teks forum sebenar

26
Teks Forum Tajuk : Rukun Negara Asas Pembentukan Hubungan Etnik Panel 1 : Dr Hasrie Sufyan bin Yusuf Panel 2 : Profesor Fazri Bin Bakeri Panel 3 : Ustaz Dr. Ahmad Syamil Bin Aziz Panel 4 : Dr. Khairi Bin Sahari Pengerusi: Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripada Nya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum bertajuk “ Rukun Negara Asas Pembentukan Hubungan Etnik” bersama saya pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum bahawa rukun negara asas Rukun Negara Asas Pembentukan Hubungan Etnik” ( pengenalan kpd tajuk ) Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Dr Hasrie Sufyan yang merupakan pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Apa khabar Dr? Panel Pertama : Alhamdulillah sihat Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi macam mana? 1

Upload: syamil-aziz

Post on 24-Oct-2015

3.445 views

Category:

Documents


184 download

DESCRIPTION

Teks Forum HUB

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Forum Sebenar

Teks Forum

Tajuk : Rukun Negara Asas Pembentukan Hubungan Etnik

Panel 1 : Dr Hasrie Sufyan bin Yusuf

Panel 2 : Profesor Fazri Bin Bakeri

Panel 3 : Ustaz Dr. Ahmad Syamil Bin Aziz

Panel 4 : Dr. Khairi Bin Sahari

Pengerusi: Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu

wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan

salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripada Nya,

dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum bertajuk “ Rukun Negara Asas

Pembentukan Hubungan Etnik” bersama saya pada pagi/petang yang berbahagia ini.

Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita

pada hari ini, kita sedia maklum bahawa rukun negara asas Rukun Negara Asas

Pembentukan Hubungan Etnik” ( pengenalan kpd tajuk )

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Dr Hasrie Sufyan yang

merupakan pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Apa khabar Dr?

Panel Pertama : Alhamdulillah sihat Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi macam mana?

Pengerusi : Alhamdulillah sihat juga Dr.

Seterusnya ahli panel kedua, nampak tenang orang dan bijak berkata – kata iaitu Profesor

Fazri Bin Bakeri, pensyarah Fakulti Pengajian Sosial Universiti Malaya. Selamat datang

Profesor.

Profesor Fazri : sama – sama ( sambil tersenyum )

.

Dan di hujung sana, nampak serius tapi baik hati budinya Dr Khairi Bin Sahari dari Universiti

Malaysia Sarawak. Selamat datang juga buat Dr. Tidak lupa juga kepada ahli panel kita

yang keempat, tampak manis dengan senyumannya dan semestinya kata-katanya juga, al-

1

Page 2: Teks Forum Sebenar

Fadhil Ustaz Dr. Ahmad Syamil Bin Aziz, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya kampus Nilam Puri. Selamat dating juga kepada Ustaz.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama berkaitan

kepercayaan kepada tuhan----SEJAUH MANA PENGHAYATAN TERHADAP PRINSIP

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DAPAT MEMBINA HUBUNGAN BAIK ANTARA ETNIK

DI MALAYSIA----------------------

Panel pertama : -------------------------- Malaysia merupakan sebuah negara yang

dibentuk sejak 56 tahun yang lalu. Ini adalah hasil usaha para pemimpin, pejuang

kemerdekaan dan rakyat yang cintakan kedamaian. Usaha yang dibuat telah

menemu kejayaan apabila kemerdekaan yang dituntut diisytiharkan secara rasmi

oleh Tunku Abdul Rahman pada pagi 31 Ogos 1957 selepas dijajah sejak tahun

1511. Peristiwa yang bersejarah itu telah berlangsung di Stadium Merdeka dihadiri

oleh ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika itu. Selepas

kemerdekaan rakyat Malaysia hidup dalam harmoni dan aman. Keadaan ini kekal

sehingga satu peristiwa yang boleh dikatakan sebagai titik hitam dalam sejarah

Malaysia.

Peristiwa yang saya dimaksudkan ialah rusuhan kaum 13 Mei 1969 di Kuala

Lumpur. Berlaku selepas 12 tahun merdeka. Peristiwa ini ialah yang terburuk

berlaku dalam Malaysia. Banyak nyawa yang terkorban, kemusnahan harta benda

secara tidak langsung melumpuhkan ekonomi negara. Punca peristiwa ini

disebabkan sikap tidak bertolak ansur kaum pada ketika itu. Setelah peristiwa

tersebut, MAGERAN atau Majlis Gerakan Rakyat bersepakat untuk membentuk

Rukun Negara yang menjadi asas tonggak idealogi Malaysia. Ia dibentuk hampir 1

tahun selepas tragedi 13 Mei 1969. Rukun Negara telah isytiharkan pada 31 Ogos

1970 oleh Yang di-Pertuan Agong semasa sambutan kemerdekaan ke 13.

2

Page 3: Teks Forum Sebenar

Rukun negara merupakan satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi

keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Objektif rukun negara ialah untuk

mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat, memelihara cara

hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, membentuk satu sikap yang

liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan

membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi

moden.

Prinsip rukun negara yang perlu dihayati setiap rakyat Malaysia ialah

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,

KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG dan

KESOPANAN DAN KESUSILAAN. Prinsip yang pertama ialah kepercayaan kepada

tuhan. Ini menjadi teras dalam pembangunan insan, masyarakat dan negara yang

merangkumi peningkatan kualiti jasmani, emosi, rohani dan intelek. Rakyat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta anutan agama berbeza telah

hidup bersama. Keadaan ini memerlukan sesuatu prinsip yang dapat

menyatupadukan kepelbagaian.

Setiap agama yang dianuti menyuruh penganutnya supaya melakukan

kebaikan dan tidak melakukan kejahatan. Kerajaan telah melihat prinsip ini sebagai

modal penyatuan, kerjasama, hormat-menghormati dan toleransi antara satu sama

lain. Dengan kepercayaan kepada tuhan, masyarakat diingatkan dengan ajaran

agama yang menyeru kepada kebaikan pada diri malahan juga kepada orang lain.

Ini dapat membentuk hubungan yang antara etnik di Malaysia.

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia sebagaimana yang

telah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, agama lain

bebas diamalkan secara aman dan damai di Malaysia. Ini bermaksud agama lain

selain Islam, iaitu Kristian, Hindu, Buddha dibenarkan untuk diamalkan mengikut

kepercayaan masing-masing. Kaum Melayu sinonim dengan agama Islam sebagai

pegangan, Buddha diikuti oleh kaum cina dan hindu adalah ajaran dipraktikkan oleh

kaum India.

3

Page 4: Teks Forum Sebenar

Seterusnya tidak ada diskriminasi terhadap masyarakat disebabkan

perbezaan anutan agama. Konsep kebebasan agama ini selari dengan tuntutan

agama Islam yang tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk agama Islam

melainkan dengan kerelaan sendiri. Islam menuntut supaya menghormati agama

yang dianuti. Walaupun begitu, Islam juga menuntut umatnya melaksanakan usaha

dakwah dengan cara berhemah, bijaksana dan dengan cara yang baik dan sopan.

Seterusnya berdasarkan prinsip kepercayaan kepada tuhan ini, dapatlah

dipupuk perpaduan dan hormat-menghormati antara etnik di Malaysia. Ini kerana

setiap agama mempunyai kepercayaan kepada tuhan yang esa. Melalui

kepercayaan ini, penganutnya akan mengamalkan cara hidup yang baik dan benar.

Penerapan nilai murni dalam keluarga boleh membentuk individu yang berakhlak

baik.

Akhlak yang baik inilah yang akan menjadikan sesuatu etnik itu memahami

dan menerima perbezaan etnik yang lain. Sifat toleransi, keterbukaan dan tolak

ansur dapat mengeratkan lagi hubungan etnik tersebut. Jika setiap individu dalam

etnik mempunyai pegangan yang kukuh dalam agama dan kepercayaan kepada

tuhan, sikap prejudis dan prasangka dapat dielakkan. Mereka tidak akan

menimbulkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama sekali gus akan merosakkan

hubungan etnik.

Dalam agama Islam, adalah dituntut untuk menghormati dan mengasihi jiran

sebagaimana mengasihi diri sendiri. Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam hadis

Rasulullah S.A.W yang bermaksud : tidak beriman seseorang daripada kamu

sehingga dia mengasihi jirannya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (riwayat

Bukhari dan Muslim). Jiran di sini tidak hanya merujuk kepada muslim sahaja, malah

jiran yang bukan muslim perlu dihormati dan dikasihi. Ia tidak membataskan

pegangan agama dan kaum individu yang menjadi jiran seseorang muslim itu kerana

sesiapa yang tinggal bersebelahan akan tetap menjadi jirannya dan perlulah

dihormati dan dikasihi.

4

Page 5: Teks Forum Sebenar

Apabila keadaan seperti ini diamalkan, hidup bermasyarakat di negara yang

berbilang kaum ini akan lebih harmoni dan secara langsung perpaduan dapat

dibentuk. Jiran akan membantu antara satu sama lain jika terdapat sesuatu musibah

yang melanda. Prinsip kepercayaan kepada tuhan jika dihayati dengan sepenuh hati

dapat membina hubungan yang kukuh antara etnik di Malaysia. Seterusnya ini akan

merealisasikan hasrat Perdana Menteri kita membentuk gagasan 1 Malaysia.

Melalui hubungan etnik yang telah terbentuk ini, budaya etnik masing-masing dapat

dikenali dan dihargai bersama.

Akhir sekali saya akan membuat satu kesimpulan tentang prinsip

kepercayaan kepada tuhan dalam pembentukan hubungan etnik di Malaysia ini.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pegangan agama perlulah

menghayati dan mendalami agama kepercayaan masing-masing. Penghayatan itu

penting untuk membentuk akhlak yang baik dan ini akan memberi kesan kepada diri,

masyarakat dan negara. Dalam masyarakat ini akan membentuk perpaduan yang

penting dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara. Sesungguhnya

dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik ini, perpaduan dan kerjasama

antara etnik ini adalah sesuatu yang utama dan perlulah dijaga agar negara

Malaysia terus berkembang dan aman pada masa akan datang.

Soalan berikutnya saya tujukan kepada Profesor Fazri. Profesor, apakah maksud

kesetiaan kepada raja dan negara serta kepentingannya dalam membina hubungan etnik

yang baik? Di samping itu, apakah implikasi yang akan berlaku sekiranya prinsip kedua

dalam Rukun Negara ini tidak diamalkan oleh rakyat. Jelaskan Profesor.

Profesor Fazri: Terima kasih Tuan Pengerusi majlis. Sebelum saya menerangkan dengan

lebih lanjut tentang tajuk ini. Terlebih dahulu saya menjelaskan prinsip rukun negara yang

kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara. Kesetiaan kepada raja dan negara

bermaksud Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum wajib untuk taat setia kepada raja dan

negara. Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara

mempunyai kaitan yang sangat rapat. Hal ini kerana negara kita mengamalkan sistem

demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan.

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-

Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Pada 13 Disember 2011 Al-Sultan

5

Page 6: Teks Forum Sebenar

Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum

Sultan Badlishah telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14 dan

Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman Raja Permaisuri Agong.

Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang

membentuk Parlimen di negara ini dan wajib ditaati dan dihormati oleh seluruh rakyat

Malaysia tanpa mengira kaum.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rakyat Malaysia wajib menumpahkan taat setia mereka kepada raja agar hubungan

etnik di Malaysia boleh terjalin dengan erat. Hal ini kerana, peranan Raja Berpelembagaan

yang menjadi simbol perpaduan rakyat dan keharmonian negara. Perkara ini telah dikupas

oleh Profesor Harry Groves (1964), mendapati bahawa pemerintahan beraja memberikan

satu simbol perpaduan yang ketara dalam sesebuah negara yang terpapar

kepelbagaiannya. Justeru itu, kewibawaan Raja Berpelembagaan ini menjadi bentang

pengukuhan hubungan etnik kerana rasa taat rakyat Malaysia membolehkan ancaman sama

ada dari luar mahupun dari dalam negara dapat ditangkis dengan mudah. Lantas

menjadikan hubungan etnik dapat dibentuk dengan baik.

Selain itu, berdasarkan kesetiaan kepada raja dan negara. Raja berperanan sebagai

pemerintah yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama. Di samping itu, setiap

keputusan yang dititahkan baginda telah mengambil kira nasihat dari Perdana Menteri.

Justeru itu, perkara ini telah disokong oleh Raja Nazrin Shah (2011) iaitu telah bertitah

bahawa peranan Institusi Raja sebagai “Payung Negara” wajib memberi naungan secara

saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum atau agama seperti yang tersurat dalam

salah satu dari Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Dengan ini adalah penting kepada rakyat

Malaysia mempercayai tampuk pimpinan Raja Berpelembagaan justeru diwajibkan

mengamalkan prinsip kedua ini sebagai panduan dalam pembentukan hubungan etnik yang

baik.

Dalam pada itu, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mengamalkan prinsip

kedua dalam Rukun Negara ini kerana raja merupakan ketua kepada negara Malaysia.

Justeru itu, raja dengan negara adalah saling berkaitan iaitu, taat kepada raja bermaksud

taat juga kepada negaranya. Semangat patriotisme akan wujud dalam jiwa setiap rakyat

Malaysia yang pelbagai kaum lantas rasa hormat dan menjunjung kasih kepada Raja

berjaya membentuk nilai diri yang positif. Nilai diri yang positif dalam sanubari rakyat

Malaysia seperti menghormati kepelbagaian budaya, saling bekerjasama dan

bertanggungjawab membentuk satu komuniti 1 Malaysia yang bersatu padu. Dengan ini

pembentukan hubungan etnik dapat dikekalkan dan ditambah baik.

6

Page 7: Teks Forum Sebenar

Saudara – saudari yang dihormati sekalian,

Seandainya rasa kesetiaan kepada Raja dan negara hilang dari lubuk hati rakyat

Malaysia. Saya percaya musibah yang buruk pasti akan berlaku di negara kita khususnya

dari aspek hubungan etnik.

Berdasarkan laporan daripada akbar Utusan Online bertarikh 25 November 2011

yang bertajuk “ Anwar Pengkhianat Negara” jelas mendedahkan wujudnya pengkhianatan

terhadap negara tercinta ini. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melanggar etika

sebagai rakyat Malaysia tergamak memburuk – burukkan nama negara dengan fakta palsu

iaitu sistem pentadbiran di Malaysia tidak sistematik dan tidak adil kepada pihak asing tidak

ubah memijak maruah negara di mata dunia. Beliau merayu kepada pihak pentadbiran

Australia untuk campur tangan dalam menangani kelemahan pentadbiran Malaysia

khususnya dari aspek pilihan raya agar bebas rasuah dan penipuan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tindakan Datuk Seri Anwar sebenarnya telah menggugat keharmonian dan

hubungan kaum di negara kerana beliau seolah – oleh menggalakkan campur tangan asing

dalam pentadbiran negara. Jangan sesekali kita membiarkan penjajahan berulang kembali

kerana penjajah akan bijak membuat perancangan untuk memporak-perandakan negara

melalui hasutan – hasutan berbaur perkauman serta menimbulkan isu sensitif perkauman.

Dengan ini perhubungan etnik di Malaysia menjadi tegang dan berlakunya pergaduhan,

kebencian dan pergolakan. Perkara ini amat kita elakkan kerana hanya menghancurkan

perpaduan kaum serta menggagalkan konsep perpaduan 1 Malaysia.

Sidang dewan yang dihormati sekalian,

Seterusnya saya mengupas kesan buruk penderhakaan kepada kesetiaan kepada

raja. Isu penderhakaan Datuk Ambiga Sreenavasen pernah hangat diperkatakan beberapa

tahun yang lalu dan laporan oleh mstar online bertarikh 27 Julai 2011 yang bertajuk “

Ambiga Angkuh Ingkar Titah Agong” turut menjelaskan sikap derhaka kepada titah Yang di-

Pertuan Agong. Hal ini tercetus berhubung perhimpunan jalanan iaitu Bersih 2.0 di ibu

negara pada 9 Julai 2011. Saya berpendapat perkara derhaka atau ingkar kepada titah

Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya berlaku kerana baginda merupakan ketua negara

yang harus dihormati, disanjung tinggi dan simbol perpaduan kaum di Malaysia. Kedegilan

Ambiga sehingga menimbulkan kekecohan dalam negara serta mencemar imej negara

hanya menggugat hubungan pelbagai kaum. Rakyat yang pelbagai kaum seolah – olah

dipergunakan dalam perhimpunan haram tersebut untuk kepentingan pihak lain dan

7

Page 8: Teks Forum Sebenar

sekiranya kekecohan ini terus berlaku saya percaya sistem pemerintahan negara akan

lumpuh. Justeru itu, tanpa pemerintah yang baik maka hasutan – hasutan dan isu sensitif

berbaur perkauman akan timbul dan menggalakkan pertelingkahan antara kaum di

Malaysia. Dengan ini barulah kita akan tersedar dengan kebenaran titah baginda sultan

Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu “Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa

keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik”. Justeru itu berfikirlah dengan

lebih rasional sebelum melakukan sesuatu perkara dan jangan “ sudah terhantuk baru

tengadah “.

Hadirin sekalian,

Saya merasakan sebagai rakyat Malaysia yang pentingkan kesejahteraan hubungan

etnik di dalam negara, seharusnya kita bersama – sama berganding bahu dengan kerajaan

menyedarkan rakyat Malaysia untuk mempunyai semangat taat setia kepada raja dan

negara lantas berjaya menyatupadukan hubungan etnik agar menjadi lebih baik.

Sebelum kita ke panel yang seterusnya, suka saya ingatkan bahawa rukun Negara

sememangnya memberikan kesan yang positif kepada kita, lebih-lebih lagi apabila berada di

Negara yang mempunyai pelbagai etnik, umumnya di Malaysia. Jadi, tanpa melengahkan

masa lagi, kita akan menujukan pandangan seorang pensyarah kanan dari Universiti Malaya

mengenai keluhuran perlembagaan. Pada hemah ustaz sendiri, bolehkah ustaz

menerangkan apa yang kabur pada pandangan para hadirin mengenai keluhuran

perlembagaan? Dipersilakan.

Panel ketiga/ Ustaz Dr. Ahmad Syamil Bin Aziz

Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada

kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi

rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Ringkasnya, perlembagaan yang mulia

dan luhur itu wajarlah dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun Negara.

Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam prinsip

Rukun Negara. Terdapat beberapa aspek utama dalam perlembagaan Negara Malaysia.

Antara aspek-aspek utama tersebut adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan

agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Di samping itu, Hak-hak Keistimewaan

Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak

juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

8

Page 9: Teks Forum Sebenar

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga

diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang

layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun

bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah

tidak dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua

Malaysia. Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi

agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan

agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat

juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada

sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di

negara ini. Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara

Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau

Keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada

bangsa dan negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat

sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan Negara

Malaysia ini.

Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan etnik di negara ini.

Melalui perlembagaan Malaysia, ketuanan Melayu selaku penduduk dominan di negara ini

terpelihara dan pada masa yang sama kepentingan etnik lain tidak diabaikan sebaliknya

wujud toleran untuk mereka hidup aman dan makmur di negara ini. Perlembagaan sentiasa

dipinda dari semasa ke semasa mengikut kepentingan sejagat dan menyeluruh. Menurut

Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri asas

perlembagaan Malaysia. Antara ciri-ciri yang digariskan oleh beliau adalah perlembagaan

mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan, Malaysia sebagai Negara raja

berperlembagaan, Malaysia sebagai Negara yang berparlimen dan perlembagaan

memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama

tidak mengasaskan Malaysia sebagai Negara teokrasi dan dengan jelas menjamin

kebebasan agama.

Di samping itu, beliau juga menggariskan bahawa perlembagaan memperuntukkan

pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan bermakna seluruh jentera pentadbiran

bukan sahaja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta

seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang yang dimaksudkan ialah Parlimen, Eksekutif dan

Badan Kehakiman dan ketiga-tiga cabang ini tiada yang lebih tinggi antara satu sama lain

yang menunjukkan sama rata serta mereka juga mempunyai fungsi yang berbeza. Akhir

sekali, perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan

9

Page 10: Teks Forum Sebenar

bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa eksekutif

untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam Perlembagaan.

Sekarang, sudah hamper 56 tahun Negara kita telah merdeka, kita dapati

kesinambungan perkongsian pemerintahan terus berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan

UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan

parti pembangkang yang lain. UMNO didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi

oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili

dalam pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada

sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan diri dalam bidang politik.

Walaupun dalam bidang pentadbiran keutamaan diberikan kepada etnik Melayu namun

etnik-etnik lain turut diberi peluang untuk mewakili etnik mereka melibatkan diri secara

langsung dalam pentadbiran Negara.

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of Race

Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila dua atau

lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama.

Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya perbezaan.

Jika mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu, maka

hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan. Dua kerangka utama yang

sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model asimilasi dan juga model

pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat kebersamaan dan keserasian

antara etnik di sesebuah negara.Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk

mewujudkan kebersamaan tersebut. Program memartabatkan Bahasa Melayu dan

penerapan Pendidikan Islam merupakan antara usaha kerajaan dalam memberi ruang

kepada rakyat pelbagai kaum mengetahui budaya dan mereka perlu menghormati Bahasa

Melayu dan agama Islam sebagai entity rasmi Malaysia.

Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu asimilasi

budaya, struktur, psikologi dan biologikal. Model pluralisme pula merujuk kepada usaha

menjayakan hubungan dengan meraikan kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik,

fesyen dan makanan.Ia akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan

usaha hubungan etnik. Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh

rakyat menghayati dan memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan

etnik sebagai asas bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali

berpolemik. Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM

mengenai Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden

10

Page 11: Teks Forum Sebenar

daripada semua etnik masih rendah. Maka tidak hairanlah apabila sebahagian besar rakyat

dengan begitu mudah berjaya dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi.

Pengetahuan yang rendah akan mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan

antara kaum dan menjejaskan kestabilan negara. Perlembagaan Persekutuan merupakan

sumber tertinggi perundangan negara. Semua undang-undang yang digubal perlu

memenuhi semangat dan aturan yang termaktub di dalamnya.Satu bangsa Malaysia hanya

boleh wujud secara realistik bila keluhuran perlembagaan diterima, dihormati dan dihayati

oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Apa yang lebih

mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini yang terus

mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui

langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung, menjunjung

tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu

tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa,

keturunan, agama, dan kebudayaannya.

Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang

kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan

bertujuan supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai

perpaduan kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba

memecah-belahkan kita. Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka

barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula

sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik

tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan

kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta

mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan

kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

Saya teringat akan satu peristiwa pada zaman nabi Muhammad SAW di mana satu

perlembagaan yang pertama di dunia telah digubal dan dipatuhi oleh seluruh umatnya pada

zaman tersebut. Rasulullah SAW dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai

perlembagaan madani, baginda telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-

norma masyarakat Madinah ketika itu. Piagam ini juga merupakan salah satu tanda di mana

wujudnya satu kerajaan pada ketika itu, iaitu Madinah Al Munawwarah. Terdapat beberapa

tujuan Piagam Madinah ini dilaksanakan. Antaranya adalah Menghadapi masyarakat

majmuk Madinah, membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk, ingin

menyatukan masyarakat pelbagai kaum, mewujudkan perdamaian dan melenyapkan

permusuhan serta membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah.

11

Page 12: Teks Forum Sebenar

Sebenarnya, saya dapati tujuan permaktuban piagam ini sangat banyak. Terdapat pelbagai

hikmah yang lain. Semestinya, antara Piagam Madinah dan juga Perlembagaan Malaysia,

tidak jauh bezanya. Penting bagi kita untuk mengambil iktibar terhadap sejarah. Rasulullah

sendiri mengajar kita untuk sentiasa berdamai dan berada dalam suasana hormat-

menghormati antara satu sama lain. Apabila sahnya Negara Malaysia merupakan Negara

Islam yang diiktiraf dan telah menyertai OIC, maka wajib bagi rakyat Malaysia tidak kira

Islam ataupun bukan Islam, wajib untuk berada dalam kedamaian dengan Negara yang

berkebajikan ini.

Panel keempat/ Dr. Khairi Bin Sahari.

Seterusnya adalah soalan kepada panel ke tiga/ Dr Kedaulatan undang - undang

Menurut kamus dewan edisi keempat, kedaulatan undang-undang iaitu Rukun Negara

yang keempat membawa maksud kedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai

kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan

masyarakat. Saya percaya bahawa setiap negara mempunyai undang-undang yang

tersendiri di mana undang-undang tersebut membawa kepada satu tujuan iaitu perpaduan

kaum, keamanan negara dan kesejahteraan hidup rakyat.

Hadirin yang dihormati,

Dalam Rukun Negara yang keempat ini, setiap rakyat mempunyai taraf yang sama di sisi

undang-undang negara tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender dan kedudukan atau

status sosial. Jika kedaulatan undang-undang ini tidak termaktub dalam Rukun Negara,

saya yakin bahawa setiap rakyat ini akan memandang rendah antara satu sama lain.

Wujudlah isu perkauman sebagai contoh kaum Melayu tidak bergaul dengan kaum yang lain

begitu juga sebaliknya yang berlaku kepada kaum yang lain.

Jika dikaitkan dengan gender, hal ini akan menyebabkan berlakunya penindasan

terhadap golongan wanita. Hal ini kerana golongan wanita ini dianggap lemah kerana

peribadi fitrah mereka iaitu lemah lembut, sopan santun, berbudi pekerti dan sebagainya.

Seterusnya jika dikaitkan dengan status sosial, golongan yang mempunyai pangkat akan

menindas golongan yang tiada pangkat atau golongan bawahan, golongan yang kaya akan

menindas golongan yang miskin. Tidakkah jelas bahawa tiada keadilan yang wujud jika

tiadanya undang-undang?

Undang-undang rimba atau hukum alam menekankan bahawa hidupan yang kuat akan

terus hidup dan sebaliknya yang berlaku kepada hidupan yang lemah. Adakah kita ingin

mengamalkan hukum seperti ini? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Kita sebagai manusia

12

Page 13: Teks Forum Sebenar

boleh hidup bersatu padu dan membina hubungan yang baik antara kaum jika kita mematuhi

undang-undang yang telah digubal oleh negara kita. Jika setiap rakyat mematuhi undang-

undang yang telah ditetapkan, saya pasti dan yakin negara kita akan mencapai keamanan

yang diinginkan dan setiap kaum yang ada di dalam negara ini mampu untuk hidup bersama

tanpa ada pergaduhan atau halangan. Melalui undang-undang ini keadilan akan wujud dan

mengadili segala tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat.

Pernah dahulu semasa saya masih di bangku sekolah, di mana pemikiran saya pada

tahap itu belum matang. Saya memikirkan bahawa peraturan yang dibina adalah untuk

dilanggar. Rakan-rakan saya juga memikirkan perkara yang sama dan mereka langsung

tidak memikirkan apa kesan yang akan berlaku kepada diri mereka jika mereka melanggar

peraturan. Hal ini telah menyebabkan banyak sekolah yang terdapat di negara kita

mengalami isu atau masalah yang sama sepanjang tahun sebagai contoh murid-murid

ponteng kelas, merokok, melawan guru dan sebagainya. Pemikiran sebegitu merupakan

pemikiran yang salah terhadap peraturan atau undang-undang. Jika semua rakyat berfikir

begitu, negara kita yang indah dan aman ini akan menjadi tidak aman dan semakin mundur.

Sebenarnya undang-undang wujud adalah untuk melahirkan rakyat yang berdisiplin dan

bersatu padu seperti yang telah diterangkan sebentar tadi. Kita semestinya tidak ingin

peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi di mana kaum-kaum bermusuhan sesama sendiri.

Akibat daripada peristiwa tersebut, negara kita mundur dan ramai yang telah terkorban. Oleh

itu, untuk mengelakkan berlakunya peristiwa begitu, Rukun Negara telah dicipta. Selain itu,

perdana menteri kita juga telah mewujudkan satu gagasan yang baru iaitu 1Malaysia di

mana seluruh rakyat Malaysia merupakan satu bangsa atau keluarga. Jika kita memahami

slogan 1Malaysia yang sering dilaungkan oleh perdana menteri kita ini, saya pasti kita

semua rakyat Malaysia dapat hidup sejahtera.

Oleh itu, Rukun Negara ini amat penting dihayati oleh setiap golongan umur tidak kira

bangsa atau kaum. Hal ini adalah untuk mencapai satu matlamat iaitu seperti yang telah

saya katakan. Oleh sebab itulah kita sering melihat jika kita ke sekolah dan sebelum

bermulanya waktu kelas, murid-murid akan menyanyikan lagu Negaraku kemudian berikrar

di mana dalam ikrar tersebut terkandungnya Rukun Negara. Hal ini adalah untuk

memastikan murid-murid didedahkan dengan kepentingan Rukun Negara dalam membentuk

masyarakat yang bersatu padu, bekerjasama antara satu sama lain, hormat-menghormati

dan sebagainya. Jika dari umur yang muda ini telah diterapkan Rukun Negara dalam diri

mereka, saya percaya bahawa mereka akan menjadi modal insan yang berjaya kelak.

13

Page 14: Teks Forum Sebenar

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bersyukur kerana negara kita telah

menetapkan undang-undang yang relevan kepada diri kita. Undang-undang yang telah

digubal ini amat bermakna bagi rakyat kerana demi memastikan negara kita mampu

mencapai wawasan 2020 di mana negara kita akan disanjung tinggi oleh negara yang lain

kerana rakyatnya yang dapat bekerjasama walaupun berbeza kaum dan mematuhi undang-

undang negara. Di sini apabila pelancong dari luar negara datang ke negara kita, mereka

akan sentiasa berasa selamat dan dapat merasakan bahawa negara kita merupakan negara

yang aman dan sejahtera serta setiap kaum yang terdapat di dalam negara ini berkeluarga.

Semakin menarik forum kita pada hari ini. Seterusnya saya bertanya kepada Profesor

Fazri tentang prinsip ke lima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Pembentukan hubungan etnik

yang baik tidak lari daripada prinsip ke-5 Rukun Negara. Pada pendapat Prof, mengapa

prinsip ini perlu diamalkan dan implikasinya sekira rakyat Malaysia tidak

mengaplikasikannya dalam kehidupan masa kini dalam konteks 1 Malaysia ? Jelaskan prof.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Sememangnya prinsip kelima dalam

Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan amat penting dan tidak lari daripada

menjadikan kesepaduan dalam hubungan etnik yang lebih mantap. Hal ini kerana konsep

prinsip rukun negara bertujuan untuk membentuk warga yang bersopan santun dan

bertatasusila agar hubungan etnik yang terdiri daripada kaum pelbagai dapat dijaga dan

dipelihara dengan baik di Malaysia. Justeru itu prinsip kesopanan dan kesusilaan ini

seharusnya dijadikan teras panduan kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan

yang harmonis di dalam kepelbagaian etnik.

Menurut kamus dewan edisi keempat, kesopanan bermaksud sikap lemah lembut, baik

budi pekerti dan hormat-menghormati manakala tatasusila pula bermaksud adat sopan dan

budi pekerti yang baik. Justeru ini nilai – nilai positif ini seharusnya diaplikasikan dalam

kehidupan dalam kepelbagaian etnik. Konsep 1 Malaysia juga ada menyentuh tentang teras

perpaduan dalam perhubungan etnik antaranya nilai hormat – menghormati tentang budaya,

bahasa, agama dan adat resam kaum lain di Malaysia serta menyentuh isu – isu sensitif

yang boleh meruntuhkan nilai perpaduan hubungan etnik.

Selain itu, prinsip rukun negara ini juga menyeru rakyat Malaysia untuk bertoleransi

dan bekerjasama. Menyingkap kata – kata Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu “ kita

seharusnya mengetepikan emosi yang boleh menyebabkan perpecahan kaum berlaku” dan

14

Page 15: Teks Forum Sebenar

“ kita seharusnya berpegang pada peribahasa Melayu, berat sama dipikul ringan sama

dijinjing dan bersatu kita teguh bercerai kita roboh ”. Perkara ini bermaksud seluruh rakyat

Malaysia harus mempunyai nilai kesabaran atau kestabilan emosi yang tinggi bagi . Selain

itu, nilai kerjasama dan semangat 1 Malaysia harus dijadikan pegangan bagi mengekalkan

hubungan etnik yang baik serta membolehkan kita hidup harmonis dalam pelbagai kaum.

Hal ini kerana “ bertepuk sebelah tangan” tidak akan mampu menjadikan misi menjaga dan

menambah baik hubungan etnik di negara kita. Nilai kerjasama dan toleransi juga diperlukan

untuk bersama – sama menangani atau menyelesaikan sebarang masalah yang

berunsurkan perkauman.

Saudara – saudari yang dihormati sekalian,

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak, Perdana Menteri Malaysia menitikberatkan tenteng teras perpaduan rakyat untuk

berbudi bahasa selaras dengan prinsip rukun negara. Hal ini menyeru rakyat Malaysia yang

pelbagai kaum untuk bertingkah laku yang baik dalam masyarakat, bersopan santun,

bertatasusila untuk mewujudkan nilai kekitaan serta membentuk semangat nasionalisme

yang tinggi dalam diri. Sebagai contoh saling bertegur sapa dengan memberikan salam

atau ucapan, mengukir senyuman dengan kaum lain dan menggunakan bahasa yang

sesuai dan sopan sewaktu berinteraksi. Hal ini berupaya untuk memupuk nilai kemesraan

serta meningkatkan pergaulan sosial dengan etnik lain. Sebagai contoh, aktiviti bersukan

bersama – sama, sambutan perayaan sangat efektif untuk menggalakkan interaksi pelbagai

kaum.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sekiranya prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan tidak diamalkan

oleh rakyat Malaysia, akan memberikan kesan yang buruk kepada negara khususnya

pembentukan hubungan etnik yang mantap. Kesan negatif pertama yang akan berlaku

adalah wujudnya perasaan prasangka yang negatif terhadap kaum lain dalam diri. Sebagai

contoh kaum Melayu berperasaan curiga, benci, rasisme, prejudis terhadap kaum Cina

mahupun India ataupun sebaliknya. Perasaan prasangka buruk ini amat sukar dihapuskan

lantas akan membantutkan pembentukan hubungan etnik yang baik serta menjejaskan

pembentukan “ Gagasan 1 Malaysia” yang sempurna.

Di samping itu, saya juga berpendapat bahawa keharmonian dan kesejahteraan

negara akan musnah disebabkan generasi masa kini yang tidak mengamalkan prinsip rukun

negara ini. Generasi masa kini yang sepatutnya menjadi pelapis serta pemimpin ke arah

pembentukan hubungan etnik yang harmonis hilang di ditenggelami keruntuhan akhlak.

15

Page 16: Teks Forum Sebenar

Semangat patriotisme akan hilang dan perkara – perkara tidak bermoral akan mengusai diri

seperti pembuangan bayi, kecurian, pembunuhan dan samseng jalanan. Oleh yang

demikian, generasi muda yang sepatutnya pewaris khazanah nenek moyang ini akan

menghancurkan ikatan perhubungan antara etnik lantas menjadikan negara dalam keadaan

tiada persefahaman kaum.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selain itu, kesan yang paling dielakkan akan berlaku kembali iaitu tragedi hitam 13

Mei 1969 yang mewarnai sejarah negara kita. Saya berpendapat tidak mustahil tragedi

pertumpahan darah ini akan berlaku andai nilai hormat – menghormati, toleransi dan

kesopanan dan budi bahasa yang menjadi teras pembentukan hubungan etnik tidak

diendahkan. Rakyat Malaysia bermusuhan akan sesama sendiri, penghapusan kaum akan

berlaku sebagai contoh kaum Melayu akan berbunuhan dengan kaum Cina, India serta

kaum lain dan perkara ini akan berterusan sehinggalah satu jalan perpaduan diwujudkan

kembali. Namun, semua ini sudah terlambat kerana pertumpahan darah ini telah meragut

nyawa yang tidak berdosa, ekonomi, pentadbiran, imej negara musnah dan akibatnya

semua kaum di Malaysia menerima kesan negatif. Lantaran dari itu, amat sukar membentuk

hubungan etnik yang harmonis lantas menggagalkan “ Gagasan 1 Malaysia”.

Sidang dewan yang dihormati,

Saya merasakan nilai kesopanan dan kesusilaan adalah wajar diberikan perhatian

agar pembentukan hubungan etnik yang baik dapat dilaksanakan. Justeru itu, ibu bapa

harus memainkan peranan yang penting untuk menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan

dalam diri anak bangsa sejak kecil umpama peribahasa “ Melentur buluh biarlah dari

rebungnya”. Di samping itu, masyarakat yang pelbagai kaum perlu mencari inisiatif untuk

mewujudkan serta mengeratkan hubungan etnik sebagai mengadakan aktiviti hari keluarga

bagi menggalakkan interaksi sosial berlaku, . Selain itu, peranan kerajaan turut memberi

kesan yang positif terutamanya “Program 1 Malaysia” yang dan Kempen “ Budi Bahasa

Budaya Kita” dan sambutan perayaan yang disambut oleh semua kaum. Menurut Rita Sim

Rita Sim. (2010), sebuah pemahaman yang jelas tentang usaha dan inisiatif yang dilakukan

untuk perpaduan sebelum ini dan agar konsep 1 Malaysia yang diketengahkan ini mampu

membawa keunikan tersendiri. Kenyataan ini menyokong bahawa “ Program 1 Malaysia”

akan memberi kesan positif kepada perpaduan dan hubungan etnik di Malaysia.

Pengerusi : Begitu panjang lebar penjelasan Profesor Fazri tentang prinsip kesopanan dan

kesusilaan ini. Begitu juga dengan penjelasan – penjelasan dari ahli panel yang lain dan

16

Page 17: Teks Forum Sebenar

ucapan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli panel atas kesudian untuk memberi

penjelasan berkaitan “ Rukun Negara Asas Pembentukan Hubungan Etnik”

Kesimpulannya …………………….

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang

berbunyi:

Burung merpati terbang tinggi,

Hinggap seekor di dahan jati,

Rukun negara tersemat dihati,

Moga kita bertemu lagi.

Sekian sahaja untuk hari ini, andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon

dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan

yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.

Wallahu’alam.

Saya akhiri forum pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

17

Page 18: Teks Forum Sebenar

Rujukan

Abdul Aziz Bari (1999), Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja dalam

Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Empat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Mansor Mohd Noor. Abdul Rahman Abdul Aziz dan Mohamad Aminuddin Iskandar Lee

(2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur : Pearson Prentice Hall.

Professor Harry Groves (1964). The Constitutional of Malaysia. Singapura : Malaysia

Publications

Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (2011). Peranan Institusi Raja

Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara. Shah Alam : Majlis Wacana Ilmu UITM

Rita Sim (2010). What it Takes to Make 1 Malaysia a Success. Putra Jaya, Malaysia: PPM

[PejabatPerdana Menteri]

Shamsul Amri Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam : Kementerian

Pengajian Tinggi.

Sumber internet

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121126/po_05/Henti-burukkan-nama-Malaysia

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/7/27/mstar_berita/

20110727141821

http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/04/takrif-jenis-dan-fungsi-agama.html

http://uitmnote.blogspot.com/2012/04/bab-1-ctu.html

http://mofa1190.blogspot.com/2011/05/hubungan-etnik.html

18