forum rafidah

12
Topic : E-FORUM 1 D053827 RAFIDAH BINTI YAAKOB Replies :84 Views : 362 General Forum : E-FORUM Posted On : 11 Mar 2015 11:22:15 AM Subject : Re : E-FORUM 1 Kaedah merupakan satu tindakan guru yang teratur dalam pembelajaran dan pengajaran supaya objektif tercapai.Ianya merupakan langkah jangka pendek , tersusun, sistematik serta dijalankan secara berperingkat - peringkat.Contoh :Kaedah oral Aural yang mana pelajar mengembangkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, menulus,bertutur dan membaca. Pendekatan menurut Kamus Dewan 1998 pula menyatakan bahawa cara atau langkah2 bagi memulakan serta melaksanakan satu- satu tugasan.Ianya dipilih berasaskan teori - teori tertentu.Contoh pendekatan adalah berpusatkan murid, iaitu murid memainkan peranan dalam P & P . Teknik pula adalah teknik mencipta sesuatu hasil seperti muzik, atau mengarang.Ianya juga sebagai strategi yang digunakan Oleg guru bagi mencapai matlamat dalam P & P. Topic : E-FORUM 1 D053827 RAFIDAH BINTI YAAKOB Replies :84 Views : 362 General Forum : E-FORUM Posted On : 12 Mar 2015 09:32:51 AM Subject : Re : Re : E-FORUM 1 Item Konsep Contoh Pendekatan Cara objektif pelajaran Induktif,deduktif, dicapai elektik Kaedah Cara mendekati obj. Kaedah natural, pelajaran dgn langkah terjemahan, pengajaran yang tersusun. ajukhafaz,linguistik

Upload: marina-mohamed

Post on 19-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Rafidah

Topic : E-FORUM 1

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :84Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 11 Mar 2015 11:22:15 AM Subject : Re : E-FORUM 1

Kaedah merupakan satu tindakan guru yang teratur dalam pembelajaran dan pengajaran supaya objektif tercapai.Ianya merupakan langkah jangka pendek , tersusun, sistematik  serta dijalankan secara berperingkat - peringkat.Contoh :Kaedah oral Aural yang mana pelajar mengembangkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, menulus,bertutur dan membaca.

Pendekatan menurut Kamus Dewan 1998 pula menyatakan bahawa cara atau langkah2 bagi memulakan serta melaksanakan satu- satu tugasan.Ianya dipilih berasaskan teori - teori tertentu.Contoh pendekatan adalah berpusatkan murid, iaitu murid memainkan peranan dalam P & P .

Teknik pula adalah teknik mencipta sesuatu hasil seperti muzik, atau mengarang.Ianya juga sebagai strategi yang digunakan Oleg guru bagi mencapai matlamat dalam P & P.

Topic : E-FORUM 1

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :84Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 12 Mar 2015 09:32:51 AM Subject : Re : Re : E-FORUM 1

Item                             Konsep                                           Contoh

Pendekatan               Cara objektif pelajaran           Induktif,deduktif,

                                     dicapai                                      elektik

Kaedah                     Cara mendekati obj.                   Kaedah natural,

                                   pelajaran dgn langkah               terjemahan,

                                   pengajaran yang tersusun.   ajukhafaz,linguistik

Teknik                      Kemahiran guru utk                   main peranan

                                  menjalankan kaedah                 latihtubi

                                  pengajaran.                                 bercerita

                                                                                         inkuiri

Topic : E-FORUM 1

Page 2: Forum Rafidah

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :84Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 15 Mar 2015 05:25:49 AM Subject : Re : Re : E-FORUM 1

Kedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur.Pengajaran bermula dengan peraturan - peraturan bahasa ,perbendaharaan kata secara terasing,paradigma serta terjemahan.Teknik pengajaran pula merupakan suatu alat yang digunapakai oleh guru bahasa dalam menyampaikan bahan pengajaran terpilih untuk para pelajar.Pendekatan adalah proses pengendalian pengajaran secara keseluruhan di dalam kelas.Ianya perlu disesuaikan dengan perkembangan diri dan kebolehan pelajar agar suasana pembelajaran lebih menarik serta berkesan.Kepelbagaian aktiviti  dan juga pemilihan bahan yang sesuai mengikut kebelohan,keupayaan , bakat dan minat para pelajar ( Juriah Long, et al.1992:34).

Topic : E-FORUM 1

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :84Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 19 Mar 2015 07:23:27 AM Subject : Re : Re : E-FORUM 1

Terima kasih atas penyampaian yang bernas ini.Seorang guru mesti mempunyai cara, pendekatan serta teknik yang berkesan bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan  baik.Guru hanyalah sebagai pemudahcara / pembimbing dan selebihnya adalah daya usaha pelajar itu sendiri.

Kaedah pula menjelaskan bagaimana seseorang itu bertindak bagi memastikan pelajar faham apa yang akan diajar.Ini berkaitan dengan langkah2 pengajaran yang tersusun rapi dan mempunyai kesinambungan demi mencapai sesuatu objektif.

Teknik pula lebih kepada pengendalian suatu organisasi dan juga penggunaan alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan2 pengajaran yang ditentukan dalam sesi pengajaran.Teknik tersebut perlu seimbang dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti (Raminah Sabran dan Rahim Syam , 1985:3-4).

Topic : E-FORUM 1

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :84Views : 362

General Forum : E-FORUM Posted On : 19 Mar 2015 08:08:15 AM Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 1

Menurut Kamarudin Husin,( 1998) pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran .Kaedah pula adalah satu perancangan bagi melaksanakan sesuatu perkara agar pelaksanaannya berjalan dengan jayanya.Kaedah juga adalah alat yang membolehkan pengajaran lebih teratur,kemas dan bersistem.Teknik merupakan strategi  yang digunakan untuk mencapai tujuan yang dirancang oleh guru di dalam objektif pengajaran.

Topic : E-FORUM 2

D053827 General Forum : E-FORUM Posted On : 15 Mar 2015 08:19:07 PM

Page 3: Forum Rafidah

RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :63Views : 267

Subject : Re : E-FORUM 2

Penggabungjalinan ialah proses dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Bahan - bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang betul hendaklah disampaikan secara berturutan dan saling berkait antara satu dengan lain.Antara lain tujuan strategi  ini ialah pelajar dapat menguasai kemahiran berbahasa secara serentak.Ianya meliputi topik,konsep,tujuan,prinsip serta bentuk.Bentuk pengajaran menjadi lebih unik, berkesan mampu menarik .Guru berpeluang mengaplikasikan kemahiran sedia ada, dalam menyampaikan sesi pengajaran yang berbeza. Aktiviti P& P juga turut dijalankan melalui pelbagai kemahiran yakni lisan,membaca,menulis dan mampu melibatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh.Strategi penggabungjalinan mempunyai 4 prinsip utama yang perlu dipatuhi ( Juriah Long,1992:24).Antaranya ialah ianya mestilah mudah ubah dan bergantung sepenuhnya kepada matlamat serta objektif P & P.Kedua, guru harus tahu kemahiran yang mahu digabungjalinkan.Perancangan kemahiran fokus dan sampingan haruslah disediakan dengan teratur.Penggabungjalinan yang dilakukan hendaklah menjurus kepada kebolehan dan pencapaian pelajar.Strategi  ini terdiri daripada 3 bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan bahan  dan penggabungjalinan aktiviti.

Ketika mengajar subjek Muzik dan Pendidikan Seni,kita juga boleh menggabungjalinkan kemahiran bahasa.Sekurang- kurangnya dua aktiviti dapat digabungjalinkan mengikut keperluan serta keseduaian.Contohnya , dalam aktiviti lisan,berceramah, aktiviti penulisan  iaitu mencatat isi - isi penting dapat digabungjalinkan.

Topic : E-FORUM 2

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :63Views : 267

General Forum : E-FORUM Posted On : 20 Mar 2015 06:23:28 AM Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 2

Terima kasih atas perkongsian idea serta pendapat.Penggabungjalinan adalah proses dalam sesi pengajaran Dan pembelajaran yang menyediakan bahan-bahan pembelajaran supaya bidang kemahiran yang berkait dapat disampaikan secara bwrturutan .Penggabungjalinan ini mestilah mudah ubah bergantung kepada matlamat serta objektif P & P yang ingin dicapai.Kemahiran yang digabungjalinkan juga hendaklah sesuai.Guru perlu merancang kemahiran fokus dan juga sampingan dengan baik.Kebolehan serta pencapaian pelajar juga wajar dipentingkan semasa ppenggabungjalinan ini dilakukan.

Topic : E-FORUM 2

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :63Views : 267

General Forum : E-FORUM Posted On : 24 Mar 2015 10:31:22 AM Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 2

Penggabungjalinan adalah Satu usaha yang berupaya mengelakkan guru dari mengajar kemahiran yang tidak tentu hala.Pengukuhan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain bag I menjadikannya lebih berkesan.Antara tujuan penggabungjalinan ialah kemahiran dapat dikuasai secara serentak.Aktiviti juga akan jadi lebih menarik dan kreatif.Pelajar mampu belajar dengan lebih seronok dan aktif.Hubungan antara guru dan murid juga lebih rapat dan Susana pembelajaran menjadi lebih selesa .Persaingan antara pelajar ketika sesi pembelajaran juga lebih sihat dan mampu memotivasikan antara satu dengan lain.

Page 4: Forum Rafidah

Topic : E-FORUM 3

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

General Forum : E-FORUM Posted On : 18 Mar 2015 11:15:23 AM Subject : Re : E-FORUM 3

Pengenalan, penyampaian,penilaian dan penerapan adalah peringkat

Page 5: Forum Rafidah

Replies :43Views : 192

- peringkat yang terdapat di dalam pendekatan 4P.Peringkat pertama iaitu pengenalan di mana guru akan memberikan contoh- contoh yang sesuai disamping penjelasan2 yang mudah difahami kepada pelajar .Pelajar akan memberikan tumpuan yang maksima terhadap pengajaran guru.Set induksi yang menarik, ringkas juga turut diamvilkira dalam mencuri perhatian setiap pelajar bagi sesuatu sesi pembelajaran.

Penyampaian pada peringkat kedua pula adalah kesinambungan dari yang pertama.Guru menyediakan aktiviti- aktiviti yang sesuai dengan topik yang mana pelajar boleh melakukannya seperti analisis, interpret , serta peneguhan.Selain itu, soalan- soalan yang dikemukakan kepada pelajar akan memberikan suasana pembelajaran yang kondusif dan aktif.

Penilaian pula mengambil tempatnya menerusi peringkat ketiga ini.Pelbagai bentuk latihan disediakan bagi mengukur tahap pemahaman pelajar.Menerusi penilaian ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

Pelajar akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan mereka dengan menyatakan mahupun secara bertulis.Guru akan memberikan bimbingan dan kekuatan mental digunakan oleh pelajar dalam melakukan aktiviti membina ayat,bertutur dan menulis.

Floyd Bergman (1977) memperkenalkan pendekatan 4P yang dianggap begitu berkesan dalam menguasai tatabahasa

Topic : E-FORUM 3

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :43Views : 192

General Forum : E-FORUM Posted On : 27 Mar 2015 11:47:15 AM Subject : Re : Re : E-FORUM 3

Terima kasih atas penerangan yang panjang lebar. Guru seharusnya mempunyai persediaan yang cukup sebelum memulakan pengajaran.Langkah pertama ialah pengenalan.Guru mesti memberikan pengenalan serta contoh2 yang bersesuaian supaya pelajar mengetahui tentang topik pada hari berkenaan.Guru juga perlu menunjukkan demonstrasi  dengan jelas.Penyampaian yang bersungguh2 juga akan memberikan kesan terhadap sesi pengajaran pada hari tersebut.Bagi tujuan penilaian pula, guru perlu memberikan latihan -latihan yang secukupnya kepada pelajar.Tahap terakhir ialah aktiviti- aktiviti yang sesuai dengan tahap pembelajaran sesuatu kelas.Mereka juga mampu berkomunikasi dengan guru dalam membincangkan sesuatu masalah ataupun memerlukan bimbingan daripada guru .

Topic : E-FORUM 3

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :43Views : 192

General Forum : E-FORUM Posted On : 06 Apr 2015 05:19:23 AM Subject : Re : Re : Re : E-FORUM 3

Terima kasih atas perkongsian idea .Sesi pengajaran yang berkesan adalah ianya mempunyai elemen-elemen 4P iaitu Pengenalan,Penyampaian, Penilaian dan Penerapan.Kesemua ini perlu ada bagi memastikan keberkesanan sesuatu pengajaran.Guru perlu memperkenalkan tajuk kepada pelajar.Cara dan gaya penyampaian pula adalah berkaitan dengan tajuk .Penilaian pula merujuk kepada sesi membuat latihan yang telah disediakan.Latihan

Page 6: Forum Rafidah

tersebut mampu mengesan kefahaman para pelajar terhadap pelajaran pada hari itu.Langkah terakhir ialah penerapan yang mana pelajar menulis idea mereka terhadap tajuk yang telah mereka pelajari.

Topic : E-FORUM 4

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :34Views : 145

General Forum : E-FORUM Posted On : 13 Mar 2015 08:15:50 PM Subject : Re : E-FORUM 4

Penilaian adalah satu proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat dalam menentukan sesuatu prestasi.Ianya juga adalah proses menguji, mengukur serta membuat pertimbangan mengenai

Page 7: Forum Rafidah

kebolehan  mahupun kemahiran berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran  ( Koh Boh Boon, 1989:10)

Penilaian formatif  yakni penaksiran yang sistematik dilakukan sepanjang tahun.Ianya digunakan  bagi mengesan tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam sesuatu unit.Maklumat yg dikumpulkan itu akan digunakan segera dan berterusan dalam memberikan bimbingan kepada pelajar dan seterusnya memudahkan guru mencapai objektif dalam P & P.Penilaian ini menggunakan pemerhatian,latihan serta senarai semak.Maklumat tersebut digunakan oleh guru dalam membimbing dan memperbaiki kelemahan pelajar.Itulah ciri - ciri penilaian formatif.

Berikut pula adalah ciri-ciri penilaian sumatif.Ianya diukur merangkumi semua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu.Guru dapat menilai sejauhmana objektif pencapaian pengajaran yang telah dicapai dan juga membuat perbandingan antara pelajar.Ianya formal kerana menggunakan kertas ujian,soal jawab secara lisan.Markah dan gred diberikan untuk tujuan penggredan.

Topic : E-FORUM 4

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :34Views : 145

General Forum : E-FORUM Posted On : 18 Mar 2015 10:29:46 PM Subject : Re : Re : E-FORUM 4

Ujian formatif yang digunakan bagi menguji sesuatu unit / tajuk yang diajar.Skop soalan terhad .Ianya bertujuan menguji kemajuan serta pencapaian pelajar dalam sesuatu bab, dalam jangka masa singkat.Ujian ini dijalankan secara mingguan atau bulanan.

Ujian sumatif digunakan pada hujung kursus ataupun pengajian.Berbentuk semester atau tahunan.Tujuan ujian sumatif ini adalah melihat pencapaian pelajar dalam matapelajaran secara keseluruhan.Kesemua peperiksaan awam adalah berbentuk sumatif.

Antara aktiviti yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah pemerhatian,tugasan,laporan dan perbincangan.

Topic : E-FORUM 4

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :34Views : 145

General Forum : E-FORUM Posted On : 01 Apr 2015 12:13:51 PM Subject : Re : Re : E-FORUM 4

Terima kasih atas perkongsian maklumat.Ujian formatif dan sumatif memang dijalankan oleh guru bagi menentukan pencapaian pelajar.Sebagaimana yang kita ketahui, ujian formatif  dijalankan setelah sesuatu unit diajar dan guru ingin mengetahui tahap kefahaman pelajar.Melalui ujian tersebut , guru boleh membuat penambahbaikan terhadap mutu pengajaran serta memberikan latihan-latihan yg sesuai kepada pelajar.

Manakala ujian sumatif pula diberikan pada akhir kursus bagi menilai tahap penguasaan pelajar.Guru dapat menilai samada kursus yang diberikan berkesan atau tidak.Melalui ujian yang diberikan, penempatan seseorang mahupun pemilihan ke pusat2 pengajian

Page 8: Forum Rafidah

tinggi berjaya dijalankan .

Topic : E-FORUM 5

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :11Views : 129

General Forum : E-FORUM Posted On : 05 Apr 2015 10:06:02 PM Subject : Re : E-FORUM 5

Terdapat banyak kaedah dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.Meskipun saya tidak mengajar subjek ini di sekolah,apa yang saya boleh nyatakan ialah kaedah pengajaran guru

Page 9: Forum Rafidah

yang masih lagi bersifat tradisional iaitu menggunakan buku teks dan buku aktiviti.Tidak dapat dinafikan bahawa ianya memang penting tetapi sebagai guru ,kita haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar tidak merasa jemu, mencuba sesuatu yang baru serta bersesuaian dengan tahap kemahiran pelajar serta menarik minat mereka terhadap pelajaran yang diajar.Secara tidak langsung, kita juga dapat mempelajari sesuatu yang baru.Sekurang-kurangnya, jika kita menggunakan ICT untuk mengajar, para pelajar dapat mencari bahan - bahan secara meluas berbanding menggunakan buku teks dan buku aktiviti sahaja.

Topic : E-FORUM 5

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :11Views : 129

General Forum : E-FORUM Posted On : 06 Apr 2015 11:55:22 AM Subject : Re : Re : E-FORUM 5

Saya bersetuju dengan isu-isu yang Cikgu kemukakan.Saya tertarik dengan isu kemudahan fizikal.Bilik darjah sewajarnya tempat murid- murid belajar dengan selesa.Namun begitu, apa yang terjadi kini ialah murid yang begitu ramai di dalam kelas yang sempit.Pergerakan guru menjadi terhad dan ini menjadikan suasana pembelajaran tidak menyeluruh.Objektif tidak tercapai dan ramai yang kurang menguasai kerana terganggu dengan situasi yang tidak selesa.

Pihak sekolah seharusnya memikirkan tentang masalah ini dan tidak hanya akan membebankan guru semata.Keadaan murid yang tidak terlalu ramai serta kelas yang kondusif akan memberikan suasana pembelajaran yang teratur, menarik serta harmoni.

Topic : E-FORUM 5

D053827RAFIDAH BINTI YAAKOB

Replies :11Views : 129

General Forum : E-FORUM Posted On : 07 Apr 2015 05:35:49 AM Subject : Re : Re : E-FORUM 5

Saya tertarik dengan pendapat Cikgu.Dimana - mana sahaja mereka bercakap tentang Kbat.Ini adalah salah satu kemahiran berfikir aras tinggi.Melalui Kbat inilah seseorang itu akan menjadi lebih berinovasi, kreatif , kritis serta mampu bersaing di peringkat global.Namun begitu, bagi memastikan kemahiran ini, bukanlah satu tugas  mudah.Guru harus bijak menyesuaikan bahan pengajaran serta membimbing percambahan idea-idea agar para pelajar mampu menjadi insan yg mampu berfikir secara kreatif dan kritis.