full

23
1.0 PENGENALAN Perkataan “budaya” itu sendiri datangnya daripada cantuman dua bentuk perkataan iaitu daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu. Takrifan perkataan “budaya” menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, budaya ialah tamadun atau peradaban. Perkataan “budaya” itu juga membawa maksud kemajuan dari segi cara berfikir atau cara berkelakuan. Setiap etnik atau kaum membawa atau mengamalkan bentuk sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi turun temurun dari nenek - moyang yang terdahulu. Menurut Robert Bierstedt dalam bukunya Social Order, beliau menyatakan bahawa kebudayaan ialah “kesemua yang kita fikir, yang kita buat, dan yang kita miliki sebagai ahli dalam masyarakat”. Manakala, Edward B. Tylor, dalam Primitive Culture pula memberi definisi dari segi antropologi yang mengatakan : “Kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam, dan apa-apa juga kebolehan serta kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat” Melalui kedua-dua pendapat pengkaji masyarakat ini, dapat disimpulkan bahawa budaya itu sendiri merangkumi suatu bidang atau skop yang amat luas. Dalam erti kata lain, kebudayaan adalah cara hidup, yakni meliputi seluruh cara hidup satu masyarakat baik dari segi pengumpulan idea dan perasaan, 1

Upload: anati-soki

Post on 25-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ASSIGNMENTPISMP PENGAJIAN MELAYU SEMESTER 7

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Perkataan budaya itu sendiri datangnya daripada cantuman dua bentuk perkataan iaitu daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu. Takrifan perkataan budaya menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, budaya ialah tamadun atau peradaban. Perkataan budaya itu juga membawa maksud kemajuan dari segi cara berfikir atau cara berkelakuan. Setiap etnik atau kaum membawa atau mengamalkan bentuk sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi turun temurun dari nenek - moyang yang terdahulu. Menurut Robert Bierstedt dalam bukunya Social Order, beliau menyatakan bahawa kebudayaan ialah kesemua yang kita fikir, yang kita buat, dan yang kita miliki sebagai ahli dalam masyarakat. Manakala, Edward B. Tylor, dalam Primitive Culture pula memberi definisi dari segi antropologi yang mengatakan :Kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam, dan apa-apa juga kebolehan serta kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakatMelalui kedua-dua pendapat pengkaji masyarakat ini, dapat disimpulkan bahawa budaya itu sendiri merangkumi suatu bidang atau skop yang amat luas. Dalam erti kata lain, kebudayaan adalah cara hidup, yakni meliputi seluruh cara hidup satu masyarakat baik dari segi pengumpulan idea dan perasaan, kepercayaan, lambang, nilai kemasyarakatan, serta objek kebendaan yang diwariskan secara turun temurun. Oleh kerana itu, kebudayaan itu sendiri mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan masyarakat. Mudah bicara, kalau tidak ada masyarakat maka, tidak ada budaya.Mengikut tafsiran, masyarakat terdiri daripada sekumpulan individu yang mempunyai jalinan hubungan yang sangat lama dan kukuh. Contoh yang dapat diambil ialah dari segi hubungan masyarakat di Malaysia, dapat diperhatikan bahawa baik masyarakat Melayu atau Cina adalah daripada keseluruhan jumlah individu yang telah membentuk masyarakat yang tersendiri. Mereka saling berhubung antara satu sama lain dengan itu, terhasilnya perlakuan daripada apa-apa yang difikirkannya.Masyarakat adalah kelompok manusia, tua dan muda, lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. Perhubungan sosial ini wujud akibat daripada pelbagai faktor seperti pekerjaan, tempat tinggal atau dari segi kekeluargaan. Daripada hubunga yang terjalin itulah, akhirnya wujud institusi atau organisasi tertentu yang dapat menyatukan lagi manusia dalam sebuah kumpulan unit sosial.Selain itu, sesuatu kelompok manusia itu juga mempunyai pandangan dunia atau falsafah tentang kejadian di sekeliling mereka, misalnya, kepercayaan terhadap kuasa ghaib yang halus yang dipuja bagi mencapai sesuatu hajat melalui hubungan dengan mengamalkan bahasa tertentu.Walaupun begitu,terdapat perbezaan dalam kebudayaan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain walaupun wujudnya sistem universality kebudayaan. Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya dan masyarakat dapat dipisahkan kepada beberapa aspek tertentu, iaitu, sosial, ekonomi, politik, agama, kepercayaan dan sistem lain yang tersendiri yang mungkin ada persamaan dan perbezaan yang dapat dikesan dari alam persekitaran yang sama. Sesuatu kebudayaan itu juga, dapat berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya sendiri.Budaya Melayu pula sudah dibentuk sejak beratus-ratus tahun yang dulu. Manakala, mula menyerlah pada zaman Kesultanan Melaka. Dapat diliihat juga bahawa tidak terlalu miskroskopik untuk menyatakan bahawa budaya Melayu pada masa kini banyak diraih daripada cara hidup orang-orang Melayu pada zaman dahulu, terutamanya waktu zaman Kesultanan Melaka.Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yangbertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya, Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun yang tidak mengira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing

ANALISIS DAN BINCANGKAN ASPEK-ASPEK KEBUDAYAAN MELAYU YANG DILESTARIKAN MELALUI BAHAN KESUSASTERAAN DAN BAHAN BUKAN KESUSASTERAAN

PAK BELALANG2.1 TEMA : SOSIOEKONOMI MASYARAKAT MELAYU (PERTANIAN)

Dalam karya sastera Pak Belalang, saya memilih untuk menganalisa Tema Bidang Sosioekonomi masyarakat Melayu yang terdapat dalam karya ini. Kebudayaan Melayu dalam bidang sosioekonomi dapat dikenalpasti dalam karya Pak Belalang melalui petikan :-

Maka pada suatu tahun, semua orang tiada dapat padi berladang oleh sangat kemarau.

Melalui ayat di atas yang dipetik daripada karya Pak Belalang pada perenggan pertama dapat difahami bahawa dalam karya ini ada menyentuh keadaan kehidupan masyarakat Melayu yang bergantung kepada sumber asas tani kerana kebanyakkan masyarakat Melayu pada zaman dahulu bekerja sebagai petani. Dalam erti kata lain menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi sara diri. Bukan itu sahaja, melalui petikan ayat tersebut juga dapat dianalisa bahawa ekonomi pertanian yang menjadi sumber kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu juga bergantung pada keadaan cuaca. Apa yang dimaksudkan disini ialah, apabila mengalami cuaca kemarau yang teruk, aktiviti pertanian padi tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan air untuk padi yang ditanam tumbuh.Sistem ekonomi tradisional merupakan sistem ekonomi yang dijalankan secara bersama untuk kepentingan bersama atau demokratis, sesuai dengan tatacara yang biasa diamalkan oleh nenek moyang sebelumnya. Dalam sistem tradisional ini segala barang dan jasa yang diperlukan akan dipenuhi sendiri oleh masyarakat itu sendiri akan diguna bagi memenuhi keperluan untuk diri sendiri. Dalam proses mengalami perkembangan atau perubahan dari semasa ke semasa, dapat dilihat keadaan di desa yang telahpun mempunyai sebuah organisasi yang muncul dan timbul dari inisiatif sesebuah masyarakat setempat yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan yang harus dipenuhinya sendiri. Umumnya organisasi-organisasi lokal ini masih bersifat sangat tradisional dengan berbagai kekurangan yang ada dari segi kepimpinan sesebuah organisasi itu sendiri. Perubahan sosial dapat terjadi apabila terdapat agen perubahan. Pada peringkat organisasi tersebut juga akan sentiasa mempunyai atau terhasilnya gerakan sosial. Oleh itu, gerakan sosial tersebutlah yang akan bertindak sebagai agen perubah.2.2 EKONOMI SARA DIRIMaka di dalam hal yang demikian itu, semua orang membuat pekerjaan, melainkan Pak Belalang tiga beranak asyik dengan tidur siang malam di rumahnya dengan berdukacita yang teramat sangat akan kehidupannya, dengan tiada tampak jalan melapangkang cagarannya yang akan boleh makan.

Melalui petikan di atas dapat dianalisa bahawa kehidupan masyarakat Melayu yang diceritakan dalam karya Pak Belalang ini mengamalkan kegiatan pertanian yang berkonsepkan sara diri. Berdasarkan petikan di atas, dinyatakan bahawa orang -orang kampung yang lain sibuk bertani untuk menyara keperluan asas keluarga seperti makanan tetapi keluarga Pak Belalang masing-masing mempunyai sikap malas apabila mereka hanya tidur di waktu siang dan malam di rumah sehingga tiada lagi simpanan makanan untuk meneruskan kehidupan.Sara diri yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu aktiviti ekonomi yang bertujuan untuk keperluan asas dan tidak bertujuan untuk perdagangkan. Ekonomi sara diri ialah sistem ekonomi yang tidak mempunyai apa-apa hasil dari kebun-kebun yang diusahakan itu dijual. Dalam erti kata lain, semua hasil dari kebun digunakan oleh keluarga sahaja. Apabila terdapat kelebihan, barangan itu akan ditukar menggunakan sistem barter atau diperdagangkan dengan keperluan asas lain. Selain itu, masyarakat tradisional tidak mengamalkan satu pengkhususan pekerjaan. Oleh itu, seorang petani boleh menjalankan aktiviti bertani disamping menangkap ikan, memburu binatang dan mencari hasil hutan. Kesemua usaha ini dilakukan mengikut keperluan sesebuah keluarga itu sahaja.James Low telah mengatakan bahawa semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian pertanian dan kelautan. Negeri-negeri yang terlibat dengan pertanian terdiri daripada negeri Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu. Kebanyakkan masyarakat yang berada di negeri ini bergantung kepada sumber pertanian. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu adalah berasaskan sara diri yang mana kelompok kecil para petani tinggal di kampung dengan mengusahakan kegiatan pertanian, penternakan serta perikanan. Biasanya mereka tinggal berhampiran dengan sumber alam seperti sungai, hutan serta kawasan kecil tanah untuk dijadikan kawasan petempatan.

2.3 MUSIM PIAMA

Hatta, antara beberapa lamanya di dalam hal yang demikian itu, sampailah pula musim piama. Maka orang bekerja bendang pun masing-masing turun ke bendangnya membuat pekerjaan;

Istilah piama yang terdapat dalam petikan salah satu ayat yang terdapat dalam karya sastera Pak Belalang mungkin hampir tidak pernah didengar oleh generasi masa kini, namun dalam kalangan masyarakat pesawah pada masa dahulu,istilah ini cukup popular. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat [2004], piama membawa maksud musim yang baik untuk memulakan penanaman padi. Dalam erti kata lain, piama adalah pemenggalan musim bagi menentukan musim yang sesuai untuk memulakan kerja-kerja menanam padi. Ketika piama bendang, hujan akan turun lantas membolehkan sawah dibanjiri air, tanah dibajak dan digemburkan, seterusnya benih padi ditabur. Para pesawah zaman dahulu tidak tahu tentang perubahan-perubahan musim seperti yang terkandung dalam geografi iklim dewasa ini, namun mereka adalah sangat peka dalam usaha mengamati alam. Justeru mereka membentuk beberapa petunjuk berdasarkan gelagat alam untuk menentukan ketibaan piama bendang ini. Antaranya adalah cuaca mula berhujan dan berangin, tanah menjadi lecah, orang mula bermain layang-layang, buah tampoi mulai masak, dan kapal-kapal yang membawa orang Bugis mulai berdatangan dari tanah seberang.Menurut Wilkinson (t.t.: 157), Petunjuk-petunjuk ini terhasil daripada kajian, pengamatan dan pengecaman mereka yang mendalam terhadap perubahan-perubahan yang berlaku kepada alam dan cara hidup manusia. Oleh itu, mereka mampu menjadualkan atau memadankan dengan tepat bulan-bulan dengan musim yang didasarkan kepada keadaan cuaca.

KERJA-KERJA MENANAM PADI

Maka orang bekerja bendang pun masing-masing turun ke bendangnya membuat pekerjaan; ada yang mencuci parit, membaiki batas-batas mana-mana yang patut dan rosak, dan ada yang menenggala dengan kerbau yakni tanah di dalam petak bendang itu supaya menjadi lembut semuanya, boleh senang menanam padi, lagi pula menyuburkan pokok padi sampai kepada buahnya.

Dalam petikan ayat yang terdapat dalam perenggan kedua karya sastera Pak Belalang, turut dinyatakan kerja-kerja yang dilaksanakan untuk membendang atau menanam padi.Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang seringkali dilakukan oleh mereka ialah seperti yang dinyatakan dalam petikan ayat di atas iaitu mencuci parit, membaiki batas-batas yang rosak dan menenggala dengan kerbau.Kerja pertama yang dinyatakan dalam petikan ayat diatas ialah mencuci parit. Kata parit yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah alur atau tali air yang dikorek untuk digunakan bagi mengairi sawah padi. Oleh itu, kerja mencuci parit yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah perlakuan dimana petani-petani memotong atau menebas rumput-rumput tebal yang penuh tumbuh di dalam parit sawah. Kegiatan mencuci parit bertujuan untuk melancarkan aliran air untuk keluar dan masuk ke dalam petak-petak atau sawah padi bagi memboleh padi yang ditanam dapat tumbuh dengan subur dengan adanya bekalan air yang mencukupi.Manakala, kenyataan kerja yang kedua iaitu membaiki batas-batas mana-mana yang patut dan rosak. Perkataan batas yang dimaksudkan disini menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, batas ialah bahagian sawah yang ditambak mengelilingi sesuatu petak untuk menakung air dan juga sebagai tempat berjalan. Kerja membaiki batas yang rosak atau runtuh akibat daripada pelbagai faktor seperti terhasilnya lubang jijin yang terjadi daripada lubang-lubang sarang ketam, kerbau-kerbau yang lalu dan memijik batas-batas padi dan lain-lain lagi. Kerja membaiki batas-batas padi yang rosak ini dilakukan supaya air di dalam bendang atau sawah padi dapat ditakung lalu membolehkan padi untuk terus tumbuh dengan baik.Kerja yang terakhir yang dinyatakan dalam petikan ayat diatas pula ialah kerja menenggala dengan kerbau. Perkataan menenggala itu sendiri menurut Kamus Pelajar membawa maksud menggemburkan tanah menggunakan tenggala. Alat tenggala ini biasanya dibuat daripada kayu-kayu terpilih yang senang untuk dibentuk iaitu lazimnya menggunakan kayu halban. Fungsi alat tenggala ini pula adalah untuk membalik-balikkan tanah sawah. Kegiatan menenggala ini biasanya dijalankan dengan kuasa kerbau.

PETUA ATAU AMALAN MENANAM PADI

Sudah menjadi adat istiadat orang Melayu, dalam memulakan sesuatu pekerjaan, mereka mempunyai syarat-syarat dan petua-petua serta langkah-langkah tertentu, berasaskan kepada ketika atau saat-saat yang sempurna . Orang yang berpegang kuat pada adat dan orang yang masih tebal dengan kepercayaan-kepercayaan ini menganggap pantang larang ini perlu dipatuhi terutama dalam pekerjaan-perkerjaan besar seperti kerja sebagai seorang pesawah.

Maka ada pula yang memagar dan berbuat berbagai-bagai ikhtiar supaya terpelihara daripada marabahaya musuhnya, seperti tikus, ulat dan babi

Dalam petikan diatas juga turut dinyatakan kelakuan memagar yang diamalkan semasa menanam padi. Amalan memagar ini merupakan kegiatan atau kelakuan memotong dan menaburkan kulit limau bali atau limau manis, daun kapal terbang dan daun gorah ke dalam petak bendang yang dikatakan mampu menghindarkan penyakit padi. Petua yang disebut sebagai petra ini mampu menyebabkan haiwan yang membawa penyakit padi seperti tikus atau ulat menjauh kerana bau benda-benda ini tidak disukai oleh kebanyakan haiwan. Bukan itu sahaja, penyakit padi juga boleh dielakkan jika padi dtabur di tapak semaian pada masa bulan kelam. Hal ini demikian kerana dipercayai semasa suasana yang gelap ketika padi ditabur akan menyebabkan secara simboliknya penyakit tidak nampak akan padi tersebut. Satu cara lagi adalah dengan berjalan melengkungi petak-petak sawah pada waktu hujan turun renyai-renyai sambil berzikir dan bermohon kepada Tuhan agar padi tidak diserang penyakit atau serangga perosak yang lain.Terdapat banyak lagi pantang larang orang Melayu tradisional yang diamalkan pada masa dahulu antaranya ialah semasa menabur benih-benih padi, mata mesti dipejamkan. Tujuannya supaya buta segala mata penyakit dan berat badannya tidak dapat bergerak lalu tidak akan dapat menganggu ketenteraman semaian itu.Selain itu, mengikut kepercayaan masyarakat tradisional pada masa dahulu, padi itu sendiri mempunyai semangat. Oleh itu, untuk menjaga padi dalam simpanan jelapang supaya tidak lari ke tempat lain atau tidak cepat susut bahkan supaya tidak mungkin habis dimakan, padi itu harus diambil semangatnya. Sebelum memulakan proses mengisi padi ke dalam jelapang, hendaklah diperhatikan mana-mana bahagian dalam sawah itu yang paling baik padinya. Tempat-tempat padi yang berbuah elok itu kelihatan tangkainya masuk ke dalam akan diikat perdunya dengan benang merah. Bila tiba harinya, selepas 3hari 3malam pada waktu senja ketika udara tenang dan tidak berangin, petani akan pergi ke sawah secara diam diam. Maka, apabila sampai hendaklah berdiri sambil memandang ke arah rumpun itu dan panggillah :

Hai merang Mauk Nang Semulai.Ni, bapa atau emak datang nak ambil bawa balik

Oleh itu, dapat dilihat melalui budaya dan amalan-amalan ikhtiar bagi memperoleh hasil padi yang baik, dapat disimpulkan bagaimana masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu sangat memerlukan dan mengharapkan hasil padi yang akan diperoleh mereka. Dengan itu, dapat dilihat juga bagaimana skop bidang ekonomi pertanian sara diri ini juga benar-benar memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk sesuatu budaya bagi masyarakat Melayu tradisional itu sendiri.

MEMPROSES PADI SECARA TRADISIONAL

Hatta, antara beberapa lamanya di dalam hal yang demikian itu, sampailah pula musim piama. Maka orang bekerja bendang pun masing-masing turun ke bendangnya membuat pekerjaan; ada yang mencuci parit, membaiki batas-batas mana-mana yang patut dan rosak, dan ada yang menenggala dengan kerbau yakni tanah di dalam petak bendang itu supaya menjadi lembut semuanya, boleh senang menanam padi, lagi pula menyuburkan pokok padi sampai kepada buahnya. Maka ada pula yang memagar dan berbuat berbagai-bagai ikhtiar supaya terpelihara daripada marabahaya musuhnya, seperti tikus, ulat dan babi

Melalui petikan teks karya Pak Belalang di atas juga dapat dilihat bagaimana petani atau pesawah-pesawah pada zaman dahulu juga mempunyai fasa atau peringkat-peringkat tertentu dalam memproses padi. Tidak boleh disangkal lagi bahawa sejak dahulu lagi, padi ditanam oleh masyarakat Melayu untuk dijadikan makanan harian. Pengalaman atau ilmu menanam padi itu sendiri diperolehi daripada keluarga yang biasanya menjadikan sawah padi sebagai sumber pendapatan utama keluarga. Oleh itulah yang menyebabkan mereka mempunyai kemahiran menanam padi secara turun temurun.Sememangnya masa yang diambil untuk memproses padi sehingga menjadi beras memakan masa yang sangat lama. Antara peringkat-peringkat yang perlu dilalui sebelum padi menjadi beras ialah Menjemur

Menumbuk

Menampi

Memilih

MENJEMUR

Padi yang telah dituai dengan menggunakan tenaga akan dibanting untuk memisahkan antara tangkai dan padi. Kemudian, proses pengasingan akan dilakukan dengan cara memilih tangkai atau rumput yang bercampur padi. Cara ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja yang seterusnya untuk dilakukan.Setelah itu, padi akan dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang. Di rumah padi akan dijemur di bawah pancaran matahari. Padi perlu dijemur hingga kering, oleh itu pesawah perlu memastikan cuaca dalam keadaan yang baik. Jika hari hujan atau mendung, adalah lebih baik sekiranya padi tidak dijemur atau dibiarkan di dalam guni sahaja.

MENUMBUKMenumbuk merupakan tugas yang paling sukar. Padi yang telah kering akan ditumbuk menggunakan lesung. Terdapat dua jenis lesung iaitu lesung kaki dn lesung tangan. Lesung kaki telah diubah suai bentuknya untuk memudahkan pesawah menggunakan kaki untuk menumbuk padi. Lesung kaki mempunyai antan yang pendek dan kemudian disambung dengan menggunakan sebatang kayu yang besar secara melintang. Hujung kayu antan mempunyai satu bentuk injakan yang memudahkan kaki untuk memijak injakan tersebut. Pesawah akan memijak injakan dan antan akan terangkat. Apabila kaki dilepaskan, antan akan jatuh dan menumbuk lesung.Langkah ini lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak tenaga yang banyak. Lesung jenis ini boleh didapati di kawasan kampung. Namun begitu, lesung ini kurang popular.Lesung tangan pula adalah lesung yang paling kerap diguna. Lesung yang terdiri daripada lesung anak dan lesung ibu adalah diperbuat daripada kayu. Namun begitu, lesung tangan mempunyai lesung anak yang berat dan panjang. Semakin berat anak lesung semakin baik tumbukan lesung tersebut. Padi yang telah kering akan ditumbuk dengan kedua lesung ini. Tumbukan akan menyebabkan isi padi terkeluar dan membentuk beras. Pesawah akan melakukan kerja-kerja menumbuk ini sehingga selesai. Adalah diingatkan padi yang hendak ditumbuk perlu kering. Jika terdapat kelembapan, padi akan hancur bersama sekam dan padi tersebut tidak boleh dimakan.

MENAMPISetelah kerja-kerja menumbuk dilakukan, proses seterusnya ialah menampi. Proses ini memerlukan kemahiran menampi untuk mengelakkan padi terbuang semasa proses tersebut dilaksanakan. Lazimnya menampi dilakukan oleh kaum wanita.Padi yang telah ditumbuk akan dimasukkan ke dalam alat menampi. Alat menampi dibuat daripada anyaman buluh atau mengkuang. Alat menampi terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada bulat, segi tiga atau bujur.Padi akan diletakkan ke atas penampi. Kemudian penampi itu akan ditampi dengan cara melambungkan padi. Cara ini dilakukan acap kali sehingga sekam melayang ke atas dan seterusnya keluar dari alat penampi itu.Pada proses ini, beras dapat dihasilkan walaupun terdapat habuk- habuk kecik yang masih bercampur dengan padi. Dengan beberapa lambungan, habuk kecik akan terkumpul di hujung penampi. Kemudian habuk tersebut boleh ditiup sahaja untuk menyingkirkannya daripada beras.

MEMILIHBeras yang telah ditampi akan menjalani proses pemilihan. Padi yang tidak hancur akan diasing daripada padi yang telah hancur. Pemilihan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Oleh itu, mereka perlu cekap untuk memilih padi yang belum menjadi beras.Pengasingan ini dilakukan untuk menentukan gred. Beras yang tidak hancur mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding beras yang hancur. Namun begitu, ada pesawah yang tidak mengasingkan beras dan dicampur sekali. Padi ini dinamakan padi kampung.

3.0 KESIMPULAN

Setelah selesai menganalisa karya sastera Pak Belalang dari segi bidang tema kebudayaan dari segi sosio-ekonomi masyarakat Melayu Tradisional pada zaman dahulu, saya berpendapat bahawa budaya Melayu harus dikekalkan dalam dunia yang pesat membangun ini. Budaya Melayu terlalu berharga untuk diabaikan anak-anak Melayu sendiri. Jika ia tidak dikekalkan, sirnalah identiti bangsa Melayu. Budaya Melayu memang tidak lekang dek hujan, tidak lapuk dek panas. Meskipun dengan peredaran masa, ia mampu membuat penyesuaian kepada keadaan agar ia tetap kekal relevan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini. Mari kita sama-sama melestarikan budaya kita agar nilai-nilai murni serta bahasa ibunda kita dapat tetap mengukuhkan jati diri kita sendiri Manakala dari segi budaya sosio-ekonomi Melayu Tradisional iaitu kegiatan pertanian sebagai kegiatan ekonomi sara diri orang Melayu pada zaman dahulu, saya mendapati bahawa telah banyak petua-petua tradisi yang diamalkan oleh pesawah dahulu sudah ditinggalkan oleh para pesawah kini kerana pendidikan moden dan pengetahuan agama yang semakin bercambah menyebabkan kebanyakan pesawah berasa sesetengah petua itu menyimpang dari ajaran Islam dan bersifat khurafat. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa masih ada beberapa petua yang terus diamalkan hingga kini. Misalnya amalan berbicara dengan padi dilihat masih diteruskan kerana pokok padi sebagai objek hidup itu dipercayai mempunyai roh, meskipun bukan roh wanita cantik seperti yang terpahat dalam kepercayaan dahulu.

Bukan itu sahaja, dari segi penggunaan alat-alat pertanian juga berubah. Perubahan yang dimaksudkan pada zaman dahulu petani masih lagi menggunakan kerbau untuk menjalankan kegiatan menenggala sawah, tapi pada masa kini tidak lagi. Pada masa kini, aktiviti atau kegiatan menenggala sawah padi adalah lebih mudah dan cepat apabila petani atau pesawah masa kini hanya menggunakan traktor untuk menenggala bendang-bendang padi. Kegiatan menampi padi untuk mendapatkan hasil akhir seperti beras juga tidak lagi diamalkan, pada masa kini penggunaan mesin padi untuk mengambil padi, dan padi hanya diproses di kilang sahaja. 4.0 RUJUKAN

JURNALRahimah binti A. Hamid. (2010). Piama dan Petua Tradisi: Ilmu Menanam Padi Masyarakat Melayu di Utara Semenanjung Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang : Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

KERATAN AKHBARAbdullah Yusoff. (2009, 9 Julai). Padi hampir masak ditenggelami air. Berita Harian, Ms 7.

TESISMohd. Kasri bin Saidon. 2008. Darurat di Tanah Melayu: Strategi dan kesan terhadap Kedah. Tesis Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.

BUKUA. Aziz Deraman. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. (2001). Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka

Wan Ramli Wan Muhammad Hanapi Dollah. Pantang Larang Orang Melayu Tradisional. (1999). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad. Kesusasteraan Melayu Tradisional. (1993). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN WEBAbdul Malek bin Ahmed. (2012). Tanaman Padi Secara Tradisional di Malaysia.http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/02/tanaman-padi-secara-tradisional-di.html

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyempurnakan tugasan projek subjek Kebudayaan Melayu (BMM3114) ini dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan walaupun berlakunya kekangan masa lantaran kesibukan tugas seharian kerana sedang menjalani amalan profesional praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis.Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3114 Kebudayaan Melayu ini, saya berasakan tugasan ini agak mencabar kerana tugasan ini memerlukan saya untuk memilih salah satu karya sastera atau bukan sastera dan menganalisis dan membincangkan aspek-aspek kebudayaan Melayu yang dilestarikan melalui bahan yang telah saya pilih. Persepsi awal ini berlaku memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya dalam usaha untuk menganalisis sesebuah karya. .Saya berasa agak bimbang untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan kerana kesibukkan aktiviti sepanjang sesi praktikum. Tambahan pula, pengetahuan sedia ada saya tentang cara menganalisa karya sastera atau bukan sastera juga amatlah sedikit.Namun, dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai cara menganalisis sesuatu bahan karya dari segi kebudayaan. Sesungguhnya cabaran itu mematangkan seseorang individu itu sendiri.Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang cemerlang, bermula dengan mencari karya sastera yang sesuai untuk dianalisa dari segi kebudayaan. Oleh itu, saya telah memilih karya sastera Pak Belalang untuk dianalisa.Saya juga banyak melaksanakan sesi perbincangan atau kolaborasi bersama rakan-rakan mengenai cara yang sesuai untuk menganalisis karya sastera yang saya telah pilih dari segi kebudayaan Melayu yang terdapat dalam karya tersebut. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sentiasa aktif bertukar pendapat bersama saya dalam usaha untuk menghasilkan tugasan projek yang cemerlang dan memuaskan hati.Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Roslan bin Chin yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil projek ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.Sekian, terima kasih.