forum 1(kpf)

1
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah fungsi pendidikan ke arah pembangunan insan? Jika kita lihat pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan itu penting untuk perkembangan yang seimbang meliputi unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di mana ianya perlu digerakkan secara sepadu (integrated) dan sebaik-baiknya berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Yang Esa. Melalui pendidikan yang komprehensif, maka pembangunan insan seseorang akan terbina dengan baik hingga mampu melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan seantero masyarakat pula. Berdasarkan tajuk forum yang diberi iaitu pendidikan dan pembangunan sememangnya mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Pendidikan secara umumnya dilihat sebagai proses mendidik seseorang dalam memperoleh sesuatu ilmu dan pengetahuan iaitu hingga seseorang itu mampu menzahirkan tindak- tanduk dan amalan kelakuan yang dikehendaki oleh norma-norma masyarakat. Menurut John Stuart Mill, pendidikan merupakan aktiviti memahami potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk kesempurnaan tabii. Pembangunan pula dilihat sebagai proses kemajuan yang berperingkat iaitu sebelum dan selepas. Pendidikan itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam melakar pembangunan yang diinginkan iaitu meliputi pembangunan insan dan pembangunan negara secara amnya. Apakah pula perkaitannya atau fungsi pendidikan ke atas pembangunan negara? Pendidikan penting sebagai wadah dan nadi dalam kemajuan negara. Andai kata pendidikan yang diterapkan kurang mantap terutama dari segi matlamat dan pelaksanaannya, maka akan terbentuklah sebuah corak pendidikan yang kurang mapan. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan iaitu pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi meningkatkan produktiviti negara demi kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Kesemua sektor pekerjaan yang menjurus ke arah kepelbagaian bidang industri dapat diisi dan disandang oleh rakyat dalam negara sekiranya pendidikan yang dilaksanakan mampu membangunkan modal insan yang komprehensif. Tuntasnya, pembangunan rakyat dari segi perilaku insaniah sahaja kurang memadai tanpa adanya kesinambungan untuk kemajuan dan pembangunan negara. Tamadun sesebuah negara akan lenyap andai kata struktur dalaman dan luaran negara lemah. Justeru, pendidikan perlu berkeupayaan untuk memperkembangkan individu dari segi mental dan fizikalnya yang mana selaras dengan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000).

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 01-Feb-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ukm

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 1(KPF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apakah fungsi pendidikan ke arah pembangunan insan? Jika kita lihat pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan itu penting untuk perkembangan yang seimbang meliputi unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di mana ianya perlu digerakkan secara sepadu (integrated) dan sebaik-baiknya berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Yang Esa. Melalui pendidikan yang komprehensif, maka pembangunan insan seseorang akan terbina dengan baik hingga mampu melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan seantero masyarakat pula.

Berdasarkan tajuk forum yang diberi iaitu pendidikan dan pembangunan sememangnya mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Pendidikan secara umumnya dilihat sebagai proses mendidik seseorang dalam memperoleh sesuatu ilmu dan pengetahuan iaitu hingga seseorang itu mampu menzahirkan tindak-tanduk dan amalan kelakuan yang dikehendaki oleh norma-norma masyarakat. Menurut John Stuart Mill, pendidikan merupakan aktiviti memahami potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk kesempurnaan tabii. Pembangunan pula dilihat sebagai proses kemajuan yang berperingkat iaitu sebelum dan selepas. Pendidikan itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam melakar pembangunan yang diinginkan iaitu meliputi pembangunan insan dan pembangunan negara secara amnya.

Apakah pula perkaitannya atau fungsi pendidikan ke atas pembangunan negara? Pendidikan penting sebagai wadah dan nadi dalam kemajuan negara. Andai kata pendidikan yang diterapkan kurang mantap terutama dari segi matlamat dan pelaksanaannya, maka akan terbentuklah sebuah corak pendidikan yang kurang mapan. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan iaitu pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi meningkatkan produktiviti negara demi kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Kesemua sektor pekerjaan yang menjurus ke arah kepelbagaian bidang industri dapat diisi dan disandang oleh rakyat dalam negara sekiranya pendidikan yang dilaksanakan mampu membangunkan modal insan yang komprehensif.

Tuntasnya, pembangunan rakyat dari segi perilaku insaniah sahaja kurang memadai tanpa adanya kesinambungan untuk kemajuan dan pembangunan negara. Tamadun sesebuah negara akan lenyap andai kata struktur dalaman dan luaran negara lemah. Justeru, pendidikan perlu berkeupayaan untuk memperkembangkan individu dari segi mental dan fizikalnya yang mana selaras dengan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000).