bbk 3212 kritikan kesusasteraan melayu dr.nik rafidah konflik dalam novel

23
BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL DAN MALAM, APABILA IA BERLALU AHLI KUMPULAN: ROSFARADILA AB.RAHIM 157592 NUR FATIHAH ANAFI 157503 ROHAMA YAAKUB 160254 NURUL FATIMAH MOHD NOR 156356

Upload: xuan

Post on 06-Feb-2016

120 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL DAN MALAM, APABILA IA BERLALU AHLI KUMPULAN: ROSFARADILA AB.RAHIM 157592 NUR FATIHAH ANAFI 157503 ROHAMA YAAKUB160254 NURUL FATIMAH MOHD NOR156356. PENGENALAN. Latar belakang novel Batasan kajian - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYUDR.NIK RAFIDAH

KONFLIK DALAM NOVEL DAN MALAM, APABILA IA BERLALU

AHLI KUMPULAN:

ROSFARADILA AB.RAHIM 157592NUR FATIHAH ANAFI 157503ROHAMA YAAKUB 160254NURUL FATIMAH MOHD NOR 156356

Page 2: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

PENGENALAN

• Latar belakang novel • Batasan kajian• Definisi kritikan• Definisi konflik• Jenis-jenis konflik

Page 3: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

LATAR BELAKANG NOVEL• Sasterawan Negara Abdullah Hussain

menghasilkan novel terbaharu Dan Malam, Apabila Ia Berlalu pada tahun 2006 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Novel ini mempunyai halaman muka surat sebanyak 516 halaman. Dalam novel ini, terdapat lima bahagian penting iaitu Penghuni Gua, Orang Bertopeng, Golden Triangle, Suatu Permainan dan Gempa Bumi. Apa yang penting di sini, beliau cuba membincangkan permasalahan agama dan sosial dalam masyarakat Melayu yang menghidangkan ruang-ruang kemelut dalam kehidupan manusia Melayu-Islam, yang muncul dalam pelbagai rupa dan bentuk.

Page 4: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

BATASAN KAJIAN

• Kajian yang akan dilakukan ini hanya akan tertumpu kepada kajian terhadap sebuah novel yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara iaitu Abdullah Hussain yang bertajuk Dan Malam, Apabila Ia Berlalu. Kajian ini tertumpu kepada aspek konflik selain aspek-aspek kritikan terhadap novel ini melalui beberapa pendekatan. Antara pendekatan yang akan digunakan dalam melakukan kajian ini ialah Psikoanalisis Sigmund Freud, Humanistik Maslow, dan Psikologi Islam.

Page 5: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

DEFINSI KRITIKAN

•Kritikan sastera adalah cabang epistemologi sastera, yang pada dasarnya ilmu sastera mempunyai tiga bahagian iaitu teori sastera, sejarah sastera dan kritikan sastera (Wellek, Rene dan Austin Warren, 1976:27).

Page 6: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

DEFINISI KONFLIK• perselisihan atau pertentangan antara

individu dengan individu yang lain dari segi idea, kepentingan dan lain-lain.

• Wikipedia- suatu proses sosial antara dua orang atau lebih seperti kelompok iaitu di mana salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak yang lain dengan menghancurkan atau membuatnya tidak berdaya. Konflik juga dilatarbelakangi oleh perbezaan ciri-ciri yang dibawa oleh individu dalam satu interaksi. Antara contoh perbezaan tersebut ialah seperti kepandaian, pengetahuan, adat istiadat dan keyakinan.

Page 7: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

PERNYATAAN MASALAH• Masalah-masalah sosial yang berlaku ini dikatakan

berpunca daripada konflik-konflik yang datang dari pelbagai sudut antaranya diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat sekeliling mahupun negara. Oleh hal yang demikian, dalam kajian ini, kami ingin mengkaji sejauh manakah pernyataan ini benar bahawasanya gejala-gejala sosial di kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah berpunca daripada konflik yang datang dari pelbagai sudut. Justeru itu, kami gunakan novel Dan Malam Apabila Ia Berlalu oleh Sasterawan Negara iaitu Abdullah Hussain sebagai novel kajian kami dalam mengkaji konflik yang berlaku yang menyumbang kepada gejala sosial pada hari ini dalam menjawab pernyataan masalah ini.

Page 8: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif yang ingin kami capai dalam membuat kajian tentang novel Abdullah Hussain yang bertajuk Dan Malam, Apabila Ia Berlalu adalah:-

• Untuk menghuraikan jenis-jenis atau bentuk-bentuk konflik.

• Untuk mengenal pasti konflik-konflik yang berlaku dalam novel Dan Malam, Apabila Ia Berlalu mengikut jenis atau bentuk konflik.

• Untuk mengetahui adakah konflik yang berlaku menyumbang kepada berlakunya masalah sosial di negara Malaysia.

Page 9: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

PENDEKATAN

•Psikoanalisis Sigmind Freud•Humanistik Maslow•Psikologi Islam

Page 10: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

ANALISIS KAJIAN

1. Konflik Intrapersonal2. Konflik Interpersonal3. Konflik Kumpulan

Page 11: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

1. KONFLIK INTRAPERSONAL

Konflik ini merupakan konflik yang berlaku pada diri sendiri yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang lain. Terdapat tiga bentuk konflik intrapersonal iaitu konflik mendekat-mendekat, konflik menghindar-menghindar dan konflik mendekat-menghindar.

Page 12: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

A) KONFLIK MENDEKAT-MENDEKAT

•Konflik ini dirujuk apabila seseorang itu mempunyai dua matlamat, tujuan, peluang dan sebagainya dalam satu masa yang sama tetapi individu tersebut hanya boleh memilih satu sahaja dari matlamat tersebut.

Page 13: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

B) KONFLIK MENGHINDAR-MENGHINDAR

•Konflik ini berlaku dalam situasi di mana wujud apabila dua atau lebih pilihan yang diberi bukan berdasarkan pilihan yang digemari atau dikehendaki oleh seseorang individu. Namun begitu, individu tersebut perlu memilih salah satu daripadanya dalam keadaan yang terpaksa.

Page 14: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

C) KONFLIK MENDEKAT-MENGHINDAR

•konflik di mana situasi seseorang itu mempunyai keinginan terhadap sesuatu tetapi dalam masa yang sama, individu tersebut ingin menghindari keinginan itu jika berjaya memperolehnya.

Page 15: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

2. KONFLIK INTERPERSONAL

Konflik ini berlaku pada diri sendiri dan juga orang lain dalam dua atau tiga individu. Terdapat tiga bentuk juga dalam konflik interpersonal iaitu konflik pseudo, konflik mudah dan konflik ego.

Page 16: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

A) KONFLIK PSEUDO

• Konflik pseudo berpunca dari masalah komunikasi di antara individu yang seringkali disalah tafsirkan. Hal ini terjadi kerana kedua-dua belah pihak tidak memahami maksud atau menyalahtafsirkan sesuatu mesej atau maklumat yang disampaikan dan akhirnya menyebabkan komunikasi tersebut gagal dan tidak mencapai matlamat yang sepatutnya.

Page 17: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

B) KONFLIK MUDAH

•Konflik mudah akan wujud apabila seseorang individu itu ingin menguasai pihak yang lain sewaktu berinteraksi. Individu-individu dapat memahami maksud yang ingin disampaikan tetapi tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil bagi mencapai matlamat tersebut.

Page 18: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

C) KONFLIK EGO

• Terbentuk dalam situasi yang tegang dan agak panas di mana individu yang berinteraksi masing-masing mempertahankan ego masing-masing. Hal ini kerana masing-masing tidak mahu berkompromi semasa mempertahankan pendapat mereka. Situasi ini akhirnya akan menyebabkan fokus kepada kehendak itu hilang dan berubah menjadi ke arah hal peribadi.

Page 19: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

3. KONFLIK KUMPULAN

•Konflik dalam keluarga.Konflik antara kumpulan atau masyarakat

membawa maksud pertentangan antara individu dalam sesebuah kumpulan atau dari sesebuah kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pertentangan ini berlaku kerana wujudnya sikap lebih bersaing, individualistik, tidak berkongsi matlamat yang sama serta kurangnya komunikasi dalam kumpulan. Terdapat dua jenis konflik kumpulan iaitu konflik dalam keluarga dan konflik dalam masyarakat. Tetapi dalam novel ini kami hanya mengkaji tentang konflik dalam keluarga.

Page 20: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

• Konflik dalam keluarga kebiasaannya berlaku disebabkan kegagalan ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anaknya atau terdapat tentangan atau larangan kepada anak-anak mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang mereka sukai. Konflik ini boleh dilihat menerusi pendekatan Psikoanalisis Sigmund Freud yang menekankan konsep id, ego dan super ego.

Page 21: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

KESIMPULAN

• Melalui kajian ini, kami mendapati bahawa sememangnya terdapat banyak konflik yang berlaku dalam novel kajian kami. Menerusi pendekatan-pendekatan yang digunakan, kami dapat mengenal pasti setiap konflik yang berlaku di dalam novel Dan Malam, Apabila Ia Berlalu mengikut jenis-jenisnya seperti yang dihuraikan di atas. Banyak konflik yang melibatkan diri sendiri, keluarga, mahupun masyarakat sekitarnya.

Page 22: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

• Namun begitu, menerusi hasil kajian ini, terbukti bahawa konflik-konflik yang datang dari pelbagai sudut sama ada dari sudut diri sendiri, keluarga, rakan mahupun masyarakat tidak sepenuhnya mendorong kepada berlakunya masalah-masalah sosial di negara kita pada hari ini. Hal ini dapat dibuktikan menerusi watak-watak yang kami kaji yang mempunyai konflik-konflik seperti yang dirincikan di atas yang akhirnya tidak memberi masalah kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat. Justeru itu, melalui hasil kajian ini, pernyataan yang menyatakan bahawa masalah-masalah sosial berpunca dari konflik yang datang dari pelbagai sudut itu adalah tidak berapa tepat dan benar.

Page 23: BBK 3212 KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DR.NIK RAFIDAH KONFLIK DALAM NOVEL

SEKIAN TERIMA KASIH.