folio sejarah mara

24
PENGENALAN DAN SEJARAH Pengenalan Sejarah awal MARA bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu (MMUPTM) pada Julai 1950 telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Badan atau Lembaga Khas yang dinamakan Lembaga Kemajuan Kampung & Perusahaan (LPKP) atau lebih dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority). Penubuhan RIDA disahkan menerusi Surat Mesyuarat No. 10/1951 didalam persidangan MMUPTM yang berlansung pada 25 April 1951 dan dikanunkan dengan kelulusan Ordinan No. 48 Tahun 1953.

Upload: amirasyrafyu1372

Post on 19-Jun-2015

10.103 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio sejarah mara

PENGENALAN DAN SEJARAH

Pengenalan

Sejarah awal MARA bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan apabila

Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu (MMUPTM) pada Julai 1950

telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Badan atau Lembaga Khas yang

dinamakan Lembaga Kemajuan Kampung & Perusahaan (LPKP) atau lebih dikenali

sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority).

Penubuhan RIDA disahkan menerusi Surat Mesyuarat No. 10/1951 didalam

persidangan MMUPTM yang berlansung pada 25 April 1951 dan dikanunkan dengan

kelulusan Ordinan No. 48 Tahun 1953.

Allahyarham Dato’ Onn Ja’afar yang pada masa itu memegang jawatan Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Dipertua Agung UMNO dilantik sebagai

Pengerusi atau Ketua Besar RIDA yang pertama.

Lembaga RIDA ditubuhkan di peringkat Ibu Pejabat bagi menggubal polisi dan

dasar serta dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang diberi kuasa mentadbir dan

menguruskan kewangan serta menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi pihak

Lembaga Sementara di peringkat negeri ditubuhkan Lembaga Kemajuan Negeri,

Page 2: folio sejarah mara

Lembaga Kemajuan Jajahan/Daerah, Lembaga Kemajuan Kampung dan Persidangan

Mukim. Jawatan Pegawai Kemajuan Kampung diwujudkan untuk mentadbir dan

menjalankan tugas-tugas RIDA di peringkat negeri dan Penolong Pegawai Kemajuan

Kampung di peringkat Jajahan/

Daerah.

Kronologi Penubuhan MARA

1953 - Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah

British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak.

RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.

1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala

Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak

berkemampuan dan tidak berkesan.

1965 - RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.

Objektif utama MARA

Objektif umum RIDA adalah untuk memberi keselesaan dan meninggikan taraf

sosio ekonomi orang-orang kampung yang majoritinya terdiri daripada petani,

pekebun, penternak dan nelayan yang miskin dengan peningkatan awalnya

menyediakan kemudahan infrastruktur pembangunan luar bandar seperti membina

jalan, jambatan sekolah, pusat kesihatan, balai raya, bekalan air bersih dan lain-lain

kemudahan secara gotong-royong.

Page 3: folio sejarah mara

Peranan RIDA sebagai agen perubahan terbukti meninggalkan kesan yang

positif melalui prinsip “Mahu Menolong Diri Sendiri” yang sentiasa dilaungkan oleh

Allahyarham Dato’ Onn Ja’afar.

Disamping itu RIDA juga menyediakan kemudahan kewangan skala untuk

memberi peluang kepada orang-orang kampung menceburi bidang perniagaan dan

perusahaan yang berasaskan hasilan pertanian, ternakan, makanan laut dan bahan-

bahan tempatan seperti sabut, belulang/kulit, getah dan barang-barang kraftangan

seperti anyaman, tenunan, batik, tembikar, rotan dan lain-lain.

RIDA juga memberi tumpuan bidang Latihan & Pendidikan secara formal dan tidak

formal. Beberapa buah Taman Asohan RIDA didirikan seperti di Jalan Lornie Kuala

Lumpur, Bukit Piatu Melaka dan Rusila Kuala Terengganu untuk mengajar kaum ibu

tentang ekonomi rumahtangga, pemakanan, kesihatan, jahitan dan kraftangan.

Sementara Latihan Keusahawanan seperti Kursus Menyimpan Kira-kira (Book

Keeping), Perakaunan dan Kursus Persediaan bagi menduduki peperiksaan London

Chamber of Commerce (LCC) dijalankan di Dewan Latihan RIDA, Jalan Othman,

Petaling Jaya mulai tahun 1957, yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Latihan

RIDA (1965), Maktab MARA (1966), Institut Teknologi MARA (ITM – 1967) dan

akhirnya menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM – 1999)

Page 4: folio sejarah mara

Bukan setakat membina jalan raya sahaja, RIDA juga terlibat dalam

perkhidmatan pengangkutan secara lansung apabila RIDA diminta menyelamatkan

syarikat orang Melayu iaitu North-East Transport Service (NETS) di Kelantan pada

tahun 1956 dari jatuh ke tangna orang lain hinggalah terbentuknya MARA Holdings

Sdn. Bhd. pada tahun 1985 (diswastakan) pada 6 Jun 2000 dengan nama baru Nadi

Corp Holdings Sdn. Bhd.

Memandangkan ruang lingkup dan peranan RIDA yang terbatas ditambah pula

dengan kesedaran orang-orang Bukan Melayu sepertimana yang dinyatakan di dalam

Report on RIDA 1950-1955, “There was also amongst the Malay’s feeling of

resentment that many hundreds of thousands of Chinese farmers had for security

reason been resettled in new villages on which government had spent a great deal of

money; the Chinese rural community appeared therefore to have benefitted, while

nothing had been done to help the Malays who were bearing the brunt of the fight

against militant Communism”, maka timbul desakan untuk mengkaji semula peranan

dan tanggungjawab RIDA.

Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang berlansung dari 5 - 7 Jun 1965

telah memberi peluang kepada perbincangan dan penyaraan pendapat tentang masalah

sosio-ekonomi orang-orang Melayu. Antara usul yang telah diterima pada Mesyuarat

Pieno 7 Jun 1965 yang menyatakan “Kongeres menyokong cadangan Kerajaan Pusat

hendak memperbaiki dan memperkukuhkan RIDA dengan cara menambahkan modal

dan memperkemaskan lagi pentadbirannya. Kongeres mencadangkan bahawa nama

Page 5: folio sejarah mara

RIDA ini diganti dengan nama baru iaitu Majlis Amanah Rakyat atau ringkasnya

MARA”.

Pada bulan Disember 1965, Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-

Undang Majlis Amanah Rakyat dan ianya dikuatkuasakan mulai 1 Mac 1966. Akta

MARA No. 20 ini begitu jelas sekali memberi mandat kepada MARA sebagai. Suatu

pertubuhan yang diperbadankan bernama Majlis Amanah Rakyat yang kekal turun

temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan didakwa atas

namanya dan tertakluk kepada akta ini bagi maksud-maksudnya, boleh membuat

kontrak-kontak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil memegang dan

menggunakan harta yang boleh dialih dan yang tidak boleh dialih dari segala jenis dan

boleh memindahkan, menyerahkan, melepaskan, menanggungkan, menggadaikan,

memberikan, memindahkan semula atau dengan jalan lain melepaskan, atau membuat

apa-apa berkenaan dengan apa-apa harta yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih

atau yang berkenaan dengan apa-apa hak atas harta itu yang menjadi kepunyaan

Majlis mengikut syarat-syarat yang difikirkannya patut.

Dengan itu bermulalah peranan MARA dan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah,

Untuk sebuah nama baru yang keramat, Majlis Amanah Rakyat (petikan Sajak Datuk

Usman Awang Amanah dan Amarah Rakyat sempena Sambutan 25 Tahun MARA

November 1991) bagi membantu meningkatkan tahap ekonomi orang-orang Melayu.

Kelahiran MARA seiring dengan pelancaran Rancangan Malaysia Pertama (1996-

1970). Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal selepas Tragedi 13 Mei 1969,

Page 6: folio sejarah mara

MARA adalah antara agensi yang diberi tanggungjawab secara terus untuk mencapai

matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menstruktur smula

masyarakat. Begitu juga dengan Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat. Begitu

juga dengan Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat untuk menjadi negara maju

dari segi ekonomi, sosial, politik, kerohanian, kewajaan, dan kebudayaan, maka

MARA sebagai agensi amanag kerajaan akan lebih berperanan untuk sama-sama

membantu merealisasikan wawasan ini.

Dengan objektif yang begitu jelas untuk menggalak, membimbing, melatih dan

membantu Bumiputera, MARA telah menyusun strategi pelaksanaan melalui

Page 7: folio sejarah mara

PUiSI PENUBuhan mara

Majlis Amanah Rakyat

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-

ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir

sepuluh

tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga

Kemajuan

Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik

tajam

rakyat terhadap dasar penjajahan.

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak

mampu

menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema

Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh

lima

Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa

bangsa

Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang

mencapai timba

Maka segala gaung amarah dileburkanMenjadi sumpah amanah suatu wawasan

Pada detik 1966 yang menentukanRIDA pun dikerandakan dalam sejarahUntuk

sebuah nama

baru yang keramatMajlis Amanah RakyatKini 25 tahun telah

berdetikMARA mencapai

kedewasaan usiaMungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi BumiputeraPenyelarasan

jalur

wawasan dua ribuanMenilai kembali keberkesananAMARAH dan Amanah Rakyat

yang

dipahatkan

Page 8: folio sejarah mara

Sumbangan mara terhadap

Negara RIDA-MARA terkenal sebagai perintis dalam pelbagai projek baru dan ada

antaranya telah menjadi projek mega kebanggaan Bumiputera dan penyumbang

kepada pembangunan negara seperti UiTM (1957), Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia ( 1964) Amanah Saham MARA Berhad (1967), Institut Kemahiran MARA

(IKM-1968), Yayasan Pelajaran MARA (YPM-1969), Maktab Rendah Sains MARA

(MRSM-1972), Kolej Profesional MARA/Institut Perdagangan MARA (KPM/IPM-

1977), Kolej MARA (1985), Pusat GIATMARA (1986), Institut Kemahiran Tinggi

MARA (IKTM) seperti German Malaysian Institute (GMI-1992), British Malaysian

Institute/Tuas Polytech (BMI-1993) dan Malaysia France Institute (MFI-1995).

MARA telah melahirkan ramai golongan usahawan kecil dan sederhana dalam

pelbagai disiplin keusahawanan dan dari jumlah hampir 129,000 orang (sejak 1951

hingga Ogos 2000) yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perniagaan melebihi

RM 1.2 bilion tentulah ada yang telah menjadi jutawan dan toloh-tokoh korporat

terkenal. Bimbingan dan Latihan Keusahawanan yang berterusan akan memantapkan

lagi pakej pewujudan usahawan disamping menyediakan kemudahan ruangniaga dan

ruangkilang yang berjumlah 4,433 lot (setakat Ogos 2000) yang disewa dengan kadar

rendah dari harga pasaran.

Tanggungjawab sosial jauh lebih penting dari mengira keuntungan. Apa alasan yang

diberi, Kenderaan Bas MARA (KBM) tetap setia memberi khidmat sosialnya kepada

Page 9: folio sejarah mara

masyarat luar bandar terutama di laluan yang tidak menguntungkan dan tidak ada

syarikat/konsortium atau individu yang sanggup mengambil risikonya.

Allahyarham Tun abdul Razak bin Hussein semasa memberi amanatnya di Majlis

Perletakan Batu Asas ITM pada Oktober 1967 menyatakan, “Dalam memajukan

masyarakat Bumiputera seperti pengalaman negara Jepun dalam zaman Meiji, kira-

kira 100 tahun yang lalu, Pelajaran Merupakan Asas Kemajuan kita, pelajar-pelajar

hendaklah menjadi pencepat ke arah kemajuan bukan sebaliknya.

Amanat keramatnya ini menjadi agenda utama MARA dalam melahirkan lebih ramai

tenaga mahir negara, ahli-ahli profesional dan cendiakawan bagi keperluan sektor

swasta/industri dan diharapkan akhirnya mereka menceburi dalam bidang perniagaan,

perusahaan dan perdagangan.

Program Latihan & Pendidikan MARA memberi peluang kepada semua kumpulan

dari pelajar-pelajar yang cemerlang hinggalah kepada mereka yang hanya boleh

membaca dan menulis sahaja tanpa had umur atau kedudukan Merentasi semua

peringkat Latihan & Pendidikan dari Peringkat Menengah hingga ke Program

Persediaan ke Institusi Pengajian Tinggi Dalam/Luar Negara dan dari peringkat

Kemahiran Asas hingga ke Teknologi Tinggi (Bacelor of Technology di IKTM).

Keputusan cemerlang PMR dan SPM di kalangan pelajar-pelajar MRSM

membuktikan bahawa pelajar-pelajar Bumiputera boleh mengubah perspektif dan

tanggapan masyarakat terhadap matapelajaran Sains dan Matematik yang begitu

ditakuti dan tidak diminati terutama oleh pelajar-pelajar Bumiputera di luar bandar.

Page 10: folio sejarah mara

Begitu juga dengan lulusan vokasional & teknikal yang dipandang kelas kedua sudah

mula diiktiraf sebagai laluan kedua setanding dengan laluan akademi. Malah laluan

kedua ini lebih menjamin kerjaya di masa hadapan dan penyumbang terbesar dalam

pembangunan industri negera.

Lebih dari 300,000 orang telah dilatih di 188 buah Institusi Pendidikan MARA seperti

IKM, MRSM , Kolej MARA, KPM, AIM, Pusat GIATMARA dan IKTM. Sementara

lebih dari 160,000 orang telah mendapat kemudahan tajaan MARA di Institusi-

Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara. Ini tidak termasuk lulusan dari

Kolej-kolej Yayasan Pelajaran MARA dan UiTM.

Apapun perubahan dan pembaharuan yang dibuat, selagi isu agenda Bumiputera

belum selesai, selagi itulah tanggungjawab yang diamanahkan kepada MARA tetap

relevan sebagai berfungsi memperjuangkan nasib dan harapan Bumiputera dalam

menghadapi apa jua cabaran demi kesejahteraan keharmonian negara, bangsa dan

agama.

Page 11: folio sejarah mara

Tokoh-tokoh membangunkan

mara dalam pembangunan

Negara

Dato' Onn Jaafar

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak

kepadaDatuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang

kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakarsejak

kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya

di England.

Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun,

dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.

Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.

Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan

Makanan Negeri Johor.

Page 12: folio sejarah mara

Kerjaya politik

Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran

penjajahBritish, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan

Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan

untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak

istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada

mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika

Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn

amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai

presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga

tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada

UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk

membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan

memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai

dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka

kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO

ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh

sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden

UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26

Ogos 1951.

Page 13: folio sejarah mara

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26

Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang

Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti

Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama diPersekutuan

Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang

Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang

Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak

memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih

berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya

mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan

Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah

seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau

meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan diMakam

Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan pengurusi RIDA.

Tun Abdul Ghafar bin Baba 

Page 14: folio sejarah mara

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006)

merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun

Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan

Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran

beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan'

yang berjiwa Melayu tulen.

MARA

Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September

1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu.

Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara,

Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi

MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan

Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula

1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Kesimpulan

Page 15: folio sejarah mara

MARA yang telah ditubuhkan pada tahun 1966 telah banyak membantu anak

bangsa untuk mengecapi kejayaan. Walaupun MARA dilihat sebagai badan untuk

melingdungi kepentingan orang Melayu. Hal ini tidak wajar dijadikan sebagai satu isu

ketidakadilan kerana MARA kini banyak membuka peluang kepada orang bukan

bumiputera untuk membantu mereka mengejar impian dan kerjaya mereka. Sebagai

masyarakat yang berpegang kepada laungan 1 Melaysia kita seharusnya bersatu padu

dalam membangunkan Negara tanpa mengira kaum dan agama lantas bertepatan

dengan matlamat asal RIDA iaitu untuk mengurangkan kegelisahan orang Melayu

kerana kaum lain mendapat taraf yang sama seperti mereka. Sebagai seorang Melayu

dan juga warga Melaysia kita perlu menggunakan peluang yang disediakan MARA

sepenuhnya dan membuang rasa perkauman di dalam hati nurani kita kerana kerajaan

telah melaksanakan pelbagai perkara bagi menjaga kepentingan orang Melayu.

Adalah tidak logik kita jika kita mengatakan kerajaan lebih menjaga kepentingan

kaum lain. Oleh itu, marilah kita munuju ke arah kejayaan dan saling membantu

dalam membina bangsa Melaysia yang maju tanpa mengira kaum.

FOLIO SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 16: folio sejarah mara

SEJARAH

PENUBUHAN

mara