panduan mengatasi peras ugut dan buli

Upload: junn-ree

Post on 04-Apr-2018

398 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    1/9

    PANDUAN MENGATASI PERAS UGUT DAN BULI

    PERAS UGUT ialah perbuatan meminta wang secara paksa dan kekerasan. Jika tidak diberi, mangsa

    berkenaan akan dicederakan atau disiksa.

    BULI ialah perbuatan mempermainkan orang yang lemah dengan tujuan menjatuhkan maruah atau

    untuk menunjuk kekuatan atau suka-suka.

    PERAS UGUT dan BULI mendatangkan kesan emosi yang teruk kepada mangsa dan boleh

    menyebabkan kecederaan serta pembunuhan.

    * Murid yang melakukan peras ugut atau buli boleh dibuang sekolah, ditangkap atau dipenjara

    mengikut kejadian kes.

    * Berjumpa dengan guru kaunseling jika anda ada sebarang masalah.

    * Laporkan kepada guru jika melihat kegiatan peras ugut atau buli di sekolah.

  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    2/9

    * Berada dalam kumpulan.

    * Belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan.

    * Jangan berkawan dengan murid yang berisiko tinggi.

    * Jangan terpengaruh dengan ajakan kawan.

    * Guru perlu menyiasat apabila menerima aduan.

    * Guru patut mengambil tindakan yang adil untuk kedua-dua belah pihak dengan memberi nasihat

    dan bimbingan.

    * Rekodkan semua kes yang disiasat.

    * Murid perlu amalkan budaya penyayang, toleransi, menghormati orang lain dan simpati kepada

    yang lemah.

    * Jangan siksa orang lain. Ini merupakan perbuatan yang keji dan zalim.

    # Soalan karangan BM dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 Tingkatan 3... langkah-langkah

    mengatasi gejala buli...

    Semua pihak perlu peka dan bekerjasama untuk mengatasi masalah ini..../ rbj

  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    3/9

    ADAKAH BERKESAN ? MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAPAT DIBENDUNG ???

  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    4/9

    Pemuda PASo Dewan Pemuda PUSATo Dewan Pemuda Wangsa Majuo Dewan Pemuda Wilayaho Global Dashboardo Pemuda PAS Kawasan Petra Jayao UNIT AMAL

    Search

    http://pemuda.pas.org.my/http://pemuda.pas.org.my/http://dppwm.blogspot.com/http://dppwm.blogspot.com/http://dppwp.wordpress.com/http://dppwp.wordpress.com/http://dashboard.wordpress.com/http://dashboard.wordpress.com/http://pemudakawasanpj.blogspot.com/http://pemudakawasanpj.blogspot.com/http://jabamal.wordpress.com/http://jabamal.wordpress.com/http://jabamal.wordpress.com/http://pemudakawasanpj.blogspot.com/http://dashboard.wordpress.com/http://dppwp.wordpress.com/http://dppwm.blogspot.com/http://pemuda.pas.org.my/
  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    5/9

    Edisi Pahang: Mengejutkan, Kumpulan Samseng Sekolah

    Geng Kapak Kini Menjelma Di Pekan !!

    Posted on April 9, 2010 by pemudasarawak

    PEKAN, 8 April [7.10 am] - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah

    Menengah Mahmud Mat dekat sini yang sering menjadi mangsa buli dan perasugut rakan-rakan sekelasnya telah dibelasah dengan kerusi dan ditumbuk apabila

    dia akhirnya membuat laporan kepada pengetua kerana tidak tahan lagi dibuli.

    Mangsa, Norizan Janal Abidi yang berasal dari Kampung Pulau Serai, JalanTanjung Selangor itu mendakwa telah menjadi mangsa empat pelajar lelaki dari

    kelasnya. Kumpulan itu mengelar diri mereka Geng Kapak. Kumpulan samsengsekolah itu telah bertindak menyerang dan memukul mangsa di dalam kelas pada

    lebih kurang pukul 1 petang Selasa lalu, disaksikan oleh seluruh kelas berkenaan

    sebaik sahaja pengetua masuk ke kelas itu dan bertanyakan kumpulan pelajar lelakiberkenaan. Pada masa itu mereka tidak berada di dalam kelas berkenaan. Ketua

    Polis Pekan Superintenden Yahya Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata,

    kes tersebut kini sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaankerana mendatangkan kecederaan ke atas orang lain. Ibu bapa mangsa telahmengadakan pertemuan dengan pengetua sekolah berkenaan semalam. Mangsa

    yang ditemui di kediamannya di sini memberitahu dia telah menjadi mangsa buli

    hampir setiap hari sejak Februari lalu. Biasanya mereka memeras ugut denganmeminta wang sekurang-kurangnya 50 sen atau satu ringgit. Malah merekabertindak dengan membuat pemeriksaan badan ke atas saya bagi mencari wang

    dalam saku saya, katanya.

    http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/S70tJvOiIHI/AAAAAAAALhw/LYf-aQPnt48/s1600/pelajarcedera.pnghttp://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/
  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    6/9

    Untuk mengelak dirinya daripada terus menerus

    menjadi mangsa peras ugut wang, mangsa telah menyembunyikan wang sakunyadi dalam kasut. Mangsa yang baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan awal

    tahun ini menambah, ada kalanya kumpulan buli itu tidak semena-menamenghantuk kepalanya ke dinding dan mengugutnya dengan pisau dan juga

    serpihan kaca. Kumpulan ini tidak takut kepada sesiapa pun dan kumpulan empatbudak lelaki ini bukan sahaja membuli dan mendera saya malah pelajar-pelajar lain

    juga, katanya. Kini kata mangsa, dia takut untuk kembali belajar di sekolah itulagi. Sementara itu ibu mangsa mendedahkan anaknya sering mengadu menjadi

    mangsa buli setiap kali pulang dari sekolah. Saya hanya mampu menasihati dia

    supaya mengadu kepada pentadbiran sekolah tetapi keadaannya sangat terukapabila dia pulang dari sekolah semalam. Dia kelihatan berjalan terhoyong

    hayang, kata ibu mangsa. Ekoran kejadian itu, ibu mangsa telah membuat laporanpolis pada jam 3.30 petang semalam.

    [Sungguh memalukan apabila masih ada lagi golongan pelajar yang bertindaksamseng di sekolah wujud pada era moden hari ini. Tambahan pula ia terjadi di

    kawasan parlimen Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Apakah dasar pendidikannegara kini gagal untuk menangani kegiatan samseng pelajar seperti itu?. Manapergi bekas menteri pelajaran, Hishamuddin dulu. Gara-gara dasar yang beliau

    perkenalkan di zamannya telah menyebabkan masalah displin dikalangan pelajar

    semakin menjadi-jadi malahan bertambah teruk. Kini Muhyiddin perlu bijakmemikul tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang lebih berdisplin, berakhlak

    dan mempunyai akidah yang terbaik pada zamannya. Jika tidak masalah tetap samaakan muncul biarpun berbagai usaha dilaksanakan. Ternyata kerajaan gagal

    lakukan yang terbaik untuk generasi akan datang!].

    http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-

    sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/

    Monday, March 9, 2009

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AKTIKAN SEMULA HUKUMAN ROTAN

    http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://jorasmin.blogspot.com/2009/03/kementerian-pelajaran-malaysia-aktikan.htmlhttp://jorasmin.blogspot.com/2009/03/kementerian-pelajaran-malaysia-aktikan.htmlhttp://www.tutor.com.my/tutor/pix/2004/0422/DuniaPendidikan/Kaunseling/ka_01.1.jpghttp://jorasmin.blogspot.com/2009/03/kementerian-pelajaran-malaysia-aktikan.htmlhttp://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/04/09/edisi-pahang-mengejutkan-kumpulan-samseng-sekolah-geng-kapak-kini-menjelma-di-pekan/
  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    7/9

    SALAM pendidik....Salam Blogger...SALAM Maulidur Rasul

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa hukuman rotan di sekolah akan diaktifkan

    semula sebagai tindak balas rasional bagi penyelesaian jangka pendek permasalahan disiplin pelajar.

    http://4.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbU0yYirauI/AAAAAAAAA90/mRWo_kgKUHs/s1600-h/buli.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbU04TSuvFI/AAAAAAAAA98/UqtjzfGsEl0/s1600-h/buli2.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbaZW5atcFI/AAAAAAAAA-c/B-M8KYjZ4uM/s1600-h/09032009294.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbU0yYirauI/AAAAAAAAA90/mRWo_kgKUHs/s1600-h/buli.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbU04TSuvFI/AAAAAAAAA98/UqtjzfGsEl0/s1600-h/buli2.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbaZW5atcFI/AAAAAAAAA-c/B-M8KYjZ4uM/s1600-h/09032009294.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbU0yYirauI/AAAAAAAAA90/mRWo_kgKUHs/s1600-h/buli.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbU04TSuvFI/AAAAAAAAA98/UqtjzfGsEl0/s1600-h/buli2.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_vdCes13y9OI/SbaZW5atcFI/AAAAAAAAA-c/B-M8KYjZ4uM/s1600-h/09032009294.jpg
  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    8/9

    Bagaimanapun banyak pihak mempertikaikan keputusan ini tetapi DAMD berkata keputusan ini

    wajar kerana peraturan dan undang-undang sekolah bukanlah suatu yang boleh diperkotak katikkan.

    Tindakan ini dipertanggungjawabkan kepada pengetua dan guru besar selepas siasatan kes selesai.

    Peraturan dan undang-undang sekolah bukan suatu yang boleh dicabar walaupun di mahkamah.

    Katanya lagi, kita ada hak untuk menguatkuasakan apa yang perlu berdasarkan pertimbangan.

    Itulah kenyataan yang kita kena terima. Kenyataan yang pelajar zaman kini sudah melampau. Kerap

    kali kita digemparkan dengan kegiatan tidak bermoral ini. Membuli, peras ugut, kongsi gelap, cabul

    dan banyak lagi yang memang jelas melanggar peraturan sekolah. Pelajar-pelajar bukan sahaja

    bertindak semasa merek tetapi juga bertindak biadap dengan guru-guru. Mereka menengking,

    mencabar, mencalarkan kereta guru dan ada yang menendang guru. Ini semua disebabkan oleh

    kekebalan mereka yang kita sendiri tidak sedar. Hal ini dipikul oleh guru-guru yang tidak ada

    kekebalan kerana setiap kali guru mengambil tindakan, ada sahaja pihak yang mempertikaikan

    tindakan guru.

    Ada ibubapa yang datang berjumpa guru dan berkata," kami dah tak tahu nak buat macam mana.

    Cikgu tolong la jaga anak kami". Persoalannya, apa yang boleh guru-guru lakukan melainkan hanya

    memberi nasihat.

    Kes di Perlis, pelajar menendang guru. Hal ini dipertikaikan banyak pihak dengan menyalahkan guru

    bertindak ganas. Adakah mereka berada ditempat guru tersebut? Rasanya mereka juga akan

    melakukan perkara yang sama kerana ingin mempertahankan dirinya. Ibubapa sukar menerima

    kesalahan anak-anak dengan alasan anak tidak pernah buat masalah di rumah.

    Ada kes pelajar lelaki yang dibuang dari sekolah lain, setelah membuat rayuan dibenarkan

    bersekolah semula. Pelajar ini masih melakukan tindakan yang sama, mengulangi apa yang pernah

    dilakukan dahulu. Pelajar ini telah melafazkan ikrar aku janji tidak akan mengulangi perbuatan yang

    sama lagi. Pelajar ini juga terlibat dengan melarikan pelajar perempuan masa sesi persekolahan.

    Ibubapa pelajar perempuan berkenaan terpaksa menjejaki hingga ke awal pagi. Perbuatan yang

    biadap. Umur baru belasan tahun merayap sampai lewat malam. Ada kes pelajar perempuan

    menjadi mengedar rokok dan VDC lucah untuk pelajar-pelajar lelaki. Hebat!

    Banyak lagi realiti kehidupan pelajar yang mungkin ramai tidak tahu. Hanya mereka yang bergelar

    pendidik mengalami masalah berurusan dengan pelajar-pelajar bermasalah ini. Pelajar-pelajar ini

    pandai menyembunyikan sifat keji mereka apabila bersama ibubapa.

    Diperingkat jabatan pelajaran banyak program dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar

    sentiasa berada dalam keadaaan disiplin terbaik. Misalnya program Jati Diri yang mengumpulkan

    pelajar-pelajar bermasalah dan cuba mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah mereka.

    Diharapkan banyak pihak bekerjasama dalam memastikan masalah disiplin pelajar-pelajar dapat

    dikawal dan menghapuskan budaya samseng di sekolah dan dalam masyarakat. Mereka ini adalag

    golongan pemimpin masa hadapan.

    Categories :KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AKTIKAN SEMULA HUKUMAN ROTAN

    http://jorasmin.blogspot.com/2009/03/kementerian-pelajaran-malaysia-aktikan.html

    http://jorasmin.blogspot.com/search/label/KEMENTERIAN%20PELAJARAN%20MALAYSIA%20AKTIKAN%20SEMULA%20HUKUMAN%20ROTANhttp://jorasmin.blogspot.com/search/label/KEMENTERIAN%20PELAJARAN%20MALAYSIA%20AKTIKAN%20SEMULA%20HUKUMAN%20ROTANhttp://jorasmin.blogspot.com/search/label/KEMENTERIAN%20PELAJARAN%20MALAYSIA%20AKTIKAN%20SEMULA%20HUKUMAN%20ROTANhttp://jorasmin.blogspot.com/2009/03/kementerian-pelajaran-malaysia-aktikan.htmlhttp://jorasmin.blogspot.com/2009/03/kementerian-pelajaran-malaysia-aktikan.htmlhttp://jorasmin.blogspot.com/2009/03/kementerian-pelajaran-malaysia-aktikan.htmlhttp://jorasmin.blogspot.com/search/label/KEMENTERIAN%20PELAJARAN%20MALAYSIA%20AKTIKAN%20SEMULA%20HUKUMAN%20ROTAN
  • 7/30/2019 Panduan Mengatasi Peras Ugut Dan Buli

    9/9