gejala buli di sebuah sekolah

26
GEJALA BULI DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI SARAWAK Oleh BERITIN EMPAWI (Sarjana Kepengetuaan, 2009)

Upload: beritinempawi

Post on 16-Jun-2015

2.117 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

GEJALA BULI DI SEBUAH SEKOLAH

MENENGAH DI SARAWAKOleh

BERITIN EMPAWI (Sarjana Kepengetuaan, 2009)

Page 2: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Pengenalan Laporan Berita Minggu, 14 Julai (2005) -

lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999 hingga 2003. Kebanyakan kes ini berpunca daripada perbuatan buli.

Berita Harian (2005), pula melaporkan pada

tahun 2003, peratusan salah laku disiplin pelajar termasuklah kes buli adalah sebanyak 2.11 % dan pada tahun 2004, sebanyak 2.07%.

Page 3: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Definisi buliSmith dan Thompson (1991), buli ialah satu set tingkah

laku yang mana dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya.

Connel dan Farrington, (1996; Espelage et al. 2000), jenis tingkah laku fizikal buli ialah menumbuk, menendang dan menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah seperti cemuhan, hinaan, panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku buli antisosial (secara psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan kemarahan

Banks (2000), perlakuan buli ialah mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadap mangsa.

(Olweus, 1991; Thompson dan Sharp, 1998). Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal dan antisosial termasuklah tindakan-tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul.

Page 4: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk menentukan:1. Jenis buli.2. Punca buli.

Page 5: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Soalan Kajian

Diharapkan kajian ini akan menjawab beberapa persoalan berikut:

1. Apakah jenis buli yang berlaku dalam kalangan pelajar? 2. Apakah punca-punca buli dalam kalangan pelajar?

Page 6: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Kaedah Kajian

Kajian kualitatif - lihat motif dan perasaanKajian tinjauan (survey) – soalan

lisan/jawapan terus Kaedah Temu bual

1. Temu bual semi struktur - soalan semi terbuka

2. Temu bual tidak berstruktur - soalan terbuka

Page 7: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Subjek KajianSubjek kajian ialah dalam kalangan pelajar di

sekolah ini sahajaPersampelan bertujuan (Purposive Sampling)Subjek kajian - Dikenal pasti daripada Rekod

Disiplin Sekolah (Kes Membuli)4 orang daripada 23 (Sejak Jan 2007 – Julai

2008)Pelajar lelaki tingkatan 5

Page 8: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Cara Mengumpul DataKaedah temu bual.

1. Temu bual semi struktur 2. Temu bual tidak berstruktur.

Kaedah bersemuka secara individu. Merakam temu bual dengan menggunakan

pita rakaman

Page 9: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Analisis DataKaedah kualitatif“line by line” dan “by hand”Laporan berbentuk deskriptifMenggunakan bahasa ekspresifMemaparkan suara subjek dalam bentuk teks

Page 10: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

PerbincanganJenis Bulii. Buli Fizikal – memukul, menendang, menampar,

mencubit, menarik rambut dan peras ugut

ii.Buli verbal – menghina, mentertawa dan mengejek

Punca bulii. Diri sendiri

ii.Rakan sebaya

iii.Keluarga

iv.Persekitaran sekolah dan guru

Page 11: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Jadual 1: Jenis buli dalam kalangan responden

RespondenJenis buli yang dilakukan oleh responden

Fizikal Verbal

P1 Memukul dan menumbuk

Mengejek dan mentertawa

P2 Memukul, menampar, menendang,

P3 Memeras ugut, menarik rambut, mencubit, menendang

Mengejek, menghina dan mentertawa

P4 Memukul dan menolak

Page 12: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Dapatan kajian mendapati semua responden melakukan

buli fizikal . Sementara P1 dan P3 melakukan buli

verbal. Bagi jenis buli fizikal, perbuatan memukul adalah paling

dominan. Di dapati 3 respondenden iaitu P1, P2 dan P4 memukul pelajar lain.

“..... Ala, itu cerita lama cikgu. Sekarang dah ok cikgu. Lagipun saya hanya pukul dia... ”

(P1, baris 030)

“..Bukan pukul saja cikgu. Kita sepak dia, lepas tu kita tendang dan kawan-kawan...”

(P2, baris 038)

Page 13: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Peras ugut - P3 telah memeras ugut mangsa dengan meminta duit terutama kepada pelajar yang kecil. Dia melakukan peras ugut di asrama.

“ ...ada.. selalu juga cikgu..di asrama biasanya. Tapi budak kecik ja yang

kita pau! Senang cikgu....budak kecik.....boleh makan punya... ”

(P3, baris 046 dan 047)

Page 14: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Jadual 2: Punca buli dalam kalangan responden

Responden Punca atau faktor yang menyebabkan responden membuli

P1 Diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga

P2 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah

P3 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah

P4 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah

Page 15: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Semua responden melakukan perbuatan buli

kerana dorongan dalam diri sendiri seperti perasaan ego dan menunjukkan kekuatan dan ’kekuasaan diri’.

P2, P3 dan P4 mengatakan mereka tidak tahu sebab yang munasabah membuli. Ketiga-tiganya melakukan perbuatan buli untuk keseronokan dan suka-suka sahaja.

“....Tak tahu la cikgu. Tak pasti pula. Tapi kita orang seronok kot.... ”

(P3, baris 034)

“Ha...a...err....betul cikgu. Bukan dia yang mula. Saya yang mula cikgu. Tapi saya main-main aja.” (P4, baris 024 dan 025)

Page 16: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Pengaruh rakan sebaya paling dominan. Keempat-empat mengatakan bahawa mereka melakukan buli kerana diransang dan dicabar oleh kawan-kawan.

“ Ia la cikgu...kita ikut kawan. Satu geng cikgu.

Kawan ajak sekali, kita pegi la balun. Kawan punya pasal cikgu.”

(P1, baris 034 dan 035)

“ ... Kawan-kawan cabar saya cikgu. Saya pun buat la.... ”

(P4, baris 040) Responden juga mengatakan bahawa mereka tidak takut

membuli kerana kumpulan yang kuat, semuanya pelajar tingkatan 5.

“ Kita campur sejak tahun lepas lagi. Maklumlah cikgu kita dah Tingkatan 5 dah. Dah serasi cikgu... ”

(P1, baris 038 dan 039)

Page 17: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Faktor keluarga ialah seperti penceraian ibu bapa, kurang mendapat kasih sayang keluarga, masalah kemiskinan, dan sebagainya.

”.....Dah cerai cikgu.. lama da. Saya duduk

dengan emak je. Ayah tak tahu lah, entah mana!...”

(P2, baris 067)

Faktor lain seperti selalu dimarahi dan dipukul oleh ibu bapa ataupun kerana terlalu dimanjakan

”......Bukan marah saja cikgu. Ayah saya garang. Saya dah biasa dipukulnya...”

(P3, baris 078 dan 079)

Page 18: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Faktor persekitaran sekolah ialah seperti

guru, suasana sekolah, lemah dalam mata pelajaran, lemah pencapaian akademik dan sebagainya.

”Tanya tu..tanya juga cikgu. Tapi kita budak bodoh cikgu. Sapa la yang suka. Lagipun dia hanya suka budak terror saja.”

(P1, baris 048-059)

“......Bukan semua juga cikgu. Dah saya memang tak pandai. Kadang-kadang ada guru tu yang selalu menengking tak tentu pasal...”

(P1, baris 065 - 066)

“....Ia la, saya bukan orang pandai cikgu. Mestilah kena marah....”

(P3, baris 070)

Page 19: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Implikasi KajianPerlakuan membuli banyak berkaitan dengan

emosi pelajar. Pelajar sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi bersifat negatif.

Remaja mempunyai emosi dan ego yang tinggi, manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri (inferiority complex). Mengikut teori perkembangan psikososial Erikson, setiap individu akan melalui 8 peringkat perkembangan.

Menurut Farrington (1993), perlakuan buli di sekolah merupakan salah satu tingkah laku awal yang menyumbang kepada perkembangan jangka panjang pola tingkah laku anti sosial dan jenayah.

Page 20: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Langkah-langkah Mengatasi BuliRigby (1996), menggunakan 3 pendekatan

untuk menangani masalah tingkah laku buli iaitu; Pendekatan moral - pendekatan ini

menghendaki pelajar-pelajar mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah.

Pendekatan undang-undang - ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran.

Pendekatan kemanusiaan -iaitu lebih bersifat kemanusiaan.

Sekolah sendiri perlu mengadakan program mencegah buli. Aktiviti yang berbentuk motivasi . Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dll.

Page 21: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Kementerian Pelajaran perlu merangka serta membentuk program latihan kepada guru-guru tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli

Pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memperkenalkan kurikulum pencegahan . Wise (1999) menyatakan bahawa komitmen yang tetap kepada kurikulum pencegahan oleh para pendidik merupakan langkah yang terbaik bagi melindungi kanak-kanak daripada tingkah laku ganas di sekolah.

Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah merupakan antara program pencegahan buli yang tinggi keberkesanannya.

Page 22: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah sendiri harus membentuk satu persekitaran sekolah yang selamat untuk pelajar belajar. Murphy et al. (1985), menyatakan sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran.

Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang seperti yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tidak akan tercapai sekiranya perlakuan negatif seperti buli masih berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.

Page 23: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Kesimpulan Jenis buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di

SMK Ulu Layar, Betong Sarawak ialah buli fizikal dan verbal. Punca buli dibahagikan kepada 4 iaitu faktor individu, rakan sebaya, persekitaran sekolah dan guru serta faktor keluarga.

Page 24: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

Rujukan

Banks, R. (2000). Bullying in schools. Diakses pada 27 Ogos 2008 daripada

http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Home.portal.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Penyelidikan Statistik. Buku 1. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and effects of a school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it.

Melbourne: The Australian Council For Educational Research Ltd.

Tattum, D. (1988). Violence and aggression in schools. Bullying in schools. Stoke-on-Trent: Trentham Books.

Page 25: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

LampiranLampiran A1 - Temu bual Responden

Pertama. (Muka surat 21-23)Lampiran A2 - Temu bual Responden

Kedua. (Muka surat 24-26)Lampiran A3 - Temu bual Responden

Ketiga. (Muka surat 27-30)Lampiran A4 - Temu bual Responden

Keempat. (Muka surat 31-33)

Page 26: Gejala Buli Di Sebuah Sekolah

SEKIAN TERIMA KASIH