jawapan forum kk

Upload: haslinda-bte-sulaiman

Post on 18-Oct-2015

152 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

C.Kerja Kursus Individu - Forum ( 10% )

Berikut adalah soalan forum:-No..SOALAN FORUM

1Nyatakan lima ( 5 ) unsur kependidikan yang diterapkan dalam kegiatan kokurikulum. Jelaskan kelima-lima unsur tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang relevan ( apa, siapa, bila, mana, bagaiman (4W1H)

2Nyatakan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

3Apakah langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh pihak sekolah supaya aktiviti kokurikulum itu penting dan wajib dilaksanakan di sekolah?

4Kejayaan pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum sekolah banyak bergantung kepada pihak sekolah atau jawatankuasa yang penganjurkan aktiviti kokurikulum tersebut. Jelaskan apakah yang perlu dirancang sebelum, semasa dan selepas?

5Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Nyatakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang mengelolakan pertandingan aktiviti kokurikulum.

Soalan Forum KokurikulumSoalan 1.Nyatakanlima ( 5 )unsur kependidikan yang diterapkan dalam kegiatan kokurikulum. Jelaskan kelima-lima unsur tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang relevan ( apa, siapa, bila, mana, bagaiman (4W1H)

Jawapan 1 forum soalan 1Salam sejahtera rakan-rakan di Kirkby .Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah.. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna.. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bidang ini berupaya memberi peluang kepada murid untuk membina kekuatan jasmani, menguatkan keupayaan mental, membantu dalam kestabilan emosi seterusnya kepada kemantapan rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan pegangan kepada agama yang dianuti. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan, persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.Lima unsur kependidikan yang diterapkan dalam kegiatan kokurikulum iaitu:Unsur yang pertama- Kepercayaan Kepada TuhanDalam bidang kokurikulum ,unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dapat di semai untuk memberi kesedaran rohaniah terhadap pelajar melalui aktiviti kokurikulum di sekolah . Contohnya semasa aktiviti Perkhemahan Puteri Islam, pelajar dapat menjalankan aktiviti keagamaan seperti mendengar ceramah agama ataupun praktikal ibadah solat. Kepercayaan dan patuh kepada Tuhan menjadi tuntutan kepada setiap insan tidak kira agama , kaum dan keturunan supaya dapat di didik menjadi individu yang berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang negatif. Aktiviti kokurikulum di sekolah berperanan dalam pembentukan sifat-sifat sosial yang bernilai dalam diri setiap murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dipilih. Setiap aktiviti mempunyai sumbangan tersendiri dalam pembentukan sahsiah dan jati diri. Sebagai contoh, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum amat berguna untuk pembentukan sahsiah, mengisi masa lapang dengan pengetahuan berfaedah, menimba pengalaman dan mengelakkan diri dari terjebak dalam masalah gejala sosial seperti melepak, penyalahgunaan dadah dan gangsterisme.Unsur yang kedua - Kemanusiaan yang murniMelalui kegiatan dan aktiviti kokurikulum di sekolah ,unsur kemanusiaan yang murni dapat dilahirkan dari unsur-unsur kependidikan melalui kokurikulum . Nilai nilai murni dapat diterapkan melalui badan uniform seperti PBSM , Pengakap, Tunas Puteri dan lain lain Unit Uniform yang dapat membimbing murid menolong orang tanpa mengira bangsa dan agama. Murid-murid boleh menjadi manusia murni serta mempunyai nilai-nilai akhlak kesusilaan dan ketaatan kepada agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini murid-murid dilatih menjadi manusia yang berbudi pekerti mulia dan menghayati nilai-nilai murni terpuji untuk di amalkan dan dipraktikkan dalam perhubungan sesame rakan di sekolah. Unsur yang ketiga - Perpaduan dan integrasi nasionalPerpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. Integrasi nasional adalah satu konsep yang lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.

Dalam unsur kependidikan kokurikulum ini, ianya berkaitan rapat dengan nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara. Perpaduan akan terus menjadi agenda utama bagi memupuk perpaduan kaum melalui sistem pendidikan di negara kita. Kokurikulum mempergiatkan program dan aktiviti yang melibatkan penyertaan murid dari pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan, terutamanya melalui sukan, permainan dan perkhemahan. Pelajar dapat berinteraksi dengan bangsa dan etnik lain yang mempunyai adat dan kebudayaan yang berlainan. Pelajar di harap dapat memahami dan menghormati adat dan kebudayaan bangsa lain. Hal ini amatlah penting untuk Negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan kebudayaan.Justeru itu dengan adanya aktiviti kokurikulum ini, ianya akan menjadi asas di kalangan pelajar supaya melahirkan Satu Malaysia. Di samping itu,masyarakat yang perpaduan akan menjadi negara yang maju dan mashyur.

Unsur yang keempat - Disiplin dan bertanggungjawab Penyertaan dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin murid ke arah pembinaan sahsiah yang bersepadu. Dalam konteks pendidikan kebangsaan , kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umumnya kokurikulum berjaya membina disiplin melalui latihan kawad kaki, bola sepak , tarian dan sebagainya. Murid dapat melatih diri menepati masa dan rasa tanggungjawab untuk memenangi pertandingan untuk diri mereka serta pasukan dan sekolah. Selain daripada itu, kegiatan kokurikulum juga dapat mencungkil sifat kepimpinan yang tinggi terhadap pelajar supaya menjadi insan yang beketrampilan untuk menjadi pemimpin yang baik di masa hadapan.

Unsur yang kelima- Keilmuan dan pengetahuanAktiviti kokurikulum juga menekankan tentang penyampaian ilmu dan pengetahuan sebagai keperluan pelajar untuk dipratikkak dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah mahupun di tempat-tempat yang lain. Hal ini adalah penting untuk keperluan pendidikan di negara masa kini. Kedua-dua bidang ini seharusnya digabungkan dan diberi nafas baru, serta diberi penilaian dan pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan murid dan guru dapat memahami konsep pendidikan dalam menuntut ilmu dan pengetahuan berasaskan kepada penekanan yang sama dalam bidang kokurikulum dan akademik. Ini penting untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani, dan pembentukan nilai-nilai estetika. Murid dapat mencapai kecemerlangan yang diingininya secara sama rata melalui ilmu dan pengetahuan yang diperolehi.

Jawapan 2 Soalan forum 1Salam rakan-rakanSaya sangat bersetuju dengan pendapat anda . Penglibatan pelajar dalam setiap jenis aktiviti kokurikulum sama ada aktiviti Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform, ianya dapat memupuk nilai bekerjasama dan sifat tolong-menolong dalam diri setiap ahli persatuan. Sebagai contohnya, seseorang pelajar yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan unit berunifom perlu saling bantu -membantu antara satu sama lain. Para pelajar akan dibahagikan dalam kumpulan dan memerlukan mereka bekerjasama untuk menjayakan sesuatu aktiviti tersebut. Ini seterusnya akan membolehkan mereka membantu rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing dan meningkatkan semagat serta motivasi untuk bersaing dengan sihat antara kumpulan -kumpulan lain. Aktiviti perkhemahan itu juga berupaya memupuk aspek kasih sayang dan sifat bertolak ansur antara ahli kumpulan. Para pelajar secara tidak langsung terdidik dengan menrapkan nilai-nilai murni seperti saling bantu -membantu dan menghormati rakan dalam kumpulannya. Contohnya apabila terdapat aktiviti seperti persembahan dalam kumpulan, setiap ahli kumpulan diperlukan untuk memainkan peranan masing-masing dan berganding bahu bagi menjayakan persembahan mereka. Selain itu, para pelajar juga belajar untuk memaafkan kesilapan ahli dalam kumpulan sekiranya terdapat salah faham. Ini seterusnya akan lebih mengeratkan hubungan mesra antara mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar dapat didedahkan dengan unsur ketahanan fizikal dan semangat , komitmen , iltizam dan dedikasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan .

Jawapan 3 Soalan forum 1

Salam sejahtera rakan-rakan di Kirkby, berjumpa lagi di forum yang seterusnya.

Selain daripada lima unsur-unsur kependidikan kokurikulum yang telah saya jelaskan dalam forum sebelumnya, terdapat juga unsur-unsur lain yang sangat penting untuk diterapkan dalam kegiatan kokurilum.

Antaranya ialah : Unsur Kreativiti dan inovasiKreativiti merupakan kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi . Inovasi pula ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Dalam kokurikulum ,unsur ini penting kepada semua pelajar supaya mereka berupaya menyelesaikan masalah seharian dengan daya fikiran kreativiti dan inovasinya. Menurut teori Lowenfeld (1975), setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Justeru itu, segala aktiviti yang dijalankan semasa kegiatan kokurikulum dapat menjana idea pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif lagi . Contohnya semasa aktiviti perkhemahan unit beruniform, pelajar dalam kumpulan masing-masing akan sedaya upaya untuk mencantikkan khemah masing dengan lebih kreatif dan inovatif.Unsur KepemimpinanDefinisi Kepemimpinan, menurut Tead; Terry; Hoyt (dalam Kartono, 2003) kepimpinan adalah kegiatan atau seni mempengaruhi orang lain agar dapat bekerjasama yang didasarkan pada kemampuan orang tersebut untuk membimbing orang lain dalam mencapai tujuan-tujuan yang diinginkan kelompok. Kepemimpinan yang efektif dalam kokurikulum mampu menghormati hak-hak asasi setiap ahli yang terlibat, meskipun akan selalu menghadapkan kepemimpinan pada berbagai konflik. Untuk itu kepemimpinan yang efektif harus mampu menyelesaikan setiap konflik, sebagai bahagian dari prosesnya yang dinamik. Contohnya dalam setiap aktiviti kawad kaki, pemimpin atau ketua yang tegas dapat memimpin kumpulan mereka kearah kejayaan sama ada pertandingan kawad kaki di peringkat sekolah ataupun luar sekolah.Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk merancang sesuatu aktiviti dan membuat laporan selepas sesuatu aktiviti. Pelajar-pelajar juga dilatih untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain agar sifat kepimpinan nya jelas terpancar dan dikagumi oleh pelajar-pelajar lain.

Unsur Komunikasi dan pergaulanDalam kegiatan kokurilum, setiap ahli mestilah sentiasa terlibat dalam aktiviti komunikasi. Fungsi komunikasi sosial biasa terbentuk dengan adanya pembentukan dari dalam pembentukan konsep diri, pernyataan eksistensi diri dan untuk kelangsungan hidup, memupuk hubungan & memperoleh kebahagiaan.Ia penting untuk menjalin hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat dan mendapat teknik untuk berkomunikasi terhadap seseorang.Unsur Rekreasi dan riadahRiadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat .Pada pandangan saya, riadah bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang dengan berfaedah . Aktiviti riadah dalam aktiviti kokurikulm juga dapat merapatkan hubungan antara rakan rakan guru-guru . Aktiviti ini juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas.

Jawapan 4 Soalan forum 1Salam sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan semua.Saya telah membaca huraian forum rakan-rakan dan saya juga bersependapat dengan rakan rakan semua. .Selain daripada unsur kependidikan kokurikulum yang anda kemukakan, terdapat juga unsur yang lain yang saya ringkaskan seperti berikut: berdasarkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaituUnsur 1. Jasmani Berfokus kepada perkembangan anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Atas dasar bahawa kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum yang membantu memperkembangkan potensi murid dalam bidang kognitif, psikomotor, afektif, intelek, sosial, jasmani dan rohani. Contoh: Kelab olahraga merupakan aktiviti sokongan dan lanjutan daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui Kelab Olahraga, murid-murid berpeluang mengembangkan potensi mereka dalam bidang olahraga. Aktiviti kokurikulum menjadimedankepada murid-murid untuk menguji dan mengasah bakat mereka dalam bidang olahraga di samping mendapat tunjuk ajar daripada guru penasihat. Psikomotor murid dipergiatkan di samping perkembangan jasmani dan rohani mereka yang sihat.

Unsur 2: Rohani Murid mempunyai sifat kejiwaan yang baik dan berupaya berdisiplin kendiri. Kejiwaan yang baik membantu mebentuk sifat kepimpinan di kalangan murid. Kegiatan kokurikulum memberi pendedahan kepada murid untuk membina sifat kepimpinan dan sahsiah sebagai ketua. Contoh: sebagai pengerusi kelab, seseorang murid dapat memupuk sifat kepimpinannya secara langsung melalui pelbgai urusan kelab seperti mengadakan perjumpaan, menyimpan dan mengemaskini rekod perjumpaan, mempengerusikan mesyuarat, mengelola pertandingan, mendapat khidmat nasihat daripada guru penasihat dan sebagainya. Setiap satu aktiviti di atas dapat membantu murid membina daya kepimpanan mereka dalam meneraju pengurusan kelab. Murid akan lebih berkeyakinan sebagai seorang peneraju atau ketua dan pengalaman tersebut adalah sesuatu yang mereka tidak dapat belajar daripada buku.

Unsur 3: Emosi Membina keyakinan diri yang tinggi. Contoh:Aktiviti perkhemahan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan menguji kesabaran. Aktiviti tersebut memerlukan murid mempunyai tahap kestabilan emosi yang tinggi dan keberanian yang teguh. Ia berupaya membantu murid membina daya ketahanan emosi yang tinggi. Secara langsung juga, aktiviti sedemikian dapat menghindarkan murid daripada terjebak ke kancah aktiviti yang tidak bermoral.

Unsur 4: Intelek Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kegiatan kokurikulum. Melalui aktiviti kelab seperti kuiz,bahas dan pidato, memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang yang berkaitan. Contoh: aktiviti bahas dan pidato memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka dalam mengeluarkan hujah-hujah dan keupayaan berfikir untuk mematahkan hujah dengan menggunakan fakta. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif turut dapat diasah.

Unsur 5: Sosial Murid-murid dapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain . Murid juga dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, semangat kekitaan dan perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek kelab dan persatuan. Contoh:Kelab Pencinta Alam menganjurkan projek kitar semula. Melalui aktivirti ini, murid-murid dapat menerapkan pelbagai nilai murni sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan. Antara nilai yang boleh diterapka termasuklah sayang kepada alam sekeliling, kebersihan, bertanggungjawab, kesederhaan dan sebagainya.

Jawapan 5 Soalan forum 1Salam sejahtera . Bersua lagi di ruangan Forum CMP 2011.

Berdasarkan jawapan dan huraian forum saya, secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa unsur kependidikan dalam kegiatan kokurilum diterap adalah bertujuan seperti berikut:

Kokurikulum merupakan kegiatan berkumpulan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membentuk generasi yang seimbang. Setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan atau bukan kerajaan diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab dan satu aktiviti sukan atau permainan berdasrakan matlamat utama pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyemai kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan; menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi; mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid; membina dan meningkatkan minat dan bakat; membina dan meningkatkan disiplin;mewujudkan budaya sekolah yang sihat; membina dan meningkatkan kerjasama; dan mewujudkan sekolah berwatak. Penyertaan murid sebagai generasi muda dan rakyat di negara ini dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional dan menyemai nilai-nilai murni secara tidak langsung dan langsung semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Ini adalahselaras dengan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membangunkan Modal Insan. Modal insan yang berkualiti merupakan aset utama negara bagi menentukan masa depan negara dan bangsa. Ia juga penting dalam pembentukan konsep Satu Malaysia yang mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga mampu meningkatkan tahap disiplin pelajar.

Soalan 2Nyatakan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SekolahJawapan 1 Soalan forum 2.Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan-rakan di Kirkby, bersua lagi di ruangan forum bagi meneruskan lagi tugasan untuk semester ini.

Dalam Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah, dinyatakan bahawa Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.). Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada murid-murid, bahkan juga bagi melahirkan murid-murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertolenrasi, berdisplin, dan mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.

Sehubungan dengan itu, semua hasrat yang terkandung dalam surat tersebut akan tercapai sekiranya semua warga sekolah khasnya Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum dapat melaksanakn tugas dan tanggungjawab mereka bagi merealisasikan kehendak tersebut. Maka dengan itu, tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah adalah sangat penting dalam setiap organisasi kokurikulum di sekolah. Jawatankuasa Pengurusan kokurikulum sekolah bertindak sebagai memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah iaitu fungsi dan tanggungjawab setiap ahli, kekerapan mengadakan mesyuarat, pembentukan jawatankuasa kecil, pelaporan berkala dan dokumentasi.

Senarai Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

i. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / pendek)ii. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahuniii. Menentukan peraturan kokurikulum sekolahiv. Menentukan takwim dan jadual aktivitiv. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruhvi. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/ negeri / kebangsaanvii. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulumviii. Menentukan tarikh kejohanan olahraga sekolah, merentas desa, hari kecemerlangan kokurikulum dan kegiatan lainix. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunanx. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolahxi. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakanxii. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masingxiii. Memastikan semua tempat dan alatan selamat digunakan oleh pelajarSaya akan huraikan dengan jelas lagi tugas dan tanggunjawab setiap ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah di ruangan forum yang seterusnya.Sekian .Jawapan 2 Soalan forum 2Salam sejahtera, saya juga bersependapat dengan pandangan rakan-rakan tentang senarai tugas Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah terdiri daripada, Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengetuai bidang Kokurikulum dengan bantuan Setaiusaha Sukan yang akan menyelaras Rumah-rumah Sukan di sekolah manakala Setiausaha Kokurikulum pula akan menyelaras tiga bidang penting iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan dan Sukan dan Permainan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah. Dalam setiap bidang ini terdiri daripada Guru-guru Penasihat dan dibantu oleh ahli-ahli yang terdiri daripada murid-murid sekolah.Tugas dan tanggungjawab ahli Jawatnkuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah dinyatakan seperti ketetapan berikut:

1.Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikuluma. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.b.Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.c.Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulumd.Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan.e.Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.f.Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.g.Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.h.Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras- penyelaras unit.j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

2.Tanggungjawab Setiausaha Kokurikuluma.Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.b.Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.c.Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.d.Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.e.Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.f.Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.g.Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka

3.Tanggungjawab Setiausaha Sukan a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.c. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukane. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.m. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

4.Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniforma. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum- mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.- Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum.h. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:- Borang penyertaan persatuan- Borang senarai AJK dan ahli- Buku laporan aktivitii. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.j. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah

5.Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpina. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.c. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.e. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.f. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.h. .Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.j. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.l. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.m. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.n. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.o. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.p. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.q. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.s. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.t. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

6.Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukana. Membentuk jawatankuasa.b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.c. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.d. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.f. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.h. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.i. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan.o. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara)p. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.q. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

Jawapan 3 Soalan forum 2Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan di Kirkby. Saya bersetuju dengan pendapat rakan rakan tentang huraian isi anda mengenai tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.Saya pun ingin menghuraikan dengan lebih lanjut lagi tentang tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah. Setiap Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah yang dilantik mempunyai bidang tugas yang tersendiri.1) Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum perlu mengadakan mesyuarat untuk merancang pengagihan tugas kepada guru dan membuat penyelarasan aktiviti yang dicadangkan oleh setiap unit beruniform, sukan, kelab dan persatuan di sekolah. Mesyuarat perlu diadakan agar maklumat yang ingin disampaikan lebih jelas dan semua guru dapat mengetahui akan tugas masing-masing. Di dalam mesyuarat juga segala idea atau pandangan boleh dicadangkan atau disuarakan dan boleh dibincangkan pada waktu itu juga. Keputusan mesyuarat dapat dibuat dengan cepat dan mudah.2) Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum memastikan semua tempat dan alatan Kokurikulum selamat digunakan oleh pelajar. Sumber dan peralatan bagi melaksanakan kokurikulum hendaklah disimpan dan ditadbir dengan sempurna. Penyediaan stor peralatan dengan selamat, rekod penggunaan peralatan, membaik pulih alatan rosak, mengganti dan menambah peralatan agar mencukupi. Sebagai contoh jika pihak pengurusan hendak mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah, jawatankusa tersebut perlu memastikan keadaan padang, peralatan sukan yang akan digunakan selamat untuk pelajar. Semua ini perlu bagi menjamin keselamatan pelajar dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan langkah-langkah keselamatan lain juga perlu diambil kira seperti sentiasa bersedia dengan peti pertolongan cemas dan sebagainya3) Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum mengadakan sistem penilaian dan pengiktirafan dalam bentuk sijil, surat akuan dan anugerah untuk pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum yang disertainya. Penghargaan ini boleh di laksanakan semasa Anugerah Kokurikulum atau di Anugerah Kecemerlangan Pelajar.4) Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum menentukan takwim dan jadual aktiviti. Perancangan pada peringkat awal boleh dilaksanakan secara berkumpulan dan bekerjasama oleh semua penasihat persatuan yang terlibat. Sesetengah aktiviti telah diseragamkan di peringkat daerah. Pihak sekolah boleh mengikut atau mengubahsuai sedikit perancangan supaya selaras dengan aktiviti sekolah serta memasukkannya ke dalam takwim sekolah.

Jawapan 4 soalan forum 2Salam 1 malaysia , Bersua lagi di ruangan forum.Dengan adanya Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum sekolah ini diwujudkan maka jawatankuasa ini dapat mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. Segala kekekangan yang berlaku dapat diatasi kelak apabila mereka juga dapat mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar. Bantuan khidmat masyarakat juga diperlukan bagi menjayakan sesuatu program kokurikulum yang dijalankan kerana murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Ianya bertujuannya untuk memupuk hubungan duahala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Jawapan 5 soalan forum 2Salam 1 Malaysia dan Salam Perpaduan, Sebagai seorang guru , saya amat berbangga kerana dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan aktiviti kokurikulum di sekolah kerana kokurikulum sebagai adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.(Rujuk Ramlan Abd. Wahab; Dewan Masyarakat, Januari 2002, Kerangkraf Publication Sdn. Bhd, m.s. 44.)

Soalan 3Apakah langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh pihak sekolah supaya aktiviti kokurikulum itu penting dan wajib dilaksanakan di sekolah?Jawapan 1 soalan forum 3Assalamualaikum dan salam sejahtera.Peranan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah adalah nadi kepada bidang kokurikulum itu sendiri. Segala perancangan yang melibatkan perancangan jangka panjang dan pendek hendaklah dirancang terlebih dahulu oleh jawatankuasa ini. Semua rancangan ini akan diputuskan dalam mesyuarat yang perlu diadakan sekurang-kurangnya diadakan sebanyak 2 kali dalam tahun tersebut.Setiap program yang dirancang perlulah merujuk kepada takwimnya atau jadual aktiviti bagi memudahkan ianya berjalan lancar dan tidak bertindih dengan program lain dan perlu dipatuhi oleh semua guru. Peraturan-peraturan bagi setiap rancangan juga perlu ditetapkan bagi setiap aktiviti kokurikulum oleh jawatankuasa ini. Ini bagi menggelakkan berlakunya sebarang masalah berkaitan dengan peraturan. Bagi menyahut seruan kerajaan yang berkehendakkan 1 Murid 1 Sukan maka semua jawatankuasa ini perlu memastikan penglibatan yang menyeluruh. Semua murid perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kokurikulum samada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Setiap program kokurikulum yang besar di peringkat sekolah juga diputuskan oleh jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini juga memain peranan dalam membuat penilaian terhadap aktiviti kokurikulum dan seterusnya membuat pelaporan tahunan. Aktiviti yang telah dirancang hendaklah dijalankan dan pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar. .Di sinilah tugas jawatankuasa pengurusan kokurikulum untuk membuat anggaran perbelanjaan dan memutuskan peruntukan yang bersesuaian terhadap setiap program. Pada akhir tahun, jawatankuasa ini akan membuat penilaian bagi para guru dan pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum. Pengiktirafan yang diberi biasanya berupa sijil penghargaan dan yang bersesuaian untuk diberikan kepada guru dan murid yang layak sebagai mengharigai jasa mereka dan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk terus berjuang meningkatkan prestasi diri dan sekolah. Keselamatan murid juga sangat dititikberatkan semasa menjalankan kegiatan kokurikulum dijalankan. Sehubungan dengan itu tugas jawatankuasa ini ialah bagi memastikan tiada sebarang kemalangan atau kecederaan berlaku.

Jawapan 2 soalan forum 3Salam 1 Malaysia...Saya juga bersependapat dengan kenyataan rakan-rakan tentang huraian bagi soalan ini. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perlaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah semakin memberangsangkan, khususnya jika dinilai dari perspektif pendidikan bersepadu danmenyeluruh. Walau bagaimana pun masih terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih cenderong kepada sekadar memenuhi keperluan dan arahan pentadbiran seperti yang diprogramkan di dalam takwim sekolah. Justeru itu, sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan tidak berlandaskan matlamat pendidikan yang jelas dan kurang berkesan untuk merealisasikan konsep pengetahuan dan kemahiran merentas kurikulum atau pensejagatan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Malah ada di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu bersifat ad hoc tanpa sebarang skima pelaksanaan yang komprehensif meliputi aspek-aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan itu juga tidak banyak memberi peluang kepada para pelajar mendapat pengetahuan,pengalaman dan kemahiran secara hands on (yakni dengan berbuat dan mengalami sendiri) selaras dengan prinsip pemelajaran konteksual (contextual learning).Justeru itu bagi menggalakkan pelajar agar sentiasa menyertai aktiviti yang dijalankan maka pihak Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah perlu mengambil tindakan dengan membuat perancangan jangka pendek dan panjang agar perlaksanaannya dapat dijalankan dengan jayanya.Merujuk kepada Modul CMP 2011 Kokurikulm dan Buku Panduan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah, dapatlah dinyatkan antara langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang boleh diambil oleh pihak sekolah supaya aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah ialah :

1. Mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang kokurikulumStrategi ini penting dilaksanakan secara meluas dan berterusan dengan objektif untuk memberi kesedaran dan keyakinan tentang pentingnya aktiviti-aktiviti kokurikulum dari aspek pembangunan kemanusiaan yang menyeluruh. Bidang dari aspek pembangunan dianggap sebagai bidang aktiviti di luar bilik darjah semata-mata, kerana dengan anggapan ini, bidang kokurikulum seolah-olah tidak penting diberi keutamaan, dan berkonotasi sampingan.Bidang kokurikulum sudah tidak wajar lagi dianggap sebagai bidang yang menyokong bidang kurikulum semata-mata, sebaliknya perlu diiktiraf sebagai suatu bidang pendidikan yang memberi sumbangan secara langsung kepada proses pembangunan kemanusiaan. Ini kerana pengetahuan, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi, sekurang-kurangnya dapat membantu seseorang pelajar mencorakkan kehidupan masa depannya.2. Mempelbagaikan persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulumStrategi ini penting untuk memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada para pelajar menyertai dan menceburi bidang aktiviti yang mereka minati, di samping menguji bakat kepimpinan masing-masing. Dalam konteks ini, selain daripada memperkemaskan organisasi dan mengaktifkan persatuan yang sedia ada, beberapa persatuan baru boleh ditubuhkan, khususnya persatuan yang penyelidikan dan pembangunan, patriotisme, dan sebagainya, dengan syarat tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah diaktakan, atau tidak mematuhi prosedur yang tertentu.Dalam konteks ini, selain daripada memperkemaskan organisasi dan mengaktifkan persatuan yang sedia ada, beberapa persatuan baru boleh ditubuhkan dengan syarat tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kepelbagaian persatuan perlu diiringi oleh kepelbagaian aktiviti yang akhirnya akan dapat membina kepimpinan, mengembangkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.3. Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriahSituasi meriah lazimnya merupakan faktor perangsang kepada pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum. Suasana meriah wujud sekiranya aktiviti-aktiviti dilaksanakan secara terbuka dengan penglibatan banyak pihak sama ada peserta, penyokong, para penderma, para ibu bapa dan banyak lagi. Contohnya Pesta Sukan PIBG, Hari Terbuka, Hari kantin, Hari Pasukan pakaian seragam, Pesta Kesenian dan Kebudayaan, Hari Kokurikulum dan sebagainya.Dalam keadaan kemeriahan ini, dorongan untuk berusaha lebih bersungguh-sungguhdan komitmen untuk mempertingkatkan prestasi diri, biasanya meningkat. Meski pun belum ada suatu korelasi yang muktamad untuk mengesahkan fenomena ini, namun situasi-situasi yang pernah dilalui dan dialami membuktikannya. Sekadar contoh, seseorang atelit ol hraga biasanya akan lebih bersemangat untuk mempertingkatkan prestasi larian atau lompatannya jika dia diberi saingan dan sokongan bergemuruh dari para penonton. Oleh itu bukanlah sesuatu yang tidak realistik jika suasana meriah dijadikan suatu rangsangan untuk mempertingkatkan prestasipelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. 4. Menjalankan aktiviti kokuriklum sepanjang tahunDengan mengiktiraf bidang kokurikulum sebagai suatu disiplin pendidikan yang menyumbang terus kepada proses pembangunan kemanusiaan, maka aktiviti-aktiviti kokurikulum perlulahdilaksanakan secara berterusan. Aktiviti-aktiviti ad hoc atau yang dilaksanakan berdasarkan keperluan pentadbiran/pengurusan sekolah secara berkala, atau yang berdasarkan jadual atau takwim yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah , lazimnya akan menghasilkan pengalaman-pengalaman dan kemahiran-kemahiran sementara yang tidak signifikan dari segi peneguhandisiplin, watak, persepsi dan world-view pelajar-pelajar yang terlibat. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara berterusan tidak akan menimbulkan kebosanan di kalangan para pelajar jika aktiviti-aktiviti tersebut dirancang dengan bijaksana. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berterusan juga akan membolehkan bahan-bahan sumber yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Satu lagi kesan sampingan yang penting ialah pemaksimuman penggunaan peralatan dan kemudahan-kemudahan asas yang secara tidak langsung menjurus kepada penjimatan dan keberkesanan kos (cost-effectiveness). Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berterusan ini juga membolehkan bahan-bahansumber dimanfaatkan sepenuhnya.

Jawapan 3, soalan forum 3Salam perpaduan rakan-rakan. Saya ingin membuat penambahan pandangan mengenai soalan forum ini.

Penglibatan dan penyertaan para pentadbir, guru dan pelajar dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah masih perlu dipertingkatkan. Tanggapan bahawa aktiviti kokurikulum adalah tidak sepenting aktiviti kokurikulum masih membelenggu komitmen kebanyakan pentadbir/pengurus, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa atau penjaga mereka. Apatah lagi apabila masyarakat terlalu mengutamakan kejayaan akademik dan perkembangan kognitif pelajar. Fonemena ini menyebabkan tiada pengiktirafan yang sewajarnya diberikan kepada penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum. Justeru itu, pihak sekolah khasnya perlu mewujudkan skim pengiktirafan kecemerlangan kokurikulum dan insentif galakan untuk guru-guru dan para pelajar agar menarik minat pelajar dan ibubapa pula akan menggalakkan penyertaan mereka dalam bidang kokurikulum. Jawapan 4 soalan forum 3Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986 .Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Justeru itu, berdasarkan matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan hendaklah di usahakan. Matlamat ini akan tercapai sekiranyansetiap murid dapat mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan murid-murid dalam kegiatan pasukan badan beruniform hendaklah diusahakanOleh yang demikian, langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek perlu di titikberatkan loleh pihak sekolah supaya aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya.. Penyertaan kokurikulum bagi setiap pelajar adalah itu penting dan wajib dilaksanakan di sekolah kerana ianya bertepatan dengan Matlamat Dasar Pendidikan untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Penekanan di sini yang ialah aspek akademik dan gerak kerja kokurikulumnya. Pendidikan yang diberi adalah secara menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual. Dalam melaksanakan kokurikulum untuk jangka panjang murid dapat dilatih supaya bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.Huraian saya yang seterusnya rakan-rakan dapatlah diringkaskan seperti berikut. Langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh pihak sekolah supaya aktiviti kokurikulum itu penting dan wajib dilaksanakan di sekolah ialah :a)mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang Kokurikulum, b)mempelbagaikan persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum, c)mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah, d)menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum sepanjang tahun, e)mewujudkan sistem dokumentasi yang kemas kini, informatif dan lengkap, f)menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan, g)mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited.

Jawapan 5 soalan forum 3Salam 1 Malaysia.Kenyataan semua rakan di atas memang benar. Justeru itu saya dapat rumuskan bahawa kesediaan dan kesanggupan guru-guru untuk mengorbankan masa dan tenaga perlu diberi sanjungan. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Suatu hakikat yang wajar diberi perhatian ialah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab kokurikulum secara berkesan dan efektif. Sebaliknya, penglibatan dan penyertaan secara langsung akan menghasilkan pengalaman-pengalaman "hands on" yang akan memperkaya kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.Bagi mencapai matlamat tersebut, di samping latihan-latihan formal, peluang-peluang perlulah diwujudkan bagi membolehkan pelajar menyertai pelbagai bidang dan kegiatan untuk mempelbagaikan dan sekali gus memperkayakan pengalaman-pengalamannyaLangkah-langkah ini akan meningkatkan prestasi pelaksanaan kokurikulum, maka bilangan guru yang mempunyai kemahiran, komited dan cekap perlu ditambah. Sehubungan itu, program-program latihan, sama ada di peringkat dalaman mahu pun luaran perlu dilaksanakan. Aspek-aspek yang perlu dipertingkatkan di kalangan guru termasuklah kemahiran pengurusan, keyakinan diri, kemahiran perancangan, kefahaman mengenai prosedur dan peraturan, kemahiran komunikasi, keberkesanan sebagai sumber maklumat, kemahiran pelaksanaan, kemampuan menghasilkan kertas kerja/kertas projek/kertas, prestasi dan amalan kepimpinan dan latihan-latihan informal dalam bentuk bengkel-bengkel dan klinik-klinik kejurulatihan perlu diperbanyakkan dan dilaksanakan secara berterusan.Langkah-langkah ini boleh dilaksanakan sebagai langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang. Agenda-agenda asas yang disyorkan ialah meningkatkan motivasi guru-guru supaya lebih komited dan bertanggungjawab kepada tugas kokurikulumnya, meningkatkan motivasi pelajar-pelajar untuk meningkatkan penglibatan dan penyertaan mereka dalam bidang-bidang kokurikulum, meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan penjaga tentang pentingnya kokurikulum sebagai sumber pembelajaran dan kemahiran, membina infrastruktur baru dan menyediakan kemudahan serta peralatan-peralatan latihan yang diperlukan dan mewujudkan skim pengiktirafan kecemerlangan kokurikulum dan insentif galakan untuk guru-guru dan para pelajar.

Soalan 4Kejayaan pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum sekolah banyak bergantung kepada pihak sekolah atau jawatankuasa yang penganjurkan aktiviti kokurikulum tersebut. Jelaskan apakah yang perlu dirancang sebelum, semasa dan selepas?Jawapan 1 soalan forum 5Salam sejahtera rakan-rakan Kirkby.Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh JawatankuasaKokurikulum sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, antaranya ialah:(a) Jumlah hari persekolahan dalam satu tahun;(b) Cuti umum peringkat negeri dan kebangsaan;(c) Bilangan unit kegiatan kokurikulum yang ada di sekolah seperti unit berunifom, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan;(d) Jumlah pelajar yang terlibat;(e) Jumlah guru dan kepakaran serta kemahiran yang sedia ada;(f) Kemudahan infrastruktur;(g) Kemudahan peralatan;(h) Dasar pengurusan sekolah; dan(i) Lain-lain perkara yang akan membantu perjalanan aktiviti kokurikulum dengan baik dan sempurna.Jawapan 2 soalan forum 4Salam sejahtera.Jawatankuasa penganjur aktiviti kokurikulum sekolah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum. Bagi memastikan kelancaran dan kejayaan sesuatu aktiviti yang dianjurkan, jawatankuasa penganjur perlu memberi perhatian pada setiap langkah perlaksanaan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum dilaksanakan. Antara yang perlu diberi perhatian ialah ;Sebelum aktiviti kokurikulum ( pra )1) Penyediaan kertas kerja Pastikan penekanan dibuat berdasarkan fokus aktiviti kokurikulum iaitu a) Ikhtisas b) Kemasyarakatan c) penyuburan diri2) Pengisian dalam kertas konsep.a) Nama programb) Pendahaluan/latar belakangc) Rasionald) Objektife) Skop pendekatanf) Konsepg) Temah) Tarikh aktiviti/pelaksanaani) Jangka masa pelaksanaanj) Tempat dicadangkank) Kumpulan sasaran dan bilangan pesertal) Tetamu jemputanm) Kewangan bayaran penyertaan dicadangkan- Pendapatan- Anggaran perbelanjaann) Atur cara programo) Senarai nama jawatankuasa indukp) Senarai nama jawatankuasa kecilq) Dif jemputan perasmian/penutupr) Penutups) Lampirani. Pelan lokasi (tempat majlis)ii. Senarai semak aktivitiiii. Senarai tugas jawatankuasa.3) Mendapatkan kebenaran- Guru besar- PPD- JPN- Ibu bapa- Pihak berkenaan4) Mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk a)Perlantikan AJK Kecil;- Urusetia- Protokol (Perlantikan pegawai protokol sangat perlu)- Perasmian pembukaan/penutup- Peralatan- Pendaftaran- Penginapan- Pertandingan- Ceramah- Jemputan- Sambutan- Hadiah dan Cenderamata- Jamuan- Kerohanian/Riadhah- Siaraya- Juru acara- Pembaca doa- AJK lain mengikut keperluan- Kem komandan, ketua seksyen, urusetia, tukang masak dan lain-lain 5) Penentuan anggaran perbelanjaan- Sumber kewangan yuran, bantuan PIBG, wang SUWA- Sewa/bayaran khemah, pengangkutan, pemandu arah- Peralatan dan senarai keperluan- Persendirian- Kumpulan (Ruj: Pekeliling Ikhtisas bil/1992 Penerimaan hadiah & sumbangan)

6) Tapak/tempat aktiviti:- Lokasi (pelan lokasi)- Kemudahan7) Penentuan dif jemputan untuk perasmian/penutup8) Perbincangan/ pembentangan peraturan perkhemahan/aktiviti Hari Kokurikulum/prosedur lawatan 9) Mengedarkan borang penyertaan peserta.10) Mesyuarat jawatankuasa kecil.11) Mesyuarat jawatankuasa induk kali ke-2, ke-3 dan seterusnya untuk membincangkan perkembangan majlis dan mendapat laporan jawatankuasa.12) Raptai13)Persediaan jawatankuasa sebelum program dijalankan:- Senarai jemputan telah dikemaskini- Persediaan kad jemputan disemak dan dihantar untuk dicetak selewatlewatnya 3 minggu lebih awal. Sertakan kad jawapan.- Penghantaran kad jemputan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum untuk membolehkan tetamu menjawab.- Buku program disediakan dan dihantar kepada pencetak awal dan dibuat semakan (proof reading).- Backdrop jika perlu.- Surat kebenaran ibu bapa dan insuran pelajar telah dilaksanaan

Semasa aktiviti kokurikulum1. Pentadbiran. a) Urusetia b) Pendaftaran c) Pembahagian tugas d) Jadual aktiviti/ aturcara e) Kawalan2.Pengurusan alatan3. Keselamatan dan kesihatan ( bilik air )4. Perlaksanaan aktiviti5. Bersurai

Selepas aktiviti kokurikulum(post)a) mengemas dan membersihkan tempatb) menyimpan peralatanc) menyediakan laporan- dibentangkan dalam mesyuaratd) membuat penilaian dan post-mortem- menilai kelemahan dan kekuatan sepanjang aktiviti yang dianjurkan- mendapatkan laporan dan maklum balas semua pihak terlibat untuk digunakan sebagai garis panduan dalam melaksanakan aktiviti masa akan datang.

Jawapan 3 soalan forum 4Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..Dalam forum sebelum ini, saya telah nyatakan secara terperinci tentang cara perlaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan tetapi dalam forum ini pula sayaakan ringkaskan sahaja cara pengelolaan kegiatan kokurikulum yang dinajurkan oleh Jawatankuasa penganjuran kepada tiga prosedur pengurusaniaitu iaitu sebelum aktiviti (pra), semasa aktiviti dijalankan dan selepas aktiviti (post).Sebelum Aktiviti (pra)Sebelum menjalankan apa-apa kegiatan atau aktiviti, jawatankuasa penganjur perlulah:1. Menyediakan kertas konsep/kertas kerja pelaksanaan. Di dalam penyediaan kertas kerja perlulah menekankan focus aktiviti tersebut, pengisian dalam kertas konsep yang mengandungi nama program, latar belakang, rasional, objektif, tarikh, anggaran belanjawan dan senarai nama jawatankuasa.2. Perkara kedua ialah mendapatkan kebenaran/maklumat bertulis kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan pendidikan Negeri dan pihak yang berkaitan dengan aktiviti yang dirancang.3. Perkara ketiga ialah mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk untuk melantik AJK kecil, menentukan anggaran perbelanjaan, menentukan tapak/tempat aktiviti, penentuan dif jemputan untuk perasmian penutup, membincangkan peraturan aktiviti.4. Mengedarkan borang penyertaan peserta5. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecil6. Mesyuarat jawatankuasa induk kali ke2, ke3 dan seterusnya.7. Raptai8. Persediaan jawatankuasa sebelum program dijalankan.Semasa aktiviti dijalankanBerikut ialah beberapa langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa aktiviti dijalankan.1. Pentadbiran- urus setia2. Penyediaan tempat3. Upacara/persiapan tempat untuk VVIP4. Kawalan keselamatan5. Menjalankan program6. Pelaksanaan tugasan AJK mengikut perancangan/senarai tugas yang ditetapkan7. BersuraiSelepas aktiviti (post)1. Membersihkan dan mengemaskan alatan.2. Memulangkan/menyimpan alatan.3. Membuat penyata kewangan.4. Laporan dan penilaian/postmortem.5. Surat penghargaan/terima kasih kepada yang berkenaan.

Jawapan 4 soalan forum 4

Salam 1 Malaysia dan Salam perpaduan.Saya bersetuju dengan kenyataan semua rakan dalam forum bagi soalan ini.Sebagai guru, diharap apa yang di nyatakan oleh rakan-rakan akan dijadikan panduan bagi diri saya dan semua guru sebelum menjalankan apa jua aktiviti kokurikulum . Dengan adanya panduan prosedur , saya juga berharap agar diri saya dapat menjana ilmu yang lebih bermakna kearah merealisasikan matlamat dan kehendak Falsafah Pendididkan Kebangsaan dalam membantu para pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat melalui aktiviti kokurikulum. Perlu diingatkan bahawa tidak semestinya seorang yang tidak cemerlang dalam bidang akademik akan gagal selama-lamanya tetapi mungkin bakat kesukanan yang digilap tadi dapat membantu pelajar tesrsebut cemerlang dalam bidang sukan yang duceburi semasa dewasa kelak.

Jawapan 5 soalan forum 4Saya bersetuju dengan kesemua pandangan rakan-rakan guru di atas. Sebagai maklumat tambahan untuk perkongsian bersama, kegiatan kokurikulum meliputi semua kegiatan di luar bilik darjah dan lanjutan daripada kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah. Menurut Kerr (1971)kokurikulum adalah satu aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan untuk mencapai sesuatu tujuan. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang dilakukan secara perseorangan atau bekumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Konsep kegiatan kokurikulum adalah merupakan satu pengajaran yang praktik, mengajar pelajar apa yang tidak dapat di ajar di dalam bilik darjah. Pengurusan kokurikulum di sekolah merupakan satu proses yang amat penting bagi mencapai matlamat dan tujuan kokurikulum, kemahiran dan pengalaman sedia ada di samping pengetahuan guru-guru di sekolah rendah dari aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian kegiatan kokurikulum. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka semasa merancang aktiviti. Perancangan mengendalikan sesuatu program penting bagi mencapai matlamat dan objektif aktiviti pertandingan. Kejayaan sesuatu pertandingan bergantung kepada perancangan dan pengendalian atau pelaksanaannya.Tanpa perancangan yang rapi, pertandingan yang dijalankan tidak menghasilkan kejayaan yang maksimum.Justeru itu,sebelum perlaksanaan sesuatu program atau aktiviti seperti kempen unit-beruniform, kertas kerja perlu disediakan oleh setiausaha kokurikulum terlebih dahulu. Dalam kertas kerja, senarai rasional, matlamat, objektif, tarikh, masa dan tempat kempen, sasaran, anggaran pembelanjaan serta jawatankuasa pengurusan perlu disenaraikan.

Selepas ini, mesyuarat jawatankuasa induk perlu bagi membincangkan semua perkara yang berkaitan dengan seperti ketua setiap unit beruniform diminta menyediakan aktiviti unit masing-masing. Selepas itu, penyediaan bahan, pemilihan tempat yang bersesuain, penyediaan makanan dan minuman atau surat kepada pihak pengurusan tertentu tujuan seperti penembahan tempat, memohon bantuan PBSM serta mohon sumbangan hediah semasa hari kempen.Penubuhan AJK pengelola juga antara perkara yang paling penting dalam mengelolakan sesuatu aktiviti. Dengan adanya jawatankuasa-jawatankuasa pengelola, semua kerja dapat dijalankan dengan teratur, kemas dan mengikut jadual yang ditetapkan. Kerjasama dari semua warga sekolah ini dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan murid dan guru.

Soalan 5Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Nyatakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang mengelolakan pertandingan aktiviti kokurikulum.Jawapan 1 soalan forum 5Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin menyatakan pandangan saya bagi soalan ini. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang pengurus bagi mengendalikan sesuatu pertandingan agar memperoleh kejayaan dan kegemilangan. Kejayaan sesebuah pengurusan pertandingan adalah bergantung kepada persediaan profesional, sikap profesional dan perkembangan profesional. Sesuatu pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan.Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika mengelolakan pertandingan kokurikulum ialah:-1.Merancang pertandingan mengikut prosedur pengendalianjenis pertandingantarikhmasatempatpesertaperalatanpegawai-pegawaikewanganbilangan penyertaanundang-undang2.Menyediakan kertas kerja pengelolaan pertandingana)Pembentukan Jawatankuasa 1penasihatpengerusitimbalan pengerusisetiausahapendaftaranpublisitiupacara perasmian dan penutupb)Pembentukan Jawatankuasa 2keselamatanhadiah dan cenderahatihiasan pentastempatteknik dan pertandinganpengadil/hakimsambutan dan protokol3.Menentukan sistem pertandinganundang-undang asas persatuankesesuaian acara yang dipertandingkanjumlah kumpulan yang menyertaiperancangan dan pengendalianlangkah-langkah keselamatan4.Sistem pertandingan yang perlu dikenal pasti sama ada:_Sekaligus:Individu/kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diiisytiharkan pemenang dan markah diberikan berdasarkan kriteria tertentuLigaKalah mati:Diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak.5.Melakukan penilaian dan menyediakan pelaporan pertandinganBertujuan untuk membaiki segala kelemahan semasa penganjuran dan membaikinya.

Jawapan 2 soalan forum 5Bersua lagi rakan rakan KirkbySebagai perkongsian dalam ruangan ini, sebelum menjalankan sesuatu aktivitipertandingan , kita perlu menetapkan tentan maltlamat, objektif dan tujuan pertandingan itu dijalankan. Antara tujuan sesuatu pertandingan dalam setiap aktiviti kolurikulum ialah untuk :1. Menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang diceburi.2. Memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat.3. Pelajar sentiasa berusaha membaiki diri untukmemenangi sesuatu pertandingan.4. Menanamkan semangat yang positif dalam diri pelajarseperti kekitaan, kerjasama, berani, disiplin diri yangtinggi, yakin diri, berani menghadapi cabaran, bertolakansur, sabar dan tegas dalam diri pelajar.5.Melatih pelajar membuat perancangan danmelaksanakan aktiviti dengan teratur dan sistematik.6. Memberi peluang kepada pelajar memperagakanbakat dan kebolehan mereka.7.Mengimbangkan tahap pencapaian antara aktivitikurikulum (akademik) dengan kokurikulum Dengan adanya tujuan ini maka sesuatu pertandingan dapat dijalankan mengikut ketetapan penganjuran.

Jawapan 3 soalan forum 5Salam mesra .Mengikut Johnson (1977), pertandingan adalah persaingan bersiri di mana peserta - peserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria-kriteria tertentu dikenal pasti sebagai pemenang pertandingan. Pertandingan juga bertujuan menguji kemahiran pesertanya dalam sesuatu bidang atau kemahiran.Pengelolaan pertandingan pula merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan pemenang pemenang bagi satu-satu acara sukan atau aktiviti pendidikan jasmani atau apa saja aktiviti yang terdapat dalam aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum

Antara tujuan pertandingan diadakan ialah1.Melatih pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin dan menghormati undang-undang.2.Memilih pelajar-pelajar atau pasukan yang layak dan sesuai untuk mewakili sekolah dalam pertandingan sama ada di peringkat zon,daerah,bahagian,negeri atau di peringkat kebangsaan.3 Menilai rancangan-rancangan latihan yang telah dikendalikan oleh satu-satu pertubuhan atau kelab.4 Untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta apabila berdepan dengan peserta lain yang mungkin sebelum itu tidak pernah dikenalinya.5 Untuk menguji keupayaan jurulatih6 Menguji sambutan orang ramai terhadap pertandingan.7. Mengukur keupayaan peserta, dan latihan untuk menghadapi pertandingan yang lebih besar dan lebih mencabar pada masa akan datang.Pihak penganjur perlu menetukan system pertandingan yang telus apabila mengelolakan sesuatu pertandingan . Apakah jenis sisitem pertandingan yang hendak digunakan?

Dalam menetukan Sistem Pertandingan, perkara-perkara berikut perlu di ambil kira.Jenis pertandingan yang dilaksanakan adalah bergantung pada : a. Undang-undang dan peraturan b. Kesesuaian acara yang dipertandingkan. c. Kumpulan yang menyertai pertandingan. d. Peringkat pertandingan. e. Kedudukan kewangan. f. Tempat / gelanggang yang ada untuk menjalankan pertandingan. g. Jumlah masa yang diperuntukkan. Antara jenis pertandingan yang digunakan ialah:1. Pertandingan Sekali Gus.2 Pertandingan Kalah Mati3. Pertandingan Kalah Mati dengan Sagu Hati4. Pertandingan Kalah Mati Dua Kali.5. Pertandingan Bentuk Piramid.6.Pertandingan Liga.7. Pertandingan Separuh Liga.8 Pertandingan Bentuk Tangga.9 Pertandingan Bentuk Corong.10. Pertandingan Bentuk Serombong

Selain perlu mentetapkan system pertandingan, perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang mengelolakan pertandingan aktiviti kokurikulum ialah mengenalpasti dan mendapatkan maklumat tertentu bagi memudahkan perancangan dan persediaan. Diantara perkara yang perlu diberi perhatian ialah seperti berikut;2.Sasaran kumpulan3.Masa yang diperlukan untuk menjalankan pertandingan4.Peralatan dan kemudahan yang ada dan keperluannya5.Undang-undang dan peraturan pertandingan6.Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan7.Sumber kewangan8.Anggaran perbelanjaan9.Pengagihan perlawanan yang adil10.Bilangan penyertaan11.Penentuan pemenang dan pemain yang sah12.KeselamatanPihak yang mengelolakan pertandingan mestilah mengenal pasti aspek-aspek yang berkaitan untuk memudahkan perancangan supaya pertandingan aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan berjaya.Jawapan 4 soalan forum 5Salah satu perkara yang sangat penting bagi sesuatu pertandingan ialah mewujudkan unit keselamatan pelajar. Pihak penganjur perlu melantik Ahli Jawatankuasa keselamatan contohnya guru dan murid Unit PBSM supaya dapat memberi bantuan kepada para pelajar yang mengalami kecederaan. Sekiranya kecederaan yang dialami adalah parah maka kes tersebut hendaklah dirujuk kepada pihak hospital yang berdekatan. Dengan adanya AJK keselamatan ini maka ianya dapat memupuk sikap tolong-menolong antara guru dan murid bagi member rawatan yang semaksima mungkin kepada pelajar yang cedera. Selain itu, sikap bertanggungjawab juga dapat disemai semasa membuat rawatan,

Jawapan 5 soalan forum 5Salam sejahtera. Dapatlah dirumuskan bahawa perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang mengelolakan pertandingan aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut :1. Merancang pertandingan mengikut prosedur pengendaliana. Apakah jenis pertandingan, bila diadakan, di manakah diadakan, siapa pesertanyab. Masa yang diperlukanc. Alatan dan kemudahan yang adad. Agihan perlawanan yangadile. Pegawai dan petugas-petugas yangdiperlukanf. Kewangang. Bilangan penyertaanh. undang-undang dan peraturan pertandingan2. Menyediakan kertas kerja pengelolaan pertandingan yang merangkumi:2.1 Pembentukan Jawatankuasa Induka. Penasihatb. Pengerusic. Timbalan Pengerusid. Setiausaha/Urusetiae. Pendaftaranf. Publisitig. Upacara Perasmian dan Penutuph. Peralatan2.2. Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kecila. Keselamatanb. Hadiah dan cenderamatac. Hiasan Pentasd. Dewan/Tempate. Teknik dan pertandinganf. Pengadil/Hakimg. Sambutan dan Protokol3.Menentukan sistem pertandingan yang mengambil kira format sistem pertandingan berpandukan:a. Undang-undang asas persatuanb. Kesesuaian acara dipertandingkanc. Jumlah kumpulan yang menyertai pertandingand. Peringkat pertandingane. Perancangan dan Pengendalianf. Peraturan dan Langkah-Langkah Keselamatan4. Sistem pertandingan secara :a. Sekaligus: Inividu/kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan pemenang dan markah diberikan berdasarkan kriteria tertentub. Ligac. Kalah mati: Diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak5.Melakukan penilaian dan menyediakan pelaporan dokumentasi pertandingan dengantujuan untuk membaiki segala kelemahan dan penambaikan semasa penganjuran dan membaikinya.Aspek-aspek yang disarankan adalah untuk memastikan sesuatu pertandingan atau kejohanan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang perbalahan serta pengisiannya berlandaskan semangat.

37