forum ros nita

18
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “ MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT (11 MAC 2011/ 6 RABIUL AKHIR 1432 H) Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh- sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT.Muslimin yang di Rahmati Allah, 1

Upload: natrahhalias

Post on 22-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Ros Nita

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“ MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT ” (11 MAC 2011/ 6 RABIUL AKHIR 1432 H)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri

saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita

meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan

segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi

umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar

pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP

SIHAT.”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Umat manusia diciptakan dengan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dengan makhluk-

makhluk yang lain kerana ianya dibekalkan dengan akal fikiran dan anggota badan yang

sempurna. Kerana kelebihan itulah, menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk

menjaga akal fikiran dan anggota badan dengan sebaik mungkin dengan mengamalkan cara

hidup yang sihat serta mengelak diri dari melakukan perkara yang memudaratkan. Antara

perkara-perkara yang ditegah dan diharamkan oleh Allah SWT terhadap hambanya ialah seperti

1

Page 2: Forum Ros Nita

melakukan perkara yang boleh merosakkan diri, harta benda, kesihatan, kekayaan dan

hubungan sesama manusia. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 195 :

bermaksud : “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya. ”

Membudayakan gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan

kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat

seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan

seseorang. Faktor pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering

menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah

tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Untuk mengawal keadaan ini ke arah

mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya

bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman.Mengikut pakar perubatan kita

digalakkan mengambil banyak sayur sayuran dan buah buahan dan mengelak daripada makanan

yang berkolesterol serta lemak yang tinggi. Kita juga perlu memberi perhatian kepada

pengambilan gula agar ianya tidak berlebihan dengan memilih makanan dan minuman yang

kurang manis.

Muslimin Yang Di Rahmati Allah,

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup

sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang

bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar RA yang menggalakkan

bersukan dan latihan jasmani dengan katanya yang bermaksud:“Ajarlah anak kamu berenang,

memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini adalah jelas bahawa Islam meletakkan

kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas

dan bertepatan dengan pepatah Melayu yang menyebut: “Minda Yang Cerdas Bermula Dari

Badan Yang Sihat.”

Gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah

khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci

2

Page 3: Forum Ros Nita

dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan

kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga.

Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

Namun persoalan besar timbul pada hari ini ialah ramai daripada umat Islam tidak

mengambil berat dan mengabaikan apa yang dituntut oleh Islam tentang menjaga kesihatan diri.

Ada juga dari kalangan kita yang melakukan perkara-perkara yang ditegah serta diharamkan

dalam Islam sehingga menyebabkan boleh merosakan diri sendiri, harta benda dan hubungan

sesama manusia. Mereka ini terlibat dalam pengambilan perkara-perkara yang memudaratkan

dan haram seperti mengambil minuman beralkohol, meminum arak dan pengambilan dadah.

Perkara yang memudaratkan ini sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan terutama kepada

tubuh badan dan akal fikiran. Rasulullah SAW telah berpesan pada seorang sahabat, Abu Musa

al-Asy’ari yang telah bertanyakan kepada Baginda SAW tentang hukum minuman

memabukkan yang berasal daripada madu yang diperap, dan minuman memabukkan yang

diperah daripada bijirin. Jawab Baginda SAW dengan ringkas:

Maksud :“Setiap yang memabukkan itu adalah haram” (Hadith Riwayat Muslim)

Sebenarnya persoalan dadah sehingga ke hari ini tiada kesudahannya dan ianya masih menjadi

bebanan atau liabiliti kepada negara. Banyak wang negara terpaksa diperuntukkan untuk

membasmi gejala ini. Sebagai contohnya melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pihak

Kerajaan telah menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih dadah dan yang terbaru dengan Klinik

Pulih dan Prihatin 1Malaysia. Kesemuanya ini atas dasar keperihatinan dan rasa

tangggungjawab pihak Kerajaan bagi membasmi gejala ini serta memulihkan mereka yang

terjebak agar kembali kepada gaya hidup yang sihat.

Mimbar ingin mengingatkan bahawa kerosakan yang dibawa oleh gejala dadah sangat

besar. Sedarlah, bukan hidup penagih sahaja yang terjejas. Bukan setakat kesihatan, kewangan si

penagih, tetapi yang paling malang gejala ini akan menghilangkan ketawa riang dari anak-anak

dan isteri serta akan di warnai dengan tangisan yang berpanjangan. Kerosakan dadah tidak

terkongkong hanya pada seorang individu sahaja, akan tetapi, kerosakan ini akan dirasai oleh

3

Page 4: Forum Ros Nita

ahli keluarga dan siapa yang menyayanginya. Akan ranap harapan ibu bapa, akan musnah

impian saudara-mara dan akan hancur masa depan anak-anak dan isteri di bawah tanggungannya

serta akan musnah sesebuah bangsa dan negara.

Muslimin Yang Di Rahmati Allah,

Satu perkara lagi yang membimbangkan kita pada hari ini ialah gejala menghisap rokok dan

syisya yang bahan asalnya adalah daripada tembakau. Ramai daripada generasi muda kita pada

hari ini terpengaruh dengan tabiat ini. Mimbar ingin menyatakan bahawa tabiat merokok dan

syisa tidak memberi faedah kepada kehidupan serta ianya boleh memudaratkan kesihatan.

Menurut pakar-pakar perubatan, terdapat 40 penyakit yang dikaitkan dengan merokok dan

sebahagian penyakit-penyakit berbahaya tersebut boleh dicegah sekiranya individu tersebut

tidak merokok. Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) telah memberi amaran sekiranya tabiat

dan budaya ini tidak dapat di ubah maka di jangkakan 10 juta orang di dunia akan mati akibat

penyakit berkaitan menjelang 2020.

Mimbar berpesan, sebagai seorang Islam menghisap rokok dan syisya adalah tabiat yang negatif

kerana ianya boleh mendedahkan kepada kemudaratan. Menghisap syisya mempunyai banyak

persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan ianya boleh mendorong kepada perbuatan

mengambil dadah. Mimbar mendapati ramai daripada kalangan remaja termasuk anak-anak

gadis tidak segan silu melakukan perbuatan ini di khalayak ramai, mereka seolah-olah merasa

bangga dengan cara sebegini dan merasakan kepuasan apabila diri mereka menjadi perhatian.

Ada juga yang mencampurkan bahan-bahan yang mengkhayalkan seperti ganja dan dadah.

Mengambil kesempatan sempena peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan yang disambut

setiap tahun, mimbar menyeru kepada sidang Jumaat dan umat Islam sekalian marilah sama-

sama kita mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga kesihatan diri kita, tubuh badan, akal fikiran

dengan mengambil makanan yang berkhasiat, berzat lagi halal dan menjauhkan segala perkara

yang memudaratkan serta diharamkan. Mudah-mudahan dengan cara ini hidup yang kita lalui

mendapat keberkatan Allah SWT. Ruangkanlah sedikit masa dengan memberi perhatian kepada

anak-anak kita agar hidup mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ajaklah mereka

untuk berkongsi pandangan, masalah dan disiplinkan hidup mereka dengan solat secara

berjamaah, mesrakan hidup mereka dengan makan dan beriadah bersama. Di samping itu

4

Page 5: Forum Ros Nita

berilah sedikit perhatian dengan memastikan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi

dan bila mereka pulang. Didiklah mereka dengan didikan agama, mudah-mudahan mereka

sentiasa berada dalam landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Marilah sama-sama kita

merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 7:

Maksud : “Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. ”

5

Page 6: Forum Ros Nita

Tips: Melatih anak menjalani gaya hidup sihatPosted on January 26, 2011

Pepatah ada menyebut, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorak gaya hidup anak-anak mereka kelak. Mereka harus ingat, mendidik anak ini konsepnya samalah seperti menanam pokok. Jika pandai mereka menjaga pokok tersebut sehingga besar, maka mereka juga yang akan mendapat tempias untungnya. Ini kerana pokok yang subur dan rendang pastinya menjamin hasil (buah) yang lumayan.

Apa yang mereka beri kepada anak mereka, itulah yang akan mereka akan lihat suatu hari nanti. Jika mereka memanjakan anak-anak mereka dengan makanan yang manis-manis, maka tidak mustahil anak mereka akan kelihatan gemuk ketika remaja. Jika mereka rajin membekalkan anak-anak mereka dengan sumber kalsium seperti keju dan susu, tidak mustahil anak mereka akan kelihatan tinggi ketika remaja. Pendek kata, semuanya terletak di tangan anda: ibu bapa!

Mungkin ibu bapa zaman kini seringkali menggaru kepala dan agak keliru untuk membimbing anak-anak ke arah gaya hidup yang lebih berkualiti. Mungkin apa yang mereka lakukan betul di mata mereka, tetapi hakikatnya ia mungkin kurang tepat dan perlu ditegur. Berikut merupakan 10 tip-tip yang boleh diaplikasikan ketika mendidik anak-anak supaya mereka terdidik menjadi insan yang peka dengan gaya hidup sihat suatu hari nanti.

1. Sediakan makanan yang seimbang, bermaksud anda sebagai ibubapa sendiri kena tahu di mana terletaknya sumber protein (ikan, telur, ayam, tauhu), sumber utama karbohidrat (nasi), sumber alkaline (sayur-sayuran), dan sumber lemak (kebanyakkannya sudah terdapat dalam makanan tersebut). Anda harus ingat, anak-anak anda akan makan apa sahaja yang anda hidangkan. Kalau anda rajin membekalkan mereka dengan KFC, maka sampai besarlah nanti mereka ketagih KFC.

2. Hiasi makanan supaya kelihatan ‘menggairahkan’, jika boleh susunlah sayur-sayur secara kreatif bersama-sama hidangan lain supaya kelihatan menarik di mata anak-anak. Ini kalau rupa hidangan (sebagai contoh bubur) pun dah serupa dengan makanan itik di kampung, anak-anak pun akan berfikir 2-3 kali, nak habiskan makanan tu atau sebaliknya.

3. Jangan sesekali menengking anak dengan menyuruhnya makan dengan pantas. Selalu kita lihat ramai ibu bapa yang berkata begitu kerana anak mereka makan seperti ‘main-main’. Jika boleh, biarlah si anak itu mengunyah makanan dengan perlahan, kerana makan secara perlahan ini akan memastikan makanan yang dimakan itu benar-benar hancur, sekaligus melancarkan lagi proses penghadaman.

4. Jangan sesekali menyekat si anak bermain. Selalu juga kita lihat ramai ibu bapa yang menyekat kebebasan anak mereka untuk bermain petang, dan menyuruh si anak itu belajar 24 jam sehari! Berilah peluang kepada si anak untuk bermain, kerana dengan cara itu saja si anak akan terdedah dengan gaya hidup yang aktif, sekaligus mempertingkatkan lagi kecerdasan otak (dapat bekalan oksigen yang optimum).

5. Biasakan si anak dengan senaman mencabar kekuatan, sebagai contoh rock climbing.6. Sediakan peraturan supaya anak tidak terlalu dimanjakan dengan makanan. Sebagai contoh

“Jajan dan aiskrim hanya boleh dinikmati ketika hujung minggu sahaja, kalau mamam hari-hari lain nanti abah bagi penampar“.

7. Kurangkan/berhenti membeli makanan lemah khasiat, seperti mee segera, keropok-keropok, air-air manis, dan yang seangkatan dengannya. Pastikan kabinet di dapur tidak terisi dengan makanan-makanan ini. Silap haribulan, kalau dapat perangai anak yang buas macam Shin Chan, habis semua makanan diselongkarnya ketika si ibu sedang tidur petang.

6

Page 7: Forum Ros Nita

8. Belikan mereka buku-buku berkenaan kesihatan. Dewasa ini, buku-buku bercorak kesihatan untuk kanak-kanak sudah banyak dijual di kedai-kedai buku. Sebagai contoh, buku bergambar yang menerangkan rupa anatomi manusia (ada nama-nama otot), nama-nama sayur-sayuran, dan sebagainya.

9. Jadilah ‘role model’ yang berjaya. Janganlah anda sibuk menyuruh si anak mengikut tip-tip di atas, tetapi hakikatnya anda sendiri mengamalkan gaya hidup puaka. Duduk depan tv sepanjang hari, kemudian hisap rokok dan makan jajan tanpa henti sampailah berbungkus-bungkus.

10. Tunjukkan tanda sokongan kepada anak anda. Sebagai contoh, sekiranya si anak sedari kecil lagi sudah berbadan gempal, janganlah anda kerap membeli KFC, meskipun anda ini hantu KFC. Beralah sedikit. Nanti kasihan pula si anak itu terpaksa menelan air liur melihatkan si ayah makan KFC dengan lahap.

Monday, August 6, 2012

Contoh Karangan SPM- Amalan Gaya Hidup Sihat Karangan yang ditulis/ditaip oleh aku sendiri. Tujuannya adalah untuk dikongsi untuk semua pelajar tak kira yang bakal menghadapi PMR ataupun SPM. Hehe :)

     Apakah maksud 'Amalan Gaya Hidup Sihat'? Frasa tersebut boleh ditakrifkan sebagai cara hidup yang mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit yang akan membawa maut pada masa akan datang. Menurut kajian pakar-pakar dietetik Malaysia, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kandungan kolesterol dan tekanan darah individu yang mengalami obesiti dan perokok tegar pula dua kali lebih tinggi berbanding orang kebanyakan. Oleh itu, pendekatan secara drastik perlu diambil bagi membendung masalah kesihatan di negara ini daripada semakin berleluasa.

    Langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan gaya hidup sihat adalah dengan menghindarkan diri daripada gejala-gejala tidak sihat seperti merokok dan penyalahgunaan dadah. Kajian dari Universiti Cambridge telah membuktikan bahawa perokok menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung berbanding mereka yang tidak merokok. Penyalahgunaan dadah pula perlu dicegah kerana perbuatan terkutuk itu akan membawa kepada penyakit-penyakit seperti HIV dan AIDS. Oleh itu, kita perlu bijak dalam membuat keputusan agar tidak terjebak dalam gejala-gejala negatif yang bukan sahaja meragut wang ringgit, bahkan meragut nyawa seseorang.

    Amalan gaya hidup sihat lain yang perlu diikuti adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemilihan makanan yang menepati nisbah piramid makanan perlu dititiberatkan agar tubuh badan mendapat nutrisi yang mencukupi selain terhindar daripada penyakit. Kita juga seharusnya perlu mengurangkan pengambilan makanan segera kerana makanan tersebut biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Sebaliknya, pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperbanyak agar mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

    Di samping itu, aktiviti senaman juga perlu dijadikan keutamaan bagi seseorang individu. Hal ini demikian kerana apabila kita bersenam,tubuh badan kita akan membakar lemak, membuang toksin dan melancarkan pengaliran darah. Hal ini penting terutamanya bagi pelajar kerana apabila pengaliran darah menjadi lancar, otak akan lebih mudah menyerap pembelajaran. Jadi, seseorang perlulah bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari bagi meningkatkan kecergasan tubuh da kecerdasan minda.

7

Page 8: Forum Ros Nita

    Selain itu, kita perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan sarang pelacuran. Hal ini demikian kerana tempat-tempat sebegini akan menjerumus seseorang ke kancah pengambilan alkohol dan dadah selain hubungan seks rambang. Perbuatan sebegini juga akan menyebabkan seseorang individu mendapat penyakit HIV dan AIDS. Sebaiknya, kita boleh mendapat hiburan dengan berekreasi di taman atau melancong bersama keluarga bagi mengurangkan stres. Apabila kita mengawal tingkah laku dan perbuatan kita dalam kehidupan seharian, nescaya kita tidak akan terjebak dengan penyakit-penyakit yang berbahaya.

    Intihanya, banyak inisiatif yang dapat diambil oleh seseorang individu dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Kita juga perlu menjaga kesihatan kita dengan sebaik-baiknya kerana jika nasi sudah menjadi bubur, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam menyelamatkan tubuh badan yang rapuh dirobek penyakit. Oleh itu, kita perlulah bertindak bijak dalam menentukan kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup Sihat

8

Page 9: Forum Ros Nita

Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.

Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010).

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi- amalan pemakanan seimbang- bersukan dan beriadah- Pemeriksaan kesihatan

Penutup- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat

     Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

     Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

     Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

     Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah

9

Page 10: Forum Ros Nita

pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

     Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan JasmaniDitulis oleh Norkumala binti Awang. Posted in Artikel

Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang

10

Page 11: Forum Ros Nita

individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru- paru dan penyakit tulang. Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak berjangkit adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur- sayuran dan buah- buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa arus penyakit pada hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan kesihatan walaupun di usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita seolah- olah menyimpan bom yang akan meletup bila- bila masa sahaja apabila sampai kepada tahap kronik. Oleh itu, seharusnya kita berwaspada.

Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi di mana jika dahulu kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan. Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Sepertimana yang termaktub dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut.

Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani. Agama Islam melarang manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri kita. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.

 

11

Page 12: Forum Ros Nita

Badan yang sihat akan mempamerkan otak yang cerdas. Begitulah ungkapan yang menekankan kepentingan badan yang sempurna untuk melaksanakan kegiatan seharian. Dewasa ini, menyertai aktiviti badan beruniform merupakan cara yang efektif dalam menghasilkan insan sebegitu yang bukan sahaja produktif, malahan juga proaktif. Antara aktiviti-aktiviti badan beruniform yang dilaksanakan saban hari termasuklah aktiviti perkhemahan, merentasi hutan dan kembara duga. Aktiviti-aktiviti sebegini dilaksanakan dengan giat di dalam Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam dunia yang serba moden ini, aktiviti unit beruniform memainkan peranan yang amat penting dalam membina keperibadiaan individu.

Antara kebaikan menyertai aktiviti termasuklah aktiviti ini akan meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Marcapada ini, para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak diri mereka. Antara aktiviti yang kerap dilaksanakan untuk membina peribadi individu termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan membina jati diri. Aktiviti sebegini kerap diaplikasikan supaya para pelajar arif tentang kepentingan menjaga keadaan tubuh badan dan juga minda. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga berupaya memupuk dan menggembur semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dalam diri seseorang pelajar. Para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan lebih sedar akan tanggungjawab yang harus dijunjung oleh mereka untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna. Aktiviti seperti membina khemah dan merentasi hutan bukan sahaja akan membina hubungan yang lebih erat antara para pelajar, malahan akan menanam sifat kepimpinan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan.

Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka.

Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat dan menjadi lebih berdisiplin.

Selain hanya memupuk keperibadian yang seimbang, aktiviti badan beruniform turut menggalakkan pelajar mendalami pengetahuan asas bantuan kecemasan. Persatuan ataupun unit beruniform seprti St. John dan Persatuan Bulan Sabit Merah acapkali melaksanakan aktiviti untuk membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan aktiviti sebegini mampu membantu para pelajar dalam kehidupan saban hari. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform turut akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini akan memberi satu pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan dan sebaliknya memikirkan kebaikan yang akan ditawarkan oleh aktiviti kokurikulum sebegini. Sikap tidak acuh pelajar ini harus dikikis kerana aktiviti badan beruniform mempunyai banyak kebaikan yang tersirat

12

Page 13: Forum Ros Nita

13