fonetik teks

4
Kelebihan penggunaan teknologi Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan denganpengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan

Upload: jie-jang-aziz

Post on 11-Feb-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jie

TRANSCRIPT

Page 1: Fonetik Teks

Kelebihan penggunaan teknologi

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi

kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di

sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan

danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru

dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-

maklumat berkenaan denganpengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat

menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT

sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih

menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti

powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan

tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses

pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan

padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik

serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan

bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan

gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses

pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik

pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan

menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan

alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta

mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat

untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.

Page 2: Fonetik Teks

Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta

efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam

aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih

berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana

ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.

Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar

akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti

komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan

sebagainya .Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi

dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini

yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta

menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran

dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat

menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk

difahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai

sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses

pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru

dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar

pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi

cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan

pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi

ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan

setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang

pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru

agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi

memudahkan lagi pemahaman murid.

Page 3: Fonetik Teks

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran

yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah

kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima

sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid

dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan

pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan

ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti

powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih

memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan

persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap

masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana

mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/

28 ogos