big penanda aras guru cemerlang

34
BENGKEL BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 6

Upload: siti-syarina-salwa-ahmad

Post on 26-Oct-2015

146 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bengkel BIG Penanda Aras

TRANSCRIPT

Page 1: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

BENGKEL

BINA INSAN GURU

(BIG)

SIRI 6

Page 2: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

LAWATAN PENANDA ARAS

BINA INSAN GURU (BIG)

SIRI 6

SK TAMAN JANA, TAIPING

Page 3: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

LAMPIRAN

Page 4: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

LAMPIRAN

Page 5: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

KERTAS

KERJA

Page 6: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

KERTAS

KERJA

Page 7: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

LAPORAN

Page 8: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

LAPORAN

Page 9: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

REFLEKSI

Page 10: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

REFLEKSI

Page 11: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

BUKU

PROGRAM

Page 12: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Laporan Bengkel Bina Insan Guru Siri 6

Pada 21 Jun yang lepas, satu Bengkel Bina Insan Guru (BIG) Siri 6 telah

dilaksanakan bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Program Bengkel

Bina Insan Guru ini adalah berlandaskan tema penanda aras guru cemerlang. Unit yang

terlibat adalah dari semua unit J Ambilan Januari 2011.

Program ini berlandaskan dengan matlamat Program Bina Insan Guru itu sendiri

iaitu berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang

tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat,

serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk memenuhi kursus wajib BIG

semester 6 serta dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak,

nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan

yang selaras dengan Prinsip Rukan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan

sepanjang program pendidikan keguruan adalah pembinaan generasi negara.

2.30 petang

Para pelatih dari semua unit dikehendaki untuk melaporkan diri di meja

pendaftaran. Seterusnya, pelatih diminta untuk duduk mengikut unit masing-masing dan

menyanyikan tiga buah lagu, iaitu lagu “Negaraku”, lagu Negeri Perak dan lagu Institut.

Sejurus selepas itu, bengkel BIG dimulakan dengan menjemput En. Radzi bin Johari

bagi slot “Ciri-ciri guru efektif dan peranan guru dalam bilik darjah”.

Sepanjang bengkel yang telah dijalankan, En. Radzi bin Johari banyak

menerangkan akan etika-etika seorang guru yang cemerlang dari segi pengurusan

masa, pengurusan diri, hubungan dnegan pihak pentadbiran dan juga komitmen

terhadap kerjaya guru itu sendiri. Tambahan lagi, En. Radzi bin Johari juga telah

menayangkan persembahan slaid tentang peranan seorang guru di dalam bilik darjah.

Semua penerangan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan para pelatih terhadap

apa yang hendak diutarakan semasa lawatan penanda aras di sekolah kelak.

Page 13: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Berdasarkan slot yang telah dijalankan juga, para pelatih secara tidak langsung

telah diberi peluang untuk menyalurkan pendapat dan pandangan masing-masing

tentang kriteria-kriteria dalam menjadi seorang guru yang cemerlang sepanjang bengkel

berkenaan. Dalam kata lain, En. Radzi bin Johari mengimplimentasikan kaedah soal

jawab bersama pelatih sepanjang bengkel ini diadakan bagi membolehkan para pelatih

dalam mempunyai kefahaman yang pendalam terhadap pembentangan yang dijalankan

pada hari berkenaan.

5.00 petang.

Selepas tamat sesi ceramah, kami telah diarahkan untuk membuat

pembentangan bersama tutor masing-masing. Pembentangan ini dijalankan secara

berkumpulan dimana ia bermatlamatkan agar pelatih dapat membuat diskusi secara

ringkas berkenaan dengan Program Bina Insan Guru Fasa 6 bersama tutor. Sepandang

diskusi ini, pelatih-pelatih juga dapat menjana idea dan memberi cadangan dalam

bagaimana untuk melahirkan jati diri yang berguna sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Negara bagi menjadi guru yang cemerlang dan efektif pada masa akan datang.

5.30 petang

Tepat pada pukul 5.30 petang, sesi penyampaian hadiah telah dijalankan oleh

ahli-ahli jawatankuasa kepada En. Radzi bin Johari. Bengkel Bina Insan Guru telah

berjaya dijalankan dengan jayanya dan para pelatih dibenarkan bersurai.

Disediakan oleh:

..............................................................................

SITI SYARINA SALWA AHMAD

PELATIH J6

Page 14: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Penilaian Kendiri – Bengkel Bina Insan Guru Fasa 6

Berdasarkan program Bina Insan Guru yang telah saya laksanakan tempoh hari,

ia telah banyak mematangkan diri ini sebagai seorang bakal pendidik dalam pelbagai

aspek. Sebagai seorang bakal guru, saya berpendapat ceramah seperti ini banyak

mendatangkan faedah dan memberi banyak input kepada saya tentang dunia

perguruan ini.

Sepanjang bengkel ini dijalankan, saya telah mempelajari banyak perkara yang

dapat membantu saya menjadi seorang guru dan pelatih yang berguna pada masa

akan datang. Pada slot yang telah dipersembahkan oleh En. Radzi bin Johari, saya

telah pelajari bahawa seorang guru bukan sahaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas. Namun, seorang guru perlukan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap

kerjaya sebagai seorang pendidik dan melakukan yang terbaik sama ada di dalam

mahupun di luar bilik darjah.

Secara tidak langsung, slot yang telah dijalankan banyak mematangkan

pemikiran saya dan meluaskan pandangan saya dalam bidang perguruan ini. Seorang

guru bukan sahaja perlu mempunyai kebolehan untuk mengajar secara efektif. Guru

yang cemerlang juga hendaklah mahir dalam mengawal keadaan dalam bilik darjah

agar suasana fizikal, emosi serta rohani di dalam bilik darjah itu adalah dalam keadaan

yang stabil dan teratur.

Tambahan lagi, saya juga secara tidak langsung dapat mengaitkan kelemhan diri

saya menerusi pembentangan yang telah dijalankan oleh En. Radzi bin Johari

sepanjang bengkel berkenaan. Ini adalah kerana, saya telah mengaitkan segala

kekurangan dan kelemahan saya dengan ciri-ciri guru yang efektif. Secara

langsungnya, saya dalam memperbaiki kelemahan diri agar menjadi insan yang lebih

berguna di masa akan datang.

Perbincangan menerusi sesi sial jawab dan ceramah yang diadakan amat

membantu kami, terutamanya saya dalam memahami tujuan serta visi bengkel ini

dijalankan. En. Radzi bin Johari telah menerangkan dengan baik tentang ciri-ciri guru

efektif dan kendalian dalam bilik darjah sebagai seorang guru. Justeru, pengetahuan

Page 15: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

serta maklumat ini dapat saya bawa semasa penanda aras di sekolah bagi guru

cemerlang kelak.

Seterusnya, menerusi bengkel ini juga, saya dapati bahawa perbincangan kelas

secara berkumpulan adalah sangat penting dalam penguruskan sesutau aktiviti

mahupun mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu perkara. Dengan adanya

sesi berbincang bersama rakan-rakan dalam unit tersendiri, saya mampu untuk berfikir

secara kreatif dan kritis dalam melibatkan diri di dalam bengkel BIG ini.

Kesimpulannya di sini program Bina Insan Guru telah banyak melatih dan

membentuk saya dalam melakukan pelbagai aktiviti dalam sesuatu majlis dengan

penuh ilmu pengetahuan. Banyak faedah dan manfaat yang dapat saya ketahui dan

mungkin dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Hal ini juga bagi mencapai hasrat negara dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara.”

Page 16: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Laporan Program Bina Insan Guru Siri 6

Pada 9 Julai yang lepas, satu Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 6 telah dilaksanakan

bertempat di SK Taman Jana, Taiping. Program Bina Insan Guru ini adalah

berlandaskan tema penanda aras iaitu guru cemerlang. Unit yang terlibat adalah unit J6

dan J7, manakala pensyarah yang mengiringi kami adalah tutor J6 iaitu Puan Flory

Juliana Fernandez, tutor J7 Puan Wan Zuraiza Wan Ismail, dan pensyarah pengiring

Unit Kokurikulum iaitu Encik Sharifuddin Abd Aziz.

Program ini berlandaskan dengan matlamat Program Bina Insan Guru itu sendiri

iaitu berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang

tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat,

serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk memenuhi kursus wajib BIG

semester 6 serta dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak,

nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan

yang selaras dengan Prinsip Rukan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan

sepanjang program pendidikan keguruan adalah pembinaan generasi negara.

Aktiviti lawatan penanda aras dijalankan untuk memenuhi modul yang terdapat

dalam WAJ 3114 iaitu Bina Insan Guru Fasa 6. Aktiviti ini juga memberi peluang

kepada guru pelatih IPG Semester 6 menghayati dan mengamati budaya serta amalan

sekolah yang dilawati. Guru-guru pelatih diharapkan dapat mempelajari budaya dan

amalan yang diamalkan oleh sekolah tersebut agar dapat menjadi guru yang beramal,

berakhlak dan berakauntabiliti pada masa hadapan.

Aktiviti lawatan penanda aras diadakan bertujuan menghayati dan mempelajari

ciri-ciri kepimpinan sekolah serta ilkim dan budaya sekolah. Aktiviti ini juga bertujuan

Page 17: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

memberi peluang kepada guru pelatih untuk menghayati visi dan misi sekolah serta

infrastruktur dan infostruktur kurikulum sekolah.

Pada pukul 6.30, kami telah berkumpul di garaj bas IPG Kampus Ipoh. Tepat

pada jam 7 pagi, kami memulakan perjalanan bagi melaksanakan program BIG Fasa 6-

penanda aras guru cemerlang di SK Taman Jana, Taiping.

Pada pukul 8.30 pagi, kami telah tiba di SK Taman Jana. Ketibaan kami telah

disambut mesra oleh Puan Jamilah, Guru Besar sekolah tersebut. Setibanya kami di

sekolah tersebut, kami telah dibawa ke bilik mesyuarat Al Khuwarizmi bagi sesi

ceramah oleh pihak sekolah.

Tepat pada pukul 9.00 pagi, Guru Besar SK Taman Jana tersebut, Puan Jamilah,

telah memberikan pendedahan tentang sekolah tersebut. Sepanjang pendedaha

tersebut berlaku, Puan Jamilah banyak menerangkan tentang latar belakang sekolah

serta pencapaian yang telah berjaya dicapai oleh sekolah tersebut. Tambahan lagi,

Puan Jamilah juga telah menyatakan rasa penghargaan beliau kerana sudi memilih

sekolah SK Taman Jana sebagai penanda aras Fasa 6 pada kali ini.

Pada jam 9.30 pagi, slot ceramah diteruskan lagi oleh Guru Cemerlang

Multimedia SK Taman Jana, Puan Roslina. Pada sesi ini, Puan Roslina sedikit

sebanyak telah menerangkan aktiviti pusat sumber yang telah dijalankan sepanjang

tahun. Tambahan lagi, Puan Roslina juga telah memberi penerangan terhadap

kawasan-kawasan sekolah yang telah diselenggarakan mengikut pengkhususan pusat

sumber bagi menjana idea membaca di kalangan murid-murid di sekolah tersebut.

Tambahan lagi, Puan Roslina uga menekankan kaedah yang digunapakai oleh Guru

Besar sekolah tersebut, iaitu “sekolah dalam pusat sumber” bukan pusat sumber dalam

sekolah.

Slot ceramah itu diteruskan lagi dengan persembahan slaid oleh Puan Roslina.

Pembentangan slaid tersebut memaparkan beberapa kawasan sekolah yang telah

diterapkan dalam misi dan visi sekolah, iaitu menjadikan sekolah sebagai gerbang ilmu

pengetahuan murid-murid. Terdapat dua puluh bilik khas yang telah dipaparkan

Page 18: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

menerusi persembahan slaid tersebut. Antara bilik-bilik yang telah dipaparkan ialah Bilik

J-Qaf, Bilik Sumber, Bilik Muzik dan sebagainya.

Menerusi persembahan slaid itu juga, terdapat beberapa laluan yang diwujudkan

menggunakan nama-mana cendikiawan Islam sekitar kawasan sekolah. Kawasan

laluan tersebut dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah agar murid-murid dapat memenihu

masa lapang mereka dengan berguna. Wartawan muda, budaya membaca dan juga

kejayaan sekolah juga telah diterangkan dengan terperinci semasa slot pagi tersebut.

Sot seterusnya telah disampaikan oleh guru kokurikulum pada jam 10

pagi.berdasarkan hasil ceramah yang telah dilakukan, misi gerakan kokurikulum SK

Taman Jana adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja hebat dalam

akademik, malahan juga hebat dalam kokurikulum. Oleh yang demikian, terdapat empat

dasar pengurusan dalam hal ehwal kokurikulum di sekolah tersebut. Tambahan lagi,

terdapat juga pasukan elit sekolah yang telah diwujudkan bagi mengasah bakat yang

terpendam dalam diri murid-murid. Antara pasukan elit yang telah ditubuhkan oleh

sekolah berkenaan adalah pasukan golf, tenis, hoki dan memanah. Pasukan elit ini

mendapat menajaan dari pihak luar sekolah bagi menjalankan aktiviti latihan untuk

pertandingan yang dijalankan kelak.

Pada pukul 1030, aktiviti penanda aras diteruskan lagi dengan sesi melawat

kawasan sekolah. Kawasan sekolah yang dibawa melawat oleh pihak sekolah adalah

seperti yang telah dipersembahkan dalam slaid yang lepas. Menerusi pemerhatian yang

telah dilakukan, semua kawasan yang telah dibawa oleh guru sekolah itu mempunyai

motif dan unput-input yang bernas serta tersendiri.

Selepas berakhirnya slot melawat kawasan sekolah, tepat jam 11.30 pagi,

pelatih, pensyarah dan juga pensyarah pembimbing telah dibawa ke dewan untuk sesi

tunjuk ajar dan soal jawab bersama guru cemerlang Bahasa Inggeris Sk Taman Jana,

Puan Vemala.

Semasa sesi bersama Puan Vemala, kami telah didedahkan dengan teknik-

teknik mengajar dengan betul dan berkesan. Puan Vemala juga banyak menggunakan

bahasa tubuh badan bagi membolehkan murid-murid Tahun Enam untuk memahami

Page 19: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

apa yang mereka pelajari. Tambahan lagi, Puan Vemala juga telah menekankan

konsep “grammar” dimana mereka perlulah pandai dan mahir dalam membina ayat dari

“simple” ke “compound” untuk mendapat markah lebih dalam kertas peperiksaan kelak.

Pada jam 12.15 tengah hari, kami telah mengadakan sesi soal jawab dan temu

bual bersama Puan Vemala, guru cemerlang SK Taman Jana. Antara soalan dan

jawapan yang telah dinyatakan adalah seperti yang dilampirkan berikut.

Page 20: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Slot Bersama Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Puan Vemala

Pelatih 1:

Apakah aktiviti Bahasa Inggeris yang dijalankan oleh puan sepanjang perkhidmatan

puan di sekolah ini?

Puan Vemala:

Antara aktiviti yang saya jalankan ialah, kelas tambahan untuk murid tahun enam

setelah sesi persekolahan tamat. Terdapat juga kelas yang dinamakan “Booster

Classes”, sebagai pengukuhan kepada murid-murid yang lemah dalam bahasa inggeris.

Kelas ini dijalankan pada setiap hari jumaat, iaitu pada jam 3.00-5.00 petang. Saya juga

ada menjalankan kelas malam, pada malam Jumaat, iaitu pada jam 8.00-10.00 malam.

Semua kelas tambahan ini bertujuan untuk membantu murid-murid untuk mendapat

pengukuhan dan pendedahan yang maksimum terhadap matapelajaran Bahasa

Inggeris memandangkan kebanyakan ibu bapa murid di sekolah ini tidak menggunkan

Bahasa Inggeris apabila berada di rumah. Selain itu, saya juga berkolaborasi dengan

pihak sekolah dalam menjalankan minggu Bahasa Inggeris, “English Week” pada setiap

hujung bulan dan “English Camp”.

Pelatih 2:

Adakan Puan dijemput untuk menjayakan mana-mana program Bahasa Inggeris diluar

sesi persekolahan?

Puan Vemala:

Page 21: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Ya, saya juga dijemput oleh pihak luar bagi menjayakan program Bahasa Inggeris di

sekolah mereka. Sebagai contoh, setiap sabtu, saya menjalankan sesi kelas

pengukuhan Bahasa Inggeris di Sekolah Convent. Ada juga beberapa sekolah

menjemput saya untuk memberi ceramah mengenai teknik menjawab soalan kepada

murid-murid tahun enam. Saya juga dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan

kursus kepada guru baru dalam Bahasa Inggeris.

Pelatih 3:

Bolehkah Puan jelaskan proses untuk mengadakan sesuatu aktiviti Bahasa Inggeris di

sekolah?

Puan Vemala:

Ok, sebagai contoh aktiviti Minggu Bahasa Inggeris.Prosedur yang pertama ialah

dengan menyediakan kertas kerja. Setelah kertas kerja diluluskan oleh guru besar, kita

teruskan kepada penyediaan tentatif program. Apabila sudah ada tentatif program,

maka aktiviti yang dirancang bolehlah dilaksanakan. Akhir sekali, sebagai bukti untuk

tujuan dokumentasi, jalankan sesi fotografi bersama peserta aktiviti.

Pelatih 4:

Bagaimanakan puan menggalakkan murid untuk menguasai Bahasa Inggeris dan

apakah bukti yang mereka telah berjaya menguasai sedikit sebanyak kefahaman dalam

subjek ini?

Puan Vemala:

Saya akan memastikan mereka menulis semula melalui aktiviti “dictation”. Sebagai

contoh, apabila murid melakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan Bahasa Inggeris,

saya akan menyuruh murid tersebut menulis perkataan yang betul sehingga 50 kali. Ini

secara tidak langsung membantu proses murid untuk lebih mengingati dan mendapat

Page 22: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

kefahaman tentang tatabahasa atau ejaan yang betul pada masa akan datang. Sebagai

bukti murid di sekolah ini, 43 orang murid UPSR saya telah mendapat A dalam subjek

Bahasa Inggeris dan ini satu pencapaian yang membanggakan.

Pelatih 5 :

Apakah kriteria untuk menjadi seorang guru cemerlang?

Puan Vemala:

Pada mulanya, untuk tiga tahun berturut-turut, pencapaian seorang guru tersebut

mestilah melebihi 92 peratus dan keatas. Hal ini akan ditentukan oleh guru besar

sebelum pihak Jemaah Nazir datang untuk mengesahkannya. Dalam proses untuk

mencapai 92 peratus, paling penting, sekolah yang diduduki oleh guru tersebut mestilah

tersenarai dalam senarai sekolah berprestasi tinggi. Ia juga bergantung kepada

bilangan murid yang terdapat di sesebuah sekolah itu. Bagi guru muda yang ingin

memohon untuk mendapat jawatan sebagai guru cemerlang, mereka haruslah

menunggu sehingga lima tahun perkhidmatan sebagai seorang guru. Seterusnya,

antara kriteria seorang guru cemerlang juga, seorang guru tersebut perlulah melibatkan

diri dalam aktiviti di peringkat kebangsaan atau negeri. Ini sebagai bukti yang guru

tersebut betul-betul komited terhadap kerjaya mereka. Tambahan, seorang guru

cemerlang, mestilah berada di sekolah paling lewat pada jam 4 petang. Guru cemerlang

juga harus membina hubungan yang baik dengan murid. Pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah juga haruslah bersifat “Activity based” bagi menarik minat murid untuk

belajar dalam suasana yang ceria.

Pelatih 6:

Akhir kata, apakah nasihat terakhir Puan kepada kami sebagai seorang bakal guru

Bahasa Inggeris?

Puan Vemala:

Page 23: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Untuk para pelatih sekalian, pastikan anda masuk ke kelas dalam keadaan bersedia.

Kemudian, pada hari pertama anda menjejakkan kaki ke kelas, jangan bersikap terlalu

lemah lembut terhadap murid. Tunjukkan ketegasan anda sebagai seorang guru yang

berdiri dihadapan kelas. Apabila anda telah memulakan sesi pengajaran, barulah anda

cuba membina hungan yang baik bersama murid. Tambahan, penggunaan bahasa

ibunda murid adalah sebanyak 10 peratus sahaja sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran. Pastikan anda menggunakan bahasa ibunda murid sebagai pilihan

terakhir apabila murid benar-benar tidak memahami apa yang anda cuba sampaikan.

Akhir sekali, segala aktiviti yang dijalankan mestilah berpusatkan murid supaya murid-

murid dapat memberi penglibatan mereka yang maksimum dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Saya doakan anda semua berjaya menjadi seorang guru Bahasa

Inggeris yang berdedikasi dan berguna pada masa akan datang. Cintai anak murid

anda dan kerjaya anda. Akhir kata saya ucapkan selamat berjaya!

Page 24: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Pada pukul 1 tengah hari, kami dijamu selera dan bergerak balik ke Ipoh tepat

pada jam 2 petang.

Disediakan oleh:

..............................................................................

SITI SYARINA SALWA AHMAD

PELATIH J6

Page 25: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Penilaian Kendiri – Penanda Aras: Guru Cemerlang Di SK Taman

Jana, Kamunting

Berdasarkan program Bina Insan Guru (BIG) yang telah diadakan tempoh hari, ia

sedikit sebanyak telah memberi inspirasi dan impak besar terhadap saya dalam

meneruskan pengajian, seterusnya berjaya dalam kerjaya guru ini. Bertemakan

penanda aras guru cemerlang, program BIG yang dilangsungkan di SK Taman Jana,

Kamunting, telah berjalan dengan lancar sekali.

Melalui program pada semester ini, saya dan rakan-rakan telah membuat

tugasan yang telah diagihkan dengan sebaik mungkin. Beberapa perjumpaan sesama

kami telah dilakukan bagi berbincang akan aktiviti, tugasan serta amanah yang perlu

dilakukan pada hari program berkenaan. Semua tugasan telah dilakukan dengan adil

dan saksama oleh pengerusi BIG kami. Dengan membuat perjumpaan dan mempunyai

persetujuan bersama, kami telah bersetuju untuk memilih SK Taman Jana, Kamunting

sebagai destinasi bagi melihat cara-cara dan teknik seorang guru ceperlang dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran bagi program penanda aras kami ini.

Sepanjang mengikuti program ini, saya pelajari bahawa guru yang cemerlang

memerlukan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan. Berdasarkan

maklumat sepanjang program tersebut, saya dapati bahawa guru-guru di sekolah

tersebut banyak menghabiskan masa di sekolah walaupun sudah tamat waktu

persekolahan. Mereka sibuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada

mereka. Selain daripada itu, guru-guru di sekolah iu juga banyak membuat aktiivti

selepas waktu persekolahan bersama murid-murid bagi memastikan pencapaian yang

meningkat dari tahun-tahun sebelumnya.

Page 26: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang

Tambahan lagi, program ini juga sedikit sebanyak mengajar saya menjadi

seorang guru yang prihatin terhadap anak-anak murid terutamanya murid dari kelas

pemulihan atas kelas akhir. Saya dapati bahawa seorang guru perlulah banyak

bersabar dalam mendidik anak bangsa kita. Saya juga pelajari bahawa gedung ilmu

adalah bermula dari minat membaca yang perlu diterapkan sejak kecik lagi. Oleh yang

demikian, saya sangat bersetuju dengan konsep yang telah diperkenalkan oleh sekolah

itu iaitu “sekolah di dalam pusat sumber”.

Selain daripada itu, program di SK Taman Jana ini jugak telah banyak

memberikan input-input yang baru kepada saya. Salah satu input yang telah

diterangkan adalah mengenai kokurikulum dan tennik-teknik menjawab soalan

peperiksaan Bahasa Inggeris dnegan betul. Menerusi taklimat yang telah disampaikan

oleh Guru Kokurikulum sekolah berkenaan, banyak aktiviti menarik yang telah

dijalankan di sekolah bagi memupuk insan yang seimbang dari segi akademik mahupun

kokurikulum. Murid-murid ditekankan untuk mengikuti program “1 murid 1 sukan” agar

mereka dapat mempunyai fizikal, emosi dan juga intelek yang seimbang.

Menerusi program BIG Fasa 6 pada kali ini, saya juga telah pelajari bahawa

kawalan kelas adalah amat penting bagi menjayakan sesuatu aktiviti di dalam bilik

darjah. Saya juga dapati bahawa persediaan awal dalam menjalankan aktiviti adalah

sangat diperlukan. Ini adalah kerana, persediaan awal akan mebolehkan aktiviti yang

dirancang berjalan dengan lancar dan teratur. Ini dapat dilihat semasa Puan Vemala,

guru cemerlang SK Taman Jana membuat demonstrasi dalam kelas Tahun Enam.

Menerusi pandangan saya, sifat penyayang dan prihatian terhadap murid dan

persekitaran amatlah penting, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Puan Vemala

tersebut. Dengan adanya ciri-ciri seorang gruu yang prihatin dna penyanyang, ini secar

tidak langsung dapat menarik minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa

Inggeris di dalam mahupun di luar kawasan kelas.

Sebagai kesimpulan, Program Bina Insan Guru banyak melatih saya dalam

pelbagai bidang. Ini banyak membantu saya dalam menjadi insan yang lebih matang

dan berguna sama ada untuk bangsa, masyarakat dan juga negara seterusnya

melahirkan modal insan yang sempurna.

Page 27: BIG Penanda Aras Guru Cemerlang