ge jala buli

12
Bahagian B Isu Moral semasa di Sekolah Rendah Buli ialah perlakuan yang boleh menakutkan atau membahayakan orang lain. Kanak-kanak pembuli biasanya akan memilih mangsa yang lebih lemah dan sering bersendirian dan membuli mereka berulang kali. Biasanya buli bermula di sekolah rendah yang menjadikan tabiat tersebut berakar umbi dan merebak apabila murid-murid berada di sekolah menengah. Sebenarnya buli ada beberapa bentuk iaitu dari segi fizikal yang membabitkan perbuatan mencubit, memukul, meumbuk, menyepak, menolak atau sengaja membuatkan seseorang terjatuh. Seterusnya buli juga boleh terjadi melalui tindakan yang bersifat emosi seperti perbuatan mengejek, menyindir, mengumpat atau memberi gelaran tertentu terutama yang memalukan semuanya termasuk dalam kategori buli. Malah dalam era moden ini, banyak berlaku buli siber iaitu menulis dengan tujuan memburuk-burukkan atau memalukan seseorang menerusi laman sosial, blog, e-mel atau pesanan ringkas (SMS) juga dikira sebagai buli. Membuli dengan teknologi merupakan perbuatan Buli melalui teknologi moden yang lebih besar kesannya daripada kaedah buli konvensional kerana ia boleh dilengkapkan dengan gambar dan disebarkan kepada beribu-ribu orang dalam sekelip mata melalui hujung jari saja.Buli alam siber boleh banyak terjadi pada masa kini. Bagi anda yang menerima apa saja e-mel atau SMS mengenai keburukan seseorang, buangkan segera dan jangan anda pula yang menjadi posmen memanjangkan cerita tidak baik itu. Dengan berbuat demikian, anda secara tidak langsung terhindar daripada menjadi pembuli tanpa sedar. Meskipun buli siber tidak menyebabkan sebarang lebam atau luka, ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana ia mencederakan emosi dan meruntuhkan keyakinan serta harga diri seseorang. Ejekan juga merupakan salah satu bentuk buli. Buli di kalangan kanak-kanak perempuan biasanya membabitkan kaedah yang berkaitan dengan emosi contohnya mangsa diasingkan dan disindir atau diumpat. Di kalangan kanak-kanak lelaki, kedua-dua bentuk buli dilakukan (fizikal dan emosi) seperti ditolak dan diejek dengan nama memalukan. Buli adalah perkara biasa di sekolah pada hari ini. Ia juga adalah satu masalah yang tidak harus dipandang ringan; membuli boleh meninggalkan kesan yang serius. Kanak-kanak membuli atas banyak sebab

Upload: aminudin-dolah

Post on 02-Feb-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ge Jala Buli

Bahagian B

Isu Moral semasa di Sekolah Rendah

Buli ialah perlakuan yang boleh menakutkan atau membahayakan orang lain. Kanak-

kanak pembuli biasanya akan memilih mangsa yang lebih lemah dan sering bersendirian dan

membuli mereka berulang kali. Biasanya buli bermula di sekolah rendah yang menjadikan

tabiat tersebut berakar umbi dan merebak apabila murid-murid berada di sekolah menengah.

Sebenarnya buli ada beberapa bentuk iaitu dari segi fizikal yang membabitkan perbuatan

mencubit, memukul, meumbuk, menyepak, menolak atau sengaja membuatkan seseorang

terjatuh. Seterusnya buli juga boleh terjadi melalui tindakan yang bersifat emosi seperti

perbuatan mengejek, menyindir, mengumpat atau memberi gelaran tertentu terutama yang

memalukan semuanya termasuk dalam kategori buli. Malah dalam era moden ini, banyak

berlaku buli siber iaitu menulis dengan tujuan memburuk-burukkan atau memalukan

seseorang menerusi laman sosial, blog, e-mel atau pesanan ringkas (SMS) juga dikira sebagai

buli.

Membuli dengan teknologi merupakan perbuatan Buli melalui teknologi moden yang

lebih besar kesannya daripada kaedah buli konvensional kerana ia boleh ‘dilengkapkan’

dengan gambar dan disebarkan kepada beribu-ribu orang dalam sekelip mata melalui hujung

jari saja.Buli alam siber boleh banyak terjadi pada masa kini. Bagi anda yang menerima apa

saja e-mel atau SMS mengenai keburukan seseorang, buangkan segera dan jangan anda pula

yang menjadi ‘posmen’ memanjangkan cerita tidak baik itu. Dengan berbuat demikian, anda

secara tidak langsung terhindar daripada menjadi pembuli tanpa sedar. Meskipun buli siber

tidak menyebabkan sebarang lebam atau luka, ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam

kerana ia mencederakan emosi dan meruntuhkan keyakinan serta harga diri seseorang.

Ejekan juga merupakan salah satu bentuk buli. Buli di kalangan kanak-kanak

perempuan biasanya membabitkan kaedah yang berkaitan dengan emosi contohnya mangsa

diasingkan dan disindir atau diumpat. Di kalangan kanak-kanak lelaki, kedua-dua bentuk buli

dilakukan (fizikal dan emosi) seperti ditolak dan diejek dengan nama memalukan.

Buli adalah perkara biasa di sekolah pada hari ini. Ia juga adalah satu masalah yang

tidak harus dipandang ringan; membuli boleh meninggalkan kesan yang serius. Kanak-kanak

membuli atas banyak sebab dan akan menyebabkan kerosakan yang kekal kepada mangsa

buli. Oleh kerana kemungkinan kecederaan fizikal dan emosi, semua kes-kes buli mesti diberi

perhatian serius.

Page 2: Ge Jala Buli

Biasanya guru adalah orang dewasa yang pertama menyedari bahawa buli berlaku

kerana mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak. Membantu mangsa buli boleh

menjadi satu perkara yang sensitif, tetapi kedua-duanya (buli dan mangsa buli) perlu ditangani

untuk memastikan bahawa mereka berhenti membuli. Jika anda seorang guru atau penjaga,

terdapat beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk membantu mangsa buli.

Anda harus membiarkan mangsa buli tahu bahawa anda mengambil berat tentang

mereka dan mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku. Pada masa yang sama, tidak

terlalu bersimpati terutama di hadapan orang lain boleh tidak produktif. Jangan cuba untuk

membincangkan masalah dengan mangsa buli sehingga anda bersendirian dengan mereka atau

tidak di hadapan kanak-kanak lain. Minta mangsa buli memberitahu dengan tepat apa yang

sedang berlaku dan meyakinkan mereka bahawa perasaan mereka adalah normal dan ia bukan

salah mereka. Biarkan mangsa buli tahu bahawa bercakap tentang masalah mereka kepada

anda dan ibu bapa mereka hanya akan membantu keadaan dan perkara yang betul untuk

dilakukan. Berikan mangsa buli cara dan maklumat untuk menghadapi dan mengelakkan isu-

isu lanjut buli.

Bercakap dengan ibu bapa mangsa buli juga penting. Ibu bapa dan guru-guru yang

bekerja bersama-sama adalah cara terbaik untuk menghentikan buli dan membantu mangsa

buli. Anda juga perlu bercakap dengan ibu bapa pembuli supaya mereka boleh menangani

masalah pada puncanya. Terangkan apa yang berlaku dalam cara yang tidak berkonfrontasi

dan menghapuskan sebarang salah faham tentang buli. Ramai ibu bapa berfikiran bahawa

membuli adalah normal dan tiada masalah besar, tetapi apabila mereka tahu betapa serius

akibatnya, mereka akan lebih prihatin.

Anda harus memberi cara dan maklumat kepada ibu bapa untuk membantu mereka

menangani isu-isu buli dengan anak-anak mereka. Guru memainkan peranan penting dalam

mencegah dan menyelesaikan masalah buli. Kedua-dua mangsa buli dan pembuli harus diberi

kaunseling mengenai cara-cara untuk menangani masalah mereka untuk mencegah buli di

masa depan.

Buli adalah satu masalah yang sangat biasa yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak,

dan akhirnya anda akan perlu berurusan dengan penuh kesedaran. Ingat bahawa ia adalah satu

perkara yang sensitif bagi kebanyakan kanak-kanak dan mereka mungkin keberatan untuk

membincangkan perkara itu. Kerana membuli boleh bertukar menjadi masalah yang serius, ia

tidak seharusnya diabaikan. Melakukan yang terbaik untuk meyakinkan mangsa buli dan

pembuli sedar bahawa tindakan mereka tidak boleh diterima dan boleh mempunyai akibat

yang serius. Penglibatan ibu bapa juga penting dan boleh pergi jauh untuk menyelesaikan

Page 3: Ge Jala Buli

masalah tersebut. Menangani kedua-dua mangsa buli dan pembuli pada masanya adalah cara

yang terbaik bagi membendung buli di sekolah anda.

Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan

bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan

Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini

perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan

keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan beberapaaspek

berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah

definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli,

statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat

menangani masalah buli dan tatacara membuat aduan berkaitan kes buli disekolah

Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-

dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-

pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan

salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan

kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-

jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan

yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik

darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat

banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh

persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang

dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung

keadaan ini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana

proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.

Setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada pokok pangkalnya. Sesuatu perbuatan

tidak akan berlaku tanpa sebab dan faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor berlakunya

gejala buli di sekolah ialah pertamanya mengenai masalah keluarga dan kurang kasih sayang

ibubapa. Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa ini merupakan faktor utama

seseorang itu membuli. Hal ini kerana pelajar tersebut sering dipukul oleh abangnya atau

selalu dimarahi oleh kedua ibubapanya.

Selain itu, ibubapa sering tiada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja. Justeru,

pelajar tersebut kurang mendapat perhatian dari kedua ibubapanya. Apatah lagi sebagai

seorang anak yang sentiasa mahu bermanja dengan ibubapanya. Faktor ini membawa kepada

Page 4: Ge Jala Buli

perasaan dendam dan keseorangan yang geramnya dilepaskan dengan membuli pelajar lain di

sekolah. Dari situ mereka berasa gah dan lega setalah melepaskan geram yang dipendam.

Bagi faktor yang kedua, pengaruh rakan amatlah sinonim dengan apa jua gejala

negatif di sekolah. Oleh yang demikian kita sering diingatkan supaya bijak memilih dan

menilai baik buruk seseorang sebelum menjadikannya rakan. Pengaruh rakan sebaya dalam

tingkah lakuseseorang amatlah sukar untuk dibendung kerana rakan adalah pihak yang

sentiasa bersama. Tidak dinafikan, terdapat banyak pelajar yang membuli pelajar lain kerana

mengikut kawan. Bagi si pelaku, ia adalah seronok melihat pelajar lain dibuli beramai-ramai

oleh rakan-rakan yang ‘sekepala’ dengan dirinya. Dari situ, hubungan mereka bertambah erat

dan seterusnya akan lebih giat membuli pelajar lain.

Faktor ketiga ini adalah antara faktor yang amat kuat kerana di alam siber ini

kebanyakan pelajar mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang dilihat menerusi laman-

laman web. Tambahan pula, remaja kini jarang ke rumah ibadat dan jarang mendengar

ceramah agama. Pembelajaran Pendidikan Islam dan Moral di sekolah masih tidak mencukupi

jika tidak dipraktikkan apabila diluar waktu sekolah. Apabila kurangnya didikan agama,

pelajar akan merasa lebih bebas dan tidak dapat berfikir matang bahawa membuli adalah

perbuatan yang negatif. Oleh itu, didikan agama perlu ditingkatkan dengan dorongan ibubapa.

Ibubapa juga patut memberi contoh yang baik seperti memastikan anak-anaknya selalu ke

rumah ibadat dan sering bawa mereka mendengar ceramah agama masing-masing.

Dunia yang serba moden ini boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai

sekurang-kurangnya satu televisyen. Berdasarkan beberapa kajian, kebanyakan remaja gemar

menonton TV apabila mereka mempunyai kelapangan masa dan tidak mahu keluar

rumah.Kebanyakan rancangan di TV kini sering memaparkan aksi ganas seperti bergaduh,

mencuri, ponteng sekolah dan berlagak samseng. Dari situ, aksi-aksi ini dicontohi oleh yang

menontonnya terutamanya para pelajar yang gemar meniru perbuatan orang lain. kebiasaan

aksi ganas yang dipaparkan adalah untuk memberi pengajaran buat semua yang menonton

agar tidak melakukannya kerana boleh memusnahkan hidup dan boleh dipenjara. Namun,

mesej yang ingin disampaikan tidak menjadi kerana aksi-aksi yang ditonjol lebih menarik

perhatian pelajar. Oleh itu, mereka meniru aksi yang dilihat dengan membuli pelajar lain.

Kesannya mereka berasa mereka lebih bergaya dan sama taraf dengan para pelakon yang

melakonkan aksi tersebut.

Kes-kes buli sebenarnya kerap kali ditemui di sekolah. Setiap tahun malah setiap hari,

ada-ada sahaja kes buli berlaku. Kes buli bukan sahaja berlaku di kalangan kanak-kanak dan

remaja, tetapi juga berlaku di kalangan orang-orang dewasa yang sudah bekerja. Kes buli

Page 5: Ge Jala Buli

boleh terus-menerus berlaku dengan sikap mangsa yang menganggap buli itu sebagai bukan

satu perkara yang perlu ditangani kerana kejahilan mangsa untuk mengetahui kesan jangka

panjang yang bakal dialami. Oleh itu guru-guru, kaunselor dan ibu bapa serta para pengawas

juga pembimbing rakan sebaya mesti mengambil tindakan proaktif untuk mengesan kes-kes

buli di sekolah sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Hari ini, saya menemui satu lagi

artikel menarik dari Harian Metro berkenaan buli. Cara-cara yang terkandung dalam artikel

ini boleh membantu ramai pihak untuk menangani kes-kes buli yang sentiasa sahaja wujud di

mana-mana ini.

Semua sekolah telah menetapkan gejala buli sebagai satu perbuatan berat dan sesiapa

yang membuli boleh dikenakan tindakan gantung atau buang sekolah. Namun, pelaksanaan

untuk memastikan pelajar tidak melakukan gejala ini jarang kelihatan.

Salah satu cara membanteras gejala buli ialah dengan cara memastikan kesemua yang

pernah melakukan kesalahan kecil diwajibkan mengikuti kaunseling sehingga mereka benar-

benar berubah di samping mendenda mereka walaupun kesalahan ringan. Ini kerana kesalahan

ringan yang biasanya membuatkan seseorang pelajar itu untuk lebih berani melakukan

kesalahan yang lebih berat. Sebetulnya pihak pentadbiran sekolah bertindak lebih proaktif dan

mengenali latar belakang pelajar yang bermasalah.

Oleh itu, mereka akan lebih takut membuli kerana pentadbiran sekolah yang cekap di

samping peraturan yang kuat dan pelaksanaan yang berkesan.Janganlah kita hanya menunding

jari menyalahkan pihak lain apabila buli berlaku. Semua pihak wajib memainkan peranan

membanteras gejala yang sememangnya sudah kritikal ini. Ibubapa, guru, masyarakat dan

pihak berkuasa perlu bersatu tangani gejala buli ini.

Namun secara umumnya kanak-kanak memang mudah menjadi mangsa buli, terutama yang

baru masuk tahun satu. Sebelum si kecil anda menjejakkan kaki ke sekolah rendah, ibu bapa

sepatutnya sudah menjalankan tanggungjawab mengajar anak-anak supaya mereka tidak

menjadi mangsa buli.Jika diperhatikan sekarang banyak sekolah meletakkan papan tanda atau

pemberitahuan di papan kenyataan memberi peringatan kepada pelajar supaya segera

membuat laporan kepada guru sekiranya mereka atau kawan-kawan menjadi mangsa

buli.Insiden buli tidak harus dipandang ringan kerana jika si pembuli itu berkumpulan,

‘denda’ dikenakan kepada mangsa yang pada asalnya hanya untuk berseronok boleh bertukar

Page 6: Ge Jala Buli

menjadi ‘seksaan’ sehingga membawa kecederaan dan ada yang berakhir dengan kematian.

Membuli beramai-ramai memang boleh membuatkan orang hilang pertimbangan apatah lagi

dengan sokongan moral daripada sorakan rakan pembuli.

Secara umumnya, kanak-kanak lelaki lebih cenderung menjadi mangsa buli berbanding

perempuan sama ada dalam bentuk buli fizikal atau psikologi. Bagaimanapun dalam

sesetengah kes, mangsa buli kadang-kadang bertukar menjadi pembuli. Apabila dibuli,

mangsa mungkin menunjukkan tindak balas seperti berasa resah atau agresif.Oleh kerana

mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan perasaan, mangsa buli ini

menjadikan kanak-kanak lain yang difikirkan tidak akan melawan sebagai sasaran. Dalam

keadaan ekstrem, ada mangsa buli yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderaan

yang dialami atau mereka boleh bertindak agresif dengan menyerang si pembuli.

Menurut Pakar Polisi dan Pendidikan Keluarga, Universiti New Hampshire, Malcolm Smith

yang menjalankan kajian ke atas buli di kalangan rakan sebaya selama 30 tahun berkata, buli

menjejaskan kehidupan kanak-kanak yang disisihkan kerana pelbagai sebab termasuk

kemurungan, mempunyai isu kesihatan mental dan berbeza daripada segi saiz dan bentuk

badan.

Kemahiran sosial dan emosi mampu selamatkan mangsa buli

Berdasarkan laporan agensi berita Associated Press (AP), ibu bapa dan pendidik berkata,

melalui program pencegahan buli, kanak-kanak boleh diajar kemahiran sosial dan emosi yang

diperlukan untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa buli.

Pun begitu, pencegahan buli bukan bermakna mengalihkan perhatian si pembuli kepada

mangsa lain sebaliknya menerbitkan budaya saling sayang menyayangi dan menghormati

serta membentuk persahabatan di kalangan kanak-kanak supaya tiada yang disisihkan. Apa

yang penting, program ini perlu dimulakan sejak di prasekolah lagi.

Page 7: Ge Jala Buli

Mangsa buli cenderung untuk membunuh diri

Kajian Universiti Yale mendapati mangsa buli mempunyai kecenderungan dua hingga

sembilan kali untuk membunuh diri berbanding orang yang tidak dibuli.

Kajian di Britain pula menunjukkan sekurang-kurangnya separuh kes bunuh diri di kalangan

golongan muda ada kaitan dengan buli. Berdasarkan statistik yang dilaporkan dalam ABC

News, 30 peratus pelajar di Amerika Syarikat menjadi pembuli atau mangsa buli dan kira-kira

160,000 kanak-kanak tidak mahu ke sekolah kerana bimbang dibuli.

Jika gejala buli ini dapat dibendung, bukankah ia dapat mewujudkan generasi yang

lebih berdisipilin dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dipandang tinggi rakyat dan

memudahkan lagi urusan memajukan sistem pendidikan negara.

Page 8: Ge Jala Buli
Page 9: Ge Jala Buli