kajian tindakan dan forum

57
SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KPD3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN EL-ST04(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NOORLIES BINTI SUKUR D20112054887 0145697242 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK IBRAHIM BIN TAMBY CHEK LAPORAN KAJIAN TINDAKAN & FORUM E-LEARNING PEMARKAHAN 1. RAKAMAN 1 2. REFLEKSI 1 3. RAKAMAN 2 4. REFLEKSI 2 5. RPH 6. LAPORAN KT 7. FORUM JUMLAH

Upload: noorlies-hj-sukur

Post on 05-Aug-2015

151 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

TUGASAN KPD3026PECAHAN 3

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KPD3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

KUMPULAN

EL-ST04(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NOORLIES BINTI SUKUR D20112054887 0145697242

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK IBRAHIM BIN TAMBY CHEK

TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2012

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

&

FORUM E-LEARNING

PEMARKAHAN

1. RAKAMAN 1

2. REFLEKSI 1

3. RAKAMAN 2

4. REFLEKSI 2

5. RPH

6. LAPORAN KT

7. FORUM

JUMLAH

Page 2: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

01 ABSTRAK 3

02 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

4

03 FOKUS KAJIAN 4

04 OBJEKTIF KAJIAN 5

05 KUMPULAN SASARAN 5 - 6

06 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 PROSES TINDAKAN

6.2 PELAKSANAAN TINDAKAN /PEMERHATIAN DAN REFLEKSI

6 - 7

7 - 10

07 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA 10

08 BIBLIOGRAFI 11

09 FORUM E-LEARNING 12 - 39

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 2

Page 3: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

01. ABSTRAK

Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini

amat penting kerana ia berkait rapat dengan dunia pendidikan. Adalah diakui bahawa setiap

murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, apa yang membezakan ialah murid cara berfikir,

bertindak dan belajar. Aplikasi Teori Pelbagai Kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu Tahun1 adalah bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran bersepadu

dan menyeluruh selaras dengan keperluan murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Justeru itu, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru -murid yang

diketengahkan ini KAD SUKU KATA DOMINO, telah menggabungkan teknik permainan untuk

mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata KV dan KVK, di kalangan 3 orang

murid Program Linus Tahun 1 Standard SK Terusan, Lahad Datu. Permainan kata - perkataan

suku kata kv dan kvk dalam ‘Kad Suku Kata Domino’, ini dapat membantu meningkatkan

penguasaan membaca perkataan suku kata kv dan kvk dikalangan 3 murid tadi. Responden ini,

telah dirawat dengan ‘Kad Suku Kata Domino’ selama 60 minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini

dijalankan selama 4 minggu sahaja. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh 2 bulan.

Keputusan Ujian Post telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan kv dan kvk

pelajar. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan murid amat berminat untuk membaca

dan mereka telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka

amat seronok ketika bermain permainan ini. Akhirnya, ‘Kad Suku Kata Domino’ telah berjaya

memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca pelajar.

TAJUK KAJIAN

Kad Domino Suku Kata Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca Perkataan Suku Kata KV +

KVK

NAMA PENYELIDIK

Noorlies Binti Sukur

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 3

Page 4: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Terusan, Lahad Datu.

02. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya adalah guru Bahasa Melayu Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Terusan, Lahad Datu yang

mengajar mengikut Program Linus anjuran KPM di bawah NKRA daripada tahun 2008

hinggalah sekarang. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selama 3

bulan di tahun 2011, saya telah mendengar bacaan murid dari Tahun 1 Standard seramai 3

orang murid daripada 16 orang melalui aktiviti membaca berdasarkan modul yang dibekalkan

dan mendapati mereka kurang minat untuk mengeja dan membaca.Timbul persoalan di fikiran

saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan perkataan dengan sebutan yang

betul mengikut suku kata, ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh itu,

saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam pengajaran dan pembelajaran

saya. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh

membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang

memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa pengajaran

dan pembelajaran terutama di kelas biasa. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka

mereka akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan kajian

tindakan ini.

03. FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya

memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku

kata kvk. Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat

suku kata dan masalah pengamatan. Untuk mengatasi masalah mereka, satu inovasi berbentuk

permainan telah diketengahkan. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru

menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan

mengaplikasikan inovasi – Kad Suku Kata Domino berasaskan Teori Kecerdasan Kinestastik,

merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid. Pengajaran dan

Pembelajaran Guru – Murid menjadi lebih seronok, dan guru dapat mengetahui kekuatan dan

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 4

Page 5: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

kelemahan murid. Akhirnya manipulasi alat dan bahan digunakan untuk aktiviti pengukuhan

seterusnya.

04. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am

i. Kad Suku Kata Domino meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata

kvk dalam kalangan murid pemulihan khas melalui Teori Kecerdasan Kinestatik.

Objektif Khusus

i. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca suku kata kv dengan lancar.

ii. Di akhir kajian 100% pelajar boleh membaca perkataan suku kata kv dan kvk dengan lancar.

iii. Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati diri dan punya rasa

tanggungjawab terhadap diri sendiri.

iv. Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid, murid dengan guru,dan murid dengan

murid.

05. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid Linus Tahun 1 Standard seramai 3 orang.

Dua orang lelaki dan seorang perempuan yang masing-masing tidak menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira (3M).

Sampel 1: Nurul Fadhzirah Binti Wahid. Bapa seorang peniaga pasar malam dan ibu

merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mempunyai 4 orang adik beradik dan

merupakan anak kedua dalam keluarga. Kakaknya pernah mengikuti kelas pemulihan semasa

berada di Tahun 2 dan 3. Jarak tempat tinggalnya adalah sejauh 10km dari sekolah.

Sampel 2: Muhd. Zul Khairi Bin Khaidir. Bapanya seorang pekebun manakala ibunya pula

merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Dia mempunyai 9 orang adik beradik

dan merupakan anak ke-3 dalam keluarga. Kakak dan abangnya pernah mengikuti kelas

pemulihan semasa berada di Tahun 2 dan 3.

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 5

Page 6: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Sampel 3: Mohd Syukri Bin Wasil. Bapanya seorang pemandu teksi manakala ibunya pula

merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Dia merupakan anak bongsu daripada

5 orang adik beradik.

06. PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 PROSES TINDAKAN

Proses 1

Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Tinjauan Masalah

Kaedah Soal Selidik. Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah menjalankan soal selidik tahap

penguasaan bacaan kepada 3 orang murid Tahun 1 Standard berasaskan Saringan 1 dibawah

Program Linus KPM, dengan menggunakan Kad Senarai Semak Baca. Analisis dapatan

menunjukkan 100 % murid tidak boleh membatangkan perkataan dengan betul dan lancar.

Sepatutnya di Tahun 1 , mereka telah menguasai kemahiran membaca perkataan kv, kvk dan

kvk serta ayat-ayat mudah.

Proses 2

Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Kaedah Temu Bual Saya juga menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan saya, bahawa

mereka tidak minat membaca. Maka pada 14/8/2012 saya juga telah mengadakan temu bual

secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalahan dan sikap mereka terhadap bacaan.

Dapatan daripada temubual tersebut, saya dapati 3 orang pelajar ini tidak suka membaca.

Kesemua mereka mengaku tidak pandai membaca, tetapi mereka suka mendengar orang

membaca dan merasa aktiviti membaca tidak seronok. Oleh itu, mereka tidak suka mengambil

ujian membaca kerana takut tidak boleh membaca teks ujian yang diberi.. Daripada dapatan ini,

saya membuat andaian murid tidak berminat untuk membaca adalah benar.

Proses 3

Bertindak ( melaksanakan rancangan)

Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Tindakan Yang Dijalankan

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 6

Page 7: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Saya memperkenalkan permainan ‘Kad Suku Kata Domino’, berasaskan Pendekatan

Kecerdasan Kinestatik, untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat

mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan suku kata kv

dan kvk ke tahap yang optimum. Saya telah merangka 5 aktiviti yang dinamakan Kad Suku

Kata Domino 1-4

Aktiviti 1- Kad Domino 1, saya menjalankan pengukuhan semula sebutan abjad a hingga

z.

Aktiviti 2- Kad Domino 2, saya menjalankan pengukuhan sebutan suku kata kv.

Aktiviti 3- Manakala dalam Kad Domino 3, saya memberikan peneguhan dalam bacaan

perkataan gabungan daripada suku kata terbuka kv + kv.

Aktiviti 4- Kad Domino 4, saya membuat peneguhan dalam membaca perkataan suku

kata kvk.

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini:

Kad abjad a hingga z berleminate.

Kad-kad perkatan kv berleminate.

Kad-kad perkataan kvk berleminate.

Proses 4

Memerhati ( mengumpul bukti )

Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan

latihan serta analisis dokumen.

6.2 PELAKSANAAN TINDAKAN /PEMERHATIAN DAN REFLEKSI

6.2.1 Aktiviti 1- MODEL KAD SUKU KATA DOMINOLABAH 1

- Minggu 1 kemahiran mengenal abjad a hingga z.

- Murid mencari nombor bagi setiap abjad dan sebut abjad a hingga z serta

menyanyikan lagu ABC secara didik hibur.

- Murid dapat mengenal huruf vokal dan konsonan.

- Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 4 pusingan.

- Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti 1, ternyata aktiviti ini dapat

mengukuhkan penguasaan kemahiran mengenal abjad a hingga z murid.

6.2.1 Aktiviti 2 – MODEL KAD SUKU KATA DOMINO 2

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 7

Page 8: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

- Murid ditunjukkan carta Kad Suku kata Domino kv.

- Murid mencari abjad berdasarkan nombor yang diberi dan menyebut suku

kata kv yang diperolehi

- Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 4 pusingan.

- Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti 2, ternyata aktiviti ini dapat

mengukuhkan penguasaan kemahiran suku kata kv.

6.1.3 Aktiviti 3 – MODEL KAD SUKU KATA DOMINO 3

- Murid ditunjukkan carta Kad Suku kata Domino kv+ kv.

- Murid mencari abjad berdasarkan nombor yang diberi dan menyebut suku

kata kv+kv yang diperolehi

- Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 4 pusingan.

- Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti di atas, ternyata aktiviti ini

dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran suku kata kv.

6.1.4 Aktiviti 4 – MODEL KAD SUKU KATA DOMINO 4

-Murid ditunjukkan carta Kad Suku kata Domino

- Murid mencari abjad berdasarkan nombor yang diberi dan menyebut suku

kata kvk yang diperolehi.

- Ulang aktiviti permainan kepada murid lain sehingga 4 pusingan.

- Berdasarkan pemerhatian,ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan

penguasaan kemahiran suku kata kvk melalui permainan yang dijalankan.

- Guru menyediakan beberapa cara lain bagi mempelbagaikan perkataan

kvk yang lain.

Contoh perkataan kvk yang lain:

a- jam d- mop g- bom j- bot m- van

b- beg e- tin h- jet k- jem n- zip

c- pin f- kek i- gas l- bas o- vas

Proses 5 Mereflek ( analisa dan refleksi )

Semasa aktiviti Kad Suku kata Domino 1 hingga 4 dilaksanakan,saya merasa sangat gembira ,

terharu dan bangga, di atas catatan pencapaian yang tinggi yang telah diperolehi oleh 3 orang

murid sasaran kajian saya. Walaupun aktiviti 4 adalah aktiviti yang tertinggi aras kemahiran

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 8

Page 9: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

bacaanya tetapi atas minat, keyakinan yang lahir kesan daripada permainan ini, telah

menyebabkan 2 daripada mereka mencatatkan keputusan yang membanggakan .1 orang

daripadanya yang amat lemah bacaan mereka pun telah mencatatkan keputusan yang

membanggakan. Seorang daripadanya ,telah menunjukkan minat untuk datang ke sekolah dan

mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas saya dan boleh membaca perkataan suku kata

kvk walaupun pada awalnya, dia tidak mengenal huruf a – z . Murid berjaya mengecam dan

membetulkan kesalahan yang sengaja guru lakukan untuk menguji penguasaan bacaan

mereka.

Selepas menjalankan kajian kepada 4 orang murid tersebut, mereka suka membaca dan

menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Inilah salah satu luahan kata

yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian, “Cikgu dulu saya takut nak baca,

tetapi sekarang saya suka baca”, ..Di sini murid, pengaplikasian Kad Suku Kata Domino dalam

pengajatan dan pembelajaran telah meningkatkan motivasi, menghilangkan rasa rendah diri,

meningkatkan tahap kepuashatian murid dan semangat untuk terus belajar. Hal ini kerana

mereka telah berjaya melepasi “halangan” iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca.

Tanpa dapat dinafikan bahawa bahasa merentas kurikulum. Sesungguhnya situasi yang

memberi sinar harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat

dalam kaedah rawatan menggunakan teknik Jejak Labah-labah.

Melalui aktiviti yang dijalankan bagi pihak guru pula, saya dapat merangka rancangan

pengajaran yang menarik minat murid kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat

meningkatkan keyakinan diri sendiri. Selain daripada itu kaedah ini juga menjadi daya

penggerak kepada pengukuhan bacaan murid. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

seronok, guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini penting

untuk tindakan susulan yang selanjutnya. Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi

hubungan mesra guru dan murid. Murid tidak lagi merasa takut untuk menyebut perkataan

sambil bermain. Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi,

seperti dalam mengajar membaca perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf

berganding, serta membaca ayat untuk kepelbagaian ayat di masa akan datang.

Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-benar

berguna dan dihargai . Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan

murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus menghabiskan permainan dan

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 9

Page 10: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material (pujian dan

sanjungan).

Rumusannya , aplikasi Kad Suku Kata Domino dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai 3M seiring dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

07. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari

segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Saya mencadangkan untuk

mengguna pakai teknik permainan ini untuk mengajar kemahiran membaca pantun dan

simpulan bahasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis

perkataan berasaskan latih tubi membaca . Saya juga berhasrat untuk membina model-model

“Kad Domino kv+kvk, Kad Domino kvk+kvk”, dan kemahiran seterusnya yang lain dengan

melengkapkan lagi model ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, serta

melengkapkannya dengan soalan-soalan serta kaedah yang lebih mencabar dan kreatif.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadi proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 10

Page 11: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

08. BIBLIOGRAFI

Buku panduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah penguasaan 3M).

(1998). Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majid Konting.(1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Manual IPP3M tahun3, (bagi kegunaan program pemulihan khas Kementerian Pendidikan

Malaysia).Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa. (2000).Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan:

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Puan Hajah Juliani bt. Abdullah.Kaedah Cepat Membaca, Bacalah Sayang. Gabungan Majlis

Guru Besar

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran &

Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.Belajar Cara

Belajar.Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selan Osni. Bahasa Melayu Tahun Satu (Transisi) Asas Bacaan Fahaman dan Tulisan.

Sharida Sharudin.(2001) Bacalah Sayang.Associated Educational Distributors ( M) Sdn. Bhd.

Sek. Rendah Malaysia, Kreatif Kembara Sdn. Bhd.

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 11

Page 12: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

09. FORUM E-LEARNING

FORUM 1

Tajuk Mesej Tarikh Pos Nama Penuh

Forum 1

Assalamu’alaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,

     Pendapat saya mengenai  refleksi pengajaran adalah ianya  merupakan suatu pernyataan yang ditulis oleh seorang guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkahlaku pengajaran yang telah dilakukan. Refleksi cuba mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran.  Hasil daripada itu, akan terbentuklah kefahaman 'baru', kesedaran, keinsafan dan perubahan pesepsi.

     Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkahlaku atau amalannya.

     Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri.

 Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa

06 Oct 2012

01:06:19 AM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 12

Page 13: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan.

 Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.

Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal .

Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 13

Page 14: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

    • membuat penilaian kendiri

    • berfikir secara analitik, kritis dan kreatif

   • menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja

   • melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan

   • mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika

   • mengubah tingkahlaku

Forum 1

 

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia,

      Saya bersetuju dengan pendapat saudara namun saya ingin menambah sedikit di mana dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

      Manakala, menurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai

06 Oct 2012

01:11:09 AM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 14

Page 15: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

Forum 1

 

Assalamu’alaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,

Saya ingin menambah pendapat dan pandangan saudara tentang maksud refleksi.

     Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

Dalil Refleksi

* Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud : " Barang siapa yang menerima suratan amalanya dengan tangan kanan, maka mereka akan dihisab (refleksi) amalan mereka di hadapan Alllah dengan senang." ( syrah al-Insyiqaq: Ayat : 7 dan 8 ).

* Saidina Umar al-Khatab , Khalifah yang kedua berkata yang bermaksud:" Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan ( refleksi) dan timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang di hadapan Allah s..w.t di padang Mahsyar nanti."

* Menurut ( Bolin,1988 Richert,1990 dan Zeichner & Liston,1987)Refleksi memberi peluang kepada guru untuk

06 Oct 2012

01:18:56 AM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 15

Page 16: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini guru akan dapat untuk membuat pengubahsuaian serta memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih efektif.

* Menurut Knowles & Cole dan Presswood (1994) pula:" Reflection in the teaching context to the process of inquiring any habit or behavior critically and continuously refining it."

*Manakala menurut Dewey (1993):Individu yang memperaktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelsaian sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi dan sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jenis Refleksi

Menurut ( Schon 1987 ) menyatakan bahawa refleksi itu terbahagi kepada dua

• Reflection-in -action ( Refleksi Sewaktu Bertindak)Refleksi sewaktu bertindak berlaku semasa anda bertugas dan anda menyedar i perlakuan anda sewaktu i tu.Refleksi yang berlaku semasa perlakuan “online”

• Reflection – on – action (Refleksi mengenai tindakan )Refleksi yang berlaku selepas perlakuan “Offline”.Menulis Refleksi mengenaitindakan merujuk ke pada amalan reflektif. Membuat refleksi selepas peristiwa dan mendokumentasikannya: berfikir , menilai ,

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 16

Page 17: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

menganalisa membincang dengan rakan sejawat . Boleh berlaku secara formal sewaktu kerja , atausecara tidak formal sewaktu makan atau minum dengan rakan atau dengan keluarga.

Contoh :

“ Selepas menjalankan kajian tindakan ini saya dapati kaedah pengajarankoperatif ini amat sesuai dan memberikan kesan yang baik kepada parapelajar .Saya sudah bersedia dan tahu apa yang perlu saya buatuntuk menggalakkan mereka , menggerakkan mereka agar mereka berusaha dan tidak terus menerus mengharapkan rakan - rakan untuk meniru sahaja .

- Rosmah Onong , (2000 )

Forum 1

Assalamu’alaikum dan Salam Persaudaraan,

Saya ingin menambah pandangan saudari tentang refleksi. Ada terdapat 2 jenis refleksi iaitu:-

Menurut ( Schon 1987 ) menyatakan bahawa refleksi itu terbahagi kepada dua

• Reflection-in -action ( Refleksi Sewaktu Bertindak)Refleksi sewaktu bertindak berlaku semasa anda bertugas dan anda menyedar i perlakuan anda sewaktu i tu.Refleksi yang berlaku semasa perlakuan “online”

• Reflection – on – action (Refleksi mengenai tindakan )Refleksi yang berlaku selepas perlakuan “Offline”.Menulis Refleksi mengenaitindakan merujuk ke pada amalan reflektif. Membuat refleksi selepas peristiwa dan

06 Oct 2012

01:25:47 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 17

Page 18: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

mendokumentasikannya: berfikir , menilai , menganalisa membincang dengan rakan sejawat . Boleh berlaku secara formal sewaktu kerja , atausecara tidak formal sewaktu makan atau minum dengan rakan atau dengan keluarga.Contoh :

“ Selepas menjalankan kajian tindakan ini saya dapati kaedah pengajarankoperatif ini amat sesuai dan memberikan kesan yang baik kepada parapelajar .Saya sudah bersedia dan tahu apa yang perlu saya buatuntuk menggalakkan mereka , menggerakkan mereka agar mereka berusaha dan tidak terus menerus mengharapkan rakan - rakan untuk meniru sahaja .- Rosmah Onong , (2000 )

Forum 1

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saya ingin menambah pandapat saudari tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran.Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru. Reflek merupakan satu aktiviti penting untuk seorang guru atau pendidik dalam mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian berdasarkan persoalan-persoalan apa, siapa, dimana, kenapa, mengapa dan bagaimana. Hasil dari refleksi yang dibuat akan tercetus kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan persepsi dan perubahan amalan.

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 18

Page 19: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Contoh Persoalan Yang Timbul Semasa Refleksi

         Apakah masalah dalam kelas saya?

         Siapa yang menyebabkan masalah tersebut, guru atau murid?

         Dimana punca masalah itu timbul?

         Kenapa berlaku demikian?

         Bagaimanakah masalah itu boleh ditangani?

         Apakah strategi yang perlu digunakan? dan bagaimana?

         Mengapa saya perlu berubah cara pengajaran saya?

         Bagaimanakah menilai keberkesanan strategi saya?

Tujuan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

         Menilai kemahiran mengajar atau amalan sendiri dan mempertimbangkannya.

          Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran atau intervensi yang digunakan.

         Menganalis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran.

         Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pengangan dan nilai peribadi berkaitan dengan pendidikan.

FORUM 2

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 19

Page 20: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Tajuk Mesej Tarikh Pos Nama Penuh

Forum 2

Apa itu kemahiran mikropengajaran?

 

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran  asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.

 

Sepuluh kemahiran mikropengajaran tersebut adalah:

1.      1. Memulakan pengajaran (Set Induksi)

2.     2. Menyoal(Penyoalan)

3.      3. Menerang(Penerangan)

4.      4. Memperkukuh(Pengukuhan)

5.      5. Mengilustrasi dengan contoh

6.      6. Membuat demonstrasi

7.      7. Mengendali perbincangan

8.      8. Mengendali kerja amali

9.      9. Menutup pengajaran(Penutup)

10.    10.Membuat refleksi

 

Di sini saya akan menghuraikan mengenai Kemahiran Pengukuhan. Kemahiran Pengukuhan merupakan satu

06 Oct 2012

03:18:28 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 20

Page 21: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :

• Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama.

• Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.

Peneguhan pula boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku.  Selain itu, terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di hadapan orang ramai.

Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran & pembelajaran di sekolah:-

1. Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.

2. Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.

3. Pelajar-pelajar lain yang belum menerima

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 21

Page 22: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.

4. Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah.

5. Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.

 

Forum 2

Assalamu’alaikum wbt  dan Salam  1 Malaysia.

Saya mempunyai pendapat yang sama dengan saudara. Dengan menguasai kemahiran set induksi, seseorang guru dapat memberikan fokus kepada pelajar terhadap pelajaran yang akan dimulakan. Set induksi yang menarik berupaya membangkitkan minat dan penglibatan pelajar yang maksimum. Pengetahuan sedia ada pelajar yang berkaitan dengan pengalaman mereka sendiri menjadikan pengajaran dan pembelajaran membantu meningkatkan keinginan untuk mengikuti pelajaran sehingga ke akhir pengajaran guru.

10 Oct 2012

09:22:48 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

Forum 2

Assalamu’alaikum wbt  dan Salam  1 Malaysia.

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari, saya ingin berkongsi dengan saudari tentang pentingnya seseorang guru itu menguasai kemahiran menyoal. Kemahiran menyoal yang baik dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Guru juga haruslah membuat perancangan yang terhadap soalan yang ingin dikemukakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan berlangsung. Kefahaman aspek domain soalan yang dibina juga haruslah benar-benar menguji keupayaan pemikiran pelajar. Melalui penyoalan yang baik dan berkesan daripada guru maka pengetahuan dan kefahaman pelajar berlaku secara maksimum dan seterusnya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan hasil pembelajaran yang diperolehi pada pelajaran seterusnya.

10 Oct 2012

09:41:29 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 22

Page 23: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Forum 2

Assalamu’alaikum wbt  dan Salam  1 Malaysia.

Saya bersetuju dengan pendapat yang saudara kemukakan namun saya ingin menambah selain daripada kemahiran set induksi, kemahiran menyoal selalunya diselitkan dengan 2 hingga 3 soalan untuk mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar.  Teknik penyoalan yang baik akan memberikan impak yang berkesan terhadap pengajaran daan pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar akan teransang untuk mengetahui lebih lanjut isi pembelajaran dan menarik minat mereka untuk mengikuti pembelajaran sehingga selesai.  

10 Oct 2012

10:06:21 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

Forum 2

Assalamu’alaikum wbt  dan Salam  1 Malaysia.

 

Saya bersetuju dengan pendapat yang saudari berkenaan kemahiran menerang. Saya ingin menambah sedikit tentang komponen yang perlu semasa menggunakan kemahiran menerang di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai ayat pembukaan guru haruslah mengemukakan soalan rangsangan untuk mewujudkan kesediaan  dan menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran.

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

a.     Gunakan kejelasan

         -     Tumpukan kepada aspek yang spesifik

         -     Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik

         -     Fokus semula dengan membuat ringkasan

10 Oct 2012

10:34:27 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 23

Page 24: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

b.     Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar

-         Elak kekaburan dan ayat tidak relevan

c.      Gunakan penegasan

-         Intonasi berbeza

-         Penunjuk/penyerlah

-         Pergerakan, gerak isyarat

-         Urutan/Kesinambungan

-         Induktif/deduktif

-         Bantu ingat (prompts)

-         Variasi dan kata penghubung

-         Pelbagaikan kelajuan penyampaian

d.     Dapatkan maklum balas

-          Libatkan pelajar

-         Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap

FORUM 3

Tajuk Mesej Tarikh Pos Nama Penuh

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 24

Page 25: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Forum 3

Assalamu’alaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.

Di sini saya akan mengupas terlebih dahulu apa dia pembelajaran pendekatan masteri dan pendekatan inkuiri.

APAKAH PEMBELAJARAN PENDEKATAN MASTERI

Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang

17 Oct 2012

10:28:04 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 25

Page 26: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

berkualiti.

 

APAKAH PEMBELAJARAN PENDEKATAN INKUIRI

Inkuiri berasal dari kata to inquire yang bererti ikut serta, atau terlibat, dalam mengajukan pertanyaan-pertanyaan, mencari informasi, dan melakukan penyelidikan. Ia menambahkan bahawa pembelajaran inkuiri ini bertujuan untuk memberikan cara pelajar untuk membangun kecekapan intelektual (kecekapan berfikir) berkaitan  dengan proses berfikir secara reflektif. Jika berfikir menjadi tujuan utama dari pendidikan, maka haruslah ditemukan cara-cara untuk membantu individu untuk membangun kemampuan itu.

Selanjutnya Sanjaya (2008;196) menyatakan bahawa  ada beberapa hal yang menjadi ciri utama strategi pembelajaran inkuiri. 

1.     Strategi inkuiri menekankan kepada aktviti pelajar secara maksima untuk mencari dan menemukan, ertinya pendekatan inkuiri menempatkan pelajar sebagai subjek belajar. Dalam proses pembelajaran, pelajar tidak hanya berperanan sebagai penerima pelajaran melalui

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 26

Page 27: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

penjelasan guru secara verbal, tetapi mereka berperanan untuk menemukan sendiri inti dari isi pelajaran itu sendiri. 

2.     Seluruh aktiviti yang dilakukan pelajar  diarahkan untuk mencari dan menemukan sendiri dari sesuatu yang menjadi persoalan, sehingga diharapkan dapat menumbuhkan sikap percaya diri (self belief).  Dalam pendekatan inkuiri menempatkan guru bukan sebagai sumber belajar, akan tetapi sebagai fasilitator dan motivator belajar kepada pelajar. Aktviti pembelajaran biasanya dilakukan melalui proses soaljawab antara guru dan pelajar, sehingga kemampuan guru dalam menggunakan teknik bertanya merupakan syarat utama dalam melakukan inkuiri. 

3.     Tujuan dari penggunaan strategi pembelajaran inkuiri adalah mengembangkan kemampuan intelektual sebagai bahagian dari proses mental, akibatnya dalam pembelajaran inkuiri pelajar tidak hanya dituntut agar menguasai pelajaran, akan tetapi bagaimana mereka dapat menggunakan potensi yang dimiliki.

 

PERBEZAAN PEMBELAJARAN PENDEKATAN

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 27

Page 28: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

MASTERI DAN PENDEKATAN INKUIRI

PENDEKATAN MASTERI

 

PENDEKATAN INKUIRI

 

         Murid normal boleh mempelajari perkara yang di ajar oleh guru.

         Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil supaya mudah dikuasai oleh murid.

         Murid perlu diberi masa yang mencukupi untuk penguasaan sesuatu topik pembelajaran.

         Arahan daripada guru mestilah jelas dan benar-benar difahami oleh murid

         Kaedah pengajaran yang digunakan guru haruslah berkesan kepada murid 

 

         Murid mencari maklumat melalui persoalan yang diberi.

         Murid mencari jawapan atau penyelesaian kendiri.

         Murid membuat pemerhatian, disusuli aktiviti meneroka, menganalisis, mensintesis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan berdasarkan bukti.

         Hasil dapatan murid perlu menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak lain.

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 28

Page 29: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Forum 3

Assalamu’alaikum wbt dan Salam persaudaraan.

Saya ingin menambah pendapat saudari. Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

Kesimpulannya, Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Manakala pembelajaran berasaskan inkuiri memberi peluang dan ruang kepada murid untuk bertanya soalan berasaskan pengalaman dalam kehidupan seharian, menyiasat, dan membuat refleksi ke atas segala pengalaman pembelajaran yang mereka lalui. Peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan murid membina pengetahuan yang lebih bermakna kepada diri mereka selaras dengan premis utama teori pembelajaran konstruktivisme yang menyatakan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri dengan mengkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka.

17 Oct 2012

10:50:03 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 29

Page 30: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Forum 3

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Persaudaraan.

Saya ingin menambah sedikit pendapat saudara. Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan membaca dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.

 Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.

Pembelajaran inkuiri beriorientasi pada, keterlibatan pelajar secara maksimal dalam proses kegiatan belajar, keterarahan kegiatan secara maksimal dalam proses kegiatan belajar, mengembangkan sikap percaya pada diri pelajar tentang apa yang ditemukan dalam proses inkuiri.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pendekataan ini memainkan peranan penting dalam menjalankan P&P yang berkesan. Tetapi, sebagai guru kita harus pandai memilih pendekataan berdasarkan kemahiran yang kita pilih untuk diajar.Model pembelajaran inkuiri  menggunakan pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses penelitian. Pendekataan ini memang sesuai bagi persoalan, pertanyaan dan penemuan.Manakala pendekatan Masteri pula

17 Oct 2012

11:24:07 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 30

Page 31: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

merupakan satu pendekataan yang sistematik dan terurus iaitu ia membantu murid-murid menguasai kemahiran yang diajar sebelum pergi ke kemahiran seterusnya.Bagi saya kedua-dua pendekatan mempunyai kelebihan masing-masing.

Forum 3

Assalamu’alaikum dan Salam Persaudaraan.

Saya ingin menambah pendapat saudari. Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Manakala pendekatan masteri lebih menjurus kepada memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.

17 Oct 2012

11:59:13 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

Forum 3

Assalamu’alaikum dan Salam Persaudaraan.

Saya ingin menambah pendapat saudari.  Model

18 Oct 2012

12:44:16

NOORLIES BINTI

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 31

Page 32: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

pembelajaran inkuiri  menggunakan pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses penelitian. Penelitian ini didorong oleh pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman atau jawapan yang baru. Model pembelajaran inkuiri ini didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah.

Proses model pembelajaran inkuiri ini bermula dari satu perhatian  dan minat atas sesuatu yang menarik dan seterusnya akan muncul banyak pertanyaan atas minat tersebut. Fenomena yang diperhatikan biasanya tidak mempunyai kaitan dengan pengalaman mahupun pemahaman dari para siswa. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan untuk melakukan penelitian, pertanyaan, ramalan, hipotesis  dan konsep awal.

Berdasarkan pembelajaran masteri pula, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.

AM SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 32

Page 33: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

FORUM 4

Tajuk Mesej Tarikh Pos Nama Penuh

Forum 4

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Persaudaraan.

 Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.

 Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.

           Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.

Di sekolah murid menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani

22 Oct 2012

11:52:19 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 33

Page 34: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.

Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.

Perbezaan nyata yang dapat disimpulkan, guru yang mengamalkan kajian tindakan dalam amalan pengajarannya adalah sentiasa berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dibandingkan guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan.  

 

 

Forum 4

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi menambahbaikkan amalan tersebut.  Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubahnya. Kajian Tindakan juga boleh meningkatkan pembudayaan penyelidikan di kalangan guru dan memberi peluang ke arah peningkatan profesional.

23 Oct 2012

12:27:30 AM

NOORLIES BINTI

SUKUR

Forum 4

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia. 23 Oct 2012

NOORLIES BINTI

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 34

Page 35: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari. Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.

Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.

Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.

Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.

Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.

12:35:03 AM

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 35

Page 36: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Jadi, tidak perlu dinafikan lagi kajian tindakan adalah perlu untuk meningkatkan profesionalisme guru dalam peningkatan budaya kerja sekaligus meningkatkan tahap pencapaian murid semaksima mungkin.

Forum 4

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari. Namun saya ingin menambah dan berkongsi ilmu. Guru yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran. Melalui pendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru. Perhatikan contoh-contoh dibawah.

• Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar B.

• Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.

Contoh di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesanan teknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba mengesan kekuatan atau kelemahan amalan guru.

Melalui Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B serta penggunaan internet dalam pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untuk menangani sesuatu masalah yang dikaji.

23 Oct 2012

12:38:07 AM

NOORLIES BINTI

SUKUR

Forum 4

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia. 23 Oct 2012

NOORLIES BINTI

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 36

Page 37: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. Saya ingin berkongsi ilmu bahawa dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini?

Langkah-langkah P&P melalui Kajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P. Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin.

Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru.

Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani.

12:41:16 AM

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 37

Page 38: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

FORUM 5

Tajuk Mesej Tarikh Pos Nama Penuh

Forum 5

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Permasalahan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkara kajian yang kita akan lakukan. Kehidupan sosial memang dipenuhi oleh berbagai-bagai perkara yang boleh dijadikan topik kajian. Dalam bidang pendidikan umpamanya, guru-guru berhadapan dengan bermacam-macam permasalahan yang melibatkan murid-murid.            

Penyelidik misalannya boleh mengemukakan kajian untuk mengetahui punca-punca masalah pembelajaran murid, meninjau pandangan murid mengenai kemudahan-kemudahan di sekolah, membandingkan pencapaian berasaskan latarbelakang keluarga murid-murid, melihat persepsi hubungan murid-murid dan sebagainya. Sebagai seorang yang berminat dalam sosiologi, kita akan melihat sesuatu masalah berdasarkan pemikiran yang sosiologikal. Contohnya dalam konteks modenisasi, kita melihat pelbagai bentuk pengaruh pemodenan telah mengubah murid-murid dari pemikiran dan tingkah laku. Antara perubahan-perubahan adalah seperti cara berpakaian, cara bertutur, cara berhubung, cara datang ke sekolah dan sebagainya. Dalam melaksanakan kajian, kita tidak dapat mengkaji dan menyelesaikan banyak masalah dalam satu penyelidikan.Oleh itu adalah kebiasaan setiap penyelidikan memfokuskan kajian kepada suatu penyataan masalah yang khusus. 

Sebagai satu contoh penyelidikan mengenai kesan pemodenan ialah mengenai sekularisme. Penyelidikan mungkin ingin melihat bagaimana sekularisasi telah mengubah fikiran dan gaya hidup masyarakat Malaysia. Untuk melakukan penyelidikan di seluruh negara adalah sukar. Jadi

23 Oct 2012

12:20:35 AM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 38

Page 39: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

kita mengecilkan skop kajian ke sebuah sekolah.  Di sekolah pula, untuk mengkaji kesan sekularisasi terhadap seluruh komuniti barangkali akan menghadapi masalah pengumpulan data. Justeru kita akan mengecilkan lagi skop kajian di kalangan murid-murid. Bilangan murid yang terlalu ramai pula menghadapi rintangan komunikasi dan kekangan masa. Jadi sebagai seorang yang baru hendak mula menyelidik kita akan menumpukan perhatian kepada murid-murid dalam satu bilik darjah sahaja. Dari segi perincian kajian kita perlu pula menetapkan aspek sekularisasi yang bagaimanakah perlu diketengahkan. Adakah kita melihat dari segi perubahan fizikal ataupun pemikiran. Misalnya, jika kita melihat kesan terhadap pandangan agama, kita mungkin akan mengemukakan masalah sejauh mana sekularisasi telah melemahkan amalan keagamaan murid-murid. Penyataan masalah boleh jadi masih lagi kabur kerana pada peringkat ini kita mungkin melihat wujud sekularisme tetapi belum mengenalpasti apakah sebenarnya sekularisme itu.

Ringkasnya permasalahan yang dipilih perlu ditakrifkan. Oleh itu kita perlu membuat tinjauan melalui bahan-bahan bacaan yang berkaitan sekularisme.

Forum 5

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Saya ingin menambah pendapat yang saudara utarakan. Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses P&P yang dihadapi oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang sehingga objektif tercapai.

Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada

06 Nov 2012

09:44:32 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 39

Page 40: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah. Kajian ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu. Terdapat 4 langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG , BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

Forum 5

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Saya ingin menambah pendapat yang saudara utarakan. Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses P&P yang dihadapi oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang sehingga objektif tercapai.

Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah. Kajian ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu. Terdapat 4 langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG , BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

06 Nov 2012

10:09:45 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

Forum 5

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Saya ingin menambah pendapat yang saudari berikan. Kajian tindakan dalam pendidikan telah lama dijadikan pendekatan untuk meningkatkan amalan guru. Sebagai pendekatan kajian pengamal (practitioner research), kajian tindakan boleh dilihat sebagai satu kaedah penyelidikan ataupun sebagai

06 Nov 2012

10:30:33 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 40

Page 41: KAJIAN TINDAKAN DAN FORUM

KPD3026 PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

satu kaedah pedagogi. Dalam kedua-dua kaedah pendekatan itu, guru dapat meningkatkan amalan dan profesionalisme mereka melalui proses refleksi yang sistematik ke atas amalan dari semasa ke semasa.

Usaha-usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui rangkaiannya untuk menggalakkan kajian tindakan dan membincangkan hasil kajian tindakan yang telah dibuat oleh guru-guru di sekolah. Langkah-langkah menjalankan kajian tindakan, dan set contoh-contoh kajian yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar perguruan, guru-guru dan pengkaji amalan guru di dalam bilik darjah dan di sekolah.

Forum 5

Assalamu’alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Saya ingin menambah pendapat yang saudara berikan. Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem p&p nya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:

Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

Meningkatkan prestasi pencapaian murid. Mengatasi masalah pembelajaran dalam

menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek. Membantu murid mencapai tahap cemerlang

dalam satu-satu mata pelajaran.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, kajian tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

06 Nov 2012

11:11:13 PM

NOORLIES BINTI

SUKUR

D20112054887NOORLIES BINTI SUKUR 41