pengurusan guru besar cemerlang

22
PEMBENTANGAN MEREALISASIKAN PENINGKATAN AKADEMIK DAERAH BATANG PADANG 2011

Upload: mohdmazli

Post on 13-Apr-2017

983 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan guru besar cemerlang

PEMBENTANGAN MEREALISASIKAN PENINGKATAN AKADEMIK DAERAH

BATANG PADANG 2011

Page 2: Pengurusan guru besar cemerlang

Batang Padang telah diletakkan sebagai daerah angkat Sektor Pengurusan Sekolah.

Perlu usaha yang menyeluruh dan bersepadu.

Tumpuan program melibatkan : Guru Besar Penolong Kanan Guru Murid Ibu Bapa

Page 3: Pengurusan guru besar cemerlang

Sekolah hendaklah menganalisis masalah dan membuat tindak ikut.

Membuat perancangan strategik menggunakan SWOT analisis.

Meletakkan matlamat yang realistik dan mencabar dengan menggunakan SMART analisis.

Page 4: Pengurusan guru besar cemerlang

Guru besar memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus di sekolah.

Menurut Abdul Aziz (2003) Mereka adalah pemimpin

profesional yang memainkan 2 peranan.

1. Peranan kepimpinan2. Peranan pengurusan

Page 5: Pengurusan guru besar cemerlang

Hughes (1998) mencadangkan model 2 peranan bagi Guru Besar iaitu:1. Peranan pemimpin profesional2. Peranan Ketua Eksekutif

Bell & Bush (2002) menyatakan kepimpinan dan pengurusan tidak boleh dipisahkan kerana ia saling lengkap melengkapi.

Page 6: Pengurusan guru besar cemerlang

O’Sullivanetal (1990) peranan pengurusan bukan saja dilaksanakan oleh Guru Besar tetapi Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran dan Guru dengan tanggungjawab khusus. Mereka bertindak sebagai koordinator, pengawal dan pelaksana.

Page 7: Pengurusan guru besar cemerlang

Gron (1999) menyatakan kerajaan Britain menggunakan kemahiran komunikasi yang cemerlang.

1. Mempunyai hubungan manusia yang baik 2. Sensitif kepada adat dan budaya yang pelbagai 3. Mempunyai visi yang jelas 4. Mampu mewujudkan persekitaran yang dinamik 5. Menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional 6. Membuat keputusan berdasarkan persetujuan

bersama7. Mahir dalam pengurusan dan teknologi maklumat

dan kemahiran interpersonal.

Page 8: Pengurusan guru besar cemerlang

Shahril (2001), Kepimpinan yang cemerlang mempunyai ciri kepimpinan yang berkualiti, berkemahiran, mempunyai wawasan, kreativiti dan inovasi, kemahiran komunikasi dan berkomunikasi, kemahiran membuat keputusan dan penyelasaian masalah, cergas fizikal dan kestabilan emosi dan kecerdasan fikiran serta beriman dan bermoral.

Page 9: Pengurusan guru besar cemerlang

Pengurusan sekolah adalah tindakan Guru Besar melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif sekolah.

Kepimpinan sekolah adalah semua aktiviti dan perlakuan Guru Besar yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dalam kumpulan kearah mencapai objektif sekolah (IAB 1993).

Page 10: Pengurusan guru besar cemerlang

Cooper & Boyd (1987), di England, sesiapa sahaja yang ingin menjadi pentadbir sekolah diwajibkan menyertai dan menyempurnakan program latihan National Professional Qualification for Headsheet (NPQH).

Melalui PIPP (2006-2010) menyatakan hanya calon yang berdedikasi dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap jawatan pengurusan adalah menjadi kriteria pemilihan calon Guru Besar.

Page 11: Pengurusan guru besar cemerlang

2 kunci utama untuk mencapai kejayaan sebenar PIPP adalah kepimpinan dan keupayaan pengurusan di peringkat sekolah. Dalam hal ini Guru Besar akan menentukan hala tuju sekolah dan menyelesaikan masalah bagi mengatasi masalah untuk memenuhi kehendak PIPP.

Kepimpinan unggul perlu diberi perhatian kerana ia menjadi pra-syarat bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.

Page 12: Pengurusan guru besar cemerlang

Di USA Council of Chief State School Officers (CCSSO) mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah pada tahun 1996.

Ia mengandungi perkara asas berkaitan pengetahuan kecenderungan bertindak dan pencapaian yang akan membantu mewujudkan sekolah yang produktif dan mengukuhkan hasil pendidikan (CCSSO 1996).

Page 13: Pengurusan guru besar cemerlang

Dalam konteks Malaysia Jemaah Nazir Sekolah (JNS) menggubal Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) mengandungi pernyataan dan insturment pemastian standard untuk pemimpin sekolah (JNS 2004)

Standard ini mengandungi 4 dimensi, dikenali sebagai hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi, program pendidikan dan kemenjadian murid.

Page 14: Pengurusan guru besar cemerlang

Hussien (1989), kompetensi yang selalu dikaitkan dengan Guru Besar adalah misi sekolah, kurikulum dan pengajaran, pentadbiran sekolah serta hubungan dan komunikasi.

Kompetensi dilihat sebagai ramuan penting untuk sekolah yang berkesan dan berjaya.

Page 15: Pengurusan guru besar cemerlang

Louis & Miles (1990), Guru Besar perlu menjadi pengurus, mereka bentuk dan melaksanakan pelan, memfokuskan kepada pencapaian tugas, berurusan dengan struktur dan sistem, ketua yang berpegang kepada visi, menggalakkan perkongsian dan rasa kekitaan, membabitkan diri dengan perancangan evolusi, sentiasa peka dengan perbezaan budaya serta perubahan untuk jangka panjang.

Page 16: Pengurusan guru besar cemerlang

Grant (1978), menyatakan bahawa kompetensi Guru Besar terdiri daripada 8 bidang iaitu:1. Mewujudkan matlamat2. Menguruskan staf3. Menyusun atur masa dan ruang4. Menyusun atur bahan dan perkakasan5. Perkhidmatan luar pengajaran6. Perhubungan dengan komuniti7. Latihan dan perkhidmatan8. Penilaian program

Page 17: Pengurusan guru besar cemerlang

Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukan isu lapuk walaupun sudah lama dibincangkan oleh pakar pendidikan.

Isu baru dalam pendidikan yang semakin kompleks memerlukan kefahaman dan pentafsiran semula konsep kepimpinan dan pengurusan Guru Besar, ini kerana Guru Besar perlu mengahadapi serta menangani isu ini selama mana mereka masih menjawat jawatan sebagai pemimpin dan pengurus sekolah.

Page 18: Pengurusan guru besar cemerlang

Sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh Guru Besar yang cemerlang.

Keberkesanan dan kecemerlangan mereka seharusnya didasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang.

Page 19: Pengurusan guru besar cemerlang

1. Pembentukan budaya sekolah

2. Pembentukan budaya pelajar

3. Pembentukan budaya guru

Page 20: Pengurusan guru besar cemerlang

4. Pembentukan budaya profesion Budaya yang harus dibentuk ialah:i. Sebagai ahli falsafah pendidikanii. Model dan imej pendidikaniii. Penyokong dasar pendidikaniv. Inovasi dan pereka baru dalam dunia pendidikanv. Sebagai perintis iaitu bagaimana harus dilakukan

kepada sekolah bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan keperluan sosial

vi. Mengetahui kurikulum supaya dapat disumbangkan pengetahuannya kepada guru yang kurang berpengalaman

vii. Menjadi penyelia yang cekap dan dapat meningkatkan prestasi guru.

Page 21: Pengurusan guru besar cemerlang

5. Pembentukan budaya masyarakati. Peka terhadap kehendak masyarakat.ii. Memberitahu dan memastikan ibu bapa menyokong

keberkesanan dan perjalanan sekolah.iii. Menceritakan masa depan pelajar dan ke mana

hendak dituju selepas tamat sekolah.iv. Menjelaskan norma untuk sekolah kepada

masyarakat.v. Menjadi orang luar (masyarakat) dalam sesuatu

projek.vi. Menjalinkan komunikasi yang sihat serta berkongsi

maklumat antara sekolah dengan masyarakat.

Page 22: Pengurusan guru besar cemerlang