20120302140301 kpf 4013 kuliah 9

23
PROFESION Perguruan Kod Etika Perguruan Standard Guru Malaysia

Upload: norhidayah-othman

Post on 08-Jul-2015

1.105 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

PROFESION

Perguruan

• Kod Etika Perguruan

• Standard Guru Malaysia

Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimumdaripada pembangunan nasional, Misi Nasional telahmenggariskan lima teras utama:

• meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

• meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negaraserta memupuk minda kelas pertama,

• menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,

• meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup,

• mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Apakah Kod Etika Profesion Keguruan

• Garis Panduan

– bagaimana untuk bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan.

– terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada bolehdilakukan atau tidak boleh dilakukan oleh guru-guru. Terdapatjuga perkara yang samar-samar atau kabur untuk tindakandilakukan.

• Peranan dan Tanggungjawab

– menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawabguru terhadap stakeholders dalam bidang pendidikan. Denganini, guru lebih tahu dan sedar tentang peranan dantanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

Tanggungjawab Kepada Pelajar

• Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar.

• Bersikap adil terhadap pelajar.

• Merahsiakan maklumat ikhtisas dan sulit pelajar.

• Membimbing atau mengajar pelajar dalam darjah sendiri tanpa bayaran.

• Menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang baik.

• Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas.

Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa

• Menghormati tanggungjawab ibu bapa.

• Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat.

• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu

bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak

sebagai sulit.

• Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan

anak-anak mereka.

• Elakkan diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan

sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

• Elakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa.

Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

Elakkan diri daripada menyebarkan ajaran yang

merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara

atau bertentangan Rukun Negara.

Memupuk dalam diri pelajar sikap dan nilai baik.

Menghormati masyarakat.

Menjalin kerjasama dengan masyarakat.

Memberi sumbangan kepada masyarakat.

Bertingkah laku sopan.

Tanggungjawab Kepada Rakan Sejawat dan ProfesionPerguruan

Elakkan daripada mencemarkan nama baik guru lain.

Elakkan diri daripada kegiatan yang menjejaskan

kecekapan.

Menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan

bersungguh-sungguh.

Sedia membantu rakan sejawatan.

Tidak menjejaskan nama baik profesion perguruan.

Menjadi ahli Pertubuhan Pendidikan.

Etika Kerja KPM

• 6 prinsip

– Niat yang betul

– Perlakuan yang baik

– Berdisiplin dan beradab

– Penggerak ke arah kebaikan

– Memperkota apa yang dikatakan

– Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

1. Niat yang betul

• Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimanayang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru untuk menjalankan tugasadalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitumelahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani.

2. Perlakuan yang baik

• Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurnauntuk mencapai hasil yang berkualiti di samping membaiki imejkualiti. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang masa mestilahdijaga dengan baik.

3. Berdisiplin dan beradab

• Seorang guru mestilah menjaga adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid sebagaimana yang dtuntutoleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahanperkhidmatan, prosedur dan kaedah yang telah ada. Contohnyamematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Akujanji, Pekeliling Ikhtisas, Sukatan Pelajaran.

4. Penggerak ke arah kebaikan

• Seorang guru mestilah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat mendorongseseorang melakukan kebaikan. Seterusnya penambahbaikan iniberlaku secara berterusan.

5. Memperkota apa yang dikatakan

• Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslahlogik dan selari dengan apa yang dikatakan olehnya.

6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

• Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apayang pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah lakukan untukmemperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baikdengan memberikan prestasi perkhidmatan yang cemerlangkepada organisasi dan anak-anak didik.

Standard Guru Malaysia

• SGM merupakan piawaian yang menggariskan kompetensiprofesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruanbagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

• Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tigaaspek utama ditekankan iaitu:

– amalan nilai profesionalisme keguruan,

– pengetahuan dan kefahaman,

– kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Komponen SGM

S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalismekeguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada padaseseorang guru.

• Domain Diri

– Merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patutdikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebihberkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamatsistem pendidikan negara.

– Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaankepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budibahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahanlasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal danintrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

• Domain Profesion

– Merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secaratelus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorangguru profesional.

– Nilai-nilai yang ditekankan adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerjasepasukan, proaktif, kreatif & inovatif.

• Domain Sosial

– Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.

– Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalahkeharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

S2: Pengetahuan dan Kefahaman

• Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan

dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu

pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada

seseorang guru.

• Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat

meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas

dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan

inovatif.

S3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

• Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran

pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh

seseorang guru.

• Memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan,

pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran

akademik dan kokurikulum.

K1: Kelayakan Masuk & Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan

• Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedurpengambilan calon program latihan perguruan.

• Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikutiprogram latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patutmematuhi syarat dan prosedur berikut:

– Mengiklankan permohonan

– Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untukmenduduki ujian kelayakan

– Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga

– Melaksanakan sesi temu duga calon guru

– Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya

– Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran

– Menandatangani perjanjian latihan perguruan

K2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

• Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, danpentaksiran dan penilaian.

• Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihanperguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakanperkara berikut:

– Kurikulum latihan

– Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi

– Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan danpengalaman di sekolah

– Sumber pengajaran dan pembelajaran

– Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan danpenilaian yang sedang berkuatkuasa

K3: Kolaborasi

• Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusilatihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggitempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusiyang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

• Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusilatihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagaipihak seperti yang berikut:

– Sekolah

– Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara

– Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukandan permainan

K4: Infrastruktur dan Infostruktur

• Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dankeberkesanan program latihan.

• Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihanperguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap danterkini seperti yang berikut:

– Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagimemenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan danpentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasistandard dan kos yang sedang berkuatkuasa.

– Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untukmenyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusandan pentadbiran.

K5: Jaminan Kualiti

• Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaandasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawakualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

• Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagimenjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikutbagi menjamin kualiti latihan perguruan:

– Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard

– Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan

– Penandaarasan latihan perguruan

– Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Rumusan

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan FalsafahPendidikan Guru (FPG) adalah saling berkaitan.

• Misi Nasional. FPK, FPG, Tatasusila Profesion dan Etika Kerja KPM menjadi teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM).