kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

Upload: mazmon-mahmud

Post on 02-Jun-2018

448 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    1/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    1

    PENDAHULUAN

    Antara prasyarat utama bagi menjamin satu proses pengajaran dan pembelajaran yangberkesan adalah aspek kepimpinan dan pengurusan bilik darjah. Kepimpinan bilik darjahyang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi pemimpin bilik

    darjah iaitu guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah dan hubungan antara ahli-ahli dalam bilik darjah tersebut. Bagi menjadikan bilik darjah lebih kondusif, berkesan dandapat diurus dengan cekap, pemimpin bilik darjah tersebut hendaklah mempunyai sifat-sifatseorang pemimpin dan pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin.Dalam modul ini, penulis membincangkan konsep dan pengertian kepimpinan dari aspekIslam dan barat dan adaptasi teori-teori kepimpinan yang sesuai dengan rutin danpengurusan dalam bilik darjah. Selain itu dibincangkan juga cirri-ciri kepimpinan kurikulumbilik darjah yang berkesan dan perkaitan corak kepimpinan yang baik dengan pencapaianpelajar. Seterusnya modul ini membincangkan secara terperinci peranan guru sebagaipemimpin kurikulum dan pemimpin pengajaran. Gaya kepimpinan guru dalam bilik darjahakan memberi kesan kepada iklim dan persekitaran bilik darjah. Kepimpinan danpengurusan yang berkesan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pelbagai gaya kepimpinan dan pengajaran guru yang ideal dibincangkan supaya bakal gurudapat mengaplikasikan dalam dunia kerjaya sebenar dan mewujudkan persekitaran bilikdarjah yang dapat menarik minat pelajar. Pada akhir modul ini dibincangkan beberapa isuyang berkaitan dengan kepimpinan bilik darjah seperti masalah disiplin, masalah kekanganmasa dan kewangan yang menyebabkan beberapa masalah dalam bilik darjah. Diharapkandungan modul ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan khususnya bakalguru yang akan keluar sebagai guru terlatih supaya dapat menjadi guru yang baik danberdedikasi.

    10.1 KONSEP DAN PENGERTIAN KEPIMPINAN KURIKULUM BILIKDARJAH

    10.1.1 PENGENALAN

    Setiap organisasi yang berjaya sentiasa dikaitkan dengan kepimpinan yang berkesan.Begitu juga dengan proses penyampaian ilmu dalam dunia pendidikan yang seringkali mengalamianjakan paradigma selaras dengan keperluan dunia yang sentiasa berubah. Kepimpinan disini bertumpu kepada guru sebagai pemimpin dalam bilik darjah yang memimpin pelajarsebagai orang yang akan dipimpin. Kepimpinan guru memainkan peranan penting dalam

    pembentukan visi sekolah. Kepimpinan kurikulum dalam bilik darjah sering mendapatperhatian semua pihak kerana keberkesanan kepimpinan memberi impak kepadapencapaian sesebuah institusi pendidikan. Pengurusan sekolah di mana pengetua,pentadbir, staf sokongan dan guru-guru sentiasa bergandingbahu dan mencari formulaterbaik dalam memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar berada dilandasan yang betul.

    10.1.2 PENGERTIAN KEPIMPINAN

    Kepimpinan membawa makna yang begitu besar dalam kehidupan.Istilah ini cukup sinonim

    dibicarakan kerana kepimpinan dikatakan sebagai faktor penentu dalam kejayaan sesebuahorganisasi.

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    2/36

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    3/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    3

    i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti dan berkait secara langsung dan tidaklangsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

    ii. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorongorang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.

    iii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu

    memiliki perancangan sendiri yang mantap.iv. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi iaitu menetapkan matlamat,menyusun, mengarah dan menyelaras dan mengawal bagi mencapai matlamatyang ditetapkan.

    v. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan danmerupakan satu proses yang berterusan.

    vi. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuksesuatu keadaan.

    vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dankeadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akanbekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai.

    10.1.3 PENGERTIAN KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    Kurikulum memberikan seribu pengertian yang berbeza kerana konsepnya yang terlalu luasuntuk dimengertikan.Tafsiran kurikulum yang berbeza diumpamakan seperti orang butamelihat gajah. Menurut Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalamanyang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilikdarjah. Kurikulum merupakan garis panduan dan penentu sempadan pengetahuan yanghendak disampaikan. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet dalam Abdul Rahim Hamdan(2007), kurikulum mengandungi segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuahsekolah ataupun institusi pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan.Bilik darjah pulaboleh ditakrifkan sebagai tempat belajar atau dalam konteks di Malaysia, seringmenggunakan perkataan kelas.

    Menurut Hook dan Vass dalam Rahmad Sukor Ab. Samad Shahrir Jamaluddin(2005), kepimpinan bilik darjah didefinisikan sebagai satu kemahiran di mana gurumenggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan oranglain.Sehubungan dengan itu, kepimpinan kurikulum bilik darjah dapat disimpulkan sebagaipengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah melalui kepimpinan seorangguru bagi mencapai objektif yang diharapkan.

    Kepimpinan guru dirumuskan sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa dankedudukan.Pembelajaran tidak akan berlaku tanpa kepimpinan. Guru perlumengembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhinyaiaitu pelajar. Malah, guru juga perlu sentiasa berusaha memajukan dan memantapkan diridalam bidang yang dipertanggungjawabkan bagi mengekalkan kepercayaan orang lainpadanya.

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    4/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    4

    10.1.4 CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN

    Kepemimpinan boleh dikenalpasti melalui ciri-cirinya.Menurut Akhiar Pardi et al. (2012),terdapat lima ciri-ciri dalam kepemimpinan dan ditunjukkan dalam rajah di bawah.

    Berdasarkan rajah di atas, kepemimpian mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.Ciri pertamakepemimpinan adalah satu proses antara individu iaitu pemimpin (guru besar ataupengetua) akan mempengaruhi dan membimbing pekerja di bawah pentadbirannya (gurudan staf sokongannya) untuk melaksanakan kerja ke arah pencapaian matlamat organisasisekolah. Begitu juga halnya dalam kepimpinan guru dalam bilik darjah, guru bertindaksebagai pemimpin dan akan membimbing pelajar di dalam kelasnya supaya melaksanakanaktiviti untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Kedua, Kepemimpinanmenggambarkan terdapatnya beberapa kualiti tertentu pada seseorang seperti bijak, matangdan berpersonaliti. Sudah tentunya, dalam pendidikan, guru mempunyai kelayakan ikhtisasbagi mengelakkan sebarang pertikaian mengenai proses mengajar itu sendiri. Ilmupengetahuan guru sepatutnya mencapai tahap maksimun dan setiasa di tingkatkan untukmenjadikan seseorang guru itu dipandang tinggi oleh pelajar dan masyarakat. Ketiga,kepemimpinan guru merupakan proses kumpulan melibatkan dua atau lebih individuberinteraksi antara satu sama lain. Ciri ini dapat kita lihat dalam pengajaran danpembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Guru akan mengajar pelajar sama ada dalambilangan pelajar yang besar mahupun kecil.

    Ciri keempat ialah seorang pemimpin terlibat dalam membentuk tingkah lakukumpulan ke arah pencapaian organisasi.Dalam konteks bilik darjah, guru bertindak sebagai

    individu yang berusaha untuk memastikan pelajarnya mencapai prestasi yang diharapkanseterusnya mencapai kejayaan yang disasarkan sekolah.Ciri kelima ialah kepemimpinantertakluk kepada situasi. Tidak ada gaya kepemimpinan yang terbaik untuk semua keadaan.Tetapi bergantung kepada bagaimana sesuatu keputusan dibuat dan masalah diselesaikan.Begitu juga dalam kepimpinan guru dalam bilik darjah di mana guru perlu peka akan situasidan bertindak bijak, adil dan mempertimbangkan semua aspek sebelum membuatkeputusan.

    Ciri-CiriKepemimpinan

    proses antaraindividu

    kualiti tertentupada seseorang

    melibatkan duaatau lebih individu

    berinteraksi

    membentuktingkah laku

    kumpulan capaimatlamat

    tertaklukkepada situasi

    Rajah 1: Ciri-ciri Kepemimpinan

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    5/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    5

    10.1.5 KEPENTINGAN KEPEMIMPINAN

    Terdapat banyak kepentingan dalam kepemimpinan. Menurut Akhiar Pardi et al. (2012),terdapat tujuh kepentingan dalam kepemimpinan dan diringkaskan dalam rajah di bawah :

    Kepentingan kepemimpinan pula ialah memperkenalkan tindakan.Individu yang memulakansesuatu kerja dengan polisi dan perancangan kepada pekerja bawahan dikenali sebagaipemimpin. Dalam konteks bilik darjah, guru akan memberikan arahan kerja dan pelajar akanmenyiapkan tugasan berdasarkan arahan guru tersebut. Kepentingan kedua ialah motivasi.Motivasi penting kerana pemimpin akan memainkan peranan dengan menggalakkanpelaksanaan sesuatu kerja daripada orang yang dipimpinnya seperti sokongan danganjaran. Dalam konteks bilik darjah, guru akan sentiasa memberikan semangat, doronganyang berterusan supaya pelajar bermotivasi untuk belajar.

    Kepentingan seterusnya ialah memberikan bimbingan.Bimbingan tidak terhadkepada memberikan tugasan semata-mata, tetapi lebih menjurus ke arah bagaimanamenerangkan kepada pekerja untuk melakukan kerja dengan efisien dan berkesan.Aplikasidalam bilik darjah pula, guru bertindak sebagai pembimbing iaitu memberikan arahan yang

    jelas dan memantau pelajar bukannya membiarkan pelajar terkontang-kanting dalammenyiapkan tugas.Kepentingan seterusnya ialah menimbulkan keyakinan.Pemimpin yangbaik adalah pendengar yang baik.Tugas guru adalah membentuk keyakinan pelajar dalampelbagai aspek seperti komunikasi, perhubungan dan menyelesaikan masalah.Jikakeyakinan pelajar tinggi, pelajar dapat berdikari dan berusaha tanpa mengharapkanbimbingan guru sepanjang masa.Membina semangat merupakan kepentingankepemimpinan. Pemimpin yang hebat akan sentiasa membangkitkan semangat orang yangdipimpin. Guru mesti sentiasa membina semangat pelajar supaya pelajar tidak cepat putus

    asa dan bersikap cukup dengan apa yang ada dalam diri mereka. Membina semangatsangat penting untuk membimbing pelajar yang pernah mengalami kegagalan.Seterusnya, kepentingan kepemimpinan adalah membina persekitaran

    bekerja.Persekitaran di sini merangkumi perhubungan sesama ahlinya, persekitaran fizikalyang kondusif dan interaksi antara pemimpin dengan orang yang dipimpin.Dalam konteksbilik darjah, guru perlu menwujudkan persekitaran kelas yang baik, hal ini termasuklahsusun atur dalam bilik darjah, hubungan mesra di antara guru dengan pelajar dan pelajardengan pelajar. Guru perlu mengelakan bersikap tidak adil kepada pelajar supaya pelajartidak berasa wujudnya diskriminasi di dalam bilik darjah. Kepentingan berikutnya ialahkoordinasi. Koordinasi bermaksud suatu proses menghubungkan kegiatan-kegiatanmencakupi pelbagai bahagian organisasi. Koordinasi akan dicapai dengan mengambilkirapenyelarasan kepentingan peribadi dengan organisasi. Ianya lebih kepada kebergantunganantara pemimpin dengan orang yang dipimpin.

    KepentinganKepemimpinan

    PerkenalTindakan Motivasi

    MemberiBimbingan

    TimbulkanKeyakinan

    MembinaSemangat

    Membinapersekitaran koordinasi

    Jadual 2: Kepentingan Kepemimpinan

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    6/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    6

    10.1.6 TEORI KEPEMIMPINAN GURU

    Sejak dulu lagi, dunia telah merungkai pelbagai jenis teori kepemimpinan. Teori ini sedikitsebanyak menjadi panduan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalambilik darjah. Oleh itu, terdapat beberapa teori kepemimpinan yang akan dihuraikan seperti di

    bawah.

    Rajah 3: Teori-teori Kepemimpinan Guru

    Teori Pemimpin Lelaki Agung (The Great Man : 1840-an)Teori ini dipopularkan oleh Thomas Caryle.Dalam teori ini, terdapat beberapa andaian dimana ciri-ciri kepimpinan bersifat intrinsik bermaksud pemimpin dilahirkan bukannya dibina.Dalam teori ini menyatakan bahawa pemimpin sebenar telah ditakdirkan menjadi pemimpindan ia muncul apabila wujudnya masalah.Manusia telah dilahirkan bersama kualiti yangmengasingkannya daripada orang biasa dan membuatkan individu berkenaanbertanggungjawab memiliki kuasa dan autoriti. Ianya dianggap hero yang akan mencapaimatlamat yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain.

    Teori Tret (Trait th eory :1930-an -1940-an) Teori ini mempercayai kualiti-kualiti tret tertentu sama ada dibina atau dilahirkan bersamamenyebabkan seseorang itu terserlah dengan peranan sebagai seorang pemimpin. Teori inimemfokuskan kepada menganalisis ciri-ciri mental, fizikal dan sosial untuk mendapatkankefahaman mengenai kombinasi ciri-ciri umum yang terdapat dalam kalanganpemimpin.Pencarian ciri-ciri pemimpin ini bersandarkan kepada ciri yang terdapat padapemimpin yang berjaya mahupun pemimpin yang telah gagal.Melalui ciri-ciri tret tersebut,teori ini dapat menjangkakan keberkesanan kepemimpinan.Cerdik pandai telahmengklasifikasikan pendekatan tret untuk mengenalpasti ciri-ciri fisiologikal iaitu penampilan,tinggi dan berat, ciri-ciri demografi seperti umur, pendidikan dan latar belakang sosio-ekonomi. Ciri-ciri lain ialah personaliti, intelek, cara membuat keputusan, pertimbangan danlain-lain. Walaubagaimanapun, tret-tret ini bukanlah penentu kejayaaan kepemimpinantetapi prasyarat bagi mereka yang berpotensi menjadi pemimpin.

    Teori Pertukaran Pemimpin-Ahli (Leadership-Member Exchange)Teori ini wujud kerana pemerhatian tidak formal ke atas tingkah laku kepemimpinanmenjelaskan bahawa seorang pemimpin ke atas pengikut-pengikutnya adalah tidaksama.Dalam teori ini mengaitkan kualiti perhubungan seperti darjah kepercayaan, kesetiaandan lain-lain.Berdasarkan kepada teori ini, guru iaitu sebagai pemimpin membentuk pelbagaiperhubungan yang berbeza dengan pelbagai kumpulan muridnya.Sebagai contoh terdapatsatu kumpulan dikenali kumpulan dalaman iaitu kumpulan yang mendapat perhatiandaripada guru dan kumpulan luaran yang dikenali sebagai kumpulan yang kurang mendapatperhatian daripada guru.Perbezaan kumpulan ini juga dapat dilihat berdasarkan akses ilmuyang diberikan kepada mereka.

    Teori Tranformasional

    TeoriKepepmimpinan

    Guru

    TeoriPemimpin

    LelakiAgung

    TeoriTret

    TeoriPertukaranPemimpin-

    Ahli

    TeoriTranfor-

    masional

    TeoriTransak-

    sional

    TeoriLorong

    Matlamat

    TeoriSituasi

    TeoriKontigensi

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    7/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    7

    Kepemimpinan tranformasi merupakan konsep baru dan terdapat dalam semua peringkatorganisasi.Maksud guru transformasional ialah pemimpin yang mempunyai visi, berani,berinspirasi, pengambil risiko dan sebagainya.Pemimpin transformasional perlu mempunyaiempat faktor iaitu motivasi inspirasional, rangsangan intelektual, pengaruh yang idea danpertimbangan keindividualan.

    Teori TransaksionalGaya ini banyak digunakan oleh pengurus.Fokus utama teori ini ialah pengurusan kawalan,menyusun atur dan membuat perancangan jangka pendek.Ianya melibatkan motivasi danpemimpin guru mengarahkan murid menggunakan daya penarik kepada kepentingan iaitusendiri.Kuasa pemimpin dalam teori ini datang daripada autoriti formal mereka sertatanggungjawab dalam organisasi. Guru percaya motivasi boleh dilakukan sama adaganjaran mahupun dendaan. Jika pelajar patuh arahan, mereka diberikan ganjaran dansebaliknya.Transaksi yang berlaku di antara pelajar dan murid inilah membolehkanmatlamat tercapai.Namun, ianya berdasarkan kepada empat dimensi iaitu ganjaran luar

    jangkaan, pengurusan aktif dengan pengecualian, pengurusan pasif dengan pengecualiandan leissez-Faire.

    Teori Lorong MatlamatTeori ini dikemukakan oleh Robert House bermula dengan jangkaan teori motivasi.Teori inidiasaskan dengan andaian bahawa persepsi jangkaan pekerja antara usaha danpencapaian dipengaruhi oleh tingkah laku pemimpin. Pemimpin akan membantupimpin annya untuk mendapatkan ganjaran dengan menjelaskan jalan atau lorong ke arahmatlamat. Pemimpin bertindak selaku jurulatih atau fasilitator kepada pekerja bawahannya.Keberkesanan pemimpin bergantung kepada kepada persekitaran dan gaya kepemimpinantertentu. Gaya kepimpinan yang disebutkan di atas merujuk kepada empat dalam teori iniiaitu mengarah, mengokong, penyertaan dan berorientasikan pencapaian.

    Teori Situasi: Model Hesley BlanchardMenurut model ini, pemimpin perlu menyesuaikan diri dengan gaya kepemimpinan mengikutkesediaan murid yang bergerak mengikut tahap. Tahap kesediaan murid dipengaruhi olehguru.Kesediaan di sini bermaksud sejauhmana kebolehan dan kesanggupan pelajarmelaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.Kesediaan juga bermaksud motivasi dankomitmen yang diperlukan untuk melakukan sesuatu tugas.Kebolehan pula merupakanpengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar untuk melakukan kerja.Jadi, kepemimpinan guru akan bergantung kepada tahap kesediaan pelajar. Ringkasnya,tahap kesediaan pelajar yang tinggi akan menunjukkan kemampuan pelajar juga tinggiuntuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dan sebaliknya.

    Teori KontigensiTeori kepemimpinan kontigensi ini diasaskan oleh Fred E. Fiedler berdasarkan kepadakajian yang dibuat ke atas pelbagai keberkesanan kumpulan dengan kumpulan yangdiberikan kepada perhubungan antara kepemimpinan dan pencapaian organisasi. MenurutFiedler, jika organisasi ingin mencapai keberkesanan kumpulan melalui kepemimpinan,maka akan terdapat keperluan untuk menilai pemimpin mengikut tret dan faktor situasi yangdihadapi oleh pemimpin. Tret pemimpin juga dilihat melalui sikap pemimpin seperti efisien,bekerjasama, menarik, ramah dan sebagainya.Faktor situasi pula dapat dilihat kepada tigafaktor iaitu hubungan guru dengan pelajar, struktur tugas dan kedudukan kuasa.

    Kesimpulannya, kepimpinan merupakan faktor penting dalam pengurusan kurikulumbilik darjah.Kejayaan pelajar pada hari ini memerlukan guru yang mempunyai sikapkepemimpinan yang cemerlang. Keberkesanan guru memimpin pelajar akan mengarah

    kepada pencapaian objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    8/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    8

    10.2 KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH YANG BERKESAN

    Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk menggalakkanmereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Dalam kajian-kajianlepas oleh Rahmad Sukor Ab Samad dan Shahrir Jamaluddin (2005), menunjukkan

    kepimpinan adalah satu seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitandengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke arah keberkesanan danpencapaian matlamat organisasi.

    Kepimpinan kurikulum bilik darjah yang berkesan lebih terarah kepada bagaimanaguru sebagai seorang pemimpin di dalam bilik darjah dapat mewujudkan satu suasanapengajaran dan pembelajaran yang kondusif serta memberi keselesaan dan keseronokankepada para pelajar dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang disasarkan. Selainitu, kepimpinan guru dalam bilik darjah yang berkesan juga merangkumi gaya pengajarandan pembelajaran yang menarik, aplikasi model sahsiah bagi mengenali personaliti pelajar,cara berinteraksi dan berkomunikasi yang baik serta corak pengurusan bilik darjah yangdinamik.

    10.2.1 GAYA KEPIMPINAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

    Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dansuasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepadaaspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan objektif dan matlamat pengajarantercapai, guru perlu mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah:i. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar

    Guru dan pelajar yang berada di dalam satu kelas mempunyai objektif yang samadalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kedua-dua pihak harusbekerjasama bagi mencapai objektif yang disasarkan. Hubungan yang baik antara gurudan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individuyang memerlukan pertolongan dan pelajar menghormati guru sebagai orang yangmembantunya dalam menuntut ilmu.

    ii. Sikap guru yang optimisGuru sebagai pengurus perlu yakin dan berupaya mengendalikan kelasnya. Pelajarakan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru menunjukkan kesungguhandalam menjalankan tugasnya dengan yakin dan berkesan.

    iii. Bersikap positif kepada semua pelajarGuru harus bersikap positif terhadap semua pelajar tanpa mengira tahap kognitifmereka. Kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan efisien dapat dicapai sekiranyaguru mendapat kerjasama dari semua pelajar termasuk pelajar yang bermasalah.Sebagai contoh, guru perlu bersikap positif dan memberi perhatian yang lebih semasadi dalam bilik darjah. Apabila pelajar yang bermasalah ini menyedari sikap guru yangpositif dan mengambil berat, mereka akan bersikap terbuka, berkongsi dan mengubahperlakuan yang bermasalah.

    iv. Mencegah lebih baik dari merawatBagi seseorang guru, mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik darimengambil tindakan untuk merawat atau mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam

    mewujudkan suasana yang kondusif dalam bilik darjah dan mencegah perlakuan negatifpelajarnya.v. Prosedur pengurusan yang tegas

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    9/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    9

    Sebagai pemimpin dalam sesebuah bilik darjah, guru perlu tegas dalam melaksanakanperaturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang melanggar rutin perlu diberihukuman mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahanmelaksanakan segala peraturan akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadapguru.

    vi. Memberi dorongan yang positif Guru perlu memberi dorongan yang positif kepada pelajar setiap masa. Perlakuanpositif yang ditunjukkan oleh pelajar harus diberi pujian yang sewajarnya sebagairansangan untuk mereka terus bersikap positif.

    Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran.Keberkesanan pengajaran juga bergantung kepada kebolehan guru menggunakankemahiran mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran. Segala aktivitipengajaran perlu dirancang supaya dapat meransang pelajar belajar.

    Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar adalah satupendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian

    berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaranberpusatkan pelajar. Bagi model pembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukanhanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiranbelajar dan self-awareness . Peranan guru pula berubah daripada berperanan memberikepada menjadi fasilitator.

    Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek mindapelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran perluselaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkanpelajar. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah:

    a) Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiranmelalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum.

    b) Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiridengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dansebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu.

    c) Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian denganperingkat pengajian termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif,pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaranberasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya,pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.

    d) Komunikasi antara pelajar dan guru adalah dua hala. Guru menggunakankaedah menyoal untuk membimbing pelajar supaya berfikir dan bertindak denganmemberikan jawapan.

    e) Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian digunakan untuk mengkaji

    kelemahan-kelemahan pelajar.f) Peluang interaksi antara pelajar adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif

    seperti tolong-menolong dan kerjasama diterapkan dalam pengajaran danpembelajaran.

    Strategi dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan dapat menarikminat pelajar terhadap pembelajaran. Terdapat pelbagai model pengajaran sama adasecara langsung atau tidak langsung yang dapat diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjahbagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru harus bijakmemilih strategi pembelajaran yang sesuai dengan personaliti dan keupayaan pelajarnya.

    10.2.2 APLIKASI MODEL SAHSIAH DALAM BILIK DARJAH

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    10/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    10

    Model sahsiah merujuk kepada pembentukan personaliti seseorang yang meliputipembentukan sifat-sifat psikologi seseorang individu secara keseluruhan merangkumiperangai, kecerdasan,sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai yangdipegangnya. Kesemua faktor tersebut menentukan tingkah laku dan corak pemikirannya.Dalam usaha mengaplikasikan model ini dalam bilik darjah guru perlu memahami jenis-jenis

    personaliti pelajar yang dihadapinya ( Rohizani Yaakub, Shahabuddin Hashim dan MohdZohir Ahmad, 2003 ).Menurut Carl Jung(1875-1961), personaliti individu terbahagi kepada tiga jenis iaitu

    ekstrovert, introvert dan ambivert. Salah satu faktor yang membantu suasana bilik darjahyang berkesan adalah apabila guru dapat menyesuaikan aktiviti pengajaran danpembelajaran dengan personaliti pelajar-pelajarnya. Pelajar yang tergolong dalam kategoriekstrovert akan menunjukkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, sukabercampur gaul, aktif dan ligat, inovatif, gemarkan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap,cepat bertindak, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Pelajar dalamkategori ini berfikiran konvergen. Mereka melihat sesuatu masalah dalam perspektif yangluas dan cuba mencari penyelesaian dengan cara memikirkan banyak alternatif. Guru bolehmenyediakan aktiviti pembelajaran yang mencabar supaya banyak tenaga dapat disalurkan

    dalam usaha mencari penyelesaian. Dengan cara ini, masa mereka akan terisi denganberfaedah dan mengelakkan mereka menjadi nakal dan mengganggu rakan -rakan yanglain.

    Pelajar jenis introvert pula mempunyai ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan,pemalu, sensitif, cermat, reflektif atau sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak dan kurangbersedia menanggung risiko. Pelajar jenis ini nampak lebih tenang tetapi penakut. Merekatidak sukakan kejutan dan sesuatu yang di luar kebiasaan. Guru perlu menyediakan aktivitiyang dapat meningkatkan morale mereka supaya lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan. Pelajar dalam kategori ini sangat sesuai melibatkan mereka dengan aktivitiberkumpulan supaya dapat memupuk keyakinan dan menyingkirkan perasaan malu melaluiinteraksi dalam kumpulan. Bagi pelajar ambivert pula mereka sesuai dengan kedua-dua

    jenis aktiviti sama ada aktiviti kumpulan ekstrovert atau introvert kerana pelajar dalamkategori ini tidak menunjukkan personaliti yang ketara introvert atau ekstrovert.

    Keberkesanan kepimpinan guru dalam bilik darjah dapat dilihat apabila semuapelajar dapat melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Apabilaguru dapat menyesuaikan aktiviti dengan personaliti dan sahsiah pelajar, objektif utamapengajaran dapat dicapai dengan membentuk perubahan tingkah laku daripada satu tahapyang rendah kepada tahap yang lebih tinggi.

    10.2.3 PENGUATKUASAAN DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH

    Salah satu matlamat pendidikan negara adalah melahirkan rakyat yang berdisiplin. Disiplinmerupakan satu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlakmulia, berfikiran rasional, mematuhi undang-undang dan hak individu lain,bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.Rakyat yang berdisiplin adalah penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yangbertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif (Mok Soon Sang, 2011)

    Di dalam sesebuah bilik darjah, murid-murid yang berdisiplin adalah penting untukmenghasilkan pencapaian objektif pembelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yangbaik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis, aktiviti danpembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur serta licin, keberkesananpengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, segala tugas dapat diselesaikanmengikut jadual, sifat bertanggungjawab, tolong menolong, toleransi, kerajinan, kerjasamadan kebersihan dapat dipupuk, dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebihbermakna dan menyeronokkan.

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    11/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    11

    Pengurusan disiplin bilik darjah yang baik akan memberikan implikasi yang positifseperti guru dapat melaksanakan rancangan pengajaran mengikut masa yang ditetapkantanpa gangguan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilancarkan secarasistematik, dalam suasana kondusif dan berkesan. Selain itu, pelajar-pelajar akan berasagembira dan selamat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penerapan nilai-

    nilai murni dapat dipupuk dengan berkesan dalam bilik darjah yang berdisiplin. Keterangan,arahan dan bimbingan guru dapat diikuti dengan oleh semua pelajar dengan tepat dantanpa keraguan selain kemalangan atau kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

    Bagi mewujudkan disiplin bilik darjah yang berkesan, guru perlu menggunakanpendekatan yang sistematik bagi mengubah tingkah laku pelajar melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman operan. Antaranya ialah memberi peneguhan sama ada peneguhan positifatau peneguhan negatif serta dendaan yang bertujuan mendidik pelajar dan bukanmenghukum. Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatupeneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas itu berlaku akan bertambah.Peneguhan positif seperti memberi pujian, penghargaan atau hadiah berfungsi sebagaiganjaran yang mendorong pelajar untuk bertingkah laku secara positif dan berdisiplin.

    10.2.4 KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

    Menurut Rohizani Yaakub et al .(2003), komunikasi ialah perhubungan antara dua atau lebihpihak. Komunikasi boleh berlaku dalam banyak keadaan sama ada aktif atau pasif. Dalamkonteks bilik darjah biasanya guru aktif memberikan maklumat kepada pelajar manakalapelajar kurang berpeluang berkomunikasi dengan guru mereka. Perhubungan sehala sepertiini biasanya menyebabkan pelajar cepat bosan kerana dipaksa menerima sebanyakmungkin maklumat yang disampaikan.bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang aktifdan berkesan, guru-guru perlu mengetahui teknik komunikasi yang berkesan sama adaantara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Komunikasi dalam bilik darjah boleh

    berlaku dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Guru perlu menguasai segala bentukkomunikasi kerana ia amat berpengaruh dalam menentukan keberkesanan pembelajaran.Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai supayapelajar berasa senang dan seronok berada di dalam kelas.

    Bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah guru perlumenggunakan bahasa yang jelas dan tepat tanpa sebarang ayat yang panjang sertaberbelit-belit yang boleh menyebabkan pelajar keliru. Sebagai contoh guru perlumengelakkan penggunaan perkataan mungkin, boleh jadi atau perkataan -perkataan yangboleh menimbulkan kekeliruan. Guru perlu pasti mengenai sesuatu perkara yang ingindisampaikan kepada pelajar. Perancangan yang rapi juga dapat membantu gurumenyampaikan maklumat atau isi pelajaran dengan teratur dan sistematik. Sekiranyaperancangan tidak dijalankan, fokus pembelajaran aakan terganggu dengan idea-idea yangtiada kaitan. Ini akan menyebabkan pelajar keliru dan medan semantik yang terbentuk jugaakan bercampur aduk ( Rohizani Yaakub et al. 2003 ).

    Komunikasi bukan lisan oleh guru juga penting dalam memastikan keberkesanankomunikasi dalam bilik darjah. Komunikasi bukan lisan dalam bentuk tingkah lakumemainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan hubungan mesra di kalangan gurudan pelajar. Pemerhatian pelajar pada gerak-geri guru seperti senyuman, suara, gerak matadan kemesraan boleh mempengaruhi minat dan pemahaman pelajar terhadappembelajaran.

    10.2.5 CORAK SUSUNATUR DAN IKLIM BILIK DARJAH

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    12/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    12

    Kepimpinan kurikulum bilik darjah yang berkesan merangkumi corak pengurusan bilik darjaholeh guru yang terlibat. Susun atur fizikal bilik darjah yang baik akan menggalakkan danmemperbaiki suasana pembelajaran. Savage (1999), menyatakan susun atur fizikal bukansahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malahan guru juga, dan ini dapat menyumbangkepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkahlaku pelajar. Suasana bilik

    darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkanmalah akan memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahamipelajaran dengan cara yang efektif.

    Guru harus memainkan peranan penting dalam memastikan susun atur fizikal dapatmenambahbaikkan daya tarikan dalam bilik darjah tersebut. Menurut MacAulay (1990), bilikdarjah sebaiknya diatur agar ia dapat menampung aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagimemenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini umpamapentas yang mana guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial dan emosi pelajar.

    Antara fungsi penting susunatur adalah untuk memaksimakan cara guru boleh melihat dandilihat oleh pelajar semasa proses pengajaran, menyediakan ruang yang mencukupi untukmemudahkan pergerakan pelajar dan guru, mengurangkan gangguan dan memberikeselesaan kepada guru dan pelajar.

    Dalam Teori Pembudayaan Sosial, guru dan pelajar memainkan peranan pentingketika bekerjasama antara satu sama lain. Guru perlu menyediakan keadaan bilik darjahyang kondusif sesuai dengan teori ini yang mementingkan interaksi sosial. Keadaan mejadan kerusi di dalam bilik darjah perlu disusun mengikut kelompok kumpulan yang telahditentukan. Suasana pembelajaran perlu direkabentuk agar menggalakkan interaksi dankerjasama antara pelajar. Interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang yanglebih berketrampilan akan meransang operasi mental yang cerdas seterusnya dapatmewujudkan persekitaran yang aktif dan seronok ( Baharom Mohamad, Ahmad Esa & HusinJunoh, 2008 ).

    Guru juga perlu memastikan elemen-elemen seperti kebersihan, keselamatan,pengudaraan dan pencahayaan di ambil kira. Hal ini bagi memastikan pelajar dapat belajardengan selesa dan selamat. Seterusnya guru harus merancang ruang pembelajaran yanglain seperti carta pembelajaran, sudut bacaan dan sudut pengayaan supaya pelajar dapatmenggunakan masa terluang dengan sebaiknya. Bagi setiap ruang, pastikan cara yangsesuai untuk melibatkan semua pelajar supaya setiap ruang dapat dimanfaatkansepenuhnya. Guru juga perlu menunjukkan cara penggunaan ruang pembelajaran dan caramenggunakan kemudahan dalam bilik darjah supaya tidak berlaku kerosakan ataukemalangan ( Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel,2011 ).

    Menurut Kamarol Baharen Mohd Rom dan Johan@ Eddy Luaran (2011), iklim bilikdarjah juga memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah. Dalam konteks ini, penggarapan misi kelas dan muridharus jelas dan mudah difahami. Guru-guru perlu mempunyai peranan sebagai membantumempromosi bilik darjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selainmelaksanakan perkara-perkara berikut; penekanan kepada pengajaran asas, jangkaan gurubahawa setiap murid berkebolehan mencapai kecemerlangan berdasarkan FalsafahPendidikan Kebangsaan, kewujudan satu sistem objektif pengajaran yang jelas untukmengawal prestasi murid, dan melaksanakan subjek pengajaran secara berkesan,sistematik dan mempunyai keunikan tersendiri.

    10.2.6 CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN

    Keberkesanan bilik darjah dapat dilihat dalam ciri-ciri berikut. Guru-guru bolehmenggunakan panduan ini bagi mencorakkan persekitaran bilik darjah yang kondusif.

    i. Suasana demokratik di dalam bilik darjah

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    13/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    13

    Bilik darjah adalah tanggungjawab bersama antara guru dan pelajar. Para pelajar juga boleh memberi pendapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun,guru perlu menetapkan cara-cara untuk mengemukakan pendapat. Guru juga harusmelibatkan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan rutin bilik darjah.Penglibatan pelajar dalam suasana demokratik akan menjadikan mereka lebih

    bertanggungjawab, berdikari dan mempunyai hak dalam proses pengajaran danpembelajaran.ii. Guru sebagai pendidik dan fasilitator

    Selain mendidik, guru harus tahu kebolehan dan minat pelajar. Guru harusmeletakkan jangkaan yang realistik terhadap pelajar-pelajarnya. Jangkaan ini harusbersesuaian dengan pencapaian dan kebolehan pelajar di mana setiap pelajar dalambilik darjah itu ditetapkan dengan jangkaan peribadi dan tidak boleh dibandingkandengan pelajar lain. Guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu pelajarmencapai jangkaan tersebut. Apabila pelajar mencapai jangkaan, penghargaanharus diberi seterusnya guru bersama pelajar membina jangkaan dan objektifpembelajaran yang ingin dicapai pada peringkat yang lebih tinggi.

    iii. Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan menghormati

    Hubungan atas dasar saling mempercayai dan menghormati akan menghasilkanpersekitaran emosi dan sosial yang kondusif. Guru memberi kepercayaan kepadapelajar untuk melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan dan dibincang bersamadalam bilik darjah, bertindak balas serta memilih corak pembelajaran yang diminatidengan bantuan dan nasihat guru. Guru juga harus menghormati hak pelajar dalammendapatkan ilmu pengetahuan dengan bersikap adil dan bertanggungjawab. Sikapguru yang baik akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajarnya.

    iv. Guru percaya setiap pelajar mempunyai kebolehan mencapai kejayaanSetiap pelajar mempunyai hak untuk belajar dan berjaya. Guru mesti bersikap adiltanpa prejudis. Kadangkala pelajar tidak dapat menunjukkan prestasi yang baikkerana mempunyai masalah peribadi, tidak tahu cara belajar yang betul, kurangrangsangan atau mempunyai masalah kesihatan. Guru yang peka dapatmenggunakan cara yang terbaik untuk memotivasikan pelajarnya untuk terus belajar.

    v. Guru menunjukkan contoh teladan yang baik untuk diikutiSegala tingkahlaku guru semasa mengurus dan mengendalikan bilik darjah akandiperhatikan oleh pelajar. Tunjukkan contoh yang terbaik tentang cara berkomunikasiyang betul, cara mengikut peraturan dan rutin yang telah ditetapkan serta caramelibatkan diri dalam proses pembelajaran. Guru juga perlu menunjukkan semangat,emosi dan nilai-nilai murni sepanjang berada bersama pelajar.

    vi. Menjadikan bilik darjah tempat yang seronok dan selamatBilik darjah yang bersih, ceria, kemas dan selamat akan mendorong pelajar untukbelajar dalam suasana yang baik. Guru harus peka dengan elemen-elemen fizikalbilik darjah. Perbincangan dengan pelajar perlu dilakukan supaya mereka dapatmenyumbang idea bagi keselesaan mereka sendiri. Bahan atau alat yang bolehmendatangkan bahaya perlu disimpan jauh dari capaian pelajar. Guru perlumemberitahu prosedur penggunaan alat yang tajam dan berbahaya supaya tidakberlaku kemalangan di dalam bilik darjah.

    vii. Guru menunjukkan semangat dan kecintaan yang tinggi untuk mengajarGuru yang bersemangat untuk mengajar dan mendidik juga akan dapat menaikkansemangat pelajarnya untuk belajar. Guru yang mencintai dunia pendidikan akanmerancang sebaik mungkin untuk mendapatkan persekitaran yang baik untuk beliaumengajar dan mendidik pelajarnya dengan berkesan. Guru ini akan sentiasamemperbaharui pengetahuannya sama ada dalam bidang yang diajar atau ilmu-ilmulain supaya dapat dikongsikan dengan pelajarnya.

    viii. Pembelajaran berasaskan individu

    Sebuah bilik darjah yang berkesan akan menekankan pencapaian inidvidu. Gurumelihat pelajarnya sebagai individu yang bersaing dengan diri sendiri untukmencapai kejayaan yang maksimum berdasarkan kebolehan dan pencapaian

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    14/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    14

    masing-masing. Guru juga sedar pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan yangberbeza bagi setiap individu, dan tidak tertakluk kepada pencapaian akademiksemata-mata. Para pelajar akan berasa selesa apabila kebolehan mereka dihargaiseterusnya dapat meningkatkan motivasi kendiri bagi mencapai kejayaan.

    ix. Mempunyai semangat kekitaan

    Sebuah bilik darjah yang menekankan semangat kekitaan antara pelajar akanmempunyai semangat kerjasama dan tanggungjawab yang tinggi terhadap bilikdarjah mereka. Mereka saling membantu dan bekerjasama meningkatkanpersekitaran pembelajaran yang kondusif. Pelajar-pelajar yang mempunyaipengurusan kendiri dan kepunyaan yang tinggi terhadap bilik darjah akan mematuhiperaturan dan rutin yang telah ditetapkan serta membantu guru mengekalkankeharmonian bilik darjah mereka.

    x. Mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjahKomunikasi yang berkesan dalam bilik darjah akan berlaku apabila guru dan pelajarsaling menghormati dalam penyampaian maklumat dan berkongsi pendapat sertamasalah. Tidak ada perasaan prejudis atau berat sebelah, guru senang didekatitetapi mempunyai batasan tertentu yang perlu dihormati oleh pelajar. Hubungan

    antara pelajar dengan rakan sekelas juga berjalan atas landasan yang sama di manamereka boleh berkomunikasi tanpa sebarang masalah antara satu sama lain.Suasana yang harmoni akan memudahkan guru mengawal dan mengendalikanperjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

    Sebagai kesimpulan, guru perlu bijak merancang, menyusun dan mempraktikkan langkah-langkah pelaksanaan bilik darjah yang berkesan. Guru sebagai pemimpin bilik darjahbertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelajar-pelajarnya ibarat ibu atau bapa keduaselepas ibu bapa mereka. Keselesaan, keselamatan dan keharmonian yang ada dalamsesebuah bilik darjah dapat meningkat minat pelajar untuk datang ke sekolah dan mengikutiaktiviti-aktiviti yang dijalankan tanpa menimbulkan banyak masalah. Guru juga akan berasasenang dan bersemangat untuk terus mengajar dan mendidik pelajar-pelajar serta berusaha

    mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan oleh sekolah, masyarakat dan negara.

    10.3 HUBUNGKAIT ANTARA KEPIMPINAN KURIKULUM DENGANPENCAPAIAN PELAJAR.

    Kepimpinan dilihat sebagai satu cabang seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusiaberkaitan dengan tugas dan tanggungjawab dimana ketelitian mereka secara sukarela danberusaha kearah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan kurikulum dalam bidangpendidikan seringkali dikaitkan dengan peranan guru dalam merealisasikan hasrat dan

    impian serta matlamat umum sekolah. Pada dasarnya kepimpinan sekolah diterajui olehkumpulan pentadbir yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-guru KananMatapelajaran. Struktur ini akan membentuk satu organisasi yang merupakan JawatankuasaKurikulum sekolah. Kepimpinan jawatankuasa ini dikatakan berkesan apabila mereka dapatmempengaruhi kualiti dan imej sekolah secara positif dan berterusan.

    Aspek kepimpinan di sekolah seringkali dikaitkan dengan peranan yang dimainkanoleh guru-guru di sekolah dan bilik darjah. Guru merupakan agen perubahan dalampendidikan melalui proses pendidikan formal dan informal di sekolah. Peranan guru bukansahaja menerapkan ilmu pengetahuan dan nilai serta kemahiran selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan malah lebih daripada itu dalam menentukan tahap pencapaian dankecemerlangan sekolah serta kejayaan pelajar dari semasa ke semasa. Kejayaan dan

    kecemerlangan sesebuah sekolah dikatakan bergantung kepada kepimpinan yang berkesandan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan bukan akademik. Tahap pencapaian

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    15/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    15

    pelajar pula diukur melalui pembelajaran pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran yangdisampaikan oleh guru di sekolah. Kualiti pengajaran guru pula diukur dengan melihatkepada keupayaan guru mempengaruhi pembelajaran pelajar maka pencapaian pelajarsebenarnya mempunyai hubungkait antara kepimpinan dan peranan pentadbir dan gurumatapelajaran di sekolah.

    10.3.1 PERANAN PENTADBIR

    Pentadbir sekolah merupakan pemimpin yang perlu menunjukkan keperihatinan dan sikapmengambil berat mereka bagi memimpin guru dan pelajar kearah kecemerlangan dalamprogram pengajaran dan pembelajaran. Tugas utama pentadbir dalam menentukankecemerlangan pelajar adalah menentukan matlamat sekolah, mengurus program-programpengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran danpembelajaran yang berkesan. Tugas ini perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa kurikulumyang merupakan agenda kerja utama mereka di sekolah. Mereka juga adalah pengurus

    pengajaran dan pembelajar an di sekolah dan merupakan role model dalam memotivasikanguru-guru serta tidak lokek berkongsi pengalaman dan kemahiran bagi meningkatkan mutupengajaran di bilik darjah. Tegasnya mereka adalah pemantau pelaksanaan kurikulum dankokurikulum serta tingkah laku dan sahsiah diri pelajar. Pentadbir juga hendaklahmemastikan sekolah mendapat sokongan komuniti sekitarnya supaya wujud satu pengaruhyang besar terhadap pandangan masyarakat terhadap sekolah.

    Kecemerlangan sesebuah sekolah sentiasa diukur dengan tahap pencapaianakademik pelajar. Bagi memastikan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam bidangkurikulum kekal pada tahap yang memberansangkan maka pentadbir sekolah perlumemastikan beberapa elemen penting yang patut dilaksanakan. Antara elemen-elemenyang dikenalpasti sebagai usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar adalah menyediakantenaga pengajar yang mencukupi, peruntukan atau sumber kewangan yang mencukupi,kemajuan staf sekolah terutama guru-guru dan budaya serta iklim yang diterapkan disekolah. Bagi memastikan pencapaian pelajar berada pada aras yang memberansangkanmaka perkara utama yang perlu ada di sekolah adalah menyediakan tenaga pengajar yangmencukupi dan terlatih mengikut opsyen masing-masing. Guru yang terlatih akan komiteddengan pekerjaannya dan sanggup berkorban masa dan tenaga bagi menentukankecemerlangan pelajar-pelajarnya. Mereka akan menunjukkan minat yang tinggi terhadappengajaran di bilik darjah dengan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik.

    Ditinjau daripada aspek kewangan, pentadbir perlu merancang dan menyediakananggaran perbelanjaan yang cekap dan tersusun. Kecekapan dalam merancang kewanganakan dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar dilaksanakan dengansepenuhnya. Pentadbir perlu membuat agihan perbelanjaan mengikut prioriti dankeutamaan supaya peruntukan yang diperoleh digunakan sebaik mungkin untuk penyediaanperalatan pembelajaran seperti buku rujukan di perpustakaan, alat tulis, peralatan sains,kertas latihan, peralatan teknologi pembelajaran dan sebagainya. Selain itu pentadbir jugaharus memastikan perbelanjaan yang dibuat mengikut prosedur dan tatacara kewanganyang betul dan tulus. Hal ini kerana banyak masalah akan timbul pada kemudian hariberikutan perbelanjaan yang dibuat tidak mengikut saluran yang telah ditetapkan oleh pihakberwajib. Sekiranya terdapat pentadbir yang berbuat demikian maka sekolah tidak mungkinmempunyai pengurusan kewangan yang efisen dan seterusnya murid tidak mendapat hak-hak mereka melalui peruntukan yang telah disediakan.

    Ketiga, pentadbir perlu memastikan kemajuan staf di sekolah dalam kalangan guru-guru dengan membuat analisis tentang keperluan latihan yang sewajarnya diikuti. Guru-guruperlu menyediakan diri dengan ilmu sebanyak mungkin sebelum mengurus dan memimpin

    pelajar di dalam bilik darjah. Guru perlu menghadiri kursus-kursus kepimpinan yangberkaitan supaya boleh membentuk dan memotivasi murid mencapai kejayaan. Selain ituguru perlu diberi latihan dalam perkhidmatan untuk memperkembangkan kemahiran dan

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    16/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    16

    pengalaman guru-guru di sekolah dalam bidang ilmu pengetahuan tertentu atau kemahiranmelaksanakan tugasan dan kerja. Lazimnya latihan dalam perkhidmatan dijalankan padahujung minggu atau pada masa cuti sekolah untuk mengelakkan gangguan kepada prosespangajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal yang demikian patut diurus untuk kemajuanstaf di sekolah supaya dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam

    merencanakan kecemerlangan akademik pelajar.Keempat, suasana aman dan tenteram amat diperlukan bagi memastikan prosespengajaran dan pembelajaran murid berjalan dengan lancar dan berkesan. Iklim sekolahyang kondusif akan memberi impak yang terbaik kepada pelajar dalam merangka kejayaanmereka dari segenap bidang yang mereka ceburi, kurikulum mahupun kokurikulum. Iklimsekolah yang dikatakan baik dan kondusif mengandungi ciri-ciri seperti alam belajar yangbersih, teratur dan tenteram, perhubungan yang baik antara komuniti di sekolah serta salinghormat- menghormati diantara murid-murid dengan kakitangan akademik. Disamping itupentadbir perlu mewujudkan satu keadaan di mana setiap pelajar perlu melibatkan diridalam kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan termasuk usaha menggunakan bahasadengan betul dan sesuai. Seterusnya pentadbir harus memastikan kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Mok

    Soon Sang, 2008). Dengan hal demikian, terbinalah satu suasana yang dipanggil budayasekolah. Budaya ini menekankan beberapa aspek penting di sekolah anataranya adalahsemangat kerja berpasukan, kesepunyaan, mengamalkan nilai-nilai murni, wujudnyaperbincangan professional dan membudayakan ilmu pengetahuan di sekitar kawasansekolah. Apabila budaya sekolah digunapakai sehari-hari maka tidak mustahil tahappencapaian pelajar berada pada kedudukan tertinggi.

    Tidak dinafikan juga jawatankuasa kurikulum yang dibentuk di sekolah memainkanperanan yang amat besar bagi memastikan pencapaian akademik dan bukan akademikpelajar. Fungsi jawatankuasa kurikulum adalah menyelaraskan segala dasar kurikulumsekolah dengan merancang program pemantauan bagi memantau pengurusan panitia matapelajaran dan pelaksanaan aktiviti tahunan untuk pelajar serta memantau prosespengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jawatankuasa ini juga berfungsi dalammemastikan pusat sumber diurus dengan sempurna dan dapat membantu programpeningkatan akademik. Disamping itu, mereka juga akan sentiasa berusaha untukmemperbanyakkan dan mempelbagaikan bahan bantu belajar dan bahan bantu mengajar.Jawatankuasa kurikulum yang cekap, bersistematik dan berkesan akan menguruskemudahan pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin.

    10.3.2 PERANAN GURU

    Sekiranya kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan pencapaian akademik pelajar makapencapaian akademik pelajar pula diukur pada kualiti pengajaran guru di sekolah. Bilikdarjah merupakan medan di mana guru-guru mempamerkan amalan pengajaran danpembelajaran yang berkesan. Kualiti pembelajaran dapat dinilai berdasarkan kualitipengajaran guru sama ada bertindak sebagai pemudahcara, pendorong, perujuk ataupenyelesai masalah. Guru mestilah mempunyai kebolehan merancang, mengarah,mengawal dan membentuk strategi untuk mencapai objektif pembelajaran. Prosespengajaran dan pembelajaran yang terancang akan menghasilkan kecemerlanganakademik pelajar. Guru hendaklah mempelbagaikan teknik pengajaran berpusatkan pelajarsupaya berlakunya interaksi dua hala yang melibatkan peranan pelajar supayapenyampaian guru tidak membosankan.

    Disamping itu guru mestilah mahir menyesuaikan diri dalam apa juga situasi yangakan berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, pelajar yang hadir ke sekolah mempunyai

    personaliti, latar belakang keluarga dan budaya hidup yang berbeza. Ilmu pengetahuanyang diperoleh guru secara berterusan dapat meningkatkan keberkesanan pengajarannya didalam bilik darjah. Penilaian yang berterusan juga mampu untuk meningkatkan tahap

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    17/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    17

    pencapaian pelajar dalam akademik mereka. Satu kajian berkaitan Iklim Pengajaran DalamPendidikan Menengah di Belanda telah dibuat oleh Van de Grift, Th. Hauntveen dan C.Vermeulan (1997) mendapati bahawa faktor-faktor tingkah laku guru dalam pengajaranberhubung kait dengan pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik ialah pertamaguru kerap memantau keputusan murid. Kedua, guru memberi penekanan kepada kejayaan

    pelajar ketiga adalah harapan atau jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan pelajar dankeempat pula iklim pengajaran yang teratur di bilik darjah. Rumusan terhadap kajiantersebut, mereka menyatakan bahawa semakin tinggi keupayaan guru semakin baik gurumenyediakan pelajar untuk menduduki ujian dan semakin tinggi guru menawarkan iklimpengajaran yang teratur, semakin tinggi keputusan yang diperoleh pelajar.

    Seterusnya guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengantugas mereka bagi memastikan komunikasi dan interaksi diantara guru dan pelajar tidakdisalahtafsirkan. Kemahiran ini akan membuktikan keberkesanannya dengan melihatbagaimana guru memimpin dan mengurus bilik darjah. Menurut Hook dan Vass (2000),kepimpinan bilik darjah merupakan satu kemahiran seorang guru mengurus dirinya sendiridan berkomunikasi dengan orang lain. Kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukanguru-guru memiliki kemahiran yang merangkumi keupayaan menghasilkan hubungan yang

    berkesan dengan pelajar, memahami tingkah laku pelajar, memahami bilik darjah adalahsatu sistem yang perlu diuruskan dan berkebolahan menyelesaikan masalah sertamenganalisis maklumat.

    Fredriksen dan Rhodes (2004) dalam Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Nordin AbdRazak (2010) menyatakan bahawa hubungan antara guru dan pelajar boleh memberi kesanterhadap pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar. mereka berpendapat guru yangmemberi sokongan kepada pelajarnya akan menyemarakkan motivasi pelajar untukmengambil bahagian yang aktif dalam matapelajaran yang sebelum ini kurang diminatinya.Selain daripada itu, kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru untuk menyampaikan visikepada pelajar-pelajar supaya dapat meyakinkan dan mempengaruhi mereka mengikutserta berusaha untuk mencapainya. Dengan kemahiran yang ada pada guru-guru makapencapaian pelajar menampakkan hasil yang memberansangkan. Bilik darjah yang sihatdan kondusif akan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada pelajar-pelajar. Selainkemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar, guru perlu menyediakan dirimereka dengan pembangunan sosial pelajar dari sudut tingkah laku mereka. Perkara iniperlu dititikberatkan sebagai agenda penting dalam merencanakan kepimpinan danpengurusan tingkah laku di dalam bilik darjah. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teori-teoripembelajaran dan tingkah laku dipraktikkan secara optimum supaya pelajar merasa selamatberada di dalam bilik darjah.

    Amalan pengajaran yang berkesan tidak akan berlaku sendiri tanpa wujud bahanpengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Guru perlu menyediakan bahan-bahanpengajaran mengikut kehendak dan kesesuaian kandungan mata pelajaran. Tingkah lakuguru di dalam bilik darjah juga merupakan bahan pengajaran yang amat berkesan danmempunyai hubung kait dengan kejayaan pelajar. guru yang berkualiti mempunyai dayakekreatifan yang tinggi dalam mempelbagaikan pendekatan dan strategi dalam merangkaaktiviti kepada pelajar. dengan mempelbagaikan aktiviti di dalam bilik darjah akanmemberikan satu situasi pembelajaran yang menyeronokkan. Bahan-bahan pengajaranguru tidak terhad kepada sesuatu bahan yang konkrit malah guru-guru bolehmempelbagaikannya supaya memberikan satu situasi yang menyeronokkan. Guru-guruabad ke-21 perlu meneroka bahan-bahan pengajaran berasaskan teknologi supaya gurulebih kreatif dan inovatif dalam memberi pengalaman pembelajaran yangmemberansangkan. Guru juga perlu tahu membuat pilihan maklumat dan infomasi yangsesuai dengan perkembangan pelajar kerana pelajar masa kini tidak ketinggalan mengikutiperkembangan teknologi. Maklumat yang diperoleh perlu lebih terkini supaya dapatmembuktikan bahawa guru komited dan sentiasa berdaya saing. Selain itu, guru-guru mesti

    memastikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah cukup bagimenampung keperluan pelajar dalam mencari maklumat berkaitan pembelajaran. Bahan-

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    18/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    18

    bahan yang berbantukan komputer dan teknologi perlulah boleh digunakan sebaiknyasemasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlansung.

    Guru perlu bijak menilai minat, kegemaran dan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yangsering dilakukan oleh pelajarnya. Guru perlu memahami dan mengetahui masalah pelajardan berusaha untuk membantu mengatasi masalah mereka seterusnya meningkatkan

    komitmen mereka untuk belajar. Komitmen merupakan faktor utama dalam membantupelajar mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Pelajar yang mempunyai komitmen yangtinggi akan menunjukkan penglibatan yang berterusan dalam aktiviti pembelajaran seiringdengan perkembangan emosi yang positif serta kesungguhan yang optimis, rasa ingin tahudan minat yang mendalam terhadap pelajaran. Sebaliknya pelajar yang kurang komitmenadalah pelajar yang pasif, tidak bersungguh-sungguh dan mudah putus asa apabilaberdepan dengan cabaran. Mereka mudah memberontak terhadap guru dan rakan sekelas,bosan dengan pembelajaran dan mudah tertekan apabila di beri kerja lanjutan yang banyak.Budaya penyayang boleh dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah untuk menarik minat pelajarsekaligus memberi komitmen yang jitu terhadap ilmu pengetahuan. Antara cabang-cabangyang terkandung dalam budaya penyayang di sekolah adalah guru menerapkan elemenmengambil berat dan menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat untuk berkongsi

    masalah. Guru juga perlu membina semangat kekitaan dan kepunyaan di dalam bilik darjahdengan menanam sikap prihatin dan menyemai rasa kekitaan serta saling menghargaipendapat orang lain. Sekiranya budaya ini sentiasa diterapkan di sekolah maka pelajar akanberusaha meningkatkan pencapaian mereka dari semasa ke semasa.

    Oleh yang demikian kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepadakepimpinan yang berkesan. Kecemerlangan sekolah pula sentiasa diukur berdasarkanpencapaian akademik pelajar. Manakala pencapaian akademik pelajar pula diukur melaluipembelajaran yang bergantung kepada kualiti pengajaran guru dan keupayaan guru untukmempengaruhi pembelajaran pelajar. Secara keseluruhannya, kepimpinan kurikulum adalahfaktor utama dalam penentu kecemerlangan pelajar dan mempunyai hubungkait yang rapatdengan tahap pencapaian pelajar di sekolah.

    10.4 GURU SEBAGAI PEMIMPIN KURIKULUM DAN PEMIMPINPENGAJARAN

    Kebanyakan masyarakat hari ini bercakap tentang kecemerlangan sekolah dan para ibubapa begitu mengambil berat tentang pencapaian akademik anak-anak mereka.Kecemerlangan sekolah sering dikaitkan dengan kepimpinan pengetua sebagai penggeraksolo menjadi fokus utama dalam menyelesaikan masalah dan melaksanakan programpendidikan. Tetapi pencapaian pelajar yang cemerlang juga didorong oleh kordinasi dankolaborasi para guru dalam melaksana kurikulum dan pengajaran di sekolah. Pengetua

    bukan sahaja berperanan sebagai pengurus, jurulatih, penasihat dan ketua malah bertindaksebagai pembentuk kepimpinan untuk mengembang dan menggilap sifat guru untukmenjadi pemimpin. Oleh itu, para pendidik perlu dipimpin oleh pengetua dalam melaksanatugas penting dalam memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum dan pengajaran disekolah.

    10.4.1 KEPIMPINAN GURU DI SEKOLAH

    Peranan guru tidak terhad sebagai pengajar tetapi mempunyai lebih peranan di sekolah.Selaku Presiden Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) iaitu Dr.

    Abdullah Sudin Abdul Rahman telah menggariskan 10 peranan yang perlu dilaksanakanoleh guru dalam merealisasikan segala yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    19/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    19

    Kebangsaan menjadi kenyataan. Guru sebagai pemimpin merupakan salah satu perananpenting yang telah dikemukakan oleh Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman. Guru menjadipemimpin kepada pelajar dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Olehitu, guru perlu bersedia menggalas amanah yang cukup besar ini bagi memastikan generasimuda kita cemerlang dari segi intelek dan sahsiah mereka.

    Para guru juga perlu memahirkan diri mereka sebagai pemimpin yang efektif.Menurut Danielson (2006) dalam Kepimpinan Guru (Teacher Leadership) di SebuahSekolah Menengah Kerajaan di Papar : Kes SMK Majakir oleh Loh Kok Cheang (2008)menyatakan bahawa kepimpinan guru terdiri daripada amalan-amalan seperti berikut iaitumenggunakan evidens dan data dalam membuat keputusan, melihat peluang danmengambil inisiatif, menggerakkan seseorang untuk mencapai matlamat bersama, mengaturresos dan mengambil tindakan, memantau kemajuan dan mengubahsuai pendekatanapabila keadaan berubah, mengekalkan komitmen orang lain dan menyumbang kepadapembelajaran organisasi.

    Guru-guru pemimpin melihat diri mereka sebagai guru pada asasnya, mereka tidakberminat menjadi pentadbir tetapi mencari ruang untuk memperluaskan pengaruhnya.Mereka merupakan pendidik yang professional yang berminat meneruskan tugas sebagai

    pengajar dan bukan sebagai pentadbir. ( Loh Kok Cheang, 2008 ). Kepimpinan guru dapatmempengaruhi sikap pelajar dan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar kerana dapatdilihat bahawa guru mempunyai pengaruh dan aura yang begitu meluas yang berlaku didalam atau di luar sekolah selain daripada mengajar.

    Kepimpinan guru sangat berkait rapat dengan profesionalisme guru. Sikapprofessional guru perlu ditonjolkan melalui cara mereka bekerja, ketrampilan diri, disiplinguru, ketetapan masa bekerja dan sebagainya. Guru perlu bertindak merancang danmelaksana tugas berbantukan hasil kajian dan memperbaharui maklumat yang terperincimelalui perkongsian bestari bersama dengan guru-guru berpengalaman dan tenaga pakardalam bidang tertentu. Contohnya, seorang guru geografi mendapatkan bantuan kepakarandaripada ahli geologi. Adanya sikap profesional yang ditonjolkan oleh guru dapatmemartabatkan kerjaya guru dan guru diberi kepercayaan oleh pengetua dalam membuatkeputusan dan tindakan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kepimpinan guru juga sebagai penggerak motivasi kepada guru -guru lain untukpeningkatan prestasi sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Situasi iniwujud kerana guru tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampumempengaruhi guru-guru lain. Contohnya, ketua panitia mata pelajaran adalah guruberpengalaman dan mahir dalam pengurusan akademik dan mampu memimpin guru-guruyang mengajar subjek yang sama.

    10.4.2 GURU SEBAGAI PEMIMPIN KURIKULUM

    Matlamat dan pendidikan adalah proses, dan pengisiannya kurikulum. Kurikulummengandungi ilmu yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya yang diwariskandari satu generasi ke generasi bagi membentuk ilmu yang lebih sempurna. Oleh itu, orangyang bertanggunjawab mewariskan dan menterjemahkan kurikulum dalam bentuk amalanadalah guru. Guru perlu merancang kurikulum dengan teliti dan perlu disokong denganmatlamat atau objektif yang jelas dan pencapaian yang tinggi.

    Perkataan kurikulum perlu difahami oleh para pendidik dalam merealisasikanmaksud tersirat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memartabatkan profesion gurudan bagaimana sistem pendidikan beroperasi menerusi ayat pertama:Pendidikan di Malaysia ialah salah satu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan keper cayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    20/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    20

    Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan curricula dalam bahasa Latin yangmerujuk kepada trek balapan yang digunakan oleh pelumba kereta kuda iaitu Gaius JuliusCaesar pada abad pertama. Trek balapan merupakan laluan untuk pelumba memacu keretakudanya. Laluan tersebut telah diguna dalam konteks pendidikan sebagai jurusan, aliranpengajian atau program yang diikuti dan ruang tempat di mana pengajaran dan

    pembelajaran berlaku. Menurut James Ang Jit Eng (2007), pemimpin kurikulum adalahkurikulum yang difahami dan ditafsir dalam bentuk penyediaan skim atau rancanganpengajaran untuk sesuatu sesi pengajaran. Dalam konteks pendidikan, guru perlumenterjemah sebagai mata pelajaran yang diajar berdasarkan Sukatan Pelajaran yangdibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan kepada SukatanPelajaran, guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran berpandukan RancanganPengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang bolehdikemaskini setiap masa untuk penambahbaikan mutu pengajaran guru mata pelajaran.

    Menurut Glickman (1990) dalam Pengurusan Kurikulum oleh James Ang Jit Eng(2007), seorang pemimpin kurikulum perlu ada tiga aspek berupa memiliki pengetahuanasas, memahami bidang tugas dan menguasai kemahiran yang bersesuaian. Dalam segipengetahuan asas, seorang pemimpin kurikulum perlu arif dan mempunyai pengetahuan

    yang luas melalui pembacaan atau mendapatkannya dari sumber-sumber yang berkaitanseperti bahan rujukan dari internet, seminar dan sebagainya. Selain dari bidang ilmu yangdiperlukan adalah melalui pembacaan literatur-literatur dari hal sekolah berkesan,pemahaman teori-teori pelaksanaan kurikulum, kesedaran dari hal falsafah pendidikan,memiliki pegangan pendidikan yang tersendiri, memahami cara penyampaian ucapan ataumesej yang berkesan dan pemahaman dari hal proses perubahan yang sentiasa berlaku(process of change). Contohnya, guru sentiasa positif dan bersedia akan pelaksanaankurikulum yang sentiasa berubah seperti pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Di samping itu, para guru berpegangkepada prinsip mereka bahawa yakin dan mampu membawa perubahan sikap positifkepada pelajar terhadap pelajaran tanpa dipengaruhi perasaan negatif daripada pihak lain.

    Bidang tugas juga perlu diambil kira sebagai seorang pemimpin kurikulum. Bidangtugas yang perlu difahami adalah terlibat dalam proses merancang, mengelola, memotivasidan mengawal pelaksanaan kurikulum (Moorthy, 1992), memupuk iklim sekolah yang positif,menjalin permuafakatan sekolah dengan komuniti dan memastikan segala aktiviti sekolahberjalan dengan lancar (running a smooth ship). Misalnya, guru perlu menganalisiskurikulum, menentukan keperluan kurikulum, menguasai kandungan pengajaran, menilaiprestasi pelajar dan menyemak semula rancangan pengajaran dan teknik pengajaran yanglalu.

    Kuasa sah bukan sahaja yang ada pada pemimpin tetapi kepakaran yang ada padapemimpin itu. Seorang pemimpin kurikulum harus memiliki kemahiran berikut dalammenjalankan tugas mereka iaitu dapat menjalin hubungan interpersonal atau perorangandengan rakan sekerja, para pelajar dan dengan pihak luar, memiliki satu set kemahirantransformasi untuk menyokong, mencabar dan mempengaruhi guru-guru lain, mampuberkomunikasi secara berkesan, membuat keputusan yang baik, adil dan berkesan,mengaplikasikan teori-teori dalam amalan seharian, menyelesaikan masalah atau konflikyang timbul dengan baik, menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya sertamemerhati dan peka akan segala aktiviti yang berlangsung di sekolah. Contohnya, gurubahasa inggeris turun padang bersama-sama ketua panitia bahasa inggeris bagimemastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. Selain itu, kemahiran interpersonal yang baikdan komunikasi yang berkesan sesama guru membantu guru menyelesaikan masalah danmemilih keputusan dengan baik.

    Secara tuntasnya, kecemerlangan sekolah bergantung kepada kepimpinan gurudalam kurikulum selain pengetua. Peranan guru sebagai pemimpin kurikulum memudahkanpelajar memahami sesuatu mata pelajaran. Sebagai pemimpin kurikulum, guru juga menjadi

    agen perubahan dan sentiasa mengambil tahu akan perkembangan dan perubahan dalampendidikan. Segala perubahan yang berlaku dalam kurikulum perlu dihayati dan menerima

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    21/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    21

    perubahan tersebut dengan hati yang terbuka dengan meminggirkan perkara-perkara yangnegatif yang menjadi halangan guru untuk mendidik anak bangsa.

    10.4.3 GURU SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARANTugas guru sebagai pemimpin pengajaran membawa erti besar dalam dunia pendidikanabad ke 21. Peranan sebagai pemimpin pengajaran melihat kepada seni atau gayapengajarannya tersendiri hasil adunan kepelbagaian teknik mengikut kebolehan pelajartersebut. Perlakuan pengajaran guru sebagai satu seni drama, seni lakon dan senikomunikasi yang boleh diaplikasikan di dalam kelas sewaktu menjalankan aktivitipembelajaran bersama pelajar.

    Menurut Leithwood, Jantzi dan Steinbech (1999) dalam Kepimpinan PendidikanBerkesan oleh Baharom Mohamad, Mohd Johdi Salleh dan Che Noraini Hashim (2009)kepimpinan instruksional atau pengajaran ialah satu pendekatan kepimpinan yang memberipenekanan kepada tingkahlaku guru dalam aktiviti-aktiviti yang secara langsungnya

    memberi kesan kepada perkembangan pelajar.Maka, dengan jelasnya kepimpinan pengajaran oleh guru merujuk kepada tindakanpengaruh dan kepakaran guru dalam menyediakan dan melaksanakan proses pengajarandan pembelajaran dan menyumbang ke arah keberkesanan program pendidikan untuk parapelajar di sekolah. Ini dapat dicapai oleh guru semasa melakukan aktiviti pengajaran danpembelajaran di dalam kelas.

    Tiga aspek penting yang dikemukakan oleh Glickman (1990) dalam PengurusanKurikulum oleh James Ang Jit Eng (2007) perlu diambil kira oleh guru dalam memimpinpengajaran pelajar iaitu pengetahuan yang luas, bidang tugas dan keperluan mempraktikkemahiran dan kepakaran. Seorang pemimpin pengajaran harus memiliki pengetahuan asasdari segi faktor-faktor di sebalik pengajaran dan pembelajaran bersandarkan teori-teori ataufalsafah pendidikan yang kukuh iaitu pemahaman teori-teori perkembangan dan keperluanmanusia, pemahaman teori-teori pembelajaran, memahami teknik-teknik atau kaedahpengajaran yang berkesan, dan memahami tingkah laku pelajar dan pendekatan-pendekatan pengurusan bilik darjah. Contohnya, apabila seorang guru subjek Perdaganganwajib menguasai kandungan (pengetahuan) mata pelajaran ini untuk memastikan prosespengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semasa pelajar bertanyakan soalankepada guru, guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperluan ingin tahupelajar dan secara tidak langsung menggalakkan keyakinan pelajar.

    Aspek yang kedua merupakan bidang tugas oleh seorang pemimpin pengajaran.Bidang tugas ini bersifat mikro yang tertumpu kepada usaha-usaha meningkatkan kawalandan pemahaman murid di dalam kelas. Antara tanggungjawab guru dalam melaksanakantugas adalah memimpin pembelajaran dan merebut peluang-peluang yang berpotensi untukmeningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran (Macpherson, 1998), menggalakkansebarang inisiatif yang diambil oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran untukmeningkatkan pembelajaran pelajar, membuat keputusan, memilih strategi dan taktik untukmendapatkan keberkesanan pengajaran, menjalankan kajian tindakan (action research) terhadap masalah pengajaran, bersifat adil dan idea yang terbuka untuk memaksimumkankejayaan pelajar dan memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran.Misalnya, apabila guru memberi tugasan kepada pelajar, guru memberi penekanan padamatlamat setiap tugasan dan pelajar pula memahami proses menimba ilmu denganpenemuan diri. Selain itu, alat bahan bantu mengajar berbantukan komputer, penggunaanbahan edaran serta keratan akhbar memberi kesan kepada peningkatan pembelajaranpelajar yang lebih berinteraktif dan kondusif.

    Selain itu, aspek yang terakhir adalah kemahiran dan kepakaran yang dipraktikkan

    oleh guru sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya kemahiran yang perludikuasai oleh guru adalah menyampaikan pengajaran yang berkesan, mengenal pasti tahapkebolehan setiap pelajar dan mengambil tindakan susulan, mengenal pasti pelajar yang

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    22/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    22

    lemah dan mengambil tindakan pemulihan yang sesuai, mengenal pasti keperluan pelajardan mengambil tindakan pengayaan berupaya aktiviti pengukuhan dan pengembanganyang sesuai agar pelajar yang baik rasa tercabar dari segi akademik dan mendapatkantingkah laku pelajar yang diingini melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan. Contohnya,guru perlu meneka mood, tujuan, motivasi dan perasaan pelajar sewaktu proses pengajaran

    dan pembelajaran di dalam kelas supaya dapat menguasai pelajar serta suasanapengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecamdan mengenal sifat pelajar dapat memupuk minat pelajar untuk belajar dan meneroka subjekPerdagangan yang menekankan fakta yang memerlukan proses mengigat. Guru juga dapatmenilai tahap kefahaman pelajar dengan menggunakan penilaian formatif semasa prosespengajaran dan pembelajaran berlangsung.

    Kesimpulannya, guru juga harus melaksanakan aktiviti pengajaran yang menarikuntuk pembelajaran para pelajar. Usaha guru sebagai pemimpin pengajaran dapat memberifaedah kepada pelajar untuk meneroka suatu subjek dengan lebih mendalam. Sifatkeprihatinan dan mempungai pegangan pendidikan yang kukuh menjamin keberkesanandalam pengurusan bilik darjah.

    10.4.4 GAYA KEPIMPINAN GURU

    Sekolah merupakan institusi pendidikan formal moden. Sekolah juga sering dirujuk sebagaiorganisasi formal yang mempunyai struktur kepimpinannya sendiri iatu bermula daripengetua sehingga staf bawahannya seperti guru dan staf sokongan. Kepimpinan sekolahtidak terbatas kepada pengetua semata-mata tetapi guru-guru juga berperanan sebagaipemimpin pengajaran di dalam bilik darjah dan sebagai pemimpin kurikulum.

    Berikut dibawah adalah rajah yang menggambarkan interaksi pemimpin yangmenyesuaikan gaya kepimpinan mengikut situasi oleh Amir Hasan Dawi (2009) :

    Gaya Kepimpinan

    Autokratik Demokratik Laissez-faireKonsep Guru

    garang instruktor

    penghibur pemantau

    romantik fasilitator

    Dua kategori individu (Douglas Mcgregor)

    Teori X jenis manusia yang malasbekerja, selalu mengelak kerjan dan tidakbercita-cita tinggi. Orang seperti inimemerlukan arahan-arahan, mesti diseliadengan ketat, diugutdan dipaksa.

    Teori Y jenis manusia yang rajin bekerja,berinisiatif, kreatif, mempunyai kawalan sertaarahan diri, bertanggungjawab dan komitmen.Orang seperti ini tidak memerlukan kawalan.

    Rajah ini menunjukkan gaya kepimpinan berada pada kontinum. Di satu pihak kepimpinanadalah berbentuk autokratik di mana murid-murid mungkin terdiri daripada mereka yangmalas dan perlukan paksaan. Sementara di satu pihak kepimpinan laissez-faire mungkinsesuai bagi murid-murid yang rajin belajar dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara.Gaya kepimpinan demokratik terletak di tengah-tengah di mana guru bertindak sebagaipemantau.

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    23/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    23

    Melihat kepada rajah di sebelah, terdapat tiga gaya kepimpinan yang bolehdisesuaikan dengan situasi guru dan situasi pelajar iaitu autokratik, laissez-faire dandemokratik. Guru autokratik mungkin sesuai bagi kumpulan yang malas dan perlukanpaksaan untuk belajar. Guru autokratik ini seorang guru yang garang dan bertindak sebagai

    instruktor atau tenaga pengajar.Guru laissez-faire pula sesuai bagi kumpulan pelajar yang rajin. Mereka ini sukabelajar tanpa paksaan dan mempunyai inisiatif apabila melakukan sesuatu. Selain itu, guruyang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik sangat sesuai dengan situasi pelajar yangtidak begitu malas dan tidak begitu rajin. Pelajar seperti ini akan merasa bosan jika gurumenunjukkan gaya kepimpinan autokratik dan kurang inisiatif jika dibiarkan bebas. Oleh itu,guru harus memberi peluang kepada pelajar seperti ini bersuara, membuat teguran,memperbetulkan kesalahan dan memotivasikan diri mereka.

    Dalam era pendidikan yang serba moden, cara kepimpinan yang berkesan adalahberorientasikan pelajar yang mana guru perlu menjaga kebajikan pelajar selaras denganmatlamat sekolah. Para guru perlu bijak menyesuaikan persekitaran bilik darjah, sikappelajar dan latar belakang sosioekonomi pelajar dengan menggunakan gaya kepimpinan

    yang sesuai. Oleh itu, para guru perlu ambil kira akan kehendak pelajar dengan gayakepimpinan yang perlu diamalkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, gaya kepimpinan yangsesuai akan mendatangkan kecemerlangan akademik dan ko kurikulum dalam mencapaimatlamat sekolah dan bilik darjah.

    10.5 ISU ISU KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    10.5.1 PENGENALAN

    Pendidikan merupakan nadi kepada sesebuah negara. Maju atau tidak sesebuah negaraadalah berdasarkan kepada sistem pendidikannya. Dalam usaha Malaysia untuk menjadisebuah negara yang maju, kita haruslah memastikan bahawa sistem pendidikan kita beradapada landasan yang terbaik dan selari dengan perkembangan semasa. Negara kitaMalaysia mengamalkan sistem pendidikan secara sentralisasi, dasar dan hala tuju secaramenyeluruh pendidikan negara telah pun ditetapkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia(KPM) dan sekolah-sekolah diseluruh negara dipertanggungjawabkan untukmelaksanakan setiap dasar kerajaan yang telah ditetapkan ( Azizi Yahaya,HalimahMaalip,Noordin Yahaya,Lim Ting Theng, 2011) . Oleh yang demikian dalam melaksanakandasar yang telah dibuat oleh kerajaan, kepimpinan pengetua dan guru adalah amat pentingdalam merealisasikan semua itu. Kepimpinan merupakan kunci kepada sesuatu organisasi,pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Kepimpinan disekolah ini tidak

    hanya terletak pada bahu pengetua sahaja sebaliknya guru-guru juga merupakanpengerakan kepada kepimpinan disekolah. Kepimpinan guru adalah lebih menjurus kepadakepimpinan kurikulum di dalam bilik darjah.

    Kurikulum merupakan suatu perkataan yang sinonim dengan dunia pendidikan tidakkira di Malaysia atau di negara lain. Terdapat pelbagai definisi mengenai perkataankurikulum ini. Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), kurikulum sebenarnya berasaldaripada perkata an Latin curere yang bermaksud laluan atau jejak. Dalam bahasaInggeris ia bermaksud sebagai jelmaan. Gabungan daripada kedua-dua ini telahmenghasilkan kurikulum yang bermaksud laluan dari satu peringkat ke satu peringkat yanglain. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikannegara kita,isu mengenai kepimpinan kurikulum bilik darjah masih lagi membelenggunegara. Kurikulum dalam bilik darjah adalah sangat penting kerana ia merupakan titik tolak

    kepada proses penyampaian maklumat oleh guru kepada pelajar.Proses penyampaian ilmupengetahuan kepada pelajar tidak dapat dipisahkan dengan kepimpinan guru disekolah.

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    24/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    24

    Sebanyak mana peranan yang dimainkan oleh pemimpin sekolah, sebanyak itu jugaklahcabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menguruskan kepimpinan bilik darjah (AkhiarPardi, Shamsina Shamsudin,Muhammad Kushairi Jusoh,2012).

    Kepimpinan kurikulum bilik darjah tidak hanya tertumpu kepada guru yang mengajardi dalam kelas tetapi ianya bermula daripada pihak pentadbir sehingga kepada guru. Dalam

    mempertingkatkan bidang pendidikan negara kita, isu-isu kepimpinan kurikulum bilik darjahmasih lagi membelenggu sistem pendidikan negara kita. Isu mengenai kepimpinankurikulum ini sering bersilih ganti. Kepimpinan bermaksud proses apabila seorang eksekutifboleh mengarahkan, membimbing dan mempengaruhi tingkah laku serta kerja-kerja oranglain kearah pencapaian matlamat spesifik dalam sesuatu keadaan yang telahditetapkan.( Akhiar Pardi et.al 2012) . Kepimpinan kurikulum bilik darjah pula adalah berkaitdengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga perkembanganpara pelajar. Pentadbir dan guru perlulah mengambil berat dan sentiasa bersedia dalamproses pengajaran dan pembelajaran.

    10.5.2 ISU-ISU YANG BERKAITAN

    Dalam memartabatkan bidang pendidikan negara ketahap yang lebih tinggi, perlaksanaandasar-dasar pendidikan harus dilakukan dengan berkesan. Perlaksanaan dasar ini tidakhanya tertumpu kepada pentadbir sekolah sahaja sebaliknya ia perlulah mendapatkerjasama daripada pihak guru-guru disekolah. Guru adalah perlaksana kurikulum denganmenggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan strategi. Dalam organisasi pentadbiransekolah, beberapa isu kepimpinan kurikulum yang sering timbul. Antaranya ialah isu gurutidak memberikan komitmen di dalam bilik darjah, kekurangan sumber kewangan danpeningkatan profesionalisme guru.

    (i) Guru Tidak Memberikan Komitmen di dalam kelas.

    Terdapat banyak faktor kenapa guru tidak dapat memberikan komitmen semasa di dalambilik darjah. Antara sebabnya ialah guru melakukan kerja sampingan seperti mengajar dituisyen, menjalankan perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dan sebagainya. MenurutSurat Perkeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1999 yang dikeluarkan oleh KementerianPelajaran Malaysia adalah untuk memantau dan memberikan kebenaran kepada individuyang menjalankan kerja sampingan ini. Antara panduan yang ada di dalam Surat Perkelilingtersebut ialah:

    Kerja sampingan tidak melebihi 4 jam seminggu Mestilah telah disahkan jawatan

    Guru TidakMemberikanKomitmen DiDalam BilikDarjah

    KekuranganSumberKewangan

    PeningkatanProfesionalismeGuru

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    25/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    25

    Kerja sampingan tidak menganggu tugas rasmi Permohonan mendapat sokongan daripada ketua jabatan masing-masing.

    Guru yang terlibat dalam perniagaan ini juga akan terikat dengan perkeliling dan syarat-syarat peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    Isu yang timbul disini ialah apabila guru yang menjalankan kerja sampingan ini tidak dapatmemberikan komitmen yang sepenuhnya di dalam bilik darjah. Pengurusan dan kepimpinankurikulum menjadi tidak kuat kerana mereka lebih tertumpu kepada kerja sampinganmereka. Apabila di dalam bilik darjah mereka melakukan kerja sambil lewa kerana merekaakan berasa letih, mengantuk dan tidak bersemangat. Guru yang melakukan kerjasampingan ini kadang kala tidak dapat menyiapkan rancangan mengajar harian merekaterlebih dahulu. Akibatnya mereka tidak bersedia untuk mengajar di dalam kelas, tidakmembuat rujukan dan bacaan terhadap apa yang ingin disampaikan dan juga tidakmembuat alat bantu mengajar yang sesuai untuk tajuk yang ingin diajar. Mereka hanya akanmenggunakan buku teks dan menggunakan kaedah chalk and talk sahaja di dalam kelasatau ada masanya mereka tidak mengajar dan hanya menyuruh pelajar untuk melakukankerja sendiri kerana guru tersebut tidak bersedia. Kita sedia maklum bahawa di dalam kelas

    terdapat pelbagai ragam pelajar dan pencapaian setiap pelajar itu adalah berbeza antarasatu sama lain. Guru seharusnya mempelbagikan cara, kaedah dan strategi mengajarsupaya pelajar dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Sebaliknya apa yang terjadi ialah guru tidak bersedia untuk melakukan semua itu keranapenat dan letih menguasai diri kesan daripada kerja sampingan yang mereka lakukan.

    Apabila keadaan ini berlaku, kesannya adalah kepada pelajar di dalam kelas tersebut.Pelajar akan mula ponteng, melakukan masalah displin di dalam kelas seperti bercakapsemasa guru mengajar, menganggu rakan-rakan yang lain, bergaduh,melawan guru dansebagainya. Akibatnya pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan terganggudisebabkan guru tidak dapat memberikan komitmen yang cukup semasa di dalam bilikdarjah.

    Oleh yang demikian, pihak pentadbir sekolah perlulah menjalankan pemantauanyang sepatutnya kepada guru-guru yang menjalankan kerja sampingan ini supaya kerjarasmi mereka disekolah tidak terganggu dan proses pengajaran dan pembelajaran dapatdijalankan dengan sempurna supaya pelajar dapat menerima input yang sempurna di dalambilik darjah.

    (ii) Kekurangan Sumber Kewangan

    Banyak sekolah menghadapi masalah mendapatkan sumber kewangan yang mencukupiuntuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengansepenuhnya. Sekolah yang menghadapi masalah kewangan ini, tidak akan dapatmenyediakan peralatan pembelajaran seperti buku rujukan, buku latihan, peralatan sains,sekolah yang tidak mempunyai bengkel kemahiran hidup, makmal ICT dan kemudahan-kemudahan lain yang sememangnya perlu ada untuk membolehkan aktiviti pembelajarandan pengajaran berlaku. Guru pula terpaksa mencari alternatif yang lain untuk menjalankanaktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru menggunakan alternatif yang lain, guruterpaka menggunakan wang kocek mereka sendiri untuk menampung perbelajaan tersebut.Realitinya berapa ramai guru yang sanggup menggunakan wang mereka sendiri untukmembeli bahan-bahan bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Isuini kebanyakkannya terjadi kepada sekolah-sekolah pendalaman atau sekolah kurang murid(SKM).

    Masalahnya kewangan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi guru dan

    pencapaian pelajar. Apabila sumber kewangan yang tidak mencukupi, maka prosespengajaran dan pembelajaran akan terganggu kerana guru tidak dapat menggunakan

  • 8/10/2019 kpf lengkap tajuk 10 (kepimpinan).docx

    26/36

    KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH UNIT 10: KEPIMPINAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    26

    kelengkapan yang cukup. Guru juga hanya akan menggunakan cara lama seperti hanyamenggunakan buku teks dalam pengajaran mereka dan tidak dapat untuk mempelbagaikanaktiviti di dalam kelas. Ini akan menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidak dapatmenaikkan prestasi mereka ketahap yang lebih baik.

    Pihak pentadbir sekolah terutamanya guru besar atau pengetua