tugasan kpf 3012 falsafah dan dasar

Upload: farul-fara

Post on 18-Jul-2015

2.420 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

PEMARKAHAN 1. REFLEKSI 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASARTAJUK

PORTFOLIOPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN EL- A 28 DISEDIAKAN OLEH NAMA NOR FARADZILA BT ABDULLAH NO. ID D20102044462 NO. TELEFON 019-3553342

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD ARIFIN B. GHAZALI

TARIKH SERAH: 4.DISEMBER.2011

ISI KANDUNGAN1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan Reka bentuk kurikulum di Malaysia Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia Akta Pendidikan 1996

2.0

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

2.2

3.0

FORUM E-LEARNING 3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolahsekolah? Berikan hujah anda. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.

3.2 3.3 3.4 3.5

UNIT 1.1

TAJUK Perkembangan Pendidikan di Malaysia ke Arah Pembangunan Insan dan Negara.

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit 1 membincang tentang perkembangan pendidikan di Malaysia yang dapat dibahagikan kepada 5 era utama iaitu; Pendidikan sebelum penjajahan Inggeris Pendidikan semasa penjajahan Inggeris Pendidikan era sebelum kemerdekaan Pendidikan era selepas kemerdekaan Pendidikan era millineum

Sebelum penjajahan Inggeris pendidikan di tanah air bercorak warisan turun temurun daripada satu generasi ke generasi lain. Pendidikan berasaskan kemahiran yang diajar mengikut jantina. Lelaki akan dilatih untuk aktiviti pertanian dan pertukangan. Bagi perempuan pula, mereka akan dididik dengan pengurusan rumah dan kemahiran asas menjadi ibu. Pendidikan berunsurkan agama diadakan pada sesi petang atau malam bersama Pak Imam, di surau atau masjis serta sekolah-sekolah pondok. Bagi golongan bangsawan, pendidikan lebih formal oleh guru-guru khas berlaku di istana.

Semasa penjajahan British, sekolah vernakular diperkenalkan yang dipengaruhi oleh dasar pecah perintah. Sekolah berasaskan etnik Melayu, Cina dan India yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum masing-masing. Semasa Jepun menjajah, sekolah Nihongo dibuka yang menekankan kebudayaan mereka. Nilai taat setia kepada Jepun turut ditekankan. Sebelum merdeka, pemimpin tempatan berhasrat membina sistem pendidikan tersendiri. Laporan Penyata Razak 1956 menjadi asas Ordinan Pelajaran, namun gagal dilaksanakan.

Selepas merdeka, Jawatankuasa Rahman Talib telah mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 digubal. Agenda utama adalah memupuk perpaduan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Akta Pendidikan 1996 telah diwartakan Jawatankuasa Kabinet membuat pindaan supaya lebih bermakna dan menegaskan

pendidikan asas 3M. Implikasi daripada Laporan Kabinet, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan. Era millennium menyaksikan pendidikan yang bersifat glokal iaitu bersifat global namun masih mengikut acuan tersendiri. Dalam RMKe-8, penekanan ICT menjadi tunjang. RMKe-9, pendidikan bertujuan melahirkan modal insan kelas pertama dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan diperkenalkan. Dalam RMKe-10 adalah kesinambungan daripada sebelumnya bertemakan Membangunkan dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia.

Unit 1 turut membincangkan tentang fungsi pendidikan ke arah pembangunan insan dan negara. Perkembangan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pembentukan sahsiah dan perkembangan intelek menjadi tunjang utama. Pendidikan juga mampu memupuk taat setia kepada negara, membina perpaduan dan merapatkan jurang geografi untuk melahirkan teknokrat professional dan semi professional bagi pembangunan negara. Golongan ini adalah tenaga kerja untuk menjadikan Sains Teknologi setaraf dengan negara lain.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Glokal

PENJELASAN bercirikan global dan apada masa yang sama tanpa meninggalkan asal yang bersifat local.

2. Sekolah vernakular

Sekolah berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar , kurikulum, buku dan guru masing-masing.

3. Pembangunan Modal insan

Pembangunan nilai manusia dari segi intelek dan nilai spiritual dan keperibadian yang mantap.

4. Dimensi intrinsik individu

Nilai akhlak, budi pekerti, keperibadian mulia serta keimanan seseorang

5. Negara Bangsa

Warganegara yang mempunyai ciri patriotik, cinta negara dan berdaya saing dengan meneruskan warisan dan kesenian negara serta taat setia kepada raja dan negara yang mendalam

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Dalam unit ini memperlihatkan perkembangan pendidikan negara kita yang menunjukkan perubahan yang begitu besar sekali. Justeru itu, sebagai seorang guru saya mesti mempersiapkan diri saya untuk menghadapi pelbagai lagi transformasi yang mencabar keupayaan, kemampuan dan kredibiliti sebagai guru. Selain daripada menghadapi generasi baru di era millineum yang mempunyai ragam yang tersendiri, saya juga perlu sentiasa mendokong hasrat dan perancangan kerajaan yang sentiasa membangun pendidikan di Malaysia.

Meniti kepada sejarah pendidikan Negara, saya harus sedar bahawa pendidikan telah membawa perubahan dan implikasi yang positif serta menyediakan keperluan modal insan yang hebat untuk pembangunan negara. Setiap dasar yang dilaksanakan perlu saya fahami dengan jelas. Tanggungjawab yang dipikul harus lebih konsisten dan sentiasa dipertingkatkan dari segi kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan kecemerlangan pendidikan Negara dapat direalisasikan di mata dunia.

UNIT 1.2

TAJUK Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan Penghayatan

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dirangka berdasarkan ideology dan falsafah yang terkandung dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negra serta ideologi budaya masyarakat Malaysia. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan. Falsafah ini dapat dirungkaikan kepada beberapa elemen yang utama. FPK menekan tentang elemen usaha yang berterusan dalam rangkai kata yang pertama. Ini membuktikan penyesuaian pelbagai perubahan mengikut perkembangan semasa perlu diadaptasikan. Mengembangkan potensi individu pula menjelaskan bahawa sudah menjadi fitrah, setiap manusia dikurniakan dengan kebolehan dan potensi semula jadi. Potensi ini perlulah dikembangkan dan dipertingkatkan supaya ia mendatangkan manfaat terhadap individu tersebut dan Negara. Potensi dan kebolehan juga perlulah meliputi aspek menyeluruh dan bersepadu, dimana ia dipupuk meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi. Justeru, aspek kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan diberi perhatian agar setiap individu mempunyai jati diri yang kuat serta memiliki kekuatan spiritual yang tinggi untuk menhadapi cabaran-cabaran kehidupan. Segala usaha dan matlamat dalam FPK adalah untuk mencapai aspek wargenegara Malaysia yang berpengetahuan dan berketrampilan. Setiap rakyat Malaysia akan mengamalkan budaya ilmu sepanjang hayat. Warga yang berpengetahuan dan berkemahiran merupakan aset penting Negara untuk mencapai kemajuan.

FPK turun menjelaskan secara langsung bahawa melalui pendidikan setiap individu berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menunjukkan bahawa untuk mencapai sebuah negara yang harmoni, setiap rakyat perlulah menggembling tenaga dan memberi sumbangan mengikut potensi dan perkembangan diri. Semua ini hanya dapat dibangunkan dengan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Falsafah

PENJELASAN Mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat

2. Intelek

Kemahiran berfikir cara kritikal, analytikal, kreatif dan lateral untuk menjalani hidup secara efektif.

3. Insan yang seimbang

Mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tidak berat pada mana satu atau aspek semata-mata. Meliputi kebolehan dan kemahiran mengendali dari aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi.

4. Usaha berterusan

Melibatkan tindakan yang tidak henti dan konsisten mengikut kesesuaian masa, tempat, keadaan dan sebagainya.

5. Berketrampilan

Berketrampilan adalah sifat orang yang suka mencuba dan mempunyai banyak idea untuk mempersembahkan sesuatu hasil yang menarik.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Masa depan Negara kita bergantung sepenuhnya kepada hasil daripada sistem pendidikan yang kita gunakan sekarang. Justeru, pendidikan perlulah mempunyai pegangan yang kuat supaya sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk mencapai masa depan Negara yang baik.

Guru yang merupakan tulang belakang dalam melangsungkan sistem pendidikan Negara perlulah memahami kandungan falsafah dengan mendalam secara tersirat dan tersurat. Sebagai guru, adalah menjadi satu tanggungjawab yang penting untuk meneliti setiap eleman dalam rangkai kata falsafah untuk memastikan ia direalisasikan.

Secara amnya, falsafah pendidikan menegaskan untuk melahirkan individu yang berkualiti dalam semua aspek melalui usaha yang berterusan. Oleh itu, sebagai guru, saya terlebih dahulu perlu melengkapkan diri dengan pencirian yang dikehendaki. Guru akan menjadi rol model dan ikutan kepada murid-muridnya.

Dalam kesinambungan itu juga, setiap murid yang diajar oleh guru mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza-beza. Sebagai guru, kita perlulah bijak dalam mengatur strategi bagi memastikan perkembangan potensi setiap murid dapat ditingkatkan secara optimum. Pembelajaran yang interaktif dan suasana yang kondusif memerlukan kreativiti dan pemikiran guru yang mantap.

Penerapan ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada murid bukan sahaja usaha yang berterusan oleh guru sahaja. Usaha yang berterusan ini perlulah diteruskan sepanjang hayat. Inilah yang dipanggil budaya ilmu sepanjang hayat. Guru perlu menyuntik kesedaran dalam kalangan murid bahawa menuntut ilmu dan meningkatkan kemahiran tidak terbatas semasa alam pendidikan formal semata-mata malah ia perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat.

UNIT 1.3

TAJUK Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan Amalan Dalam Profession Keguruan.

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini memperihalkan tentang cabaran cabaran dalam perguruan dan keguruan. Awang Had Salleh (1985) menjelaskan perguruan ialah proses menyediakan guru manakala keguruan ialah keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri.

Semasa di alam perguruan, antara cabaran yang perlu dihadapi ialah untuk menguasai dan menghayati himpunan ilmu yang dituntut serta jelas dengan matlamat profession pendidikan keseluruhannya. Profession keguruan pula turut mencabar kerana mempunyai anggota sekitar 405 000 orang dan terdapat pelbagai peringkat kelayakan serta skim perkhidmatan guru.

Dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG), menggariskan 9 perkara dalam membentuk pemikiran dan amalan profession keguruan. Falsafah menuntut guru untuk memiliki pekerti yang mulia, berpandangan progresif dan saintifik, dan bersedia menjunjung aspirasi dan warisan kebudayaan Negara. Guru perlu menjamin perkembangan individu dengan meletakkan murid sebagai tanggungjawab utama. Falsafah turut menekan guru turut bertanggungjawab memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Tiga dimensi utama pendidikan guru dalam Model Konsepstual Pendidikan Guru yang dirangka berdasarkan FPG adalah; Ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Dimensi ketuhanan adalah yang penting untuk menetapkan keutuhan dalam diri guru bahawa mendidik itu adalah satu ibadah. Dalam dimensi kemasyarakatn menekankan bahawa guru adalah nadi dalam menggerakkan masyakat ke arah kebaikan. Sayugia, dimensi kendiri menuntut para guru untuk membina daya kefahaman dan patriotism, budaya imu dan pembentukan sahsiah yang mulia.

Bagi memastikan kandungan FPG dapat direalisasikan, KPM telah meletakkan satu piawaian penting bagi mencirikan seorang guru yang mantap. Standard Guru Malaysia (SGM)

telah digubal yang merangkum dari proses penyediaan guru itu sendiri dan diikuti pencirian kompentensi guru dalam arena perguruan. SGM ini dapat membantu dalam mengenalpasti dan melaksanakan strategi pembangunan pendidikan guru sejajar dengan perkembangan globalisasi.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Perguruan

PENJELASAN Proses menyediakan guru iaitu mendidik dan

melengkapkan seorang individu dengan ilmu serta kemahiran untuk menjadi seorang guru. 2. Keguruan Keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri yang menuntut kepada pelaksanaan tanggungjawab

terhadap murid, masyarakat, organisasi dan Negara. 3. Agen sosialisasi Pihak yang bertindak sebagai penghubung sosial antata individu dengan individu atau kelompok masyarakat. 4. Falsafah Malaysia Pendidikan Guru Merupakan satu rujukan, panduan, amalan dan wawasan bagi semua institusi yang melahirkan guruguru di Malaysia. Ia digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru pada tahun 1982. 5. Standard Guru Malaysia Piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompentesi yang ditetapkan.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan satu rangkaian kata yang penuh dengan makna dan tersurat dan tersirat. Justeru, untuk menjadi seorang guru yang sebenar, saya perlulah

terlebih dahulu memahami setiap kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam falsafah tersebut.

FPG memberi penekanan pertama dalam pemilikan pekerti yang mulia pada seorang guru. Oleh itu, sebagai guru memiliki semua nilai murni serta mengamalkannnya semasa menjalankan tugas secara formal dan tidak formal perlu menjadi perhatian utama. Pekerti yang mulia dapat menjamin guru menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan komitmen yang tinggi dan penuh dedikasi.

Sebagai guru juga, setiap hasrat yang ingin dicapai oleh Negara perlulah dipikul bersama. Pendidikan merupakan satu medium yang luas dan besar yang membuka ruang untuk Negara kita mencapai sesuatu kejayaan. Contohnya, dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu, nilai tersebut perlu diterap dan dibentuk sejak alam persekolahan lagi. Guru bertindak sebagai agen perubahan yang memangkin sesuatu transformasi Negara.

Dalam kesinambungan itu juga, KPM telah menggariskan panduan yang begitu terperinci tentang kriteria yang perlu ada bagi seorang guru. Kriteria tersebut digariskan dalam piawaian yang panggil Standard Guru Malaysia (SGM). Justeru, piawaian ini membantu saya untuk terus memperbaiki dan meningkatkan mutu kendiri dalam mencapai piawaian yang ditetapkan.

SGM juga memberi tunjuk ajar secara tindak langsung tentang amalan professionalisme keguruan. Panduan ini akan sentiasa memastikan para guru dan saya sendiri supaya sentiasa berada dalam landasan yang betul dalam mencapai matlamat pendidikan Negara serta merealisasikan misi nasional.

UNIT 1.4

TAJUK Dasar-Dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Di Malaysia

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membicarakan tentang dasar-dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia. Dasar-dasar ini juga akan menunjukkan hala tuju pendidikan yang sebenar. Dasar dibentuk bertujuan untuk mengatur perjalanan sesuatu sistem dengan lebih baik.

Dasar-dasar digubal kepada 4 tujuan utama iaitu kawalan, solusi, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi. Dasar Kawalan dalam pendidikan merupakan satu bentuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Tindakan ini merupakan satu bentuk pembentukan disiplin dalam perkhidmatan awam. Contoh dasar adalah Rang Undang-Undang Pendidikan dan Peraturan & Tatatertib Dalam Pendidikan. Dasar Dasar Solusi Pendidikan pula berkaitan dengan penyelesaian masalah. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul yang berlaku disebabkan trend atau perkembangan semasa, contohnya Dasar 1 PPSMI dan Dasar Sekolah Selamat. Dasar-Dasar Kebajikan pula berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan dan perkhidmatan dalam pendidikan seperti Yuran Pendidikan Percuma dan PTPTN. Manakala Dasar-Dasar Inovasi pula bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan. Contohnya Dasar Bahan Pengajaran: Berasaskan IT dan Multimedia.

Terdapat 2 dimensi dasar-dasar yang menjadi tunjang dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Dimensi menegak melibatkan taraf pendidikan, tahap sekolah dan peluang pendidikan. Dimensi mendatar pula merujuk kepada merapatkan jurang pendidikan, demokrasi pendidikan dam perluasan pendidikan. Faktor sosial, ideologi, ekonomi dan politik memberi pengaruh besar kepada dasar-dasar dan hala tuju pendidikan.

Pelbagai lagi dasar digubal bagi menjamin pendidikan yang berkualiti seperti Dasar Bahasa Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar Perpaduan Nasional pula menekan penerapan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dasar Teknologi pula digubal bagi membuka ruang kepada pendidikan untuk berkembang pesat sejajar dengan pembangunan Sains dan Teknologi.

Perlaksanaan dasar-dasar membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Justeru, perpaduan dan keharmonian antara kaum pula semakin sihat dengan pembentukan dasar-dasar dalam pendidikan Negara.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Dasar

PENJELASAN Asas, tunjang atau teras yang bertujuan mengukuhkan sesuatu perkara.

2. Solusi

Tindakan pencegahan

menyelesaikan

sesuatu

masalah

atau

3. Demokrasi Pendidikan

Dasar yang berkaitan dengan keadilan untuk semua pelajar memperoleh prasarana dan infrastruktur, keselesaan, keselamatan dan sumber tenaga kerja yang berkualiti.

4. Inovasi

Proses penghasilan sesuatu yang baharu. Melibatkan cetusan idea atau penghasilan produk atau

perkhidmatan. 5. Holistik ciri pandangan yang menyatakan bahwa keseluruhan sebagai suatu kesatuan lebih penting dari pada satusatu bagian dari suatu organisme.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Penggubalan perlbagai dasar dalam pendidikan Negara kita menunjukkan bahawa betapa pendidikan dipandang serius oleh kerajaan. Pendidikan merupakan satu medium untuk melaksanakan banyak agenda-agenda kerajaan dan Negara yang membawa kepada kemajuan sejagat.

Justeru, kejayaan pelaksanaan segala dasar-dasar yang digubal, dipikul oleh para guru. Sebagai guru yang bertindak sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan perlulah memberi kerjasama yang kukuh dengan pihak pimpinan Negara.

Setiap dasar yang dilaksanakan mendatangkan banyak manfaat kepada murid dan masyarakat. Sebagai contoh dasar Pemberian Buku Teks Secara Menyeluruh memberi peluang pendidikan yang selesa kepada semua golongan taraf rakyat. Jadi, dalam bilik darjah semua murid akan memiliki buku teks yang memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan pendidikan telah pun hampir lengkap kerana telah terdapat kemudahan. Guru sahajalah yang perlu bertindak untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang efektif.

Setiap penggubalan sesuatu dasar telah pun dikaji dengan teliti. Ia melibatkan kos, risiko dan sumber manusia pakar yang ramai. Sebagai guru, kita perlulah akur dengan dasar yang digubal dan menjalankannya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

UNIT 1.5

TAJUK Rancangan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit 5 membentangkan tentang kronologi pembangunan dalam pendidikan di Negara. Sistem pendidikan Negara yang bermula dengan sistem warisan, kemudian dalam era penjajahan Inggeris sistem pendidikan vernacular telah dilaksanakan. Negara telah berusaha untuk membina sistem pendidikan yang tersendiri. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan dari tahun ke tahun bagi meningkatkan mutu pendidikan. Bermula dengan Laporan Razak 1956, diikuti oleh Laporan Rahman Talib 1960 sehingga Akta Pelajara 1961 telah digubalkan.

Bermula daripada RMKe-2, sasaran utama pendidikan Negara adalah membina perpaduan kaum dan memberi peluang pendidikan sama rata.. Bertujuan melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi tenaga kerja negara, kerajaan berusaha memperkukuhkan kualiti pendidikan dalam RMKe-2 sehingga RMKe-. Nilai moral dan etika yang kukuh turut diterapkan. Pendidikan dijadikan sebagai salah satu medium untuk merapatkan jurang kemiskinan.

Sehinggalah ke RMKe-10

yang telah memperkukuhkan RMK-RMK yang

sebelumnya, pendidikan Negara kita adalah bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak dan berkembang ke peringkat tertiari. Modal insan yang ulul-albab menjadi matlamat jelas dalam sistem pendidikan negara kita.

Kini, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menggariskan 6 Teras Strategik iaitu: Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan sekolah kebangsaan Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan profession keguruan, Melonjak kecemerlangan institusi pendidikan.

Berdasarkan 6 Teras Strategik PIPP ini, sistem pendidikan Malaysia begitu prihatin dengan setiap aspek yang mempunyai peranan penting tersendiri. Justeru, pembangunan pendidikan di Malaysia menunjukkan perkembangan yang pesat dan positif sesuai dengan kemajuan dunia.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Pendidikan tertiari

PENJELASAN Sistem pendidikan diperingkat selepas persekolahan iaitu di kolej, institusi dan universiti.

2. Penyusunan semula masyarakat

Membentuk masyarakat yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan politik kerana ketidakseimbangan yang telah wujud dahulu.

3. Bahasa pengantar

Bahasa rasmi yang digunakan untuk urusan rasmi secara penulisan dan lisan.

4. Misi Nasional

Matlamat yang ingin dicapai oleh Negara merangkumi penambahbaikan inovasi dan sistem pendidikan, modal peningkatan insan yang

pembangunan

menyeluruh. 5. perpaduan Satu proses yang menyatupadukan anggota

masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Sistem pendidikan Negara kita menunjukkkan pembangunan yang begitu baik dan positif. Pada pendapat saya, penekanan aspek perpaduan menjadi nadi utama sejak awal lagi kerana perpaduan yang kukuh menjamin pembangunan yang lebih baik. Sebagai guru, adalah menjadi tonggak utama untuk menjadi pemangkin kepada perpaduan. Nilai ini perlulah diterapkan sejak kepada generasi supaya ia menjadi satu budaya hidup. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

Dalam kesinambunagan itu juga, Negara kita memerlukan tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Golongan ini perlulah dipersiapkan sejak zaman persekolahan lagi. Jadi, gurulah yang memainkan peranan penting bagi membentuk aset penting ini. Guru perlu menyediakan murid-murid yang mampu berdaya saing dan berdiri kukuh atas jati diri untuk mereka terus menuntut ilmu diperingkat pendidikan tertiari.

Pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang cekap perlulah disepadukan dengan nilai moral dan etika berdasarkan pegangan agama yang kuat agar apabila mereka menghadapi cabaran global, mereka tidak goyah dengan fatamogana dunia.

UNIT 1.6

TAJUK Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membincangkan tentang bagaimana kurikulum dapat menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah dihasratkan dalam sistem pendidikan Negara. Kurikulum merupakan satu kerangka ilmu yang dibina meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya. Dalam pendidikan Negara, pembangunan dan perkembangan kurikulum dipertanggungjawab oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar berperanan untuk melaksanakan dan menjayakan matlamat kurikulum tersebut.

Ramai tokoh-tokoh telah mendefinisikan kurikulum. Tuntasnya, kurikulum adalah kerangka yang menetapkan matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum di Malaysia terbahagi kepada Kurikulum Formal; Kurikulum Standard Prasekolah, KBSR, KBSM dan KSSR adalah yang terbaru, dan Kurikulum tidak formal meliputi Ko-Kurikulum dan Kurikulum Tersembunyi (tidak dapat dikawal, merangkumi sosial psikololgikal, sikap dan tingkahlaku).

Malaysia menggunakan Kurikulum Kebangsaan bagi memastikan matlamat FPK iaitu melahirkan insan yang harmoni dan seimbang dapat ddirealisasikan. Kurikulum ini adalah berpusat supaya dapat mematuhi keadilan, keragaman, perancangan, pengurusan, pemantauan dan peruntukan yang ditetapkan. Kerangka ini bertunjangkan semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, kebudayaan dan kepercayaan mengikut acuan Negara tersendiri.

Kini KSSR mula dilaksanakan sebagai satu transformasi baru dalam kurikulum Negara. Ia bagi memastikan sistem pelajaran mengikut piawai antarabangsa. Tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan berpusat, sistem pentaksiran yang komprehensif diharapkan dapat mengikut pengetahuan dan kemahiran murid dengan lebih tepat dengan sistem modular yang lebih terancang. Fokus terhadap membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M) ditekankan untuk melahirkan insan yang kreatiif dan kritis. Pendekatan didikhibur digunakan.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Kurikulum

PENJELASAN Kerangka ilmu yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran nilai dan budaya. Ia dibina dengan menetapkan tujuan, hala tuju, cara pelaksanaan dan sistem penilaian ditetapkan.

2. Kurikulum Tersembunyi

Sesuatu yang dipelajari secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis. Meliputi aspek

pengalaman, pengetahuan dan kemahiran tambahan yang berlaku serentak dengan kurikulum yang sedang diajar. 3. Menaakul Proses menggunakan fakta, pengetahuan, dan strategi penyelesaian masalah untuk menghasilkan kesimpulan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 4. Didik-hibur Satu pendekatan proses pengajaran yang berlaku secara formal tapi menyelitkan unsur-unsur hiburan positif yang membawa kepada suasana yang meriah semasa proses pembelajaran berlangsung. 5. Elemen Merentas Kurikulum Unsur atau komponen yang diselitkan secara langsung atau tidak langsung semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Kurikulum merupakan satu komponen yang sangat penting dalam sistem pendidikan Negara kita. Justeru, untuk melaksanakan kurikulum guru berperanan untuk menzahirkannya dalam bentuk tindakan. Sebagai guru, adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk memahami dengan mendalam dan jelas kandungan kurikulum.

Kurikulum merupakan wahana dalam menterjemahkan Falsafah Pendidikan Negara. Ini adalah kerana dalam falsafah tersebut mengkehendakkan pendidikan kita melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. Dalam kandungan Kurikulum Kebangsaan telah pun menggariskan objektif, kandungan, kaedah dan penilaian yang menjadi panduan kepada guruguru. Oleh itu, saya mestilah memahami dan bertindak dengan lebih kreatif dan kristis bagi memastikan kandungan kurikulum tersebut dalam dizahirkan dalam proses pengajaran dan memastikan proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid berhalan lancar.

Selain memastikan kurikulum formal dapat dijayakan, kurikulum tidak formal perlu juga diberi perhatian. Bagi aspek Ko-kurikulum, saya perlulah memberi komitmen yang baik bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan diluar waktu persekolahan tersebut dapat dilaksanakan. Keyakinan, daya kepimpinan, personaliti dan sahsiah murid dapat dijana. Kurikulum tersembunyi juga tidak boleh dipandang enteng. Walaupun ia tidak ditulis, namun sebagai guru saya perlulah lebih peka pembelajaran yang terhasil. Kurikulum tersembunyi ini dapat melengkapi kurikulum formal seterusnya menjadikan pendidikan yang diterima oleh murid-murid adalah berkualiti.

Kesimpulannya, kurikulum yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menuntut para guru untuk sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang unggul. Transformasi demi transformasi akan terus dilaksanakan bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia mengikuti peredaran zaman. Sebagai guru, kerjasama yang utuh dalam untuk terus mengembeleng tenaga bagi memastikan pendidikan yang berkualiti direalisasikan di Negara kita.

UNIT 1.7

TAJUK Reka Bentuk Kurikulum Di Malaysia

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membincangkan tentang reka bentuk kurikulum di Malaysia. Dalam perkembangan kurikulum guru berperanan sebagai perancang dan penyedia kurikulum kepada kumpulan sasaran mereka. Perlaksanaa kurikulum diteruskan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Pada akhirnya, guru akan membuat penilaian untuk mengukur keberkesanan kurikulum yang telah dilaksanakan.

Pola dan orientasi rekabentuk kurikulum adalah berpusatkan akademik, pelajar dan masalah. Antara model yang digunakan ialah Model Penilaian Kurikulum CIPP. Ia melibatkan 4 penilaian utama iaitu konteks, input , proses dan produk. Bermula dengan analisis masalah, bahan dan strategi seperti guru, kakitangan, kurikulum dan murid dikenalpasti. Kemudian, proses pelaksanaan iaitu pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan diakhiri dengan mengukur sejauh mana matlamat telah dicapai.

Reka bentuk kurikulum turut dipengaruhi perspektif terhadap ilmu. Perspektif objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau pemindahan pelajaran yang mengkehendakan guru-guru memilih item tertentu supaya murid dapat menguasainya. Antara teori yang tergolong dalam perspektif ini, Teori behaviurisme yang diasaskan oleh Pavlov, Thordike dan Skinner menekankan proses pelaziman dan motivasi ekstrinsik. Kaedah deduktif digunakan oleh guru iaitu didahului dengan penggunaan istilah, pembentukan konsep dan penerokaan.

Dalam perspektif kognitif pula berasaskan pembinaan ilmu oleh murid itu sendiri. Guru akan menyediakan kaedah pembelajaran dalam bentuk penerokaan diikuti pengenalan istilah dan pembentukan konsep. Teori konstrutivisme diasaskan oleh Piaget, Gardner dan Vigotsky menjadi asas perspektif kognitif kerana ia menekan kemahiran penaakulan dan pemikiran saintifik berdasarkan pengalaman dan penerokaan ilmu oleh murid itu sendiri.

Tuntasnya variasi corak kurikulum ini ditentukan oleh pelaksanaanya oleh guru itu sendiri. Guru perlu memastikan walau apapun corak pengajaran yang diaplikasikan, ia

perlulah selari dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah ditetapkan dalam Kurikulum Kebangsaan.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Perspektif objektivis

PENJELASAN Kaedah pendidikan yang berpusat kepada guru. Guru menggunakan kaedah deduktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Objektif, kaedah, aktiviti ditentukan oleh guru sendiri dan murid dimanipulasikan. 2. Perspektif konstruktivis Kaedah pendidikan yang berpusat kepada murid. Guru bertindak sebagai fasilitator yang membenarkan murid membuat penerokaan sendiri sesuatu ilmu yang ingin diterapkan. Interaksi sosial antara murid amat penting dan mewujudkan pembelajaran kooperatif dan

kolaboratif. 3. Objektif pembelajaran Matlamat dan hala tuju yang hendak dicapai diakhir proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Kaedah deduktif Kaedah pengajaran yang mencapah iaitu pengenalan istilah didahulukan diikuti pembentukan konsep dan diakhiri dengan penerokaan. 5. Kognitif Merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti

berfikir,menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Rekabentuk kurikulum di Malaysiakan berasaskan dengan pelbagai teori-teori ilmuan yang terkenal. Setiap teori perlu difahami dengan jelas supaya guru dapat mengaplikasikan untuk membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermutu.

Sebagai guru, semasa melangsungkan proses pengajaran adalah amat penting untuk memahami objektif dan isi kandungan pelajaran. Dalam kesinambungan itu juga, kumpulan sasaran iaitu murid, perlulah diketahui latar belakang kemampuan dan pengetahuan sedia ada. Justeru, kaedah atau teori pendidikan yang sesuai perlulah dipilih bagi memastikan murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada tahap yang optimum. Sumber dan kemudahan yang sedia ada perlulah digunakan secara maksimum.

Pembelajaran secara kontrutivis memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan belajar dengan lebih berdikari. Justeru, sebagai guru, saya perlulah menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa kepada murid. Pelbagai alat dan bahan yang boleh digunakan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang konstruktif. Malah, muridmurid juga boleh memberi kerjasama dengan menyumbang bahan yang dibawa daripada rumah untuk tujuan eksplorasi di sekolah. Pada ketika ini, saya akan bertindak sebagai pemudah cara untuk merealisasikan pembelajaran tersebut.

UNIT 1.8

TAJUK Penterjemahan dan Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu; kurikulum formal yang mempunyai 4 komponen matapelajaran iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional dan kurikulum tidak formal yang merangkumi kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.

Kurikulum Kebangsaan dapat diungkai melalui satu siri proses yang melibatkan empat komponen berantai. Proses bermula dengan asas pertimbangan kurikulum diikuti oleh

peringkat pelaksanaan, amalan bilik darjah dan hasil pelaksanaan. Kurikulum Kebangsaan dibina atas pertimbangan pembangunan Negara, perkembangan individu, teori pembelajaran, FPK dan Rukun Pendidikan (UNESCO).

Kurikulum Kebangsaan dapat diterjemahkan menerusi proses pengajaran dan pengajaran (p&p). Kurikulum Kebangsaan membentuk Sukatan Pelajaran yang dihurai dengan terperinci melalui Huraian Sukatan Pelajaran memberi panduan kepada guru untuk menjalankan P&P. Objektif kurikulum dipecahkan kepada domain kognitif yang melibatkan mental, domain psikomotor yang menunjukkan tindak balas fizikal dan domain afektif yang merujuk kepada emosi semasa mengikuti pembelajaran. Keberkesanan P&P dapat dilihat mengikut 4 peringkat. Peringkat Ideal memperlihatkan pengajaran yang terancang dan murid dapat memaksimumkan pembelajaran. Peringkat Baik pula menunjukkan pengajaran yang terancang namun, manfaat kepada murid adalah tidak menyeluruh. Peringkat Kurang Baik digambarkan melalui pengajaran yang kurang berkesan dan kurang separuh murid memguasai pembelajaran. Manakala peringkat tidak berkesan memperlihatkan P&P berlaku dalam keadaan yang tiada hala tuju.

Tuntasnya, kurikulum merupakan satu penghubung erat antara pendidikan dengan matlamat yang ditetapkan. Bertunjangkan FPK, Kurikulum Kebangsaan diterjemahkan dalam bentuk Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan dirungkai dalam Rancangan Tahunan dan Harian sebelum diaplisakasikan oleh guru dalam P&P di dalam bilik darjah.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Kurikulum Kebangsaan

PENJELASAN Suatu program pendidikan yang diseragamkan

termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. 2. Huraian Sukatan Pelajaran Dokumentasi yang menghuraikan secara terperinci Sukatan Pelajaran yang memberi panduan kepada guru untuk mendapat Objektif, Hasil Pembelajaran, Nota Penting, Contoh Pelaksanaan Aktiviti dan Konsep untuk melaksanakan P&P. 3. Domain Psikomotor Melibatkan tindakan fizikal anggota badan sebagai respon stimuli dalam persekitaran. 4. Rukun Pendidikan (UNESCO) Prinsip yang digariskan tentang kepentingan belajar untuk menjadi insan yang berilmu, berkemahiran, insan yang lebih sempurna dan belajar untuk hidup bersama masyarakat. 5. Pengajaran dan Pembelajaran Suatu prosus yang diusahakan bersama antara guru (P&P) dan murid. Guru bertindak sebagai pembimbing dan penyampai ilmu, manakala murid akan menerima dan memperoleh ilmu tersebut.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Kurikulum Kebangsaan merupakan satu kerangka besar yang telah dibentuk oleh KPM dalam sistem pendidikan Negara kita. Daripada unit ini, menjelaskan secara terperinci bagaimana

kerangka besar ini diterjemahkan sehinggalah ke peringkat pelaksanaa P&P di dalam kelas. Saya lebih percaya dan yakin dengan memahami kandungan unit ini dengan lebih mendalam P&P saya akan lebih selari dan tepat dengan matlamat Kurikulum Kebangsaan.

Pendokumentasian RPH yang dilaksanakan setiap hari bukanlah satu dokumen yang boleh dipandang enteng. Ia merupakan nadi salam melangsung pengajaran yang berkesan dan memaksimum pembelajaran murid. Inilah yang dikatakan P&P yang ideal. Keberkesanan P&P juga boleh dinilai dengan jelas melalui peringkat ideal, baik, kurang baik dan tidak berkesan. Ia membuka ruang yang lebih jelas bagi memastikan guru dapat melaksanakan prioriti profession dengan lebih baik dan cemerlang.

Sebagai guru juga, dalam melaksanakan P&P penekanan bagi ketiga-tiga domain; kognitif, psikomotor dan afektif perlulah seimbang. Saya perlulah bijak mengatur strategi bagi memastikan perkembangan individu setiap murid adalah mantap. Setiap langkah dan tindakan perlulah mendasari FPK dan mengaplikasikan teori pembelajaran mengikut kesesuaian waktu, tempat dan kumpulan sasaran.

Oleh itu, Kurikulum Kebangsaan perlulah mendapat tafsiran dan penterjemahan yang tepat bagi pemikiran dan amalan keguruan. Ini adalah memastikan setiap langkah dan tindakan guru tidak lari dari matlamat sebenar pendidikan Negara.

UNIT 1.9

TAJUK Etika Keguruan Dan Peraturan Pendidikan Di Malaysia

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit ini membincangkan secara mendalam tentang elemen-elemen etika keguruan yang perlu ada bagi seorang pendidik disamping peraturan-peraturan pendidikan di Malaysia yang patut dipatuhi. Sebagai seorang guru nilai professional yang lengkap perlulah wujud dalam diri. Semangat yang tinggi ketika bertugas dengan matlamat yang jelas merupakan tonggak utama seorang guru. Guru juga perlu bijak menguruskan bilik darjah dalam masa yang sama mampu membina komunikasi yang baik dengan murid, ibubapa, masyarakat dan majikan. Sentiasa memberikan yang terbaik dan jangkaan yang tinggi terhadap murid. Justeru, pengetahuan dan kemahiran yang mendalam perlu dimiliki mengikut bidang masing-masing.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga menetapkan beberapa etika kerja sebagai panduan guru. Niat perlulah betul seperti yang dituntut oleh agama. Perlakuan yang baik, berdisiplin dan beradab perlulah ditonjolkan. Guru perlu menjadi penggerak ke arah kebaikan dan mengotakan setiap yang dikatakan. Guru perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.

Kod Etika Profession Keguruan telah digubal bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul. Antaranya adalah etika guru terhadap kerjaya dan dirinya sendiri. Mereka harus sentiasa berwaspada untuk tidak bersikap yang boleh mencemarkan diri dan sifat professional. Setiap tugas dilakukan dengan jujur. Prioriti utama seorang guru adalah murid-muridnya kerana guru adalah pengganti ibubapa. Justeru, guru harus mendidik setiap murid dengan adil serta mengesan dan menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka. Insan yang harmoni dan seimbang adalah asas pembentukan yang guru perlu sentiasa pegang. Guru juga mesti bersikap rendah diri dan tidak mengharapkan ganjaran daripada ibubapa. Kod etika ini merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh guru supaya imej dan keunikan profession ini akan terus terpelihara.

Tatatusila

Profession

Keguruan

di

Malaysia

menuntut

para

guru

untuk

bertanggungjawab terhadap murid, ibubapa, masyarakat serta Negara dan rakan sejawat dan

profession keguruan itu sendiri. Inilah yang dipanggil akautabiliti keguruan yang menjelaskan tanggungjawab yang perlu difahami dan dilaksanakan terhadap 5 komponen tersebut.

Guru juga perlu mematuhi Peraturan Pendidikan yang telah dikuatkuasakan. Sekiranya gagal dilaksanakan guru boleh dikenakan Hukuman Tindakan Tatatertib. Terdapat juga perkara-perkara yang tidak dibenarkan dalam profession keguruan seperti membelakangkan tugas kerana urusan peribadi dan mencemarkan nama baik perkhidmatan. Guru juga perlu peka dengan larangan-larangan penjawat awam yang berkaitan dengan sosial, kewangan dan dadah.

Kesimpulannya, kod etika dan peraturan pendidikan merupakan tonggak dalam memastikan profession keguruan adalah murni. Setiap garis panduan, peraturan dan larangan mempunyai manfaat yang tertentu bagi memastikan sistem pendidikan di Malaysia adalah berkualiti.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Kod Etika Profesion Keguruan

PENJELASAN Garis panduan yang telah digubal oleh KPM untuk menetapkan kriteria-kriteria tingkahlaku dan aspek sosial seorang guru.

2. Akauntibiliti keguruan

Tanggungjawab

yang

harus

difahami

dan

dilaksanakan oleh seorang guru. 3. Penggerak ke arah kebaikan Satu sifat yang perlu ada pada seorang guru untuk menjana sesuatu nilai positif terhadap individu lain. 4. Pengganti ibu bapa Elemen dalam Kod Etika Keguruan yang menuntut guru untuk berperanan sebagai pendidik selain bidang akademik termasuk membentuk tingkahlaku murid. 5. Hukuman Tindakan Tatatertib Hukuman yang diberikan kepada penjawat awam yang ingkar kepada peraturan-peraturan yang

dikuatkuasakan.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kod Etika Keguruan Malaysia supaya menjadi garis panduan yang utuh kepada guru-guru. Sebagai guru, setiap kod etika perlulah dipatuhi bagi memastikan nilai keguruan ada dalam diri adalah mantap. Kod etika ini mengajar guru-guru supaya sentiasa menjaga diri sendiri dan tugas agar nama baik profession ini akan terpelihara.

Saya juga yakin dan percaya setiap peraturan dan larangan yang telah dikuatkuasakan bukanlah satu ugutan dan amaran keras kepada guru. Namun, ia adalah satu bentuk pengajaran secara langsung atau tidak untuk memastikan guru sentiasa berada dalam landasan yang betul dan tidak akan tersasar daripada matlamat sebenar menjadi seorang pendidik.

Sebagai seorang guru, tugas dan tanggungjawab juga tidak tertakluk dalam penyampaian ilmu dan kemahiran akademik semata-mata. Kerana itulah dalam kod etika telah menggunakan istilah pengganti ibubapa yang menjelaskan secara mendalam bahawa sebagai guru pembentukan sahsiah dan tingkahlaku murid juga perlu diberi perhatian.

UNIT 1.10

TAJUK Akta Pendidikan 1996

1. RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT

Unit 1.10 berkisarkan tentang Akta Pendidikan 1996 yang telah digubal hasil daripada usaha pemimpin-pemimpin terdahulu. Akta ini didokong oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sistem pendidikan yang mantap ini adalah menjadi nadi bagi pembasmian kemiskinan dan membentuk perpaduan negara. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Sekiranya tidak, Bahasa Kebangsaan mestilah menjadi mata pelajaran wajib.

Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan beberapa perkara penting degan menjadikan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara dan penyelemat bangsa. Pendidikan dijadikan medium untuk membentuk masyarakat berpengetahuan dan

berkemahiran untuk mencapai wawasan negara seterusnya menjadikan pendidikan Negara bertaraf dunia. Kurikulumnya adalah berpusat dan sistem peperiksaan yang seragam.

Sistem Pendidikan Kebangsaan dipecahkan kepada 5 bab utama iaitu; Pendidikan prasekolah, rendah, menengah, lepasan menengah dan tinggi. Pendidikan prasekolah mestilah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Rendah pula hendaklah dijalankan selama 6 tahun. Ibubapa yang merupakan warganegara Malaysia hendak memastikan anak mereka yang mencapai umur 6 tahun pada hari pertama Januari dalam tahun persekolahan perlu menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan wajib. Jika tidak, mereka akan diberi tindakan undang-undang berkaitan. Manakala Pendidikan menengah dan lepasan menengah meliputi akademik, teknik atau perihal lain yang ditentukan dari masa ke masa. Kelas peralihan juga boleh diadakan. Manakala pendidikan khas boleh diadakan di manamana sekolah rendah atau menengahyang difikirkan suaimanfaat. Kurikulum hendak berhubungan dengan pendidikan khas. Pada peringkat tinggi 3 kategori institusi pendidikan iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.

Akta Pendidikan 1996 telah memberikan implikasi yang begitu hebat. KPM telah menawarkan sehingga 3287 prasekolah pada 2005 tidak termasuk prasekolah yang ditubuhkan oleh badan-badan lain. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan

bertujuan bagi memastikan kualiti pendidikan tersebut dan pemantauan serta penguatkuasaan diperkukuhkan. Guru-guru turut diberi latihan. Implikasi akta ini juga menjadikan pendidikan rendah adalah wajib dan keciciran dapat dikurangkan. penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik pedalaman Sabah dan Sarawak meningkat. Program orientasi alam persekolahan turut diadakan.

Akta ini juga memperuntukan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran untuk memastikan pelaksanaan dan perkembangan pendidikan yang sihat di Malaysia. Dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar merupakan satu usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

2. PILIH KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT DAN BERIKAN PENJELASAN.

KONSEP 1. Akta

PENJELASAN undang-undang (yang digubal dan diluluskan oleh parlimen dan sebagainya)

2. memartabatkan

Meletakkan sesuatu ditempat yang sepatutnya.

3. Pendidikan Khas

Pendidikan

yang

diberikan

untuk

murid-murid

istimewa yang mengikut kurikulum khusus yang ditetakan oleh KPM. 4. Pendidikan Wajib Satu undang-undang yang memperuntukan ibubapa yang merupakan warganegara Malaysia hendak memastikan anak mereka yang mencapai umur 6 tahun pada hari pertama Januari dalam tahun persekolahan perlu menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan rendah. 5. Program orientasi sekolah Aktiviti yang dijalankan semasa minggu pertama persekolahan untuk memberi pendedahan kepada

murid-murid tentang alam serta budaya sekolah.

3. PANDANGAN/ KOMENTAR ANDA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN ANDA.

Sistem pendidikan di Malaysia menunjukkan satu kerangka yang jelas dan baik. Rakyat Malaysia ditawarkan dengan pendidikan diperingkat awal kanak-kanak sehinggalah sepanjang hayat. Justeru, sebagai guru adalah satu kemestian untuk memahami sistem ini yang jelas terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.

Salah satu matlamat utama sistem pendidikan Negara adalah untuk membina perpaduan kaum. Pihak kerajaan yakin dan percaya, tugas untuk memupuk semangat perpaduan dapat dipikul bersama oleh guru-guru. Oleh itu, dalam melangsungkan pendidikan kepada murid-murid adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru untuk menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan murid. Penerapan nilai perpaduan juga bukan sahaja secara lahiriah, malah murid-murid perlu diberi kefahaman yang mendalam tentang hala tuju perpaduan yang sebenarnya hendak dicapai.

Dalam Akta Pendidikan juga menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Gurulah terlebih dahulu yang perlu mahir dan arif dalam melisankan Bahasa Kebangsaan. Tidak kira apapun bahasa ibunda seorang guru tersebut, Bahasa Kebangsaan perlulah dijadikan sebagai medium pengajaran kecuali dalam matapelajaran-matapelajaran tertentu. Maka, hasrat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dapat dijayakan.

Menteri diberi kuasa untuk memastikan perlaksanaan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Oleh itu, guru perlulah patuh dengan setiap arahan yang diberikan oleh pemimpin dan melaksanakan setiap dasar-dasar yang diberikan selagi tidak menyalahi undang-undang agama dan negara.

BAHAGIAN ESEI ILMIAH

a) Bagaimanakah pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profession keguruan.

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."(Falsafah Pendidikan Guru)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi menggariskan ciri-ciri guru yang diperlukan oleh Negara. FPG meletakkan matlamat yang tinggi dalam melahirkan guru yang professional, tinggi daya tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai kemahiran yang diperlukan dan berpengetahuan dalam teknologi. Guru-guru yang dihasratkan ini akan melahirkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Pendidikan guru melibatkan aspek seperti membina kemahiran dalam mata pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan pembelajaran.i. Wujudnya Kelayakan Yang Terdapat Dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profession perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profession perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan. Dalam mengembangkan lagi profession keguruan, kerajaan menawarkan kelayakan dalam perkhidmatan pendidikan. Dahulu seorang pendidik hanya memegang sekeping Sijil Perguruan dan diikuti Diploma Pendidikan. Hari ini, hampir kebanyakan pendidik di Negara kita memiliki segulung ijazah. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan satu

iltizam yang tinggi bagi mengembangkan lagi profession keguruan sejajar dengan kehendak Falsafah Guru. Program-program pendidikan yang telah diatur oleh kerajaan merupakan satu titik permulaan bagi memastikan profession keguruan dimartabatkan dan nilai

professinalismenya sentiasa terpelihara. ii. Persediaan Yang Teliti dan Rapi Dalam Melahirkan Guru Berprofessionalisme Tinggi Sebelum seorang bakal pendidik melangkahkan kakinya ke alam keguruan, beliau akan dipersiapkan dengan ilmu dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama; ikhtisas, akademik dan perkembangan diri. Latihan pra-perkhidmatan yang dijalani sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan membekalkan kepada bakal guru dengan pengetahuan profesionalisme keguruan. Suasana pembelajaran juga memangkinkan pembentukan sikap dan sahsiah yang perlu ada bagi seorang guru. Sebagai contoh, disiplin dalam penampilan dan berpakaian di IPGM adalah mengikut etika berpakaian seorang guru yang sebenar. Bakal-bakal guru turut diberi pendedahan alam keguruan melalui Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Semua pelaksanaan latihan ini berlaku di sekolah. Mereka diberi peluang mengalami sendiri alam keguruan. Bagi memastikan bakal guru dapat mengamalkan nilai professionalisme dengan sempurna, mereka akan dipantau dalam bentuk kumpulan kecil oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing di sekolah. iii. Pelaksanaan Latihan dan Kursus Dalam Perkhidmatan Seorang guru perlulah berfikiran positif, proaktif, inovatid dan motivatif. Maka pendidikan seorang guru tidak terbatas selepas tamat pengajian mereka di IPTA atau IPGM semata-mata. Profesionalisme seorang guru perlu sentiasa konsisten dan membangun. Justeru, pelbagai latihan dan kursus dalam perkhidmatan telah diadakan. Latihan dan kursus ini diadakan di peringkat luaran oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran bertujuan meningkatkan mutu dan pengetahuan guru.

Kursus Dalam Perkhidmatan yang sentiasa diadakan untuk guru-guru yang sudah berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu yang luas. Jadi dengan adanya kursus seperti ini dan lain-lain bengkel yang dianjurkan oleh, kualiti guru akan lebih terjamin dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Jadi itulah cara untuk

mengembangkan profesionalisme semua guru kerana dunia pendidikan terpaksa berhadapan dengan keperluan yang terbaru. Latihan dan kursus untuk guru-guru terlatih tidak terhad kepada anjuran PPD, JPN dan KPM semata. Pengetahuan dan kemahiran turut didedahkan di peringkat dalaman sekolah juga (in-house training). Inilah yang dipanggil perkongsian ilmu antara rakan sejawat. Perkembangan profesionalisme keguruan menuju ke arah pemantapan, penambahbaikan dan pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada. iv. Peningkatan Mutu dan Keupayaan Guru FPG turut menegaskan guru perlu berpandangan progresif dan saintifik. Penegasan ini telah membawa kepada implikasi yang positif dalam mutu dan keupayaan guru itu sendiri. Pada hari ini kita dapat lihat guru mempunyai kebolehan yang pelbagai. Guru bukan sahaja bertindak sebagai pengajar menyampaikan ilmu semata-mata malah mampu mengatasi dan memperbaiki krisis dalam pendidikan. Kita dapat perhatikan hari ini, bilangan murid yang buta huruf semakin berkurang. Melalui program Pemulihan Khas, Literasi dan Numerasi (LINUS) dan PROTIM, guru guru telah berupaya untuk meningkatkan murid celik ilmu pada masa kini. Keupayaan dan guru juga tidak terbatas di dalam bilik darjah semata mata. Guru hari ini, turut turun padang menjadi jurulatih. Kita dapat saksikan bahawa atlit-atlit Negara yang hebat sebenarnya berkebolehan sejak alam persekolahan lagi. Semua ini adalah hasil titik peluh seorang guru yang mempunyai profesionalisme yang tinggi yang didokong oleh Falsafah Pendidikan Guru.

Guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Inilah yang dikatakan mutu dan keupayaan guru hari ini telah meningkat dari masa ke masa. v. Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkualiti dan Efektif Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu semakin hilang ditelan zaman. Perkembangan profesionalisme keguruan telah membawa satu perubahan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti dan efektif. Fenomena ini telah mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi. Sistem pembelajaran yang interaktif telah menjadi amalan pengajaran guru hari ini. Guru akan mengendalikan bilik darjah dengan memasukan pelbagai elemen bagi menarik minat murid. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikanpembelajaran, memperkayakan kurikulum dan memperkembangkan

pedagogi. Sejajar dengan pengetahuan dan kemahiran guru yang telah ditingkatkan. Penggunaan teknologi maklumat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hari ini mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi seperti komputer. Pembelajaran yang menggunakan penggunaan ICT berpusatkan kepada murid membantukan pembelajaran pada tahap yang lebih optimum. Keupayaan guru dalam mengendalikan pengajaran yang interaktif melalui perisianperisian yang disediakan oleh KPM atau dapatan daripada sesawang membuka minda murid untuk menuntut ilmu tanpa batas. Pembelajaran yang menarik ini yang menggunakan gambar, video atau simulasi yang realistic membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan.

Guru juga mengaplikasikan teori pembelajaran yang telah dipelajari semasa proses perguruan. Jika dahulu, pengajaran berpusat pada guru dengan kaedah chalk and talk, guru telah mewujudkan pembelajaran yang kontruktivis. Dengan kemudahan dan infrastuktur yang canggih, murid diberi peluang untuk meneroka ilmu pengetahuan secara tersendiri supaya pembinaan ilmu adalah lebih bermakna dan mantap.

b) Cabaran cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancangan ker-jaya setiap guru. Cabaran-cabaran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan

semakinmeningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid dan peralatan tetapilebih jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan ilmiah guru menghadapimasyarakat berasaskan-ilmu serta jati diri dalam mengharungi isu-isu nilai yang lebihglobal. Profesion keguruan sentiasa tercabar dengan pelbagai isu pendidikan.i. Membangunkan Potensi Kendiri Guru Secara Berterusan

Falsafah Pendidikan Guru mengungkapkan kata kunci pertama iaitu seorang guru mestilah berpekerti mulia. Kata kunci ini menjelaskan bahawa seorang guru mestilah mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi dan terpuji dalam dirinya. Guru merupakan rol model bukan sahaja kepada murid-muridnya malah kepada masyarakat juga. Guru perlu menampilkan cara hidup dengan akhlak yang terpuji. Walaupun bukan pada waktu persekolahan, guru perlu sentiasa komited dan berpegang teguh bahawa beliau adalah seorang pendidik. Adab pergaulan dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat perlulah sentiasa terpelihara. Daripada cara berkomunikasi, penampilan sehinggalah cara hidup, guru perlu sentiasa mengekalkan dan mengamalkan nilai-nilai yang positif. Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Selain daripada nilai kendiri invidu guru tersebut, pemupukan budaya menuntut ilmu tidak harus dipisahkan. Guru bukan sahaja penggerak kepada muridnya untuk menuntut ilmu, tetapi beliau sendiri perlu menjadi budaya menuntut ilmu sepanjang hayat. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru menyempumakan latihan mana-mana institusi pendidikan.

Guru terlatih yang berjaya dengan cemerlang menamatkan latihan keguruan tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempuma. Tuntutan ilmu dan peningkatan kemahiran harus diteruskan. Pendidikan keguruan adalah satu titikpermulaan dalam kerjaya seorang guru (Kamarudin Hj Husin 1990). Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru untuk membolehkan ia memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi pada setiap masa. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru-guru juga cekap menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang selaras dengan keperluan dan perkembangan pelajar.

ii.

Perkembangan Sains Teknologi Yang Pesat.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profession di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik. Perkembangan Sains dan Teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali. Kajian dalam bidang Sains tidak pernah dihentikan walau dalam sesaat dan menyebabkan penemuan-penemuan baru dan teknologi terus berkembang dengan hebatnya. Perkembangan bidang pendidikan juga tidak kurang hebatnya. Wawasan 2020 telah menggariskan cabaran yang keenam iaitu Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Hasrat ini perlulah dimulakan dalam bidang pendidikan terlebih dahulu. Maka, gurulah perlu menggembling tenaga bagi memastikan hasrat ini dapat dicapai. Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuanbaru (Lechner & Boli 2000).

Dalam Standard 2 yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia yang mencirikan kefahaman dan pengetahuan yang perlu ada bagi seorang guru adalah bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Ini membuktikan bahawa, guru menghadapi cabaran besar untuk sentiasa mengetahui perkembangan Teknologi bagi dilaksanakan dalam bilik darjah dan P&P. Guru mestilah bersedia untuk belajar dan menerima tunjuk ajar daripada pihak tertentu atau rakan sebaya tentang pengetahuan teknologi yang tidak pernah berhenti. Lebih mencabar lagi adalah, apabila muridmurid mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang lebih dalam bidang teknologi seperti kemahiran menggunakan komputer.iii. Pelaksaan Pengajaran dan Pembelajaran Kepada Murid Yang Mempunyai Kepelbagaian Kebolehan dan Keupayaan.

Guru merupakan jurutera manusia. Tugas dan tanggungjawab guru yang dijalankan setiap hari mestilah menghasilkan produktiviti yang baik. Namun, kita perlu ingat bahawa guru menghasil dan membentuk manusia, bukan objek, barang atau perkhidmatan. Maka, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza untuk dibangunkan. Guru melaksanakan tugas mendidik secara optimum dalam waktu persekolahan di dalam sebuah bilik darjah. Maka, pada normal bilangan murid yang dihadap setiap hari adalah 25 40 orang. Maka, perlulah kreatif untuk memasing strategi dalam membentuk suasana kelas yang kondusif. Guru perlu mewujud suasana belajar yang interaktif yang berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran, pelajardidapati menggunakan pemikiran pada aras tinggi, tidak hanya menghafal fakta - fakta sahaja, bekerjasama antara satu sama lain semasa proses pembelajaran berlaku. Seperti yang termaktub dalam Falsah Pendidikan Guru, elemen untuk menjamin perkembangan individu perlu diberi perhatian. SGM juga menggariskan dalam Standard 3 iaitu Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintergrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. Peluang belajar dan membangunkan potensi perlu diberi sama rata kepada semua murid. Dengan itu, semua murid akan berpeluang untuk membangun dan mengembang keupayaan masing-masing hasil daripada kekuatan dan kecekapan seorang guru. Dalam kesinambungan itu juga, guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembangan pelajar. Mengenali latar belakang, keupayaan dan potensi bagi setiap individu murid dengan teliti adalah cabaran getir dan merupakan satu kecekapan yang tidak ada dalam profession lain. Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategi-strategi yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi kebolehan dan minat. Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses pengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak pengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran yang akan diajar.iv. Budaya dan masyarakat generasi baru dan keruntuhan moral.

Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral. Menurut Hussein Mahmood (1993)., masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering ditimbulkan. Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen yang meluas dalam arena pendidikan Negara.

Tanggungjawab untuk memelihara disiplin telah tertulis dalam kata kunci FPG yang terakhir iaitu memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka bagi melahirkan masyarakat berdisiplin yang berupaya memastikan keharmonian dan keselamatan

Negara, guru perlu memastikan penerapan nilai etika dan amalan mematuhi peraturan diterapkan dengan efektif. Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Kurikulum Kebangsaan yang mendasari pendidikan Negara kita mencakupi segala bidang ilmu pengetahuan untuk menjadikan seseorang pelajar itu insan yang berakhlak mulia dan beramal soleh (Sufean Hussin, 1993). Jadi, guru merupakan pelaksana kurikulum ini perlulah juga menguruskan tingkah laku di sekolah. Kengkangan pembentukan sahsiah murid semakin mencabar apabila bilangan guru lelaki yang terlalu minimum disekolah. Peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Budaya generasi baru hari ini juga memperlihatkan sikap yang malas dan pasif. Pengaruh media dan perkembangan Teknologi yang tidak seimbang menyebabkan pengurusan tingkah laku murid adalah amat sukar. Budaya menghadap komputer dan telefon bimbit yang terlalu lama menyebabkan pembinaan interaksi sosial adalah terbatas. Apabila menuntut ilmu dipandang enteng, murid memilih untuk lebih menjalankan aktiviti yang tidak mendatang manfaat seperti melayari internet secara tidak ilmiah, bermain permainan komputer dan sebagainya. Maka, pada bahu gurulah memikul untuk membetulkan budaya yang tidak sihat ini. Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Rujukan

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jurnal Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikana Malaysia, Jilid 04, Bil.02 Jun (1995).

Kamarudin Hj Husin (1990). Pedadogi 2. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Lechner, F. J. & Boli, J. 2000. The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher

Mohd Daud Hamzah (1990). Dorongan Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka.

Bahasa

Muhamad Sani Ibrahim (2001).Perkembangan projesionalisme guru: Satu tuntutan dan satu kemestian,Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke -l0, Institut Aminuddin Bald, Genting Highlands, Pahang.

Omardin Ashaari. ( 1999 ). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Selangor : Dewan Bahasa & Pustaka.

Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan: Suatu Pemikiran Selalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Universiti Kebangsaan Malaysia.(2002). Profesion perguruan: Cabaran pendidikan masa kini. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia

KOLEKSI FORUM KUMPULAN EL A28 KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR.Page 6/6

Penulis Topik : FORUM 1 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :5 Pandangan : 21

Mesej Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 03:03:48 PM Subjek : Re : FORUM 1 Salam 1 Malaysia, saya setuju dengan hujah yang telah diberikan. Sejak dari dulu tanggungjawab melaksanakan tugas mendidik adalah satu cabaran yang tidak pernah berakhir kerana setiap masa yang yang dilalui adalah pendidikan dan akhirnya menjadi pengalaman. Oleh sebab itu ilmu yang hendak diterap perlu ikhlas kerana ia akan menjana suatu insan dalam diri murid. Secara asasnya FPK menjadi asas landasan atau teras kepada sitem pendidikan kebangsaan. Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 02:54:21 PM Subjek : Re : Forum 1 Salam ! Malaysia, saya setuju dengan hujah yang telah diberikan sememang peranan guru dalam dunia pendidikan amat besar. Malah peranan guru untuk memastikan hasrat yang terkandung dalam FPK adalah wajib. Ini kerana guru telah sekian lama dianggap sebagai contoh model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh dan tauladan. Maka seorang guru perlu ada sifat akauntabiliti terhadap pendidikan, murid dan ibu bapa, negara dan akhirnya untuk diri sendiri. Keikhlasan untuk melakukan sesuatu bermula dari diri sendiri. Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 12:58:35 PM Subjek : FORUM 1 Bagaimana anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? Ditinjau dari sudut sejarah pendidikan negara, FPK di malaysia telah lahir setelah melalui proses yang berkesinambungan yang selari dengan proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia.Proses FPK di Malaysia telah bermula sejak tanah air ini menuntut untuk mendapatkan kemerdekaan.

Topik : Forum 1 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :1 Pandangan : 6

Topik : FORUM 1 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :0 Pandangan : 0

Namun sistem pendidikan yang ada pada ketika itu terus berkembang tanpa mengira soal keperluan kepada kemajuan dan pembangunan tanah air, pembetukan identiti kebangsaa, perpaduan rakyat dan pembangunan unsur kemanusiaan. Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan progran pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh saya sebagai seorang guru dengan, - merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi yang sesuai. - sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing muridmurid supaya berusaha belajar mengikut kehendak matlamat FPK. - sebagai pendisplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai FPK. - bertanggungjawab menjadi contoh model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai murni ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid. - menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran dan berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti , guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalahnya.

Topik : FORUM 1 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :3 Pandangan : 14 Forum : General _POSTED : 31 Oct 2011 01:34:36 AM Subjek : FORUM 1 Secara amnya falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu lain.Oleh yang demikian falsafah dalam pendidikan sangat berkait rapat dan sesuai dijadikan sebagai rujukan atau pegangan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. Berasaskan teras dan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang bersahsiah tinggi, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani tanpa mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kerpada perintah Tuhan.

Saya menjadikan FPK sebagai asas landasan atau teras untuk melaksanakan tanggungjawab kerana FPK ialah gambaran citacita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Saya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan mengikuti dan menerap prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK di dalam kelas. Saya dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan dengan membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar, masyarakat dan negara yang semakin kompleks, meningkat, progresif dan berkembang. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah yang terbaik untuk dijadikan rujukan dalam pelaksanaan tanggungjawab bersama murid.

Topik : FORUM 1 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :5 Pandangan : 27 Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 03:20:13 PM Subjek : Re : FORUM 1 Salam 1 Malaysia, hujah diberikan oleh puan adalah benar jika kehendak FPK menjadi teras kita menjalankan tugas disertai dengan keikhlasan segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna. FPK menjadi asas landasan atau teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialai berdasarkan prinsip FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan P&P yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan.

Topik : forum 1: tanggungjawab melaksanakan FPK D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :5 Pandangan : 27 Forum : General _POSTED : 10 Dec 2011 03:11:34 PM Subjek : Re : forum 1: tanggungjawab melaksanakan FPK Salam 1 Malaysia, saya setuju dengan hujah yang diberikan. FPK adalah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat malaysia melalui proses pendidikan.Semua program dan aktivitipendidikan adalah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. Maka kita sebagai guru adalah agen yang akan melaksanakan tanggungjawab ini berdasarkan yang telah dinyatakan bahawanya seorang guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap negara, program pendidikan, pelajar dan murid dan diri sendiri.Page 5/6

Penulis Mesej Topik : forum 2: dasar PPSMI D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :2 Pandangan : 17 Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 01:49:54 AM Subjek : Re : forum 2: dasar PPSMI Salam 1 Malaysia, saya bersetuju dengan hujah yang dilampirkan, sememangnya keadaan ini seolah-olah tidak memartabatkan bahasa ibunda dan lebih memeningkan lagi kita cuba pula memartabatkan baha ibunda. Walau bagaimanapun kajian dari universiti-universiti tempatan mendapati peningkatan penguasaan bahasa inggeris murid adalah norminal, iaitu tidak lebih dari 3 peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk menguasai dan memahami pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. Masalah seharusnya di beri keutamaan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Topik : Forum 2 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :1 Pandangan : 3 Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 01:37:15 AM Subjek : Re : Forum 2 Salam sejahtera, saya menyokong pandangan yang telah diberikan. Tambahan pula dapatan dari UNESCO menunjukkan pelajar lebih mudah mempelajari pelajaran dalam bahasa ibunda pada peringkat awal persekolahan. Tambahan pula pada masa yang sama kita juga mahu memartabatkan bahasa ibunda, jadi keadaan ini seakan merumitkan murid-murid dalam memahami P&P di dalam kelas. Jelas sekali kita boleh lihat setiap kali keputusan peperiksaan keluar masalah penurunan prestasi pasti terjadi melainkan guru-guru yang mengajar subjek tersebut perlu membantu murid memahami soalan ketika peperiksaan sedang berjalan. Setiap pihak perlu memandang serius masalah ini. Topik : FORUM 2 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :0 Pandangan : 0 Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 01:29:37 AM Subjek : FORUM 2 Perlukah dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah ? Hujahkan. Pada pendapat saya dasar PPSMI tidak perlu lagi dilaksanakan. Sejak memperkenalkan sistem PPSMI dalam P&P berbagai respon telah diterima dan apa yang dapai disimpulkan lebih dari separuh pihak tidak bersetuju dengan sistem PPSMI di jalankan dalam P&P. Rasionalnya keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM memperlihatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu (BM) adalah jauh lebih tinggi daripada Bahasa Inggeris (BI) sama ada bagi murid-murid di kawasan bandar dan luar bandar. Keputusan menunjukkan, murid akan lebih mudah mengikuti P&P dalam BM berbanding BI. Keputusan peperiksaan sains dan matematik UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan pencapaian gred ABC bagi kohort pertama yang melalui PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah. Ini sudah cukup dianggap sebagai satu kesimpulan di mana perubahan perlu dilakukan untuk kebaikan masa hadapan sistem pendidikan kita.

Topik : Forum 2 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :5 Pandangan : 26 Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 09:22:29 AM Subjek : Re : Forum 2 Salam sejahtera, saya ingin memberikan sedikit pandangan supaya dapat kita bersama berkongsi pandangan bernas untuk anak bangsa kita. Bagi saya, program PPSMI tidak perlu diteruskan pada peringkat awal. Ini kerana beberapa kajian telah dijalankan contohnya dapatan dari UNESCO menunjukkan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dalam bahasa ibunda pada peringkat awal persekolahan. Jika kita pandang faktor latar belakang keluarga murid itu sendiri tidak semua boleh bertutur dalam bahasa inggeris contoh yang paling ketara antara murid bandar dan luar bandar. Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran sains dan matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan. Topik : FORUM 2 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :3 Pandangan : 26 Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 09:11:11 AM Subjek : Re : FORUM 2 Salam sejahtera, saya setuju dengan kenyataan yang diberikan. Penguasaan bahasa inggeris dari pihak guru juga kebanyakkannya lemah. Ini telah dibiktikan dimana mengikut data yang dinyatakan guru yang menguasai Tahap Cemerlang dalam penguasaan bahasa inggeris hanya 25%. Ini menyukarkan proses P&P yang berkesan. Kesan dari masalah ini maka wujud tiada ketulusan di dalam kelas P&P dalam bahasa inggeris. Kesan yang amat nyata, pada keputusan peperiksaan sains dan matematik UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan pencapaian gred ABC bagi kohort pertama yang melalui PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah.

Topik : FORUM 2 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :4 Pandangan : 22 Forum : General _POSTED : 12 Dec 2011 09:01:32 AM Subjek : Re : FORUM 2 Salam sejahtera, saya tidak bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Ini kerana banyak rasional pelaksanaan bahasa rasmi menggantikan P&P sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Profisiensi BI guru pada Tahap Cemerlang dan baik adalah sekitar 25%. Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Ini menyukarkan proses P&P yang berkesan. Dari pihak murid, kajian telah dijalankan dan data menunjukkan pelajar lebih mudah mempelajari pelajaran dalam bahasa ibunda pada peringkat awal persekolahan. Jika murid memahami proses P&P dalam mata pelajaran sains dan matematik, mereka juga tidak ada masalah untuk mengalih bahasa.Page 4/6

Penulis Mesej Topik : FORUM 3 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :0 Pandangan : 0 Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 09:37:03 AM Subjek : FORUM 3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. Secara amnya Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah bertujuan memenuhi hasrat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Untuk Pendidikan Jasmani ia dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengatahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktivital fizikal ke arah kesejahteraan hidup. Dalam KSSR penerapan kemahiran adalah tajuk utama untuk murid-murid pelajari secara tidak langsung semua murid akan mengambil bahagian untuk mempelajari kerana setiap subjek ada standard prestasi yang telah ditetapkan. Pengisian yang ditetapkan didalam KSSR amat sesuai untuk murid era sekarang di mana kebanyakkan murid telah ada ilmu pengalaman sedia ada dan bersikap ingin mencuba.

Page 3/6

Penulis Mesej Topik : Forum 3 : 3. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :4 Pandangan : 11 Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:32:37 AM Subjek : Re : Forum 3 : 3. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. Salam sejahtera, saya bersetuju dengan pandangan yang di berikan dan saya ingin menambah untuk dikongsi bersama. Untuk pendidikan rendah murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk ke arah modal insan bertaraf dunia. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

- penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira - kemahiran menaakul, kreatif & inovatif - kesedaran kesejahteraan diri ( fizikal & mental ) - percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni. - jati diri & semangat patriotisme - memahami & menghayati budaya nasional Segala kemahiran yang di senaraikan telah diterap di dalam Kurikulum Standard (KSSR) supaya semua hasrat FPK dapat dilaksanakan. Topik : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :5 Pandangan : 18 Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:22:34 AM Subjek : Re : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. Salam sejahtera, saya setuju dengan pandangan yang diberikan. Sememangnya KSSR sesuai dengan kehendak membangunkan modal insan tambahan pula ia menepati kehendak dan hasrat FPK .Kurikulum standard ini dapat melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Topik : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :1 Pandangan : 5 Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:15:01 AM Subjek : Re : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Salam sejahtera, saya setuju dengan pandangan yang diberikan dan saya ingin berkongsi pandangan supaya kita bersama dapat menambah pengetahuan. Transformasi yang dijalan sememangnya sesuai dengan kehendak pendidikan sekarang. Dengan bermatlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai yang positif memberikan impak yang positif dalam sistem pendidikan. Topik : Forum 3 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :1 Pandangan : 8 Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 10:01:16 AM Subjek : Re : Forum 3 Salam sejahtera, saya setuju dengan pandangan yang diberikan. Transformasi yang dilakukan dengan mewujudkan Kurikulum Standard (KSSR) amat sesuai dengan perubahan global pendidikan sekarang. Dasar KSSR ialah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sejajar dengan matlamat yang ingin dikongsi dalam KSSR. Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai-nilai murni.

Topik : Forum 3 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :2 Pandangan : 5 Forum : Forum 3 _POSTED : 12 Dec 2011 09:54:56 AM Subjek : Re : Forum 3 Salam sejahtera, saya bersetuju dengan hujah tersebut. Dalam KSSR telah diwujudkan satu isi atau penerapan iaitu EMK iaitu Elemen Merentas Kurikulum sebagai pesediaan murid untuk menghadapi global pendidikan sekarang. EMK ini mewujudkan kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. Penghasilan EMK iaitu: kebolehan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. kebolehan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.

Page 2/6

Penulis Mesej Topik : Forum 4 : 4. Guru sebagai arkitek bangsa D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :8 Pandangan : 24 Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 03:38:27 PM Subjek : Re : Forum 4 : 4. Guru sebagai arkitek bangsa Salam 1 Malaysia, saya setuju dengan pendapat yang telah diberikan. Seseorang yang berilmu pengetahuan sering dipandang tinggi martabatnya.Ini kerana ilmu dapat mentransformasikan manusia daripada bebal kepada cerdik, buta huruf kepada berpelajaran dan serba kekurangan kepada sempurna, baik dalam kebendaan mahupun dalam kerohaniannya.dengan membawa tanggungjawab yang besar iaitu guru sebagai arkitek bangsa maka segala amanat perlu di galas. Semua guru memahami bahawa bangsa yang berjiwa besar, mempunyai wawasan tinggi serta dapat meningkatkan martabat ke mercu kejayaan dan kecemerlangan adalah bangsa yang berilmu pengetahuan, sentiasa mengejar ilmu yang digunakan sebagai alat yang

penting untuk kemajuan, sama ada bagi diri mahupun masyarakat dan negara. Inilah bangsa yang perlu dipupuk dan diwujudkan oleh setiap guru. Topik : Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :2 Pandangan : 6 Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 03:22:10 PM Subjek : Re : Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan Salam sejahtera, saya setuju dengan pandangan yang telah diberikan. Sebagaimana yang kita telah ketahui, pendidikan merupakan agen yang paling berpengaruh dalam usaha menggalakkan proses perubahan mobiliti sosial. Di samping itu, pendidikan pula memainkan peranan yang penting dalam usaha mengembangkan ekonomi dan menyebarkan kebudayaan masyarakat, mengawal sistem sosial serta mempengaruhi perkembangan politik dan agama. Maka, peranan guru dalam alaf baru ini, bukan sahaja sebagai penyebar ilmu, tetapi juga sebagai penggerak masyarakat iaitu inovator dan pembina negara, di samping mewujudkan hubungan interpersonal secara sewarjagat. Keadaan ini amat sesuai bagi seorang guru dianggap arkitek bangsa. Topik : Guru sebagai arkitek bangsa. D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :1 Pandangan : 4 Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 11:41:30 AM Subjek : Re : Guru sebagai arkitek bangsa. Salam 1 Malaysia, saya setuju dengan pandangan tersebut. Bukan mudah untuk menjadi seorang agen perubahan atau erti kata lain sebagai arkitek bangsa. Tanggungjawab ini perlu di galas dengan ikhlas bagi membentuk generasi yang baru. Guru sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Seorang guru perlu membaca buku secara meluas yang berkaitan dengan mata pelajaran yang di ajar. Dengan cara ini dapat merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

Topik : Forum 4 : Guru sebagai arkitek bangsa D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :1 Pandangan : 7 Forum : Forum 4 _POSTED : 12 Dec 2011 11:31:36 AM Subjek : Re : Forum 4 : Guru sebagai arkitek bangsa Salam sejahtera, saya setuju dengan pandangan yang diberikan dan saya ingin berkongsi pandangan. Dari sudut pandangan saya di mana sahaja zaman manusia berada, seorang guru tetap memainkan peranan penting dan boleh dianggap sbagai arkitek bangsa. Ini kerana guru adalah manusia pertama yang memberikan didikan sepenuhnya kepada murid dan guru akan membentuk setiap murid itu mengikut perdaran masa. Setiap perancangan untuk aktiviti P&P perlu dilaksanakan dengan strategi yang sesuai. Ini sesuai dengan memenuhi keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkat dari semasa ke semasa. Topik : FORUM 4 D044462 Nor Faradzila Binti Abdullah _REPLIES :0 Pandangan : 0 Fo