tugasan 1 forum presentation

22
Forum Aktiviti P&P Dalaman

Upload: chu-han

Post on 29-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Forum PISMP

TRANSCRIPT

Masalah-masalah yang akan timbul jika isu perpaduan tidak ditangani dengan baik

Forum

Aktiviti P&P DalamanApa itu forum?Forum merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar memantapkan pemahaman dan penerokaan ilmu pengetahuan di samping dapat mengasah bakat serta kepetahan berbahasa. Ia juga merupakan salah satu aktiviti lisan yang efektif di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, kreatif dan rasional.(Wan Zulkifli, 2012).

Pengendalian ForumTajuk : Perpaduan Asas Kemajuan Sekolah Bilangan murid : 1 pengerusi, 3-5 orang panelContoh :Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar sekolah, guru cemerlang sekolah, pakar psikologi dan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru sesebuah sekolah. Pengendalian Forum (samb.)PersediaanMenyediakan kertas kerja (aspek khusus)SemasaPembentangan daripada ahli panelSelepasSesi soal jawabPengerusimengumpulkan biodata panel mengalu-alukan kehadiran ahli panel dan hadirin, memperkenalkan tajuk serta biodata ahli panelmenerangkan syarat dan peraturan, peruntukan masa untuk sesi pembentangan dan soal jawab kepada ahli panel dan hadirinmembuat rumusan yang ringkas terhadap apa yang disampaikan oleh ahli panel dan mengemukakan soalan yang bernas supaya mendapatkan maklum balasmemastikan pembentangan ahli panel berjalan dengan lancar dan mengawal penglibatan aktif dari ahli panel.Pengarah Pejabat Pendidikan Daerahaspek peranan PPD dalam membentuk murid yang berpadu.menyatakan program yang dianjurkan oleh pihak PPD dan usaha membentuk murid yang berpadu.

Guru Besar sekolahaspek peranan murid dalam mencapai kemajuan sekolah. guru cemerlang sekolah,

aspek impak negatif terhadap guru dan murid akibat pengaruh isu perkauman di dalam kelas. pakar psikologiaspek perubahan tingkah laku murid melalui pengaruh persekitaran dan rakan sebaya. PengerusiPersatuan Ibubapa dan Guru sesebuah sekolah. aspek peranan ibubapa dalam membentuk murid yang mempunyai semangat perpaduan.

KesimpulanMelalui aktiviti forum, guru dapat membuat pemerhatian dan menilai murid-murid dari segi perolehan ilmu pengetahuan, sikap serta prinsip mereka terhadap semangat perpaduan. Boleh diadakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran dan sebagai salah aktiviti mengembangkan kemahiran mendengar dan berucap murid-murid di samping dapat meningkatkan semangat perpaduan murid berbilang kaum.

PersembahanShuErAktiviti-Aktiviti di Luar Bilik Darjah- Lawatan Sambil Belajar-Kepentingan Aktiviti Bilik DarjahKepentingannya setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Dapat membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama aktiviti luar bilik darjah ini ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Lawatan Sambil BelajarTema: Tempat BersejarahTujuan : Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini.Rakyat berbilang kaum ini dapat hidup bersama kerana mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.

Dengan lawatan ke tempat bersejarah ini, maka murid-murid dapat merasai perpaduan dan memupuk semangat patriotik dalam diri sendiri. 1. Bandar BersejarahMelaka, Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan lain-lain.Terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Dapat menimbulkan dan melahirkan minat murid-murid untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.Selain menimba ilmu pengetahuan, juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara kelas dengan murid etnik lain dan dapat lebih memahami antara etnik masing-masing.

2. Tempat Sambutan KemerdakaanStadium Merdeka.Murid dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Mengetahui kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Berpeluang melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

KesimpulanJelaslah bahawa,lawatan sambil belajar ini boleh dianjurkan bagi murid-murid mendapat peluang yang lebih luas untuk memahami perbezaan antara etnik-etnik di Malaysia dan dapat saling hormat-monghormati. Maka dengan itu, semangat perpaduan dapat disemaikan dalam kalangan mereka semua.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TUJUAN : Mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim murid yang berbagai-bagai etnik. BUKTI : Perkhemahan Perdana Unit Berunifom yang diadakan di Kem D' Lereng Ulu Chepor Ipoh pada 15 hingga 17 Julai 2011 berjaya memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid. Kegiatan yang berbentuk interaksi antara kaum berjaya menyuburkan semangat integrasi dan mengikis jurang perbezaan kaum.

Murid-murid akan dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang dan budayaSaling membantu apabila menyediakan makanan bersama di tapak perkhemahan. Pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi, tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program,bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Ahli pasukan beruniform bukan sahaja menjalani aktiviti di dalam sekolah malah boleh juga diadakan dalamgabungan dengan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa.

Masalah-masalah yang akan timbul jika isu perpaduan tidak ditangani dengan baikPembahahagian puak-puak kaum akan wujudPembahahagian puak-puak kaum akan wujud di sekolah atau universiti. Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan seharian. Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud. Perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit.Perjalanan menuju ke arah Wawasan 2020 akan terjejas.Pembentukan sebagai sebuah negara yang bangsanya bersatu padu adalah satu perkara yang sangat berat dan sukar untuk dilakukan kerana ia boleh menimbulkan ketegangan akibat dari beberapa perkara yang sensitive.Sejarah juga menunjukkan bahawa pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Oleh itu, jika masalah perpaduan antara kaum tidak diselasaikan dengan awal, Wawasan 2020 susah dicapai tanpa perpaduan antara rakyat.

Keadaan negara tidak stabilNegara kita akan menjadi huru-hara dan berada dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan menjejaskan dasar ekonomi dan dasar pendidikan negara kita. Pelabur-pelabur asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan dan tidak akan membuat perniagaan di negara kita. Taraf hidup rakyat akan menurun. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi negara.

Imej negara juga akan terjejasNegara kita akan menjadi tajuk perbualan di peringkat antarabangsa kerana tidak aman dan huru-hara. Negara akan menjadi mundur dan tidak dapat mencapai kejayaan secara berterusan. Sesebuah negara yang tanpa keamanan tidak dapat menarik perhatian negara lain. Hal ini kerana keharmonian antara pelbagai kaum merupakan satu simbul kerjaya di peringkat global. Negara akan disegani oleh negara lain. Sektor perlancongan turut akan diperkembangkan.