guru cemerlang big

Upload: justine-miller

Post on 07-Jan-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

guru cemerlang

TRANSCRIPT

a. Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran/bidang yang dipohon.

Menjadi seorang guru sains yang berkebolehan merupakan suatu tanggungjawab dalam menjana modal insan negara sesungguhnya menuntut pewujudan sinergi mantap semua pihak, khasnya di kalangan warga pelajar dan ibubapa, untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara. Namun, saya juga sedar bahawa tugas paling mencabar yang telah diamanahkan oleh pihak kementerian dan masyarakat ini merupakan satu penghormatan amat tinggi kepada saya.Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini, saya berazam untuk melakukan segala usaha demi membuat perubahan dan pembaikan kepada murid-murid saya. Saya akan mencari pelbagai cara dan kaedah dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Di samping perlu berani mengambil pendekatanlevelling up,iaitu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu isi pelajaran sains khususnya, sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik dan dapat pula mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dengan jayanya.Saya juga mencari strategi tertentu untuk meningkatkan mutu pengajaran sains termasuklah menjalankan kajian tindakan dari semasa ke semasa demi mencari kaedah dan dan teknik yang paling bersesuaian dalam membantu murid menguasai sesuatu tajuk pelajaran yang dirasakan sukar difahami dan diingati oleh para murid. Ini mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep sains adalah berkait rapat dengan cara pengajaran dan perwatakan seseorang guru. Dengan menyediakan suatu teknik yang mudah difahami oleh mereka ia dapat meningkatkan kefahaman murid di samping membantu memotivasikan murid dan saya sendiri dalam usaha meningkatkan kuliti pembelajaran sains. Penerapan program kendiri seperti Pembimbing Rakan Sebaya dan Mentoring sewaktu persatuan Sains dan Matematikadalah program yang harus diberi perhatian dandilaksanakan olehpihak sekolah.melalui program seperti inidapatmengeratkan hubungan antara guru dan pelajar .Saya yakin bahawa perubahan dan pembaikan adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, dan sekali gus melonjakkan kemajuan negara pada masa depan, yang perlu berani dilakukan sekarang. Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.b. Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang.Guru Sains yang unggul adalah menjadiharapan dan wawasan saya sebagai seorang Guru Cemerlang. Menjadi seorang guru yang berketerampilan dari segi jasmani ,emosi ,rohani danintelek serta beretika dan bertauliah adalah menjadimatlamat saya sebagai guruSains sepenuh masa di sekolah . Saya juga menaruh harapan danwawasan sebagai GuruCemerlang akanberusaha bersungguh-sungguh untuk membawa arus perubahan agar dapatmemperbaiki diri remaja, pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakatsekolah amnya.Tanggungjawab dan peranan ini akan saya pikul dengan rasa tanggungjawab danamanah yang diberi dengan hati yang ikhlas dan niat yang murni untuk agama , bangsa dannegara .Apabila saya bergelar Guru Cemerlang ianya akan menjadi satu suntikan semangatdan motivasi kepada diri saya untuk saya lipatgandakan usaha bagi membentuk modal insandikalangan pelajar dan remaja yang cemerlangdan terbilang.Guru Cemerlang juga akanmenjadi satu wadahperjuangan saya bagi memartabatkankhidmatsaya dan rakan-rakanseperjuagan.Saya juga mengharapkan agar semua sekolah dapat mewujudkan suasana yang dapatmenggalakan interaksi dalam bilik darjah.Keadaan dan situasi ini tidak tertumpu sahajadibilik khas tetapi meliputi ruang-ruang dipejabat ,bilik guru ,kelas-kelas dan jugabilik-bilikkhas yang terdapat disekolah seperti makmal komputer , makmal sains, perpustakaan danbilik-bilik lain.Sehubungan dengan itu Guru Cemerlang merupakan satau suntikan serta memberikansatu lonjakan saujana kearahmerealisasikan wawasan danharapan mewujudkan komunikasiyang baik. Harapan dan wawasan saya jugaingin melihat pada masa hadapan gurudapatmemainkan peranan yang amat penting bagimenentukan hala tujukerjaya pelajar.Peranan dan tanggungjawab sebagai Gurumatapelajaransepenuh masa perludipandang serius agar modal insan serta intan permata Negara dapat terus digilapkeranaianya merupakan elemen yang penting dalam usaha memastikan Negara Malaysia dapat terusbersaingdan mempunyai dayatahanterutamanya dalam bidangekonomi dansosial diwaktudunia yang semakinmencabar. Kini ekonomi dan juga sosialyang berlandaskan pengetahuanserta bertunjangkan sainsdan teknologi.Saya juga menaruhharapan agarmasalahmasalah seperti ponteng sekolah , ponteng kelas ,pergaduhan , masalah social , dan pelbagai lagi masalah yangterdapat disekolah dapatdikurangkan peratusnya atau dapt di atasi sepenuhnya iaitu sifar ponteng dan lain-lain lagi.Guru yang cemerlang merupakan seorang guru yang sentiasa mempunyai wawasan danmatlamat diri yangmulia iaitu ingin melihat kejayaan cemerlang dikalangan pelajar-pelajarnya iaitu cemerlang akademik , cemerlang kokurikulumnya, cemerlang akhlaknya dancemerlang agamanya.Sekian terima kasih.Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasiSumber : Terma Rujukan Konsep Guru CemerlangMenjadi guru cemerlang sains yang pakar adalah menjadi harapan saya. Ini kerana saya ingin lebih cenderung menumpukan perhatian penuh pada pengajaran dan pembelajaran murid. Di samping akan lebih memotivasikan diri saya ke arah kejayaan pelajar khususnya. Pelajar juga akan lebih yakin dan percaya pada kemampuan guru di atas tiket Guru Cemerlang. Saya akan lebih bersungguh-sungguh menaikkan prestasi pengajaran, mempelbagaikan lagi teknik cenderung dengan gelaran yang telah diberikan. Saya menjadi lebih proaktif ,responsif dan inovatif terhadap keperluan pelajar. Menjadi guru cemerlang juga memberi saya peluang berkongsi bersama rakan-rakan lain yang setaraf untuk menaikkan lagi gred purata mata pelajaran sains di dalam UPSR .Menjadi guru cemerlang akan cenderung memantapkan ilmu keguruan dalam diri kerana ingin membantu pelajar. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing pelajar ke arah kejayaan adalah matlamat utama saya. Sementelah lagi pelajar kategori pendengaran, tidak ramai yang boleh membantu mereka dari segi pembelajaran ataupun masalah peribadi. Di atas gelaran guru cemerlang, kebolehpercayaan pelajar terhadap kemampuan guru cemerlang memang tidak boleh dinafikan lagi. Ini sekaligus membolehkan prestasi ditingkatkan.Inovasi dalam pengajaran adalah keutamaan dalam dunia pendidikan sekarang. Menjadi guru cemerlang, membolehkan saya akan sentiasa bersama dengan pelajar, melakukan inovasi baru pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti permainan dikhususkan bagi memastikan pelajar sentiasa berminat dalam pelajaran Sains. Aktiviti di luar bilik darjah lebih diperbanyakkan lagi untuk menjadikan inovasi satu budaya yang biasa dilakukan. Saya juga ingin berkongsi inovasi yang dihasilkan dengan semua guru sains demi meningkatkan lagi pengajaran sains.Satu perjuangan yang saya harap dapat dilaksanakan ialah mewujudkan satu blog yang dapat menjadi rujukan semua guru Sains yang mengajar pelajar masalah pendengaran khususnya. Blog akan dipenuhi dengan maklumat penuh mengenai definisi masalah pendengaran, kategori-kategori masalah pendengaran, anatomi telinga sehingga kepada teknik pedagogi mengajar pelajar pendengaran, dan koleksi bank soalan Sains UPSR. Wawasan saya adalah supaya blog tersebut diantarabangsakan sehingga ke luar negara.Sebagai guru cemerlang juga, saya akan memastikan pencapaian pelajar dapat membantu kepada melonjakkan NKRA sekolah. Bagi memastikan mutu sekolah dapat ditingkatkan, bidang kepakaran saya diteguhkan dengan peningkatan prestasi pengajaran guru. Perkongsian idea adalah lebih penting bagi memastikan misi ini tercapai. Jika guru dapat dicemerlangkan, pelajar yang dihasilkan lebih gemilang hasilnya adalah sekolah yang terbilang.Cirri cirri guru cemerlang

ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlangMenurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;1. Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolahGuru BerkesanBagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. Komitmen yang menyeluruh. Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan. Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas. Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri*Berakhlak dan bermoral*Bersikap adil dan bertimbang rasa*Beramanah dan bertanggungjawab*Kreatif dan inovatif*Sentiasa mengurus diri dengan kemas*Sedia berkongsi dan berkerjasama*Bersikap terbuka*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasidll.*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan programtindakan susulan*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untukmenggalakkan pembelajaran yang seterusnya .*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.*Sentiasa merangsang murid berfikir.*Merancang pelajaran yang baik.*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakandengan penuh komitmen.*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid . ESEICiri-ciri seorang guru yang cemerlang1.0 Pendahuluan Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih. Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks. Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysiayang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.4.0 Tonggak Dua Belas 4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas 4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time) 4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance) 4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working) 4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity) 4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty) 4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy) 4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; Tonggak membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positifbagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan tindakan. 5.1Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran.tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi. 5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam segala urusan perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti. 5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam. 5.4Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang, mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja. 5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakan perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan penjawat awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya. 5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan mutu kerja. 5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai. Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni. 5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek akal dan mementingkan emosi. 5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja . 5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia. Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi. 5.11Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud Sabar itu salah satu dari cabang iman . Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit. 5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya. 5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya. 6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti. Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilainilai tersebut ialah:- a. Menghargai Masa b. Ketekunan Membawa Kejayaan c. Keseronokan Bekerja d. Pengaruh Teladan e. Kewajipan Menjalankan tugas 6.1 Menghargai Masa 6.1.1 Menepati Masa Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: - a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat kehadiran mereka. b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran. c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti menepati masa dalam menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya sense of emergency dan sense of urgency. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan sebagainya. d. Sebagai membina watak sekolah, guruguru dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji sebagai penjawat awam yang baik. 6.1.2 Merancang Pengurusan Masa Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan baik agar sasaran kerja tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu : a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum, takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan sebagainya. b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan yang utama diutamakan dahulu, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada target date dan sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung tahun. 6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan di sekolah6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah. a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan misi dan visi ini dengan tekun dan gigih. b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan sekolah. c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu, kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan melakukan penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target sekolah. 6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan dan Kesepunyaan.a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatan pencapaian sekolah terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan bermaksud segala yang berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program bersama PPD, JPN dan KPM. 6.2.3Mencetuskan semangat Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru. b. Budaya in house training turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat. Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagaibagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru perlu tekun mencuba berbagai bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam. 6.3 Keseronokan Bekerja Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja. 6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlismajlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan mereka redha dengan ketentuan Tuhan.

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar, menghadiri kursus dan in house training. Sekolah membeli bukubuku pendidikan, menyebar luas naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut agihan tugas dan mengadakan in house training pada hari Sabtu. b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan, mesyuarat dan kajian kes. c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain. 6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif a.Membina kawasan sekolah yang kondusif seperti selamat, bersih dan ceria. b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat. 6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah. b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatian seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru. 6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran a.Memberi peluang dan kebebasan kepada guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru barumengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga, setiausaha PIBG dan sebagainya. b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya. 6.3.6 Menjadikan Sekolah Ku Rumah Ku a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di sekolah. b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan kebajikan. c.Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi sekolah dan membina watak sekolah. d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain. 6.4 Pengaruh Teladan 6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai- nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan. b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam kalangan warga sekolah. c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan. d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukanperkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan sekolah dan sebagainya. 6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam organisasi sekolah kerana core busines sekolah ialah pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:- a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan. b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan peperiksaan yang dijalankan. c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru dengan guru. d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN, KPM dan sebagainya. e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan dan pentafsiran, home learning dan sebagainya. f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya. 6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas. Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik. 6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan sebagainya. b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan individu-individu yang terlibat. c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan. 6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan dan kemahiran a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran. Tugasan diberi mengikut kekananan, opsyen, pengalaman, track record, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan. b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah dipersetujui. c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan akan terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya. 7.0Penutup Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi melahirkan budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain. Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana berasa selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabarHal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Rujukan :1. Akta Pendidikan Malaysia 1996. 2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN4.Standard Kualiti Pendidikan MalaysiaSekolah, (2003).Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. 5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang. 6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam. KL:DBP 7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan Budiman Sdn . Bhd. Ciri-Ciri Guru Cemerlang Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu: 1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut: Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran: Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing 3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi: Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.4. Kecemerlangan Potensi Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut: Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka) Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi