kpf 3012 - group assignments soalan 4 sem 2-kump d1

43

Click here to load reader

Upload: balan-kamal

Post on 31-Oct-2014

193 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

PEMARKAHAN1. Isi2. Bahasa3. Keselarasan4. FormatJUMLAH

SEMESTER 2

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN D1

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

Tan Bee Bee Tan Sook Fun Tang Phaik Hoon Teh Shio Wei Teoh Ching Tee Thanabalan Shanmugam

810320-14-5378 820806-14-5086

650511-07-5608 810924-03-5786 811029-08-5730 720508-08-5881

012-2933527 016-2085377

012-2983459 012-5650013 017-3075511 016-3634858

NAMA TUTOR E-LEARNING:Encik Mohd Syariefudin Bin Abdullah

TARIKH SERAH: _1/12/2012

0

Jelaskan matlamat Pendidikan Negara dan Kurikulum

dalam pendidikan Malaysia demi membentuk masyarakat

Malaysia yang bersatu padu.

Page 2: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

ISI KANDUNGAN

No Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 4

2.0 Matlamat Pendidikan 6

3.0 Dasar-dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan 7

4.0 8

5.0 8

6.0 10

7.0 12

8.0 12

9.0 12

10.0 14

11.0 17

12.0 21

13.0 26

14.0 Perpaduan Melalui Kurikulum sekolah

14.1 Melalui Kegiatan-Kegiatan Kurikulum

14.3 Melalui Program-Program Yang Dianjurkan Oleh Sekolah

14.5 Melalui Pendidikan Sejarah

14.6 Melalui Pendidikan Sivik

14.7 Melalui Program Bahasa

32

15.0 Kesimpulan 38

16.0 Rujukan 40

Page 3: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

1.0 Pendahuluan

Sejarah pendidikan tidak formal negara Malaysia bermula sejak tertubuhnya kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telah

mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri. Secara amnya, perubahan pendidikan ini mengikut kehendak masyarakat pada

masa itu contohnya di zaman Kerajaan Melayu Melaka di mana masyarakat Melayu telah

berubah daripada zaman Hindu kepada zaman kegemilangan Islam. Zaman pemerintahan

Portugis sekitar tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan Belanda tidak banyak membawa

perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan kepada penduduk peribumi sehingga

kedatangan Inggeris pada tahun 1786. Inggeris telah memulakan era baru dalam bidang

pendidikan kepada anak peribumi waktu itu. Walau bagaimanapun kejayaan tentera Jepun

menawan Tanah Melayu pada tahun 1941 dan memerintah sehingga tahun 1945 telah

membantutkan perkembangan pendidikan Malaysia. Pada tahun 1946 Tanah Melayu telah

diambil alih oleh kerajaan Inggeris sekali lagi, dan Inggeris mula mencorak pendidikan di

tanah jajahannya sehingga pada 31 Ogos 1957 apabila negara Tanah Melayu mendapat

kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.

Persoalan besar yang dihadapi oleh para pemimpin dan pendidik selepas kemerdekaan

ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni

masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup

bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai

sebagai rakyat Malaysia. Para pemimpin dan pendidik pada masa itu sedar bahawa satu-satu

cara untuk mewujudkan perpaduan(perpaduan menurut Kamus Dewan edisi empat

mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu

iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya )di dalam sesebuah negara ialah

menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor

unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.

Sebagaimana yang kita tahu sistem pendidikan merupakan asas penting bagi

membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik dari segi ekonomi, politik,

dan sosial. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,

dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang

dilaksanakan perlu selari dengan keperluan dan kesesuaian masyarakat. Dasar pendidikan

yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata

tetapi sebagai alat dan saluran untuk menyampaikan wadah perjuangan negara yang sangat

mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi merealisasikan

Page 4: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

perpaduan bangsa kepada rakyat. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan

memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna

kulit.

Pelbagai dasar telah dijalankan kerajaan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa

perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai melalui Wawasan 2020 tidak mungkin akan

menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Jika kita lihat

sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Dalam

usaha menjanakan perpaduan, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang

sangat penting dalam membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama

lagi.Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang

berkualiti dan bertaraf dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya

dan memenuhi aspirasi negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu

melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatupadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu,

berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan

negara, dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.Semua hasrat

kementerian dapat dilihat dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara kita.

Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak

mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan

dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir

dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000:xvi).

Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan

membentuk insan.

Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan dan memperdebatkan

berkenaan pelaksanaan sistem persekolahan negara dalam konteks perpaduan nasional

melalui analisis terhadap strategi yang telah dirangka oleh kerajaan Malaysia sejak sebelum

merdeka hingga kini. Kertas kerja ini akan menerangkan bagaimana pelaksanaan dan

keberkesananya sehingga sekarang.

2.0 Matlamat Pendidikan Malaysia

 " Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan

dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

Page 5: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan menca-

pai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara. "

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996)

http://www.moe.gov.my/?id=77&lang=my

Sepertimana yang kita sedia maklum, Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang sedang

membangun. Justeru, agak penting bagi Negara Malaysia mempunyai falsafah pendidikan

sendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara

(FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan idealogi Negara. Kini, FPN

dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 

FPK menggariskan segala istilah , pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan

di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat , dasar-dasar dan amalan-

amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Secara am,

FPK bertujuan menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta mem-

bimbing tindakan dan trend pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1982).

FPK merupakan gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang

berkaitan dengan tiga aspek. Tiga aspek itu adalah rukun negara, dasar ekonomi baru dan

dasar pendidikan kebangsaan. FPK juga hanya bermatlamat kepada pembangunan kemanu-

sian atau dengan kata lain, menghasilkan individu secara menyuluruh, bersepadu, seimbang

dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Dengan kata lain, matlamat FPK

adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan menghayati ciri-ciri seperti per-

caya kepada tuhan, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan , bertanggungjawab kepada diri,

masyarakat, agama, dan negara. Ciri lain pula adalah, memiliki sahsiah yang seimbang dan

bersepadu. Ciri terakhir adalah, memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat

yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matla-

mat ini dapat dicapai dengan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu seperti yang ter-

Page 6: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

maktub dalam FPK. Pendidikan menyeluruh ini juga membolehkan pelajar tahu segala

bidang walaupun tidak pakar pada bidang tesebut.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan

peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara

kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di kawasan perlombongan dan In-

dia duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam

pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum

lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara

kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-

murid dapat bersama-sama tolong -menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar ke-

harmonian dan kemakmuran terpelihara.

Selain itu, FPK bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan

prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan per-

paduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang akan mem-

bawa perpaduan di Malaysia. Rakyat beginilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang

aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpad-

uan negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran

perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. FPK

bermatlamat untuk memastikan 5 prinsip rukun negara ini dipatuhi dan dihayati oleh pelajar-

pelajar di negara Malaysia dengan menerapkan unsur kelima-lima prinsip di dalam sistem

pendidikan negara.

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai

keseimbangan dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu

dilaksanakan di sekolah untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk men-

gelakkan permusuhan antara kaum pada masa dewasa kelak. Selain itu FPK bertujuan

melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpan-

dukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen

penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat ne-

gara tercapai. Selain itu, FPK ini digubal untuk memastikan guru-guru tidak terlencong arah

dalam mengajar anak didiknya. 

Sekarang, kita akan membincangkan implikasi FPK terhadap perkembangan pendidikan di

Malaysia. Setiap perkara mesti ada implikasinyanya sama ada positif atau negatif. Implikasi

Page 7: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

FPK boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu implikasi terhadap kurikulum, implikasi ter-

hadap pendidikan dan implikasi terhadap institusi pendidikan. 

Implikasi terhadap kurikulum ini lebih menjurus kepada sukatan mata pelajaran yang diajar

di sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat IPTA. Kurikulum yang sedia ada dibaiki

dan ditambah supaya selari dengan matlamat Kurikulum yang sedia ada dan matlamat FPK .

Semua sekolah di seluruh Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan selaras.

Hal ini untuk mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati dalam kalangan pelajar kerana setiap

sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Jika perkara seperti itu berlaku, ia nyata

bercanggah sama sekali dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan individu yang seim-

bang dari segala aspek. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan mempunyai unsur nilai

murni yang bertujuan untuk menjayakan matlamat FPK melahirkan rakyat Malaysia yang be-

rakhlak mulia. Sistem pembelajaran telah menjadi umum. Semua rakyat dapat pergi ke seko-

lah dengan bantuan kerajaan kerana matlamat FPK yang mahu melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan. Cara pelajaran juga telah berubah dengan menngunakan teknologi

moden untuk mengelakkan negara kita dari ketinggalan di belakang dan mampu bersaing

dengan negara maju yang lain.

Implikasi terhadap pendidikan pula adalah merujuk kepada bidang pendidikan itu sendiri.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain

daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-

mana dan bila-bila diperlukan. FPK boleh menjadi alat pendidikan yang berguna kepada guru

dan guru boleh sentiasa merujuk kepadanya. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk men-

didik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matla-

mat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan 2020. Guru mendedahkan

sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam

ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan

teknologi. Guru juga mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru

yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi

matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal

kepada aktiviti negatif dan gejala sosial di sekolah.. Guru memperkembangkan dan mem-

perkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan

aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. Guru juga boleh melakukan aktiviti

yang menjurus kepada matlamat FPK dengan menggunakan FPK itu sendiri.

Page 8: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Implikasi FPK yang terakhir adalah implikasi kepada institusi pendidikan.Institusi pendidikan

juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Ke-

bangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan bagi memastikan FPK berjalan dengan lan-

car dan segala matlamatnya mampu untuk dikecapi. Kemudahan-kemudahan di sekolah di-

ubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari

segi intelek,rohani,emosi dan jasmani ke tahap maksimum. Hal ini adalah untuk melahirkan

individu yang sempurna dan seimbang dari segala aspek iaitu dari aspek keduniaan ke aspek

keagamaan. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri

pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan

walaupun berdepan dengan kaum yang berbeza.Hal ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian

kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu

dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Budaya membaca juga diterapkan

kepada pelajar seperti program NILAM untuk memastikan rakyat Malaysia minat untuk

membaca dari sekolah lagi. Hal ini kerana, membaca adalah penting untuk mengetahui hal-

hal semasa sama ada dalam dan luar negara.

Kesimpulannya, FPK telah digubal untuk menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia.

Tanpa FPK, sistem pendidikan di Malaysia masih di takuk yang lama. FPK juga telah men-

gubah segala-galanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, arah tuju

pendidikan di negara Malaysia dapat dilihat dalam bentuk bertulis dan dijadikan rujukan oleh

para guru dan warga pendidik disamping penggubal kurikulum di Malaysia. Implikasi yang

berlaku pada masa sekarang masih berada pada skala yang kecil dan saya berharap agar pada

masa akan datang perubahan drastik yang berlaku di dalam sistem pendidikan di Malaysia

kerana semua orang berpandukan FPK yang telah digubal.

3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan

1) DASAR PENDIDIKAN – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu.

3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

3.1 Dasar Pendidikan: Sistem pendidikan yang berbeza.

Page 9: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

-Punca masalah perpaduan-

1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pen-

didikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka,

Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan

oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.

2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.

Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada se-

bagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya

dan buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang

tersendiri.

4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.

5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan

British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pela-

jaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan per-

paduan kaum berlaku.

Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum su-

paya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran

berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak

Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu

dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka

ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka

memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan

menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.

3.2 Dasar Pendidikan: Penentu Perpaduan Kaum.

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di ne-

gara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehing-

Page 10: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

galah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah kami sediakan

kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:

1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada

1950 sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu

boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan

kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan ter-

pengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan

bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta ba-

hasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Cadangan

ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan

mereka.

2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda

mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina

dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.

3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua la-

poran di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan

masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan dan ancaman komunis.

4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah mem-

perkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama dan

penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan se-

mangat perpaduan kaum.

5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabi-

net telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya den-

gan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Seko-

lah Menengah (KBSM).

6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pen-

didikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar

ini penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.

Page 11: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam mem-

bentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini dan kajian sejarah yang diper-

oleh, ‘DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM’.

BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang Dunia Kedua

ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni

masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup

bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai

sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah

menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor

unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara

bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang meng-

gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum

menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu seba-

gai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar

pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di se-

mua peringkat sekolah.

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah

melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefa-

haman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa

curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara

ini.

3) Kurikulum yang sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu penge-

tahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang

telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kuriku-

Page 12: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

lum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi

jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan

untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan

yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk

keperluan negara (modal insan).

4) Sukatan pelajaran yang seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah

dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan

negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui

pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat

menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di

Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

5) Peperiksaan yang seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah

diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan

adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah ter-

ganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatu-

padukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasil-

nya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Be-

lajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup

kita.

AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu.

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan kepada per-

paduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di

sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.

Page 13: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu

kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia.

Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Se-

bagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001

yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya

juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat

Malaysia.

SUKAN ALAT PERPADUAN

Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan

Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah dan Temasya Sukan Malaysia

(SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara

negeri.

Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik London yang berlangsung telah menyemarakkan

semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan dan

dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.

Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke peringkat akhir dan menjadi harapan rakyat untuk

mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.

TARGET NEGARA MAJU 2020

Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mo-

hamad pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika

zaman pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerinta-

hannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain.

Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat

membaca dan mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Be-

liau mempunyai pandangan yang jauh dan bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun

2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia.

Page 14: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Matlamat:

Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri se-

tanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-ne-

gara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan

bersepadu.

Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, keting-

gian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian

maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa.

Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai matlamat Wawasan 2020 ini dalam menjadikan

Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.

Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9

cabaran yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.

Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita mem-

buat ‘checklist’ bagi cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020.

1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.

3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

7. Masyarakat yang berbudaya penyayang.

8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

9. Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya dan dingatkan bahawa

‘PERPADUAN TERAS KEJAYAAN’ negara.

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA

DUNIA

Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti

Cambridge atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum.

Page 15: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai satu-satunya contoh bagi mengkaji

tentang hubungan baik di antara pelbagai kaum dan yang menganut agama yang berbeza.

``Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia dan boleh dipelajari,'' katanya

kepada pemberita pada 15 Disember 2007.

Sumber: perpaduan.blogspot.com

Penubuhan Sekolah Wawasan

Kementerian Pendidikan giat merancang dan melaksanakan program Sekolah

Wawasan. Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak

terutamanya reaksi negatif daripada pihak pembangkang.Dalam hal ini, kerajaan tidak

mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam

pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan

golongan muda negara pada masa depan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu

bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.Konsep ini

bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam

kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan,

dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.

Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha

penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan

toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah

lagi.

Matlamat Sekolah Wawasan

Antara matlamat yang ingin dicapai dalam penubuhan sekolah wawasan adalah:

(i) Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid dari pelbagai bangsa, latar

belakang dan fahaman agama.

(ii) Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.

Page 16: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

(iii) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang

tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

(iv) Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui

perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

a)Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran

(SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar

masing-masing. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk

lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi

Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada

akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan,

Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain)

bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.Pelaksanaan

Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah berkenaan.Warga Sekolah

Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti

kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.

Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru

dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan,

keceriaan dan keselamatan sekolah.Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang

daripada Guru Besar dari Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut

kesesuaian sama ada satu atau dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan

menggantikan fungsi Lembaga Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).

Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan.

Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan

kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid.Makanan yang disediakan adalah

makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.

b)Kurikulum dan Bahasa Pengantar

Page 17: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di

Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina

dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.

Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi

jenis aliran sekolah.Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut

jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang

telah ditetapkan.

c)Kokurikulum

Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah

Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.Bahasa

pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh

sekolah masing-masing.

Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti

kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah

masing-masing.Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu

pasukan sekolah wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan

pasukan yang mempunyai ramai penyertaan.

Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah

digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin

secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara

tersebut secara berasingan.

Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan

bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa

Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu

diperjelaskan.Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan

perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Kesimpulan

Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang

bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang

tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan Negara.Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan

Page 18: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya

pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan

sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling

memahami antara satu sama lain. 

Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada

awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke

semua sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2005.KPM memandang

berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai

kaum  d i   s eko l ah   supaya  wu jud  ke se f ahaman  dan  pe rpaduan   an t a r a

mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul

suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu

kaum dengan kaum yang lain.KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai

kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat

dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat.Usaha ini

dijana semula kearah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup

bersatu padu dan harmoni.

Konsep

RIMUP ini menekankan kepada penglibatan dan kerjasama murid-murid dari ketiga-tiga

jenis sekolah yang jenis sekolah yang berkenaan di bawah:

a) Penggabungan kegiatan-kegiatan khas,

b) Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah;

c) Perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang sedia ada

Matlamat

Page 19: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu

pengetahuan,memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu

menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.

RIMUP meliputi aktiviti-aktiviti bercorak integrasi kaum melibatkan tiga sekolah

berlainan aliran terutamanya daripada kawasan yang berhampiran.Projek-projek yang dilak-

sanakan itu akan melibatkan penggabungan kegiatan-kegiatan khas, penggunaan bersama ke-

mudahan dan peralatan sekolah serta perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman

dan kepakaran yang ada.

Matlamat akhirnya ialah perpaduan kaum antara pelajar daripada ketiga-tiga aliran

persekolahan.Konsep kesefahaman, kerja sama, tolong menolong, muhibah dan toleransi an-

tara pelajar daripada ketiga-tiga jenis aliran persekolahan ini juga adalah unsur-unsur yang

akan disemai menerusi program RIMUP.

Contoh Aktiviti Program RIMUP

Antara kegiatan-kegiatan khas yang dicadangkan untuk dilakukan secara bersama

ialah seperti merentas desa, lumba jalan kaki, bola sepak, bola keranjang, bola baling,

sukaneka dan juga kegiatan-kegiatan bercorak khidmat masyarakat seperti gotong royong

membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah.

1. Para guru dan murid serta warga sekolah dalam program RIMUP ,organisasi PIBG

menubuhkan biro RIMUP supaya penglibatan PIBG dapat ditingkatkan lagi bagi menyokong

aktiviti yang dilaksanakan.

2. Pihak sekolah mengadakan pelbagai promosi program RIMUP dan kempen

kesedaran supaya masyrarakat setempat mengunakan lokasi umum bagi tujuan memudahkan

pihak masyrakat setempat turut serta .

3. Sekolah-sekolah swasta harus melibatkan diri dalam semua aktiviti RIMUP dan KPM

perlu memberi penekanan kepada sekolah-sekolah ini dalam usaha mewujudkan integrasi

nasional dalam kalangan pelbagai kaum di semua jenis sekolah.

Page 20: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

4. Pihak sekolah perlu meminjam peralatan ,tenaga dan kepakaran ,kemudahan bagi

memastikan semua aktiviti RIMUP boleh mencapai matlamatnya.Senarai kemudahan perala-

tan perlu disediakan dan dikongsi dengan sekolah yang terlibat .Pengunaan peralatan secara

kolektif akan menjalin kejayaan aktiviti.

5. Pengunaan ICT dengan optimum dalam usaha melibatkan murid dari pelbagai kaum

untuk berinteraksi melalui laman web ,laman web sekolah sosial dan khidmat ( SMS) serta

pengunaan e-mail. Di samping itu,integrasi juga dapat dipupuk melalui pertandingan

rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum

6. Aktiviti-aktiviti kenegaraan iaitu Jalur Gemilang pada tali leher,tanda nama pada

murid dengan aktiviti-aktiviti menfokuskan tokoh-tokoh Negara serta pengetahuan tempat-

tempat bersejarah terutamanya hari kemerdekaan dalam program RIMUP.

7. Aspek kenegaraan dengan menitikberatkan prinsip Rukunegara di perbanyakkan

dalam bentuk buku-buku dan maklumat dalam pusat sumber sekolah dengan kerjasama KPM

dalam pembinaan laman web yang berkaitan dengan program RIMUP di pertingkatkan dari

masa ke masa.

8. Perlaksanaan program RIMUP dari segi akademik dengan aktiviti-aktiviti akademik

seperti khidmat runding,bimbingan kaunseling,program motivasi dancara-cara menjawab

soalan dapat mengeratkan perpaduan nasional.

9. Program-program berunsurkan pelbagai kebudayaan seperti pertandingan

congkak,mereka cipta tanglung, pertandingan slogan kenegaraan yang terbaik dengan

penglibatan terutamanya ibubapa dapat mengeratkan perpaduan pebagai kaum di Negara ini

dengan kerjasama PIBG.Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam usaha melibatkan

ahli masyrakat dalam aktiviti kokurikulum pelbagai kaum.

Page 21: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Kesimpulan

Teori hujah-hujah di atas dapat membantu perpaduan Negara berasaskan RIMUP,

perlaksanaan program-program memerlukan biro jawatan kuasa di peringkat dan peringkat

sekolah di mana semua jabatan yang terlibat perlu merancang bermula dari idea-idea yang

dipraktiskan dengan mengambil kira bajet dari KPM,tempoh perlaksanaan ,ahli-ahli jawatan

kuasa yang terlibat,pernilaian makro dan mikro ,perlaksanaan program adakah memenuhi

objektif KPM dan sebagainya .

Sebagai rumusan,penglibatan semua pihak iaitu peruntukan bajet dari KPM dengan

program-program RIMUP peringkat nasional dan negeri, guru dan murid sekolah,serta

sokongan terutamanya ibubapa murid adalah amat penting untuk mencapai perpaduan

Negara.

Perpad uan melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah

Perpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat dicapai

melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan,

Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasrat kerajaan melalui dasar, pelan

dan program yang sistematik ini perlu difahami oleh pelajar yang akan menjadi tonggak

negara kelak. Perpaduan kaum akan dapat diwujudkan melalui aktiviti di sekolah. Sekarang

marilah kita lihat antara kegiatan atau aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah demi

menyemaikan nilai perpaduan di dalam jiwa para pelajar.

14.1 Melalui kegiatan-kegiatan kurikulum

Dalam hubungan ini, kita sebagai seorang guru memainkan peranan yang sangat

penting. Kita mesti menunjukkan contoh yang baik dalam usaha menyedarkan para pelajar

betapa pentingnya perpaduan kaum dan pertentangan antara kaum tidak menguntungkan

sesiapa. Para pelajar harus sedar, ” Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh”. Hakikat ini perlu

disedari dan dihayati bersama. Di dalam kelas, semua kegiatan kurikulum hendaklah

melibatkan semua pelajar tanpa mengira kaum. Para pelajar harus diberi galakan untuk

berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan,

Page 22: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

perbahasan, forum dan kegiatan akademik yang lain perlu disertai oleh semua pelajar untuk

mencapai tujuan di atas.

Kita tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi dan memperlihatkan sikap

perkauman. Ianya adalah tanggungjawab kita untuk membimbing para pelajar agar bermesra

dan berinteraksi secara positif. Kerjasama dan komitmen kita dan sekolah merupakan faktor

utama yang dapat membendung masalah perkauman antara pelajar.

14.2Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum

Di samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainan bangsa

boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi bidang sukan dan

permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unit beruniform.Aktiviti yang melibatkan

tradisi-tradisi warga Malaysia harus diserap ke dalam aktivit kokurikulum.

Contohnya,semasa perkhemahan badan beruniform kita boleh memasukkan program tarian

melayu atau tarian singa semasa sesi suai kenal (ice-breaking), program memasak roti canai

semasa latihan memasak di dalam hutan dan lain-lain aktiviti yang memberi peluang untuk

para pelajar menghayati aktiviti-aktiviti tradisi kaum yang berlainan.

a.Aktiviti permainan dan sukan

Selain daripada menyihatkan tubuh badan,sukan juga dapat meneguhkan lagi pembentukan

sikap kenegaraan dan moral,misalnya melalui permainan bola sepak dan bola tampar,pelajar

berpeluang:

(i) Berinteraksi dengan pelbagai kaum.

(ii) Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan.

(iii) Bekerjasama dalam pasukan.

(iv) Mengamalkan sikap tolenrasi terhadap rakan.

b.Aktiviti kelab dan persatuan.

(i)Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

Page 23: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

(ii) Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan.

(iii) Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan

persatuan mereka.

c.Aktiviti Unit Beruniform

(i) Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat, berkhemah, gotong-royong, latihan

kecemasan dan lain-lain.

(ii) Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan semangat kemasyarakatan.

(iii) Melatih pelajar menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.

Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab dan

pasukan beruniform akan mengajar para pelajar berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan menghargai pendapat

atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum ,kita dapat menghapuskan benteng

yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum.

14.3 Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah

Selain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkan

keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar, mereka boleh

didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, pelajar

perlu diberi kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di sekolah. Mereka boleh

diberi peluang untuk merancang program sambutan Hari Kanak-kanak, temasya sukan

tahunan dan pesta Hari Kantin dan lain-lain lagi. Penglibatan pelajar ini semestinya akan

mendorong mereka untuk berinteraksi dan bergaul. Mereka dapat bertukar-tukar idea dan

saling memahami seterusnya merapatkan hubungan sesama pelajar.

Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil belajar,

perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah tentu menggalakkan mereka

untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para pelajar juga boleh digalakkan

mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa,

pelajar-pelajar Islam patut mengadakan jamuan Aidilfitri di dalam kelas, begitu juga dengan

perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Dengan

merayakan perayaan kaum-kaum lain, impak yang kukuh boleh disemaikan dalam hubungan

Page 24: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

persahabatan antara kaum. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini, dapat menjalinkan

hubungan mesra antara pelajar berlainan kaum tanpa perasaan curiga dan prasangka.

14.4 Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amal

Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi.

Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapat mewujudkan

semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan dan memupuk semangat muhibah

antara pelajar. Melalui kerja-kerja amal pula seperti mengadakan pungutan derma bagi

mereka yang memerlukan bantuan dan pungutan makanan-makanan semasa atau sebelum

perayaan untuk rumah-rumah yatim atau rumah-rumah warga tua adalah satu usaha murni.

Hal ini sangat sesuai untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang berguna

kepada pelajar dalam perkara-perkara kemasyarakatan dan seterusnya mengharumkan nama

sekolah. 

14.5 Melalui Pendidikan Sejarah

Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolah menengah.

Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan kita sebagai warga pendidik, perlu

menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuan penyatuan

perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan. Pelajar perlu peka bahawa asas-asas

pembinaan negara bangsa ini merujuk kepada pendidikan Sejarah. Sejarah awal ketamadunan

bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa

perlu dimantapkan dalam kurikulum sekolah. (Ahamad Fawzi,2007)Pendidikan Sejarah

berperanan sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan bangsa Malaysia. Mata pelajaran sekolah

mempunyai kaitan erat dengan proses perpaduan kaum dan membina masyarakat yang

bersatu padu di negara ini. Kita perlu jelas bahawa mata pelajaran Sejarah amat penting untuk

mendidik pelajar mengenal erti nilai patriotisme, nasionalisme da identity bangsa.

Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supaya celik

sejarah seperti menghargai semangat juang generasi terdahulu mempertahankan hak dan rasa

cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsa dan negara. Contohnya pelajar digalakkan

Page 25: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

menyambut Hari Kemerdekaan melalui kempen mengibarkan jalur gemilang. Hal ini, dapat

melibatkan penyertaan semua pelajar untuk menyertai perarakan sekaligus memupuk nilai

perpaduan.

14.6Melalui Pendidikan Sivik

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan

peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan murid

yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Selaras

dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan

pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan

tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM.(Panel

Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum,2004)Melalui pendidikan sivik, pelajar dididik

supaya menghormati hak orang lain, membentuk peribadi mulia dan menjadi model kepada

rakan-rakan, mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaran

Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangat kekitaan dan

sikap bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakat dan negara. Contohnya

mereka tidak akan membuang sampah merata-rata tempat demi menjaga keselesaan orang

lain dan alam sekitar. Hal ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesama insan dan

secara tidak langsung hubungan dapat dipereratkan.

Pendidikan sivik dan kewarganegaraan dapat mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang

boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Anak muda dapat

memahami pelbagai agama,tradisi, dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan

masyarakat yang bersatu padu.Di samping itu, melalui pendidikan ini dapat menjelaskan

usaha

kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progesif, dinamik dan patriotik. Pembelajaran

mata

pelajaran ini dapat menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap

pembangunan negara. Mudah-mudahan anak murid dapat mengetahui cara-cara menangani

cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Page 26: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Pendidikan sivik dan kewarganegaraan ini mempunyai objektif bernilai antaranya

mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri,masyarakat dan negara. Seseorang dapat

menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.Seterusnya

berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat.Dengan ini

masyarakat Malaysia dapat menghargai alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.

Pendidikan ini menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara

yang

bertanggungjawab ,cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Seterusnya ,

pendidikan juga menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan

kehormanian negara dan sejagat.

Keseluruhannya, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi kesedaran kepada

murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk

melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh

menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

14.7 Melalui program Bahasa

Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan

antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah.

Contohnya dengan mmenganjurkan Minggu Bahasa, pelajar digalakkan menyertai

pertandingan deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato serta pertandingan

menulis cerpen. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

15.0Kesimpulan

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan

pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam

konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada

abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk

memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan

perubahan sosialisasi masyarakat hari ini..

Page 27: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Sebagaimana yang kita boleh lihat perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata

mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas

merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang

sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor

pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih

baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat.

Dengan adanya aspek-aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan , hasrat Falsafah

Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan potensi individu yang harmonis dan

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,perpaduan rakyat dijangka boleh

dicapai bila-bila masa .

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu

berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan

baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi

tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat

merealisasikan Wawasan 2020.

Kita sebagai warga pendidik perlu menyedari betapa pentingnya tujuan untuk

memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi

negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat

menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta

menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

Secara tuntasnya, komitmen daripada semua pihak dalam dunia pendidikan khususnya

para pendidik amatlah diperlukan dalam mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan

sekolah sekaligus memenuhi wawasan negara.

Sebagai orang yang paling hadapan dalam dunia pendidikan, para pendidik

merupakan ‘role model’ bukan sahaja kepada anak-anak didik tetapi juga kepada keseluruhan

anggota masyarakat. Peranan guru amat berat dan mencabar dalam mencanai dan membentuk

anak bangsa agar aspirasi negara menjadi kenyataan. Dalam hal ini, semua pendidik harus

meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada

kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan

dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini

adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di

Page 28: KPF 3012 - Group Assignments Soalan 4 Sem 2-Kump D1

Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu

menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini yang bakal mengganti pemimpin dan

pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang

berlainan,menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru

dan kakitangansokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan

medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peripentingnya perpaduan

ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang

dan seterusnya memperkasakan sekolah.

Keadaan ini dapat meletakkan Malaysia bukan sahaja setanding dengan negara-

negara maju yang mampu mengangkat sisitem pendidikan negara ke tahap tertinggi dan

bertaraf dunia tetapi juga sebagai negara yang mempunyai perpaduan yang amat didahagai

oleh negara lain.Pada masa itu,kita boleh memberitahu orang lain bahawa kita adalah warga

Malaysia dengan bangganya.

RUJUKAN

1. Ahmad Fawzi Bin Mohn.Basri Buku Teks(2007) Dewan Bahasa Dan Pustaka

2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7957-rukun-negara.html

3. http://www.moe.gov.my/?id=77&lang=my

4.Kamus Dewan edisi empat.Dewan Bahasa Dan Pusaka

5.KBSM.Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum.(2004).Kementerian Pelajaran

Malaysia. ‘K’ Publishing Sdn Bhd.

7.Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.,edisi ketujuh

8. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP, Kementerian

Pelajaran Malaysia.