………………………………………………..………………………………………………..………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..……….……………………………………….………………

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 8

Page 16: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

PENGAKUAN PEMOHON

Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberi adalah benar.

Tandatangan: ……………………………………………. Tarikh : ………………… (Nama: )

ULASAN KETUA JABATAN:

…………………………………………………………………………………………..………………………………………………..………

…………………………………………………………………………………………..………………………………………………..………

…………………………………………………………………………………………..………………………………………………..………

…………………………………………………………………………………………..………………………………………………..………

…………………………………………………………………………………………..………………………………………………..………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

PENGESAHAN KETUA JABATAN

Saya mengesahkan bahawa semua maklumat mengenai

_____________________________________________________________ (nama pemohon)

di atas sepanjang pengetahuan saya adalah benar.

Saya *menyokong / tidak menyokong permohonan ini. Tandatangan ............................................................... Tarikh : .......................... (Nama: ) Cop Jawatan :

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005 9

Page 17: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

Lampiran - i

SENARAI SEMAK BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG TAHUN 2005 UNTUK JAWATANKUASA PENAPIS PERINGKAT JABATAN PEMOHON BERTUGAS

Nama Pemohon: …………………………………………………………………………… Alamat Tempat Bertugas: …………………………………………………………………………..

Bil.

Perkara (semua salinan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan)

√ atau X

1. Pemohon telah disahkan dalam jawatan sekarang(sertakan salinan surat pengesahan perlantikan dan surat sah jawatan).

2. Pemohon berumur sekurang-kurangnya 31 tahun pada 1.1.2005 (sertakan salinan kad pengenalan). 3. Telah diluluskan perisytiharan harta (sertakan salinan surat kelulusan). 4. Pemohon mempunyai rekod perkhidmatan bebas daripada tindakan tatatertib. 5. Pemohon ke jawatan GC DG44 (KUP) dan GC DG52 (KUP) telah lulus PTK (sertakan salinan surat

kelulusan).

6. Pemohon hanya memilih satu mata pelajaran kepakaran sahaja. 7. Pemohon ke jawatan GC DG44 (KUP) mesti telah mengajar mata pelajaran yang dipohon selama 3

tahun terakhir berturut-turut, bagi pemohon ke jawatan GC DG 52 (KUP) dan pemohon ke jawatan GC Gred Khas C (KUP) mesti kekal mengajar mata pelajaran kepakaran jawatan Guru Cemerlangnya.

8. Pemohon Siswazah GC DG44 (KUP) telah mengajar sekurang-kurangnya 7 tahun dalam skim perkhidmatan yang sama, Pemohon Siswazah GC DG52 (KUP) telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun dalam skim perkhidmatan yang sama dan Pemohon Siswazah GC Gred C (KUP) mestilah penyandang GC Gred DG54 (KUP).

9. Pemohon memperolehi Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang (85% ke atas) bagi 3 tahun terakhir.

10. Salinan sijil akademik dan ikhtisas yang telah disahkan disertakan. 11. Salinan jadual waktu mengajar terkini disertakan. 12. Tandatangan perakuan pemohon mengesahkan semua maklumat dalam borang permohonan adalah

benar.

13. Tandatangan perakuan Ketua Jabatan mengesahkan semua maklumat dalam borang permohonan adalah benar.

MAKLUMAT / DOKUMEN TAMBAHAN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN

OLEH KETUA JABATAN (semua salinan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan)

1. Markah penuh dan wajaran Laporan Nilai Prestasi Tahunan bagi 2002 (20%), 2003 (35%) dan 2004

(45%) disertakan.

2. Borang Kenyataan Tata Tertib bagi setiap pemohon yang lengkap dan ditandatangan. 3. Borang Laporan Perisytiharan Harta yang lengkap dan ditandatangan. 4. Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap.

Catatan: Sila sertakan Senarai Semak ini bersama dengan borang permohonan. Saya sahkan bahawa senarai semak ini telah diisi dengan tepat. Tarikh: ………………….

Tandatangan Ketua Jabatan

………………………....…………........... (Nama & ) Jawatan:

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

Page 18: 2005 05 Btmk Guru Cemerlang

Lampiran ii ALAMAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH NEGERI

KETUA NAZIR NEGERI PERLIS JEMAAH NAZIR SEKOLAH PERLIS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 7, BANGUNAN PERSEKUTUAN KANGAR PERSIARAN JUBILEE EMAS 01000 KANGAR, PERLIS

KETUA NAZIR NEGERI JOHOR JEMAAH NAZIR SEKOLAH JOHOR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILIK 204-206, TINGKAT 2 BANGUNAN BANK NEGARA JALAN BUKIT TIMBALAN 80000 JOHOR BAHRU, JOHOR

KETUA NAZIR NEGERI PERAK JEMAAH NAZIR SEKOLAH PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 3, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG 30000 IPOH, PERAK

KETUA NAZIR NEGERI W.PERSEKUTUAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 17, WISMA KWSG JALAN KAMPUNG ATTAP 50460 KUALA LUMPUR

KETUA NAZIR NEGERI KEDAH JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 8, MENARA PELADANG JALAN TELUK WANJAH 05200 ALOR SETAR, KEDAH

KETUA NAZIR NEGERI TERENGGANU JEMAAH NAZIR SEKOLAH TERENGGANU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 5, BANGUNAN SERI AMAR JALAN SULTAN ISMAIL 20200 KUALA TERENGGANU

KETUA NAZIR NEGERI SELANGOR JEMAAH NAZIR SEKOLAH SELANGOR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 3, FASA 3, KOMPLEKS PKNS 40000 SHAH ALAM, SELANGOR

KETUA NAZIR NEGERI KELANTAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH KELANTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 6, WISMA ILMU BANGUNAN LUTH 15000 KOTA BAHRU, KELANTAN

KETUA NAZIR NEGERI PAHANG JEMAAH NAZIR SEKOLAH PAHANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JALAN GAMBUT 25000 KUANTAN, PAHANG

KETUA NAZIR NEGERI SARAWAK JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LOT 112, SECTION 58 KTLD JALAN CENTRAL TIMUR 93200KUCHING, SARAWAK

KETUA NAZIR NEGERI SEMBILAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH NEGERI SEMBILAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 5, YAYASAN NEGERI SEMBILAN JALAN YAM TUAN. 70000 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KETUA NAZIR NEGERI SABAH JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LOT D5, 1-5-3, BLOK D TINGKAT 5, KOMPLEKS KUWASA JALAN KARAMUNSING 88000 KOTA KINABALU, SABAH

KETUA NAZIR NEGERI MELAKA JEMAAH NAZIR SEKOLAH MELAKA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 2, BANGUNAN BANK RAKYAT JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA

KETUA NAZIR NEGERI PULAU PINANG JEMAAH NAZIR SEKOLAH PULAU PINANGKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 41, BANGUNAN KOMTAR 10000 PULAU PINANG