forum 2 bm terkini

24
Forum 2 BM 1.Kita sedia maklum Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita. Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Kelemahan penggunaan Bahasa Melayu mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran subjek lain di dalam bilik darjah. Antara beberapa kelemahan yang didapati ialah seperti:- Sikap ibu bapa dan murid yang tidak mementingkan Bahasa Melayu Ada sesetengah diantara ibu bapa yang beranggapan bahawa Bahasa Melayu tidaklah begitu penting kerana bahasa ini bukanlah bahasa antarabangsa.Justeru itu,tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik pun tidak merupakan masalah yang serius. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan anak mereka juga bersikap sambil lewa untuk mempelajari Bahasa Melayu. Mereka berpandangan markah Bahasa Melayu hanya perlu mencapai setakat lulus peperiksaan sahaja. Oleh itu, mereka tidak akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika asasnya penguasaan Bahasa Melayu tidak baik, sudah tentu murid itu tidak dapat memahami isi pelajaran mata pelajaran yang lain dengan baik. Cara penyampaian pengajaran bahasa yang kurang kreatif Guru memainkan peranan penting dalam proses membimbing dan mendidik murid dalam pelajarannya. Akan tetapi, terdapat guru yang kurang kreatif dalam pengajaran dan ini akan menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu.Cuba kita bayangkan cara pengajaran guru yang mendatar dan tidak seronok ini berlaku ke atas diri kita. Sudah tentu, ini akan mengurangkan lagi minat dan sekaligus merendahkan

Upload: mohdameri57

Post on 18-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

y

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 2 BM Terkini

Forum 2 BM

1.Kita sedia maklum Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita. Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Kelemahan penggunaan Bahasa Melayu mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran subjek lain di dalam bilik darjah. Antara beberapa kelemahan yang didapati ialah seperti:-

Sikap ibu bapa dan murid yang   tidak mementingkan Bahasa Melayu

Ada sesetengah diantara ibu bapa yang beranggapan bahawa Bahasa Melayu tidaklah begitu penting kerana bahasa ini bukanlah bahasa antarabangsa.Justeru itu,tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik pun tidak merupakan masalah yang serius. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan anak mereka juga bersikap sambil lewa untuk mempelajari Bahasa Melayu. Mereka berpandangan markah Bahasa Melayu hanya perlu mencapai setakat lulus peperiksaan sahaja. Oleh itu, mereka tidak akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika asasnya penguasaan Bahasa Melayu tidak baik, sudah tentu murid itu tidak dapat memahami isi pelajaran mata pelajaran yang lain dengan baik.

Cara penyampaian pengajaran bahasa yang kurang kreatif

Guru memainkan peranan penting dalam proses membimbing dan mendidik murid dalam pelajarannya. Akan tetapi, terdapat guru yang kurang kreatif dalam pengajaran  dan ini akan menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu.Cuba kita bayangkan cara pengajaran guru yang mendatar dan tidak seronok ini berlaku ke atas diri kita. Sudah tentu, ini akan  mengurangkan lagi minat dan sekaligus merendahkan peluang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu di kalangan murid-murid.

Kesuntukan masa

Ramai guru tidak dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menjalankan aktiviti p&p yang kreatif dan seronok kerana terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Jadi, apa yang lebih diutamakan ialah guru perlu melaksanakan tanggungjawab terlebih dahulu untuk menghabiskan p&p mengikut tempoh agar murid dapat menduduki peperiksaan. Jika tidak, ibu bapa akan mengadu kepada pihak sekolah di mana anak mereka tidak diajar topik-topik

Page 2: Forum 2 BM Terkini

tertentu, maka ini adalah tidak adil bagi mereka. Untuk mengelakkan masalah ini terjadi, guru perlu cepat semasa menjalankan proses p&p. Oleh yang demikian, ada di antara murid memang tidak dapat mengikuti proses p&p dengan baik dan lama kelamaan ini akan menyebabkan mereka lemah dalam penggunaan bahasa.

Antara tindakan yang boleh mengatasi kelemahan ini:

Mengkaji semula sukatan pelajaran

Pihak kementerian perlu mengkaji semula sukatan pelajaran yang sedia ada dan cuba membuat penambahbaikan. Tujuan utama p&p adalah untuk mendidik dan membimbing murid mendapat ilmu dan mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan. Jadi, apa yang perlu diambil perhatian ialah kualiti p&p dan bukannya kuantiti p&p.Isi kandungan dan sukatan yang terlalu banyak dan padat akan membebankan guru dan murid kerana kedua-dua pihak terpaksa melaksanakan  tanggungjawab masing-masing dengan penat sekali.

Menyediakan kursus dan latihan p&p bagi guru

Pihak kemterian dengan kerjasama daripada pihak lain bolehlah menyediakan kursus dan latihan p&p kepada guru. Ini adalah kerana melalui kursus dalam perkhidmatan dan penyertaan dalam latihan  atau seminar p&p yang berkaitan, guru-guru berpeluang membelajari teori, pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang baharu dan sesuai untuk mengajar murid-muridnya. Apabila berada di sekolah nanti, guru dapat  mengaplikasikannya di dalam kelas. Selain itu, guru juga perlu bijak merancang aktiviti p&p yang bersesuaian dengan tahap murid, di samping dapat menarik minat murid untuk belajar. Dengan itu, baharulah guru dapat mencapai objektif p&p bagi sesuatu mata pelajaran.

Bersikap serius terhadap pembelajaran Bahasa Melayu

Murid-murid hendaklah belajar bahasa ini dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan bahasa pengantar utama di alam persekolahan rendah dan menengah. Ini dikatakan sedemikian kerana kebanyakan mata pelajaran adalah diajar  dalam Bahasa Melayu, terutamanya di sekolah menengah telah terbuktinya bahasa ini mampu menjadi bahasa ilmu. Oleh itu, murid-murid harus mempunyai kesedaran untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu mereka melalui pembacaan, baharulah mereka dapat memahami isi

Page 3: Forum 2 BM Terkini

pelajaran mata pelajaran yang lain. Para guru dan ibu bapa harus menggalakkan anak murid menambahkan pembacaan bahan yang berbentuk ilmiah. Para ibu bapa dan murid hendaklah membuang sikap tidak mementingkan Bahasa Melayu. Mereka perlu sedar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Kita harus sedar kepentingan Bahasa Melayu kerana bahasa jiwa bangsa.Dengan adanya semangat dan keazaman yang kuat, kita pasti dapat mengatasi kelemahan ini dari semasa ke semasa.

2.Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Yusni,selain hujah-hujah yang dinyatakan oleh cikgu  di atas.Kelemahan penggunaan Bahasa Melayu mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain juga bukanlah isu yang baharu di dalam masyarakat kita pada hari ini. Kelemahan Bahasa Melayu yang ada pada murid dan juga guru telah mengakibatkan isu ini berlaku. 

Sebagai contoh,kebanyakkan guru yang mengajar di SJK bukan beropsyen Bahasa Melayu. Apabila bukan beropsyen Bahasa Melayu,sudah tentu mereka kurang mahir dalam  kaedah atau teknik mengajar Bahasa Melayu. Hal ini terjadi akan mengakibatkan guru kurang keyakinan diri dalam pengajaran Bahasa Melayu dan ini akan menjejaskan keberkesanan P&P di dalam bilik darjah. Selain itu, isu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tercabar dengan banyaknya kesalahan bahasa seperti kesalahan tatabahasa, bercampuraduk dengan bahasa Inggeris sebagainya yang terdapat pada media massa seperti SMS, laman web, dan akhbar. Ini banyak mempengaruhi cara murid  dan guru bertutur di dalam kelas dan juga memberi kesan negatif dalam penulisan Bahasa Melayu. Guru yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu dan menggunakan bahasa rojak atau bahasa pasar akan membawa implikasi besar kepada anak murid kita.

Bagi murid di SJK, mereka perlu mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Ini agak membebankan mereka yang lemah dalam pembelajaran. Aktiviti P&P yang kurang menarik dan berkesan menyebabkan mereka tidak berminat dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, murid yang bertutur dalam bahasa ibunda sejak kecil lagi

Page 4: Forum 2 BM Terkini

menghadapi masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu sama ada bertutur ataupun menulis. Ini kerana mereka keliru dengan struktur ayat bahasa Melayu dan bahasa ibundanya. Bahasa merupakan asas pembelajaran. Pembelajaran mata pelajaran yang lain turut dipengaruhi jika murid tidak menguasai bahasa dengan baik. Begitu juga bagi murid di SK, kelemahan dalam bahasa menyebabkan mereka tidak memahami apa yang dipelajari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,

Saya bersetuju dengan pendapat anda,,selain diadakan kursus untuk mengatasi masalah tersebut, guru juga harus selalu melengkapkan diri dengan teknik mengajar yang terkini dan berkesan. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti P&P untuk membangkitkan minat belajar murid.Selain itu, amalan membaca perlu digalakkan di kalangan guru dan murid. Guru dan murid harus membaca buku-buku bahasa Melayu berbentuk ilmiah bukannya majalah-majalah hiburan yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada memartabatkan bahasa Melayu.Membaca buku berbentuk ilmiah ini penting kerana gaya bahasanya lebih teratur dan mengikut standard yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Selain itu,pihak KPM juga harus memastikan setiap sekolah mempunyai guru beropsyen bahasa Melayu yang mencukupi bagi mengatasi masalah di atas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,

Pada pandangan saya,sememangnya kelemahan penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dari guru dan murid. Tetapi jangan lupa, penggunaan frosa kata,istilah, tatabahasa,kehalusan bahasa, santun bahasa dan sebagainya hanya dititik beratkan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah sahaja. Bagaimana pula ketika di luar sekolah? Penggunaan bahasa Melayu ketika bersama rakan, ibu bapa, adik beradik, saudara mara , adakah kita atau pelajar sendiri menggunakan penggunaan bahasa melayu yang betul? Kebanyakkan antara kita menggunakan percakapan bahasa pasar atau rojak. Hal ini adalah berpunca dari tiada jati diri dan kecintaan pada negara malahan menganggap bahasa kebangsaan ini adalah milik orang-orang Melayu sahaja. Tanggapan yang salah ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan bahasa kebangsaan itu sendiri.

Peranan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  juga amat penting dalam penggunaan Bahasa Melayu yang

Page 5: Forum 2 BM Terkini

baik. Peranan semua pihak juga perlu diberi perhatian kerana amat mengejutkan lagi apabila kesan besar kepada penggunaan bahasa yang kurang memuaskan ini berlarutan dalam aktiviti seharian kita, khususnya dalam penulisan. Hal ini kerana penggunaan bahasa yang lemah dalam penulisan secara berterusan akan membawa kesan yang negatif kepada pemikiran seseorang itu. Penggunaan bahasa yang lemah akan menjejaskan keyakinan diri seseorang itu khususnya apabila ingin berbicara dengan lisan, bertambah teruk lagi jika sedang berhadapan dengan khalayak umum. Hal ini berpunca daripada amalan penggunaan bahasa yang lemah yang berterusan dalam kehidupan harian seseorang itu.

4. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Kebanyakan murid melayu kurang berminat belajar bahasa melayu. Ini kerana mereka menganggap bahasa melayu adalah bahasa harian mereka dan tidak perlu belajar. Anggapan mereka itu salah kerana dalam bahasa melayu mereka perlu banyak belajar seperti struktur ayat, penggunaan kosa kata dengan betul, dan banyak lagi. Oleh itu semua pihak perlulah memainkan peranan untuk memartabatkan lagi bahasa melayu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,

Saya setuju dengan pandangan cikgu bahawa kita sebagai pendidik perlu berikhtiar untuk mengatasi masalah kelemahan murid dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam p&p.Antara perkara yang perlu kita

Page 6: Forum 2 BM Terkini

lakukan ialah sebagai contoh kita seorang guru mengajar matapelajaran Bahasa Melayu.Kita digalakkan menggunakan teknologi komputer sebagai bahan bantu mengajar(BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Ini supaya guru berjaya menarik perhatian atau tumpuan murid-murid terhadap isi pengajaran guru.Secara tidak langsung kita dapat mengatasi masalah kelemahan Bahasa Melayu serba sedikit kerana murid minat dan memberi fokus serta menyeronokkan terhadap pengajaran yang dilakukan oleh kita.

berbantukan komputer ini,sebagai contoh penggunaan cakera padat CD-ROM yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mengikut tema-tema tertentu akan dapat mempertingkatkan sedikit sebanyak penguasaan bahasa Melayu di kalangan murid-murid

. Masalah penguasai bahasa melayu bukan sahaja di kalangan murid-murid berbangsa cina dan india, begitu juga dengan murid yang berbangsa melayu. Setiap hari mereka akan bertutur dengan bahasa rojak dengan ahli keluarganya. Jadi di sekolah guru bertanggungjawab untuk membetulkan bahasa melayu mereka semasa P&P dijalankan. Jikalau tidak membetulkannya, ia akan menyebabkan kemerosotan bahasa melayu pada masa yang akan datang. 

 

Ini memang tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mengatasi masalah kelemahan murid dalam penggunaan bahasa melayu dalam p&p. Guru haruslah mengikhtiarkan cara-cara yang sesuai dimana ia dapat mengubah dan mempertingkatkan lagi murid dalam menggunakan bahasa melayu semasa proses p&p supaya proses p&p dapat dijalankan dengan lancar.

Setuju dengan pendapat cikgu. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Bahasa perpaduan maksudnya bukan sahaja merupakan perpaduan antara kaum, ia termasuk perpaduan keturunan dan sebagai perpaduan politik. Kita sebagai guru memang memainkan peranan yang penting dalam  menerapkan kepentingan nilai perpaduan kepada anak murid kita. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,

Betul cikgu. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa seperti negara kita.Bagaimanakah kita hendak adakan perpaduan di kalangan pelbagai bangsa?Jawapannya 1Bahasa,1Negara, 1Malaysia yang bererti semua rakyat negara ini sewajarnyalah berkomunikasi atau bertutur dengan satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa lain juga patut digalakkan untuk menguasainya.Maka secara tidak langsung kita sudah berusaha meletakkan

Page 7: Forum 2 BM Terkini

bahasa Melayu ke kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.Di sini saya ambil contoh negara Thailand dan Jepun,kebanyakkan rakyat di sana bertutur dengan bahasa ibunda masing-masing iaitu bahasa Thai dan Jepun.Kita perlu mencontohi negara tersebut jika kita ingin memartabatkan bahasa Melayu dan ingin menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di kalangan rakyat kita. Maka hasrat kita untuk merealisasikan 1Bahasa,1Negara, 1Malaysia insya Allah tercapai.

Mohamad Fauzi Bin Awang

Dalam meningkatkan martabat profesion perguruan tidak dinafikan teori-teori yang diperkenalkan banyak membantu guru dalam melahirkan modal insan yang berguna seiring tranformasi pendidikan masa kini. Guru didedahkan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang terkini dan penekanan kepada Bahasa Melayu amat dititikberat.

Banyak pandangan daripada golongan masyarakat, NGO, Sasterawan Negara dan guru telah diberi perhatian dalam memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,Di sini ingin saya menyentuh tentang bahasa Melayu belum mencapai tahap yang sangat membanggakan pada hari ini.Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia memang menjadi fakta dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan melayu bermula sejak zaman Srivijaya dan memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.Walaubagaimanapun,kesan penjajahan telah memadamkan sebahagian kegemilangannya.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita,tetapi ramai rakyat Malaysia gemar menggunakan Bahasa Inggeris jika berbanding dengan bahasa Melayu.Malah ramai yang tidak dapat bertutur Bahasa Melayu dengan fasih dan lancar selepas tamat pembelajaran di sekolah menengah.Jadi,saya rasa memartabatkan dan menggemilangkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa memerlukan perancangan yang rapi dan perlu dilakukan secara beransur-ansur.

Pada kefahaman saya, unit 1 juga membincangkan konsep linguistik ialah ilmu mengkaji bahasa secara saintifik. Bahasa pula merupakan satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk menjalankan apa-apa aktiviti masyarakat mereka...

Unit ini juga membincangkan fungsi bahasa melayu iaitu sebagai :

(1) bahasa kebangsaan

(2) bahasa rasmi

(3) bahasa komunikasi

Page 8: Forum 2 BM Terkini

(4) bahasa perpaduan

(5) bahasa ilmu

Unit 2 pula, membincangkan definisi psikolinguistik dan teori-teori yang berkaitan pemerolehan bahasa pertama. Pemerolehan bahasa perlu diberikan penekanan supaya tidak timbul masalah buta huruf apabila murid-murid memasuki alam sekolah menengah.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,

Di sini saya nak respons pernyataan cikgu Daliana.Saya ingin menyentuh mengenai unit 1(5) Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Saya berpendapat bahawa Bahasa Melayu telah mencapai sedikit peningkatan yang membanggakan.Saya berkata demikian kerana berdasarkan hujah-hujah yang boleh diterima iaitu Bahasa Melayu kini telah berkembang seiring dengan perkembangan dunia,sebagai contoh Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di universiti tempatan dan terdapat juga beberapa universiti di luar negara yang telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bidang pengajian,manakala di mahkamah pula penggunaan Bahasa Melayu dititikberatkan dalam perbicaraan.Selain itu Bahasa Melayu juga menjadi subjek pilihan bagi graduan di negara luar. Malah mereka merasakan bahawa bahasa ini mudah ditutur dan difahami.Berdasarkan sebab-sebab itu, adakah ini tidak membuktikan bahawa bahasa kebangsaan kita telah mencapai tahap yang membanggakan?Yang menjadi masalahnya ialah kita tidak begitu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu.Kita mampu mengulangi kegemilangan peradaban Bahasa Melayu seperti di zaman Keagungan Empayar Melayu Melaka insya Allah dengan syarat, semiua pihak berganding bahu bermula dari rakyat bawahan sampai ke pemimpin negara sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan jangan memperlekehkan bahasa ini.Kita mampu merealisasikannya.Itu pandangan saya.Sekian.

Saya setuju dengan pendapat cikgu. Masih terdapat ramai yang tidak fasih dalam penggunaan bahasa Melayu. Ini adalah kerana ramai orang beranggap bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan bahasa Melayu tidak penting. Tambahan pula, penggunaan bahasa Melayu tidak digunakan secara meluas dalam negara kita. Ramai orang juga beranggap bahawa bahasa Melayu hanya digunakan di jabatan-jabatan kerajaan sahaja. Di luar jabatan kerajaan lebih mementingkan penggunaan bahasa Inggeris.

Page 9: Forum 2 BM Terkini

Unit 3

Salam sejahtera,

1. Menurut Kamus Dewan (1970:59), bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi mungkin mempunyai lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara.  Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui media elektronik dan sebagainya yang disampaikan dalam situasi rasmi.

Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk: mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal, meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM, memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan laras bahasa dan menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur, dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pemelajaran di peringkat sekolah.

 

Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Dengan perkataan yang lain prinsip sebutan baku menekankan prinsip “disebut sebagaimana dieja dan dieja sebagaimana disebut. Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.

2. Unit 3 Sistem Ejaan dan Sebutan

Memandangkan Bahasa Melayu baku penting dalam situasi-situasi formal, guru bahasa perlu mengajar murid-murid bertutur dalam Bahasa Melayu menurut unsur-unsur fonologi Bahasa Melayu yang betul dan baku.

Cara guru mengatasi masalah sebutan baku:

1. Mengadakan latih tubi untuk menyebut perkataan yang bermasalah bagi murid-murid. Contohnya, berlari - berlali ( Cina ), durian - lulian ( Cina ).

2. Memperdengarkan kepada murid model sebutan Bahasa Melayu baku dariada radio, televisyen dan sumber-sumber lain dengan kerap.

3. Menggalakkan dan membanyakkan latihan murid bercakap menggunakan sebutan baku dalam situasi formal dan tidak formal. Misalnya, di luar bilik darjah seperti di kantin, dan semasa kegiatan kokurikulum.

Page 10: Forum 2 BM Terkini

3.Unit 3 Sistem Ejaan dan Sebutan   saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa sistem sebutan baku memainkan peranan yang penting dalam Bahasa Melayu dan dalam acara rasmi. Oleh itu, guru di sekolah harus bertutur dalam bahasa baku supaya menjadi teladan kepada semua murid.

4.Unit 4AKRONIm

Salah satu proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah melalui akronim. Akronim ialah singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu.

 1. Kata akronim ialah  yang terbentuk dengan menggabungkan huruf-huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkaian kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

 Contoh:

a) Majlis Amanah Rakyat = MARA

b) Universiti Pendidikan  Sultan Idris= UPSI

c) Institut Tadbiran Awam Negara = INTAN

Ketiga-tiga kata akronim ini ditulis dengan huruf besar  kerana kata-kata akronim tersebut merupakan kata nama khas.

 2. Terdapat kata akronim yang terbentuk dengan menggabungkan suku kata dengan huruf awal atau suku kata dengan suku kata

Contoh:

a) Berita Nasional Malaysia = BERNAMA

Huruf pertama kata-kata akronim ini dieja dengan huruf besar kerana merupakan kata nama khas.

 3.Cara ketiga membentuk kata akronim adalah dengan menggabungkan suku kata dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas

Contoh:

Page 11: Forum 2 BM Terkini

a) Taman didikan kanak-kanak = Tadika

b) Taman bimbingan kanak-kanak = Tabika

c) Cerita pendek = Cerpen

 4. Cantuman bahagian lain dalam perkataan yang berturutan

Contoh:

a) Jentera tolak = Jentolak

b) Pukul rata = Purata

c) Had laju = halaju

 Contoh akronim lain:

1. Bah- Bencana Air Hujan2. pawagam – panggung wayang gambar3. Awas- Anda Waspada Anda Selamat4. kugiran – kumpulan gitar rancak5. Cikgu- encik guru

5. Kata akronim merupakan bentuk kata tersendiri dan dapat disebut seperti perkataan lain dalam bahasa. Contoh : Tadika (taman didikan kanak-kanak), Cerpen (cerita pendek), DBP (Dewan Bahasa Pustaka), KOMSAS (Komponen Sastera).

6. Re : Akronim yang digunakan dalam persekitaran 05 Nov 2011 02:32:41 PM  

Dihantar oleh     : Norzlina Binti Mohd Khir 03 Nov 2011 10:49:15 PM  

Balasan       : Hasmawati Binti Mohamad   Sisipan  : Tiada fail sisipan  

Ya terdapat dua jenis akronim menurut proses pembentukannya.

i. Perkataan akronim boleh dibentuk dengan menggabungkan suku kata perkataan

berlainan menjadi sebuah perkataan baru

contoh: maging - makan daging

jentolak - jentera tolak

abdartu - anak dara tua

Page 12: Forum 2 BM Terkini

ii. Huruf pangkal sebuah ungkapan panjang digabungkan menjadi satu perkataan bagi

menamakan konsep, institusi, bangunan dan lain- lain.

contoh : ADD - Akhbar Dalam Darjah

MARA - Majlis Amanah Rakyat

DEB - Dasar Ekonomi Baru

7.Ya, betul pendapat cikgu itu. Sebenarnya banyak akronim yang digunakan dalam

persekitaran kita hari ini. Misalnya akronim  bagi peperiksaan-periksaan utama di

Malaysia seperti berikut:-

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR   - Penilaian Menengah Rendah

SPM   - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Unit 5

1.Masalah tatabahasa

Masih banyak pengguna bahasa Melayu yang keliru ketika menggunakan kata terbitan atau kata berimbuhan. Contoh yang ketara ialah penggunaan imbuhan dalam perkataan ‘merbahaya’. Bentuk itu salah kerana dalam bahasa Melayu tidak wujud imbuhan ‘mer-‘. Yang sesuai ialah ber-. Oleh itu, gunakanlah perkataan berbahaya. Maksud ber- dalam situasi ini ialah “ada” atau “mempunyai”. Dengan hal yang demikian, berbahaya bermaksud “ada bahaya” atau “mempunyai bahaya”.

Satu contoh lagi ialah pergerakkan. Imbuhan ‘per-...-kan’  juga tiada dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah ‘pe-...-an’ dan ‘per-...-an’. Jika digunakan ‘pe-...-kan’, yang terhasil ialah ‘pegerakan’. Bentuk ini salah juga. Oleh itu, bentuk yang betul ialah pergerakan.

2.Masalah Tatabahasa yang mengelirukan  

Kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Antara kesalahan yang sering berlaku ialah penggunaan ‘‘di kalangan / dalam kalangan”. Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan.  Jadi adalah salah

Page 13: Forum 2 BM Terkini

kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau di golongan.Penggunaan yang betul iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan.

Begitu juga “ selain daripada itu / selain itu”. Selain daripada itu merupakan kata sendi nama. Penggunaan dari segi tatabahasa  ini salah kerana perkataan ‘selain’ dan ‘daripada’ kedua-duanya merupakan kata sendi nama yang digunakan serentak. Jadi perkataan ‘Selain itu’   adalah lebih tepat dan gramatis.

Selain itu, hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat iaitu D bererti  unsur yang diterangkan manakala M  bererti unsur  yang menerangkan. Contoh sos cili sepatutnya ditulis cili sos  atau goreng cempedak yang betul penggunaan dari segi tatabahasa ialah cempedak goreng.

Ini termasuk perbezaan perkataan  berasa / merasa. ' Berasa ' mempunyai atau memperoleh rasa (terutama yang dialami oleh badan) Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas.' Merasa'  mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah. Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu.

 

3. Masalah tatabahasa yang mengelirukan  

 (18 read/s) Setiap bahasa mempunyai hukum tatabasanya yang tersendiri dan perlu

dikuasai oleh setiap pengguna bahasa tersebut untuk membolehkan mereka menggunakan

bahasa yang betul ketika bertutur atau menyampaikan idea. Bagi golongan pelajar

kegagalan mereka menguasai hukum tatabahasa akan menyebabkan mereka melakukan

pelbagai kesalahan ketika bertutur atau menghasilkan penulisan. Antara masalah yang

sering mengelirukan murid seperti penggunaan kata sendi, penggunaan kata pemeri dan

kegagalan mematuhi hukum D-M.Dalam penggunaan kata sendi murid selalu melakuka

kesilapan dalam penggunaan dari  daripada.Contohnya, murid sering menulis 'Tali

pinggang itu diperbuat dari kulit buaya' sepatutnya 'Tali pinggang itu diperbuat daripada

kulit buaya'. Kesalahan dalam penggunaan kata pemeri pula seperti' Baju ini ialah untuk

ibu' sepatutnya' Baju ini adalah untuk ibu'.Bagi kesalahan hukum D_M pula murid sering

menyebut 'Saya makan goreng pisang' sepatutnya 'Saya makan pisang goreng'.Guru

haruslah sentiasa menegur kekeliruan ini agar para murid dapat berbahasa dengan hukum

tatabahasa yang betul.

 

 

Page 14: Forum 2 BM Terkini

 

4. Re : Masalah tatabahasa yang mengelirukan  

Masalah lain yang sering dikesan sewaktu menjawab latihan ialah penggunaan kata nafi

Murid keliru tentang penggunaan tidak dan bukan. Murid gagal membezakannya.

Sebagai contoh penggunaan kata nafi adalah untuk frasa kerja, frasa adjektif

manakala penggunaan kata nafi bukan atau tanpa adalah untuk frasa nama dan frasa sendi

nama

Kesalahan yang dikesan seperti

a) Dia bukan pergi majlis itu kerana terlewat (x)

Dia tidak pergi ke majlis itu kerana terlewat (/)

b) Rumah saya di kampung bukan besar. (x)

Rumah saya di kampung tidak besar (/)

c) Dia bukan anak bandar, dia datang dari kampung. (/)

Dia tidak anak bandar , dia datang dari kampung. (x)

d) Kereta api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas. (/)

Kereta api itu tidak dari Ipoh tetapi dari Gemas. (x)

5.Unit 6 SINTAKSIS AYAT - AYAT BERANTAI  

 (16 read/s) Guruh berdentum mengejutkan aku yang sedang membaca novel

kegemaranku. Hujan mencurah ke bumi. Aku tangkas bangun lalu menutup jendela di

kamarku. Lantas aku berlari menuju ke kamar ibuku untuk memastikan jendela kamar

ibuku juga tertutup. Akibat tergesa-gesa, aku tidak berhati-hati lalu tersadung pada kaki

meja berhampiran tangga dan tergolek jatuh menuruni tangga. Kepalaku pening dan

pandanganku berpinar-pinar. Pipiku terasa perit dek tamparan lembut tangan ayahku.

Rupa-rupanya aku telah pengsan dan disedari oleh ayah dan ibuku yang kebetulan baru

pulang dari kerja

Page 15: Forum 2 BM Terkini

 

6.. SINTAKSIS AYAT - AYAT BERANTAI

Ayah menyuruhku mandi  dan bersiap untuk pulang ke kampung menziarahi datuk dan nenekku di kampung.Hatiku kepalang gembira  dan tidak sabar rasanya aku untuk  menemui datuk dan nenek.Datukku bekas pesara tentera .Aku suka mendengar cerita pengalamannya semasa bertempur dengan komunis semasa darurat dahulu.

PERATURAN PINJAMAN BAHAN RUJUKAN BUKU DAN BUKAN BUKU 1. Hanya murid yang mempunyai Kad Pinjaman Pusat Sumber yang lengkap yang

boleh membuat pinjaman. (SEORANG MURID, SEKEPING

KAD SAHAJA)

2. Bawa buku yang hendak dipinjam ke Kaunter

Pinjaman/Pemulangan dan serahkan

buku serta Kad Pinjaman Pusat Sumber kepada Pengawas Pusat

Sumber yang

bertugas untuk rekod pinjaman.

3. Setiap murid dibenarkan meminjamDUA BUAH buku sahaja.

4. Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas kerosakan atau

kehilangan bahan-bahan

Page 16: Forum 2 BM Terkini

Pusat Sumber yang dipinjam.

5. Tempoh pinjaman adalah selamaSEMINGGU.

6. Bahan-bahan Pusat Sumber yang dipinjam mestilah dipulangkan

sebelum atau pada

tarikh yang telah ditetapkan.

7. Murid yang LEWAT memulangkan buku akan dikenakan DENDA

iaitu 10 sen bagi setiap hari lewat. Kiraan dibuat mulai hari

pertama kelewatan hingga ke tarikh buku itu dipulangkan.

8. Murid mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan atau dirosakkan dengan nilai sebenar buku.

9. Murid-murid yang hilang Kad Pinjaman Pusat Sumber boleh

mendapatkan kad yang baru dengan bayaran RM 2.00.

(PERINGATAN!! SEORANG MURID, SEKEPING KAD

SAHAJA)

10. Buku rujukan serta bahan rujukan tanda merah tidak boleh dipinjam keluar dari Pusat Sumber dan hanya boleh digunakan di dalam Pusat Sumber sahaja.(Untuk buku rujukan tanda merah, sila dapatkan keterangan lanjut dari Pengawas yang bertugas

di Kaunter Pertanyaan)11. Suratkhabar dan majalah hanya boleh digunakan di dalam Pusat Sumber dan tidak dibenarkan dipinjam keluar dari Pusat Sumber

12. Peminjaman perisian (CD Courseware) untuk kegunaan di dalam Pusat Sumber

Page 17: Forum 2 BM Terkini

sahaja. (Sila dapatkan keterangan lanjut dari Pengawas yang bertugas di Kaunter Pertanyaan) -Semua peminjaman hanya boleh dilakukan ketika Masa Operasi PSS sahaja- -Adalah dilarang menggunakan Kad Pinjaman murid lain-

12. Peminjaman perisian (CD Courseware) untuk kegunaan di dalam Pusat Sumber sahaja. (Sila dapatkan keterangan lanjut dari Pengawas yang bertugas di Kaunter Pertanyaan) -Semua peminjaman hanya boleh dilakukan ketika Masa Operasi PSS sahaja- -Adalah dilarang menggunakan Kad Pinjaman murid lain-

Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya pelajar melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkanseperti di atas.Peraturan-peraturan ini boleh dipinda dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

Page 18: Forum 2 BM Terkini