forum kewangan

22
ISU MENGURUS ASET ALIH Posted By : Zainab Binti Mat Min (M20141000243) Date posted : 19 Oct 2014 02:06:51 PM (3 read/s) Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.. 3 isu dalam pengurusan aset alih : 1. Kehilangan Peralatan ICT seperti laptop dan LCD akibat kecuaian dan pecah masuk rumah. Sebab terjadi : Mengeluarkan laptop dari simpanan sekolah tanpa merujuk borang BPPA 20 iaitu kebenaran Ketua Jabatan untuk membawa keluar peralatan ICT dari premis sekolah. Tidak mematuhi peraturan membawa peralatan ICT keluar daripada premis sekolah berdasarkan Pekeliling Perolehan Dan Pengurusan Aset Bilangan1/2000, Panduan Penggunaan, Penjagaan, Penyimpanan dan Membawa Keluar Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi Kementerian Pelajaran. Tidak mematuhi cara penjagaan dirumah iaitu peralatan ICT hendaklah disimpan didalam almari kabinet yang berkunci. Cara Mengatasi : 1. Guru perlu melaporkan kepada Ketua Jabatan dengan serta merta dan hendaklah melaporkan kepada Polis dalam empoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui. 2. Guru Besar membuat Laporan awal Kew.PA.28 Ketua Jabatan dimana kehilangan berlaku. 3. Hendaklah dengan segera dalam tempoh 2 hari bekerja menghantar laporan awal dan salinan Laporan Polis terus kepada Pegawai Pengawal bagi Jabatan Akauntan Negara, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara 4. Menunggun syor Pegawai Pengawal setelah berpuas hati dengan hasil siasatan di Laporan akhir Kew.PA 30. 1

Upload: haslinda-linda

Post on 24-Dec-2015

155 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Kewangan

ISU MENGURUS ASET ALIH

 Posted By : Zainab Binti Mat Min (M20141000243)  Date posted : 19 Oct 2014 02:06:51 PM  (3 read/s)

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

3 isu dalam pengurusan aset alih :

1. Kehilangan Peralatan ICT seperti laptop dan LCD akibat kecuaian dan pecah masuk rumah.

Sebab terjadi :

Mengeluarkan laptop dari simpanan sekolah tanpa merujuk borang BPPA 20 iaitu kebenaran Ketua Jabatan untuk membawa keluar peralatan ICT dari premis sekolah.

Tidak mematuhi peraturan membawa peralatan ICT keluar daripada premis sekolah berdasarkan Pekeliling Perolehan Dan Pengurusan Aset Bilangan1/2000, Panduan Penggunaan, Penjagaan, Penyimpanan dan Membawa Keluar Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi Kementerian Pelajaran.

Tidak mematuhi cara penjagaan dirumah iaitu peralatan ICT hendaklah disimpan didalam almari kabinet yang berkunci.

Cara Mengatasi :

1. Guru perlu melaporkan kepada Ketua Jabatan dengan serta merta dan hendaklah melaporkan kepada Polis dalam empoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui.

2. Guru Besar membuat Laporan awal Kew.PA.28 Ketua Jabatan dimana kehilangan berlaku.

3. Hendaklah dengan segera dalam tempoh 2 hari bekerja menghantar laporan awal dan salinan Laporan Polis terus kepada Pegawai Pengawal bagi Jabatan Akauntan Negara, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara

4. Menunggun syor Pegawai Pengawal setelah berpuas hati dengan hasil siasatan di Laporan akhir Kew.PA 30.

5. Antara syor tersebut :

Tindakan menghapus kira aset yang hilang dengan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali.

Tindakan menhapus kira aset yang hilang tanpa surcaj dan tatatertib.

2. Aset Tidak dilabelkan seperti kerusi, meja murid, peralatan sukan dan peralatan ICT

Sebab terjadi : Tiada penjagaan yang sistematik, tiada lokasi penggunaan, kehilangan, kerosakan, kecurian harta kerajaan, tiada tempat penyimpanan dan kerugian kepada

1

Page 2: Forum Kewangan

kerajaan.

Cara Mengatasi :

Semua aset perlu diberi tanda perkenalan dengan cara perlabelan, mengecat dan emboss bagi menunjukkan HAK KERAJAAN MALAYSIA dan di "tagging" mengikut nombor aset dalam Rekod pendaftaran Inventori atau Harta Modal aset Alih kerajaan

Pengerakkan aset : pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod pada Buku Pengerakkan Harta Modal dan Inventori KEW.PA6.

Senarai aset hendaklah disediakan oleh pegawai aset menggunakan KEW.PA7 Penyimpanan daftar KEW.PA2 dan KEW.PA3 hendaklah disimpan dalam

kabinet berkunci

3. Kurangnya Pengawasan dan Perhatian dan Penyeliaan Oleh Guru Terhadap Harta Modal dan Inventori.

Sebab Terjadi : Tiada Perancangan Pembelian seperti peralatan pejabat dan peralatan sukan - Pembelian yang tiada perancangan menyebabkan stok yang berlebihan dan terpaksa disimpan. Ini menyebabkan pembaziran.

Cara Mengatasi :

Guru Besar perlu mengambil langkah-langkah :

Beri perhatian meningkatkan pengawasan dan penyeliaan Lantik Pengurus Aset Pastikan perancangan perolehan Pastikan wujud penyelarasan di antara perolehan dan penyimpanan

stok/pengurusan aset Monitor prestasi dan kadar pusingan stok Pastikan ada jadual penyelenggaraan supaya aset diurus dengan baik Pastikan baki stok disemak, adakan anggaran realistik sebelum pesanan baru

dibuat Pastikan pelupusan dan pastikan tindakan pelupusan diambil atas stok yang

tidak bergerak Pastikan maklumat/ data stok sentiasa dikemaskini Teliti kelemahan pengurusan aset dan ambil tindakan susulan.

 

sekian.

   

 Attachment : No File Attach...

2

Page 3: Forum Kewangan

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

Pengurusan Aset Alih

 Posted By : Mohamad Azmi Bin Ali (M20141000130)  Date posted : 08 Oct 2014 08:18:14 PM  (9 read/s)

Assamualaikum dan salam sejahtera........

Isu-isu dalam pengurusan Aset Alih Kerajaan

Isu Pertama ;

Penghantaran Bekalan  Lebih Tempoh

Punca

Isu ini terjadi disebabkan oleh kelewatan pembekal menerima pesanan dan juga kelewatan memproses pesanan yang diterima.

Langkah Penyelesaian

Merujuk serta memantau di pihak pembekal selepas pesan hantar untuk mengetahui tempoh masa penghantaran,cara penghantaran  serta menyemak semula samada pesanan telah terima dan diproses dalam masa yang telah ditetapkan.Bertindak mengambil langkah tindakan awl sekira pesanan yang dibuat itu terdapat masalah.

Isu Kedua

Barangan yang terdapat dalam Stor tidak direkod

Punca

Kelemahan pegawai yang menjaga unit keluar masuk barang stor  seperti masalah terlepas pandang,kerja bertangguh dan sebagainya

Langkah Penyelesaian

Kemaskini stok dari masa ke semasa (bila berlaku keluar masuk barang) dan perubahan dalam stok mesti dibuat pada hari dan tarikh keluar masuk barang berlaku

Isu Ketiga

Stok tidak didaftar dan tidak digunakan dah terdapat lebihan stok lama di dalam stor

Punca

3

Page 4: Forum Kewangan

bilangan stok dalam stor tidak sama seperti kuantiti dalam buku stok (berlaku kesilapan dalam mengira atau menulis dalam buku stok)

Cara Penyelesaian

Sentiasa memantau jumlah stok yang ada dalam stor dan habiskan stok sedia ada dalam tempoh yang ditetapkan serta buat pesanan stok baru berdasarkan keperluan semasa.

 

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

      

Re : Pengurusan Aset Alih19 Oct 2014 02:19:39 PM

  Posted By     : Zainab Binti Mat Min 08 Oct 2014 08:18:14 PM

  Reply To       : Mohamad Azmi Bin Ali   Attachment  : No File Attach

 

Assalamualaikum...

Saya amat bersetuju dengan pernyataan tuan mengenai barang yang tidak direkod. Isu inventori ini sentiasa terjadi disetiap sekolah terhadap pembekalan kerajaan seperti kerusi dan meja murid, kerusi banquet dan peralatan perabut yang tidak direkodkan. Ini disebabkan oleh pengawasan guru besar yang tidak mengambilberat terhadap pembekalan peralatan sekolah. Apabila peralatan ini tidak diberi seliaan, ini akan menyebabkan kehilangan dan kerosakan yang tidak dapat dikesan. Sebaiknya pihak pengurusan sekolah perlu mengambil berat terhadap pengurusan inventori dengan lebih tegas lagi supaya harta kerajaan dijaga dengan baik dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Barang inventori yang dibekalkan disekolah adalah dalam kuantiti yang banyak. Jika tidak dilabelkan pembekalan tersebut, stok yang dibekalkan tidak dapat dikenalpasti dan disimpan ditempat yang betul. Ini merupakan kelemahan dalam pengurusan aset kerajaan dan boleh dikenakan surcaj atau tatatertib jika didapati kecuaian dalam mengurus harta kerajaan.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

4

Page 5: Forum Kewangan

Forum 1

 Posted By : Sundi @ Sandi A/P Arumugam (M20141000122)  Date posted : 07 Oct 2014 08:26:28 AM  (15 read/s)

Salam sejahtera,

Antara isu yang wujud dalam menguruskan aset di sekolah ialah:

1. Tiada rekod penerimaan yang sistematik dan tiada data penerimaan yang terkini.

2. Aset yang diperolehi 'hilang' atau pun tidak diketahui kepenggunaannya.

3. Aset lama disimpan di dalam stor dan sekolah tidak perolehi sebarang aset baru.

Masalah pengurusan aset alih kerajaan wujud kerana

1. Kegagalan mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan pengemaskinaian yang berterusan berdasarkan keperluan sekolah.

2. Kegagalan pemantauan secara berterusan untuk memastikan keperluan aset sekolah terjaga pada setiap masa.

3. Gagal untuk membuat pelupusan dan penggantian aset secara sistematik.

Menurut pandangan saya, beberapa langkah berupaya untuk mengatasi masalah dan isu yang telah diketengahkan. Antaranya ialah

1. Membuat Pendaftaran Aset Alih Kerajaan mengikut aliran yang ditetapkan dalam jangka waktu dua minggu penerimaan untuk memastikoan aset tersebut diurus dan diguna secekap yang mungkin berdasarkan keperluan sekolah. Pendaftaran ini akan memudahkan pentadbiran sekolah untuk mengenalpasti inventori aset yang diperolehi pada tahun semasa dan memantau inventori aset yang telah diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya.

2. Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori mesti disediakan dan digunapakai secara berkesan untuk mencegah aset daripada 'hilang' atau tidak tahu status kepenggunaannya. amatlah penting untuk menjalankan LDP berkesan kepada semua warga sekolah berkenaan pengurusan aset alih kerajaan berkenaan dengan perkodan dan pergerakkan aset alih kerajaan yang diperolehi.

3. Sistem pelupusan harus diberi penenkan yang amat tinggi, kerana pelupisan ynag betul membolehkan sekolah memberitahu kerajaan berkenaan dengan status aset alih kerajaan berdasarkan peredaran waktu untuk memastikan aset alih yang baru

5

Page 6: Forum Kewangan

diperolehi secara mudah berdasarkan prosedur yang telah digariskan. Kegagalan pelupusan hanya akan merugikan pihak sekolah dalam memperolehi aset alih yang baru. Pelupusan haruslah dibuat oleh Urus Setia Pelupusan dengan perakuan pelupusan yang merupakan perkara penting bagi penggantian aset yang baru. 

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 

    

Re : Forum 119 Oct 2014 02:31:00 PM

 Posted By     :

Zainab Binti Mat Min 07 Oct 2014 08:26:28 AM

 Reply To       :

Sundi @ Sandi A/P Arumugam

 Attachment  :

No File Attach

 

Salam 1 Malaysia..

Saya menyokong pernyataan saudari..

Pada pendapat saya, pengurusan aset disekolah perlu dilaksanakan dengan sistematik dan pegawai aset yang dilantik perlu tahu tugasnya sebagai pegawai aset sekolah. Disini saya senaraikan tugas pengawai aset iaitu :

mengurussetiakan mesyuarat Jawankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Sekolah

Mengurus tindakan pelupusan, kehilangan dan hapus kira mengikut tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

mengurus verifikasi Stor mengikut jadual Menyediakan laporan tahunan mengenai pengurusan aset

Pegawai aset yang tidak mengetahui tanggungjawabnya menyebabkan data/maklumat aset yang diperolehi tidak lengkap dan banyak aset-aset kerajaan tidak diurus dengan baik dan tidak berekod. Tindakan surcaj boleh dikenakan kepada guru atau sekolah sekiranya aset alih kerajaan hilang. Peranan guru besar juga penting bagi menyelia dan memantau pengurusan aset yang dibuat supaya lebih cekap dan tersusun mengikut tatacara yang betul.

6

Page 7: Forum Kewangan

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

3 ISU DALAM MENGURUSKAN ASET ALIH KERAJAAN Posted By : Rofidah Binti Mohd Nasir (M20141000167)  Date posted : 05 Oct 2014 06:57:05 PM  (18 read/s)

 Attachment : ASET ALIH.docx | Reply to This Message | Print Message |

      

Re : 3 ISU DALAM MENGURUSKAN ASET ALIH KERAJAAN

19 Oct 2014 02:44:51 PM

  Posted By     : Zainab Binti Mat Min 05 Oct 2014 06:57:05 PM

  Reply To       : Rofidah Binti Mohd Nasir   Attachment  : No File Attach

 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Saya bersetuju dengan pernyataan saudari mengenai pelupusan. Jika kita melihat kepada proses membuat pelupusan agak sukar danmemerlukan proses kerja yang lama. Jadi, Pada pendapat saya, kebanyakan sekolah terdapat banyak peralatan yang tidak dilupuskan kerana prosedur yang ketat. Terdapat banyak barangan yang tamat tempoh, rosak dan hilang tetapi tidak dibuat pelupusan oleh pihak sekolah. Akhirnya barang tersebut disimpan didalam stor tanpa pengantian dan dibuat tindakan. Contonya barangan ICT.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

7

Page 8: Forum Kewangan

ISU KESAMAAN (EQUITY) DAN KECUKUPAN (ADEQUACY)

 Posted By : Zainab Binti Mat Min (M20141000243)  Date posted : 19 Oct 2014 01:12:26 PM  (3 read/s)

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pengurusan Kewangan di sekolah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk mengurus kewangan dengan baik tanpa teguran audit. Pengurus sekolah iaitu Guru Besar perlu mempunyai akauntabiliti menjalankan tugas mengurus sumber-sumber wang awam melalui perwakilan kuasa.

Kesamaaan (Equaty)

Merujuk kepada kesamaan, saksama dan adil dalam peruntukan kewangan bagi perbelanjaan sekolah. Guru besar perlu menguruskan kewangan berpandukan Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010, kesamaaan dapat di agihkan dengan sistematik dan teratur.

Kesamaan kepada pengagihan peruntukan yang saksama dan adil bagi perbelanjaan mengikut jenis bantuan yang terlibat seperti :

Bantuan Geran Perkapita (PCG) Yuran Khas Sekolah (YKS) Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) Bantuan KoKurikulum Sekolah (BKK) Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) Bantuan Sukan Sekolah (BSS) Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP) Bantuan Makanan Asrama (BMA)

Kepelbagaian bantuan ini perlu kepada satu prosedur yang sistematik dan seragam. Guru besar perlu mematuhi peraturan kewangan dan mengagihkan kewangan dari segi tuntutan, penyaluran, kadar, kriteria kelayakan, maksud belanja serta pengurusan lebihan dan baki yang perlu dikemaskini dengan lebih komprehensif. Jadi, kesamaan dapat di agihkan dengan berpandukan peraturan kewangan yang ditetapkan. Isu timbul apabila pengagihan tidak samarata antara satu-satu mata pelajaran menyebabkan panitia sukar membuat perbelanjaan dan isu peruntukan perbelanjaan

8

Page 9: Forum Kewangan

untuk sekolah kecil seperti SKM yang tidak sama dengan sekolah besar. Ini menjurangkan belanja mengurus bagi tujuan PdP murid menjadi terhad di sekolah SKM.

Kecukupan (Adequacy)

Merujuk kecukupan perbelanjaan kewangan sekolah. Isu timbul apabila peruntukan perbelanjaan wang kerajaan tidak mencukupi terutamanya kepada sekolah luar yang bandar yang enrolmen murid sedikit seperti SKM. Peruntukan wang kerajaan ini berdasarkan bilangan pelajar iaitu bantua Geran Perkapita mata pelajaran (PCG). Jad, bagi sekolah kecil, peruntukan ini tidak mencukupi kerana ada PCG mata pelajaran mendapat peruntukan yang banyak dan ada yang sedikit, bagi PCG bukan mata pelajaran seperti bimbingan dan kaunseling pula selalu mengalami kekurangan peruntukan untuk membuat program bagi tujuan murid. Peruntukan kkas (LPK) selalu tidak mencukupi seperti pembayaran bil-bil, membeli bahan dan perbekalan sekolah. Hal ini juga disebabkan oleh harga barang-barang naik dan perkhidmatan meningkat setiap tahun sedangkan peruntukan kerajaan masih tetap setiap tahun. Guru besar selaku pengurus kewangan sekolah terpaksa mencari alternatif lain untuk menampung perbelanjaan mengurus atau menghadkan perbelanjaan supaya pengurusan kewangan sekolah tidak mengalami masalah.

Sekian, diharapkan kawan-kawan membantu jika tidak menepati ulasan saya ini.

 

 

 

 

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

9

Page 10: Forum Kewangan

ISU ISU BERKAITAN KESAMAAN (EQUITY) DAN KECUKUPAN(ADEQUITY) DALAM KONTEKS KEWANGAN DI SEKOLAH.

 Posted By : Noraini Binti Mohd Hashim (M20141000272)  Date posted : 19 Oct 2014 01:56:33 AM  (5 read/s)

Assalamualaikum dan selamt selamat sejahtera.

Pada pendapat saya, pada dasarnya, Pengurusan kewangan yang cekap dan efisien terhadap bantuan yang diberikan amat penting di sekolah. Ini kerana tanpa bantuan, semua aktiviti sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam isu ini, PTJ mempunyai lebih kuasa autonomi dan lebih berakauntabaliti dalam pengurusan di sekolah.

- Umumnya, kejayaan dalam melaksanakan pengurusan kewangan sekolah PTJ ini bergantung juga kepada pihak pentadbir juga sebenarnya di segi kecukupan dan kesamaan. contohnya seperti sikap dan kefahaman Pengetua, Penbantu Tadbir kewangan dan juga guru-guru di sekolah yang merupakan sebagai pelaksana yang akan melaksanakan sesuatu aktiviti.

- Terdapat laporan bahawa ada sebilangan Pengurus sekolah yang tidak cekap dan tidak akur dengan prosedur kewangan yang ditetapkan. ini akan menjadi masalah terhadap kecukupan wang bantuan kepada sekolah. apabila ini terjadi, pihak sekolah akan menghadapi masalah dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

- Di samping itu juga pihak sekolah sendiri boleh mencari Dana tambahan untuk sekolah dan tidak hanya bergantung pada bantuan modal semata-mata. Sebagaigai contoh, menyewakan kemudahan yang ada di sekolah seperti dewan, peralatan eletronik, padang dan sebagainya.

Terima Kasih. 

 

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

10

Page 11: Forum Kewangan

      

Re : ISU ISU BERKAITAN KESAMAAN (EQUITY) DAN KECUKUPAN(ADEQUITY) DALAM KONTEKS KEWANGAN DI SEKOLAH.

19 Oct 2014 03:14:44 PM

  Posted By     : Zainab Binti Mat Min 19 Oct 2014 01:56:33 AM

  Reply To       : Noraini Binti Mohd Hashim   Attachment  : No File Attach

 

Assalamualaikum...

Saya bersetuju dengan pernyataan saudari mengenai ekuiti kewangan sekolah. Ini kerana kesamaan dalam peruntukan perbelanjaan kepada sekolah samaada sekolah besar atau kecil amat penting bagi menjamin kesamarataan pelajar menikmati faedah yang sama banyak hasil daripada perbelanjaan yang diuruskan. kememterian juga perlu mengkaji semula peruntukan yang diberikan berdasarkan tuntutan perbelanjaan semasa bagi mempertingkatkan prestasi sekolah ke arah kecemerlangan kerana setiap porgram atau aktiviti yang dilaksanakan memerlukan peruntukan kewangan.

Manakala ketidakcukupan perbelanjaan kewangan sekolah memerlukan pengurusan kewangan yang cekap bagi memastikan perbelanjaan yang cukup untuk tujuan PdP murid yang berkesan. Walaupun berlaku ketidakcukupan namun pihak sekolah perlu mengagihkan, membelanja, mengawal dan mengurus peruntukan dengan lebih cekap.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

11

Page 12: Forum Kewangan

Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan

 Posted By : Mohamad Azmi Bin Ali (M20141000130)  Date posted : 09 Oct 2014 09:54:06 PM  (17 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan dengan isu kesamaan dan juga kecukupan adalah

1.  Dalam isu kesamaan setahu saya sekolah yang bertaraf PTj dan sekolah yang bukan bertaraf PTj adalah bantuan PCG adalah bantuan berdasarkan jumlah muid disesebuah sekolah dan bantuan ini dalam bentuk PCG mata pelajaran dan PCG bukan matapelajaran.

2.  Dalam isu kecukupan pula dapat dibezakankan dengan sekolah-sekolah yang bertaraf PTj mendapat bantuan dalam bentuk waran manakala sekolah bukan PTj pula bantuan diterima dalam bentuk geran

Mohon kawan kawan dapat memberi respon yang membina dengan menambah apa yang kurang dan membetukan apa silap

Terima Kasih...

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 

    

Re : Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan19 Oct 2014 03:38:14 PM

 Posted By     :

Zainab Binti Mat Min 09 Oct 2014 09:54:06 PM

 Reply To       :

Mohamad Azmi Bin Ali

  Attachment   No File Attach

12

Page 13: Forum Kewangan

:

 

Assalamualaikum saudara...

Saya menyokong ulasan anda, peruntukan PCG mengikut enrolmen murid jika sekolah mempunyai PTJ peruntukan yang diberikan mengikut waran yang diluluskan. Bagi peruntukan sekolah SKM mengikut kadar yang diluluskan. Sering berlaku ketidakcukupan dalam peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran disebabkan peruntukan yang sedikit kepada sekolah kecil. Biasanya masalah kewangan yang dihadapi oleh sekolah samaada dalam ekuiti atau adequacy mengikut jeni sekolah dan pengurusan kewangan oleh pentadbir.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete | Bincangkan isu-isu berkaitan kesamaan(equity) dan kecukupan (adequacy) dalam konteks sekolah

 Posted By : Selvanayaki A/P Periakaruppan (M20141000211)  Date posted : 10 Oct 2014 03:13:37 PM  (42 read/s)

FORUM 2

Bincangkan isu-isu berkaitan kesamaan(equity) dan kecukupan (adequacy) dalam konteks sekolah

Kesamaaan

-          Menurut Collins Cobuild (1999), ekuiti   ataupun kesamaan membawa maksud pemberian dalam jumlah yang sama dan berpatutan dalam menyediakan kemudahan kepada setiap individu.

-          Menurut Odden dan Discus (2000) pula berpendapat sesuatu yang adil sekiranya institusi pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan diberikan jumlah agihan kewangan yang sama rata kerana sumber kewangan adalah wang awam.

-          Pada pendapat saya, kesamaan bermakna prinsip kesamarataan yang diamalkan dalam menguruskan pembiayaan dalam pendidikan tanpa mengambil kira perbezaan demografi.

-          Pengurusan ekuiti dengan cekap dan berkesan akan meningkatkan  kualiti pendidikan agar memenuhi piawaian, harapan dan respirasi negara.

-          Guru besar /ketua jabatan  mempunyai  akauntibiliti untuk mengurus sumber-sumber kerajaan seperti  kumpulan wang kerajaan , kumpulan wang SUWA dan kumpulan wang asrama melalui perwakilan kuasa menggunakan tatacara yang ditetapkan serta bertanggungjawab untuk merekodkan segala urusan kewangan dengaan lebih sistematik.

-          Dalam pada itu, apa yang menjadi isu di sini ialah sumber  kewangan  yang diperuntukkan untuk sekolah berstatus  Pusat Bertanggungjawab(PTJ ) dan bukan Pusat

13

Page 14: Forum Kewangan

Bertanggungjawab jauh berbeza.

-          Sekolah berstatus PTJ diberi ‘privillage’ seperti:

1. Saluran bagi menyampaikan peruntukan tambahan terus ke sekolah mengikut keperluan tersebut

2. Ketua jabatan diberi  akauntabiliti mengurus kewangan mahupun keperluan tanpa kekangan dan halangan

3. Mempercepatkan usaha perolehan dan bayaran tanpa melalui  Jabatan Pendidikan Negara(JPN)

4. Pembayaran  gaji kepada guru dan kakitangan dengan cepat.5. Pertambahan penjawatan seorang KPT untuk mengurus rekod kewangan-         

Sekolah berstatus PTJ dapat menikmati kelebihan yang tertera seperti di atas tetapi sekolah bukan berstatus PTJ perlu berdepan dengan pelbagai halangan dan kekangan seperti menunggu peruntukan daripada JPN.   

KECUKUPAN

Adequacy  atau lebih dikenali kecukupan dalam konteks kewangan sekolah memang bergantung kepada jumlah murid dan guru, saiz sesebuah sekolah, kakitangan sekolah, bahan PDP serta program yang dijalankan oleh sesebuah sekolah .  Kini, terdapat juga sekolah –sekolah yang masih kekurangan tenaga pengajar seperti guru Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, sekolah yang terletak di kawasan pedalaman terpaksa menghadapi pelbagai  masalah kekurangan seperti:

1. Kekurangan  bahan BBM dan peralatan  seperti computer  dan perisian computer 

1. Kekurangan bilik darjah yang kondusif untuk PDP. Kadang-kala makmal  Sains digunakansebagai bilik darjah sementara sepanjang tahun.Sumber kewangan yang disalurkan tidak mencukupi untuk menjalankan program yang dirancangkan dan perlu mencari alternative dari pihak luar seperti sumbangan dan lain-lain lagi.

Wang peruntukan kewangan yang jauh beza kepada sekolah berstatus PTJ mengakibatkan jurang perbezaan yang ketara antara sekolah PTJ dan Bukan  PTJ. Walau bagaimanapun, sekiranya ketua jabatan yang berakauntabiliti  mempunyai  ilmu pengetahuan yang luas dan kemahiran mengurus sumber kewangan dengan lebih efektif maka sekolah tersebut tidak perlu bergantung kepada sumber kewangan luaran semata-mata.

Sekian, Terima Kasih. Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Bincangkan isu-isu berkaitan kesamaan(equity) dan kecukupan (adequacy) dalam konteks sekolah

19 Oct 2014 03:23:54 PM

  Posted By     : Zainab Binti Mat Min 10 Oct 2014 03:13:37 PM

14

Page 15: Forum Kewangan

 Reply To       :

Selvanayaki A/P Periakaruppan

  Attachment  : No File Attach

 

Salam Sejahtera...

Saya menyokong ulasan anda yang banyak memberi input. Pada pendapat saya mengenai kecukupan (adequacy) kewangan dalam pendidikan meliputi banyak perkara. Contoh yang saya ambil ialah ketidakcukupan dalam akaun wang SUWA sekolah, ini melibatkan banyak sekolah tidak cukup peruntukan Yuran dari segi pembelian kertas ujian, yuran perpustakaan, yuran sukan/permainan dan juga pembelian alat kemahiran hidup yang sememangnya berharga mahal, smestinyalah tidak cukup dengan peruntukan yang diberi. Ini menjadi isu kewangan pada setiap tahun. Jadi pengetua atau guru besar perlu berbelanja dengan berhemah mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete | Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan

 Posted By : Mohamad Azmi Bin Ali (M20141000130)  Date posted : 09 Oct 2014 09:54:06 PM  (18 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan dengan isu kesamaan dan juga kecukupan adalah

1.  Dalam isu kesamaan setahu saya sekolah yang bertaraf PTj dan sekolah yang bukan bertaraf PTj adalah bantuan PCG adalah bantuan berdasarkan jumlah muid disesebuah sekolah dan bantuan ini dalam bentuk PCG mata pelajaran dan PCG bukan matapelajaran.

2.  Dalam isu kecukupan pula dapat dibezakankan dengan sekolah-sekolah yang bertaraf PTj mendapat bantuan dalam bentuk waran manakala sekolah bukan PTj pula bantuan diterima dalam bentuk geran

Mohon kawan kawan dapat memberi respon yang membina dengan menambah apa yang kurang dan membetukan apa silap

Terima Kasih... Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |  

    

Re : Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan19 Oct 2014 03:38:14 PM

 Posted By     :

Zainab Binti Mat Min 09 Oct 2014 09:54:06 PM

15

Page 16: Forum Kewangan

 Reply To       :

Mohamad Azmi Bin Ali

 Attachment  :

No File Attach

 

Assalamualaikum saudara...

Saya menyokong ulasan anda, peruntukan PCG mengikut enrolmen murid jika sekolah mempunyai PTJ peruntukan yang diberikan mengikut waran yang diluluskan. Bagi peruntukan sekolah SKM mengikut kadar yang diluluskan. Sering berlaku ketidakcukupan dalam peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran disebabkan peruntukan yang sedikit kepada sekolah kecil. Biasanya masalah kewangan yang dihadapi oleh sekolah samaada dalam ekuiti atau adequacy mengikut jeni sekolah dan pengurusan kewangan oleh pentadbir.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

16