gaya pengajaran pj mosston and ashworth

13
[Type text] GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH Pengenalan Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai, akan tetapi secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu . Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara pengajaran adalah berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua, walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang stabil atau cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah berasaskan logik dan saintifik. Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telah dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika 1

Upload: julina-jul

Post on 15-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gaya pengajaran pj

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

Pengenalan

Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai,

akan tetapi secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran

(Galton, 1980) atau format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah

Pendidikan Jasmani, definisinya adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan

melalui strategi-strategi yang tertentu .

Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal

pasti beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn

falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan

hasil penulisan beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan

Jasmani (Kane, 1974) terdapat dua penemuan penting telah dibuat. Pertama,

integrasi dalam cara pengajaran adalah berkait rapat dengan penglibatan

pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua, walaupun diketahui

umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam

menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang

stabil atau cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah

pengajaran mestilah berasaskan logik dan saintifik.

Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah

laku telah dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau

berkenaan interaksi antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak

hasil penulisan pertama beliau dan telah memberi satu kerangka kerja

dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani di seluruh dunia. Penulisan

beliau begitu berpengaruh sehingga di katakan sebagai “teori yang paling

terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani dalam

sejarah” (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya? Jawapannya terdapat

1

Page 2: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai “Spektra

Gaya Pengajaran” (Spectrum of Teaching Styles).

Gaya Pengajaran

“Spektra” mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan

guru dan pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada

pemilihan penting dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada

tiga kategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu

sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran.

Sebelum pengajaran

keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan

pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian.

Semasa pengajaran

keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.

Selepas pengajaran

penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar

masing-masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam

pengajaran dan pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah

hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah

pengajaran boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu :

1. Berpusatkan Guru

2. Berpusatkan Pelajar

Gaya Pengajaran

2

Page 3: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar

Arahan Pembelajaran kendiri

Latihan Daya usaha

Timbal balik Perlaksanaan individu

Semak kendiri Penghasilan mencapah

Inklusif Penemuan terbimbing

Gaya A: Arahan

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia

dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru mengawal keseluruhan

kelas

Guru membuat semua

keputusan dalam P&P

Guru memberi arahan satu

persatu

Guru melakukan

demonstrasi

Guru memberi komen /

ulasan tentang prestasi

pelajar

Pelajar perlu beri perhatian

kepada arahan guru

Pelajar melakukan perlakuan

guru

Sesuai untuk aktiviti

aras tinggi dan

mengutamakan

keselamatan

Sesuai untuk masa

P&P yang terhad

Sesuai untuk

pembelajaran

peringkat awal

Tanggungjawab

berpusat kepada guru

Masa latihan pelajar

adalah terhad.

Fizikal- Kemahiran

Motor

Terjun Papan

Anjal:

Melakukan aksi

pusingan

hadapan

menggunakan

papan anjal.

3

Page 4: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

Gaya B: Latihan

Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya

pengajaran arahan dimana semua keputusan adalah di bawah

tanggungjawab guru. Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar

berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru memberi penerangan

aktiviti atau melakukan

demonstrasi

Guru menetukan setiap apa

yang ingin diajar

Guru melakukan

pemerhatian terhadap

pelajar semasa P&P dan

memberi maklumbalas,

tunjuk ajar dan soal jawab.

Pelajar melakukan latihan

yang telah ditetapkan oleh

guru.

Sesuai untuk masa

P&P yang terhad

Sesuai untuk

pembelajaran

peringkat awal

Pelajar mempunyai

lebih masa untuk

latihan.

Fizikal-

Pembentukan

Kemahiran Motor:

Hoki:

Melakukan

kemahiran

menggelecek

menggunakan

skitel.

Gaya C: Timbal balik

Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam

perubahan terhadap kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam

kaedah ini adalah, setiap pelajar melakukan latihan secara berpasangan.

4

Page 5: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru menentukan apa yang

akan dipelajari

Guru memberi penerangan

sebelum memulakan aktiviti

Guru melakukan

demonstrasi lanjut untuk

menguji perlakuan pelajar

Guru memerhati dan fokus

kepada pelajar melalui

pemerhatian

Aktiviti dilakukan secara

berpasangan oleh pelajar

Seorang pelajar menjadi

pemerhati dan seorang lagi

akan melakukan aktiviti.

Pelajar dinilai berdasarkan

kriteria perlakuan yang telah

disediakan

Guru

bertanggungjawab

pada awal P&P

Aktiviti dilakukan

secara berpasangan

Pelajar menilai sendiri

perlakuan yang telah

dipelajari

Guru menyediakan

senarai semak dan

lampiran gambar

kepada pelajar

Fokus kepada

perhubungan sosial di

samping mempelajari

aktiviti.

Sosial- Kerjasama

Kognitif –

Pemerhatian,

menganalisis

Bola sepak:

Melakukan

kemahiran

menanduk bola

ke arah gol

secara

berpasangan.

Gaya D: Semak kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru menentukan apa yang

akan dipelajari

Guru menentukan kriteria

pembelajaran

Guru memberi penerangan

sebelum memulakan P&P

Pelajar bertanggungjawab

dalam menilai perlakuan diri

Sesuai bagi perlakuan

yang mudah

dikenalpasti

Pelajar bertanggung-

jawab di atas

pembelajaran

Menghadkan

perhubungan sosial di

antara guru dengan

Sosial- Menilai

kemampuan

kendiri.

Bola Baling:

Melakukan

kemahiran

menjaring

berdasarkan

5

Page 6: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

pelajar kad bergambar.

Gaya E: Inklusif

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru menentukan apa yang

akan dipelajari

Guru menentukan kriteria

pembelajaran

Guru memberi peluang

kepada pelajar untuk

memilih tahap pembelajaran

mengikut kemampuan diri

Pelajar memilih sendiri

tahap prestasi sebelum

melakukan aktiviti

Pelajar membuat keputusan

untuk melakukan aktiviti

pada tahap tinggi.

Memberi peluang

kepada pelajar untuk

merasai kejayaan

Semua pelajar

berupaya melakukan

aktiviti walaupun

berbeza kebolehan

diri

Pelajar boleh

membuat keputusan

sendiri.

Sosial-

Memaksimumka

n kemahiran

kendiri

Lompat tinggi:

Melakukan

aksi lompatan

pada jarak

ketinggian

yang

berbeza-beza.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru sebagai pemerhati

kepada pelajar

Pelajar menetapkan apa

yang akan dipelajari

Pelajar menetapkan

pendekatan sendiri

Semua perkara

berkaitan dengan

pembelajaran

ditetapkan sendiri

oleh pelajar

Pelajar boleh

membuat keputusan

sendiri.

Kognitif-

Pemahaman

Hoki:

Melakukan

kemahiran

menolak

dalam

6

Page 7: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

Tiada bantuan guru pelbagai

posisi badan.

Gaya G: Penghasilan Mencapah

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru menetapkan tugasan

yang mempunyai pelbagai

jawapan

Guru mendorong pelajar

untuk menilai setiap

jawapan dan membuat

perbandingan

Pelajar cuba mencari

perbandingan jawapan

Pelajar menilai jawapan

untuk menetapkan

keberkesanannya.

Tugasan disediakan

oleh guru

Tugasan mempunyai

banyak cara

penyelesaian

Sesuai untuk aktiviti

pembangunan

pasukan

Menggalakkan

pelajar berfikir

secara kreatif

Memupuk sikap

kerjasama di antara

pelajar

Kognitif-

Kemahiran berfikir

Sosial-

Keyakinan

Gimnastik:

Melakukan

aksi guling

dari titik A ke

titik B tanpa

menggunaka

n kaki.

Gaya H: Pembelajaran Individu

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang

panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik.

Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut

kebolehan individu.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru hanya membantu

pelajar sebagai penasihat

Guru memantau proses

Tugasan dan masalah

ditetapkan oleh

pelajar

Kognitif-

Merancang

7

Page 8: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

pembelajaran

Pelajar merancang program

atau aktiviti pembelajaran

Pelajar menetapkan tugasan

serta penyelesaian

Gimrama:

Merancang

satu rutin

tarian dalam

persembahan

menggunaka

n belantan.

Gaya I: Penemuan terbimbing

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak

peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi

perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya

pengajaran ini ialah membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar

dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan

pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru menetapkan tugasan

dan mempunyai pelbagai

soalan yang hanya menjurus

pada satu jawapan sahaja

Guru memberi ruang masa

kepada pelajar untuk berfikir

dan bertindak

Guru mengubah soalan jika

pelajar gagal mencari

jawapan

Pelajar melakukan tugasan

berdasarkan soalan yang

Guru merancang P&P

dan guru

menyediakan

tugasan.

Kognitif-

pelbagai konsep

Kajian:

Membuat

perbincangan

dengan guru

tentang

kajian yang

dijalankan.

8

Page 9: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

diberkan guru.

Pelajar memberi jawapan.

Gaya J: Daya usaha

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH

Guru memantau proses

pembelajaran

Pelajar merancang program

atau aktiviti pembelajaran

Pelajar berusaha sendiri

untuk menetapkan tugasan

Pelajar memilih gaya

pembelajaran kendiri

Tugasan ditetapkan

sendiri oleh pelajar

Gaya pembelajaran

ditetapkan oleh

individu

Kognitif- Aplikasi

Sosial-

Bertanggungjawab

Mengajar:

Mengaplikasika

n kemahiran

mengajar PJ di

sekolah.

Kesimpulan

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru

bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan

kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka

kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optima dan

mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi.

Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan

berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan jasmani.

9

Page 10: Gaya Pengajaran PJ Mosston and Ashworth

[Type text]

Rujukan

Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.

Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.).

Columbus, OH: Merrill Publishing Company.

Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/

teachingstylesmosstonpe. aspx

Sports-media :

http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm

Snowbird :

http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf

10