buli proposal bab1

Download Buli Proposal Bab1

If you can't read please download the document

Upload: kalaiarasi-subarayan

Post on 28-Sep-2015

105 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

buli

TRANSCRIPT

BAB 1

Pendahuluan

1.1Pengenalan

Bab ini adalah sebagai pendahuluan yang memberi tumpuan kepada aspek latar belakang kajian iaitu berkaitan tingkah laku ponteng pelajar peralihan di sekitar SMK Daerah Manjung terhadap pencapain akademik. Bab ini juga merangkumi bahagian permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konsep serta operational, hipotesis dan juga limitasi kajian. Akhir sekali rumusan juga turut dibincangkan dalam bab ini. 1.2Latar Belakang Kajian

Walaupun sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang banyak namun masalah ponteng sekolah masih menduduki tangga pertama dalam senarai kesalahan disiplin pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Ponteng sekolah merupakan suatu tingkah laku yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah sehingga menjadi amalan dan tabiat Pada akhirnya ia boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga pihak sekolah serta masyarakat. Kes ponteng juga merupakan perbuatan salah laku yang dilakukan oleh seseorang individu. Kes ponteng ini akan terbahagi kepada dua iaitu ponteng sekolah dan ponteng kelas apabila berlaku di kawasan sekolah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng membawa maksud seseorang yang lari daripada tanggungjawab ataupun sesuatu tugas tanpa kebenaran. Terdapat sebilangan pelajar yang melakukan perbuatan ini dengan melanggar peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Seseorang pelajar akan dikatakan ponteng kelas atau ponteng sekolah apabila tidak hadir ke sekolah ataupun tidak memasuki kelas tanpa sebab-sebab yang munasabah. Ketidakhadiran pelajar ke sekolah tidak akan dikatakan ponteng apabila pelajar memberikan sebab-sebab yang dimaafkan seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Masalah ini telah semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar kuhususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Gejala ponteng yang pada awalnya dianggap sebagai perkara remeh telah dianggap serius selepas pelajar terlibat dalam perkara-perkara yang tidak senonoh. Masalah ini telah menjadi lebih kronik lagi selepas pelajar terlibat dalam kes-kes jenayah seperti meragut dan merompak. Pelbagai masalah sosial dilakukan oleh pelajar kerana mempunyai masa yang banyak akibat daripada memonteng sekolah.

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar yang selari dengan kehendak agama, norma masyakat, dan undang-undang sesebuah negara. Namun demikian, sesuatu pendapat yang bernilai tidak akan dapat diterima dengan mudah oleh warga yang berada dalam lingkungan 'pelajar'. Mengikut Kamus Dewan Baru mendefinisikan disiplin sebagai,

Latihan terumanya pemikiran dan kelakuan supya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan .

Menurut Mok (2008), golongan yang sering ponteng sekolah biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang kurang berupaya mengubahsuai diri mereka dalam iklim persekolahan yang mengutamakan kecemerlangan prestasi akademik sahaja. Justeru itu, mereka memilih jalan pintas iaitu ponteng sekolah supaya dapat terlepas daripada dikenakan tindakan oleh para guru. Kebanyakan pelajar yang mengamalkan konsep ponteng sekolah sebagai teknik melepaskan diri daripada keadaan tidak disukai akan menjadi pekerja yang kurang berpendidikan dalam masyarakat dan mungkin terlibat dalam gejala sosial atau juvenil.

Kegiatan ponteng merupakan masalah serius yang wujud di kebanyakan sekolah menengah di negara ini. Tambahan lagi, kegiatan ponteng sekolah ini mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng. Oleh sebab itu, semua pihak harus berganding bahu bagi menyelesaikannya.

Satu statistik telah dikeluarkan oleh Kosmo pada 21.11.2013. Tajuk berita ialah '108,650 Pelajar Terlibat Dalam Salah Laku' . Daripada berita tersebut didapati bahawa, 108,650 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah tahun lalu. Dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah tersebut isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin iaitu 18,550 pelajar. Katanya beliau lagi, kes-kes lain ialah memukul, bergaduh dan kekemasan diri.

Menurut Engku Ahmad Zaki (2005), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin setiap sekolah yang ada di rantau Asia ini mahupun di pelusuk dunia ini. 80 peratus daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh setip sekolah ialah masalah disiplin iaitu gejala salah laku pelajar yang serius.

Tambahan lagi, Sharifah Rinah (2005), berpendapat bahawa kemerosotan disiplin pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ia tidak berlanjutan. Oleh itu, sekolah yang mengamalkan sikap terbuka dengan mendedahan kes salah laku pelajar mereka harus diberi pujian dan dicontohi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995 : menangani Masalah Ponteng Sekolah adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian /Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah saku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerbit buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah dan mengedarkannya ke sekolah. KPM juga telah melancarkan Kempen Basmi ponteng Sekolah merupakan waktu yang tepat dan inisiatifnya perlu dibanggakan. Gejala ponteng ini selalunya dikaitkan dengan pelajar-pelajar sekolah menengah. Lingkungan usia bagi pelajar sekolah rendah di Malaysia adalah antara yang berumur 7 hingga 12 manakala bagi pelajar sekolah menengah adalah antara yang berumur 13 hingga 18. Pelajar akan melanjutkan pelajaran mereka di tingkatan peralihan atau tingkatan 1 di sekolah menengah selepas menamatkan pelajaran mereka di sekolah rendah. Pelajar-pelajar bukan melayu iaitu pelajar India dan Cina yang tidak mendapat keputusan yang baiak dalam UPSR akan ke peralihan sebelum memasuki tinggakatan 1. Peralihan merupakan peringkat dimana bermulanya pelajar melibatkan diri dalam kes ponteng. Oleh itu, adalah baik jika kajian ini dilakukan di kalangan pelajar peralihan di sekolah menengah.

Pelajar-pelajar sekolah menengah semakin berani ponteng sekolah kerana menganggap diri mereka sebagai pelajar yang besar atau dewasa. Ramai ibu bapa juga tidak kerap mengambil berat terhadap pelajar sekolah menengah dengan alasan bahawa anaknya telah besar dan boleh menjaga diri mereka. Perjumpaan antara Ibu bapa dengan guru juga tidak kerap berlaku seperti yang berlaku semasa anaknya di sekolah rendah. Oleh itu, pelajar juga menganggap diri mereka terbiar dan tidak ada orang yang mengawasi mereka. Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar sekolah mereka merupakan pelajar yang sering terlibat dalam kes ponteng. Terdapat perbezaan antara pelajar sekolah rendah dan menengah dalam gejala ponteng ini. Walaupun pelajar sekolah rendah ponteng kelas atau sekolah, mereka tidak terlibat dalam sebarang masalah yang berkaitan dengan masalah sosial. Tetapi pelajar sekolah menengah akan terlibat dalam perkara-perkara yang tidak senonoh dan melibatkan diri dalam kes-kes jenayah apabila ponteng kelas atau sekolah.

Perkara-perkara ini menyebabkan pelajar tidak medapat keputusan yang baik dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Pencapaian akademik merupakan perkara penting yang perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak. Pencapaian akademik pelajar merosot akibat daripada penglibatan pelajar dalam kes ponteng. Pelajar peralihan perlu mendapat keputusan yang baik sebelum memasuki tingkatan 1. Amalan Bahasa Malaysia merupakan matapelajaran yang penting kepada pelajar-pelajar peralihan. Matapelajaran ini dilaksanakan sejak 1989. Matapelajaran ini di rancang khas kepada pelajar peralihan supaya pelajar peralihan dapat menguasai istilah bahasa Melayu dan meningkatkan kecekapan mereka dalam bahasa Melayu. Ini penting bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di peringkat sekolah menengah. Sebanyak 11 waktu telah dikhaskan untuk matapelajaran ini. Pelajar tidak dapat menguasai bahasa Melayu jika tidak mengambil usaha untuk belajar.

Matapelajaran yang lain juga penting bagi pelajar peralihan seperti bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Cina dan sebagainya. Terdapat sebilangan pelajar yang tidak mendapat markah yang tinggi atau baik dalam ujian pada peringkat sekolah kerana masalah disiplin iaitu kes ponteng kelas atau sekolah. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 yang berkaitan dengan gejala ponteng. Walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang kajian yang dilakukan terhadap pelajar peralihan yang dikaitkan dengan kes ponteng. Oleh itu, adalah penting untuk menjalankan kajian bagi mengenalpasti hubungan tingkah laku ponteng terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar peralihan.1.3Penyataan Masalah

Kerajaan Malaysia melaui KPM memandang serius akan masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah. Statistik yang dikeluarkan oleh KPM menunjukkan pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng ini agak membimbangkan iaitu, 32,092 orang pada tahun 1993, 154,305 pada 1995, 80,937 pada tahun 1997. Pelajar yang berada dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun telah dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng.

Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti dalam kategori ponteng sekolah, kira-kira 97 peratus ialah pelajar lelaki dan tiga peratus lagi ialah pelajar perempuan. Di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah ialah, kurang minat terhadap pelajaran atau kurang motivasi untuk ke sekolah, tidak ada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan, pengaruh persekitaran seperti melepa di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya (Berita Harian, 31 Mei 2000).

Menurut Marzita (2004), sepanjang tahun 2002 hingga 2004 sebanyak 5,807 pelajar diperiksa dalam operasi ponteng sekolah (OPS Sayang) yang dijalankan oleh polis di seluruh negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Walau bagaimanapun, daripada statistik tersebut, jumlah pelajar perempuan yang diperiksa semasa operasi itu adalah melebihi pelajar lelaki di Pulau Pinang. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Kah Sioang, 97 peratus daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah tidak terlibat dengan sebarang salah laku disiplin. Beliau bertutur lagi, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekoah rendah terbabit dengan pelbagai salah laku disiplin pada tahun 2010. Berdasarkan hujah beliau, didapati bahawa antara salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) da kenakalan (8,563 kes). Menurutnya lagi, 'walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatis seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi (Harian Minggu, 28 Disember 2010).

Menurut Lumsden (1994), Children's home environment shapes the initil constellation of attitudes they develop towards learning. When parents nurture their children's natural curiosity about the world by welcoming their questions, encouraging ezploration, and familiarizing them with resources that can enlarge their world, they are giving their childrenn the message that learning is worthwhile and frequently fun and satisfying.

Daripada lahir pembentukan sahsiah, sikap, tingkah laku serta persepsi individu banyak dipengaruhi dengan gaya kehidupan keluarganya. Latar belakang keluarga seperti status ekonomi, pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan menjadi asas pembentukan identiti individu pelajar. Ini menunjukkan, tingkah laku adalah antara perkara penting yang dianggap dalam kehipan seseorang. Tingkah laku yang tidak betul akan membawa kesan yang negatif terhadap diri seseorang, masyarakat malah negara itu sendiri.

Patterson dalam Shaffer dan Katherine (2007), juga berpendapat bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal dalam keluarga yang dianggap sebagai tempat melahirkan tingkah laku antisosial dan menentang. Keluarga ini selalunya berada dalam kedaan tertekan dan tegang apabila anak-anak berinteraksi dengan ibu bapa dan sesama sendiri dengan menggunakan kekerasan atau dengan teknik antisosial yang lain. Ketegangan yang berterusan daripada keluarga ini secara tidak langsung mempengaruhi anak-anak dan mereka akan mula mempelajari teknik tersebut untuk terus hidup dalam keluarga mereka. Anak-anak akan mula berani menentang ibu bapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan tekanan yang dirasai oleh mereka. Lama-kelamaan tingkah laku tersebut akan tersemai dan sebati dengan jiwa mereka. Tambahan lagi, Ken Reid (2003) dalam Moh Ismail (2006), menghujahkan dua sebab utama berlakunya ponteng sekolah iaitu kurikulum kebangsaan yang begitu ketat dan tekanan berterusan ke atas remaja remaja di sekolah. Sebab kedua ialah rasa bosan dan perasaan tidak selamat di sekolah. Justeru itu, terdapat banayak kes poneng yang dirancang oleh kumpulan pelajar dan bukan oleh pelajar perseorangan seperti dahulu. Para pelajar yang terlibat terdiri daripada mereka yang muda. Mereka rasa risiko yang ditanggung adalah rendah sebab sekiranya mereka dibuang sekolah atas perintah mahkamah, tetapi ia mengambil masa yang lama. Selain itu, sekolah-sekolah di United Kingdom yang menganggap ponteng itu adalah perkara yang biasa di kalangan pelajar sekolah dan diterima oleh ibu bapa, guru dan pelajar-pelajar. Sikap pelajar tempatan yang sering mengikut budaya barat secara tidak langsung mempelajari perkara-perkara yang negatif seperti budaya ponteng.

Justeru itu, terdapat juga pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi. Ada juga pelajar ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Hal ini kerana, bagi pelajar yang suka ponteng mereka beranggapan bahawa belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana di situ tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini tidak ada kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh yang demikian, mereka lebih memberi keutamaan kepada aspek-aspek hiburan yang tidak ada di sekolah. Sehubungan dengan itu, ada juga pelajar yang memberi alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu dan sebagainya. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng sekolah kerana takut didenda atas kesalahan datang lewat tersebut.

Masalah ini telahpun menarik perhatian pelbagai pihak seperti pihak kementerian, pihak sekolah, pihak ibu bapa dan yang penting pihak media yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pihak yang bertanggungjawab terhadap pelajar perlu berwaspada atau berhati-hati dan sentiasa mengawasi pelajar tentang tingkah laku mereka. Pelbagai sebab yang diberikan oleh pelajar apabila diambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang ponteng. Punca utama masalah ponteng ini perlu dikenalpasti supaya masalah ini tidak sampai ke peringkat yang lebih serius lagi. Perkara ini akan membantu menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera bagi melahirkan generasi pelajar yang berjaya.

Terdapat hubungan yang rapat antara tingkah laku ponteng dengan pecapaian akademik. Pencapaian akademik seseorang bergantung kepada tingkah laku seseorang. Pelajar akan mendapat pencapaian yang tidak baik apabila memiliki tingkah laku yang negatif. Pelajar yang berpendidikan penting untuk melahirkan generasi atau pemimpin yang berjaya. Punca utama yang menjejaskan pencapaian akademik seseorang perlu dikenalpasti bagi mendapat pencapaian yang baik dalam peperiksaan. Dengan itu, disimpulkan bahawa gejala ponteng sekolah masih lagi kurang dibincangkan secara mendalam di negara ini. Oleh sebab itu, wajar pengkaji melihat daripada aspek-aspek teori tingkah laku untuk mengklasifikasikan masalah ponteng sekolah yang menjurus kepada diagnosis secara psikologikal. 1.4Objektif Kajian

Mengenal pasti kekerapan ponteng kelas pelajar peralihan.

Mengenal pasti tingkah laku pelajar peralihan.

Mengenal pasti punca-punca ponteng kelas pelajar peralihan..

Mengenal pasti hubungan antara tingkah laku ponteng kelas dengan pencapaian akademik pelajar peralihan.

1.5Persoalan Kajian

Kajian ini mengemukakan persoalan kajian seperti berikut:Sejauh manakah kekerapan ponteng kelas dikalangan pelajar peralihan?

Apakah tingkah laku pelajar peralihan?

Apakah punca utama pelajar kelas peralihan ponteng kelas?

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ponteng kelas dengan pencapaian akademik pelajar peralihan?

1.6Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada beberapa pihak yang berkait rapat dengan pendidikan dan pelajar seperti KPM, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar sendiri. Dapatan kajian ini dapat digunakan untuk melahirkan modal insan yang berpendidikan dan bertingahlaku baik pada masa hadapan. Kajian ini penting untuk mengenal pasti punca utama pelajar kelas peralihan mengamalkan amalan ponteng dalam alam persekolahan. Hal ini adalah kerana, pelajar yang masuk dalam kelas peralihan merupakan pelajar yang kurang berkemahiran dalam penggunaan bahasa Malaysia. Sekiranya mereka ponteng maka, mereka akan ketinggalan dalam bidang pendidikan mereka. Hal ini akan menyebabkan falsafah pendidikan tidak dicapai iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Semua pihak seperti pihak sekolah, pihak kerajaan, warga pendidik, malah pelajar itu sendiri diharap dapat bermanfaat dari hasil kajian yang diperoleh daripada penyelidikan ini.

Dapatan kajian ini penting kepada pihak sekolah bagi mengenal pasti punca-punca ponteng sekolah yang berkaitan dengan sekolah. Dapatan kajian ini turut boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan cara pencapaian pengajaran dan pembelajaran (PnP) kepada sesuatu yang menarik dan kreatif. Dengan itu, pihak sekolah dapat meningkatkan motivasi pelajar kelas peralihan untuk belajar dan meningkatkan pencapaian akademik. Pelbagai cara penyelesaian yang akan dibincangkan dalam kajian ini boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi menyelesaikan kes ini. Peraturan-peraturan sekolah yang lebih baik dapat diwujudkan di sekolah dengan adanya hasil kajian ini.

Selain itu, kajian ini juga dapat membantu para ibu bapa untuk mengenali kegiatan anak masing-masing dan dapat memberi tumpuan lebih kepada aspek pendidikan anak-anak mereka. Dapatan kajian ini akan membantu para ibu bapa untuk menyediakan kemudahan yang dikehendaki anak-anak mereka. Pihak ibu bapa juga dapat mengenal pasti hubungan antara tingkah laku pelajar dengan pencapaian akademik pelajar. Kepentingan pendidikan anak mereka juga dapat dikenal pasti daripada kajian ini.

KPM juga dapat manfaat daripada dapatan kajian ini. Melalui kajian ini, pihak KPM dapat mendapat maklumat berkaitan dengan sistem pendidikan yang diwujudkan kepada pelajar kelas peralihan. Pihak KPM dapat membuat perubahan sekiranya perubahan yang dibuat dapat mengubah persepsi pelajar kelas peralihan terhadap bidang pendidikan serta meningkatkan motif belajarnya. Pihak KPM akan juga boleh mengetahui pendapat guru tentang kelas peralihan. Sebarang kekurangan yang terdapat dalam sistem pendidikan mudah dikenal pasti daripada kajian ini. Kajian ini turut memberikan cara penyelesaian yang betul bagi mengurang kes ponteng kelas dalam kalangan pelajar peralihan. 1.7Definisi Operational1.7.1Ponteng

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah. Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tugas atau tanggungjawab sebarang kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian.1.7.2Kelas Peralihan

Kelas peralihan diwujudkan bagi membantu pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan [Tamil] (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan [Cina] (SJKC) dalam menguasai bahasa Malaysia. Kelas peralihan dikenali sebagai remove class ialah satu program khusus di sekolah menengah yang berfungsi sebagai perantaraan demi tujuan melicinkan proses peralihan bahasa pengantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada bahasa Malaysia di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan.

Pada mulanya, pelajar yang mendapat semua subjek A dalam Ujian Penilaian Darjah Lima terus masuk dalam Tingkatan 1. Apabila 1988 UPSR dilaksanakan, namun kriteria kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 masih sama. Pada tahun 1993 ini, kriteria kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 telah dilonggarkan iaitu, murid-murid SJK(C) dan SJK(T) yang memperolehi keputusan UPSR 4A 2C dapat masuk ke Tingkatan 1. manakala tahun1995 pula kriteria dilonggarkan lagi iaitu, murid yang mendapat gredd C dalam Bahasa Malaysia dapat masuk ke Tingkatan 1. Murid yang gagal mendapat keputusan sedemikian maka mereka terpaksa mengikuti kelas peralihan bagi mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Malaysia mereka. Walaupun konsep mewujudkan kelas ini adalah untuk membatu pelajar namun tahap pengikutan pelajar kelas ini agak membimbangkan. 1.7.3Tingkah laku

Menurut Azlina (2005), tingkah laku adalah sesuatu yang dipelajari. Operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif atau negatif. Skinner berpendapat bahawa tingkah laku manusia dipelajari dengan cara peneguhan. Tingkah laku yang mendapat pengukuhan akan menjadi kuat dan membentuk rangkian yang lain. Pengukuhan secara negatif tidak sama dengan hukuman ia merupakan peneguhan melalui penarikan rangsangan yang menyakitkan atau tidak dikehendaki.

Tingkah laku manusia ialah tingkah laku yang ditunjukkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, kuasa, hubung baik, pujukan, paksaan dan bakat. Menurut pandangan humanisme, setiap individu mempunya tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku individu dikaji dalam disiplin akademik seperti psikologi, kerja sosial, sosiologi, ekonomi dan antropologi. 1.7.4Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik ialah perubahan dalam hal kecekapan tingkah laku, ataupun potensi yang dapat bertambah selama beberapa waktu dan tidak disebabkan proses pertumbuhan, tetapi adanya situasi belajar. Kewujudan bentuk hasil proses belajar tersebut dalam bentuk lisan mahupun tulisan, dan keterampilan serta dapat diukur dan dinilai dengan menggunakan teks yang bersandar (Sobur, 2006). Prestasi akademik ialah istilah untuk menunjukkan suatu pencapaian tingkat keberhasilan tentang suatu tujuan kerana satu usaha belajar telah dilakukan oleh seseorang secara optimal (Setiawam, 2006).1.8Kesimpulan

Pengkaji telah mengemukakan pelbagai kajian lepas mengenai masalah ponteng sekolah yang dihadapi oleh pelajar. Kebanyakan kajian ini telah membuktikan terdapat banayk faktor yang mempengaruhi masalah pontengs sekolah. Dalam konteks yang lebih luas, masalah ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar bandar malah di kawasan luar bandar. Secara amnya, kajian-kajian yang dikemukakan memberikan sebab golongan pelajar menghadapai masalah ponteng sekolah.

BAB 2

Kajian Literatur

2.1Pendahuluan

Bab ini merupakan bahagian yang akan membincangkan kajian - kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Bab ini juga menjelaskan tentang kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa orang dan pakar-pakar tentang masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar di sekolah. Ramai pengkaji yang telah mengkaji tentang ponteng, bukan sahaja dalam negara bahkan juga di luar negara.2.2Kajian Dalam Negara

Terdapat ramai pengkaji yang telah menjalankan kajian terhadap permasalahan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian kes mengenai keciciran di Sekolah Menengah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996), menggariskan sikap negatif ibu bapa atau keluarga terhadap pendidikan termasuklah tidak atau kurang mengambil berat terhadap pendidikan anak, kurang kesedaran tentang kepentingan pendidikan, lebih suka anak bekerja daripada bersekolah dan membiarkan anak ponteng sekolah. Sikap negatif yang mengkongkong pemikiran ibu bapa ini yang menyumbang kepada salah laku moral dan sumbang mahram di kalangan pelajar. Mengikut perangkaan Bahagian Sekolah, KPM, di antara bulan Januari hingga September 2001 terdapat sebanyak 973 kes salah laku moral telah dilaporkan.Mohd Ismail (2006), berdasarkan kajian berkaitan masalah disiplin yang dijalankan oleh Unit Disiplin, Bahagian sekolah-sekolah, KPM pada tahun 1994 menyatakan peratus kejadian kes disiplin di sekolah mengikut 10 jenis kesalahan yang dikenalpasti di kalangan 1 191 233 orang pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kaedah 'datang lewat' jelas menonjol sekali dan diikuti dengan pelajar yang ponteng sekolah.

Tambahan lagi, kajian daripada Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), menyatakan bahawa kajian awal telah dijalankan di Amerika Syarikat pada 30-an dan ia menunjukkan ciri-ciri personaliti guru yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap mereka dan sekolah sama ada ponteng atau tidak. Guru yang disayangi dan murid berminat untuk belajar dan hadir ke sekolah, dilihat sebagai 'berminat dan sukakan belajar' dan 'berperikemanusiaan' serta 'baik hati'. Sekiranya terbalik, guru yang dibenci ialah mereka yang 'pemarah, suka berleter, dan tidak pernah mesra dengan pelajar'. Selain itu, guru yang baik dapat menguasai bahan pengajaran mereka dan berorientasikan tugas. Itu semua mendorong pelajar untuk ponteng sekolah.

Menurut Mohammad Aziz Shah (2004) pula mengklasifikasikan dalam kajiannya, bahawa masalah ponteng sekolah berkemungkinan akan terdedah dengan gejala sosial yang lebih teruk. Hal ini berlaku apabila waktu yang seharusnya diluangkan di perkarangan sekolah tetapi dibuang di luar sekolah. Tambahan lagi, masa yang diluang di luar perkarangan sekolah ini kebanyakkan terisi dengan kegiatan negatif yang tidak berfaedah. Ini berkemungkinan setelah berkawan dengan remaja lain yang turut ponteng, pelbagai perkara baru yang negatif yang dipelajarinya. Akhirnya, daripada masalah ponteng sekolah ini mereka terlibat dengan gejala sosial seperti terlibat dengan dadah, mencuri, bergaduh, bohsia, vandalisme dan sebagainya. Perkara ini akan semakin merosakkan masa depan mereka. Akibatnya, pelajar akan mengalami kerugian dari segi ilmu pengetahuan dan masa depan kerana kemungkinan akan gagal dalam peperiksaan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelulusan yang baik adalah sukar bagi mereka memperolehi pekerjaan yang sesuai. Justeru itu, peluang unutk melibatkan diri dalam gejala sosial yang lebih serius semakin membimbangkan pada masa hadapan.

Selain daripada itu, pengkaji Munirah (2001), dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan sosioekonomi dan latar belakang keluarga adalah punca bagi masalah ponteng di kalangan pelajar di Kelantan. Hal ini adalah kerana, keluarga yang tidak berkemampuan tetap ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Oleh itu, kesannya timbul banyak masalah di kalangan pelajar tersebut. Pengangkutan dan perjalanan yang jauh ke sekolah menjadi masalah utama kepada pelajar di kawasan pedalaman Kelantan. Kelewatan mereka tiba di sekolah mungki mendorong mereka untuk terus ponteng daripada dimarahi oleh guru kerana lewat.

Sistem pendidikan yang menyebabkan situasi ini berlaku. Hal ini adalah kerana, sistem pendidikan masa kini membolehkan semua pelajar terus mara ke peringkat yang lebih tinggi (automatic promotion) tanpa mengambil kira penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) (masa dulu sekarang membaca, menulis, mengira dan menaakul- 4M) menyebabkan pelajar tidak dapat mengikuti perkembangan pelajaran. Justeru iru, keadaan ini membawa kepada pelajar ponteng kelas atau terus tercicir kerana takut dimarahi oleh guru, malu dengan rakan lain yang boleh menguasai kemahiran asas, bosan dan hilang minat serta hilang motivasi untuk belajar.

Pengkaji yang bernama Yahya dan Norainiza dalam kajiannya bertajuk Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ponteng di kalangan pelajar di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian membuktikan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi masalah ponteng di pusat kemahiran yang dikajinya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian didapati aspek sikap yang mempengaruhi masalah ponteng dilkalangan pelatih menunjukka purata peratus yang tinggi. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa sikap negatif yang terdapat pada pelatih yang banyak mendorong diri mereka untuk ponteng kelas.

2.3Kajian Luar Negara

Kajian berkaitan ponteng sekolah turut dijalankan di luar negara oleh pakar-pakar mereka. Antaranya adalah kajian Jane dan Molly (2008), menyatakan dalam kajiannya di Maryland, pada tahun 2006 hingga 2007 sebanyak 14 peratus pelajar peringkat rendah, 33.7 peratus pelajar peringkat menengah dan 43.5 peratus pelajar peringkat tinggi telah ponteng sekolah sekurang-kurangnya 20 hari dan ke atas. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah dengan jumlah yang besar memberikan pelbagai alasan seperti masalah pengangkutan, sakit, tanggungjawab terhadap keluarga, dan sebagainya. Selain itu, bagi rekod keseluruhan kedatangan harian pelajar hanya 95.6 peratus pelajar peringkat rendah, 94.4 peratus pelajar peringkat menengah dan 92.3 peratus pelajar peringkat tinggi. Di Maryland pelajar memulakan tingkah laku ponteng ini daripada umur lima tahun hingga 20 tahun dalam alam persekolahan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih serius terlibat dalam tingkahlaku ponteng sekolah berbanding pelajar perempuan.

Anne (2007) dalam Jane dan Molly (2008), berpendapat bahawa berdasarkan laporan pelajar peringkat rendah, ponteng sekolah ini berlaku kepada pelajar yang berada dalam kemiskinan dan pelajar yang berisiko dalam masalah keluarga seperti anak kepada ibu tunggal, keluarga mempunyai tahap pendidikan yang rendah, masalah kesihatan, kebergantungan di rumah kebajikan dan sebagainya. 2.4Kesimpulan

Pengkaji telah memaparkan pelbagai kajian lepas mengenai masalah ponteng sekolah yang dihadapi oleh pelajar. Tambahan lagi, melalui kajian-kajian ini dapat dibuktikan bahawa terdapat banayk faktor yang mempengaruhi masalah ponteng sekolah. Masalah ponteng kelas atau sekolah ini berlaku di kalangan semua peringkat pelajar.

BAB 3

Metodologi

3.1Pendahuluan

Bahagian ini menerangkan kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Bab ini juga turut menjelaskan secara terperinci tentang reka bentuk, lokasi kajian, populasi dan persampelan kajian. Seterusnya, bab ini akan menjelaskan instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data. Tatacara pengumpulan data dan teknik penganalisisan data yang digunakan semasa melakukan kajian turut dijelaskan dalam bab ini.3.2Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengumpulkan data bagi menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai objektif kajian. Reka bentuk memberikan penerangan yang tepat tentang instrumen dan bilangan sampel yang digunakan dalam kajian (Mohd Majid Konting, 2005). Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada sebilangan item bagi mengumpulkan data dari responden.

Menurut Sidek (2002), penyelidikan berbentuk deskriptif merupakan kajian yang dijalankan bagi menerangkan suatu fenomena secara sistematik tentang sesuatu ciri populasi. Menurut Dane (1990), kajian tinjauan melibatkan seseorang pengkaji mendapatkan maklumat secara langsung dari sekumpulan individu dengan menggunakan soal selidik atau temubual. Kajian tinjauan ini sesuai untuk mengkaji pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini, iaitu tingkah laku ponteng dan pencapaian akademik.3.3Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar yang belajar di kelas peralihan di sekolah menengah harian di Sekolah Menengah Daerah Manjung yang melibatkan sepuluh buah sekolah daripada 19 buah sekolah menengah yang mempunyai kelas peralihan. Daripada sepuluh buah sekolah tersebut pengkaji akan memilih lima buah sekolah secara rawak mudah daripada sepuluh sekolah. Kelima-lima sekolah yang akan dipilih ini mempunyai bilangan pelajar peralihan yang ramai. Hanya sekolah-sekolah yang berada di kawasan bandar sahaja akan terlibat dalam kajian ini.3.4Populasi Kajian

Populasi merupakan satu set ciri-ciri yang menunjukkan ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan indidvidu atau objek. Individu yang akan diukur perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri yang sama antara satu sama lain (Mohd Majid Konting, 2005). Menurut Salkind (2009), populasi juga merupakan satu kumpulan responden yang mana sesuatu keputusan yang dapat daripada kajian digeneralisasikan. Dalam kajian ini, bilangan populasi pelajar adalah lebih kurang 300 orang. Kelima-lima sekolah menengah akan dipilih secara rawak mudah pada awal kajian ini. Hanya pelajar peralihan dari sekolah menengah harian sahaja terlibat dalam kajian ini.

3.5Pemilihan Sampel Kajian

Pemilihan sampel kajian dilakukan bagi menggelak menggunakan keseluruhan bilangan populasi dalam kajian. Pengkaji dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan dengan pemilihan persampelan kajian. Sampel kajian yang dipilih oleh pengkaji perlulah benar-benar mewakili populasi yang dikaji (Wiersma, 1995, Mohd Majis Konting, 2005 & Salkind, 2009). Pengkaji perlu memastikan sampel yang dipilih dari populasi kajian mempunyai ciri-ciri yang sama. Perkara ini penting bagi mengurangkan ralat persampelan yang berlaku dalam sesuatu kajian. Menurut Sidek (2002), pemilihan sampel merupakan strategk penyelidikan yang sering digunakan oleh pengkaji bagi mendaptkan maklumat tentang populasi kajian dengan hanya menggunakan sebahagian individu daripada populasi kajian.

Menurut Guy, Edgley, Arafat dan Allen (1987) dan Cohen (1988), penggunaan sampel dalam kajian akan mengurangkan jangka masa dan kos yang digunakan untuk melakukan kajian. Perkara ini turut membenarkan penyeliaan yang lebih baik kepada pengkaji untuk menyimpan rekod dan turut memberikan latihan penyelidikannya.

Bil Nama SekolahBilangan pelajar sebenarBilangan pelajar yang terlibat dalam kajian Peratusan pelajar yang terlibat dari jumlah pelajar

1SMK A******%

2SMK B******%

3SMK C******%

4SMK D******%

5SMK E******%

Jumlah**100

Jadual 3.1 : Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang menggunakan kaedah fish bowl bagi tujuan memilih sampel kajian. Pengkaji akan melabelkan nombor bagi setiap responden mengikut sekolah di daerah Manjung dan memasukkan ke dalam satu balang. Seterusnya pengkaji akan memilih sampel satu persatu sehingga mencukupi sampel kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2005) dan Bouma (1993), saiz sampel sebanyak 30 memadai bagi menjalankan sesuatu kajian. Bilangan sampel ini cukup dan sesuai untuk mencapai taburan normal. Pada masa yang sama, penggunaan bilangan sampel yang lebih daripada 30 responden akan mengurangkan ralat persampelan. Pada masa yang sama guru pealihan juga akan dipilih untuk ditemuduga. Seramai dua guru dari setiap sekolah akan terlibat dalam temuduga.

3.6Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan satu set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penggunaan instrumen ini sesuai untuk mengumpul data dengan cepat dan tepat dalam masa yang ditentukan. Instrumen ini juga sesuai untuk kajian-kajian yang mempunyai bilangan responden yang ramai.

Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat diri pelajar dan bahagian B untuk mengenal pasti tingkahlaku pelajar manakala bahagian C adalah bagi mendapatkan maklumat tentang punca berlakunya ponteng kelas dan sekolah.

Selain soal selidik, sebagai tambahan pengkaji juga menjalankan sesi temuduga dengan guru didiplin dan guru-guru yang mengajar kelas peralihan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan pelajar yang suka ponteng sekolah. Temubual ini berbentuk temubual bukan berstruktur.

Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar akan diperolehi dan dikumpul daripada rekod Buku Kawalan Kelas. Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk mengukuhkan sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi ponteng kelas di kalangan pelajar peralihan.

3.7Kesahan

Menurut Mohd Majid Konting ( 2005), adalah penting seorang pengkaji mendapatkan penilai yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikaji bagi memastikan item-item yang terkandung dalam instrumen (soal selidik) mewakili bidang yang dikaji. Ini penting bagi meningkatkan kesahan isi kandungan atau Content Validity sesuatu instrumen. Menurut Salkind (2009, kesahan kandungan menunjukkan sejauhmana satu ujian mewakili sesuatu item di mana item itu diambil. Kesahan kandungan membantu apabila menilai kegunaan ujian pencapaian atau menguji sesuatu sampel itu dari satu bidang pengetahuan tertentu. Kesahan ini juga penting bagi mengetahui ujian atau instrumen yang akan digunakan betul-betul mengukur apa yang hendak diukur.

Bagi tujuan kesahan kandungan, pengkaji memilih dua pakar yang berkaitan dengan bidang yang dikaji bagi mengesahkan instrumen kajian. Pengkaji meminta pakar yang berkaitan dengan bidang yang dikaji oleh pengkaji bagi mengesahkan kandungan instrumen kajian. Hal ini penting bagi memastikan item-item yang terkandung dalam instrumen kajian sesuai bagi mencapai objektif kajian.3.8Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar. Kajian ini penting bagi memastikan semua item-item yang terkandung dalam borang soal selidik betul dan berkualiti. Pengkaji perlu memastikan item yang terdapat dalam borang soal selidik berkaitan dengan persoalan kajian tidak mengelirukan responden sebenar. Kajian ini juga penting bagi mengetahui pendapat dan pandangan responden untuk mengetahui kualiti item-item soal selidik yang telah digubal. Penyelidik dapat melakukan pembetulan apabila terdapat maklum balas yang kurang memuaskan daripada responden. Kajian ini dijalankan untuk mengelakkan kekaburan dan kekeliruan dalam item yang sebenar (Wiersma, 1995).

Menurut Wiersma (1995) lagi, jumlah individu yang sedikit mencukupi untuk menjalankan kajian rintis. Jumlah responden yang dicadangkan oleh beliau adalah dari 5 hingga 10 orang dan beliau juga mendapati pengkaji jarang menggunakan responden yang lebih daripada 20 orang untuk menjalankan kajian rintis. Pelajar yang menjadi responden kajian rintis diminta menjawab soal selidik dan diminta menandakan item yang tidak jelas dan tidak di fahami. Responden ini merupakan responden yang tidak terlibat dalam kajian sebenar tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama seperti sampel kajian sebenar. Oleh itu, pengkaji akan menjalankan kajian rintis ini di salah satu daerah dari negeri Perak.3.9Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan tentang reka bentuk, tempat kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan kesahan instrumen kajian secara ringkas. Bab ini juga menjelasan tentang kajian rintis dan akan dijalankan.