gaya pembelajaran pelajar program khas … · gaya pembelajaran pelajar program khas pensiswazahan...

22
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN PENSYARAH STEVEN PANAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vokhue

Post on 07-Jul-2019

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN

GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN

PENSYARAH

STEVEN PANAI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN PENSYARAH.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya, _________________________STEVEN PANAI_______________________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh;

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: 371, TAMAN KEMENA RAYA, PHASE II, EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES JLN. TUN HUSSEIN ONN, .......................................................... 97000 BINTULU, SARAWAK. Nama Penyelia

Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008

Page 3: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model
Page 4: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN

PENSYARAH

STEVEN PANAI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………

Nama Penulis : STEVEN PANAI

Tarikh : APRIL 2008

Page 6: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

iii

DEDIKASI

Khas buat isteriku yang tersayang,

Caroline D. Balan,

Kejayaanku,

Di atas iringan doa, pengorbanan, sokongan dan dorongan mu.

Buat anak-anak kesayanganku,

Jordan Chang dan Noelle Sara,

Terima kasih kerana sabar menanti,

Hingga dd tamat pengajian.

Buat semua ahli keluarga,

Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan yang diberikan sepanjang

pengajian saya di UTM ini. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas dengan

seadilnya segala budi baik kalian.

Buat teman seperjuanganku,

Semangat dan keyakinan dibina bersama,

Senang dan gembira dilalui bersama,

Sedih dan duka dikongsi bersama,

Kejayaan jua milik bersama,

Akan ku kenang untuk selamanya.....

Page 7: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadirat Tuhan, kerana dengan limpah dan

kurniaNya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa

yang telah ditetapkan.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu, En.Ahmad Johari bin Sihes yang telah

banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam

menyiapkan penyelidikan ini.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada pelajar Program Khas

Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan

ini serta teman seperjuangan yang banyak membantu untuk menyiapkan penyelidikan ini.

Semoga penyelidikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Page 8: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

v

ABSTRAK

Kajian korelasi ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran

pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) dengan gaya pengajaran

pensyarah yang mengajar PKPGB. Kajian ini melibatkan 70 orang responden dari

PKPGB, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Instrumen kajian

yang digunakan adalah Inventori Gaya Pembelajaran Kolb untuk mengkaji gaya

pembelajaran pelajar dan Inventori Gaya Pengajaran Grasha untuk mengkaji gaya

pengajaran pensyarah. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk

mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis mengguna

komputer menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences)

Version 14.0 for Windows bagi mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, purata skor

min dan korelasi. Kajian rintis telah dijalankan dan didapati nilai Cronbach-Alpha

adalah .86 bagi Inventori Gaya Pembelajaran Kolb dan .84 bagi Inventori Gaya

Pengajaran Grasha. Hasil kajian mendapati kategori gaya pembelajaran Pemerhatian

Reflektif (42.8 peratus) paling dominan diikuti kategori gaya pembelajaran Pengalaman

Konkrit (37.1 peratus), Pengkonsepsian Abstrak (12.8 peratus) dan Pengujikajian Aktif

(7.1 peratus). Jenis gaya pembelajaran pelajar pula, jenis gaya pembelajaran Pencapahan

(51.4 peratus) paling dominan diikuti jenis gaya pembelajaran Asimilasi (31.4 peratus)

dan gaya pembelajaran Pemusatan dan Penyesuaian Diri masing-masing (8.6 peratus).

Gaya pengajaran pensyarah yang paling dominan ialah gaya pengajaran Pakar (min =

4.178) diikuti gaya pengajaran Delegator (min=3.982), gaya pengajaran Pemudahcara

(min=3.874), gaya pengajaran Autoriti Formal (min=3.726) dan gaya pengajaran Model

Personel (min=3.580). Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perhubungan yang

signifikan di antara gaya pengajaran pensyarah dengan kategori gaya pembelajaran

pelajar.

Page 9: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

vi

ABSTRACT

The objective of this correlational research is to study the relationship between

the learning style of students under the Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

(PKPGB) and the teaching style of lecturers conducting the PKPGB. A total of 70

respondents from the PKPGB, Faculty of Education, UTM were involved in this

research. The Kolb Learning Style Inventory was used as research instrument to collect

data about students’ learning style. Grasha Teaching Style Inventory was used to study

lecturers’ teaching style. Data collected were analyzed using the SPSS software,

version 14.0 for Windows to get the total percentage, frequency, mean score average and

correlation. Pilot study was been carried out and Cronbach – Alpha value found to be

.86 for Kolb Learning Style Inventory and .84 for Grasha Teaching Style Inventory. The

outcome of the research shows that learning style category through Reflective

Observation (42.8%) is most dominant, followed by Concrete Experience learning style

category (37.1%), Abstract Conceptualization (12.0%) and Active Experimentation

(7.1%). Likewise, the most dominant students’ learning style is Diverger (51.4%),

followed by Assimilator learning style (31.4%) and Converger and Accomodator

learning style (8.6%). Meanwhile, Expert teaching style (min=4.178) is the most

dominant in lecturers teaching style among lecturers followed by Delegatior teaching

style (min = 3.982), Facilitator teaching style (min = 3.874), Formal Authority teaching

style (min=3.726) and Personal Model teaching style (min 3.580). It is found that there

are no significant correlation between lecturers teaching style and students learning style

categories.

Page 10: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACK vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

Page 11: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

viii

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.10 Penutup 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 16

2.2 Gaya Pembelajaran 16

2.3 Gaya Pengajaran 20

2.4 Model Kajian 24

2.5 Hubungkait Gaya Pengajaran dan Pembelajaran 40

2.6 Kajian-kajian Lepas 42

2.7 Penutup 44

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 46

3.4 Instrumen Kajian 46

3.5 Kesahan Soal Selidik 50

3.6 Kajian Rintis 51

3.7 Analisis Data 52

3.8 Prosedur Kajian 58

3.9 Penutup 59

Page 12: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

ix

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 60

4.2 Analisis Demografi 60

4.3 Analisis Gaya Pembelajaran 64

4.4 Analisis Gaya Pengajaran 67

4.5 Penutup 77

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Rumusan Kajian 78

5.3 Perbincangan Kajian 80

5.4 Implikasi Kajian 93

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94

5.6 Penutup 95

RUJUKAN 96 LAMPIRAN 105

Page 13: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

x

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Ciri-Ciri Pengajaran dan Pengajar Berkesan 23

2.2 Ciri-Ciri Jenis Gaya Pembelajaran Kolb –

Claxton dan Murell (1988) 33

2.3 Elements of Teaching Style 40

2.4 Hasil Kajian Gaya Pengajaran Pensyarah Fakulti

Pendidikan 44

3.1 Populasi Kajian Mengikut Jantina 46

3.2 Item dalam Borang Soal Selidik 47

3.3 Item-item Soal Selidik Bahagian A 48

3.4 Taburan Item 50

3.5 Skala Likert dan Skor 50

3.6 Pekali Alpha Cronbach – Klasifikasi berdasarkan

Kekuatan Kolerasi 52

3.7 Pengkelasan Skala 5 Tahap kepada 3 Tahap 53

3.8 Pemeringkatan Markat Skor Min 53

3.9 Kategori Gaya Pembelajaran Pelajar 54

3.10 Pengiraan Kategori Gaya Pembelajaran 55

3.11 Pengiraan Jenis Gaya Pembelajaran 55

3.12 Tafsiran Kekuatan Perkaitan Guilford 1965 57

3.13 Kaedah Statistik yang digunakan bagi setiap

Persoalan kajian 57

4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina 61

4.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut Bangsa 61

4.3 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tempoh

Pengalaman Bekerja 62

4.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut Umur 62

Page 14: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

xi

4.5 Taburan Bilangan Responden Mengikut

Kelayakan Iktisas 63

4.6 Taburan Bilangan Responden Mengikut Bidang

Pengkhususan 64

4.7 Taburan Kategori Gaya Pembelajaran Pelajar

PPGB Mengikut Turutan Menurun 65

4.8 Taburan Jenis Gaya Pembelajaran Pelajar PKPGB

Mengikut Turutan Menurun 66

4.9 Gaya Pengajaran Pensyarah Yang Dominan

Mengikut Penilaian Pelajar Secara Turutan

Menurun 68

4.10 Kolerasi Antara Kategori Gaya Pembelajaran

Pengalaman Konkrit Dengan Gaya Pengajaran 69

4.11 Kolerasi Antara Kategori Gaya Pembelajaran

Pemerhatian Reflektif Dengan Gaya Pengajaran 71

4.12 Kolerasi Antara Kategori Gaya Pembelajaran

Pengkonsepsian Abstrak Dengan Gaya

Pengajaran 73

4.13 Kolerasi Antara Kategori Gaya Pembelajaran

Pengujikajian Aktif Dengan Gaya Pengajaran 75

Page 15: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

xii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Teori Gaya Pembelajaran Kolb 25

2.2 Model Gaya Pembelajaran Kolb 27

3.1 Grid Gaya Pembelajaran Kolb 56

3.2 Prosedur Kajian 58

4.1 Grid Jenis Gaya Pembelajaran Pelajar 67

SENARAI LAMPIRAN Lampiran A: Set Borang Soal Selidik 105

Lampiran B: Keesahan Inventori Gaya Pengajaran Grasha 115

Keesahan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb 116

Lampiran C: Pengesahan Item-Item Soal Selidik 119

Page 16: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat,

dan seterusnya akan menguasai sesuatu kemahiran dan membentuk sikap serta

kepercayaan. Pembelajaran tidak hanya berkait dengan penambahan pengetahuan dan

mengingat semula apa yang telah dipelajari, sebaliknya adalah berkaitan dengan

kefahaman tentang konsep-konsep atau prinsip-prinsip yang boleh diaplikasi dalam

dunia sebenar (Hargreaves, 1996). Untuk memperolehi ilmu pengetahuan, kita mesti

belajar kerana ia bukan datang sendiri atau diwarisi (Ab. Rahim, 1989).

Setiap manusia mempunyai kemahiran yang berbeza untuk memproses

maklumat. Kepelbagaian kemahiran, kecemerlangan intelek, ketinggian nilai moral dan

keteguhan jati diri sepatutnya adalah hasil muktamad sistem pendidikan (Ismail, 2001).

Salah satu cara penentuan kecekapan seseorang individu adalah melalui gaya

pembelajaran yang sesuai dan tepat. Perlu diingatkan bahawa pembelajaran bukan hasil

daripada hafazan semata-mata atau penggunaan strategi-strategi yang statik tanpa makna

dan pengajaran tidak seharusnya hanya mengutamakan penguasaan isi dan pengajaran

cara belajar diabaikan (Philips, 1993). Semua pihak yang terlibat dengan proses

pengajaran dan pembelajaran harus mencari cara untuk menjauhkan proses pembelajaran

daripada pengaruh peperiksaan dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokan dan

bermakna (Asiah, 1994).

Page 17: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

2

Pada masa kini, ramai penyelidik mengkaji ciri-ciri unik gaya pembelajaran

seseorang individu di samping menjana alternatif untuk membaiki amalan pembelajaran

supaya dapat dipertingkatkan pencapaian akademik (Moran, 1991). Menurut Honey dan

Mumford (1983), gaya pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam

proses pembelajaran kerana ia merupakan sebahagian proses sepanjang hayat seperti

satu gelungan pilin melingkar tanpa henti. Claxton dan Murell (1988), pula menyatakan

bahawa pengenalpastian gaya pembelajaran seseorang pelajar akan mewujudkan

pembelajaran yang lebih berkesan. Walaupun gaya pembelajaran membolehkan

seseorang mengalami proses pembelajaran dengan lebih berkesan, namun jenis gaya

pembelajaran bergantung kepada kesesuaian seseorang indivivu itu sendiri (Irving dan

William, 1995).

Terdapat pelbagai jenis gaya pembelajaran yang digunakan secara meluas dalam

institusi pendidikan di seluruh dunia. Antara yang popular ialah Model Kolb dengan

gaya pembelajaran iaitu Penyesuaian Diri (Accommodator), Pencapahan (Diverger),

Pemusatan (Converger) dan Asimilasi (Assimilator), Teori Kepelbagaian Kecerdasan

oleh Gardner dengan Sembilan kecerdasan, Model Reichmann dan Grasha yang

mengambil kira enam elemen sikap, Model Myers dan Briggs pula mengambil kira lima

kategori yang melibatkan ciri-ciri Ekstovet, Introvert, Deria, Perasaan dan

Pertimbangan, manakala Dunn dan Dunn menekankan lima faktor utama iaitu

Persekitaran, Emosional, Fizikal, Sosiologikal dan Psikologikal. Memahami gaya

pembelajaran diri membolehkan sesorang mengenalpasti kekuatan yang dimiliki (Kelly,

1997). Menurut Montgomery dan Groat, (2002), setiap fakulti institusi pengajian tinggi

harus mendedahkan pelbagai gaya pembelajaran kepada pelajar-pelajar agar berupaya

mengenalpastinya dalam bidang masing-masing dan memperolehi manfaat menerusinya.

Tuckman(1992), melalui penyelidikannya yang memadankan gaya pembelajaran dengan

gaya pengajaran telah menunjukkan bahawa terdapat kolerasi yang signifikan antara

cara gaya pembelajaran dengan kaedah penyampaian pengajaran guru.

Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh tenaga

pengajar untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan pegangannya

Page 18: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

3

mengenai pengajaran. Dengan mengetahui pendekatan pengajaran, tenaga pengajar

mempunyai peluang untuk memilih pendekatan yang sesuai dengan pengajaran mereka.

Peterson (1992) mengatakan bahawa, pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang

dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Sebagai seorang pengajar, secara

sedar atau tidak, sememangnya mempunyai gaya pengajaran yang tersendiri dan

berbeza-beza di antara satu sama lain. Gaya pengajaran sebagai adalah satu set ciri-ciri

peribadi yang menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai tenaga pengajar

yang unik (Grasha, 1996).

Menurut Ee Ah Meng (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai akan

membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang menyeronokan.

Pada masa kini terdapat banyak model gaya pengajaran dan pembelajaran yang boleh

dijadikan panduan kepada para pensyarah untuk merancang proses pengajaran dan

pembelajaran. Biasanya pensyarah akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya (Esah,

2003). Namun begitu, adalah penting juga dipertimbangkan kesesuaiannya dengan

pelajarnya. Gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara meluas dalam pendidikan

orang dewasa adalah Model Pembelajaran Kolb, Model Gaya Canfield dan Skala Gaya

Pembelajaran Pelajar Reichmann-Grasha (Tieu, 2003). Oleh yang demikian, gaya

pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar haruslah dipilih supaya kaedah dan bahan

pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah efisien.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Mohd Kassim dan Mohd Mohhiddin (2001), menyatakan dalam Akta Pendidikan

1996, adalah bahawasanya suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf

dunia dari segi mutu bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya untuk

mencapai aspirasi Negara. Untuk menyahut cabaran ini, menyediakan pasarana

pendidikan bertaraf dunia tanpa tenaga pengajar dan pengurusan yang berkualiti tidak

akan dapat mencapai misi ini. Menyahut cabaran ini, Institut Aminuddin Baki (IAB)

Page 19: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

4

telah memperkenalkan Program Pensisawazahan Guru Besar (PPGB) untuk membuka

peluang kepada guru besar sekolah rendah memperolehi ijazah sarjana muda dalam

bidang pengurusan sekolah (BH, Selasa, 18 Okotber 2007). Bagaimanapun, ramai di

kalangan guru besar terutama yang masih muda berusaha meningkatkan profesionalisme

masing-masing dengan menyambung pelajaran atas inisiatif sendiri dengan mengikuti

program pendidikan jarak jauh (PJJ) anjuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

negara ini.

Program Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Sekolah) dengan Kepujian

bertujuan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan ketrampilan professional

dalam ilmu pengurusan pendidikan dan kemahiran administratif bagi menyediakan

pengurus pendidikan yang mempunyai keupayaan dan kepakaran yang mendalam untuk

memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi masing-masing. Salah satu objektif

program pengurusan pendidikan ini ialah untuk memenuhi keperluan negara melahirkan

sumber tenaga yang mempunyai kelayakan professional untuk mengurus dan mentadbir

organisasi pendidikan (KPM). Untuk menangani cabaran abad ke-21 dan aspirasi

Malaysia sebagai sebuah negara maju, maka pembangunan pendidikan bertaraf dunia

dari aspek menghasilkan sistem, program dan prasarana adalah menjadi prasyarat utama

(Warnoh et al., 2000).

Guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Besar di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia merupakan golongan pelajar dewasa.

Hampir ke semua guru-guru ini berumur dalam lingkungan 45 tahun ke atas dan telah

lama meninggalkan alam persekolahan. Sudah semestinya mereka merasa situasi

pembelajaran sekarang berbeza dengan situasi pembelajaran yang telah mereka lalui

pada tahun 60an hingga tahun 80an dulu. Menurut Smith (1984), pelajar dewasa

memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran baru yang telah

lama ditinggalkan. Walau bagaimanapun, pelajar dewasa lazimnya melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dari segi psikologi kognitif, afektif dan

psikomotor berbanding dengan pelajar yang menerima pendidikan secara tradisional.

Page 20: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

5

Mereka mempunyai pengalaman, kemahiran teknikal dan pengalaman sosial yang

berlainan (Buletin Pengajaran dan Pembelajaran, 2005).

Justeru itu, tenaga pengajar perlu mengamalkan gaya pengajaran yang sesuai

supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berkesan.

Mekanisme proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang

betul kepada para pelajar dan menyediakan maklumbalas yang tepat terhadap

pencapaian akademik mereka akan membuat pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih

menarik, produktif dan cekap (Mohd Azman, 1991). Untuk mendapatkan hasil

pembelajaran yang lebih berkesan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,

keserasian antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran adalah amat diperlukan

(Felder, 1993). Kepelbagaian gaya pembelajaran perlu dikenalpasti oleh pensyarah

ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya pensyarah dapat

membuat persediaan yang rapi dengan mengambil kira perbezaan latar belakang dan

pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan sesi pengajaran. Daripada maklumat

tersebut pensyarah dapat menyesuaikan gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran

pelajarnya.

1.3 Pernyataan Masalah.

Berdasarkan masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa

gaya pengajaran penting dalam proses pembelajaran untuk mewujudkan pembelajaran

yang berkesan. Gaya pengajaran juga memainkan peranan yang penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kerana kedua-dua faktor ini saling berkaitan. Penyelidikan

oleh Tuckman (1992) yang memadankan gaya pembelajaran dengan gaya pengajaran

telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara cara gaya

pembelajaran dengan kaedah pengajaran guru. Oleh itu dalam kajian ini, penyelidik

ingin mengenalpasti kategori gaya pembelajaran pelajar PKPGB berdasarkan Inventori

Gaya Pembelajaran Kolb iaitu Pengalaman Konkrit (Concrete experience, CE),

Page 21: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

6

Pemerhatian Reflektif (Reflective observation, RO), Pengkonsepsian Abstrak (Abstract

conceptualization, AC), dan Pengujikajian Aktif ( Active experimentation, AE) dan

jenis gaya pembelajaran iaitu Penyesuaian Diri (Accommodator), Pencapahan

(Diverger), Pemusatan (Converger) dan Asimilasi (Assimilator) serta mengenalpasti

gaya pengajaran pensyarah berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran Grasha iaitu Pakar,

Autoriti Formal, Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator. Untuk mendapatkan hasil

pembelajaran yang berkesan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,

kerserasian antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran adalah amat diperlukan

(Felder, 1993).

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut di

kalangan guru-guru besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

(PKPGB) , Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia iaitu;

1.4.1 Mengenalpasti kategori dan jenis gaya pembelajaran yang dominan yang

diamalkan oleh pelajar PKPGB berdasarkan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb.

1.4.2 Mengenalpasti gaya pengajaran dominan yang diamalkan oleh pensyarah

berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran Grasha iaitu Pakar, Autoriti Formal,

Model Peribadi, Fasilitator dan Delegator.

1.4.3 Menentukan hubungan di antara kategori gaya pembelajaran pelajar PKPGB

dengan gaya pengajaran pensyarah.

Page 22: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS … · GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PENGAJARAN ... dan gaya pengajaran Model

7

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk menjawap soalan-soalan berikut;

1.5.1 Apakah kategori dan jenis gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh

pelajar yang mengikuti PKPGB berdasarkan Gaya Pembelajaran Kolb?

1.5.2 Apakah gaya pengajaran dominan yang diamalkan oleh pensyarah yang

mengajar PKPGB berdasarkan Inventori Gaya Pengajaran Grasha?

1.5.3 Adakah terdapat hubungan di antara kateogri gaya pembelajaran pelajar PKPGB

dengan gaya pengajaran pensyarah?