malay confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian...

20
MANUAL PELAJAR WWW.STANDTOGETHER.MY

Upload: others

Post on 31-Oct-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

 

 

 

MANUAL PELAJAR 

 WWW.STANDTOGETHER.MY

Page 2: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

SOALAN SERING DITANYA (FAQs) 

 

APA ITU KEMPEN #STANDTOGETHER? 

#StandTogether adalah kempen yang dilancarkan oleh R.AGE dan SP Setia untuk                     

menjadikan minggu pertama April sebagai Minggu Baik Hati Kebangsaan di semua                     

sekolah. Ia bertujuan untuk menggalakkan sikap baik hati dan empati dalam sistem                       

persekolahan di Malaysia, seterusnya melahirkan pelajar dengan keperibadian               

terpuji. Kempen ini juga bertujuan untuk menambah baik sistem pembelajaran dan                     

secara tidak lansung budaya buli di sekolah 

 

ADAKAH MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN MENDAPAT KEBENARAN             

KEMENTERIAN PELAJARAN? 

Ya, Kementerian Pelajaran telah memberikan kami sokongan penuh untuk                 

melaksanakan Minggu Baik Hari Kebangsaan di semua sekolah di seluruh negara. 

 

JUMLAH YURAN YANG DIKENAKAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI? 

Pertandingan ini adalah percuma! Penyertaan dalam semua #StandTogether               

program adalah percuma. Semua sumber bilik darjah kami juga percuma. 

 

BOLEH TAK SEKOLAH HANTAR LEBIH DARIPADA SATU PENYERTAAN UNTUK                 MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER? Boleh! Sekolah boleh menjalankan lebih dari satu Projek Baik Hati dan hantar pada                         kami, namun hanya satu projek akan di pilih di setiap sekolah. Setiap Projek                         mestilah diketuai oleh pelajar, dan mereka boleh berbuat demikian dalam                   kumpulan yang tidak melebihi 10 orang pelajar.  

BOLEH TAK KALAU KITA NAK HANTAR PENYERTAAN SEBAGAI SEKUMPULAN                 

PELAJAR? 

Boleh! Pelajar anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini sebagai                   

satu kelas, satu persatuan, Badan Beruniform, atau hanya sekumpulan rakan yang                     

Page 3: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

ingin menjadikan sekolah sebuah tempat yang lebih baik. Namun ahli setiap                     

kumpulan tidak boleh melebihi 10 orang pelajar.  

 

SIAPA DUTA SELEBRITI #STANDTOGETHER? 

Senarai duta selebriti kami masih berkembang. Setakat ini kami ada Lisa Surihani,                       

Harith Iskander, Chef Wan, Ismail Izzani, JinnyBoyTV, Arwind Kumar, Jenn Chia, Nik                       

Qistina, dan banyak lain lagi! Anda boleh menyemak video kami sini, atau di                         

Facebook dan Instagram. 

 

BILAKAH TARIKH AKHIR UNTUK MENDAFTAR PERTANDINGAN 2020? 

April 17, 2020. Cepatlah mendaftar! 

 

MACAMANA NAK MENDAFTAR? 

Senang je! Jawab beberapa soalan, kemudian jangan lupa isi surat pengesahan                     

Minggu Baik Hati Kebangsaan dan borang pendaftaran untuk menyertai                 

Pertandingan (2 surat berbeza). Jangan lupa hantar semula surat-surat yang telah                     

lengkap dengan tanda tangan guru besar sebelum tarikh tutup. Ini semua boleh                       

dilakukan semasa mendaftarkan program Minggu Baik Hati Kebangsaan               

menggunakan Chat Bot Baik Hati di WhatsApp. Untuk bermula, pergi ke                     

bit.ly/standtogether2020. 

 

BOLEH TAK KALAU KAMI INGIN MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER               

TAPI KAMI TAK MAHU MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KEMPEN MINGGU BAIK                   

HATI KEBANGSAAN #STANDTOGETHER? 

Malangnya tidak. Setiap sekolah perlu menyertai Minggu Baik Hati Kebangsaan                   

sebelum menyertai pertandingan.Klik sini untuk mendaftar menyertai Minggu Baik                 

Hati Kebangsaan menggunakan Chat Bot di Whatsapp: bit.ly/standtogether2020. 

 

Untuk maklumat yang lanjut, klik di sini!   

 

   

Page 4: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

 

  

 

 

 

 

APAKAH MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN 

#STANDTOGETHER? 

#StandTogether adalah satu program yang berlangsung sepanjang tahun. Program                 

yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran ini bertujuan membantu               

menjadikan sekolah-sekolah di Malaysia satu tempat yang baik serta menyemai                   

nilai-nilai murni, sikap BAIK HATI dan EMPATI. 

Langkah pertama untuk meraikan Minggu Baik Hati Kebangsaan (NKW) di sekolah                     

anda adalah dengan MENDAFTAR dan anda akan menerima akses kepada semua                     

program, aktiviti dan sumber kami sepanjang tahun ini. 

 

Page 5: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

CARA MENDAFTAR UNTUK MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN 

Layari bit.ly/standtogether2020 untuk mendaftar sekolah anda melalui Whatsapp. Setelah mendaftar, ini apa yang anda perlu lakukan:

1. RANCANG SEBUAH “PROJEK BAIK HATI” DI SEKOLAH ANDA 

Mencipta sebuah Projek Baik Hati yang dipimpin oleh pelajar untuk                   

menjadikan sekolah anda tempat yang lebih baik, dan melancarkannya                 

semasa Minggu Baik Hati Kebangsaan. Klik di sini untuk mendapatkan                   

maklumat lanjut tentang Projek Baik Hati. 

 

2. MELAKSANAKAN "STRATEGI BAIK HATI" DI SEKOLAH  

Kami telah menyediakan satu senarai 9 strategi yang akan menggalakkan                   

budaya baik hati di sekolah anda. Untuk Minggu Baik Hati Kebangsaan tahun                       

ini, sekolah anda mesti mengamalkan sekurang-kurangnya TIGA daripada 9                 

strategi. 

 

3. LENGKAPKAN SURAT PENGESAHAN MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN 

Lengkapkan surat pengesahan yang dilampirkan, dapatkan tandatangan             

guru besar atau pengetua anda, ambil gambar, dan hantar semula surat                     

kepada kami melalui pautan laman web di bawah. 

 

SEDIA MENDAFTAR? 

Layari https://standtogether.my/nkw/! 

Page 6: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

 

MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER 

Sudah mendaftar untuk Minggu Baik Hati Kebangsaan? Hebat! Sekarang anda juga                     

boleh bersaing dalam pertandingan #StandTogether. 

 

Para pelajar yang menjalankan Projek Kebaikan yang paling hebat semasa Minggu                     

Baik Hati Kebangsaan akan memenangi beberapa hadiah yang menakjubkan,                 

termasuk: 

 

❏ Lawatan sekolah oleh salah satu selebriti dari Duta #StandTogether kami 

❏ Geran tunai RM1,000 

❏ Liputan media oleh R.AGE dan The Star 

❏ Berpeluang untuk dinamakan Sekolah Paling Baik Hati di Malaysia 

 

Page 7: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 CARA MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER  

 1. DAFTAR UNTUK MENYERTAI MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN 

Sekiranya anda belum mendaftar, layari https://standtogether.my/nkw/.           

Semasa mendaftar anda akan ditanya sama ada anda mahu menyertai                   

Pertandingan #StandTogether- jawab YA! 

 

2. DAFTAR UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER 

Anda perlu mencari idea untuk Projek Baik Hati. Kirim idea anda di laman                         

web di bawah. Anda perlu memuat naik Borang Pendaftaran Pertandingan                   

yang dilampirkan. 

 

3. JALANKAN IDEA “PROJEK BAIK HATI” DAN HANTAR LAPORAN KEPADA                 

KAMI! 

Menjalankan Projek Baik Hati anda dengan bersungguh-sungguh sepanjang               

tahun, dan hantar kami laporan mengenai aktiviti tersebut serta                 

keberkesannnya sebelum atau pada 24 Jun. 

 

 

SEDIA MENYERTAI PERTANDINGAN? 

Sebaik sahaja anda mempunyai idea untuk Projek Baik Hati, sila pergi ke                       

https://standtogether.my/nkw/. 

Page 8: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

 

TIPS PERTANDINGAN #STANDTOGETHER

Terima kasih kerana menyertai Pertandingan #StandTogether! Kami amat teruja                 

untuk melihat apa yang anda ada untuk kami. Ini tip dari juri kami yang boleh                             

gunakan dalam mencari idea untuk projek baik hati anda: 

 

1. MEMPUNYAI OBJEKTIF YANG JELAS 

Setiap projek yang baik bermula dengan objektif yang jelas. Cuba tanya diri                       

anda: apakah yang anda ingin capai, dan apa langkah yang perlu dijalankan                       

untuk menyelesaikannya? 

 

2. PASTIKAN PROJEK ANDA MUDAH UNTUK DILAKUKAN 

Setelah anda telah pasti dengan objektif anda, ini masanya untuk cuba cari                       

idea. Ingat kadangkala idea yang mudah itu lebih berkesan. Jika anda boleh                       

menjelaskan projek anda dalam satu ayat, itu menunjukkan bahawa projek                   

anda mempunyai fokus yang jelas. 

 

3. FIKIRAN TENTANG SASARAN PROJEK ANDA 

Tanya diri anda berapa orang yang akan mendapat manfaat dari projek anda.                       

Adakah projek itu akan berkesan terhadap 10 atau 100 orang? Apabila anda                       

ingin merancang projek anda, sentiasa berazam untuk mencapai impak yang                   

maksimum. 

 

4. PASTIKAN ANDA BOLEH KEKALKAN PROJEK ANDA 

Page 9: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

Elakkan projek yang hanya boleh dilakukan selama sehari atau seminggu                   

sahaja kerana perubahan tidak akan berlaku dalam masa sehari dua. Jadi,                     

cuba mengekalkan projek anda selama mungkin. 

 

5. ADAKAH PROJEK ANDA BOLEH DIKEMBANGKAN LAGI? 

Ini bermaksud projek anda seharusnya boleh dikembangkan kepada skala                 

yang lebih besar. Tanyakan diri anda: adakah projek ini mudah bagi                     

Kementerian Pendidikan untuk melaksanakannya di 1,000 sekolah di seluruh                 

Malaysia? Ini sebabnya tip #2 begitu penting, idea yang mudah lebih senang                       

direplikakan dalam skala yang lebih besar. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 10: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

     

AKTIVITI LAIN YANG BOLEH DISERTAI SEMPENA MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN 

Berikut adalah beberapa aktiviti lain yang boleh anda ambil bahagian dalam                     

kempen #StandTogether: 

 

1. SERTAI PERMAINAN BAIK HATI 

Membina empati adalah kemahiran yang penting untuk membanteras gejala                 

buli. Kami ada beberapa permainan dan aktiviti yang boleh anda jalankan                     

dalam kelas atau bersama rakan-rakan. Permainan-permainan ini bertujuan               

menyemai amalan baik hati dan sikap empati melalui pembelajaran                 

interaktif. Permainan-pemainan ini tidak memerlukan masa yang panjang               

dan boleh diadakan pada masa lapang. Bahan-bahan yang digunakan pula                   

mudah untuk didapati. Sebelum itu, dapatkan semua bahan yang anda                   

perlukan di laman web kami di sini. 

 

2. CALONKAN INDIVIDU PALING BAIK HATI UNTUK ANUGERAH BAIK HATI 

Sekiranya anda mengenali seseorang yang menunjukkan kebaikan yang luar                 

biasa di sekolah, calonkan mereka untuk Anugerah Baik Hati! Tujuann                   

anugerah ini adalah untuk menonjolkan individu yang boleh dijadikan contoh                   

kepada orang ramai. Anugerah akan diberikan kepada seorang guru, seorang                   

pelajar, seorang guru besar atau pengetua sekolah, seorang kaunselor, dan                   

seorang staf sekolah yang “paling baik” di Malaysia .Untuk mencalonkan                   

seseorang, klik pautan ini. 

   

Page 11: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

3. SERTAI BENGKEL YANG DIADAKAN SEMASA JELAJAH AMALAN BAIK HATI 

Pasukan #StandTogether akan mengadakan bengkel semasa Jelajah Baik               

Hati yang akan diadakan di setiap negeri di Malaysia. Bengkel ini bertujuan                       

untuk melahirkan Duta Baik Hati dalam kalangan pelajar serta guru-guru.                   

Duta Baik Hati ini akan mewakili sekolah serta komuniti untuk menyebar                     

luaskan lagi amalan baik di Malaysia. Tiada bayaran akan dikenakan kepada                     

sekolah yang menyertai Minggu Baik Hati Kebangsaan, sekiranya ingin                 

menghantar wakil menyertai bengkel ini. Kami ada menyediakan subsidi                 

perjalanan namun berdasarkan kepada permintaan sekolah. Untuk             

maklumat lanjut, e-mel ke [email protected]

 

   

Page 12: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

 

 

 

STRATEGI BAIK HATI  

Di sini terdapat beberapa strategi daripada beberapa orang pakar, yang boleh anda                       

gunakan untuk memastikan persekitaran di sekolah anda lebih baik dan selamat                     

Sebagai sebahagian daripada komitmen anda untuk Minggu Baik Hati Kebangsaan,                   

guru besar anda perlu laksanakan TIGA strategi di sekolah anda tahun ini.  

 

1. MENYOKONG MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN DENGAN MENYERTAINYA             

SETIAP TAHUN 

Perubahan tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata. Jadi pastikan sekolah                   

anda menjalankan aktiviti baik hati pada setiap minggu pertama bulan April                     

untuk memastikan budaya baik hati ini berterusan. 

 

2. NYATAKAN SOKONGAN SEKOLAH TERHADAP KEMPEN #STANDTOGETHER 

Minta semua orang di sekolah anda - pelajar, guru-guru serta kakitangan                     

untuk membuat Aku Janji Baik Hati #StandTogether. Ini boleh dilakukan                   

secara berkala semasa perhimpunan sekolah, dan anda juga boleh                 

meletakkan poster aku janji tersebut di sekolah untuk mengingatkan setiap                   

orang tentang komitmen mereka untuk mengamalkan amalan baik. Muat                 

turun poster di https://standtogether.my/resources-strategies. 

Page 13: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

 

 

 

3. KONGSI SATU KISAH BERUNSUR KEBAIKAN SEWAKTU PERHIMPUNAN             

SETIAP MINGGU 

Ambil masa 5 minit setiap kali perhimpunan untuk menonjolkan satu                   

kebaikan yang telah dilakukan warga sekolah anda. Anda boleh menetapkan                   

guru atau pemimpin pelajar untuk bantu mencari atau menerima laporan                   

tentang kebaikan yang telah dilakukan setiap minggu. 

 

4. WUJUDKAN SATU SISTEM PELAPORAN YANG SELAMAT DAN SULIT 

Sediakan satu platform dalam talian yang sulit seperti menggunakan alamat                   

e-mel atau Google Form, bagi membolehkan pelajar atau orang luar                   

melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk                 

melaporkan kes buli menggunakan sistem pelaporan fizikal. Pastikan semua                 

kes disiasat, pelajar akan kehilangan kepercayaan kepada sistem tersebut                 

sekiranya mereka merasa bahawa tindakan tidak diambil ke atas laporan                   

yang telah dibuat. 

 

5. UTAMAKAN SESI KAUNSELING SEBELUM MENGHUKUM  

Ucapan yang baik serta kata-kata penuh empati lebih berkesan daripada                   

memberi hukuman secara fizikal kepada golongan muda. Selain itu, kajian                   

telah menunjukkan bahawa hukuman fizikal atau hukuman yang boleh                 

malukan pesalah akan menggalakkan pelajar untuk melakukan keganasan.               

Untuk tip kaunseling, sila rujuk https://standtogether.my/resources-strategies. 

 

6. MAKAN DENGAN CIKGU DI KANTIN 

Ayuh pelajar, kenali cikgu-cikgu anda sewaktu makan! Ini boleh mengubah                   

hubungan di antara guru dan pelajar. Cuba secara baik untuk mengadakan                     

perbualan yang tidak berkaitan dengan sekolah. Contohnya: cari persamaan                 

di antara anda seperti hobi pada waktu lapang.  

   

Page 14: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

 

7. WUJUDKAN SATU “JAWATANKUASA BAIK HATI” YANG TERDIRI             

DARIPADA GURU DAN PELAJAR 

Jawatankuasa ini boleh membantu menjalankan idea di atas, atau cari idea                     

baru! Contohnya, wujudkan satu atau beberapa kumpulan terdiri daripada                 

individu yang kita kenal rapat. Ahli kumpulan ini boleh membantu satu sama                       

lain dengan memberi sokongan moral atau berkongsi kisah sesama mereka                   

sahaja. Kami cadangkan untuk libatkan juga guru atau Pembimbing Rakan                   

Sebaya.  

 

8. TUKAR PERANAN MASING-MASING DI DALAM KELAS  

Setiap minggu, seorang pelajar diberi masa 10 minit untuk mengajar sesuatu                     

yang mereka sangat suka, di dalam kelas (dengan kehadiran cikgu juga!).                     

Pelajar dan guru boleh merasai pengalaman berada di dalam kelas sebagai                     

seorang guru dan pelajar. Ini membolehkan pelajar menambah keyakinan diri                   

dan bersikap lebih terbuka. Aktiviti ini boleh dilakukan sewaktu kelas bagi                     

mata pelajaran Sivik, atau bagi mengisi masa lapang sesudah minggu                   

peperiksaan.  

 

9. LAKSANAKAN KURIKULUM KECERDASAN EMOSI #STANDTOGETHER 

Setiap minggu, ambil 15 minit untuk mengajar pelajar mengenai kecerdasan                   

emosi dengan menggunakan pelan “Empathy Class” yang telah disediakan.                 

(Muat turun di sini : https://standtogether.my/resources-strategies).           

Program-program kelas empati telah terbukti berjaya meningkatkan hasil               

pembelajaran, kebahagiaan seseorang, melahirkan individu yang berjaya             

serta mengurangkan kes buli.   

Page 15: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem

     

APPENDIX

Page 16: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem
Page 17: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem
Page 18: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem
Page 19: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem
Page 20: MALAY Confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk melaporkan kes buli menggunakan sistem