definisi sebenar guru cemerlang guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan.docx

56
Definisi Sebenar Guru Cemerlang Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi: a. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. b. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. c. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. d. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum. e. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Guru Permulaan ( novice ) Setelah berpenat lelah mengikuti kursus perguruan di institut perguruan selama hampir 5 hingga 6 tahun,akhirnya pasti anda akan merasai kepuasannya kerana akan ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Perasaan seperti berasa tidak sabar-sabar untuk bergelar guru dan menerima ucapan Selamat pagi,Cikgu . Detik bersejarah itu merupakan pengalaman pertama bagi anda setelah tamatnya status guru pelatih atau murid di IPG. Pada ketika itu anda bukan lagi guru pelatih, sebaliknya telah bergelar sebagai guru seperti mana rakan-rakan guru yang lain. Pada peringkat awal penempatan ini anda akan dikategorikan sebagai guru permulaan. Jika sebelum ini anda dipanggil murid, maka tugas kini sudah berubah, anda perlu pula mengajardan menjadi pengajar. Kita sering mendengar teguran dan pandangan mengenai kualiti guru yang dihasilkan oleh institut perguruan. Kebanyakan dari pandangan dan

Upload: halilatun-rahayu

Post on 12-Nov-2015

130 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Definisi Sebenar Guru Cemerlang Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi: a. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. b. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. c. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. d. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum. e. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin

Guru Permulaan (novice)Setelah berpenat lelah mengikuti kursus perguruan di institut perguruan selama hampir 5 hingga 6 tahun,akhirnya pasti anda akan merasai kepuasannya kerana akan ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Perasaan seperti berasa tidak sabar-sabar untuk bergelar guru dan menerima ucapan Selamat pagi,Cikgu. Detik bersejarah itu merupakan pengalaman pertama bagi anda setelah tamatnya status guru pelatih atau murid di IPG. Pada ketika itu anda bukan lagi guru pelatih, sebaliknya telah bergelar sebagai guru seperti mana rakan-rakan guru yang lain. Pada peringkat awal penempatan ini anda akan dikategorikan sebagai guru permulaan. Jika sebelum ini anda dipanggil murid, maka tugas kini sudah berubah, anda perlu pula mengajardan menjadi pengajar.Kita sering mendengar teguran dan pandangan mengenai kualiti guru yang dihasilkan oleh institut perguruan. Kebanyakan dari pandangan dan teguran itu adalah mengenai kualiti guru yang tidak mencapai tahap yang diharapkan. Rasa tidak puas hati telah didedahkan melalui media massa. Guru sibuk mengajar tetapi pembelajaran tidak berlaku. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan tidak memuaskan di samping gejala sosial remaja yang berleluasa semuanya diletakkan pada pihak guru. Guru dikatakan tidak cekap. Ini memberi imej yang kurang baik kepada institut perguruan sebagai institusi yang ditugaskan melatih guru. Pelatih yang cemerlang di institut perguruan tidak pula cemerlang di sekolah.Kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif, tidak imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan tidak dapat menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam situasi bilik darjah yang sebenarnya. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati sertan menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan. Guru permulaan ini boleh dikatakan hilang punca terutamanya di tahun pertama mula mengajar.Dalam hal ini, pihak sekolah sudah tentu beranggapan bahawa institut perguruan kurang berkesan dalam melahirkan guru permulaan yang lengkap. Sebenarnya memang diakui bahawa kualiti guru lepasan institut perguruan belum mencapai tahap sebagaimana yang diharapkan oleh pihak sekolah. Persoalannya, selepas menamatkan latihan di institut perguruan dengan mengikuti jadual yang padat bagi mata pelajaran teras, elektif, kokurikulum dan penyuburan diri, bolehkah mereka menggunakan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh itu dengan berkesan di sekolah? Mereka memang telah dilatih dengan sempurna, tetapi kebolehan mereka untuk mengaplikasikan dalam konteks sebenar menjadi isu yang diperkatakan sekarang.Perubahan peranan daripada seorang guru pelatih kepada guru permulaan merupakan satu pengalaman yang penuh dengan cabaran. Ini kerana guru permulaan menghadapi suasana yang berbeza daripada suasana semasa latihan. Seringkali guru permulaan terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah seperti kejutan realiti, penyusuaian diri kepada persekitaran sekolah dan masalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru anda harus pandai memainkan peranan sebagai guru permulaan dalam usaha untuk membentuk sikap dan amalan ke arah perkembangan yang positif demi program latihan dalam perkhidmatan. Pihak sekolah pula harus memainkan peranan untuk menbantu guru permulaan memperlengkapkan kemahiran profesional guru permulaan yang telah diberikan oleh institut perguruan. Ini kerana ada aspek tertentu yang tidak dapat disampaikan melalui kurikulum perguruan di institut perguruan tetapi lebih sesuai disampaikan di peringkat sekolah.Pada peringkat awal penempatan, mungkin anda akan mendengar pelbagai taklimat demi taklimat yang akan diberikan oleh pihak institusi masing-masing termasuk pihak pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta pihak pentadbiran sekolah kepada guru-guru permulaan ini tentang tugas, tanggungjawab serta tindakan masing-masing sebagai warga pendidik ke arah mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai guru permulaan serta guru baharu di sekolah yang ditempatkan, seharusnya banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sama ada dari aspek pengurusan mahu pun aspek pengajaran. Walau bagaimanapun kejayaan kedua-dua aspek ini banyak bergantung kepada keperibadian anda.Kejayaan anda sebagai guru permulaan banyak ditentukan oleh tindakan anda ke arah membentuk sikap diri sebagai seorang guru, khususnya seperti yang telah didedahkan kepada anda semasa mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) oleh institut masing-masing. Anda sepatutnya menyedari dan mengetahui bahawa semasa mengikuti BIG, anda sebenarnya sedang mengikuti satu program yang bertujuan untuk menyediakan anda sebagai bakal guru yang akhirnya ke arah melahirkan anda sebagai guru yang profesional . Perubahan sikap yang dinyatakan semasa anda mengikuti BIG haruslah diterjemahkan dalam konteks sebenar, bukan retorik semata-mata semasa mengikuti program berkenaan.Sebagai guru permulaan anda perlu menyedari bahawa kerjaya keguruan satu bidang profesion yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Pengurusan jadual waktu, pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran, pengurusan peperiksaan, pengurusan kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan ruang lingkup tugas guru yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru permulaan, anda seharusnya sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta bertindak secara proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada.Kerjaya guru sebagai pembina modal insan cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya kreatif memang dicari-cari ibu bapa,murid dan masyarakat. Sebagai guru permulaan, sudah pasti masyarakat menjangkakan bahawa anda sebagai orang baharu dalam bidang keguruan ini mempunyai pelbagai idea dan daya kreatif yang tinggi kerana baharu sahaja didedahkan dengan pelbagai inovasi dari pihak pensyarah. Kalu dilihat pula perkataan guru ia tidaklah begitu glamour jika dibandingkan dengan pekerjaan lain, contohnya peguam, pengurus, doktor dan seumpamanya. Manakala pengamatan atau persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula turut membayangkan tentang ruang cuti,masa kerja yang terhad dan bidang tugas yang mudah serta terjamin. Persepsi yang sering didengar seperti Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangkan (mencahayakan) orang lain. Memang begitulah nasib seorang guru. Betullah dalam sebahagian kata-kata puitis nukilan penyair terkenal lagi tersohor, Usman Awang memberi pengertian dan persepsi terhadap seorang guru:Biarlah apa saja pandangan dan persepsi orang terhadap profesion dan kerjaya guru tetapi sebagai seorang hamba Allah atau insan, seorang guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebenar-benarnya terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak walau setinggi mana ijazah-ijazah, diploma yang dimiliki, tetapi jika seorang guru atau pendidik tidak memiliki pengalaman dan kemahiran serta berakhlak mulia, maka perkataan seperti pengajaran guru itu boring (membosankan) atau cikgu ajar tadi tak seronok akan keluar dari murid atau penuntut-penuntut yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti atau tidak ada standard.Status guru permulaan tidak seharusnya dilabelkan sebagai guru kosong dan tiada sebarang pengetahuan berkaitan dengan tugas yang diberi. Anda perlu menerima dan menghayati setiap tugas yang diserahkan kepada anda. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah menerima dan menghayati tugas yang diberikan dan seterusnya berusaha ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.Penghayatan perlu dibuat pada prosedur serta tata cara pengendalian atau pelaksanaan sesuatu tugasan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru permulaan harus juga menawarkan diri membantu tugas-tugas lain terutamanya dalam bidang kokurikulum yang diceburi ketika berada di institusi pendidikan. Personaliti dan kebolehan anda sebagai guru permulaan akan dilihat dari pelbagai sudut oleh pihak pengurusan sekolah dan guru-guru senior yang berpengalaman. Oleh yang demikian, anda haruslah menunjukkan kebolehan dan keterampilan dari segenap sudut, khususnya dalam aspek yang berikut;i.Kualiti diri dan kebolehan anda menyesuaikan diriii.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjahiii.Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolahiv.Pengurusan kerja di mana anda ditempatkanGuru permulaan juga perlu menyesuai diri dengan budaya sekolah. Budaya di IPG tidak sama dengan budaya di sekolah. Lain padang lain belalang, begitulah perumpamaan yang membawa maksud setiap tempat itu mempunyai budaya kerja masing-masing. Sebagai guru permulaan, anda harus menyesuaikan diri dengan budaya sekolah termasuk keadaan, tempat, cara berinteraksi dengan guru-guru lama sertakeseluruhan warga pendidik di sekolah tersebut. Cuba wujudkan budaya yang mesra supaya kehadiran anda disenangi oleh semua pihak,khususnya pihak pengurusan sekolah. Elakkan daripada wujudnya suasana tegang akibat sikap anda yang tidak profesional dan masih terbawa-bawa perwatakan sebagai pelajar ketika anda berada di IPG.Sebagai guru permulaan anda harus juga peka dan sentiasa mendapat maklumat tentang pelbagai aspek. Bermula daripada maklumat murid, maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pusat sumber hinggalah maklumat berkaitan pegurusan pentadbiran seperti takwim sekolah dan sebagainya. Maklumat ini akan dapat membantu anda dalam proses perancangan pengajaran serta proses peningkatan profesionalisme. Anda juga adalah diingatkan bahawa sebagai guru permulaan anda akan sentiasa di bawah pengwasan dan pemantauan pihak sekolah, PPD serta JPN. Oleh itu anda seharusnya menunjukkan prestasi yang baik, sentiasa bersikap positif tanpa banyak membuat rungutan serta bersedia membuat transformasi diri ke arah mewujudkan sistem penddikan yang mantap, berkualiti serta bertaraf dunia.Sebagai guru permulaan, anda harus mempunyai kepelbagaian idea yang bukan sahaja dilihat dari aspek isi pengajaran atau perancangan, bahkan juga dari aspek pedagogi dan sistem penyampaian. Seorang guru terutamanya bagi mereka yang baharu memulakan bidang perguruan harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru permulaan juga harus mewujudkan keseronokan dan keceriaan belajar dalan kalangan murid. Antara langkah yang mampu menbantu kemahiran sistem penyampaian dalam menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menceriakan lagi menyeronokkan adalah seperti berikut;i.Mengenali dan memahami ciri muridSebagai ibu atau bapa kepada murid, seorang guru bukan sekadar mengenali nama sahaja akan tetapi harus memahami sedalam-dalamnya atau menjiwai mereka. Dalam hal ini, ia bermaksud anda sepatutnya memahami kehendak (needs), sikap, perangai atau tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan (strength) dan kelemahan (weakness) murid mengikut tahap umur masing-masing.ii.Kreatif dan inovatifSebelum ini mungkin anda menganggap bahawa tugas guru untuk mengajar itu mudah. Sebagai seseorang guru permulaan, anda memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran serta bahan pengajaran yang disesuaikan dengan murid anda. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ia dapat difahami dan tidak membosankan. Oleh yang demikian, seseorang guru itu harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya.Guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai keadaan untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pendidik yang berdaya kreatif dapat mengintegrasikan atau menggabungjalinkan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaian. Penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan serta corak pembelajaran menjadikan ia lebih inovatif serta mampu melibatkan murid dalam setiap aktiviti yang diadakan. Teori yang anda peroleh semasa mengikuti kuliah di IPG perlulah disesuaikan dengan kesediaan murid anda untuk menerima kehadiran anda dalam pembelajaran mereka.iii.Personaliti guruSeseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan para murudnya. Anda harus mengetahui bahawa setiap murid akan suka kepada guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Elemen kecindan ini ialah kata-kata atau pelakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan rasa ceria dan seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru baharu itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses komunikasi dan interaksi dua hala. Namun anda tidak seharusnya lebih kepada melawak kosong semata-mata dengan tujuan untuk menarik perhatian murid, sedangkan pengajaran yang sepatutnya terabai begitu sahaja.Mulai sekarang anda perlu menyedari bahawa anda semua akan berhadapan dengan situasi yang dibincangkan tadi. Oleh itu, tempoh perubahan peranan dari guru pelatih kepada guru permulaan adalah merupakan satu tempoh yang amat penting yang perlu diberi perhatian oleh anda kini. Anda harus mula mengatur strategi untuk menjadi guru permulaan yang berkesan supaya tidak merugikan semua pihak terutamanya sekali pihak sekolah dan khususnya para murid. Memang diakui bahawa sebenarnya kurikulum penddikan guru tidaklah mungkin dapat menyediakan segala-galanya sehingga guru yang keluar dari institut perguruan menjadi produk yang lengkap.Anda sebagai seorang manusia yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya keintelektualan yang tinggi harus memikul akauntabiliti untuk memperlengkapkan kemahiran profesional guru supaya anda tidak dilabelkan sebagai guru permulaan yang bermasalah dan tidak boleh diterima sekolah. Sebagai seseorang guru yang profesional, anda harus berusaha untuk menjadi guru yang berkesan, disegani dan dihormati oleh para murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Prestasi guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak pada nama, pangkat atau gelaran jawatan tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian dengan amat menarik, kreatif serta berkebolehan memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dengan penuh prihatin,berakauntabiliti dan ambil peduli terhadap perkembangan murid sepenuhnya.Guru Cekap (competent)Dunia sekarang yang semakin berkembang dan maju telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai bidang. Sebagai guru yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, anda juga tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dunia.Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi semua bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, psikologikal dan kebudayaan. Bidang pendidikan turut mengalami arus revolusi perindustrian yang berasaskan sains, teknologi maklumat dan telekomunikasi bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia.Multimedia, ICT, Wawasan 2020 dan cabaran globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan yang mana segala aktiviti yang dijalankan adalah tidak terkongkong oleh sempadan geografi, bahasa, budaya dan ideologi politik sesebuah negara. Bagi menghadapi semua ini, anda perlulah menjadi seorang guru yang cekap, khususnya dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran.Sistem pendidikan negara telah mengalami reformasi ekoran daripada Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri tanpa terikat dengan cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Pendidikan amatlah penting bagi merealisasikan impian semua rakyat dan negara dalam Wawasan 2020 kerana ia merupakan suatu proses yang membawa perubahan kepada individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Matlamat utama pendidikan adalah menyediakan seseorang individu memainkan peranan positif dan berkesan dalam masyarakat. Matlamat pendidikan ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya anda tidak dapat menjalankan amanah tersebut dengan cekap dan berkesan.Profesionalisme keguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, akauntabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar (Sufean, 1995). Jika seseorang guru itu mengamalkan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan, maka guru berkenaan dianggap telah mengamalkan nilai murni dalam kehidupannya (Hedderdof, 1971). Sesuatu tugas yang dilaksanakan tidak bertujuan bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah seseorang itu mempunyai komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta bermatlamatkan sumbangan untuk masyarakat dan negara (Intan, 1995). Setiap penjawat awam harus melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan cekap supaya produktiviti akan meningkat.Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Seorang guru yang cekap perlulah mempunyai komitmen terhadap pekerjaan atau sesebuah pertubuhan serta dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Seseorang guru dikatakan profesional apabila beliau cekap menggunakan strategi dalam menguruskan pekerjaan dan pengajarannya. Pada pandangan kasar, profesion sebagai guru dianggap suatu kerja yang mudah dan remeh oleh masyarakat. Mereka tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh guru untuk membimbing anak bangsa supaya menjadi insan yang berilmu. Oleh yang demikian, anda perlu cekap menguruskan tanggungjawab dan murid supaya anda tidak terus dipandang sinis oleh masyarakat.Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelopok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Oleh itu sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional, sama ada ianya bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan dengan cekap untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.Sebenarnya guru merupakan insan yang penting dalam pembentukan generasi akan datang. Ekoran daripada reformasi pendidikan, perananan guru masa kini bukan sahaja menyampaikan pengajaran tetapi juga sebagai fasilitator dan pemberi perangsang kepada murid. Guru perlu cekap mendidik dan membimbing umtuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya mereka menjadi seorang yang berpengetahuan luas dan berakhlak mulia.Kecekapan seorang guru akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat dan organisasi. Menjadi guru yang cekap bukanlah beerti cekap dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah kecekapan dari pelbagai aspek, antaranya adalah seperti berikut;i.Kecekapan profesionalismeii.Kecekapan melaksanakan visi dan prinsipiii.Keutuhan keperibadianiv.Kecekapan menggunakan teknologi maklumatv.Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualanvi.Kestabilan emosi dan spiritualvii.Kebijaksanaan dan kepimpinanEilane (2000) telah mengenal pasti beberapa ciri seseorang guru yang amat cekap dan dinyatakannya dengan mempunyai tiga ciri yang berikut iaitu;i.Ciri peribadiSeorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam pekerjaannya. Kedua, ianya bersikap positif dan real yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang guru pemimpin, disamping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan sesiapa sahaja yang perlukan bimbingannya.ii. Ciri mengajarSeorang yang memiliku dan sentiasa menerapkan aspek dengannya (with-it-ness) dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai gaya yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Guru juga memiliki kepakaran motivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.iii.Ciri intelektualSeorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar, berkembang dan mempunyai kesungguhan kendiri (self-actualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.Oleh itu menjadi seorang guru yang cekap amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya seperti teguh, tegas dan utuh atau rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya luas, tinggi dan mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerusi kesedaran diri dan faham-kendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Seorang guru yang cekap juga akan berupaya untuk menjalankan segala tugasnya dengan berkesan dan seterusnya berupaya meningkatkan kualiti diri serta pendidikan negara.Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti guru. Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang cekap, kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubah suai supaya guru dapat membentuk keterampilan diri, pengetahuan baharu dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan memerlukan guru membuat anjakan minda dan seterusnya meningkatkan kecekapan dalam penggunaan teknologi dan yakin menghadapi perubahan untuk menangani cabaran persekitaran sekolah. Untuk menjadi seorang guru yang cekap, terdapat beberapa prinsip yang boleh dipertimbangkan oleh anda dalam melaksanakan tugasan di sekolah kelak, antaranya adalah seperti berikut;i.Do it Right First Time (DIRFT)Pada peringkat ini setiap kerja yang anda lakukan mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah dan silap boleh dielak dan dicegah. Ini bermaksud setiap kerja dan tugasan yang dilakukan mesti dilakukan dengan cekap dan mengurangkan kesilapan. Pada tahap yang lebih tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan cekap dan betul manakala para murid mesti belajar dengan betul dan sentiasa buat betul. Kesimpulannya semua guru dan murid mesti faham dan menjadikan prinsip ini sebagai prinsip uatama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.ii.Guru mengajar Murid BelajarPada peringkat ini pula semua guru mesti faham bahawa tanggungjawab utama guru adalah untuk mengajar, bukan pergi ke sekolah sekadar untuk berbual kosong atau meluaskan rantaian MLM mereka. Untuk mendapatkan mutu pengajaran yang berkesan, setiap guru perlu membuat persediaan mengajar dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama tidak ada kelas yang dibiarkan tanpa guru. Kemudian murid pula perlulah belajar dengan betul, bersungguh-sungguh dan tidak main-main, tidak mengganggu rakan-rakan yang lain serta belajar dengan penuh keriangan dan kefahaman. Situasi yang dinyatakan itu tadi memerlukan anda menjadi seorang guru yang cekap dalam mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya para murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif.iii.Berkongsi Visi Yang SamaSeterusnya pada peringkat ini semua guru mesti memahami dan menghayati hala tuju sekolah yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak dan boleh menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah normal dan berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yang hendak direalisasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan semua guru dan berpegang teguh dengan kata-kata keramat Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh. Bagi mencapai matlamat berkenaan, semua guru di sesebuah sekolah haruslah menggembleng tenaga dengan berkongsi kecekapan mereka demi menjayakan visi sekolah.iv.Bakti Disemai Bukti DituaiPrinsip ini bermaksud bahawa apa jua yang guru ajar (dan buat) itulah yang akan menjadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap guru perlulah melaksanakan tugasnya dengan penuh kecekapan supaya hasilnya juga nanti akan memuaskan hati semua pihak. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan menentukan prestasi atau pencapaian murid seterusnya.v.Penambahbaikan berterusanPrinsip ini menunjukkan bahawa untuk mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti sentiasa melakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek kerja terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa. Sekiranya guru tidak melaksanakan tugas dengan cekap, mustahil penambahbaikan akan dapat dilakukan. Oleh yang demikian, kecekapan guru sangat diperlukan untuk membolehkan penambahbaikan secara berterusan akan terus berlaku.vi.Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai MasalahMenerusi prinsip ini tidak cukup bagi seseorang guru jika sekadar boleh menyelesaikan masalah sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu perkara yang akan menjadi maslah. Jadi yang diutamakan ialah kebolehan mencegah masalah suapaya tindakan awal yang preventive bukan remedial dapat dibuat dengan berkesan. Kesimpulannya semua guru mesti cekap bertindak serta ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak akan menghadapi masalah. Melalui cara ini sekolah yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajraan yang berkesan akan dapat dibentuk.vii.Guru Sebenar GuruIni memerlukan guru yang benar-benar cekap. Guru yang sebenar akan ke sekolah tidak jemu dan mengajar pula tidak lesu. Untuk menjadi guru yang sebenar, anda perlulah menjadi seorang guru yang cekap, dedikasi, komited dan bertanggungjawab serta tidak akan mengkhianati tugas dan muridnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah.Guru-guru yang cekap tidak akan cepat melatah atau menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan keterampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti selalu ponteng, bnyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab, menganggap sekolah hanya tempat kerja sementara atau beri alasan tidak cukup masa. Guru sebenar guru tidak akan menunjukkan ciri-ciri orang malas ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, cekap dan bersemangat.Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam usaha membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu tugas besar yang perlu dihayati dan mendapat sokongan serta kerjasama seluruh anggota pendidikan negara bagi membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi di samping melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu sebagai bakal guru yang akan bertugas di sekolah nanti, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai tugas yang besar dan mencabar bagi memperkasakan bukan sahaja sekolah tetapi yang lebih penting lagi dapat meningkatkan kecekapan diri sendiri menjadi guru yang sebenarnya guru.Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancangan kerjaya setiap guru. Cabaran-cabran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan semakin meningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid dan peralatan, tetapi lebih jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan kecekapan guru menghadapi masyarakat berasaskan ilmu serta jati diri dalam mengharungi isu-isu nilai yang lebih global. Profesion keguruan sentiasa tercabar dengan pelbagai isu pendidikan. Guru masa kini tidak mungkin dapat bertahan dan mempertahankan kredibiliti mereka tanpa menunjukkan ciri-ciri kecekapan profesionalisme seperti profesion-profesion yang lain.Guru Berkesan (effective)Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras bagi memastikan objektif stiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. Kerja keras dan semangat bekerja yang diberikan oleh golongan guru ini akan meningkatkan kualiti martabat keguruan ke tahap yang sepatutnya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh KPM.Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompom dan komuniti. Kejayaan ini hanya boleh dicapai sekiranya setiap guru berupaya untuk menjadi guru yang berkesan. Philip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat anatara satu sama lain dan ianya digelar sebagai Triangle of Success (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Berikut adalah huraian ringkas bagi setiap aspek yang berkenaan;i.Ilmu PengetahuanPengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil, diploma dan ijazah yang akan dimiliki oleh seseorang. Ilmu pengetahuan bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam sesuatu pengajaran, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh murid daripada guru merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Pengetahuan ini akan menentukan keberkesanan pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru berkenaan.ii.KemahiranPengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi menentukan keberkesanan pengajaran guru. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah taskmerupakan satu kelebihan kepada guru yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar menjadi faktor penentu kepada keberkesanan pengajaran guru.iii.SikapSikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar dan hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan mneggerakkan tingkah-laku dan perbuatan, maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Situasi di sekolah menunjuukkan bahawa terdapat guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Malah kadang-kadang guru yang sebegini akan lebih mudah berhadapan dengan sebarang masalah dan dapat menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan bahawa antara ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut;i.Bersikap profesionalii.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teoriiii.Kaya ilmuiv.Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerjav.Bermoral teguhvi.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaranvii.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapaviii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-muridix.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasax.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masaxi.Mempastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelasxii.Berupaya melahirkan persekolahan berwatak suapaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.xiii.Berupaya membina minda murid yang cemerlang akademikxiv.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu)xv.Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.xvi.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagixvii.Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolahBerdasarkan kepada ciri-ciri di atas, guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seorang guru itu untuk menjadi pendidik yang berkesan. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan mereka menjadi guru yang berkesan. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada seorang guru akan mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada murid dan secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk terus belajar.Seorang guru yang berkesan haruslah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap ilmu, kebajikan dan keselamatan muridnya (Mok Soon Sang, 2002). Kebiasaannya mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru disebabkan faktor terpaksa tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki, menjaga kebajikan dan gagal meyampaikan pengajaran dengan berkesan.Keadaan ini akan menyebabkan kesan negatif yang akan dilihat oleh masyarakat sekeliling kepada bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S. Nasution, 1995:61). Kesan negatif ini akan menimbulkan prasangka yang tidak baik oleh masyarakat terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Jika guru gagal menjadi guru yang berkesan, maka ini akan mendatangkan masalah kepada proses pembelajaran yang dijalankan di sekolah.Selain itu untuk menjadi seorang guru yang berkesan, setiap guru harus mempunyai budi pekerti termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Guru yang sentiasa memelihara kemuliaan profesion keguruan ini akan mudah diterima oleh murid dan akhirnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh guru. Tumpuan yang diberikan oleh murid akan membolehkan guru berkenaan menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru pun bolehlah mengatur strategi yang sesuai kerana mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada murid disebabkan murid berkenaan menyenangi sikap dan keterampilan yang ditonjolkan oleh guru berkenaan.Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketermpilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Guru perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam kalangan murid sama ada dari aspek mental mahupun moral. Seorang guru yang berkesan akan mempunyai sifat merendah diri dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.Seorang guru yang berkesan juga harus pandai menyesuikan diri dan elakkan daripada tidak suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Mereka berasa bangga dengan keupayaan yang ada pada diri sebagai seorang guru dan akan menjadi seorang guru yang sombong dan tidak suka bergaul antara satu sama lain. Mereka menganggap diri mereka lebih tinggi dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki jika dibandingkankan dengan guru-guru yang lain. Keadaan ini akan menimbulkan kerenggangan hubungan antara rakan sejawatan yang lain.Setiap guru harus berusaha untuk melaksanakan pengajaran yang akan memberikan kesan maksimum kepada para murid. Seorang guru yangberkesn juga perlulah cekap menggunakan sumber maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Semua sumber maklumat berguna yang diperlukan untuk meningkatkan mutu pengajaran perlu digunakan sama ada yang diperoleh dalam pembacaan atau yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebolehan seorang guru dalam mengolah segala sumber yang ada adalah faktor penting bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan berjalan dengan berkesan dan tidak menimbulkan masalah semasa proses ini berlangsung.Setiap guru perlu merancang pengajaran dengan teliti dan sentiasa membuat reflektif sebagai proses pengajaran suapaya boleh menjadikan proses pemgajaran adalah sesuatu yang bermakna dan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Perkembangan murid juga dipengaruhi oleh tahap pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002).Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seorang guru yang berkesan seharusnya berupaya menggunakan setiap sumber dan mengaplikasikan segala maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber tersebut untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran kepada muridnya (Mok Soon Sang, 2002).Selain itu juga seorang guru yang berkesan akan dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik dan tidak akan melakukan tugasan yang diberikan secara sambil lewa sahaja (Drs. Syaiful Bahri Djamarah, 2000). Guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjaya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas (Sufean Hussin, 1993).Kejayaan, keberkesanan dan kecemerlangan sekolah terletak pada seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap murid, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru anda haruslah berupaya menjadi guru yang berkesan demi membantu mencapai matlamat pendidikan negara.Untuk menjadi guru berkesan kita perlu berubah. Kita perlu membuat anjakan paradigma. Setiap guru perlu melakukan lonjakan quantum dengan merubah dan meruntuhkan tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Memolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku The One Minute Manager menyatakan bahawa kita lumrahnya begitu sukar menerima perubahan, Beliau menyatakan bahawa perubahan yang kita terima akan membolehkan kita mencapai kejayaan, Untuk mencipta kejayaan, kita perlu mengubah diri dan mengubah sikap. Plato berkata, Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri. Garfield pula berkata, Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya.Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status orang-orang yang paling berkesan iaitu tahap kejayaan peribadi dan kejayaan umum. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang yang ingin mencipta kejayaan peribadi adalah;i.Jadilah proaktif (Be Proactive)ii.Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)iii.Buat dahulu perkara pertama (Put First Thnings First)Bagi mencipta kejayaan umum (dalam hubungan interpersonal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah;i.Fikirkan menang/menang (Think Win/Win)ii.Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand and then to be understood)iii.Sinergi (Synergize)iv.Tahamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)Untuk mencapai kejayaan peribadi, kita perlulah berkebolehan menguruskan hubungan interpersonal. Ini bermaksud setiap guru perlu bijak berinteraksi dengan orang di dalam organisasi, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Kemahiran hubungan interpersonal akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap perkembangan peribadi guru dan murid. Kemahiran ini juga akan memberikan kesan kepada keberkesanan guru dalam konteks yang lebih luas, sama ada untuk menguruskan bahan pengajaran mahupun meningkatkan imej kendiri guru.Guru yang berkesan seterusnya akan membuat dahulu perkara pertama (Put First Thnings First) yang maksudnya kita mengamalkan pengurusan masa yang kemas dan sistematik, mengutamakn prioriti tindakan serta tidak suka menangguh kerja. Pengurusan kerja yang efisien akan menjadikan seorang guru menguruskan tugasan harian dengan lebih berkesan dan segala tugas serta tanggungjawab dapat disempurnakan dengan cemerlang. Guru yang berkesan akan berupaya menjadi seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yang boleh menjadi role model kepada orang-orang lain, sama ada kepada rakan sejawat mahupun kepada para murid.Guru yang berkesan seharusnya berupaya untuk memajukan sekolah dan setiap tindakan yang diambil hendaklah berfokuskan kepada;i.Pencapaian matlamat murid dan sekolah iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para muridii.Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan murid dan kelas menjadi tidak kondusifiii.Membentuk atau mewujudkan budaya baharu bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktifiv.Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui pengajaran yang berkesanSalah satu apek penting untuk menempa kejayaan dalam perkhidmatan ialah pendekatan positif terhadap disiplin, keberkesanan dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunyaThe Power Principle(1989) menyebut bahawa The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time. Oleh yang demikian, anda seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek next time ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakniPlan-Do-Check-Act).Guru yang berkesan boleh menjadi model kepada murid dan rakan sejawat. Murid juga akan lebih mudah mendekati guru yang berjaya melaksanakan pengajaran secara berkesan. Keberkesanan seorang guru juga sentiasa didorong oleh motivasi yang tinggi dan mampu menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada muridnya dengan cara yang kreatif, proaktif, dan inovatif. Guru yang berkesan akan sentiasa mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.Posted bygaladuitat9:21 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestFriday, August 5, 2011ESEI-CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;1. Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan denganseorang guru yang berkesanitu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:Bersikap profesional.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.Kaya ilmu.Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.Bermoral teguh.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.Melengkapkan diri dengankemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasansebagai pendidik unggul pada setiap masa.Mempastikan situasi'Guru mengajar murid belajar'wujud di dalam kelas.Berupaya melahirkan'persekolahan berwatak'supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).Taat dan setiaterhadapperkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. Komitmen yang menyeluruh. Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan. Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas. Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri*Berakhlak dan bermoral*Bersikap adil dan bertimbang rasa*Beramanah dan bertanggungjawab*Kreatif dan inovatif*Sentiasa mengurus diri dengan kemas*Sedia berkongsi dan berkerjasama*Bersikap terbuka*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasidll.*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan programtindakan susulan*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untukmenggalakkan pembelajaran yang seterusnya .*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.*Sentiasa merangsang murid berfikir.*Merancang pelajaran yang baik.*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakandengan penuh komitmen.*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

ESEICiri-ciri seorang guru yang cemerlang

1.0Pendahuluan

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapaihasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysiayang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia.SesungguhnyaFalsafah PendidikanKebangsaanyang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan pentinguntuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.Adabbermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus(sopan),berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,persatuan atau pekerjaan dan lain-lain .Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialahdasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepadapenjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untukmencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruahdan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akanmengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggotaperkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah,membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun danmerealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggotaperkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.4.0 Tonggak Dua Belas

4.1 Latar belakang Tonggak Dua BelasTonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur.Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni terasdalam Etika Perkhidmatan Awam.4.2Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas

4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)

4.2.2Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success o Perseverance)4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)

4.2.4KemuliaanKesederhanaan(The Dignity of Simplicity)4.2.5Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)4.2.9Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)4.2.10Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)4.2.11Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; Tonggak membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaanIni bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positifbagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat dan tindakan.

5.1Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran.tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi.

5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam menyedari kepentingan masa dalam segala urusan perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.

5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam.

5.4Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusinilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas.Amalan positif nilai ini akan melahirkan penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas danbertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang, mengurus dan melaksanakaniklim yang kondusif di tempat kerja.

5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakanperbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan tempatkerja,pergaulan dan sebagainya berupaya menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan penjawat awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.

5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab danberbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan mutu kerja.

5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni.

5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang hebat.Pemimpin bukansahaja mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek akal dan mementingkan emosi.

5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipanyang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmudan kemahiranbagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .

5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai inimembawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi.

5.11Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud Sabar itu salah satudari cabang iman .Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.

5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dandipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasapuas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.

6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di SekolahMemandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilainilai tersebut ialah:-a. Menghargai Masab.Ketekunan Membawa Kejayaanc. Keseronokan Bekerjad. Pengaruh Teladane. Kewajipan Menjalankan tugas6.1 Menghargai Masa6.1.1 Menepati MasaBudaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat kehadiran mereka.b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar padawaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.c.Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti menepati masa dalam menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya sense of emergency dan sense of urgency. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dansebagainya.

d. Sebagai membina watak sekolah, guruguru dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji sebagai penjawat awam yang baik.6.1.2 Merancang Pengurusan MasaSesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan baik agar sasaran kerjatahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :

a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum, takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan sebagainya.

b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan yang utama diutamakan dahulu, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada target date dan sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung tahun.

6.1.3 Menyegerakan tugasHari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan di sekolah

6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.

a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.

b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan sekolah.

c.Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu, kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan melakukan penilaian menjadi proses penting untukmencapai visi, misi dan target sekolah.

6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatandan Kesepunyaan.a.Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatanpencapaian sekolah terserlah jika memilikipasukan kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting. Kesepunyaan bermaksudsegala yang berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti program prestasi untukPMR dan SPM, Dasar 60:40, PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program bersamaPPD, JPN dan KPM.

6.2.3Mencetuskan semangat Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanana. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru.

b. Budaya in house training turut diamalkan di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat. Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagaibagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru perlu tekun mencuba berbagai bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikanmatlamat tercapai.Ketekunandan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.

6.3 Keseronokan BekerjaMenurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebihmenyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.

6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadaha.Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahamanmenganggapkerjasebagai ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlismajlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh danmereka redhadengan ketentuan Tuhan.

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir

a.Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar, menghadiri kursus dan in house training. Sekolah membeli bukubuku pendidikan, menyebar luas naskah-naskahpendidikan, menghantar guruberkursusmengikut agihan tugas dan mengadakan in house training pada hari Sabtu.

b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan, mesyuarat dan kajian kes.

c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain.

6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif

a.Membina kawasan sekolah yang kondusifseperti selamat, bersih dan ceria.

b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat.

6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan

a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah.

b.Kebajikan warga sekolah diberi perhatianseperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.

6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran

a.Memberi peluang dan kebebasan kepadaguru untuk membuktikan kebolehan seperti guru barumengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,setiausaha PIBG dan sebagainya.

b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya.

6.3.6 Menjadikan Sekolah Ku Rumah Ku

a.Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di sekolah.

b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan kebajikan.

c.Sekolahbersedia menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi sekolah dan membina watak sekolah.

d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan komuniti yang lain.6.4 Pengaruh Teladan6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladana. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai- nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan.

b.Pemimpin sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam kalangan warga sekolah.

c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan.d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukanperkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaansekolah dan sebagainya.

6.4.2 Menerapkan Kepimpinan InstruksionalIshak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam organisasi sekolah kerana core busines sekolah ialah pengajarandan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:-

a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.

b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan peperiksaan yang dijalankan.

c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru dengan guru.

d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,KPM dan sebagainya.

e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan dan pentafsiran, home learning dan sebagainya.

f.Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaransepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan sebagainya.

6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.

6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekapa. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan sebagainya.

b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif. Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan individu-individu yang terlibat.

c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan.

6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungandan kemahirana.Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran. Tugasandiberi mengikutkekananan, opsyen, pengalaman, track record, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan.

b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah dipersetujui.

c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkanakanterus berusaha meningkatkan kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.

7.0PenutupPelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai pegangan asas bagi melahirkan budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain. Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana berasa selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabarHal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Rujukan :

1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN4.Standard Kualiti Pendidikan MalaysiaSekolah, (2003).Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.KL:DBP7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua SekolahMenangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: KumpulanBudiman Sdn . Bhd.

Ciri-Ciri Guru CemerlangProfesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178):1. Kecemerlangan PeribadiKecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut: Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif2. Kecemerlangan Pengetahuan dan KemahiranBerikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran: Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing3. Kecemerlangan KomunikasiKomunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi: Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.4. Kecemerlangan Potensi Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.5. Personaliti UnggulPersonaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut: Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitutegas, menepati masa dan kecindandimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Ciri Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru- Peringkat novis- Peringkat novis lanjutan- Peringkat cekap- Peringkat mahir- Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan- Dikata