fonetik merujuk kepada bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat

Upload: md-yazid

Post on 03-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Fonetik Merujuk Kepada Bidang Yang Mengkaji Segala Bunyi Bahasa Yang Dihasilkan Oleh Alat

    1/5

    Fonetik merujuk kepada bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkanoleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Fonologi pula sebagai satu cabang ilmu yang mengkaji selok-belok tentang sistem bunyiyang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudahdifahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:

    Fonetik Fonologi Fenomena bunyi atau pertuturanmanusia seluruhnya.

    Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentudalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

    Asas kepada kajian fonologi. Input kepada kajian linguistik tinggi,iaitu morfologi dan sintaksis.

    Tidak dapat memerikan seluruh bunyiyang dihasilkan oleh manusia, tidakdapat menghalusi segala variasi bunyi

    tersebut dan tidak dapat menghuraikansistem bunyi semua bahasa yangdituturkan oleh manusia dengansempurna.

    Dapat merumuskan, menghuraikan danmenjelaskan segala bentuk bunyidalam sesuatu bahasa secara teliti dan

    terperinci dengan tujuan untukmenentukan peraturan dan bentukbunyi secara spesifik.

    (Jadual 2.1 : Diadaptasi daripada Siti Hajar Abd. Aziz, 2008:90)

    Selain daripada dapatan di atas, perbezaan fonetik dan fonologi dapatdisimpulkan antara lain, i) Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksidan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan; ii) Kajian fonetik dapat dipecahkankepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori; iii)Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi; dan iv) Bidang fonetik menghasilkan

    transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Manakala bagi medanfonologi ialah i) Fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifatsemula jadi sistem tersebut secara umum; ii) Kajian fonologi adalah berkaitan denganhubungan antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir lekasikal lain yang membentukayat; iii) Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi; dan iv) Justifikasi bidang fonologimembentuk sistem ejaan sesuatu bahasa.

    BAB 1- TEORI FONETIK & FONOLOGI

    Fonetik - mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat

    fizikalnya.

    Fonologi - ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa.

    Fonemik - analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk

    menghasilkan sistem tulisan

    Fonetik artikulasi - mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian

    (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

    Fonetik akustik - mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa iaitu gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan olehpita suara

  • 7/28/2019 Fonetik Merujuk Kepada Bidang Yang Mengkaji Segala Bunyi Bahasa Yang Dihasilkan Oleh Alat

    2/5

    Fonetik auditori - cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan

    diterjemahkan oleh otak.

    PERBEZAAN FONETIK & FONOLOGI

    FONETIK FONOLOGI- bunyi ataupertuturan manusiaseluruhnya

    - bunyi-bunyi tertentudalam pertuturan bagisesuatu bahasa

    - Asas kepada kajianfonologi

    - asas kpd kajianmorfologi dansintaksis

    -x dapat memerikanseluruh bunyi yangdihasilkan olehmanusia

    - Dapat merumuskan,menghuraikan danmenjelaskan segalabentuk bunyi bahasa.

    - x dapat huraikansistem bunyi semuabahasa yangdituturkan olehmanusia dengansempurna

    -dapat huraikansegala bentuk bunyibhs secara teliti danterperinci

    Definisi Fonologi

    Berikut disertakan beberapa butiran berkaitan definisi bagi bidang fonetik:i. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), fonologi ialah kajian tentangbunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.ii. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisifonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikutfungsinya.iii. Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition (1996:874) fonologidihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. iv. Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567),fonologi didefinisikan sebagai the systems of sounds used in a language. v. Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition . (David Crystal,2008:365) mendefinisikan fonologi sebagai A branch of linguistics which studies thesound systems of languages. vi. Manakala fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkansebagai the study of the sound systems of a language. vii. Encyclopedia Britannica [1] dalam talian di laman sesawangnya memberi phonology , study of the sound patterns that occur within languages. Some linguistsinclude phonetics, the study of the production and description of speech sounds, withinthe study of phonology ."viii. Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman sesawangnyamenjelaskan fonologi ialah Phonology is the study of the mental representations of the

    http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1
  • 7/28/2019 Fonetik Merujuk Kepada Bidang Yang Mengkaji Segala Bunyi Bahasa Yang Dihasilkan Oleh Alat

    3/5

    sound units of language and the rules that govern how mental phonemes are realized invarious contexts. Phonology is also concerned with metrical and syllable structure .[2] ix. Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagiandaripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam ataumelalui mulut manusia.

    x. Menerusi bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia , Abdullah Hassan(1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi -bunyi yang berfungsi dalamsesuatu bahasa itu. xi. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisifonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.xii. Di samping itu, sarjana tersohor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad(2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkajibunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologiterbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yangmengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyibahasa itu.xiii. Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa , bidang fonologi ialah bidang yang mengkajisatu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.xiv. Definisi fonologi mengikut Paitoon M. Chaiyanara, ( Pengenalan Fonetik danFonologi , 2006), merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.xv. Manakala Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar ( Fonetik dan Fonologi , 2006)menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa.xvi. Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) pula berpendapat bahawa fonologi ialahpenerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.xvii. Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F. Parker (1974:112), iaitufonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaiturumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Manakala P. Roach dalambukunya Phonetics , menjelaskan fonologi sebagai the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use (2001:111) .[3]

    Rumusan yang boleh dibuat dari berbagai contoh definisi di atas, fonologi ialahsebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistemsesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon , mempunya dua representasi, iaiturepresentasi fonetik dan representasi fonemik. Fonologi bahasa Melayu merupakan intikepada sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untukmenemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di sampingmenemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologiadalah terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam konteks fonem, fitur distingif atau unitfonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidangfonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-

    jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.

    Definisi Fonologi

    Berikut disertakan beberapa butiran berkaitan definisi bagi bidang fonetik:i. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), fonologi ialah kajian tentangbunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

    http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2
  • 7/28/2019 Fonetik Merujuk Kepada Bidang Yang Mengkaji Segala Bunyi Bahasa Yang Dihasilkan Oleh Alat

    4/5

    ii. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisifonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikutfungsinya.iii. Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition (1996:874) fonologidihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and

    theory of sound changes in a language or in two or more related languages. iv. Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567),fonologi didefinisikan sebagai the systems of sounds used in a language. v. Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition . (David Crystal,2008:365) mendefinisikan fonologi sebagai A branch of linguistics which studies thesound systems of languages. vi. Manakala fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkansebagai the study of the sound systems of a language. vii. Encyclopedia Britannica [1] dalam talian di laman sesawangnya memberi phonology , study of the sound patterns that occur within languages. Some linguistsinclude phonetics, the study of the production and description of speech sounds, withinthe study of phonology ."viii. Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman sesawangnyamenjelaskan fonologi ialah Phonology is the study of the mental representations of thesound units of language and the rules that govern how mental phonemes are realized invarious contexts. Phonology is also concerned with metrical and syllable structure .[2] ix. Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagiandaripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam ataumelalui mulut manusia.x. Menerusi bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia , Abdullah Hassan(1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi -bunyi yang berfungsi dalamsesuatu bahasa itu. xi. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisifonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.xii. Di samping itu, sarjana tersohor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad(2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkajibunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologiterbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yangmengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyibahasa itu.xiii. Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa , bidang fonologi ialah bidang yang mengkajisatu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.xiv. Definisi fonologi mengikut Paitoon M. Chaiyanara, ( Pengenalan Fonetik dan

    Fonologi , 2006), merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.xv. Manakala Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar ( Fonetik dan Fonologi , 2006)menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa.xvi. Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) pula berpendapat bahawa fonologi ialahpenerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.xvii. Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F. Parker (1974:112), iaitufonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaiturumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Manakala P. Roach dalambukunya Phonetics , menjelaskan fonologi sebagai the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use (2001:111) .[3]

    Rumusan yang boleh dibuat dari berbagai contoh definisi di atas, fonologi ialahsebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem

    http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn3http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1
  • 7/28/2019 Fonetik Merujuk Kepada Bidang Yang Mengkaji Segala Bunyi Bahasa Yang Dihasilkan Oleh Alat

    5/5

    sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon , mempunya dua representasi, iaiturepresentasi fonetik dan representasi fonemik. Fonologi bahasa Melayu merupakan intikepada sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untukmenemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di sampingmenemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi

    adalah terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam konteks fonem, fitur distingif atau unitfonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidangfonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-

    jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.

    Konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh ramai ahli bahasa ialahbunyi. Aspek kajian bunyi dalam bahasa diwakili oleh dua komponen utama linguistikdeskriptif, iaitu fonetik dan fonologi. Bidang kajian ilmu bahasa ini juga sebagaimanakajian linguistik yang lain, melibatkan banyak teori, prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik. Fokus kajian fonetik dan fonologi sebagai salah satu daripada cabang ilmulinguistik adalah meneliti dan menganalisis pelbagai sudut dan selok-belok bunyi bahasayang dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan dan berkaitan fungsinya dalam sistembahasa.

    Asal usul perkataan fonetik menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), adalahdaripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksudbunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetikmemberikan tumpuan kepa da fon atau bunyi -bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyibahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Manakala bagi istilahfonologi, Abdul Chaer (2003:102 )[1] menjelaskan secara etimologi istilah fonologi inidibentuk dari kata fon yang bermakna bunyi dan logi yang berarti ilmu. Secararingkasnya dapat disimpulkan bahawa fonologi pada umumnya merupakan ilmu yangmenyelidiki bunyi-bunyi bahasa. Obj ek kajiannya adalah fon atau bunyi bahasa yangdihasilkan oleh alat ucap manusia. Sementara itu, menurut Verhaar (1983:36) istilahfonologi adalah berpadanan dengan phonology di dalam bahasa Inggeris. Iamerupakan satu bidang khusus dalam linguistik. Pada masa lampau, di Amerika istilahfonologi ini lebih dikenali dengan sebutan phonemics tetapi lewat belakangan inimereka telah mengubahnya dengan menggunakan istilah phonology .[2]

    Bunyi bahasa yang menjadi tumpuan ilmu fonetik hanyalah bunyi bahasa yangdihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan, iaitu dari segi kaedahpengeluarannya, daerah pengeluarannya, dan alat pertuturan yang terlibat dalammenghasilkan bunyi bahasa. Sementara bunyi lain yang dikeluarkan dari organpertuturan tetapi bukan sebagai bunyi bahasa pertuturan manusia seperti bunyi batuk,bersiul, sendawa, berdaham dan berdengkur bukanlah dalam ruang lingkup kajian ilmufonetik dan fonologi

    http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn2http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=2978609985809823836#_ftn1