forum qgu3013 loges d045747

Upload: loges-sockalingam

Post on 04-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    1/23

    Course ID : QGU3013 < Group Name : Group UPSI15(A121PJJ) < Full Name : LOGES A/PSOCKALINGAM

    Title MessageDate

    postedFull Name

    FORUM 1 Salam 1 Malaysia.

    Kurikulum futuristik merupakan rancangan

    pembelajaran yang mengandungi ciri-cirikurikulum pendidikan abad ke 21 di mana ciri-ciri

    tersebut mampu melahirkan individu yang

    berkualiti dalam semua aspek bagi membolehkanindividu tersebut mampu menangani cabaran arus

    globalisasi untuk masa depan kehidupannya.

    Pada pendapat saya, kurikulum futuristik ialah

    pengajaran dan pembelajaran yang berlaku untuk

    memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagaiaspek seperti aspek teknologi, pedagogi, keperluan

    sumber manusia dan perubahan ideology.

    Kurikulum futuristik merangkumi pendekatanberpusatkan murid yang membolehkan mereka

    memahami kekuatan dan kelemahan masing-

    masing serta berupaya belajar sepanjang hayat.

    Jadi, kita sebagai seorang guru mesti menguasai

    ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan

    psikologi. Selain itu, guru juga perlu menunjukkan

    sikap jujur yang dapat mewujudkan interaksi dalampelbagai hala dan memperoleh ilmu pengetahuan

    yang lengkap dalam mata pelajaran serta

    menggunakan kaedah & teknik mengajar yangmemudahkan murid menjalankan aktiviti

    pembelajaran mereka.

    Sekian.

    10 Oct2012

    06:58:13PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM 1 Salam Satu Malaysia.

    Ya Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Kurkulum

    futuristik adalah satu bentuk kurikukum yang mengarahkepada kurikukum masa depan. Tujuan kurikulum futuristik

    ini diketengahkan adalah untuk memastikan sistem

    pendidikan serta kurikulum yang dilalui oleh murid-murid

    dalam dunia pendidikan ini dapat melengkapkan nilai modal

    insan yang mampu bersaing di pentas dunia. Kurikulum

    masa depan memerlukan aktiviti pembelajaran yang

    mengandungi maklumat yang dapat mengesan

    perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid

    agar ia dalam menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi

    10 Oct2012

    07:30:06

    PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    2/23

    cabaran perubahan persekitaran dan sosial dalam abad ke-

    21.KSSR diunjur dalam memperbaiki mutu pendidikan di

    Malaysia. Ia dibangunkan selaras dengan kehendak semasa

    yang bakal mengisi keperluan masa depan. KSSR

    merupakan satu pendekatan yang bersepadu dalam

    membina perkembangan individu secara menyeluruh. Iajuga memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama

    untuk semua murid dalam memastikan pembelajaran

    sepanjang hayat dilaksanakan. KSSR juga disasar ke arah

    membentuk dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang

    berkaitan dengan masyarakat, dasar-dasar negara,

    matlamat dan objektif pendidikan berlandaskan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan.

    FORUM 1 Salam 1 Malaysia.

    Saya bersetuju dengan pandangan yang telah cikgu berikan.

    Sememangnya kurikulum futuristik merupakan satukurikulum yang berorientasikan masa hadapan. Kurikulumini dibentuk bagi membolehkan murid bersedia untukmenghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang.

    Kurikulum yang berpusatkan murid ini memberikan lebihruang dan peluang kepada murid untuk membina keyakinanserta ketrampilan diri dari pelbagai sudut.Melalu kurikulumini juga murid akan dapat mengenalpasti kekuatan serta

    kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Ini akanmembolehkan mereka mampu memanipulasi kekuatan yangada bagi menghadapi masa akan datang.

    Oleh itu, kurikulum futuristik ini bukan sahaja merupakankurikulum pendidikan malahan, kurikulum futuristik ini

    bersifat dinamik dimana ianya satu persediaan kepada dirimurid untuk menghadapi masa akan datang yang semakinmencabar. Tanpa mengenali kekuatan serta kelemahan diri,

    maka murid akan menghadapi kecelaruan dan permasalahanuntuk berhadapan dengan dunia akan datang.

    Sekian.

    10 Oct2012

    07:09:15PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM 1 Salam satu Malaysia.Saya bersetuju dengan cikgu.

    Kini merupakan zaman globalisasi yang

    mementingkan teknologi maklumat. Jadi, sebagai

    seorang pendidik, kita harus mendidik anak-anakmurid kita untuk menjadikan seorang warganegara

    Malaysia bagi abad ke 21 yang mesti dapat

    menangani cabaran yang akan dibawa arus olehglobalisasi, ledakan ilmu dan maklumat.

    Warganegara berupaya merancang masa depan

    10 Oct2012

    08:16:13PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    3/23

    mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak

    dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai

    semasa.

    Untuk memenuhi matlamat mewujudkan

    warganegara Malaysia yang bersikap terbuka dankreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah

    mampu membekalkan pelajar dengan kesediaandiri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani

    dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya

    lebih daripada penguasaan pengetahuan dankemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-

    bagai kemahiran iaitu :-

    kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

    kemahiran berkomunikasi secara berkesan

    kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

    kemahiran membuat pilihan dan membuat

    keputusan

    kemahiran mencari, menginterpretasi dan

    mengaplikasi maklumat

    kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang

    lain

    kemahiran kepimpinan dan pengurusan

    FORUM 1 Ya Saya bersetuju dengan pendapat cikgu.

    Futuristik bermaksud idea yang menuju masa

    hadapan. Kurikulum Futuristik ialah pengajarandan pembelajaran yang berlaku yang

    memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagaiaspek antaranya aspek teknologi, pedagogi,keperluansumber manusia dan

    perubahanideologi. Pengalaman belajar direka

    untuk membantu muridmenyepadukan pengetahuan baru dan

    memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui

    banding beza, membuat induksi, deduksi dan

    10 Oct2012

    09:05:35PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    4/23

    menganalisis. Selain itu, pengalaman belajar

    memberikan murid peluang untuk

    menggunakan pengetahuan secara bermakna bagimembolehkan mereka membuat keputusan

    dan untuk membentuk pemikiran

    kritikal, kreatif dan futuristic serta penyelesaianmasalah seperti Kajian Masa Depan.

    Oleh itu, setiap guru seharusnya lebih bersedia dan

    melengkapkan diri dengan segala ilmu dankemahiran-kemahiran baru dan seharusnya

    memberikan penerapan elemen kemahiran

    berasaskan teknologi dalam bidang pengajaran dan

    pembelajaran, penilaian dan pengurusan. Impak

    yang dapat diperolehi secara tidak langsung dapatmengaitkan bahawa pendidikan berasaskan

    Kurikulum Futuristik amat menekankan tentangperkembangan di setiap sudut berasaskan

    keperluan dan hasrat keperluan falasah serta bagi

    melahirkan keseimbangan kemenjadian insan yangseimbang daripada setiap aspek luaran dan

    dalaman. Hal ini amatlah bertepatan dengan

    objektif kurikulum iaitu menjadikan dan

    melahirkan modal insan berteraskan standardkemahiran pembelajaran yang meliputi kreativiti

    dan inovasi, serta kebolehan dan kecekapan dalamberkomunikasi serta berkolaborasi.

    FORUM 2(Tarikh

    Akhir :25/10/2012(Khamis)

    Salam 1 Malaysia.

    Sebagai seorang pendidik dalam bidang pendidikan

    jasmani dan kesihatan, terdapat beberapa

    sumbangan yang telah saya lakukan dalam

    memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di

    kalangan individu masyarakat.Dari aspek

    fizikal,saya bekerjasama dan meminta bantuan

    daripada PIBG dengan mengadakan aktiviti yang

    berkala senaman kepada murid-murid dan guru dan

    21 Nov2012

    10:39:14AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    5/23

    penduduk setempat pada setiap pagi Ahad. Aktiviti

    senaman yang berkala mampu menjadikan

    kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih

    sihat dan menceriakan.

    Dari aspek Kognitif pula,selepas aktiviti bersenam

    dijalankan, guru yang bertugas akan

    menyampaikan taklimat info kesihatan kepada

    mereka yang hadir. Antara info yang sering

    disampaikan ialah memastikan orang ramai

    mengutamakan kebersihan diri bagi memastikan

    mereka terhindar daripada sebarang penyakit.

    Dari aspek afektif,guru yang bertugas perlu

    menekankan kebersihan persekitaran semasasesuatu aktiviti dijalankan. Persekitaran yang

    bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar

    kita terhindar daripada sebarang penyakit. Panitia

    Pendidikan Jasmani & Kesihatan dengan

    bekerjasama dengan Rukun Tetangga Kahang ,ibu

    bapa dan guru mengadakan aktiviti gotong-royong

    sekolah dan taman perumahan berhampiran

    sekolah. Ia bertujuan untuk membersihkan

    kawasan sekolah dan taman perumahan dengan

    membersihkan sampah-sarap atau memastikankawasan persekitaran sentiasa bersih.

    FORUM 2(TarikhAkhir :

    25/10/2012

    (Khamis)

    Sebagai seorang guru pendidikan jasmani mestilahdapat memberi peluang secara menyeluruh kepada

    semua murid agar melibatkan diri dalam sukan

    secara terurus dan terancang serta mengimbangkanfokus atau penekanan dalam melahirkan modal

    insan secara holistik ke arah pembinaan

    masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.Guru mendidik murid ke arah insan yang

    mempunyai daya saing yang tinggi danmengamalkan kehidupan yang sihat. Menerapkan

    semangat kesukanan dan mencintai sukan itusendiri akan menjadikan murid lebih menghargai

    diri dan masyarakat mahu pun negara. Semangat

    yang dipupuk akan memberikan murid keupayaanuntuk meneruskan kejayaan dalam satu-satu

    bidang. Didikan penjagaan diri akan memastikan

    23 Nov2012

    05:56:55PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    6/23

    kehidupan murid sentiasa sihat bukan sahaja pada

    diri sendiri malahan kepada keluarga dan

    masyarakat. Guru sentiasa memberikan galakandan sokongan kepada murid dalam bidang sukan

    agar mereka dapat meneroka satu bidang yang

    boleh membantu mereka di masa hadapan.FORUM 2

    (TarikhAkhir :

    25/10/2012(Khamis)

    Selamat 1 Malaysia.

    Pendidikan jasmani dan kesihatan dapat dilihat

    menerusi sumbangannya ke arah membina individu

    yang sihat dari aspek fizikal, kognitif dan afektif.

    Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmanidan kesihatan, saya memberi sumbangan dalam

    kalangan individu masyarakat.

    Dari aspek fizikal, saya memberi peluang yang

    terbaik kepada pelajar untuk membina danmengekalkan tahap kesihatan fizikal yang

    bersesuaian dengan minat dan keperluannya.

    Melakukan senaman, pelbagai jenis sukan, aktivitisenggang dan rekreasi pada setiap hari. Juga

    memberi peluang untuk mereka memilih gaya

    kehidupan yang cergas dan sihat, dan berupayamelakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian sebagai

    usaha untuk mengekalkan kualiti hidup yang

    sempurna. Ini dapat membantu dalam usahapencegahan penyakit merbahaya, kawalan

    keselamatan diri dan mengelak dari mengalami

    kecederaan.

    Dari aspek kognitif, saya melatih pelajar membuatkeputusan yang baik dan bijak serta berfikir secara

    lebih rasional dalam kehidupan seharian. Ini dapat

    memberi peluang kepada pelajar untuk

    menjalankan proses pemikiran dan penyelesaianmasalah. Mengadakan program untuk berupaya

    menyalurkan maklumat mengenai kepentingan

    kesihatan, pemakanan, garis panduan kesihatan dan

    latihan fizikal serta kepentingan menjagakebersihan dalaman dan luaran.

    Dari aspek afektif, pendidikan jasmani dankesihatan yang beretika akan memberi peluang

    22 Oct

    201212:32:17

    PM

    LOGES A/P

    SOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    7/23

    kepada masyarakat untuk berinteraksi dan

    bergembira. Ini dapat mengeratkan perhubungan

    sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihatdan membina masyarakat yang cergas. Seseorang

    yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal danmemperuntukkan nilai penghargaan ke atas status

    kesihatannya kerana untuk memenuhi keperluanperibadinya.

    FORUM 2(TarikhAkhir :

    25/10/2012(Khamis)

    Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-

    kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan

    sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan

    berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani

    adalah merupakan satu aspek dan dapatmenghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan

    pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam

    pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranyakepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan

    jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap

    perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani

    serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosialyang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan

    Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong

    kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan,proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua

    ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani

    dilihat sebagai satu keperluan bagi membinaperkembangan keseluruhan kanak-kanak. Dengan

    kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan

    matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang

    memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dandomain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring

    dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat

    menghasilkan insan yang menyeluruh danseimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan

    progresif.

    21 Nov2012

    11:20:44AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM 2(TarikhAkhir :

    25/10/2012(Khamis)

    Ya ,saya setuju dengan pandangan saudari.Pendidikan jasmani dan kesihatan memangmemberisumbangan kepada murid-murid dari segi

    fizikal kogniti dan afektif. Ia juga memberi

    peluang kepada individu dan masyarakat untukmeningkatkan tahap kecergasan dan kefahaman

    demi melakukan aktiviti fizikal. Ia juga

    menimbulkan kesedaran tentang kepentingan

    21 Nov201210:59:02

    AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    8/23

    pendidikan jasmani dan kesihatan dalam usaha

    pencegahan penyakit merbahaya, kawalan

    keselamat diri serta mengurangkan kadar hidupyang tidak sihat. Pada peringkat rendah, ia lebih

    berfokus terhadap didikan dalam aspek pergerakan

    motor asas.Sementara peringkat pertengahan pulamengaplikasikan pergerakan asas. Masyarakat

    dewasa terdidik demi mencapai tahap kematangan

    yang sihat dan positif. Sebagai contoh, bagiseorang guru yang mengajar Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu

    perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas

    dalam kemahiran pergerakan dan kecergasanberdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani.

    Antaranya melibatkan pembelajaran motor,

    perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal,

    fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan,estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah PendidikanJasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana

    yang menyeronokkan dengan menekankan aspek

    keselamatan.

    FORUM 3(TarikhAkhir :

    01/11/2012

    (Khamis)

    Dalam Pendidikan Kesihatan guru perlulah

    menerapkan nilai disiplin kesihatan yang tinggidalam pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah

    merupakan satu disiplin ilmu yang membolehkanmurid mendapat pengalaman pembelajaran secaraberterusan. Murid perlu menguasai kemahiran

    untuk membuat keputusan selain dari

    meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan

    gaya hidup sihat. Guru mestilah mendidik muridagar mereka sentiasa bersedia dalam aspek fizikal,

    mental, sosial, emosi dan rohani yang selaras

    dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Menurut Anspaugh & Azell (1995) yang

    mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai

    salah satu proses untuk mengembang danmembekalkan pengalaman-pengalaman

    pembelajaran yang amat berguna kepada murid-

    murid.

    Guru boleh menggunakan pelbagai seperti

    09 Nov2012

    10:55:01

    AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    9/23

    memberi maklumat, mengubah sikap dan

    mempengaruhi tingkah laku mereka. Dalam

    Pendidikan Kesihatan juga penting untukmengalakkan murid menjaga kebersihan seperti

    kebersihan diri, persekitaran dan sebagainya.Kesihatan diri murid dan ahli keluarga mereka

    perlu diajar agar mereka dapat mengamalkan gayahidup yang sihat dalam kehidupan seharian

    mereka. Ini bagi mengelakkan mereka daripada

    menjangkiti penyakit berjangkit supaya dapatmencapai kesejahteraan hidup di sepanjang hayat.

    Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

    oleh guru juga memberi peluang kepada muriduntuk mengawal tekanan atau emosi dalam

    kehidupan, cara berkomunikasi dengan berkesan

    serta mengamalkan gaya hidup yang sihat, cerdas,cergas dan produktif. Selain daripada itu daya

    pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk

    membolehkan murid membuat keputusan,

    meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkangaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang

    untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif

    perlu dikendalikan oleh guru. Penerapan nilai-nilaimurni seperti kerjasama, semangat berpasukan,

    hormat-menghormati dan sebagainya juga boleh

    diterapkan kepada murid agar mereka dapat

    mengamalkan nilai murni dalam kehidupan.FORUM 3(TarikhAkhir :

    01/11/2012(Khamis)

    Salam 1 Malaysia,

    Pendidikan Kesihatan merupakan satu displin ilmu

    yang membolehkan murid mendapatkanpengalaman pembelajaran secara bererusan untuk

    membuat keputusan,meningkatkan literasi

    kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Pendidikan kesihatan membantu muridmenimbulkan kesedaran diri terhadap pengetahuan

    kesihatan bahawa kesihatan adalah harta yang tidak

    ternilai harganya. Selain itu, ia juga dapat melatihmurid membuat keputusan yang positif demi

    mencapai taraf kesihatan yang terbaik serta

    mengalamakan gaya hidup yang sihat, mengawalpermakanan yang baik untuk mengawalkan

    kesihatan untuk mencapai kesejahteraan hidup.

    Pendidikan kesihatan juga membolehkan

    09 Nov2012

    10:18:34AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    10/23

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    11/23

    sikap,kefahaman dan amalan yang berhubung

    dengan kesihatan individu,keluarga dan

    masyarakat.Oleh itu,Pendidikan Kesihatan samapenting seperti mata pelajaran lain yang

    dilaksanakan berpandu dengan FalsafahPendidikan Kebangsaaan (FPK) kerana Pendidikan

    Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkanmurid mendapat pengalaman pembelajaran untuk

    meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan

    gaya hidup yang sihat.

    Tiga tunjang pembelajaran telah diperkenalkan

    dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu:-

    1. Kesihatan diri dan keluarga;2. Gaya hidup sihat;

    3. Kebersihan dan keselamatan persekitaran.

    Melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

    Kesihatan,murid dapat belajar kemahiran bagi

    menghadapi dan menangani masalah dan isu yangberkaitan dengan kesihatan.Selain itu,murid dapat

    membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan

    berasaskan pengetahuan dan pengalaman dan

    mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam rutinseharian.Pendidikan Kesihatan juga boleh

    membantu murid dalam membangunkan koordinasi

    fizikal dan mental ,kawalan diri dan meningkatkankeyakinan diri.Sebagai contoh,pihak sekolah boleh

    mengadakan aktiviti seperti mencipta sudut

    kesihatan,pertandingan melukis poster tentangmakanan seimbang dan lain-lain lagi.

    Akhir kata,Pendidikan Kesihatan merupakan

    proses berterusan yang membantu memudahkan

    pelajar mempelajari amalan positif ,memupuksikap bertanggungjawab pada kesihatan dan

    mengembangkan ilmu.

    Sekian,terima kasih.

    FORUM 3(TarikhAkhir :

    01/11/2012(Khamis)

    Pendidikan jasmani juga merupakan

    matapelajaran yang bertujuan mendidik pelajaruntuk bersukan, berekreasi, bersosial dan menjaga

    kesihatan. Selain dari itu, pelajar juga beroleh

    kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan dan

    09 Nov2012

    09:39:53AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    12/23

    mengaplikasikan gaya hidup sihat. Sasaran

    Pendidikan kesihatan adalah untuk menggalakkan

    pelajar untuk mengekalkan gaya hidup sihatdengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang

    aktif. Kandungan Pendidikan Kesihatan

    mengandungi semua aspek penjagaan kesihatanyang melibatkan penjagaan kesihatan, pemakanan

    dan sebagainya. Sebagai contoh, sebagai seorang

    guru telah mengajar teknik untuk menggosok gigi ,cara pemakanan . Murid mempelajari dan

    mengaplikasikan ilmu kesihatan yang diajar itu

    boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian

    mereka. Kandungan pendidikan kesihatan mampumelahirkan murid yang berkaliber. Pendidikan

    kesihatan ini mengutamakan gaya hidup sihat

    yang menekankan aspek kesihatan fizikal, mental,

    emosi, sosial dan persekitaran yang lebih baik.Melalui pendidikan kesihatan murid akan

    memahami kepentingan menjaga amalan hidupyang sihat .Untuk menjaga kesihatan, amalan gaya

    hidup yang sihat sangat penting seperti

    mengamalkan amalan pemakanan yang seimbangserta mengelakkan pengambilan sebarang bahan-

    bahan yang diharamkan oleh syarak. Untuk

    mengekalkan kesihatan dan meningkatkan

    kecergasan pula aktiviti senaman yang berkalaperlu dijalankan dengan penuh displin

    FORUM 4(TarikhAkhir :

    16/11/2012(Jumaat)

    Salam 1 Malaysia.

    Ya. Betul kata cikgu, Konsep pentaksiran terbahagi kepadadua iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran alternatif.Pentaksiran tradisional berbentuk ujian bertulis, amali dankecergasan bertujuan untuk mengkaji serta menilaipengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.Tetapi ia mempunyai kelemahan yang tidak dapat

    menjelaskan bagaimana pelajar dapat menggunakanpengetahuan dan kemahiran melalui gred yang merekaperolehi. Ujian yang dijalankan tidak menyediakan maklumattentang penambahbaikan dalam proses pembelajaran. Olehitu, pelajar dilihat seolah-olah bertanding sesama sendiribagi memperoleh gred yang dihendaki.

    Manakala pentaksiran alternatif berbentuk ujian bertulis,perlakuan kemahiran, kecergasan yang melibatkan skalakadar ukuran, senarai semak, skoran rubrik, logpembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dan jugabeberapa bentuk pentaksiran lain. Tujuan pentaksiran iniadalah untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk'keadaan sebenar' yang berkaitan dengan pengalamanpembelajaran pelajar. Ia juga mampu mengukur secara

    langsung apa yang pelajar perlu tahu dan boleh lakukandalam situasi kehidupan sebenar serta menekankan kepada

    21 Nov2012

    11:04:58AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    13/23

    proses pemikiran aras tinggi dan melibatkan aktivitikolaboratif. Pelajar juga boleh menilai kerjanya sendiri danmemahami bagaimana untuk meningkatkan lagi pencapaianpembelajarannya.

    FORUM 4

    (TarikhAkhir :

    16/11/2012(Jumaat)

    Salam 1 Malaysia.

    Menurut (Bailey, 1998), pentaksiran tradisional

    adalah secara tidak langsung, tidak autentik, one-shot , speed-based , dan rujukan norma.(Law &

    Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan

    menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalahujian-peristiwa tunggal (single- occasion tests )

    iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh

    lakukan pada suatu masa tertentu. Walaubagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan

    perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak

    dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasamelakukan ujian. (Bailey,1998) juga menyebutbahawa tiada maklum balas yang disediakan

    kepada pelajar dalam pentaksiran ini. (Law &

    Eckes, 1995)menunjukkan kebanyakan ujian yangseragam mentaksir hanya kemahiran berfikir

    pelajar yang rendah. (Dikli, 2003) menyatakan

    bahawa pentaksiran tradisional sering memberitumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat

    kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran

    kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran

    pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanyamencakupi kebolehan pelajar mengingat dan

    kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran

    yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dandinilai dalam sesuatupenilaian (Begum &

    Farooqui, 2008).

    Pentaksiran alternatif mula digunakan sebagai satu

    kaedah yang baru dalam sistem pendidikan

    disebabkan oleh kesedaran yang semakinmeningkat yang mana sebelum ini dipengaruhi

    oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaransahaja (Dikli, 2003). Selain itu, alat pentaksiran

    tradisional hanya memerlukan pelajar untukmemaparkan pengetahuan mereka dengan cara

    yang telah ditentukan terlebih dahulu.Sebaliknya

    pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikiryang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang

    untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Jenis

    09 Nov

    201210:28:23

    AM

    LOGES A/P

    SOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    14/23

    alat pentaksiran ini memberi tumpuan kepada

    perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu,

    sekiranya seorang pelajar gagal untukmelaksanakan tugas yang diberikan pada masa

    tertentu, pelajar tersebut masih mempunyaipeluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-

    bila masa yang berbeza dankeadaan yang berbeza.Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam

    konteks dan dari semasa ke semasa, guru

    mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dankelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan

    situasi (Law& Eckes, 1995).

    FORUM 4(TarikhAkhir :

    16/11/2012

    (Jumaat)

    Pentaksiran tradisional berbentuk ujian bertulis,

    amali dan kecergasan bertujuan untuk mengkajiserta menilai pengetahuan dankemahiran dalam

    bentuk pemberian gred. Ujian yang dijalankan

    tidak menyediakan maklumat tentangpenambahbaikan dalam proses pembelajaran.

    Pentaksiran alternatif pula mempunyai format

    tersendiri untuk menguji pelajar pada aras yang

    paling rendah sehingga paling tinggi dalam kontekspemikiran dan penaakulan. Ia berbentuk ujian

    bertulis, perlakuan kemahiran, kecergasan yang

    melibatkan skala kadar ukuran (rating scales),senarai semak, skoran rubik, log pembelajaran,

    portfolio, esei, pameran, eksperimen dan

    sebagainya. Tujuannya adalah untuk

    menyelesaikan masalah dalam bentuk keadaansebenar yang berkaitan dengan pengalaman

    pembelajaran pelajar. Pentaksiran alternatif lebih

    menarik dan memberi perspektif yang jelas tentangkemajuan murid. Ia dapat membantu guru

    mengenalpasti kebolehan dan kemajuan murid-

    murid.

    23 Nov2012

    06:09:16

    PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM 4(TarikhAkhir :

    16/11/2012(Jumaat)

    Salam satu Malaysia.

    Secara keseluruhannya, matlamat utama pentaksiran adalahuntuk mendapatkan gambaran tentang kemajuanpembelajaran murid di samping memberi maklum balastentang keberkesanan suatu proses p&p. Pentaksiranseharusnya menjadi satu kaedah yang mampu menilaikebolehan murid dengan berdasarkan kepada domain

    psikomotor, kognitif dan afektif secara menyeluruh,bersepadu dan berkesan khususnya dalam mata pelajaran

    21 Nov2012

    10:54:11AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    15/23

    Pendidikan Kesihatan.

    Pentaksiran Tradisional adalah bertujuan mengkaji serta

    menilai kemahiran dan pengetahuan dalam bentukpemberian gred / markah. Ia berbentuk ujian bertulis, amalidan kecergasan. Kelemahannya adalah tanpa menjelaskanbagaimana murid dapat menggunakan pengetahuan dankemahiran melalui gred / markah yang diperolehi. Selain itu,ujian tidak menyediakan maklumat berkaitanpenambahbaikan dalam proses pembelajaran murid. Maka,murid seolah-olah bertanding semasa sendiri bagimemperoleh markah ditentukan.

    Pentaksiran Alternatif pula bertujuan menyelesaikanmasalah dalam bentuk keadaan sebenar yang berkaitanpengalaman pembelajaran murid. Selain itu, ia boleh

    mengukur apa yang perlu murid tahu serta memberipenekanan dalam proses pemikiran aras tinggi danmelibatkan kolaboratif. Dengan ini, murid boleh menilaikerjaya diri dan memahami cara untuk meningkatkan tahappencapaian masing-masing. Ia berbentuk ujian bertulis,perlakuan kemahiran, senarai semak, skala kadar dansebagainya.

    FORUM 4(TarikhAkhir :

    16/11/2012(Jumaat)

    Salam 1 Malaysia....

    Konsep pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu pentaksirantradisional dan pentaksiran alternatif. Pentaksiran tradisionalberbentuk ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan

    untuk mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahirandalam bentuk pemberian gred. Tetapi ia mempunyaikelemahan yang tidak dapat menjelaskan bagaimana pelajardapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran melaluigred yang mereka perolehi. Ujian yang dijalankan tidakmenyediakan maklumat tentang penambahbaikan dalamproses pembelajaran. Oleh itu, pelajar dilihat seolah-olah

    bertanding sesama sendiri bagi memperoleh gred yangdihendaki.

    Manakala pentaksiran alternatif berbentuk ujian bertulis,perlakuan kemahiran, kecergasan yang melibatkan skalakadar ukuran, senarai semak, skoran rubrik, logpembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dan jugabeberapa bentuk pentaksiran lain. Tujuan pentaksiran ini

    adalah untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk'keadaan sebenar' yang berkaitan dengan pengalamanpembelajaran pelajar. Ia juga mampu mengukur secaralangsung apa yang pelajar perlu tahu dan boleh lakukandalam situasi kehidupan sebenar serta menekankan kepadaproses pemikiran aras tinggi dan melibatkan aktivitikolaboratif. Pelajar juga boleh menilai kerjanya sendiri dan

    memahami bagaimana untuk meningkatkan lagi pencapaianpembelajarannya.

    09 Nov2012

    10:45:01

    AM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM 5 Salam 1 Malaysia. 23 Nov LOGES A/P

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    16/23

    (TarikhAkhir :

    23/11/2012Jumaat)

    Sebagai pendidik, kita harus mendidik anak murid kita carauntuk pencegahan penyakit jangkitan konjunktivis. Murid-murid perlu mengetahui cara melakukan tindakanpencegahan seperti tidak memakai peralatan secarabersama dengan pesakit konjunktivis dan selalu mencuci

    tangan dengan cara betul dan bersih. Saya mencadangkanguru supaya menyediakan gambar sekali untuk menarikminat untuk mengenali dan mencapai objektif cara mengelakdaripada jangkitan konjunktivis ini. Sekian, terima kasih.

    201205:52:59

    PM

    SOCKALINGAM

    FORUM 5(TarikhAkhir :

    23/11/2012Jumaat)

    Modul 1 Kesihatan Fizikal

    Tajuk Pemakanan

    Band 2 Tahu dan FahamDeskriptor 2 Pemakanan yang sihat dan

    selamat.

    Eviden 1 Memilih makanan dan

    minuman yang berkhasiatpada setiap kali waktu

    makan.

    Standard

    Kandungan

    1.3 Mengetahui dan

    mengamalkan pemakanan

    yang sihat dan selamat.

    Standard

    Pembelajaran

    1.3.6 Menceritakan tabiat

    pengambilan makanan dan

    minuman dalam kalangan

    ahli keluarga.

    Bahan Bantu

    Pengajaran

    Lembaran Kerja, Gambar

    Piramid Makanan

    Langkah Pengajaran 1. Bersoal-jawab tentang

    menu makanan yang

    diambil oleh murid

    untuk sarapan, makan

    tengah hari dan makan

    malam.

    23 Nov2012

    02:17:16PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    17/23

    2. Kaitkan dengan

    pemakanan yang

    seimbang merujuk

    kepada Piramid

    Makanan dan Menu

    Sehari yang sesuai

    untuk kanak-kanak.

    3. Murid menjawab soalan

    pada lembaran kerja.

    4. Kesimpulan : Guru

    menekankan harus

    mengamalkan

    tabiat pemakanan yang

    sihat iaitu makan

    makanan yang

    berkhasiat untuk kebaikan

    kesihatan.

    Bahan Bantu

    Pengajaran

    Piramid Makanan

    Contoh Menu untuk Kanak-kanak

    Sarapan

    pagi

    Minum

    pagi

    Makan Tengah

    Hari

    Makan

    Malam

    Bihun

    goreng,

    Minuman

    Biskut,

    Minuman

    bersusu

    Nasi, Ayam

    masak kicap,

    sayur campur,

    Bubur nasi,

    air kosong

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    18/23

    bersusu air kosong

    Aktiviti Murid:

    1. Bulatkan makanan yang berkhasiat.

    telur roti coklat gula

    mee maggi snekbuah-

    buahan

    minuman

    tin

    ais-krim nasi susu sayur

    MENGUASAI / TIDAK MENGUASAI

    Tarikh: ______________

    T.tangan Guru : ____________

    Nama Guru : ____________

    FORUM 5(TarikhAkhir :

    23/11/2012Jumaat)

    Modul 1 : Kesihatan Fizikal

    Tajuk :Kesihatan Diri Dan Reproduktif

    Standard Kandungan:1.1Mengetahui danmemahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal

    dan sihat

    Standard Pembelajaran:1.1.5Menyatakan

    kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk

    pertumbuhan serta perkembangan fizikal yangsihat

    Bahan Bantu Mengajar : Lembaran Kerja, gambar

    rajah

    Langkah Pengajaran:

    23 Nov2012

    07:12:47PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    19/23

    1.. Guru bertanya soalan tentang kepentiangan

    rehat dan masa tidur

    murid pada setiap malam.

    2.Guru menunjukkan gambar rajah bagai orangyang tidak mencukupi rehat dan memberi tahu

    keburukan tidak mendapat rehat yang cukup.

    4.Murid menjawab soalan pada lembaran kerja.

    Pentaksiran

    Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang betul.

    1. 1. Saya tidur pada pukul 12.00 malam .( )

    2. 2.Karan bangun pada pukul 7.00 pagi. ( )

    3. 3.Saya menonton televisyen sampai larut malam. (

    )

    4. 4.Apabila saya merasa letih, saya rehat sekejapbaru meneruskan kerja rumah saya. ( )

    FORUM 5(TarikhAkhir :

    23/11/2012Jumaat)

    Salam Sejathera.

    Ya, saya bersetuju dengan pandangan cikgu

    bahawa murid-murid akan berasa seronok danbangga dengan kerja yang dibuat . Selain itu ,

    mereka dapat bertukar idea dan pendapat supaya

    memperolehi lebih banyak maklumat untukmembuat buku lembaran kerja ini . Lagipun ,

    mereka dapat menyesuaikan diri dalam keadaan

    hanya berpusat kepada murid dan guru sebagaifasilitator sahaja demi mencapai matlamat

    pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu , muriddapat memupuk nilai murni seperti salaing bantu-

    membantu , bekerjasama , bertanggungjawab dansebagainya semasa menjalankan aktiviti ini.

    23 Nov2012

    05:42:39PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM 6(TarikhAkhir :

    Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada

    kurikulum sekolah dan setiap murid harus

    23 Nov2012

    05:46:53

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    20/23

    30/11/2012Jumaat)

    melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di

    dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian

    sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawamurid- murid tidak mendapat pengalaman tertentu

    di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat

    menyediakan pelbagai pengetahuan danpengalaman untuk perkembangan mental, minat,

    bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-

    nilai estetika serta sosial yang positif. Salah satuyang cara untuk memupuk nilai moral melalui

    aktiviti kokurikulum ialah mengadakan aktiviti

    perkhemahan. Perkhemahan adalah satu cara yang

    agak baik untuk mendisplinkan diri kerana didalam perkhemahan kita mestilah berdikari , berani

    , tabah dan kuat.Biasanya murid akan dibahagikan

    dalam kumpulan yang baru dengan ahli yang baru.

    Murid dapat belajar bekerjasama dengansekumpulan yang tidak kenali terutamanya ketua

    kumpulan , tanggungjawabnya lagi berat.Antaranya aktiviti yang akan sangat

    menyeronokkan ialah malam kebudayaan . Murid

    dapat menonjolkan keupayaan sendiri yangsebenarnya. Walaupun sangat penat , tetapi sangat

    seronok.

    PM

    FORUM 6(TarikhAkhir :

    30/11/2012Jumaat)

    Pada pandangan saya ,berdasarkan Peraturan -

    peraturan Kurikulum Pendidikan ( Kurikulum

    Kebangsaan ) 1997 ,peraturan-peraturanmewajibkan semua mata pelajaran wajib

    termasuklah pendidikan jasmani dan pendidikan

    kesihatan mesti diajar kepada semua murid disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Sesetengah

    sekolah memandang rendah tentang mata pelajaran

    wajib ini hingga sanggup menggantikanmatapelajaran wajib ini dengan matapelajaran teras

    demi memastikan murid mencapai keputusancemerlang di dalam bidang akademik khususnya

    peperiksaan.

    Akan tetapi di sekolah saya pentadbir saya

    memberi sokongan penuh tentang proses

    pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani

    dan pendidikan kesihatan serta matapelajaran wajib

    23 Nov2012

    09:27:22PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    21/23

    lain. Mereka juga memberi kebebasan kepada guru

    yang mengajar dan mengadakan program -

    program yang berkaitan dengan subjek yang diajarcontohnya Program Standard Kecergasan Jasmani

    Kebangsaan (SEGAK). Pengagihan jadual waktujuga mengikut agihan yang telah ditentukan pihak

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sekolahjuga menyediakan peralatan dan bahan yang

    berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran agar

    memanfatkan semua pelajar .

    FORUM 6

    (TarikhAkhir :

    30/11/2012Jumaat)

    Pada pengetahuan saya , peraturan-peraturanPendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997 telah

    diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari

    tahun 1998.Kurikulum Kebangsaan berertikurikulum yang ditetapkan oleh Menteri

    Pelajaran.Semua sekolah dalam sistem kebangsaan

    wajib menggunakan satu kurikulum yang piawai(standard).

    Pendidikan Rendah yang bermaksud kursus

    pengajian pada peringkat rendah yang

    dirancanakan pada enam tahun, tetapi yang bolehtamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga 7

    tahun (seksyen 29).Kurikulum Baru Sekolah telah

    dirancang untuk membolehkan murid menguasaikemahiran 3M(membaca, menulis dan mengira).

    Pada pandangan saya, akta tersebut telah

    digunapakai di sekolah saya ialah semua guru perlu

    menggunakan sukatan pelajaran yang telahditetapkan oleh kementerian pelajaran . Selain itu,

    semua guru mesti terlibat dengan aktiviti

    kokurikulum dan mengajar murid-murid dengan

    mengikut akta yang telah ditetapkan olehKementerian Pelajaran. Kegiatan kokurikulum

    disekolah ini telah mengandungi yang berikut iaitu

    penyertaan dalam sukan dan permainan,

    penyertaan dalam persatuan dan kelab,penyertaandalam badan beruniform dan lagi kegiatan yang

    sebagaimana yang ditetapkan olehKementerian.Murid-murid dikehendaki menduduki

    peperiksaan UPSR pada tahun akhir sekolah untuk

    enam mata pelajaran iaitu Bahasa Cina, ,Bahasa

    Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

    23 Nov

    201206:00:25

    PM

    LOGES A/P

    SOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    22/23

    FORUM 6(TarikhAkhir :

    30/11/2012Jumaat)

    Salam 1 Malaysia ,

    Berikut adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan

    Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997Kurikulum :

    Kebangsaan ialah satu program pendidikan

    yang termasuk kurikulum dan kegiatan

    kokurikulum yang merangkumi semuapengetahuan , kemahiran , norma , nilai , unsur

    kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu

    perkembangan seseorang murid dengansepenuhnya dan segi jasmani , rohani , mental dan

    emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan

    nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan

    pengetahuan .

    Sekolah saya amat menitik beratkan mata

    pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

    Kesihatan kerana Pendidikan Jasmani merupakan

    mata pelajaran yang bertujuan mendidik pelajaruntuk bersukan , berekreas i, bersosial dan menjaga

    kesihatan . Selain dari itu , pelajar juga beroleh

    kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan danmengaplikasikan gaya hidup sihat .

    Guru -guru di sekolah saya mengajar

    Pendidikan Jasmani adalah untuk menggalakkanpelajar untuk mengekalkan gaya hidup sihatdengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang

    aktif . Pendidikan Jasmani mempunyai banyak

    matlamat yang boleh menggalakkan para remajamelalui aktiviti fizikal , sosial , psikologikal dan

    perkembangan akhlak . Ini bertepatan dengan

    Matlamat Falsafah Pendidikan dalammembangunkan para pelajar dari segi Jasmani ,

    Emosi , Rohani , Intelektual dan Sahsiah (JERIS ).

    Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi

    dengan melibatkan diri dalam aktiviti PendidikanJasmani dan Pendidikan Kesihatan yang dirancang

    seperti membina keyakinan , bersosialisasi ,

    bekerjasama dan sebagainya . Mata pelajaran initelah dibentuk di dalam sistem pendidikan negara

    bagi melahirkan warganegara yang sihat dan cergas

    di samping menguasai kemahiran sukan danpenerapan aspek pertandingan apabila terpilih

    23 Nov2012

    02:19:59PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGU3013 Loges D045747

    23/23

    menyertai pasukan sukan .

    FORUM 6(TarikhAkhir :

    30/11/2012

    Jumaat)

    Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mewujudkan

    Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum

    Kebangsaan) 1997 mula berkuatkuasan pada 1Januari 1998. Salah satu kesan ialah semua

    sekolah menggunakan kurikulum yang sama dalam

    proses pengajaran. Oleh itu, tidak kiranya pelajarbelajar di mana dia akan membelajari sukatan

    pelajaran yang sama.

    Matlamat pendidikan jasmani diajar kepada pelajar

    ialah membantu pelajar menjadi cergas melaluipembelajaran aktiviti fizikaldan amalan

    kecergasan. Ini juga dapat mengurangkan masalah

    obesiti pelajar. Tetapi ramai sekolah yang

    menggunakan waktu yang diperuntukkan untukpendidikan kesihatan untuk mengajar mata

    pelajaran peperiksaan seperti bahasa melayu dan

    bahasa inggeris. Ini adalah tidak patut, pelajar patutdiberikan peluang untuk menggerakkan badan dan

    bermain di padang atau gelenggang.

    23 Nov2012

    08:30:12PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM