panduan memohon guru cemerlang cara2.docx

23
Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan) Jumaat, Mei 31, 2013 Hal Guru 99 comments Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang. 1. Fahami jawatan Guru Cemerlang Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru- guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususandengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda!

Upload: cammry-anna

Post on 06-Dec-2015

322 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)Jumaat, Mei 31, 2013  Hal Guru  99 comments

Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.

1. Fahami jawatan Guru CemerlangDalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. 

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususandengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. 

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda! 

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!" 

2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepatPemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.

Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan. 

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. 

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.

 

3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkapSeterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll) b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)d) LNPT (3 tahun berturut-turut)e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam Akademik, HEM  dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang permohonan,masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..

4. Fokus kepada subjek yang dipohonPerhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu. 

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda masukkan:

a) Ketua Panitiab) guru kelas tambahanc) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)d) penceramah e) pemeriksa kertas soalanf) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)

Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!

5. Bahagikan tugas mengikut bidangBagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 32010 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 12010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains2011 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 12011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains

2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 12012 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 12012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!

6. Kumpulkan bahanSemasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda, inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.

Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu. 

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.

7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan InovasiDua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini 

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu mengajar, teknik atau kaedahmengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan animasi.

  

8. Tonjolkan kelebihan diri

Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik daripada anda. 

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada bahagian yang betul. 

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri, sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat. 

9. Tanya guru yang berpengalamanJangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. 

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda! 

10. Sedia untuk berdepan dengan hatersYang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi, sentiasa lah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya kita dan Allah saja yang

tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa. 

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para haters!

Ader ku kesah? ;)

11. Motivasi Diri Yang BetulHarus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu dengan orang ramai. 

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan! Sekurang-kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau permohonan kita tidak berjaya nanti.. 

Akhir kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi guru-guru HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih besar kepada kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!! 

SKPM Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran BerkesanSelasa, Ogos 06, 2013  Hal Guru  6 comments

Berdasarkan kepada Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model yang lain, JNJK telah menggubal SKPM 2010 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) sebagai rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia, yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai iaitu:Standard 1 : Kepimpinan dan Hala TujuStandard 2 : Pengurusan OrganisasiStandard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal MuridStandard 4 : Pembelajaran dan PengajaranStandard 5 : Kemenjadian Murid

DOWNLOAD SKPM 2010 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 

Bagi entri untuk kali ini, saya ingin memfokuskan kepada Standard 4 iaitu piawaian yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi.   

Huraian Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan :1) penglibatan murid dalam aktiviti p&p bagi membolehkan pengajaran berkesan2) penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat3) hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran4) perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran5) kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran6) komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid7) penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid8) penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan p&p9) kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang

kondusif untuk keberkesanan p&p12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru

Aspek 4.1 Penglibatan Murid- hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons kepada guru / membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan guru- hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru, atau murid dengan bahan- hampir keseluruhan murid memberi tumpuan kepada pelajaran pada sepanjang waktu pembelajaran

Aspek 4.2 Penguasaan Pembelajaran Murid- Murid dapat memberi respon dengan tepat kepada arahan / soalan guru- Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan dengan pelajaran- Murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri, terarah kendiri atau kadar kendiri- Hampir keseluruhan murid mencapai objektif pembelajaran

Aspek 4.3 Hasil Kerja Murid- Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan format- Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan

- Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara berterusan- Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid

Aspek 4.4 Perancangan dan Persediaan Guru- Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan meliputi sepanjang tahun pembelajaran berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan- Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan bersesuaian dengan Rancangan Pelajaran Tahunan. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.- Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran- Refleksi p&p digunakan sebagai panduan untuk merancang Rancangan Pelajaran Harian yang seterusnya

Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian- Guru mewujudkan kesediaan kepada pelajar untuk belajar- Kaedah pengajaran adalah sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid- Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid- Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak)- Aktiviti yang dijalankan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran- Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta

memupuk nilai dalam kalangan murid- Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan dengan terancang- Guru menyampaikan pelajaran dengan fleksibel mengikut situasi- Masa pelajaran digunakan dengan optimum

 

Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi- Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai- Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan- Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi galakan dan pujian

Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan- Guru memilih / menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid- Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran- Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan

Aspek 4.8 Penilaian- Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian formatif semasa p&p untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai- Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk membentuk tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam p&p- Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten

Aspek 4.9 Teknik Penyoalan- Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas- Guru memberi respons yang sesuai kepada soalan murid- Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dengan p&p- Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid

Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan- Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran- Guru dapat menjelaskan konsep / fakta atau memberi jawapan dengan jelas, yakin dan tepat- Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkannya dengan isu semasa / pengalaman murid- Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut tahap potensi murid

Aspek 4.11 Pengurusan Kelas- Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses p&p- Guru berjaya mengawal tingkahlaku murid dengan menegaskan pematuhan kepada peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran- Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka- Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran

Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan- Guru menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran- Guru prihatin terhadap pelajaran murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelasnya- Guru menepati masa- Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati- Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 2 : Dokumentasi / Filing)Ahad, Jun 30, 2013  Cikgu Hailmi, Hal Guru  39 comments

Alhamdulillah, atas sambutan yang menggalakkan daripada entri saya yang sebelum ini mengenaiPanduan Memohon Guru Cemerlang, maka saya teruskan dengan menyediakan sedikit tips Fasa 2 iaitu Membuat Pendokumetasian atau pun juga lebih dikenali sebagai Filing. Saya rasa bahagian ini lah yang paling 'menyeksakan' guru-guru apabila membuat permohonan Guru Cemerlang, termasuk lah saya sendiri. Banyak sangat benda berterabur kan?. Hu3.. Jom kita tengok beberapa tips yang boleh dikongsikan dengan rakan guru sekalian. 

1. Kumpul dan susun Adalah lebih baik jika kita kumpulkan terlebih dahulu semua surat dan kertas lantikan yang berkaitan bagi memudahkan urusan kita. Kemudian, baru lah mulakan proses susunan denganmembahagikan nya mengikut tahun. Tak perlu terlebih rajin.. Hanya fokuskan kepada dokumen untuk 3 tahun lepas dan juga pada tahun semasa. 

Selepas dibahagikan mengikut tahun, bahagikan pula mengikut bidang; iaitu Akademik, HEM, dan Ko-Kurikulum. Bagi kategori yang anda tidak pasti, pilih lah bidang berkaitan yang paling hampir. Selepas itu, susun pula mengikut tarikh. 

Jika mahu memudahkan lagi urusan penyusunan dan penyimpanan dokumen, anda bolehmenggunakan warna yang berbeza bagi setiap label; sebagai contohnya label warna HIJAU untuk fail akademik, label warna OREN untuk fail HEM, dan label warna KUNING untuk fail yang berkaitan dengan ko-kurikulum.

sistem warna dan bidang

Timbul pula persoalan, AJK / bidang tugas yang manakah yang perlu diwujudkan Fail?.. Jawapan saya, pilih lah jawatan atau pun bidang tugas yang boleh memberi kelebihan kepada anda dari segi pemarkahan semasa dicerap oleh Nazir nanti.. 

2. Fail atau Jilid?Ini juga satu persoalan yang berlegar dalam minda saya masa hendak memohon dulu, sama ada mahu menggunakan sistem fail atau pun jilidkan terus semua dokumen. Selepas mendapat pendapat daripada rakan guru yang lain, akhirnya saya putuskan untuk menggunakan Fail Ring bagi memfailkan dokumen pada tahun semasa, dan menjilidkan terus dokumen pada tahun-tahun lepas. 

contoh bidang tugas yang dah dijilidkan 

Sebelum dibukukan / dijilidkan tuh, baiklah jika dibuat cover depan yang menarik lengkap dengan tajuk, tahun, perkara dan nama anda sendiri bagi melindungi hakcipta terpelihara. Jika jilidkan, pastikan anda letakkan sekali dengan plastik sebagai cover paling hadapan untuk simpanan jangka masa panjang.

3. Sediakan Fail MejaFail Meja juga merupakan perkara penting yang perlu ada untuk setiap guru. Jika di cari di internet, kebanyakan format Fail Meja yang dijumpai adalah terlalu kompleks dan banyak dokumen yang perlu disediakan. Ini kerana Fail Meja merujuk kepada kandungan fail yang mempunyai

semua maklumat dan bidang tugas bagi sesuatu jawatan.

Bagi guru pula, tak perlulah nak disediakan dengan sekompleks itu. Jika anda rajin, boleh dapatkan semua maklumat yang diperlukan. Bagi yang malas, lebih kurang macam saya nih.. ;) anda bolehsekadar letakkan semua surat lantikan bagi tugas anda untuk sepanjang tahun. 

Mana-mana majlis yang melibatkan anda, ada nama anda, masukkan sahaja dalam Fail Meja tersebut. Bahagikan juga kepada bidang tugas dalam Akademik, HEM dan Ko-kurikulum. Juga jangan lupa susun mengikut tarikh bagi memudahkan urusan pencarian nanti bila ditanya Nazir. 

Bagi memudahkan juga urusan Nazir mencari maklumat dan bidang tugas anda, sediakan senarai semak pada muka surat pertama bagi setiap kategori, lengkap dengan tarikh. Anda pun mudah nak susun dan cari, Nazir pun mudah nak semak dan cari.. ;) 

Bagi surat lantikan dan bidang tugas pada tahun-tahun terdahulu, boleh masukkan sahaja dalam fail Arkib Fail Meja untuk simpanan sebagai rujukan. Jika tiada surat lantikan, sebarang bukti yang boleh mengukuhkan penyertaan dan penglibatan anda juga memadai. Sebagai contohnya, gambar, sijil, keratan akhbar dan lain-lain.

  

4. Sediakan fail khasJika ada beberapa perkara yang anda ingin highlightkan kepada Nazir nanti, lebih baik jika andasediakan fail khas yang tersendiri bagi memudahkan Nazir mengesan perkara tersebut. Sebagai contohnya, sediakan fail khas untuk Markah dan Penilaian yang mengandungi semua maklumat mengenai markah peperiksaan, seperti TOV ETR, Item Analisis, Markah Pelajar, Keputusan Pelajar selepas Peperiksaan Awam dan lain yang berkaitan. 

Jika anda selalu memberi ceramah akademik, anda boleh juga adakan satu fail khas yang mengandungi maklumat dan sedikit dokumentasi ringkas semua program yang anda pernah hadiri, lengkap dengan gambar atau surat sebagai bukti.

koleksi modul saya yang tak seberapa

Untuk modul yang anda sediakan pula, boleh juga anda jilidkan lengkap dengan cover depan yang menarik. Print muka depan pada kertas bercorak supaya modul anda nampak lebih hebat dan lain daripada yang lain. Sekurang-kurang nya dapat juga menarik perhatian Nazir yang datang nanti.

5. Rancangan Mengajar Tahunan Pastikan juga anda mencari semula Rancangan Mengajar Tahunan bagi 3 tahun ke belakang dan untuk tahun terkini. Semua bahan perlu dikemaskini dan disemak semula adakah benar-benar lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika masih belum lengkap (sepatutnya sudah dilengkapkan sebelum dihantar kepada pihak sekolah pada hujung tahun) boleh lah ambil masa untuk lengkapkan nya sebelum Nazir datang. 

Saya tak pasti pula mengenai guru yang berpindah ke sekolah lain, bagaimana menguruskan Rancangan Mengajar Tahunan bagi tahun yang terdahulu. Tetapi saya rasa mungkin boleh hubungi semula sekolah lama bagi mendapatkan bantuan daripada sekolah lama untuk mengepos kan kepada anda semula.

Di sini juga saya sertakan sedikit contoh mengenai kandungan maklumat

yang perlu ada dalam pendokumentasian bagi beberapa perkara. Rakan guru boleh buat pengubahsuaian bagi disesuaikan dengan kehendak dan keperluan fail anda. 

BIDANG AKADEMIK1. Fail Panitia Sains     > Carta Organisasi

     > Biodata Guru

     > Jadual Waktu Guru

     > Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas (Makmal)

     > Rancangan Tahunan Panitia

     > Program Khas Panitia

     > Takwim Panitia

     > Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi

     > Minit Mesyuarat

     > Lain-lain Perkara

2. Fail Pentaksir Sains     > Buku Panduan Pentaksiran PEKA

     >Surat Pekeliling PEKA

     > Jawatankuasa PEKA Sekolah

     > Minit Mesyuarat PEKA

     > Rangka Jadual Kerja Pentaksiran

     > Instrumen Pemantauan PEKA oleh Pengetua / PK1 / KB

     > Borang Laporan Prestasi Calon

3. Fail Markah dan Penilaian     > Markah Peperiksaan

     > Markah Ujian Bulanan

     > TOV dan ETR

     > Analisis Item

     > Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah

     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Sekolah     > Analisis Keputusan

Peperiksaan Awam

     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Awam

BIDANG HEM1. Fail AJK Fotografi Sekolah     > Senarai Ahli Jawatankuasa

     > Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun

     > Minit Mesyuarat

     > Surat menyurat

     > Jadual Bertugas (jika berkaitan)

     > Lampiran

2. Fail Pengurus Kelas     > Senarai Pelajar

     > Carta Organisasi

     > Jadual Waktu Guru

     > Jadual Waktu Kelas

     > Rancangan Tahunan Kelas

     > Aktiviti (dokumentasi, gambar)

     > Yuran

     > Lampiran

BIDANG KO-KURIKULUM1. Fail Kelab Sofbol     > Senarai Ahli

     > Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab

     > Rancangan Aktiviti 

     > Senarai Pemain

     > Rekod Pencapaian

     > Surat Menyurat

     > Lampiran (Gambar dan lain-lain)

Sekali lagi diingatkan kepada semua rakan guru, bahawa sebenarnya anda bebas membuat pendokumentasian mengikut keselesaan dan keperluan anda. Lain orang, lain citarasanya. Yang penting, perkara wajib yang perlu ada dalam dokumentasi kita tersebut mestilah ada. Selamat Membuat Kerja-kerja Pendokumentasian yer.. Nantikan Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 3 (Menyediakan Rancangan Mengajar)