gaya pengajaran pensyarah fakulti …...terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran...

34
GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YANG MENGAJAR PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE) TING SU KHIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 09-Jan-2020

42 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA YANG MENGAJAR PROGRAM

PENGAJIAN SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL

DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE)

TING SU KHIONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan
Page 3: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan
Page 4: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

i

GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA YANG MENGAJAR PROGRAM PENGAJIAN

SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN

PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE).

TING SU KHIONG

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan
Page 6: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

iii

Teristimewa buat insan yang amat kusayangi

Ayahanda Ting Chai Pang

Bonda Hii Siew Hie

Dan

Adinda Ting Tiew Lung

Ting Tiew Wei

Terima kasih atas segala pengorbanan yang diberikan

Kejayaan ini milik kita bersama….

Moga hidup kita dirahmati Tuhan

Di dunia dan di akhirat jua…

Page 7: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kekuatan dan kesabaran untuk

menyiapkan projek ini di bawah jagaan-Nya. Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek, Encik Amirmudin bin Udin yang banyak meluangkan masa atas bimbingan,

nasihat dan dorongan yang diberi sepanjang penyelidikan kajian ini. Seliaan yang

sangat berharga dan manfaat ini telah banyak membantu saya dalam memahami

pelaksanaan kajian ini. Seterusnya, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Prof.

Madya Dr. Widad binti Othman yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar

kepada saya.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

pensyarah-pensyarah yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soal borang soal

selidik ini. Penglibatan ini amat saya hargai. Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kedua-dua ibu

bapa yang tercinta dan adik-adik yang tersayang. Atas galakkan, nasihat dan

dorongan kalian, saya telah menyiapkan kajian sarjana muda ini dengan jayanya.

Page 8: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

v

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada orang

perseorangan, Lee Ming Foong serta semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Jasa dan budi

kalian akan dikenang.

Terima kasih.

Page 9: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

vi

ABSTRAK

Gaya pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kajian berbentuk deskriptif dan kuantitatif ini bertujuan untuk

mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) yang mengajar program pengajian separuh masa Sekolah

Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE). Instrumen kajian

yang digunakan adalah Inventori Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann. Seramai 56

orang pensyarah yang terlibat dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan intrumen

kajian adalah α=0.7547. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan

perisisan SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for

Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran pensyarah yang

mengajar program pengajian separuh masa lebih cenderung kepada sifat fasilitator,

pakar dan delegator. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi

berdasarkan pengalaman mengajar dan kelulusan akademik tertinggi. Akan tetapi,

perbezaan hanya wujud dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar amali dari

segi delegator berdasarkan pengalaman mengajar dan tidak terdapat perbezaan

signifikan dalam gaya pengajaran berdasarkan kelulusan akademik tertinggi. Hasil

kajian juga menunjukkan hubungan di antara gaya pengajaran dengan jenis mata

pelajaran yang diajar adalah lemah dan rendah di kalangan pensyarah yang mengajar

program pengajian separuh masa.

Page 10: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

vii

ABSTRACT

Teaching styles play an important role in teaching and learning processes.

The purpose of this descriptive and quantitative research is to identify the teaching

styles among the lecturers in Faculty of Education who teach part time education

program of School Of Professional And Continuing Education (SPACE).

Instrument used in this research is Grasha-Riechmann Teaching Styles Inventory.

There were 56 lecturers from Faculty of Education involved in this research. The

reliability value of this research is α=0.7547. The findings of the study are

processed by SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for

Windows. The results showed that the teaching styles of the lecturers who teach

part time education programme are more on facilitator, expert and delegator style.

A significant difference exists in formal authority and personal model among the

lecturers who teach theories based on teaching experience and academic discipline.

However, the differences of teaching styles only occured among the lecturers who

teach practical subject in delegator style based on teaching experience. There were

no significant differences among the lecturers who teach practical subject based on

academic discipline in their teaching style. The result also indicated that there was

a weak and low correlation between the teaching style and the subject teach by

lecturers who involved in part time education programme.

Page 11: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xvii

SENARAI RAJAH xx

SENARAI SINGAKATAN xxi

SENARAI LAMPIRAN xxii

BAHAGIAN SATU BAB I PENDAHULUAN 1-15

1.1 Pengenalan 1-3

Page 12: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

ix

1.2 Latar Belakang Masalah 4-7

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8-9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Pensyarah

1.6.2 Pelajar

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Terminologi 11-15

1.9.1 Gaya Pengajaran

1.9.2 Pakar

1.9.3 Autoriti Formal

1.9.4 Model Peribadi

1.9.5 Fasilitator

1.9.6 Delegator

1.9.7 Pensyarah

1.9.8 Pengajian Separuh Masa

1.9.9 SPACE

1.9.10 Jenis Mata Pelajaran

1.9.11 Teori

1.9.12 Amali

1.9.13 Pendidikan Tradisional

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN 16-39

Page 13: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

x

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sejarah dan Latar Belakang SPACE, UTM 16-17

2.3 Program Pengajian Separuh Masa 17-18

2.4 Latar Belakang Pelajar SPACE 18

2.5 Model Integrasi untuk Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 18-19

2.6 Pembelajaran Dewasa 19-22

2.7 Gaya Pengajaran 22-25

2.8 Pengajaran Teori dan Amali 25-28

2.9 Model Kajian-Inventori Gaya Pengajaran 28

Grasha-Riechmann

2.9.1 Pakar / Autoriti Formal 28

2.9.2 Model Peribadi/Pakar/Autoriti Formal 28-29

2.9.3 Fasilitator/Model Peribadi/Pakar 29

2.9.4 Delegator/Fasilitator/Pakar 29-31

2.10 Sifat-sifat Gaya Pengajaran dalam Inventori 31

Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann

2.10.1 Pakar 32

2.10.2 Autoriti Formal 32-33

2.10.3 Model Peribadi 33

2.10.4 Fasilitator 33-34

2.10.5 Delegator 34-35

2.11 Faktor Pemilihan Gaya Pengajaran 35

2.11.1 Kepekaan Pensyarah terhadap 35

Gaya Pembelajaran Pelajar

2.11.2 Kebolehan Pelajar untuk 35-36

Menguasai Keperluan Kursus

2.11.3 Keperluan Pensyarah Mengawal 36

Kelas Secara Langsung

2.11.4 Keinginan Pensyarah untuk 36

Page 14: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xi

Membina/Mengelakkan Hubungan

2.12 Hubungakait Gaya Pengajaran dan Gaya Pembelajaran 37-38

2.10 Kajian Lepas 38-39

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI 40-52

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40-42

3.3 Populasi Kajian 42

3.4 Sampel Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 43-44

3.5.1 Bahagian A : Maklumat Demografi 44

3.5.2 Bahagian B : Item-item Kajian 44-45

3.6 Kajian Rintis 45-47

3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian 47

3.8 Analisis Data 48-52

BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA 53-76

4.1 Pengenalan 53

4.2 Analisis Maklumat Demografi 53-54

Page 15: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xii

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 54-55

Mengajar

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 55

Akademik Tertinggi

4.2.4 Jenis Mata Pelajaran 56

4.3 Analisis Persoalan Kajian

4.3.1 Persoalan Kajian 1

Apakah gaya pengajaran pensyarah Fakulti

Pendidikan yang mengajar program pengajian

separuh masa SPACE? 56-58

4.3.2 Persoalan Kajian 2

Apakah gaya pengajaran pensayarah Fakulti

Pendidikan yang mengajar program pengajian

separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata

pelajaran? 58

4.3.2.1 Analisis gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar

program pengajian separuh masa

SPACE dalam teori dari segi sifat

pakar, autoriti formal, model

peribadi, fasilitator dan delegator 58-60

4.3.2.2 Analisis gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar

program pengajian separuh masa

SPACE dalam amali dari segi sifat

pakar, autoriti formal, model

peribadi, fasilitator dan delegator 60-61

4.3.3 Persoalan Kajian 3

Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran

Page 16: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xiii

pensyarah Fakulti Pendidikan yang mengajar

program pengajian separuh masa SPACE

berdasarkan jenis mata pelajaran

dari segi pengalaman mengajar? 61

4.3.3.1 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam teori dari segi sifat pakar,

autoriti formal, model peribadi,

fasilitator dan delegator berdasarkan

pengalaman mengajar. 62-64

4.3.3.2 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam teori berdasarkan

pengalaman mengajar. 64-65

4.3.3.3 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam amali dari segi sifat pakar,

autoriti formal, model peribadi,

fasilitator dan delegator berdasarkan

pengalaman mengajar. 66-68

4.3.3.4 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam amali berdasarkan

pengalaman mengajar. 68

4.3.4 Persoalan Kajian 4

Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran

Page 17: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xiv

pensyarah Fakulti Pendidikan yang mengajar

program pengajian separuh masa SPACE

berdasarkan jenis mata pelajaran

dari segi kelulusan akademik tertinggi? 69

4.3.4.1 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam teori dari segi sifat pakar,

autoriti formal, model peribadi,

fasilitator dan delegator berdasarkan

kelulusan akademik tertinggi. 69-71

4.3.4.2 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam teori berdasarkan

kelulusan akademik tertinggi. 71-72

4.3.4.3 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam amali dari segi sifat pakar,

autoriti formal, model peribadi,

fasilitator dan delegator berdasarkan

kelulusan akademik tertinggi. 72-74

4.3.4.4 Perbezaan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dalam amali berdasarkan

kelulusan akademik tertinggi. 74-75

4.3.5 Persoalan Kajian 5

Adakah terdapat perbezaan di antara

Page 18: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xv

gaya pengajaran pensyarah fakulti

pendidikan yang mengajar program

pengajian separuh masa SPACE

dengan jenis mata pelajaran yang diajar? 75-76

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 77-95

5.1 Pengenalan 77

5.2 Rumusan

5.2.1 Maklumat Demografi 78

5.2.2 Persoalan Kajian 1 78-79

5.2.3 Persoalan Kajian 2 79

5.2.4 Persoalan Kajian 3 79-80

5.2.5 Persoalan Kajian 4 80

5.2.6 Persoalan Kajian 5 81

5.3 Perbincangan 81

5.3.1 Maklumat Demografi 82-83

5.3.2 Persoalan Kajian 1 83-85

5.2.3 Persoalan Kajian 2 85-89

5.2.4 Persoalan Kajian 3 89-90

5.2.5 Persoalan Kajian 4 90-91

5.2.6 Persoalan Kajian 5 92

5.4 Cadangan 92

5.4.1 Pensyarah 92-93

5.4.2 Pelajar 94

Page 19: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xvi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94-95

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN 96

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN 103

Page 20: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xvii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Perbezaan Pencapaian Prestasi Antara Pelajar SPH 7

Sepenuh Masa dengan Pelajar SPH SPACE

2.1 Ciri-ciri Pengajaran dan Pengajar yang Berkesan 25

2.2 Cara Pengajaran dan Hubungannya dengan Setiap

Kelas Gaya Pengajaran dan Pembelajaran 30-31

2.3 Hasil Kajian Gaya Pengajaran Pensyarah dari

Fakulti Pendidikan yang Terlibat dalam Kajian Grasha

dengan nilai min secara menurun 39

3.1 Jadual Pembolehubah Kajian 41

3.2 Populasi Pensyarah Fakulti Pendidikan yang Mengajar

Program Pengajian Separuh Masa SPACE Mengikut

Jabatan Pada Sesi 2005/2006 42

3.3 Pengelasan Item 45

3.4 Skala Likert 48

3.5 Pengelasan berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran

Grasha-Riechmann 50

3.6 Jadual nilai pekali kolerasi bagi kekuatan hubungan

antara pembolehubah 50

3.7 Kaedah Statistik yang Digunakan bagi Setiap Persoalan Kajian 52

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54

Page 21: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xviii

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 55

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 55

4.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Mata Pelajaran yang Diajar 56

4.5 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program

Pengajian Separuh Masa 57

4.6 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program

Pengajian Separuh Masa dalam Teori 59

4.7 Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program

Pengajian Separuh Masa dalam Amali 61

4.8 Analisis ujian Anova bagi gaya pengajaran pensyarah

yang mengajar program Pengajian Separuh Masa dalam

teori dari segi pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator

dan delegator berdasarkan pengalaman mengajar 62

4.9 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar

Program Pengajian Separuh Masa Dalam Teori Berdasarkan

Pengalaman Mengajar 65

4.10 Analisis Ujian Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah

yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam

Amali dari Segi Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi,

Fasilitator dan Delegator Berdasarkan Pengalaman Mengajar 66

4.11 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar

Program Pengajian Separuh Masa Dalam Amali

Berdasarkan Pengalaman Mengajar 68

4.12 Analisis Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar

Program Pengajian Separuh Masa Dalam Teori dari Segi Sifat Pakar,

Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator

berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi 70

4.13 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program

Pengajian Separuh Masa Dalam Teori Berdasarkan Kelulusan

Akademik Tertinggi 72

Page 22: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xix

4.14 Analisis Ujian Anova bagi Gaya Pengajaran Pensyarah

yang Mengajar Program Pengajian Separuh Masa Dalam

Amali dari Segi Pakar, Autoriti Formal, Model Peribadi,

Fasilitator dan Delegator berdasarkan Kelulusan

Akademik Tertinggi 74

4.15 Perbezaan Gaya Pengajaran Pensyarah yang Mengajar Program

Pengajian Separuh Masa Dalam Amali Berdasarkan

Kelulusan Akademik Tertinggi 75

4.16 Kolerasi di antara Kelima-lima Gaya Pengajaran di Kalangan

Pensyarah yangMengajar Program Pengajian Separuh Masa

dengan Jenis Mata Pelajaran yang Diajar 76

Page 23: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xx

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 5.1 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang

Mengajar Program Pengajian Separuh Masa

Mengikut Urutan 85

5.2 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang

Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Teori

Mengikut Urutan 87

5.3 Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti Pendidikan yang

Mengajar Program Pengajian Separuh Masa dalam Amali

Mengikut Urutan 89

Page 24: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xxi

SENARAI SINGKATAN PJJ Pendidikan Jarak Jauh

SPACE Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan

UTM Universiti Teknologi Malaysia P&P Pengajaran dan Pembelajaran

Page 25: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

xxii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 103-108

B Surat Pengesahan Pelajar oleh Fakulti Pendidikan 109

C Surat Pengehasan Terjemahan Borang Soal Selidik 110

Page 26: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 yang bertujuan untuk

menjadikan Malaysia negara industri menjelang tahun 2020. Untuk mencapai

matlamat ini, negara kita memerlukan sumber manusia yang berkualiti dari segi

pendidikan dan latihan (Prospektus Program Pengajian Separuh Masa-SPACE,

2005). Pada bulan Julai 1993, Majlis Universiti Teknologi Malaysia (kini dikenali

sebagai Lembaga Pengarah) telah menubuhkan Sekolah Pendidikan Profesional dan

Pendidikan Berterusan (SPACE). Selain kampus utama di Skudai, operasi SPACE

telah diperluaskan ke kampus UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur (kini dikenali

sebagai UTM “City Campus”). Pada hari ini, program-program Separuh Masa ini

telah dijalankan di lima belas pusat pembelajaran di seluruh negara. Enrolmen

pelajar telah melebihi 5000 orang menjelang tahun 2005.

SPACE yakin bahawa setiap individu yang mempunyai keinginan serta

berusaha untuk memajukan diri boleh dididik tanpa mengira umur serta sejarah

Page 27: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

2

pencapaian akademiknya yang lepas. Maka, permohonan kemasukan SPACE

adalah terbuka kepada mereka yang ingin merealisasikan hasrat mereka untuk

menyambung pengajian di UTM secara separuh masa.

Dalam program pengajian separuh masa SPACE, sistem akademik memberi

fokus terhadap aspek ‘hands-on’ dan ‘applied’ untuk memastikan pengetahuan dan

kemahiran yang diperolehi dapat terus digunakan terutamanya di bidang

perindustrian negara. Selain mata pelajaran teras, mata pelajaran-mata pelajaran

wajib Universiti dapat membentuk ciri-ciri peribadi dan ketrampilan diri (Mohd

Zulkifli, 2005). Dalam pendidikan yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang berorientasikan luar kampus, waktu pembelajaran program pengajian

separuh masa SPACE secara formal hanya dijalankan pada hujung minggu sahaja.

Menurut Zalina dan Nur Zakiah (2000), proses P&P sebegini adalah lebih mencabar

memandangkan tempoh umpukan pengajaran pensyarah yang minimum. Oleh

yang demikian, cara pembelajaran pelajar dewasa dalam program SPACE dengan

pelajar yang menerima pendidikan tradisional di universiti tempatan adalah berbeza.

Maka gaya pengajaran yang sesuai harus diamalkan untuk mewujudkan aktiviti

pembelajaran. Menurut Peterson (1992), pengajaran yang berkesan adalah

pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.

Sebagai seorang pengajar secara sedar atau tidak memang mempunyai gaya

pengajaran yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain. Olivia (1988)

menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi yang menunjukkan

dengan jelas seseorang individu sebagai seorang tenaga pengajar yang unik.

Grasha (1996) pula menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan strategi

yang digunakan oleh sesuatu institusi.

Page 28: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

3

Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh

tenaga pengajar untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan

pegangannya mengenai pengajaran. Dengan mengetahui pendekatan pengajaran,

tenaga pengajar mempunyai peluang memilih pendekatan yang sesuai dengan pelajar

mereka. Menurut Ee (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai akan

membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan

menyeronokkan. Tuckman (1992) melalui penyelidikan yang memadankan gaya pembelajaran

dengan gaya pengajaran telah menunjukkan bahawa terdapat kolerasi yang

signifikan antara cara belajar pelajar dengan kaedah penyampaian pengajaran guru.

Serasin (1998) juga menyatakan bahawa pendidik seharusnya boleh mengubah

strategi pengajaran mereka berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Pada masa kini, terdapat banyak model gaya pengajaran yang boleh dijadikan

panduan kepada para pensyarah untuk merancang proses P&P mereka. Biasanya

pensyarah akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya (Esah, 2003). Namun

begitu adalah penting juga dipertimbangkan kesesuaian dengan pelajarnya. Gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara meluas dalam pendidikan

dewasa adalah Model Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran Canfield dan

Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha Riechmann (Tieu, 2003). Oleh yang

demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar haruslah dipilih supaya

kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah efisien.

Page 29: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan adalah pelaburan untuk masa hadapan dan merupakan pendorong

kemaraan sejagat ke arah membaiki hidup manusia. Oleh itu, pendidikan dilihat

sebagai faktor penyumbang utama kepada pembangunan negara (Berita UM, 2003).

Untuk menangani cabaran abad ke-21 dan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara

maju, maka pembangunan pendidikan yang bertaraf dunia dari aspek sistem,

program dan prasarana adalah menjadi prasyarat utama (Warnoh et al., 2000). Dalam merealisasikan tujuan tersebut, UTM telah mengambil inisiatif

dengan menubuhkan SPACE pada bulan Julai 1993 iaitu bersandarkan falsafah

bahawa pendidikan ialah proses sepanjang hayat dan objektif memperluaskan

peluang pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat. Semasa program

pengajian separuh masa SPACE dijalankan, pelajar-pelajar dari pelbagai kawasan

akan menghadiri kuliah di pusat pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak

universiti. Pertemuan formal antara pensyarah dengan pelajar hanya berlaku

apabila sesi kelas dijalankan. Proses P&P sebegini adalah lebih mencabar

memandangkan tempoh umpukan pengajaran pensyarah yang minimum (Zalina dan

Nur Zakiah, 2000). Dalam kajian Fadzilah et al. (2000), masalah interaksi wujud

di antara pelajar dengan pengajar kerana pelajar hanya berinteraksi dengan

pensyarah sewaktu menghadiri kelas.

Proses P&P SPACE dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu

ianya bermula 2 petang hingga 6.30 petang dan hari Ahad bermula 8.30 pagi hingga

6.30 petang. Oleh kerana penyusunan jadual yang padat, pelajar sukar untuk

menumpukan perhatian dalam pelajaran pada jangka masa yang panjang. Oleh

yang demikian, pensyarah memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan

suasana P&P yang menarik supaya isi pengajaran boleh disampaikan dengan

berkesan kepada pelajar.

Page 30: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

5

Pelajar dewasa lazimnya melalui proses P&P yang berbeza dari segi

psikologi kognitif, afektif dan psikomotor berbanding dengan pelajar yang menerima

pendidikan tradisional. Mereka mempunyai pengalaman, kemahiran teknikal dan

pengalaman sosial yang berlainan (Buletin P&P, 2005). Justeru itu, tenaga pengajar

perlu mengamalkan gaya pengajaran yang sesuai supaya proses P&P yang dijalankan

adalah berkesan. Mekanisme proses P&P yang dapat memberikan cabaran yang

betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap

pencapaian akademik mereka akan membuatkan proses P&P tersebut lebih menarik,

produktif dan cekap (Mohd. Azman, 1991). Kajian yang dijalankan oleh Noraziah et al. (2000) menunjukkan kebanyakan

responden menganggap pertemuan pelajar dengan pensyarah melalui kelas syarahan

penting. Mereka menyatakan lebih faham dengan kandungan kursus selepas

mengikuti kuliah. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil mereka yang

mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan sistem pembelajaran sebegini seperti

masa yang begitu panjang untuk sesuatu kursus, kelas yang membosankan,

pensyarah yang tidak bersedia dan bukan pakar dalam bidang yang diajar dan

sebagainya. Berdasarkan daripada rekod yang dikeluarkan oleh pihak SPACE mendapati

bahawa terdapat peningkatan bagi pelajar yang menarik diri bermula sesi 1999/2000

sebanyak 8% diikuti dengan sesi 2000/2001 sebanyak 16% dan sesi 2001/2002 bagi

semester I sebanyak 4.3% (Irniwati, 2002). Kajian yang dijalankan oleh Latifah

et.al (2000) menunjukkan tiga faktor utama pelajar menarik diri merangkumi

masalah pengajaran. Melalui kertas kerja yang dihasilkan oleh Melor et al. (2000)

mengenai masalah utama mengapa pelajar PJJ gagal sehingga diberhentikan adalah

disebabkan oleh pertemuan dengan pensyarah tidak mencukupi, modul sukar

difahami dan penyampaian kuliah tidak memuaskan.

Page 31: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

6

Beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai isu mengenai keputusan pelajar

yang mengikuti program luar kampus adalah lemah telah ditimbulkan. Dalam

kajian Tieu (2003), didapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam

pencapaian CPA pelajar sepenuh masa dan pelajar SPACE pada sesi 2001/2002

semester I dan semester II. Pelajar sepenuh masa yang terlibat dalam kajian

tersebut adalah terdiri daipada pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kemahiran Hidup (SPH) di Fakulti Pendidikan, UTM. Manakala pelajar SPACE

pula terdiri daripada pelajar SPH di pusat pembelajaran SPACE di Kuching, Johor

Bahru dan Kuala Lumpur. Dengan merujuk kepada jadual 1.1, didapati bahawa

pencapaian pelajar SPH sepenuh masa adalah lebih baik daripada pelajar SPH

SPACE pada kedua-dua semester tersebut.

Menurut Diaz dan Cartnal (1999), kebanyakan pendidik memindahkan

kaedah pengajaran yang sama di mana ia telah berjaya dalam program sepenuh masa

kepada program luar kampus. Mereka beranggapan bahawa pelajar mempunyai

sifat yang sama bagi kedua-dua program tersebut. Kaedah yang berjaya dalam

program sepenuh masa dianggap juga akan berjaya dalam program luar kampus.

Sebenarnya, terdapat perbezaan pembelajaran antara pelajar dewasa dan sepenuh

masa. Oleh itu, pendidik harus berusaha untuk mengenalpasti gaya pembelajaran

yang diamalkan oleh pelajar dan menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai

dengan pelajarnya. Gaya pengajaran merujuk kepada cara seseorang mengamati dan memproses

sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada seseorang yang lain (Felder, 1996).

Untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan dalam suatu proses P&P,

keserasian antara gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran adalah amat diperlukan

(Felder, 1993). Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar akan mempunyai

pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap

yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran guru disesuaikan

Page 32: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

7

dengan gaya pembelajaran mereka (Dunn & Dunn, 1978). Kesimpulannya, gaya pengajaran memainkan peranan yang penting dalam

proses P&P untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, kajian ini

adalah bertujuan untuk mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan

UTM yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE. Jadual 1.1 : Perbezaan pencapaian prestasi antara pelajar SPH sepenuh masa

dengan pelajar SPH SPACE (Tieu, 2003).

Sesi 2001/2002 Sesi 2001/2002

CPA Semester I CPA Semester II

Status

Pelajar SPH

Sepenuh Masa

Pelajar

SPH

SPACE

Pelajar SPH

Sepenuh Masa

Pelajar

SPH

SPACE

CPA ≥ 3.70 0

0.0%

0

0.0%

0

0.0%

1

2.2%

3.00≤CPA <3.70 117

40.5%

3**

12.5%

106

39.7%

5**

11.1%

2.30≤CPA<3.00 170

58.8%

10

41.7%

157

58.8%

26

57.8%

2.00≤CPA<2.30 2

0.7%

6**

25.0%

4

1.5%

8**

17.8%

1.70≤CPA<2.00 0

0.0%

0

0.0%

0

0.0%

0

0.0%

CPA ≤1.70 0

0.0%

5**

20.8%

0

0%

5**

11.1%

Jumlah 289

100%

24

100%

267

100%

45

100%

** Perbezaan yang ketara

Page 33: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

8

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik

mendapati bahawa gaya pengajaran adalah perkara yang penting dalam proses P&P

untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, dalam kajian ini

penyelidik ingin mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah Fakulti Pendidikan,

UTM yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan Inventori

Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann dari segi pakar, autoriti formal, model peribadi,

fasilitator dan delegator. Penyelidik juga ingin mengenalpasti perbezaan gaya

pengajaran pensyarah berdasarkan pengalaman mengajar dan kelulusan akademik

tertinggi berdasarkan jenis mata pelajaran yang diajar. 1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut:

(i) Mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang

mengajar program pengajian separuh masa SPACE.

(ii) Mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang

mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis

mata pelajaran.

(iii) Membezakan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang

mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis

mata pelajaran dari segi pengalaman mengajar.

(iv) Membezakan gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang

mengajar program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis

Page 34: GAYA PENGAJARAN PENSYARAH FAKULTI …...Terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran pensyarah yang mengajar teori dari segi sifat autoriti formal dan model peribadi berdasarkan

9

mata pelajaran dari segi kelulusan akademik tertinggi.

(v) Mengenalpasti hubungan di antara gaya pengajaran pensyarah fakulti

pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE

dengan jenis mata pelajaran yang diajar..

1.5 Persoalan Kajian

Berhubung dengan pernyataan masalah yang telah dibicarakan, berikut

adalah persoalan-persoalan kajian: (i) Apakah gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar

program pengajian separuh masa SPACE? (ii) Apakah gaya pengajaran pensyarah fakulti pendidikan yang mengajar

program pengajian separuh masa SPACE berdasarkan jenis mata

pelajaran?

(iii) Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran pensyarah fakulti

pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE

berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi pengalaman mengajar?

(iv) Adakah terdapat perbezaan gaya pengajaran pensyarah fakulti

pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa SPACE

berdasarkan jenis mata pelajaran dari segi kelulusan akademik

tertinggi?

(v) Adakah terdapat hubungan di antara gaya pengajaran pensyarah

fakulti pendidikan yang mengajar program pengajian separuh masa

SPACE dengan jenis mata pelajaran yang diajar?