perpustakaan negara malaysia - pnm€¦ · chandong aj alb jala saja, sudah berbelas ekor udang2...

79
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Upload: others

Post on 17-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    a/ell

    MADZHI JOHARI

    di-lukis aleh

    Dand Napis

    BORNEO LITERATURE BUREAU

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • © BORNEO LITERATURE BUREAU, 1966

    D i - chetak olell

    SOUTH CHINA MORNING POST, LTD. HONG KONG

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • KANDONGAN-NYA

    Ali dan Buaya-Nya

    Muka Surat

    1

    Peloh Kuda .... . ... . . .. . ......... 19

    Gemala N aga . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 41

    Chandong Yang Ajaib . . . . . . . . . . . . . . 53

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALI DAN BUAYA-NYA

    Pada zaman dahulu ada sa-orang budak bernama Ali. Ali tinggal bersama2 ayah dan ibu-nya di-sa-buah pondok burok berhampiran dengan sungei.

    Kehidupan Ali dan keluarga-nya tidak-Iah boleh di-katakan sempit sangat, kerana rezeki mereka tiap2 hari chukup untok keperluan mereka. Ayah Ali sa-orang penjala ikan dan tiap2 hari dia menjala ada saja oleh2-nya dan ikan yang di-dapati ini-Iah yang di-jual-nya ka-pekan dengan harga yang berpatutan. Dan ikan-nya ini lekas saja laris kerana orang2 di-daerah itu sung-goh pun mereka kebanyakan-nya orang laut, tetapi sedikit saja yang mahu bekerja berhempas pulas saperti ayah Ali itu. Mereka lebeh suka berkuli dengan China2 di-pekan itu atau kalau tidak ada kerja, mereka dudok2 saja di-kedai kopi - bua12 kosong.

    Ini-Iah yang menyebabkan ayah Ali itu menjadi tumpuan orang ramai.

    Pada suatu malam, Ali dan ayah-nya sedang menjala di-tebing sungei. Sa-benar-nya Ali dan ayah-nya itu sudah empat jam menjala - sejak dari pukol en am petang tadi, sekarang dah lewat pukol sapuloh malam, sa-ekor ikan pun ta' mereka dapati.

    Hairan juga perasa'an ayah Ali melihat keada'an itu. Setahu-nya lubok tempat-nya menjala itu-lah yang paling banyak di-diami ikan. Biasa-nya sakali kibar

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    jala saja, sudah berbelas ekor udang2 galah berchampor dengan ikan2 beraneka jenis melekat di-jala-nya itu, tetapi malam ini langsong ta' ada.

    Kesal juga perasa'an Ali pada masa itu. Tambah pula hati-nya berasa kechut melihat kegelapan malam yang menyelubong mereka. Sang bulan langsong ta' menjengok dan sang bintang, tidak ada pula yang menampakkan chahaya-nya. Gelap - petang peti, beku dan mati.

    Ketakutan Ali makin meluap apakala di-perhati-nya lubok tempat ayah-nya mengibar jala itu petang saja saperti sa-buah gua yang berpuaka . Dan cherekan sang chengkerek yang melaong2 memuji sang malam itu menambahkan Ali menggigil ketakutan. Dalam Ali penoh ketakutan itu, tiba2 terdengar ayah-nya berkata :

    "Sial nampak-nya kita malam ini Li. Sa-ekor ikan pun ta' ada yang melekat di-j ala kita ni ."

    Ali diam2 saja. Ta' tau apa yang na' di-chakapkan-nya pad a masa itu. Melihat Ali ta' berbunyi ayah-nya menyambong lagi.

    "Biar sakali lagi ayah kibar jala ni ka-lubok tu," sambi I dia memanjangkan mulut-nya - menunjok lubok yang gelap gelita di-selubongi bahang itu. Dia berhenti seketika, kemudian .. ..

    "Kalau ta' ada juga yang di-perolehi, baik kita pulang saja." Dengan serentak itu juga jala - yang

    2

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • A LI DAN BUAYA-NYA

    sudah tersedia di-tangan-nya itu terus di-kibar-nya ka-lubok yang tertunggu2 dengan langkah nya itu. Berkebar bunyi-nya . . . . menghempas ayer.

    Sakali ini jala itu tidak di-tarek-nya segera saperti yang selalu ia buat, tetapi sengaja di-tengge1ami-nya 1ama2 - munkin bererti kibaran-nya yang penghabisan.

    Lama juga Ali tertunggu2 supaya ayah-nya menarek jala-nya yang dah dekat lima belas minit di-dalam ayer itu, tetapi orang tua itu tidak juga berbuat begitu. Sambil meletakkan bakol yang di-jinjing-nya itu ka-tanah, Ali menggeliat sapuas hati, tidak lupa pula di-susol oleh nguapan yang lebar. Mengantok Ali agak-nya , at au penat-kah ia menanti ayah-nya yang ta' bergerak memegang jala itu. Ada seketika dia men · unggu, ayah-nya pun bangkit dan perlahan2 menarek jala-nya keatas tebing .

    Apabila jala itu sudah naik keatas, je1as ternampak ada sa-ekor barang yang mengerbat2 da1am jala itu. Mata Ali yang tadi-nya kuyu, kini sudah terbeliak tanda gembira, gembira kerana ayah-nya beroleh sa-suatu yang dapat juga memuaskan hati-nya. Ali ta' tau apa yang sabenar-nya dalam jala itu , hanya sangka'an-nya pada masa itu ia-lah ikan saja , kerana malam agak gel ap.

    Ayah Ali mengambil machis dalam saku-nya dan terus mengores anak machis itu supaya dapat mener-angkan dan dapat melihat apa-kah ikan yang mengerbat

    3

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    dalam jala itu. Tetapi alangkah terkejut-nya Ali apakala di-lihat-nya benda yang dalam jala itu bukan-lah sa-ekor ikan atau udang galah, tetapi ia-Iah sa-ekor anak buaya yang sangat kechil teronta2 hendak mele-paskan diri-nya dari simpolan tali jala itu.

    "Cheh . ... Aku sangka ikan tadi .. " terdengar chemohan ayah Ali dalam malam yang sunyi lengang itu.

    Ali memerhati anak buaya itu dengan perasa'an yang hiba. Mengapalah pula ia-nya sampai termasok dalam jala ma'anusia yang tidak berharap kapada-nya itu, keloh Ali dalam hati. Entah apa-kah-yang men-yebabkan Ali terus jatoh hati kapada anak buaya itu.

    "Baik di-buang saja anak buaya ini," tiba2 ter-dengar ayah Ali membuat keputusan. Ali memer-hati ayah-nya dengan tajam, ta' di-sangka-nya ayah-nya sampai hati berbuat begitu. Perasa'an Ali sunggoh bertentangan dengan pendapat ayah-nya itu. Mahu rasa-nya dia na' mengambil anak buaya itu sebagai anak mainan-nya dan dengan seger a itu juga dia berkata kapada ayah-nya yang sedang sebok mengeluarkan anak buaya itu dari jala yang berjarut2 itu.

    "J angan-lah dia di-buang ayah. Al ina' memelihara-nya."

    "Kau na' buat apa menginang barang merbahaya ini .. ?" Tanya ayah Ali kehairanan. Memang belum pernah di-dengar-nya ma'anusia memelihara buaya.

    4

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALI DAN BUAYA-NYA

    "Ali na' buat mainan saja ayah ... " Jawab Ali lagi dengan perasa'an yang minta di-kasehankan.

    Ayah Ali diam. Ta' tau apa na' di-kata. Berat juga rasa-nya na' menghalang kemahuan anak-nya yang sangat di-kasehi-nya ini, sebalek nya juga, barang yang hendak di-pelihara-nya itu ada-Iah barang yang munkin pada suatu hari nanti akan membawa kemudharatan kapada diri-nya dan keluarga-nya. Tetapi perminta'an Ali itu ta' dapat na' di-tolak nya, kerana dari dulu sudah Ali berpesan kapada ayah-nya supaya menchari sa-ekor ikan yang dapat di-pelihara-nya di-dalam kolam di-belakang rumah-nya itu. Sekarang Ali minta buaya itu, apa-Iah na' di-buat-nya, mahu ta' mahu setuju saja dengan perminta'an anak-nya itu.

    "Baik-lah .. Mari ayah isikan ka-dalam bakol kau tu .. " Ayah Ali berkata tiba2 dan meletakkan anak buaya itu ka-dalam bakol yang di-unjok Ali. Ayah-nya menyambong:

    "In gat . . kau pelihara baik2 binatang ini kalau tidak, susah kau nanti. Mari kita pulang." Dengan segera itu mereka dua beranak pun mulai meninggalkan sungei yang gelap gelita itu dan melangkah menuju pondok mereka.

    Di-pendekkan cherita, sejak Ali memelihara buaya kesayangan-nya itu di-kolam belakang rumah mereka itu, tiap2 hari Ali mengunjongi si-buaya atau lebeh

    5

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    terkenal lagi dengan nama "Munchong" dan memberi dia makan nasi dan sayor2an.

    Buaya itu semakin sahari semakin besar dan sangat jinak kapada Ali. Bila saja di-lihat-nya Ali datang dari jauh, dia sudah bersedia menimbolkan diri-nya dan menanti Ali dengan penoh hormat.

    Sahari2an itu dudok-lah Ali dengan Si-Muchong, Bermain2 dan berbual2 bersuka hati. Pendek-nya Ali lahan ta' makan ka]au dia bertemu dengan Si-Munchong.

    Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan seterus-nya bulan berganti tahun. Munchong kini dah besar benar - gagah, badan-nya berisi dan kulit-nya sangat tebal lagi menarek. Kolarn tempat Munchong di-tempat kan itu kini dah ta' chukup lagi.

    Rupa-nya selarna ini , bukan saja Ali yang rnenaroh perhatian terhadap Si-Munchong, malah ada orang lain. Dia ia-lah ayah dan ibu Ali. Tapi perhatian mereka agak berlainan. Mereka tidak rnenyintai Si-Munchong. Mereka sabenar-nya hendak mernbunoh Munchong kerana fikir mereka Si-Munchong kini sa-ekor buaya yang sangat rnerbahaya. Tidak boleh di-biarkan lama lagi hidup, nanti nahas orang di-makannya.

    Pada suatu malam sedang Ali hendak naik ka-rumah salepas mengunjongi Si-Munchong petang tadi , dia terdengar suara ayah dan ibu-nya berkata:

    6

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALI DAN BUAYA-NYA

    "Buas narnpak-nya buaya Ali itu bang ... " Si-ibu rnenerangkan.

    " Itu-Iah yang ku fikir selarna ini, rnak-nya. Rupa-nya sangat jinak kapada Ali, tapi rnunkin kajinakan-nya itu lebeb rnerbahaya daripada buaya ganas."

    "J adi apa yang na' abang buat. .?" Tanya si-ibu lagi.

    "Eh .. Bunoh saja-Iah dia. Itu saja jalan yang lebeb selarnat." Si-bapa rnernberi keputusan.

    Terserap rasa-nya darah Ali rnendengar perkata'an bunoh itu. Tidak ia rnenyangka ayah dan ibu-nya selarna ini rnernbenchii buaya yang sangat di-sayangi-nya itu. Dia rnendengar kernbali apa yang di-ranchangkan oleh ayah dan ibu-nya itu.

    "Aku fikir besok pagi-Iab kita rnembunoh Si-Munchong itu, rnak-nya. Tapi awa12 pagi sa-belurn Ali bangun," kata bapa Ali rnernbuat chadangan .

    "Tapi apa nanta kata Ali kalau dia daDati buava-nya di-bunoh orang ... ?" Tanya rnak-nya pula dengan persasa'an yang chern as.

    "Ah , kata-kan saja orang jahat rnembunoh-nya pada malarn har i. Katakan rnunkin rnereka tidak suka melihat rna'anusia rnernelihara binatang yang sangat rnerbahaya. Apa-Iah na' di-kata Ali lagi .. " Tegas bapa-nya dengan perasa'an puas.

    7

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    "Oh ini rupa-nya ranchangan ibu ayah ku. Aku mesti selamat-kan Si-Munchong. Aku mesti." Terdengar kelohan Ali di-atas tangga. Dia ta' jadi naik. Terpegun saja di-tangga rumah itu macham orang yang sedang berfikir. Kemudia terdengar lagi kelohan-nya:

    "Aku mesti meJepaskan Si-Munchong . mesti ... " Serentak itu juga dia pun berlari2 kembali ka-kolam Si-Munchong dan mendapati-nya.

    Si-Munchong berasa hairan melihat kedatangan Ali. Dan apabila Ali hampir ka-sisi kolam itu, Mun-chong pun berkata:

    "Apa hal pula nl Li .. "

    Dengan nafas yang termengah2 Ali menjawab:

    "Kau mesti lari malam ini Chong.... Lari-Iah kasungei ... "

    "Tapi mengapa .... ?" Munchong bertanya lagi . Dia ta' tau hujong pangkal-nya mengapa dia mesti lari meninggalkan kolam yang selama ini memang di-anggap-nya sebagai rumah-nya itu.

    "Ayah ku telah berchadang hendak membunoh kau. Aku ta' sampai hati berpisah dengan kau Chong. Lari-Iah .. lekas-Iah lari, sa-belum mereka sedar akan perkara ini."

    Termenong Si-Munchong mendengar kata Ali yang penoh dengan perasa'an sayang itu. Dulu Ali

    8

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALI DAN BUAYA-NYA

    telah menyelamatkan nyawa-nya daripada di-buang oleh ayah-nya, dan sekarang sakali Iagi Ali menyelamatkan-nya dari tangan orang itu juga.

    "Baik-lah Li. Kalau begitu ranchangan kau, aku akan pergi ka-sungei malam ini juga. Kerana aku rasa sudah lama aku ta' menjengok sungei yang sangat ku chintai itu dan ingin pula rasa ku na' menemui ayah bonda ku yang telah berpisah sejak aku di-tangkap oleh ayah kau dulu .. "

    Berlenang ayer mata Ali apakala di-dengar-nya perkata'an Si-Munchong yang menyayat hati itu. Itu-lah perasa'an orang yang telah terpisah dari ayah dan ibu dan nampak-nya sekarang, Ali pula akan berpisah dengan kawan yang selama ini menjadi penghibor hati-nya. Dalam dia mengesat ayer mata-nya yang melileh di-pipi-nya yang kebu, Ali berkata:

    "Apa-kah kau akan melupai aku Chong, kalau kau pergi nanti .. ?"

    "Tidak-Li. Demi persahabatan kita, kau tidak akan ku lupakan. Selama ini kau senantiasa menjadi kawan dan pelindong ku dan aku ber-sumpah pada suatu masa nanti akan ku bayar juga budi kau yang tinggi itu." J awab Munchong dengan nada suara yang sedeh. Ya, dia sedeh juga mengenang diri-nya akan berpisah dengan teman-nya yang sangat di-kasehi-nya itu.

    9

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • "Di-sini-lah tempa! kau di-tangkar dulll CI/Ong dan di-sini-lah juga kau di-bebaskan /zari ini"

    10

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALl DAN BUAYA-NYA

    "Kalau begitu, bagus-lah sambi] tersenyum tanda gembira.

    Chong," kata Ali Dia menyambong:

    "Pergi-lah sekarang ka-sungei dan aku akan menghantar kau bersama, maTi ... "

    Munchong keluar dari dalam kolam itu dan naik ka-tebing dan berjalan merayap2 di-atas tanah menuju hala ka-sungei dengan Ali berjalan di-sisi-nya. Ada seketika mereka berjalan, mereka pun sampai ka-Iubok yang tempat Si-Munchong di-jala waktu kechil dahulu dan di-situ-Iah Ali berkata:

    "Di-sini-Iah tempat kau di-tangkap dahulu Chong dan di-sini-Iah juga kau di-bebaskan hari ini ... Pergi-lah mengechap kemerdeka'an kau sendiri."

    "Aku pergi Li, tapi bukan-Iah bererti aku pergl terus pergi. Aku akan senantiasa mengunjongi kau. Kalau kau suka, tunggu-lah aku di-tempat ini tiap2 malam Juma'at. Nanti aku datang berbua12 dengan kau."

    Ta' tertahan ayer mata Ali pada masa itu. Dia dudok menghampiri Si-Munchong yang maseh merayap di-tanah itu , sambil mengurut2 kepala Munchong Ali berkata:

    "Sudah-Iah Chong, ta' usah kita berchakap2 lagi. Selagi kita maseh begini hati sedeh ku ta' dapat na' ku pisahkan. Pergi-Iah kau sekarang - pergi-lah, biar hati kita tenteram dan aman."

    11

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    Munchong terdiam mendengar kata2 Ali itu dan dia juga ta' dapat menahan perasa'an-nya, turut menangis juga ia. Tiba2 dia berkata:

    "Baik-Iah aku pergi Li .... Semoga kita bertemu malam Juma'at nanti." Dengan kata2 itu Munchong pun terus melunchor pergi ka-dalam ayer dan terus menye-lam dengan tidak menuleh2 lagi kapada Ali yang sedang menangis.

    Sejak itu berpisah-lah kedua sahabat yang selama itu memang boleh di-ibaratkan saperti isi dengan kuku.

    Akan ayah Ali pula apakala di-dapati-nya Si-Munchong ta' ada lagi dalam kolam di-belakang rumah nya itu pada kaesokkan hari-nya, tau-Iah ia bahawa Ali telah melepaskan-nya. lni di-duga-nya dengan kelambatan Ali balek pada malam semalam dan di-tanah bekas Si-Munchong melunchor itu, ternampak juga bekas tapak kaki Ali . Dia tidak lah berkata apa2 lagi.

    Akan Si-Munchong salepas dia pergi meninggalkan Ali dulu, tidak-Iah lupa dia menepatkan janji-nya. Mereka senantiasa berjumpa pada malam J uma' at, dan berbual2.

    Si-Munchong telah mencheritakan bagaimana dia telah bertemu dengan kedua orang tua-nya. Sekarang dia hidup bersama2 keluarga-nya yang ada di-ulu sungei itu.

    12

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALI DAN BUAYA-NYA

    Begitu-Iah keadaan Ali dan buaya kesayangan-nya itu_

    Masa berjalan terus - dan sekarang sudah dua tahun Si-Munchong diam bersama2 dengan keluarga-nya di-dalam ayer sungei itu. Badan-nya pun sekarang sudah tegap dan kuat benar dan dia sangat di-segani oleh sekalian buaya2 di-tempat itu.

    Pada suatu malam, malam Juma'at saperti biasa, Munchong telah mencheritakan, bagaimana dia telah mendengar akan kekuatan sa-ekor buaya puteh yang menjadi raja di-sabelah hulu sa-buah anak sungei lain. Kata Munchong, raja buaya puteh itu telah menchabar segal a buaya2 yang ada di-tempat itu supaya melawan-nya sa-orang sarna sa-orang. Siapa yang berjaya membunoh buaya itu, akan di-beri semua kuasa-nya dan berhak rnemerentah semua anak sungei yang ada dalam ta'alok-nya. Lagi satu, raja itu ada menyimpan sa-orang anak raja yang chantek lagi perawan, siapa yang telah di-churi-nya ketika maseh kechil dahulu. Dan anak raja ini juga-lah yang akan di-hadiahkan kapada orang yang menang tadi.

    "J adi apa yang na' kau buat Munchong .. Berani-kah kau melawan raja buaya puteh itu .. " Kata Ali salepas saja Munchong habis bercherita.

    "Sa-benar-nya Li, aku telah pun membuat keputu-san hendak melawan raja buaya puteh ini. Utusan ku telah pun ku hantarkan kapada raja buaya puteh dan

    13

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJ AlB

    raja itu bersedia menunggu aku di-gelanggang-nya pada hari Sabtu esok."

    "Jadi kau dah bersetuju dan dah sedia-lah . .. " Tegas Ali chepat.

    "Ya, Li. Pad a besok pagi aku akan pergi ka-sana. Mau kah kau ikut aku bersama?" Tanya Munchong kapada Ali.

    "Buat apa ... . ?" Ulang Ali singkat.

    "Buat menyaksikan perlawanan kami. Kalau aku berjaya Li, hadiah besar yang akan kau dapat," ujar Si-Munchong lagi.

    "Apa hadiah-nya ... ?" Tanya Ali bersunggoh2.

    "Aku ta' dapat katakan sekarang. Tapi aku berjanji, kau akan beruntong menerima hadiah itu," tegas Si-Munchong.

    Ali termenong sebentar, ada seketika dia terpekun dia pun berkata:

    "Baik. .. Aku pergi bersama kau besok. Di-mana aku tunggu .. ?" Tanya Ali.

    "Di-sini-lah .... " J awab Si-Munchong. Salepas itu mereka pun beredar. Ali kembali ka-rumah sambil memikirkan apakah hadiah yang di-katakan oleh Si-Munchong itu, dan Si-Munchong pula kembali menye-lam ka-dalam ayer.

    14

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALI DAN BUAYA-NYA

    Pada ka-esokkan hari-nya, Ali telah awa 12 pagi pergi men anti Si-Munchong. Tidak lama salepas itu Munchong pun datang di-iringi oleh beberapa teman-nya. Ali pun naik ka-atas belakang Munchong dan mulai-Iah mereka bergerak meninggalkan tempat itu dan menuju ka-gelanggang perlawanan di-tempat raja buaya puteh.

    Sa-tiba di-gelanggang itu , kawasan itu telah di-penohi oleh sekalian binatang. Rupa-nya perlawanan itu telah di-ketahui oleh sekalian hewan baik dari hutan belantara, mau pun dari pelusok2 lain. Semua sudah sedia menanti masa perlawanan itu sahaja . Di-tebing2 sungei berbagai2 jenis binatang telah hadzir. Di-dalam sungei juga beribu2 buaya sedang berbaris berkeliling kawasan gelanggang itu dan di-atas pokok pula, burong2 dari semua jenis tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan itu.

    "Li, kau naik ka-atas pokok Ara tu dan dudok di-chabang sana," kata Munchong membuat keputusan sambil menunjok sa-batang pokok yang berhampiran dengan tebing sungei itu.

    "Nampak-nya masa perkelahian ini dah hampir benar. Ingat Li. Kalau darah merah yang keluar dari dalam ayer itu nanti, berma'ana aku selamat, tetapi kalau darah puteh yng keluar, ta' ada-Iah harapan lagi. Baleklah kau bersama orang2 ku ini."

    15

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDO NG AJAIB

    Ali pun terus memanjat pokok Ara saperti apa yang di-perentahkan oleh Si-Munchong itu dan dudok-lah ia memerhati keada'an yang mulai senyap sepi itu.

    Ta' lama salepas itu semboyan pun di-bunyikan; Si-Munchong dan raja buaya puteh pun keluar ka-tengah gelanggang. Rioh gem pita alam pada waktu itu tatkala binatang2 yang melihat perlawanan itu bersorak2 .

    Munchong dan buaya puteh pun hampir dan menghampiri. Tiba2 raja buaya puteh pun menerkam kapada Si-Munchong dengan ganas-nya dan bermulai-lah perlawanan yang maha hebat itu. Perlawanan yang menang-nya hanya ditentukan oleh hidup atau mati .

    Hebat sunggoh mereka berkelahi. Tendang menendang, terajang menerajang dan terkam menere-kam. Sakejap tenggelam dan sakejap timbol melambong ka-udara dan sakejap lagi terchebor rnasok kernbali ka-dalam ayer. Ayer sungei itu rnenjadi ulak yang besar, bergolong2 mengikut laras kumalan kedua ekor pahla-wan yang rnenyabong nyawa itu.

    Tidak lama salepas itu , tiba2 kedua2 buaya itu tidak timbo12 lagi. Sudah lama benar - entah apa-kah yang telah terjadi. Ali semakin serba salah. Hati-nya berdebar2, jangan2 Si-Munchong mendapat apa2. Dengan ta' semena2 keluar-lah darah puteh di-perrnuka'an ayer itu. Melihat ini, Ali sedikit Iagi na'

    16

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • ALI DAN BUAYA-NYA

    jatoh dari pokok kayu Ara itu kerana terkejut. Kerana darah puteh itu menandakan Si-Munchong dah ta' ada harapan lagi. Tetapi duga'an-nya salah, tidak lama satelah darah puteh tadi keluar, tiba2 keluar pula darah merah dengan banyak-nya, sahingga sungei tempat gelangang itu menjadi merah oleh darah. Tidak lama salepas itu tiba2 melambong sa-ekor buaya dari dalam ayer itu dan terapong2 terus mati. Itu-lah raja buaya puteh. Kemudian baru-Iah Si-Munchong timbol dengan leteh-nya.

    Dengan serentak itu juga sorak pun bergemuroh mengisi suasana alam kawasan itu . Munchong pun di-seret ka-darat dan di-rehatkan.

    Sa-telah Ali mengurut muka Munchong beberapa ketika, Munchong pun membuka mata nya dan tersenyum.

    "Shukor kau selamat Chong, kalau tidak susah aku ." Ini-lah kata2 yang terkeluar dari mulut Ali .

    "Ya, aku selamat Li , dan keselamatan aku akan merubah juga kehidupan kau," kata Munchong sambi! memandang muka Ali.

    "Apa maksud kau Chong ... ?" Tanya Ali .

    "Ya, sabenar-nya kau akan di-kahwinkan dengan anak raja yang di-churi oleh raja buaya puteh dahulu. Ini-lah tekad yang telah ku buat untok membalas budi

    17

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJAIB

    mu selama ini. Dan salepas kau kahwin nanti , kau dan anak raja di-kembalikan kapada ayah-nya di-negeri sabelah. Raja itu sudah tua benar, dan aku berharap kau-Iah yang akan menggantikan tempat raja itu nanti.

    Sangat-Jah gembira hati Ali apakala di-dengar-nya perkata'an Si-Munchong itu dan tidak lama salepas itu Ali pun di-kahwinkan dengan puteri yang chantek rupawan tadi dengan suasana yang am at meriah.

    Salepas perkahwinan berJangsong, tuan puteri dan Ali pun di-hantar ka-negeri sabelah dan di-sana-Iah dia diam dalam kesejahtera'an. Apabila raja tua itu mati, Ali-lah yang mengantikan baginda.

    Maka Ali pun memerentah dengan saksama dan Si-Munchong pun begitu juga dengan takhta baru-nya itu. Sakali sekala dalam tiap2 tahun selaJu-lah Ali menemui Si-Munchong di-negeri-nya dan begitu-lah juga Si-Munchong. Kekal-Iah persahabatan di-antara ma'anusia dengan binatang ini sampai kapada riwayat mereka yang terakhir.

    Begitu-Iah tamat-nya kesah sa-orang budak dengan sa-ekor binatang, binatang yang pandai membalas budi sa-orang ma'anusia jikalau benar2 ma'anusia chinta dan kaseh kapada binatang, walau pun binatang itu termasok ka-daJam golongan binatang yang buas saperti buaya yang baru di-cheritakan tadi .

    18

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA.

    Pada zaman dahulu, tersebut kesah sa-orang pemuda miskin yang tinggal di-sabuah negeri bernama Kuala Batu. Negeri ini di-sebut Kuala Batu kerana, di-tengah2 kuala hendak masok ka-negeri itu terdapat sa-tompokan batu yang besar. Batu ini timbol waktu ayer surut dan tenggelam waktu ayer pasang.

    Budak ini bernama Ahmad, sa-orang anak yatim piatu.

    Dia ta' tentu makan dan minum, begitu juga dengan tempat tidor-nya ta' berketentuan. Kalau hati-nya senang tidor di-kaki lima pasar, dia tidor-Iah dan kalau tidak di-bawah pokok pun dia mahu. Pendek-nya Ahmad ta' memileh tempat.

    Pada masa itu umor Ahmad sudah meningkat lapan belas tahun. Di-sabalek pakaian-nya yang chumpang champing itu dan kulit-nya yang penoh berdaki itu, dia mempunyai susok badan yang menarek dan raut muka yang kachak lagi menawan. Tetapi kechantekan-nya yang semula jadi ini menjadi hilang di-telan oleh kehodohan pakaian dan kekusutan rambut-nya yang memanjang ta' tentu pasal itu.

    Puas sudah Ahmad menchari kerja di-sana sini tetapi hampa kesemua-nya kerana orang memandang jijek kapada rupa-nya yang burok itu. Pernah Ahmad mengeloh dan menchemoh sa-orang diri akan untong

    19

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJ AlB

    nasib yang di-tanggong-nya. Sudah pun ta' berayah dan ta' beribu, ma'anusia di-sekeliling nya itu semua membenchi-nya - mengupat-nya, dan tidak mengin-dahkan-nya. Ada juga perasa'an Ahmad hendak menghilangkan saja diri-nya di-dunia ini , supaya lenyap perasa'an penderita'an yang menyelubong jiwa-nya itu tetapi, ta' sampai hati-nya na' membunoh diri-nya. Dia maseh ingat sa-rangkap kata orang tua2:

    "Harap lagi bernafas."

    Ya harap lagi bernafas. Ini-Iah yang menyebabkan dia ta' mau melakukan sa-suatu yang di-pandang-nya bersalahan dari segi Agama. Biar-Iah dia terus menerus hidup di-dunia ini, walau pun dia terpaksa menghadapi berbagai2 kepahitan dan kesangsara'an bathin.

    Pada suatu hari sedang Ahmad bersiar2 dan menchari apa2 untok di-makan di-Iuar kota negeri Kuala Batu itu, dia terpandang akan satu tompokan ma'anusia sedang berkerumun mengelilingi sa-batang pokok nyior. Ahmad menghampiri tompokan ma'anusia tadi dan bertanya kapada salah sa-orang daripada mereka yang ada di-situ.

    "Apa yang tuan2 tengok berkeliling pokok ini .. . ?"

    "Ini sabatang pokok nyior ajaib yang dengan tiba2 tumboh menchetus baru sabentar tadi," jawab orang itu.

    20

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    Ahmad memerhati pokok itu dengan teJiti. Rupa-nya pokok nyior itu mempunyai batang yang sedarhana saja, saperti batang2 nyior biasa, tetapi yang menghairankan Ahmad ia-Jah pokok nyior itu menjulang sangat tinggi . Tinggi dan tinggi menebusi awan, sahingga ta' nampak lagi dahan dan daun2-nya .

    Belum pernah Ahmad melihat pokok yang sabegitu tinggi. Hati-nya berfikir , tentu ada sa-suatu ka-istemewa'an pada pokok ini , kaJau tidak masa kan ia-tumboh menchetus dengan ta' semena2_

    Malam itu Ahmad tidor di-bawah pokok kayu yang biasa. Dan malam itu perasa'an-nya sangat resah gelisah, kerana maseh terfikir lagi ia akan pokok nyior yang ajaib itu. Dalam ia menggeliat ta' tentu fasal itu, tiba2 tempampang di-ruang mata-nya akan wajah sa-orang perempuan tua yang memakai jubah puteh. Perempuan tua itu sa-olah2-nya terjun entah dari mana, dan dia menghampiri Ahmad perlahan2 lalu berkata:

    "Ahmad ... . Kau telah mengalami berbagai2 kepahitan hidup, dan kini mulai-Iah kau mengubah chorak hidup mu. Pada awa12 pagi esok, pergi-lah kau mendaki pokok nyior yang kau jumpa hari ini tadi, daki-lah jangan putus2. Kau nanti akan menemUJ kesejahtera'an." Begitu-Iah kata2 yang di-Iafazkan perempuan tu~ itu. Tidak lama daripada itu , perempuan itu pun lenyap entah kamana, munkin di-telan oJeh angin

    21

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    yang bertiup pada masa itu. Memang saperti pepatah Melayu, datang tidak di-jemput pulang tidak di-hantar.

    Terkejut Ahmad melihat perkara yang sunggoh mengkagumkan itu. Tetapi perkata'an orang tua itu menyenangkan kembali perasa'an-nya yang resah gelisah itu tadi. Ahmad pun terus terlelap tidak sedarkan apa2 lagi. Sa-olah2 kedatangan perempuan tua berjubah puteh tadi mendatangkan satu perasa'an baru dalam jiwa-nya, jiwa yang selama ini penoh di-rondongi derita dan jiwa yang selama ini juga berharapkan benar2 kapada ketenangan dan kedamain.

    Awal2 pagi esok, Ahmad pun bagun dan terus pergi menghampiri pokok nyior ajaib itu. Pad a waktu itu kabus sedang menebal dan udara sangat sejok, menyebabkan Ahmad menggigil benar.

    "Huh ... sejok benar pagi ini. Belum pernah aku merasakan sejok yang saperti ayer ais ini." Ya, benar apa yang di-katakan oleh Ahmad itu. Selama ini dia memang telah biasa dengan hawa pagi. Macham dia tu memang sudah sejati dengan udara saperti itu, kerana dia senantiasa tidor di-tempat yang lapang, tidak beratap dan tidak berdinding. Terdedah saja kapada kuasa Alam. Tetapi pagi itu, sunggoh berlainan benar, ada perasa'an-nya na' meninggalkan saja tempat yang aneh itu, tetapi hati kechil-nya melarang. Dia mesti tahan menerima apa2 saja penchoba'an untok kebaikan-nya sendiri.

    22

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    Ahmad menghampiri pokok nyior ajaib itu dan mulai memanjat-nya perlahan2. Sambil memanjat itu dia berkata sa-orang diri:

    "Benar-kah tidak pokok ini memberi kesejahtera'an kapada ku. Ah kesejahtera'an atau tidak biar ku lakukan saja. Daripada hidup penoh penderita'an biar-lah aku mati membuat sa-suatu yang menjadi kenangan orang."

    Ahmad memanjat terus memanjat. Aneh-nya sudah lama rasa-nya memanjat pokok nyior itu, tetapi tidak juga sampai kapada dahan dan buah-nya. Kini Ahmad sudah menebusi awan tebal yang melindong dahan pokok itu. Alangkah terkejut-nya Ahmad apakala dia mendungak ka-atas, terpandang oleh-nya nyior itu menebusi satu lobang yang terbuka dan lobang ini hanya sarna besar dengan batang nyior itu. Ahmad ta 'dapat menduga apa-kah isi yang terpampang di-sabelah atas lobang itu.

    "Di-sini-kah saja perjalanan aku .. . ?" Tiba2 bisek Ahmad sa-orang diri. Tangan-nya maseh memaut erat akan batang nyior itu dan mata-nya ta' berhenti2 memerhati lobang yang mengapit pokok di-atas kepala-nya itu.

    "Ada-kah aku mesti berhenti di-sini .. . ?" Tanya Ahmad lagi kapada diri-nya.

    Sambil berfikir2 itu , Ahmad memandang suasana sekitar. Dia sudah tinggi benar ka-atas. Nun jauh di-

    23

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    bawah-nya ternampak kota negeri Kuala Batu terbentang luas dengan rumah2-nya saperti kotak2 sahaja. Gunong2 di-sebelah barat kota itu, tidak menjulang megah saperti yang pernah di-pandang-nya ketika maseh di-tanah dahulu. Kini gunong yang di-sangka-nya paling tinggi itu semua-nya nampak sarna rata dengan tanah. Sedar-lah Ahmad sekarang, dia sabenar-nya memang tinggi di-kepunchak awan. Tinggi jauh dari segala2 dan jauh dari ma'anusia Apa-kah nasib-nya .. . ?

    Tiba2 dalam Ahmad ashek berfikir dan termenong mengenang untong nasib-nya itu, lobang yang mengapit batang nyior di-kepala-nya, mulai renggang sedikit demi sedikit dan langsong terbuka dengan lebar-nya.

    Entah apa-kah mendorong Ahmad terus memanjat lebeh tinggi lagi dan memasokki tuboh-nya kedalam lobang yang sa-olah2 menunggu akan kedatangan-nya itu. Salepas saja Ahmad lepas kaatas lobang yang ajaib itu, lobang itu pun dengan ta' semena2, saperti ada yang memandu-nya, merapatkan diri-nya kembali kapada batang nyior itu. Langsong tertutup tidak berbuka2 lagi.

    Alangkah terkejut-nya Ahmad apakala di-lihat-nya suasana dan keada'an di-atas lobang itu. Memang jauh daripada duga'an-nya bahawa dia akan bersua dengan barang atau tempat yang sebegitu ajaib sekali.

    Di-atas lobang itu ia-Iah sa-buah negeri yang sangat permai dan menarek. Negeri itu chukup lengkap

    24

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    dengan parit dan kota-nya . Rumah2-nya sangat chantek dan di-hiasi dengan sa-indah2-nya . Di-sana sini terdapat ramai orang2 berkeliaran membeli belah dan banyak pula orang yang bersiar2 meni'mati hawa dingin yang bertiup lemah lembut pad a masa itu.

    Dalam Ahmad ashek dengan pandangan yang sunggoh mena'ajub itu, tiba2 terpandang ia akan sa-kumpolan wanita2 yang chantek2 menghampiri-nya dan berkata serentak:

    "Selamat datang ka-kota Dupa tuan Ahmad."

    Mereka tahu kapada-nya .... ? Menguchapkan selamat datang pula . . . ? Ini bertambah menghairankan Ahmad. Dia terpegun ta' tau apa2. Tapi dia dapat mengawasi diri-nya. Dia berkata:

    "Macham mana kamu tau nama saya Ahmad ... ? Sedangkan say a belum pun berchakap2 dengan sa-siapa pun di-sini . . . ?"

    "Kami telah mengetahui terlebeh dahulu tuan Ahmad. Itu jangan-Iah menjadi kehairanan tuan. Mari-Iah kami bawa-kan tuan kehadapan Raja kami. Dia sedang menunggu2 kedatangan tuan," jawab salah sa-orang daripada wanita2 itu.

    "Raja menunggu aku ... ?" Bisek Ahmad dalam hati. Sunggoh ajaib ya, sunggoh ajaib sa-orang raja menunggu2 kedatangan sa-orang hamba Allah yang miskin melarat.

    25

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    "J angan lah tuan Ahmad termenong. Mari-Iah kita mengadap Raja." Tegor salah sa-orang daripada wanita2 itu apakala di-dapati-nya Ahmad ta' berbunyi. Tersintak Ahmad manakala mendengar suara perernpuan itu. Dia kembali tenang, kemudian dia pun berkata:

    "Mach am mana saya na' pergi ni. Badan saya dan pakaian saya sangat kotor," tegas Ahmad lagi.

    "Itu tidak menjadi soal," kata sa-orang wanita lagi.

    "Pejamkan-Iah saja mata tuan . . nanti tuan akan berada di-dunia baru," sambong-nya .

    Mendengar perkata'an wanita itu , Ahmad makin bertambah hairan-nya.

    "Pejam-Iah . .. ," uJar perempuan itu Iagi .

    Melihat perempuan itu berchakap benar2 , Ahmad pun mulai memejamkan mata-nya, walau pun ia ta' tau mengapa ia mesti berbuat demikian. Ada sabentar dia berbuat begitu, tiba2 di-dengar-nya :

    "Buka-kan-Iah mata tuan . . " Tapi suara itu bukan suara orang perempuan. Suara ini lain. Suara orang lelaki. Ahmad belum membuka mata-nya. Dia maseh mengenangkan suara yang aneh itu. Tadi , sepanjang yang di-ketahui-nya ta' ada orang Ielaki yang berada di-sekeliling-nya. Semua orang2 perempuan yang menyambut-nya tadi. Ahmad pun membuka mata-nya perJahan2. Takut juga ia membuka mata-nya chepat2.

    26

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    ApabiJa terbuka saja keJopak mata Ahmad, Ahmad makin bertambah terkejut kerana dia sekarang bukan-Jah berada di-tempat-nya muJa2 tadi, tapi di-hadapan khalayak ramai - di-kelilingi oleh orang besar. Dia sekarang berada di-astana Raja.

    Yang menambahkan pelek di-hati Ahmad ia-Iah ten tang pakaian-nya. Tadi dia berpakaian chumpang champing dan badan-nya penoh berdaki. Tetapi sekarang di-dapati-nya dia memakai pakaian yang paling chantek. Muka-nya berseri2 dan daki yang menempek2 di-seluroh tuboh-nya selama ini ta' ada yang nampak lagi.

    "Orang muda, mari-lah dudok dekat beta." Tiba2 Ahmad mendengar suara raja yang di-hadapan-nya itu membuka bichara.

    Ahmad menghampiri raja itu dengan penoh hormat dan dudok di-atas sa-buah peterana yang keemasan. Sambi! itu Ahmad berkata:

    "Ampun Tuanku beribu2 ampun. Apa-kah erti-nya hamba berada di-sa-buah negeri di-atas kayangan ini. "

    "Ahmad. Kau ka-mari ada-Iah dengan perentah beta. Sa-benar-nya kau-lah orang yang beta chari2 selama ini untok menghiborkan hati beta kembali, hati beta patah - dan hanya kau-lah saja yang beta harap untok mengubati-nya."

    27

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJ AlB

    Ahmad belum dapat menangkap apa yang dj · maksudkan oleh raja itu. Ini menyebabkan dia bertanya lebeh lanjut lagi dan ini-Iah yang menyebabkan juga raja itu membuka segal a tujuan2 baginda mengapa Ahmad yang baginda pileh untok menyenangkan hati-nya yang sudah patah itu.

    Raja itu bercherita bagaimana dia sedang di-dalam keada'an yang sangat genting kerana negeri-nya hendak di-perangi oleh sa-orang raja yang sangat kejam. Raja yang kejam itu telah mencholek tuan puteri , atau anak raja negeri Dupa ini dan menyimpan-nya sebagaj tebusan. Untok mengambilkan puteri-nya itu kembali raja Dupa itu mesti-Iah menepati dua sharat. Pertama, baginda mesti-Iah menyerahkan segala kakuasa'an baginda kapada raja yang kejam itu dan kedua kalau baginda ta' dapat menerima sharat ini baginda mesti menghantar salah sa-orang daripada putera-nya untok berlawan bersoal jawab. Kalau putera raja itu yang berjaya puteri yang di-simpan tadi akan di-pulangkan . Tetapi jikalau putera itu tidak berjaya, mau ta' mau negeri baginda mesti di-rampas sechara kekerasan.

    Raja negeri Dupa ini telah minta tempoh dua bulan, dan dalam dua bulan itu-Iah baginda sedang menchari ikhtiar bagaimana hendak melepas kan diri-nya dari chengkaman raja yang kejam itu. Baginda menyambong cherita-nya bagaimana pada suatu malam baginda telah bermimpi, bahawa sa-orang ma'anusia saja yang dapat menyampaikan maksud baginda hendak melepaskan

    28

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    puteri-nya itu. Orang itu ia-Iah sa-orang pemuda miskin yang tinggal di-negeri bernama Kuala Batu. Baginda mencheritakan juga bagaimana baginda menghantarkan utusan-nya mendapatkan Ahmad pad a malam itu dengan menjelmakan diri-nya sebagai sa-orang perempuan tua dan baginda juga-Iah menanamkan pokok nyior ajaib yang di-temu oleh Ahmad dan orang2 banyak dahulu. Ini semua di-kerjakan oleh baginda dengan kuasa sakti yang ada pada-baginda. Salepas bercherita ini baru-Iah raja itu bertanya kapada Ahmad.

    "Bagaimana Ahmad, mau-kah kamu pergi ka-tempat raja yang kejam itu."

    "Apa yang dapat patek buat Tuanku . . . ?" Tanya Ahmad kehairanan. Dia tidak tau ada keistemewa'an pad a diri-nya. Sepanjang yang di-ingati-nya dia ta' ada apa2. Tidak pandai bermain senjata, tidak pandai berbuat itu dan ini - apatah lagi yang di-nama kan kesaktian.

    "Kau beta hantarkan ka-tempat raja itu sebagai ganti putera beta. Sa-benar-nya beta ta' ada putera, hanya yang ada pada beta ia-lah puteri yang kena cholek itu saja. Beta mempunyai keperchaya'an yang kau dapat melawan raja kejam itu bersoal jawab. Pergi-Iah Ahmad, beta berjanji jikalau kau berjaya, kau akan beta kahwinkan dengan puteri beta itu."

    Mendengar perkata'an kahwin itu Ahmad tidak ingat lagi yang ia-nya ta' mempunyai kepandian apa2.

    29

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    Perminta'an raja itu di-terima-nya bulat2 dan dia berjanji akan menjalankan tugas-nya dengan hati yang tabah dan memuaskan.

    Pada malam itu tidor-lah Ahmad di-astana raja itu dengan penoh ketenangan. Dia di-layan dengan hormat-nya saperti sa-orang anak raja yang berdaulat. Dan khayal-lah Ahmad dengan keada'an yang sunggoh menyenangkan hati-nya itu.

    Kaesokan hari-nya Ahmad bangun dengan segar-nya. Salepas mandi manda dia pun mengenakan pakain yang serba indah yang memang telah sedia untok-nya itu, ber-siap hendak pergi.

    Sa-belum dia meninggalkan negeri Dupa itu, Ahmad telah di-temui oleh Duli Baginda dan kapada Ahmad dia berpesan:

    "Ingat-lah Ahmad. Raja kejam itu mempunyai kebijaksana'an yang tidak terhingga. Tetapi beta yakin kau akan berjaya menewaskan-nya."

    Salepas menguchapkan selamat tinggal, Ahmad pun bermohon diri dan menunggang kuda puteh yang memang telah ada menunggu di-situ. Berjalan-Iah Ahmad menuju hala ka-negeri raja kejam tadi.

    Jarak di-antara negeri Dupa dengan negeri raja kejam itu tidak-Iah berapa jauh sangat, tetapi kedua negeri itu di-pisahkan oleh sa-keping padang pasir yang

    30

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    luas. Kalau hendak pergi dari satu negeri ka-satu negeri , si-pengambara itu mesti-Iah melalui padang pasir itu dan di-sini-Iah banyak ma'anusia yang mati kehausan.

    Tidak berapa lama Ahmad menunggang kuda-nya di-padang pasir itu, tiba2 di-rasa-nya tekak-nya sangat haus. Ayer yang di-bekal nya semua sudah habis . Dia ta' dapat lagi menunggang kuda yang mulai leteh itu juga. Dia pun terjatoh dari kuda itu langsong tersembab ka-tanah.

    Ahmad ta' tau apa na' buat dalam sa'at yang genting itu. Panas sedang memanchar dengan terek-nya dan di-Iangit sedikit awan pun ta' ada yang berarak2. Semua-nya ini menambahkan lebeh terek lagi sang matahari menyinar. Dalam dia teronta2 hendak bangkit itu, tiba2 Ahmad terpandang akan peloh kuda puteh-nya melileh2 dan menitek2 saja jatoh ka-tanah. Timbol-lah perasa'an Ahmad hendak meminum saja peloh itu. Sunggoh pun dahulu dia ta' pernah menjilat peloh tapi, kini perasa'an ta' pernah itu di-ketepikan-nya dan dengan perlahan2 dia menghampiri peloh yang menitek itu lalu di-takong-nya dalam telapak tangan-nya. Sa-telah penoh, dia pun minum peloh itu dan perasa'an penat dan haus-nya agak Jega sedikit. Dia berbuat begitu beberapa kali sahingga hilang-Iah perasa'an dahaga-nya tadi dan dia pun kembali menung-gang kuda puteh-nya menghala negeri raja kejam.

    Tidak lama daripada itu Ahmad pun sampai ka-

    31

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    negeri raja kejam dan dia di-sambut oleh tentera raja dengan hormat.

    "Tau juga orang kejam ni menghormat orang . ." Bisek hati Ahmad apakala ia sedang di-pimpin oleh ketua tentera mengadap raja.

    Satiba di-hadapan raja, Ahmad pun di-tegor oleh baginda.

    "Kamu-kah anak raja yang di-hantar oleh raja negeri Dupa untok bersoal jawab dengan beta . . . ?" Tanya raja kejam itu.

    "Ya, patek-Iah putera raja negen Dupa ," sahut Ahmad dengan berani-nya.

    "Kalau demikian, besok saja-Iah kita mengadakan perlawanan bersoal jawab itu , tetapi sekarang beta ingin hendak menunjokkan kapada kamu apa2 yang telah terjadi kapada orang2 yang telah kalah bersoal jawab dengan beta. Perdana Menteri . . .!" Kedengaran raja kejam itu memanggil orang-nya. Perdana Men-teri menyahut dengan hormat. Kemudian raja itu men yam bong lagi:

    "Bawa orang muda ini melihat apa yang telah terjadi kapada orang yang kalah."

    "Baik Tuanku. Mari orang muda . . . " Jawab Perdana Menteri sambil membawa Ahmad ka-tempat yang di-katakan oleh raja kejam itu .

    32

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PE LOH K UDA

    Sa-belum mereka pergi ka-tempat itu, Perdana Menteri telah membawa Ahmad ka-suatu bangunan yang sunggoh indah dan chantek sekali. Mereka terus masok ka-dalam bilek bangunan itu dan di-sana-Iah Ahmad berjumpa dengan puteri raja negeri Dupa itu.

    Puteri itu sunggoh chantek. Badan-nya yang sedang2 gem pal itu dan kulit-nya yang puteh kuning itu menyebabkan Ahmad terus jatoh hati kapada-nya. Sahingga ta' di-sedari Ahmad bahawa ia sedang rnerindui2 sa-orang anak raja.

    Akan puteri itu begitu-Iah juga perasa'an-nya. Dia berfikir dalam hati-nya siapa-kah gerangan orang rnuda yang sangat kachak itu, belum pernah dia melihat sa-orang anak muda yang sebegitu menawan sekali.

    Salepas ka-bilek itu , Perdana Menteri pun mebawa Ahmad ka-sa-buah rumah kechil yang agak terpenchil daripada rumah2 lain. Dalarn rnereka berjalan menuju rumah itu , Perdana Menteri berkata:

    "Nampak-nya kau ni bukan anak raja negen Dupa .. "

    Terkejut Ahmad mendengar perkata'an Perdana Menteri itu.

    "Di-mana Perdana Menteri mengatahui. . ?" Tanya Ahmad kahairanan.

    "ltu senang. Kalau kau memang benar anak raja

    33

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • Puteri itu sunggoh chantek. Ahmad terus jatoh hati kapada-nya

    34

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PEtOH KUDA

    negeri Dupa, sudah tentu-lah kau adek beradek dengan tuan puteri dalam bilek itu tadi."

    "Bagaimana Perdana Menteri tau yang kami bukan adek beradek ... ?" Tanya Ahmad lagi. Dia hairan benar melihat taka'an Perdana Menteri itu. Perdana Menteri itu menjawab:

    "Dari pandangan mata mu, telah dapat aku duga. Kau memandang tuan puteri tadi bukan sebagai pandangan sa-orang abang atau adek, tetapi pandangan kau pandangan sa-orang yang kaseh dan pandangan orang yang rindu."

    Termenong Ahmad mendengar jawapan Perdana Menteri yang sunggoh bijak itu . Tidak di-sangka-nya bahawa pandangan-nya yang ta'di-sedari tadi telah membuka rahsia-nya bulat2.

    "J adi apa yang Perdana Menteri na' buat kapada saya. . ?" Tanya Ahmad dengan chemas. Dia takut Perdana Menteri itu akan memberi tahu raja yang ia bukan anak raja negeri Dupa.

    "J angan susah. Kau tidak akan sia2 dalam pekerja'an mu, dan rahsia kau ini tidak akan ku pechahkan kapada sa-siapa pun. Tapi nampak-nya pekerja'an soal jawab esok membuka lambaran baru dalam sejarah-nya, kerana mengikut ramalan ku kau akan berjaya dalam tugas mu ini dan ini-lah juga mas a-nya bagi ra'ayat negeri ini mengechap kebahagia'an."

    35

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJ AlB

    Terrnenong Ahmad rnendengar perkata'an "kebahagia'an" itu. Apa-kah yang di-maksudkan olel! Perdana Menteri itu sa-benar-nya. Ada-kah selama ini negeri yang di-perentah o1eh raja yang kejarn itu tidak pernah bahagia? Atau tidak-kah ra'ayat-nya mengechap segal a ni'mat kemerdeka'an di-bawah naongan raja mereka .... ? Semua ini menjadi soalan kapada Ahmad, tapi dia ta' berani bertanya lebeh lanjut.

    Satiba di-muka pintu bilek yang di-tuju itu, Perdana Menteri pun berkata:

    "Buka-lah pintu ini . . "

    Mula2 Ahmad ta' berani membuka-nya, tetapi apabila di-terangkan oleh Perdana Menteri bahawa tidak ada apa2 akan terjadi , baru-Iah Ahmad berani menghampiri pintu itu dan di-buka-nya perlahan2. Terbuka saja pintu itu Ahmad pun melompat keluar kerana terkejut. Apa yang di-lihat-nya dalam bilek itu sunggoh rnenakutkan. Bilek itu penoh dengan kepala ma'anusia yang sudah putus. Dalam Ahmad di-selubongi ketakutan itu , Perdana Menteri pun berkata:

    "Itu-Iah kepala anak2 raja yang kalah dalam perlawanan ber-soal jawab dengan raja kami. Tapi jangan-lah kau khuatir , kau tidak akan bernasib burok saperti itu , kau akan menang dan negeri ini akan bahagia ."

    Itu-Iah kata2 yang di-keluar oleh Perdana

    36

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    Menteri . Salepas itu dia pun membawa Ahmad balek ka-tempat raja dan raja pun menyuroh Ahmad berehat di-dalam sa-buah bilek yang khas. Pada malam itu tidor-Iah Ahmad dengan berbagai2 soalan yang menggangu fikiran-nya. Dapat-kah dia mengalahkan raja yang kejam itu . . . .? Ada-kah dia akan senasib juga dengan anak2 raja yang kalah tadi . . . . . .? Apa-kah yang di-maksudkan oleh Perdana Menteri yang mengatakan kalau ia menang negeri itu akan bahagia .... ? Semua soalan ini menjadikan Ahmad binggong dan hingga larut mal am baru dia terlelap tidor.

    Pad a kaesokan nya , ma'anusia sedang penoh di-gelanggang. Beribu2 ma'anusia hadzir dalam temasha menyaksikan perlawanan bersoal jawab itu. Ahmad sedang dudok berhadapan dengan raja yang kejam. Di-belakang Ahmad terchegak sa-orang pengawal sedang berdiri dengan pedang terhunus di-tangan.

    Raja pula di-apit oleh Perdana Menteri-nya siapa yang tersenyum2 saja memerhati Ahmad dan di-belakang raja dudok tuan puteri negeri Dupa siapa yang memandang Ahmad dengan muka yang agak sedeh. Munkin sedeh mengenangkan untong nasib yang akan di-terima oleh Ahmad nanti kalau ia kalah.

    Perlawanan bersoal jawab pun di-mulai . Mula2 raja yang menyoal. Soalan raja itu dengan mudah saja di-jawab oleh Ahmad. Ini menyebabkan beberapa orang penon ton yang menyaksikan perlawanan itu

    37

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJAIB

    bersorak2 tanda gembira. Rupa-nya ada orang yang menyebelahi Ahmad. Tuan puteri negeri Dupa juga turut bergembira.

    Kemudian Ahmad pula yang menyoal, tapi soalan-nya dengan mudah juga di-jawab oleh raja yang kejam itu . Bergemuroh-lah sorak yang menyokong raja kejam itu dan raja kejam pun tersenyum2 memerhati penyokong-nya. Akan Perdana Menteri turut-Iah tersenyum2 juga, tetapi jelas pada Ahmad senyuman Perdana Menteri itu senyuman yang di-buat2.

    Begitu-lah soalan-nya berganti2 . Dan apabila sampai kapada soalan yang terakhir, raja yang kejam pula menyoal Ahmad. Dengan nada suara yang sunggoh sombong raja itu bertanya:

    "Orang muda, sekira-nya kamu sedang mengambara dengan kuda kamu dalam sa-buah padang pasir yang kering kuntang dan tandus. Kamu ta' ada di-bekalkan ayer, tapi kamu beroleh ayer, ayer apa-kah itu."

    Tersenyap Ahmad mendengar soalan itu . Susah benar hati-nya kerana dia ta' tau di-mana na' dapat ayer di-padang pasir yang kering. Ada seketika dia berpikir tiba2 menjawab:

    "Ayer peloh kuda . " Teriakan-nya di-sambut oleh sekalian para penon ton yang gembiar pada masa itu dan Perdana Menetri pun dengan ta' semena2 tersenyum dan bersorak2 bersama orang ramai.

    38

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PELOH KUDA

    Akan raja tidak-Iah terkira malu-nya kerana di-tewaskan oleh Ahmad itu, dia choba hendak menyem-bunyikan diri-nya dari orang banyak tetapi terlambat, kerana pedang yang di-hunus oleh pengawal di-belakang Ahmad tadi telah sampai dahulu ka-Ieher-nya dan leher itu lalu putus. Mati-Iah raja itu di-sa'at itu juga.

    Ahmad tidak mengerti akan perkara itu. Dia pun bertanya kapada Perdana Menteri. Perdana Menteri menjawab:

    "Ini-Iah raja yang sangat kejam. Beberapa banyak sudah manusia di-dunia ini di-tindas-nya. Sekarang jiwa ra'ayat ta' dapat di-tahan2 lagi. Dan ini-lah menyebabkan dia di-bunoh."

    Selanjut-nya Perdana Menteri mencheritakan, bagaimana dia dan pengikut2-nya sedang meranchang hendak membunoh raja kejam ini dahulu tapi senantiasa terhalang, kerana dia sela]u menang dalam perlawanan-nya, tetapi sekarang dia telah tewas, dan biar-lah dia lalu tewas dalam hidup-nya.

    Tuan puteri negeri Dupa pun di-serahkan kapada Ahmad dan sa-belum Ahmad kembali ka-negeri Dupa, dia telah di-raiekan oleh Perdana Menteri siapa sekarang telah menjadi raja menggantikan raja yang matI !tu. SaJepas itu baru-Iah Ahmad dan tuan puteri kembali ka-negeri Dupa dengan di-iringi oleh orang2 Perdana Menteri.

    39

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJAIB

    Sejak itu bersahabat-lah kedua negeri yang pad a satu masa dulu pernah bermusoh dan kini berbaik2 saperti adek beradek.

    Ahmad pun di-kahwinkan-lah dengan puteri negeri Dupa itu dan hidup lah mereka di-dalam rukun damai sampai kapada akhir hayat mereka.

    40

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • GEMALA NAGA

    Pada zaman dahulu kala, tersebut-Iah kesah dua orang nelayan China, yang diarn di-sabuah pulau yang jauh dari ternpat rna'anusia. Sa-benar-nya ada karnpong2 yang berdekatan di-situ, tetapi pendudok2 karnpong itu ta' ada yang berani pergi dekat pulau itu, kerana ada sa-suatu yang rnereka takuti. Apa yang di-takuti ta' pula di-ketahui .

    Tiap2 hari nelayan yang dua orang itu pergi ka-laut menchari ikan. Ikan2 yang mereka dapati, saparoh-nya mereka jual kapada karnpong2 yang berdekatan tadi dan yang lebeh-nya pula mereka salai di-atas para di-dapor. Begitu-Iah keada'an dua orang nelayan itu pada tiap2 hari.

    Mereka ada mernelihara sa-ekor anjing jantan bernama Si-Urnok. Waktu nelayan berdua ini pergi menangkap ikan Si-Urnok pun selalu ikut sarna . Ta' pernah dia tinggal ka-saorangan di-pondok. Nelayan berdua itu takut mana tau ada sa-suatu yang terjadi.

    Pada suatu hari salepas balek dari laut, Ah Po dan Ah Meng - (Nama nelayan kedua itu) telah rnendapati ikan2 salai rnereka telah habis di-makan orang. Segala barang2 dalam rurnah itu habis lintang pukang ta' berketentuan, saperti kena geledah penchuri.

    Tulang2 dan sisek2 ikan berselerak saja di-seluroh lantai pond ok itu. Sudah bertahun2 mereka diam di-

    41

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    pulau itu, tapi ta' pernah pula kejadian yang sangat membinggongkan begitu berlaku.

    Sunggoh hairan kedua nelayan itu melihat kejadian itu. Penchuri itu nampak-nya ta' sempat lagi na' mengangkut ikan2 itu - lantas di-ratah dan di-mamah-nya di-situ saja.

    "Boleh jadi ini pekerja'an hantu .. !" Ah Po mulai berkata sambil mata-nya berputar2 menjeling keliling rumah itu. Menggigil benar ia.

    "Ah karut ... !" Hentak Ah Meng nyaring.

    "Sudah berapa tahun aku dudok di-sini, tidak pernah aku mendengar hantu mengamok siang2 hari," sambong-nya lagi.

    "Boleh jadi peluang-nya hanya waktu siang2 begini. Aku tau ini memang perbuatan hantu jemalang, hantu yang menjaga pulau ini. Aku fikir ini-lah yang menyebabkan orang2 kampong yang berdekatan itu ta' mau datang kemari. Ini memang hantu Meng . . ! Hantu .. !" Chemoh Ah Po sambi I menutup mata-nya. Ketakutan benar nampak-nya Ah Po hari itu.

    "Kau ni ta' ada yang lain ... Hantu .! Hantu .. ! Hantu . . . - Ta' habis2 dengan hantu . Entah kuching atau musang siapa tau .. ?"

    "Manakan ada kuching dan musang di-pulau berpuaka ni . ."

    42

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • GEMALA NAGA

    "Lagi2 berpuaka . . .! Ada pun kuching dan rnusang ta' kan dia na' beri tau kau. Sudah-Iah Po. Jangan na' jadi budak2. Mari kita susun kernbali barang2 yang berharnboran ini."

    Ah Po diarn sa-ben tar. Hati-nya rnaseh belurn rnenerirna yang perbuatan ganjil itu ia-Iah perbuatan kuching dan rnusang.

    "Ini rnesti perbuatan hantu ... " Fikir-nya lagi. Kuching yang mana sanggup rnernakan ikan2 yang sapertl ItU .. ? Kalau juga kuching yang rnemakan· nya, entah barang kali kuching itu turunan dari kayangan."

    Begitu-Iah keada'an Ah Po berperang dengan kebenaran. Hati-nya bel urn puas lagi.

    "Apa lagi di-menongkan tu. Sapukan tulang2 dan sisek2 yang berselerak itu. Nanti terpachak kaki, kau juga yang tergadoh2 rnacharn chaching di-Iantak tungo," tegor Ah Meng rnanakala di-lihat-nya Ah Po rnaseh berdiarn diri. Achoh ta' achoh Ah Po rnenchapai penyapu.

    Begitu-Iah keada'an hari pertarna. Ah Meng rnernang ta' perchaya yang perbuatan aneh itu berpuncha dari hantu jernalang atau hantu penunggu pulau itu saperti apa yang di-teka oleh Ah Po. Dia maseh perchaya kuching atau rnusang-Iah bertanggong jawab dalarn hal itu.

    43

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJAIB

    Hari kedua-nya satiba mereka di-pondok, mereka dapati begitu juga keada'an yang tergambar. Sisek2 dan tulang2 ikan berselerak ta' berketentuan. Sekali ini Ah Meng menaroh sadikit shak atas perkara itu. Tetapi belum juga dia perchaya terus menerus akan perkara yang aneh itu di-sebabkan oIeh hantu.

    Hari ketiga-nya sekali lagi perkara tulang menulang dan sisek2 itu berlaku. Kali ini periok belanga, tin2 dan perkakas dapor bertaboran saja ta' berketentuan.

    Ah Meng mulai chemas betol hari ini . Dia berfikir perbuatan musoh-nya yang peJek itu ta' dapat di-biarkan lagi. Dia mesti menyiasat perkara itu sampai ka-akar umbi-nya sekali. Peduli hantu atau jemalang. Kalau hantu yang ta' bertimbang rasa itu dapat di-tangkap-nya - akan di-bunoh sampai mati.

    "Kita mesti chari siapa yang berbuat perkara terkutok ini Po," Ah Meng mulai membuka bichara. Sejak berIaku-nya kejadian yang sunggoh pelek itu, Ah Po nampak-nya semakin sahari semakin takut dan ngeri. Pada malam2-nya dia ta' dapat tidor nyenyak. Mana tau takut2 sang hantu yang dahshat itu menyerang pula pad a waktu malam. Apa akan terjadi jangan2 mereka kedua akan di-telan mentah2 oleh sang hantu. Tetapi jikalau Ah Po ingat yang Si-Umok akan menyalak jikalau hantu itu datang, tidak-Iah jadi dia takut ta' tentu pasal. Dan dengan itu dapat-lah dia tidor berdengkor.

    44

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • GEM AL A NAGA

    "Di-mana kita mau chari ... ?" Jawab Ah Po dengan suara yang kurang perchaya.

    "Kita boleh chari di-sekeliling pondok kita InI. Aku fikir musoh kita ta' jaoh dari sini."

    Habis saja Ah Meng menguchap perkata'an itu tiba2 terdengar suara Si-Umok menyalak2 dari jauh. Nampak-nya Si-Umok telah berjumpa sa-suatu. Ah Meng dan Ah Po berlari2 mendapatkan Si-Umok yang maseh menyalak2 dihadapan sa-buah lobang besar. Lobang itu di-penohi oleh pokok2 kechil dan semak2 tebal.

    Ah Po menangkap Si-Umok dan mengusap2 tuboh-nya menyuroh dia diam. Semen tara Ah Meng pula menghampiri ]obang yang besar itu. Dengan hati yang chemas, perlahan2 di-singkap-nya semak2 yang menutupi lobang besar itu dan dia terus memandang ka-dalam.

    Alangkah terkejut-nya Ah Meng melihat isi lobang besar itu. Mata-nya terbeliak dan mulut-nya langsong ta' dapat berkata apa2. Melihat Ah Meng senyap Ah Po berasa chemas. Di-hampiri-nya Ah Meng dan dia pun menjengok juga ka-dalam gua itu. Dengan serta merta itu juga mata Ah Meng terbuka besar, lebeh besar daripada mata hantu. Dia terkejut melihat bend a yang mengisi lobang besar itu.

    Rupa2-nya dalam ]obang itu terbujur sa-ekor naga

    45

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    besar entah berapa ela panjang-nya. Naga itu sedang tidor berdengkor. Barangkali kerana rioh dengkor-nya itu-lah yang menyebabkan dia tidak sedar langsong akan salakan Si-Umok tadi.

    Naga itu nampak-nya leteh benar. Perut-nya bonchet membumbong dan desusan nafas-nya menghem-bus deras macham asap enjen kereta api. Lobang itu terang benderang saja sa-olah2 di-sulohi oleh chahaya matahari atau pun lampu gas. Tetapi kalau di-perhati di-seluroh lobang itu ta' ada pula lobang yang dapat menyebabkan chahaya matahari masok. Tentang lampu gas, siapa pula yang gila memasang di-situ.

    Akhir-nya dapat juga mereka ketahui apa yang menyebabkan isi gua itu terang benderang. Rupa2-nya di-sisi naga yang tid or itu ternampak sa-biji gemala sa-besar buah guli. Sunggoh elok rupa gemala itu. Itu-lah agak-nya di-sebut orang Gemala Naga.

    "Oh rupa-nya ini-lah musoh kita yang ajaib itu Meng," tegor Ah Po berbisek.

    "Kau lihat di-sisi-nya tu, maseh ada lagi ikan2 kita. Cheh! Bedebah sunggoh . .. !" Sambong Ah Po sambil mengarahkan tangan-nya menunjok beberapa ekor ikan yang bergelimpangan di-sisi naga yang berdengkor itu.

    "Bunoh saja Naga kutok ini Meng ... " Sam-bong Ah Po Jagi manakala di-lihat-nya Ah Meng tidak menjawab. Ah Meng tetap tidak berkata barang

    46

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • "Kau lihat di-sisi-nya tu, maseh ada lagi ikan2 kita. Cheh! Bedebah sunggoh . . . !

    47 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    sapatah pun. Tetap diam saperti tadi Juga, mata-nya memerhati gemala yang bersinar2 itu.

    "Ka1au kita biarkan dia membaham ikan2 kita lagi , terok-lah kita ta' makan," chemoh Ah Po pula.

    "Eh . . . Sudah-lah . . ! Ta' usah kau kenang2 lagi ikan kita tu" sampok Ah Meng.

    "Kau ta' Iihat gemala naga tu ... '1 Itu-Iah yang ku fikirkan sekarang. Kalau kita dapat gemala itu Po, kita akan menjadi kaya . . . kaya Po."

    "Ya, ta' ya juga. M acham mana na' ambil gemala tu . . '1"

    "Aku ada satu jalan." Ah Meng mulai membuka chadangan-nya. Ah Po berhenti sekejap. Mata-nya tepat memerhati Ah Meng. Agak-nya dia berharap benar akan apa2 yang di-chadangkan oleh Ah Meng itu.

    "Begini Po. 01eh kerana selama ini naga sial tu sentiasa bergantong kapada ikan2 kita. Aku fikir biar· lah dua tiga hari ini kita ta' usah pergi ka-laut. Dengan ja1an itu naga itu kena merasa lapar. Mau ta' mau dia kelaut juga menchari ikan-nya sendiri . . . "

    "Bagus juga tu. Tetapi kita tidor di-rumah 1m juga .. '1 Tanya Ah Po bernafas.

    "Eh kau ni tolol-1ah. Macham mana kita na' tidor di-pondok kita tu. Nanti naga datang kita pula di-

    48

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • G E M ALA NAGA

    mamah-nya mentah2. Ah, kita boleh chari tempat-Iain-lah, buat sementara," kata Ah Meng menerangkan.

    Benar juga saperti apa yang di-ranchangkan oleh Ah Meng itu. Satelah naga itu mendapati pondok kedua orang nelayan ta' berisi ikan lagi , dia pun terus melunchur kalaut. Satelah naga itu pergi, peluang itu· lah yang di-gunakan oleh Ah Meng dan Ah Po. Dengan tidak membuang masa Jagi mereka kedua terus pergi ka-Iobang tadi dan mengambil gemala yang bersinara2 itu, dan terus di-masokkan ka-dalam kebok kechil yang di-tutup dengan guni. Walau pun dalam kebok, chahaya gemala itu tetap bersinar juga.

    Kedua nelayan itu terus mengumpol barang2 mereka dan seger a ka-perahu memasang layar. Satelah siap semua-nya kedua nelayan itu pun tergesa2 mem-bungkar saoh lalu belayar. Sunggoh chemas mereka. Mereka takut berlambat2, mana tau naga itu balek, sudah tentu keada'an mereka dalam bahaya. Belayar-lah Ah Po dan Ah Meng meninggalkan pulau yang selama ini, memang mereka anggap rumah mereka itu .

    Akan kesah si-naga pula.

    Satelah kenyang dia pun kembali ka-tempat-nya. Alangkah terkejut si-naga apakala di-dapati-nya gemala kesayangan nya telah hilang. Puas dia menchari di-sekeliling lobang-nya itu , tidak juga di-temu-nya . Tahu-Iah si-naga gemala nya telah di-churi orang.

    49

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAlB

    Tentu ta' ada orang lain - orang yang mendiami pondok di-pulau itu-Iah.

    Dengan seger a itu juga naga itu berlari2 ka-pondok Ah Po dan Ah Meng. Tetapi pondok itu kosong saja. Orang-nya dah ta' ada lagi. Si-Naga terns bekejar ka-atas bukit yang berhampiran dekat laut itu. Nun jauh di-tengah laut ternampak-lah kapada naga itu akan perahu layar kedua nelayan tadi. Sudah jauh benar, hanya nampak saperti besar sa-bilah jarnm. Tetapi chahaya gemala yang di-dalam kebok tadi tetap ber-sinar. Itu-Iah perahu yang menchuri gemala-nya, tikir nya. Si-naga pun berlari2 ka-tepi laut dan terns berenang mendapatkan perahu tadi.

    Maka Si Ah Po dan Si Ah Meng pun bersuka2-1ah. Hati mereka sunggoh senang mendapat gemala yang bersinar2 itu. Si-Umok pula, anjing jantan mereka itu, turnt bergembira sama. Belayar-lah mereka dengan perasa'an yang gembira. Tetapi kegembira'an itu hanya sabentar saja. Nun di-belakang mereka nampak sa-ekor naga sedang mengejar. Semakin sadetik sema-kin hampir naga itu kapada perahu layar kedua orang China itu.

    Timbul-Iah perasa'an takut kapada kedua orang nelayan China itu. Naga itu semakin pula dekat. Ah Po menchapai segal a barang2 yang ada dalam perahu itu saperti tin2 dan botol2, habis di-humban-nya kapada naga itu. Tetapi sang naga tetap tidak bernndor.

    50

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • GEM ALA NAGA

    Akan hal Si Ah Meng pula, dia ashek membakar be be rap a batang besi. Besi ini di-bakar-nya hingga merah-merah benar. Si-naga semakin dekat. Si Ah Po ta' dapat menghumban apa2 lagi . Barang2 dalam perahu itu ta' ada lagi.

    Dekat benar sudah naga itu dengan perahu kedua nelayan itu, tiba2 naga itu pun membuka mulut-nya lebar2 hendak di-telan-nya sekali perahu itu dan orang2-nya, tetapi ketika itu juga Ah Meng terus menghumban besi yang di-bakar-nya tadi ka-dalam mulut naga yang tern ganga itu.

    Naga itu menggelepar kesakitan. Mulut dan jantong-nya terbakar oleh besi panas Ah Meng itu. Dia meronta2 menghempas diri-nya ka-dalam ayer , sakit, parah dan kepanasan. Ta' lama salepas itu naga itu pun ta' meronta2 lagi, dan habis-lah riwayat-nya di-situ Juga.

    Melihat naga itu dah mati, Ah Po dan Ah Meng pun melompat2 tanda gembira. Si-Umok pun turut gembira juga. Sahari2 itu ta' ada kerja lain mereka dalam perahu itu. Gembira .. . gembira dan gembira. Oleh kerana terlampau gembira, kebok yang di-dalam perahu itu pun terhumban ka-dalam ayer oleh kerana lenggang perahu itu. Gemala dalam kebok itu turut lesap di-telan oleh arus ayer.

    Mata Ah Po dan Ah Meng terbeliak dan dengan serta merta itu juga mereka berdua sen yap ta' berkata

    51

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    apa2. Tidak mereka sangka mereka akan menenma nasib yang seburok itu.

    Mereka menjengok ka-dalam ayer. Nun jauh di-dasar lautan, ternampak chahaya gemala itu mengilau terang, cherah menyinar alam laut. Apa boleh buat, nasib mereka. Berlayar-Iah kedua nelayan yang malang itu membawa kenangan yang sedeh.

    Itu-Iah tauladan orang yang terlampau suka men-dapat sa-suatu. Kadang2 kalau nasib ta' baik, terlam-pau kesuka'an-nya itu akan membawa kerugian kapada diri-nya sendiri. Jadi kalau mendapat sa-suatu, sedarhana-lah saja, kerana itu ada-lah ni'mat Tuhan.

    52

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG YANG AJAIB

    Sekali peristiwa tersebut-lah kesah sa-orang anak mud a bernama Kelana. Kelana diam bersama2 ibu-nya yang sudah tua dan dua orang adek2-nya di-sabuah pondok kechil di-hujong kampong,

    Kehidupan keluarga Kelana sangat sempit. Sa-tiap hari Kelana saja-lah yang pergi ka-tepi hutan menchari kayu api. Kayu api itu di-jual-nya ka-pekan. Begitu-lah pekerja'an Kelana satiap hari. Kalau nasib baik, dapat juga dia rnendapat hasil yang banyak dan dapat-lah kehidupan untok hari itu !ega sedikit.

    Ayah Kelana dah ta' ada lagi. Baharu saja meninggal beberapa bulan yang lalu. Semenjak kema-tian orang tua itu, Kelana-lah yang menanggong kehidupan mereka. Sunggoh pun dia ta' dapat memberi kesenangan langsong kapada keluarga yang menderita itu, tetapi Kelana dapat-Iah di-katakan mengalas sedikit perut mereka daripada berkronchong kelaparan.

    Kemiskinan ini-Iah yang menyebabkan Kelana sangat susah hati. Pernah dia mengeloh ka-saorangan mengenangkan untong burok yang ia dan keluarga-nya tanggong selama ini. Dan pernah juga dia berazam na' pergi ka-kampong lain dan negeri2 sekitar untok men-chari kerja yang lebeh menjamin kehidupan mereka.

    Pada suatu malam, Kelana menghampiri ibu-nya yang sedang sakit di-atas keranjang tua. Ibu itu belum

    53

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    tidor lagi dan tatkala di-lihat-nya Kelana datang, dia menegor :

    "Kau belum tidor juga Kelana ')"

    "Bel urn bu. . ."

    Sunyi seketika .

    Sa-sudah dia dudok di-sisi ibu-nya Kelana menyam · bong ka ta:

    "lbu ada yang na' anaknda chakapkan," .. kata Kelana sambil memandang wajah ibu-nya dengan tepat.

    "Ka takan-lah nak ," sahut ibu-n ya dengan suara yang parau2 tanda uzor. Kelana berhenti seketika, salepas itu ....

    "lbu selama ini Kelana lihat kehidupan kita sangat susah ... jadi ... "

    "J adi apa nak, kau nak buat apa . . . . ', " tanya ibu-nya sambil terbatok2 .

    "lbu , Ke]ana telah membuat keputusuan yang Kelana hendak pergi mengambara menchari kerja yang lebeh baik. Kerja yang dapat menjaminkan kehidupan kita yang sempit ini."

    "Kau na' mengambara .. .. ? Kau na ' tinggal-kan mak . . . ? Kau na' tinggalkan mak yang sudah tua ini ... . ? Tidak ..! Tidak . . . Ke]ana . . !

    54

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG YANG AJAlB

    Tidak . . .! Mak ta' benarkan kau pergi . . . Mak ta' benarkan . . ."

    "Tapi mak . . . Ini untok kepentingan kita ber-sarna ... "

    "Mak ta' mau dengar lagi Kelana, mak ta' mau dengar. langan bujok mak. Mak ta' mau dengar. ... " Seru ibu-nya sambil menangis tersedu2. Kelana diam2 saJa. Ta' berani berkata apa2. Sakejap, ibu-nya menyambong:

    "Anak ku Kelana. Bukan-nya mak ta' suka kau pergi menchari kerja untok membaiki kehidupan kita ni. Mak suka, tetapi mak dah tua nak. Adek2 mu maseh kechi12 lagi . Kami semua bergantong kapada kau. likalau kau pergi nanti sudah tentu kami akan susah .. "

    "Rahman boleh menjaga mak . ." Sampok Kelana chepat sambil menghalakan telunjok-nya kapada Rahman, adek-nya yang sedang berdengkor tidor.

    "Rahman belum boleh bertanggong jawab saperti kau Kelana, dia maseh mentah."

    Kelana ta' berani menjawab kata2 ibu-nya lagi. la kasehan melihat ibu-nya yang dah tua itu menangis2 melarang dia pergi . Tambah lagi Kelana memang dari kechi] telah di-lateh supaya hormat kapada orang tua-nya.

    55

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJ AlB

    Kelana kembali ka-bilek-nya dengan perasa'an hampa. Semalam-malaman itu dia ta' dapat tidor. Perasa'an-nya berasa resah gelisah. Hati kechil-nya senantisa meyuroh dia pergi, pergi dan pergi.

    Akhir-nya di-tengah malam yang sunyi sepi itu Kelana telah membuat keputusan-nya sendiri.

    "Aku mesti pergi malam ini. Aku mesti pergi. Biar-Iah ibu ku tinggalkan bersama adek2 ku. Ini ada-Iah untok kepentingan mereka semua."

    Begitu-Iah keputusan yang telah di-tetapkan oleh Kelana.

    Dengan tidak membuang masa Kelana pun bersiap2 hendak pergi. Ibu dan adek-nya semua dah tidor. Suasana keliling senyap sepi tidak bermaya. Di-luar pondok burok itu, gelap gelita sedang menyeli-muti alamo

    Perlahan2 Kelana keluar dari pondok itu , terus pergi kabelakang mendapatkan kuda kesayangan-nya . Sakejap lagi kuda itu di-tunggang-nya dan ia terus ber-jalan, ta' menuleh2 kabelakang lagi.

    Di-tengah2 malam yang sunyi sepi itu, berpisah-lah Kelana dari ibu dan adek-nya yang sangat di-kasehi-nya. Apa boleh buat, pemergian-nya itu ada-Iah pemer-gian yang berchita2 murni.

    Semalam-malaman itu Kelana menunggang kuda-

    56

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG YANG AJ AlB

    nya dengan berhati2. Memberentas hutan tebal dengan tidak menghiraukan gelap gelita yang menakutkan.

    Pada esok-nya kuda Kelana sangat leteh. Ta' boleh berjalan lagi. Mau ta' mau Kelana turun dari kuda-nya itu dan kuda itu di-lepaskan-nya menchari makan dengan tidak di-tambat. Kelana dah ta' terdaya lagi. Perut-nya lapar dan badan-nya leteh, ma'alum-Iah semalam-malaman ta' berhenti . Dia menghempaskan badan-nya di-bawah sapohon kayu redang dan di-situ-lah dia bertedoh langsong tertidor.

    Kelana terkejut manakala di-rasa-nya badan-nya kena sentoh orang. Apakala dia membuka mata, di-lihat-nya sa-orang perempuan tua sedang berdiri terche-gak di-hadapan-nya. Perempuan itu membimbing sa-buah bakol yang penoh berisi dengan sayor dan buah2 hutan.

    Kelana memerhati muka perempuan itu dengan perasa'an yang kechut dan takut. Perempuan itu di-renong-nya sunggoh2, takut barangkali hantu yang menyamar diri sabagai sa-orang perempuan tua. Tapi nampak-nya perempuan itu terang2 ma'anusia biasa.

    "Boleh jadi juga ini Nenek Kebayan Kelana kesa-orangan.

    " Bisek

    "Mengapa chuchu tidor di-sini. .?" Tiba2 perempaun itu bertanya. Terkejut Kelana mendengar suara yang ta' di-sangka2 itu.

    57

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJA1B

    "Nenek ini siapa . . . ?" Tanya Kelana sambil bangkit dari baring-nya.

    "Nenek ini Nenek Kebayan ... " Jawab orang tua itu sambil tersenyum. Sunggoh manis juga senyu-man-nya.

    "Ah betul saperti apa yang aku duga ... " Bisek Kelana lagi kesaorangan. Mata Kelana meman-dang muka Nenek Kebayan itu dengan tepat. Tetapi dia ta' takut2 lagi.

    "Nek, chuchu ini lapar. Boleh nenek beri chuchu rnakan ... ?"

    "Boleh ... " sahut nenek kebayan itu. Sambil melangkah dia berkata:

    "Mari chuchu ka-pondok nenek." Mereka berjalan .

    Sa-tiba di-pondok nenek kebayan, Kelana terpan-dang kawasan pond ok itu chukup luas dan menarek. Sayor2, pokok2 buahan, tebu , keledek dan ubi kayu banyak yang di-tanarn di-sekeliling rumah. Nampak-nya nenek kebayan itu rajin bertanam.

    Pondok itu ta' berapa besar. Beratapkan daun nipah dan berdinding-kan daun nipah juga. Sedarhana untok kehidupan sa-orang ma'anusia yang ganjil saperti nenek kebayan itu.

    Oleh kerana Kelana sangat leteh, dia ta' terdaya na' naik tangga lagi. Jadi berhenti-Iah dia di-tanah

    58

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG YANG AJAIB

    bertedoh di-bawah lindongan pokok manggls yang redang di-h adapan pondok itu.

    "Nek, saya di-sini saja, ta' dapat naik lagi . .. " kata Kelana dengan leteh lesu. Dia berhenti sabentar dan mata-nya berputar2 memerhati sekeliling. Dalam dia ashek dengan pandangan-nya itu tiba2 di-dengar-nya nenek kebayan berteriak:

    "Chan dong .. ! 0 00 chandong .. ! Mari sini ." Senyap seketika. Kelana ternanti2 siapa yang bernama Chandong ini . Ta' ada bunyi orang menyahut. Kelana berfik ir nenek kebayan itu tentu ada ternan yang lain bernama Chandong. J adi tidak-lah ia berapa peduli-kan . Tetapi Chandong yang dipanggil ta' juga menjen-gok. Sakali lagi nenek kebayan berte riak, kali ini lebeh nyanng.

    "Cha ndong . . . ! ka u ta' denga r aku . . ! ?" Kali ini terdengar ketak - ketok bunyi orang sedang berjalan di-atas lantai rumah. Alangkah terkej ut-nya Kelana apakala terbuka saja pintu pond ok itu , bukan ma'an usia yang menjengok, tetapi sa-bilah parang chandong ya ng sedarhana besar sedang berdiri terchegak di-hadapan pintu.

    "Turun ka-sini . . . " Nenek kebayan memerintah. Dengan segera itu juga , cha ndong yang ajaib itu itu terlunchat2 turun dari atas tangga langsong ka-bawah, terchahak di-hadapan kaki nenek kebayan, Kelana ta' berbun yi. Mata-nya terbeliak melihat keada'an yang

    59

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJ AlB

    sunggoh mena'ajubkan itu. Belum pernah sa-umor hidup-nya melihat sa-bilah parang chandong berjalan berdiri tegak macham sa-orang pegawai tentera yang mengikut perentah sa-orang ketua.

    "Kau tebang beberapa batang tebu untok orang muda itu." Sambil nenek kebayan menghalakan telunjok-nya kapada Kelana yang maseh terngaga kahairanan.

    "Sa-sudah siap, kau kembali ka-dalam sarong mu. Lekas pergi sekarang juga. Aku na' bertanak untok orang itu." Nenek kebayan terus menghilang ka-dalam pondok.

    Akan hal Si-Chandong pula terus-Iah ia menghampiri batang2 tebu yang tumboh di-dalam kebun itu. Dengan sakali lonchat saja beberapa batang tebu telah tumbang di-tebas-nya. Bukan saja itu, Chandong terus memotong2 dan mengupas2 kulit tebu itu sahingga tinggal sahaja tebu yang sudah sedia untok di-makan. Salepas itu Chandong kembali melunchat2 ka-pondok menaiki tangga, terus menghilang ka-dalam rumah.

    Kelana ta' habis2 memerhati Si-Chandong tadi. Satelah Chan dong ta' nampak lagi, dia maseh termenong melihat kejadian yang sunggoh ta'ajub itu. Oleh kerana dia terlampau haus dan dahaga tebu2 yang telah di-kupas oleh Si-Chandong tadi di-hampiri-nya terus di-makan dengan ta' berlengah lagi.

    60

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG YANG AJAIB

    Malam itu Kelana tidor di-rumah nenek kebayan. Fikiran Kelana maseh berdengong2 mengenangkan kejadian parang chandong yang ajaib itu. Semalam-malaman itu dia ta' dapat tidor.

    Akan hal nenek kebayan pula sudah lenyap dalam dengkor-nya yang bergemuroh saperti halintar di-Iangit.

    Kelana maseh terkelep2 dengan kenangan. Dia memerhati sekeliling rumah itu, tiba2 dia terpandang akan sa-bilah chandong sedang bersangkut di-tepi tiang di-atas kepala tempat tidor nenek kebayan. Tahu-Iah Kelana itu-Iah chandong sakti yang di-lihat-nya siang2 tadi.

    Hati kechil-nya segera meyuroh ia mengambil chandong itu supaya di-bawa lari saja. Malam itu hati dan nafsu Kelana berperang2. Hati-nya ta' menyuroh menchuri chandong itu, tetapi nafsu-nya sabalek-nya. Ada sabentar dia bergelut dengan "Mau", "Tidak". Sakejap lagi "Mau" dan sakejap lagi "Tidak". Akhir-nya perasa'an "Mau" itu-Iah yang menang. Kelana telah mengambil keputusan menchuri parang itu.

    Waktu tengah malam Kelana bangun. Alam sekitar sedang senyap sepi. Nenek kebayan maseh ashek dengan dengkor-nya. Perlahan2 Kelana merayap2 menghampiri Si-Chandong. Apabila sampai kapada tiang tempat Si-Chandong bersangkut, Kelana terus menyambar chandong itu dan di-pegang-nya erat2, terus di-bawa-nya beredar dari situ dengan senyap.

    61

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    Satelah mengambil barang-nya, Kelana membuka pintu perlahan2. Sunggoh chermat ia. Salepas itu ia-pun terjun ka-tanah , dengan ta' melalui anak tangga lagi. Dia menghilang dalam gelap yang pekak tuIi itu. Satelah jauh dari pondok nenek kebayan, hati Kelana agak senang sedikit dan chandong yang berada dalam genggaman-nya itu di-ikat-nya di-pinggang.

    Malam itu berjalan-lah Kelana menempoh duri dan semak, hutan belukar di-tengah2 belantara yang sangat menak utkan itu. Akan hal nenek kebayan pula tidak-lah ia sedar bahawa chandong-nya telah lesap di-churi orang.

    Pada esok-nya Kelana maseh di-tengah2 hutan tebal itu , ta' tau di-mana dia berada. Hanya yang di-ketah ui-nya dia sedang di-temani oleh pokok2 yang menjulang tinggi dan semak2 yang menyelubongi belan-tara. Dal am Kelana menuleh ka-kiri ka-kanan, tiba2 dia terpandang akan kuda-nya yang di-lepaskan-nya dulu. Sangat-Jah gembira hati Kelana berjumpa dengan kuda yang di-rindui-n ya selama ini. Kuda itu di-hampiri-nya dan terus di-tunggang-nya.

    BerjaJan-Jah KeJana sepanjang hutan itu . M erempoh paya dan beJukar, dengan tidak berhenti barang sedet ik pun. Tetapi apakala berjumpa dengan semak yang ta' dapat di-lalui, terpaksa-Iah Si-Cha ndong yang di-suroh oleh KeJana menebas dan membersehkan jalan raya.

    62

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG YANG AJAIB

    Si-Chandong tetap patoh kapada perentah Kelana. Segala pokok yang besar2 semua-nya tumbang di-kerja oleh Cbandong saperti ia menghiris mentimum. Begitu-lah ajaib-nya Si-Chandong bekerja. Sa-tiap perentah Kelana tidak pernah tidak di-penohi-nya. Dalam berjalan memberentas hutan itu Chandong-Iah saja ternan Kelana menempoh segala bahaya.

    Pada suatu malam, Kelana, kuda-nya dan Si-Chandong bermalam dekat tebing sungei. Malam itu sunggoh gelap. Sang bulan sedikit pun ta' mau menjengok wajah-nya. Dalam keada'an yang sunggoh menakutkan itu, tidor-Iah Kelana di-temani oleh Si· Chandong. Sa-belum tidor Kelana telah berpesan kapada Si-Chandong terlebeh dahulu:

    "Kalau ada apa2 babaya kau kejutkan aku ya Ndong .. ?"

    Chandong terhinggut2 saja tanda mengerti.

    Suasana senyap sepi. Hanya yang kedengaran ia-lah bunyi chengkerik dan burong2 hutan bersahut2an. Kelana dah lama tidor. Chandong yang di-sisi-nya juga munkin dah mengantok.

    Tidak lama salepas itu tiba2 munchol satu lembaga hitam menghampiri Kelana. Lembaga itu hitam legam susah na' di-perhatikan dengan jelas. Ada saketika lembaga itu pun melangkah lebeh dekat kapada Kelana. Dengan ta' semena2 lembaga itu pun menerkam Kelana.

    63

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHAN DONG AJ AlB

    Mujor juga Si-Chandong sedar akan sa'at yang genting itu, dan dengan ta' membuang masa Chandong pun terus mel om pat melayang menebas tangan lembaga yang menerkam tuboh Kelana itu. Tangan itu putus terkulai dan Kelana pun terlepas dari pengangan dan ketika itu juga Kelana pun sedar.

    Lembaga itu terlaong2 kesakitan. Dia berputar2 menchari musoh-nya tetapi musoh yang ajaib itu ta' juga nampak. Kelana melompat menyurokkan diri-nya kedalam semak. Dia memerhati Si-Chandong sedang melayang2 - menghentam sang lembaga yang berputar2 itu . Sakali hayun putus lagi tangan lembaga tadi, ini menyebabkan lembaga itu terlaong2. Tangan-nya dua2 sudah terkulai.

    Si-Chandong melayang lagi. Sakali ini mata si-lembaga itu menjadi sasaran-nya. Di-hantam-nya terus dan di-chongkil-nya keluar. Berhamboran-Iah darah memanchit. Lembaga itu makin kuat laong-nya sambil itu dia meronta2, menghempas2 tanda kesakitan. Sakejap lagi, senyap hutan itu. Lembaga tadi ta' meronta2 lagi - tuboh yang besar panjang itu tersembab ka-bumi lalu mati.

    Apabila Kelana menghampiri Iembaga itu, di-lihat-nya sa-ekor beruang.

    Dengan perasa'an gembira Kelana menghampiri Si-Chandong yang terchachak tegak di-tanah. Badan-nya berlumoran darah. Perlahan2 Kelana

    64

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG YANG AJAIB

    mengusap2 darah itu dengan daun kering sambil itu dia berkata:

    "Aku tidak akan melupa peristiwa malam 1111 Chandong. Aku berjanji Ndong, aku berjanji. bahawa kau akan ku pertahankan, walau pun itu menghendaki pengorbanan jiwa raga ku." SaJepas rnenguchap kata2 ini , Kelana pun menguchup Chandong dengan penoh mesera-nya, kemudian di-rnasokkan-nya kern bali ka-dalarn sarong.

    Pada ka-esokan hari-nya Kelana telah sampai di-sabuah kota besar. Pendudok kota itu sunggoh ramai, tetapi keada'an-nya senyap sepi saja. Wajah pendudok2 di-situ sernua-nya muram2.

    Kelana berjalan dengan kuda-nya di-sepanjang jalan raya kota itu. Di-suatu tempat dia telah berjumpa dengan sa-orang tua yang terbongkok2 rnembawa kayu api . Munkin kerana berkas kayu api itu terlalu berat orang tua itu nyaris2 lagi na' jatoh kalau tidak lekas di-sambar Kelana.

    "Mari saya tolong nenek," kata Kelana sambil menaroh kayu api itu ka-belakang kuda-nya.

    "Terima kaseh nak," kata orang tua itu dengan rnemichit2kan bahunya yang penat membawa kayu api tadi. Sambil berialan Kelana bertanya:

    "Kenapa keada'an negeri ini muram saja nampak-nya nek ... ?"

    65

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAlB

    "Negeri ini sedang dalam kesusahan

    "Kesusahan .. . ?" Tanya Kelana kehairanan.

    "Kesusahan apa nek .. ?" Sam bong Kelana lagi.

    "Begini orang muda. Baru2 ini tadi sa-orang anak raja dari negeri Baharul el Qalam telah datang meminang puteri raja negen 1111. Tetapi puteri itu ta' mau. Puas sudah ayahnda puteri itu membujok, tetapi dia tetap bekeras juga. Akhir-nya peminangan itu ta' lah berjaya. Anak raja itu kembali dengan kemarahan yang bersinga2. Satiba-nya dia di-negeri nya sendiri dia telah mengistiharkan perang ka-atas negeri kami , ini untok membal as malu-nya. Ta' lama lagi tentera anak raja Bahrul el Qalam itu akan datang menyerang." Orang tua itu menghabiskan cherita-nya.

    "Oh begitu . Tapi nek , tahu kah nenek sebab2 ya ng sabenar-nya mengapa tuan puteri itu ta' mau kahwin dengan anak raja Bahrul el Qalam itu ?" Kelana bertanya.

    Orang tua itu berhenti sakejap menelan ayer lior. Kemudian dia menjawab:

    "Mengikut cherita orang ya ng mengatahui . . " Nenek itu memulai bichara-nya.

    "Konon-nya tuan puteri itu , pada suatu malam , telah bermimpi berjumpa dengan sa-orang pemuda miskin yang kachak lagi menawan. D alam mimpi ini-lah tuan puteri dan pemuda itu telah bertegohan janji

    66

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG YANG AJAIB

    dan tuan puteri bersumpah yang dia tidak mengizinkan sebarang lelaki, walau sasiapa pun, menjamah tuboh-nya selain dari pemuda jantong hati-nya itu. Nenek fikir ini-lah yang menyebabkan puteri itu ta' mau dengan anak raja Bahrul el Qalam itu."

    "Hmmm ... sa-orang pemuda miskin yang kachak . . ? Kelana berfikir kesa-orangan, sambil tersenyum. Apa yang di-senyumkan-nya ta' pula di-ketahui.

    Mereka terus berjalan. Satiba di-rumah orang tua itu, Kelana berkata:

    "Terima kaseh di-atas penerangan nenek yang baik itu. likalau di-izinkan Tuhan, munkin saya dapat menolong raja yang malang ini dan menyelamatkan negeri ini daripada mangsa raja Bahrul el Qalam yang ganas itu ." Salepas itu Kelana pun menuju astana.

    Di-hadapan raja Kelana sujud menyembah dengan hormat. Tatkala dia mengangkat muka, terpandang-lah ia akan tuan puteri , yang chantek menawan itu. Puteri yang menjadi rebutan sekalian anak2 raja.

    Tuan puteri itu juga terkejut melihat wajah Kelana yang berseri2 itu. Di-renongi-nya saketika muka Kelana dengan ta' berkelep2. Kemudia dengan tiba2 dia menghampiri ayah-nya sambil berbisek :

    "!tu-Iah orang muda yang anaknda jumpa dalam mimpi itu ayahnda."

    67

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJ AlB

    Raja itu menganggok2 saja kemudian dia berpaling kapada Kelana sambi! bertitah:

    "Rai orang muda. Apakah maksud kamu mengadap beta hari ini . . .?"

    "Amp un tuanku beribu2 ampun, kedatangan patek ini ia-Iah hendak menyembah derma bakti patek kapada keraja'an tuanku."

    "Rendak berkhidmat kapada beta . . . ?"

    "Benar tuanku .. . Patek dengar negeri tuanku ini sedang di-dalam bahaya. J adi itu··lah patek datang hendak membantu tuanku."

    "Kamu hendak menolong beta . ?"

    "Begitu-Iah tuanku . ."

    "Orang muda. Berapa banyakkah bala tentera yang ada pada kamu . . ?"

    "Ampun tuanku beribu2 ampun. Patek ta' mempunyai bala tentera sedikit-pun. Tetapi patek ini datang hanya dengan sahabat patek ini." Sambi! itu Kelana menunjok kapada Si-Changdong.

    Melihat telatah Kelana itu, raja dan segal a menteri2 huluba!ang yang hadzir pun tertawa terbahak2 geli hati. Ada-kah sa-orang pemuda yang hanya bersenjatakan sa-bilah parang chandong sanggup bertentangan dengan tentera musoh yang saperti ulat itu.

    68

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • C HA NDONG YANG AJAIB

    "Hai orang muda. Kamu agak-nya dah gila bukan . . . ? Seru raja sambil tersenyum2.

    "Ada-kah kamu yang hanya bersenjatakan sa-bilah parang chandong sanggup bertentang dengan tentera musoh ."

    "Ampun tuanku. Patek yang hina ini tidak sekali2 berolok2. Sebalek-nya patek memang benar2 hendak menolong tuanku."

    Menteri2 dan segala2 yang hadzir terbahak2 kembali. Melihat diri-nya sedang di-beri malu itu, Kelana mulai naik radang. Tiba2 dia memerintah kapada Si-Chandong:

    "Chandong tunjokkan kesaktian mu kapada ma'anusia bakhil ini."

    Dengan serta merta itu juga Si-Chandong pun melompat dari sarong-nya dan terus terchachak di-hadapan baginda sa-olah2 menyembah. Sakejap ia-pun melayang2, berputar di-atas kepala segal a menteri2 dan hulubalang2 itu serta menebas segaJa dastar2 mereka. Habis berpelantingan segala dastar sa-isi astana itu di-kerjakan Si-Chandong. Hanya dastar duli baginda saja yang tidak di-usek nya.

    Menteri dan segaJa hulubalang yang tertawa tadi ta' berbunyi lagi. Semua senyap mach am batu. Masing2 hairan melihat kesaktian Si-Chandong.

    69 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • la pun melayang2 berpular di-alas kepala segala menteri2 dan hulubalang2 serta menebas dastar2 mereka.

    70 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • C HANDONG AJAIB

    Mereka berfikir chandong itu bukan-lah chandong sebarangan, melainkan satu chandong sakti. Salepas menebas segala dastar2 sa-isi astana itu , Chandong pun kern bali ka-dalam sa rong-n ya di-pinggang Kelana.

    Raja ta' dapat berkata apa2. Mata baginda terbeliak melihat kejadian yang belum pernah di-temui-nya samenjak dia hidup di-dunia ini. Satelah keada'an sen yap sepi, raja pun bertitah:

    "Wahai orang muda . Sekarang baharu-lah beta perchaya akan kesaktian kawan kamu itu. Beta dengan resmi-nya hari ini melantek orang muda sebagai panglima perang tenter a beta dan beta berjanji, jikalau orang muda berjaya dalam tugas ora ng muda memusnahkan bal a tentera musoh . orang mud a akan beta kahwinkan dengan anaknda beta ini ."

    "Terima kaseh di-atas kumia duli tuanku . Patek juga berjanji , akan menjalankan tugas patek dengan semporna." Sambil itu Kelana menjeling kapada tuan puteri yang chantek rupawan itu - puteri yang telah menchuri hati-nya sejak dia berhadapan dengan duli baginda di-dalam astana mula2 tadi. Terukir-Iah senyum, dan terikat-Iah rasa hati yang sarna setuju.

    Hari itu tentera anak raja Bahrul el Qalam akan datang menyerang. Kelana dan Chandong sudah siap sedia menanti kedatangan musoh. Raja pun ada juga menyusun tentera perang-nya. Di-sediakan saja, mana tau Kelana dan Chandong perlukan bantuan.

    7 1

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG YAN G .'\.) AI B

    Waktu telah tiba . Nun di-hujong padang berhadapan dengan tentera Kelana, tentera musoh mulai keluar. Tentera itu penoh sesak saperti ulat2 yang keluar dari dalam tong busok.

    Tentera musoh itu bersusun dengan rapl-nya dan di-hadapan sekali pemimpin-nya anak raja negeri Bahrul el Qalam sedang menunggang kuda dengan sombong-nya. Apabila tentera musoh sudah dekat benar di-tepi kota, Kelana pun berseru dengan nyanng:

    "Hai anak raja negeri Bahrul el Qalam. Balek-lah kamu dan ra'ayat kamu ka-negeri kamu, sa-belum kamu di-binasakan habis2san oleh tenter a kami."

    Mendengar teriak Kelana yang sengaja memberi malu itu, anak raja Bahrul el Qalam bertambah malu-nya. Dengan menghunaskan pedang pesaka nya di-tangan, dia berteriak menjawab chabaran Kelana tadi :

    "Hai orang muda. Sunggoh pun aku ta' tau dari mana kamu datang, tetapi pad a pandangan ku, kamu dalam soal peperangan belum-lah masak. Jangan kamu na' menggertak2 kami , kami tidak akan berundor sa-belum malu ku ini ku balas. Maju ra'ayat ku, gempor mereka," anak raja Bahrul el Qalam menyeru kapada bala tentera-nya dan pahlawan2 itu menyerbu hendak merempoh kota negeri yang di-pertahankan oleh Kelana itu.

    72

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHANDONG AJAIB

    Melihat ra'ayat anak raja itu choba hendak mengempor mereka, Kelana pun menyeru kapada Si-Chandong:

    "Chandong. Mereka nampak-nya benar2 hendak melawan. Sekarang aku serahkan kapada kau untok menghapus segala ma'anusia yang tidak mendengar kata itu. Pechut Chandong."

    Dengan serta merta itu juga Chandong pun meJayang2 ka-udara, tinggi saperti sa-ekor burong helang yang sedang mengindang menchari mangsa. Kemudian dia pun menjunam turun dengan laju-nya ka-bawah, menebas dan menikam segal a tentera musoh.

    Ketika itu juga tentera musoh menjadi kucha: kachir, purak puranda ta' berketentuan. Chandong menikam ka-sana sini. Habis ma'anusia mati di· kerjakan-nya. Padang peperangan itu penoh di-banjiri darah. Akhir nya belum sampai sa-tengah jam tentera musoh dah habis bergelimpangan di-tanah , sahingga mayat anak raja Bahrul el Qalam pun ta' dapat dj· kenaI lagi. Ada yang putus leher, putus lengan, pechah kepala, hilang mata dan keluar perut. Semua-nya ini pekerja'an Si-Chandong.

    Satelah raja mendengar kejaya'an Kelana, raja pun sangat suka chita. Kelana pun di-sorak2 oleh ra'ayat dan di-sanjongi tinggi oleh raja. Ta' lama salepas itu Kelana pun di-kahwinkan dengan tuan puteri negeri itu.

    73

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • CHA