forum perpaduan integrasi kaum

Download Forum perpaduan integrasi kaum

If you can't read please download the document

Upload: firo-har

Post on 16-Apr-2017

3.682 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

TAJUK FORUM : PERPADUAN DAN INTEGRasI KAUM

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

KOMPOSISI ETNIK

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

TAKRIF MELAYU DAN BUMIPUTERATakrifan melayu sebenarnya sangat luas dan jika diambil daripada konteks sejarah dan sosiobudaya, melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan melayu.

Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa, dan loghat, kebanyakan ahli bahasa dan budayawan menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan melayu.Mengikut Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam ,bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Selain itu, seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Menurut takrifan Pelembangan Malaysia ( Perkara 160 (2)

Bumiputera atau Peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat ,contohnya seperti di Tanah Melayu ( Malaysia ).

Golongan yang dikira sebagai Bumiputera menurut undang undang adalah semua suku kaum Orang Asli ,Melayu .

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga Bumiputera ditakrifkan sebagai anak negeri ataupun peribumi.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

PERKARA-PERKARA YG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkara 8 persamaan & hak sama rata (kecuali dlm soal agama, kedudukan istimewa Melayudan seumpamanya.

Perkara 10 (4) batasan hak kebebasan bersuara drp menyentuh kedudukan Raja2, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.

3.Perkara 38 kuasa Majlis Raja2 menghalang Parlimen membuat undang2 yg menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, orang Melayu & bahasa Melayuhttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Perkara 150 (6a) kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu & Bumiputera Sabah & Sarawak, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.

Perkara 152 kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

6.Perkara 153 kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan kedudukan yg sah kaum2 lainhttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak.

Hak istimewa ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.

Namun perkara ini dilaksanakan dgn cara tidakmenindas kaum2 lain. Cthnya: mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yg dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yg dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan/penamatan permit lesen yg dipegang olehnya.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

ORANG ASLIOrang Asli merupakan penduduk di kawasan pendalaman di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan Islam.

Selain Orang Asli, terdapat beberapa kelompok masyarakat lain seperti Baba-Nyonya, Portugis dan Thai yang mempunyai budaya yang unik.

Misalnya budaya masyarakat Baba-Nyonya merupakan cantuman elemen budaya Cina dan Melayu. Manakala budaya masyarakat Portugis di Melaka merupakan cantuman daripada budaya Portugis dan masyarakat tempatan.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

PRIBUMI SABAH DAN SARAWAKSABAHDi Sabah, Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal masyarakat berkenaan dan agama Kristian.

Terdapat juga yang menganut agama Islam terutamanya di daerah Ranau.

Di samping etnik Bajau, Murut dan pribumi lain menganut agama Islam dan terdapat juga yang beragama asal dan Kristian.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

SarawakDi sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti. Pada umumnya, tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak.

Orang Dayak mengamalkan kepercayaan animisme atau pagan dan sebahagian mereka beragama Kristian. Sementara sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain, terutamanya Islam.

Pertanian merupakan aktiviti utama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Sebahagian kecil mereka telah berjaya menerokai sektor baru, sama da perdagangan atau perniagaan di bandar utama Sarawak.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Orang Melayu SarawakOrang Melayu merupakan penghuni luar bandar dan mereka tinggal di perkampungan, terutama di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu.

Aktiviti utama mereka yang tinggal di luar bandar ialah pertanian.Bagi mereka yang tinggal di bandar pula mereka tertumpu dalam sektor perkhidmatan awam.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Orang MelanauOrang Melanau merupakan penduduk pantai Sarawak menganut agama Islam, Kristian dan kepercayaan animisme.

Mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Orang CinaKebanyakan orang Cina di Sarawak pula menetap di kawasan bandar.

Kegiatan ekonomi mereka tertumpu dalam bidang perniagaan dan perdagangan.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

ASAL USUL BUKAN MELAYUCina

Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil. Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja.

2.Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. 3.Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Kaum India

Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di Nusantara.

Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.

3.Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

MAKSUD MASYARAKATKamus Dewan (2005) menyatakan: Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka. Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

PLURAL/MAJMUK DAN PLURALITIMasyarakat Plural:Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

PLURALITIPluraliti:istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Proses pembentukan masyarakat plural / majmukMalaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.

Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.

Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Integrasi & kesatuan Kebangsaan

PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIAKonsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia berkait rapat dgn identiti nasional.

Negara : mempunyai 4 elemen penting - Rakyat yg diperintah, wilayah yg dimiliki, kerajaan yg memerintah dan kedaulatan.

Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion dikenal pasti melalui 2 sifat asas: 1.Kewarganegaraan 2. Etnisiti- merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentuhttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Konsep Nasion -Negara bangsa. Pembinaan negara bangsa umumnya boleh disamakan dgn integrasi nasional.

Kepentingan pembentukan bangsa: - untuk memastikan nasion itu terus kekal dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram. Negara adalah tumpuan kesetiaan bangsa. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan komuniti etnik yg memberikan kesetiaannya.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

PERPADUAN & INTEGRASI24http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

INTEGRASI NASIONAL25

JENIS INTEGRASI26http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

MASALAH INTEGRASI NASIONAL & FAKTOR YANG MENGHALANG PERPADUANhttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

KRISIS & KONFLIK ETNIK DI MALAYSIAhttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Asas Perpaduan Etnik di Malaysiahttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Bangsa Malaysia- Impian & realiti

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

RUKUN NEGARARukun Negara adalah idealogi Kebangsaan Malaysia.Ia telah dibentuk pada 31 ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.Lima objektif penggubalan Rukun Negara iaitu untuk :1.Mencapai perpaduan yang lebih erat.2.Memelihara cara hidup demokratik.3.Mencipta satu masyarakat yang adil dan saksama.4.Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan.5.Membina masyarakat yang progresif dan menggunakan sains dan teknologi moden.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

5 PRINSIP RUKUN NEGARA1.Kepercayaan kepada tuhan2.Kesetiaan Kepada raja dan negara3. Keluhuran Perlembagaan4.Kedaulatan undang - undang5.Kesopanan dan kesusilaanhttp://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANAtas dasar inilah lahir satu Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran,1957.Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.Rasionalnya : Sistem Pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan,pembentukan identiti Kebangsaan dan perpaduan negara.

Objektifnya : Sistem Pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial,ekonomi dan politik.

Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,berdisiplin dan terlatih.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latar Belakang :Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.Objektif :i)Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan ii)Membentuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. iii).Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dn kerohanian yang seimbang dengan membangunan sosioekonomi.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

PELAN INTEGRITI NASIONAL Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dalam kalangan lapisan masyarakat Malaysia.

Objektif umum :

Untuk merealisasikan hasrat wawasan 2020,iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ,ciri-ciri moral dan etikanya , Dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Hasil Diskusi Empat Geng Serantau :Mujahid Dasuki AbdullahNurhidayah binti RamliMazlinah Md.DayangSiti Fironika Abd.Rahman

Sekian, Terima Kasih..

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/