folio sejarah(rasulullah)

30
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PONTIAN, JOHOR SEJARAH TINGKATAN EMPAT TAJUK: RIWAYAT NABI MUHAMMAD S.W.T Nama : Sajaratul Syifaa’ Bt.Ibrahim Kelas : 401 ( Harvard) No. Maktab : 11560 Nama Guru : Puan Syariah Bt Besah 1

Upload: sajaratul-syifaa

Post on 02-Jul-2015

1.400 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah(rasulullah)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PONTIAN, JOHOR

SEJARAH

TINGKATAN EMPAT

TAJUK:

RIWAYAT NABI MUHAMMAD S.W.T

Nama : Sajaratul Syifaa’ Bt.Ibrahim

Kelas : 401 ( Harvard)

No. Maktab : 11560

Nama Guru : Puan Syariah Bt Besah

1

Page 2: Folio Sejarah(rasulullah)

Isi Kandungan

1. Muka hadapan

2. Isi Kandungan

3. Biodata

4. Kehidupan semasa bayi

5. Kehidupan semasa kanak-kanak

6. Kehidupan semasa remaja

7. Sebelum dilantik sebagai rasul

8. Selepas menjadi rasul

9. Keluarga Rasulullah

10. Kewafatan baginda

11. Sajak

2

Page 3: Folio Sejarah(rasulullah)

Biodata Rasulullah

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi

( dikenali sebagai tahun gajah kerana pada tahun itu Tentera

Abrahah menyerang Kota Kaabah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba

Perempuan bapa Nabi Muhammad

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah

As-Saadiah)

3

Page 4: Folio Sejarah(rasulullah)

Kehidupan Semasa Bayi

Kelahiran

Keheningan pagi Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan 20 Ogos 570 Masihi seisi alam Makkah al-Mukarramah dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi lelaki. Lahirnya diterangi dengan cahaya petanda dirinya bakal menerangi seluruh alam sebagai Rasul terakhir. Begitulah istimewanya kelahiran putera Siti Aminah dan Abdullah.

Fatimah al-Thaqfiyah yang menyaksikan kelahiran nabi junjungan berkata, “Saya saksikan ketika Siti Aminah melahirkan bayi yang kemudian ternyata menjadi pemimpin dunia. Saya lihat rumah tempat bayi itu dilahirkan bermandikan cahaya. Bintang-bintang kelihatan sangat dekat, sehingga saya bimbang kalau-kalau bintang itu jatuh di atas kepala saya.”

Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan gembira oleh keluarganya terutamanya Abdul Muttalib. Seminggu kemudian, datuknya Abdul Muttalib mengadakan jamuan sempena memberi nama seperti yang dimimpikan oleh Siti Aminah iaitu Muhammad yang membawa maksud orang yang terpuji.

Oleh kerana keturunan Baginda adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isi keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Baginda. Kaum Quraisy tidak menafikan betapa tingginya darjat dan susur galur keturunan baginda. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Banyak riwayat menceritakan Quraisy telah mencela baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan membabitkan isu keturunan.

4

Page 5: Folio Sejarah(rasulullah)

Salasilah ringkas keturunan Rasullullah SAW

Nabi Muhammad kemudiannya disusui oleh jariah (hamba perempuan) Abu Lahab, bernama Thuwaibah al-Aslamiyah. Selepas beberapa hari, Nabi Muhammad S.A.W diserahkan pula kepada Halimatusaadiah dari perkampungan Bani Sa’ad. Kampung itu jauhnya kira-kira 50 km dari Makkah ke arah Taif. Adat menyerahkan bayi kepada ibu susu ini merupakan kebiasaan bangsawan Arab. Nabi Muhammad S.A.W berada di bawah jagaan Halimatusaadiah sehingga usia nabi mencecah empat tahun.

Baginda menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang bersih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekali pun masih kecil usianya. Bakat-bakat baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir di bawah kilauan pancaran matahari dan udara bersih.

Sepanjang masa Muhammad tinggal bersama-samanya, hidup Halimatusaadiah sekeluarga menjadi senang, rezekinya bertambah, kambingnya membiak dan kebunnya menjadi. Malah, dikisahkan Halimah sendiri merasa hairan kerana kambingnya tiba-tiba saja menjadi gemuk semenjak kedatangan Muhammad. Itulah keajaiban Tuhan, memberi petanda bahawa Muhammad itu bukan insan biasa sebaliknya bakal pembawa cahaya dan kebenaran.

Muhammad pula begitu sihat dan cerdas. Dia hidup di kalangan masyarakat yang tidak terpengaruh dengan amalan menyembah berhala dan melakukan maksiat. Muhammad dapat mempelajari bahasa Arab yang tulen. Dia juga dapat mempelajari cara hidup masyarakat desa yang hidup bertani dan menternak kambing serta kaya dengan budi bahasa dan beradab.

Dada Rasulullah Dibedah Jibril A.S

5

Page 6: Folio Sejarah(rasulullah)

Tempoh dua tahun telah berlalu, tiba sudah saat Baginda dikembalikan kepada Siti Aminah. Namun berat sekali rasanya untuk Halimatusaadiah melepas anak susuannya pergi. Lantas dipujuk Siti Aminah agar dapat memberi keizinan memelihara Nabi barang setahun dua lagi. Tambahan pula, rasa kasih pada Muhammad sudah melebihi anak sendiri. Akhirnya, Halimatusaadiah berjaya memujuk Siti Aminah untuk terus memelihara walaupun anak susuannya itu telah habis tempoh penyusuannya, iaitu dua tahun.

Dikatakan ketika baginda berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun maka berlakulah peristiwa ajaib iaitu dada baginda dibedah oleh malaikat.

Muslim meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah pernah didatangi malaikat Jibril ketika baginda masih kanak-kanak dan sedang bermain dengan kanak-kanak sebaya yang lain.

Jibril yang lazimnya muncul dalam rupa seperti manusia telah menangkap baginda lalu tanpa membuang masa, dada Nabi Muhammad telah dibelah terutama di bahagian organ hati lalu dikeluarkan organ itu.

Daripada organ itu, Jibril telah mengeluarkan sebuku darah, sesetengah riwayat mengatakan sebuku darah itu berwarna hitam lalu mereka berkata: “Inilah bahagian syaitan yang ada padamu!”

Lalu organ hati itu dimasukkan ke dalam sebuah tembikar emas lalu dibasuhkan hati itu dengan air zam zam. Hati yang telah dicuci bersih itu kemudiannya dikembalikan semula ke tempat asalnya dan dada Rasulullah dicantumkan semula. Rasulullah SAW dikatakan terpinga-pinga dengan kejadian yang menimpa baginda itu. Tetapi berbeza dengan mereka yang menyaksikan bagaimana Nabi Muhammad telah ditangkap dan dibedah dadanya itu.

Belum sempat mereka menyaksikan kejadian itu sehingga habis dan Jibrail hilang dari pandangan, dalam serba ketakutan rakan-rakan Rasulullah itu kemudiannya berlari kepada ibu susu baginda, Halimah dan memberitahu bahawa Nabi Muhammad telah dibunuh oleh seorang lelaki. Mereka berkata dengan cemas: “Muhammad telah dibunuh! Muhammad telah dibunuh!”

Lalu apabila mereka kembali semula ke tempat kejadian, didapati Nabi Muhammad berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Kejadian yang penuh makna itu, bagaimanapun telah menimbulkan kebimbangan di hati Halimah. Beliau begitu bimbangkan mengenai soal keselamatan Nabi Muhammad dan jika terjadi sebarang yang tidak diingini tentu sahaja beliau tidak dapat melindungi anak yatim itu.

Ini menyebabkan Halimah merasakan sudah tiba masanya beliau terpaksa juga berpisah dengan Rasulullah demi kebaikan anak itu sendiri. Walaupun perpisahan itu bakal mencalarkan kebahagiaan beliau selama ini kerana dapat membesarkan seorang anak yang sebaik Rasulullah. Namun beliau sedar anak susuannya perlu kembali ke tempat asal usulnya di mana baginda dilahirkan dahulu.

Mulianya tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W seawal kecil sudah jelas terpancar apabila dia pernah menolong budak yang diusik oleh budak-budak nakal dan diajaknya ke rumah ibu susunya. Dia merelakan bajunya diberikan kepada budak yang malang itu. Ketika usianya lima tahun dia dikembalikan kepada ibunya, Siti Aminah.

6

Page 7: Folio Sejarah(rasulullah)

Berpisahlah Halimatul Saadiah dengan anak susuan yang selama ini menjadi penyeri hatinya. Sudah bertaut kasih dan sayang di hatinya terhadap Muhammad sehingga kalau boleh tidak ingin lagi mereka terpisah. Bagi Nabi Muhammad, jasa ibu susuannya itu tetap dikenang sehingga baginda pernah bersabda yang bermaksud; “Bahawa dia (Halimatus Saadiah) adalah ibuku setelah ibuku sendiri”

Kehilangan Bonda Tercinta

Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah meninggal dunia ketika ibu baginda baru mengandungkan baginda dua bulan. Abdullah telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang berniaga dari Syam.

Tinggallah Nabi Muhammad SAW bersama ibunya. Baginda diasuh oleh ibunya dengan belaian kasih sayang. Apabila usianya menjangkau enam tahun ibunya membawanya pergi ke Yathrib (Madinah) dengan tujuan menziarahi saudara maranya yang mendiami Yathrib, agar Nabi Muhammad S.A.W dapat berkenalan dengan saudara-saudaranya. Di samping menziarahi kubur ayahnya iaitu Abdullah yang dikebumikan di sana. Inilah kali pertama, Nabi bakal ‘bertemu’ dengan ayah yang amat dirinduinya. Meski hanya melihat tanah kuburan tetapi itu sudah cukup bagi menghilangkan kesepian hati seorang anak yatim yang tidak pernah menerima kasih sayang seorang ayah.

Pemergian mereka berdua turut diiringi oleh Ummu Aiman. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, Siti Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia lalu dikebumikan di Abwa. Saat paling menyedihkan sekali lagi menimpa nabi. Ibunya pula menyusul pergi menghadap Ilahi. Tiada apa yang mampu dikatakan anak sekecil itu ketika melihat ibu sendiri menghembuskan nafas di depan mata. Ketika sakit tenat, Aminah sempat berpesan kepada anak kesayangannya “Ya Muhammad, kun rajullan, li annanni saamutu”. (Wahai Muhammad, jadilah seorang lelaki sejati kerana sesungguhnya aku akan mati).

Pesanan itu amat bermakna walau Nabi masih kecil untuk mengerti. Bayangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh nabi. Usianya baru saja enam tahun, masih inginkan pelukan manja dan perhatian sempurna daripada ibu tercinta. Apakan daya, Allah SWT nyata ingin menguji kesabaran Nabi.

Maka pulanglah Nabi Muhammad SAW bersama Ummu Aiman ke Makkah. Nabi Muhammad SAW kini sudah menjadi yatim piatu. Kasih ayah tidak dirasainya, kasih ibu sebentar sahaja. Hanya kasih Allah kekal abadi terhadapnya.

Setelah ibunya meninggal dunia, Nabi kemudiannya dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib. Kasih sayang Abdul Muttalib kepada cucunya melimpah ruah. Sangat sedih dihatinya apabila mengenang cucu kesayangan kini sudah tiada belaian ayah dan bonda. Sayu sekali rasanya setiap kali melihat Muhammad termenung apabila sesekali teringatkan ibunya Aminah yang sudah pergi. Kerana itu, Abdul Muttalib sangat melebihkan Muhammad di dalam setiap layanannya. Bagi Muttalib, Muhammadlah buah hati utama, pengarang jantung di kala suka dan duka. Jika boleh, ingin diberinya kasih sayang yang melimpah ruah agar Muhamamad tidak merasa kekurangan dirinya yang yatim piatu. Begitu sekali kasih sayang Abdul Muttalib kepada Nabi Muhammad SAW.

Bagi Abdul Muttalib, Nabi Muhammad SAW adalah cucunya yang paling istimewa sehinggakan Nabi Muhammad SAW diberi tempat yang terhormat dalam majlis-majlis yang

7

Page 8: Folio Sejarah(rasulullah)

diadakan. Pernah Abdul Muttalib menyuruh anak-anaknya memberikan tempat duduk mereka kepada Nabi Muhammad SAW.

“Kamu mesti mendudukkan Muhammad semula ke tempatnya, di tengah-tengah. Muhammad buah hati, belahan jiwaku…,” beritahu Abdul Muttalib.

Keunggulan baginda telah dikatakan sejak kecil lagi. Tampak pada raut wajahnya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat baginda. Apabila Nabi datang ke majlis datuknya semasa kanak-kanaknya, baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorang anak-anaknya (bapa saudara nabi) akan duduk di atasnya. Oleh itu bapa saudara baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttalib berkata ,”Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.”

Semasa di bawah asuhan datuknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap terpujinya. Dia pernah membantu orang yang lapar dan miskin mendapatkan bantuan daripada datuknya, walapun orang itu memasuki rumahnya (ibunya) tanpa izin. Malahan baginya orang itu dianggapnya sebagai tetamunya.

Nabi Muhammad SAW tidak terpengaruh dengan cara hidup orang Makkah yang suka berpesta dan berfoya-foya. Dia hanya menghargai sesuatu yang bermutu misalnya pidato Qis. Dalam pidato itu Qis memperingatkan orang akan erti hidup dan mati.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitu juga dengan Abdul Muttalib yang sudah tua. Bimbang sekali hatinya memikirkan bagaimana nasib Muhammad setelah ketiadaannya. Cepat-cepat Abdul Muttalib menyampaikan wasiat kepada Abu Talib agar kelak dapat menjaga Muhammad. Akhirnya perpisahan itu tiba juga. Abdul Muttalib meninggal dunia ketika berusia 95 tahun. Ketika itu Nabi Muhammad S.A.W berusia lapan tahun. Sekali lagi perpisahan dengan orang tersayang dirasai Nabi. Kesedihannya terpaksa ditanggung sendiri. Datuk yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh juga sudah pergi.

8

Page 9: Folio Sejarah(rasulullah)

Kehidupan semasa remaja

Di bawah Didikan Abu Talib

Selepas pemergian datuknya, Abdul Muttalib, bapa saudaranya Abu Talib menerima wasiat Abdul Muttalib untuk menjaga Nabi Muhammad SAW. Dia menerima wasiat itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan Abu Talib ikhlas menjaga Nabi Muhammad S.A.W walaupun anak-anaknya sendiri sudah ramai.

Tinggallah Nabi Muhammad SAW di rumah bapa saudaranya itu. Nabi bukanlah seorang yang suka menumpang dan duduk berdiam diri. Malah Baginda seorang yang ringan tulang kerana sentiasa membantu saudara-saudara sepupunya membuat kerja rumah. Malah baginda mengambil upah menjaga kambing orang lain untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga Abu Talib. Sikapnya yang begitu menjadikan Abu Talib begitu sayangkannya.

Bukan sekadar itu sahaja, Nabi Muhammad SAW sanggup mengharungi padang pasir yang panas semasa mengikuti rombongan dagangan Abu Talib ke Syam. Padahal perjalanan itu tidak mudah dan begitu jauh, sedangkan usianya baru 12 tahun.

Ketika kafilah dagangan itu berhenti di Busra, Pendeta Bahira memberitahu Abu Talib akan tanda-tanda kerasulan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. Katanya kepada Abu Talib, “Bawalah pulang anak saudaramu ini. Jangan sampai dia ditemui oleh Yahudi, nanti dibunuhnya. Anak ini kelak akan menjadi Nabi akhir zaman.”

Berniaga di Syam

9

Page 10: Folio Sejarah(rasulullah)

Usia Nabi Muhammad SAW kini mencecah 25 tahun dan baginda sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam hidup. Baginda mahu berdikari dan terlibat di dalam dunia perdagangan.

Begitupun Baginda tidak mempunyai sebarang harta untuk diperdagangkan. Namun jiwanya sungguh besar dan mempunyai sifat dan keperibadian yang sungguh mulia. Berbekalkan jiwa dan sifat mulia dan luhur itu, Baginda menerima amanah dari Khatijah binti Khuwailid untuk memimpin kafilah dagangannya ke Syam. Kunjungannya ke Syam merupakan kunjungan kedua. Baginda ditemani Maisarah.

Nabi Muhammad SAW mengawal barang-barang dagangan yang dibawanya dengan berhati-hati. Setelah sampai ke Syam dia memilih tempat yang strategik untuk menjual barang-barang dagangannya.

Cara-cara Nabi Muhammad SAW menjual barang amat menarik. Dia menjelaskan keadaan sebenar barang-barang yang dibawanya dan membubuh tanda harga. Dia melayan pelanggan dengan mesra jujur dan ikhlas. Kerana sifat mulia itulah, Nabi akhirnya menjadi orang kepercayaan kepada Khadijah. Sifatnya yang amanah itu nyata sukar ditemui pada orang lain dan bermulalah gelaran “al-Amin” buat Nabi Muhammad SAW.

10

Page 11: Folio Sejarah(rasulullah)

Kehidupan sebelum menjadi rasul

PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (RHA)

Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di sepanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya. Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat perihatin untuk mengahwini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijah kepada

Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui hasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudara Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah (s.a.w), tidak berapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu sudah meningkat empat puloh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.

11

Page 12: Folio Sejarah(rasulullah)

Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah Dan Baginda tidak mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal.Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai At-Tayyib dan At-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.

Nabi Muhhamad S.A.W BerKhalwat di Gua Hira'

Mulai sejak umur 35 Tahun, Muhammad mulai melakukan khalwat di "Gua Hira", yang terletak di Jabal Nur, kurang lebih tiga kilometer sebelah utara Kota Makkah.

Khalwat adalah menyepi, menyendiri dan menjauhkan diri dari keramaian masyarakat. Muhammad berangkat sendirian meninggalkan rumah dan keluarganya dan hanya membawa bekal makanan zabib, ka'ka, minuman dan pakaian secukupnya. Di dalam gua beliau mengagumi tentang kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T serta dzikir padaNya. Hal ini beliau laksanakan hingga mencapai umur 40 tahun.

Pada bulan Ramadhan tepatnya tanggal 17, toba-tiba malaikat Jibril datang dengan membawa wahyu dari Allah yang diberikan pada Muhammad, seraya berkata :

"Bacalah wahai Muhammad!" Muhammad menjawab : "Saya tidak bisa membaca."

Jibril berkata lagi : "Bacalah wahai Muhammad"

Muhammad menjawab : "Saya tidak boleh membaca."

Lalu malaikat Jibril memeluk Muhammad dan menyuruh membaca yang ketiga kalinya. Namun Muhammad tetap menjawab: "Saya tidak boleh membaca."

12

Page 13: Folio Sejarah(rasulullah)

Akhirnya Jibril mengajar Muhammad membacanya, ternyata wahyu itu adalah Surah Al-'Alaq ayat 1-5. Dengan diterimanya wahyu ini bererti Muhammad secara rasmi diangkat oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul. Lalu beliau pulang ke rumah dengan badan gemetar dan menggigil seraya menceritakan peristiwa itu pada isterinya Khadijah. Kemudian isterinyamemberikan selimut pada suaminya, (Muhammad).

Gua Hira’

Kehidupan selepas kerasulan

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

13

Page 14: Folio Sejarah(rasulullah)

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Piagam Madinah-Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia

-Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.

14

Page 15: Folio Sejarah(rasulullah)

Perangkaan Piagam Madinah

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Tujuan Piagam Madinah

Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin

15

Page 16: Folio Sejarah(rasulullah)

Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan

keluarga di Mekah.

Prinsip Piagam Madinah

Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah

dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Pembukaan Kota Makkah

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

16

Page 17: Folio Sejarah(rasulullah)

Keluarga Rasulullah

Isteri-Isteri Nabi

Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH) Zainab binti Khuzaimah (wafat 1 SH) Aisyah binti Abu Bakar (wafat 57 H) Hafsah binti Umar (wafat 45 H) Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H) Maimunah binti Harits (wafat 50 H) Mariah Qibtiah (wafat 16 H) Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H) Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H) Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H) Ummu Salamah (wafat 57 H) Zainab binti Jahsy (wafat 20 H)

Putra-Putri Nabi

Al- Qasim bin Muhammad Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.) Ruqayyah binti Muhammad (wafat 2 H) Ummu Kultsum (wafat 9 H) Fatimah Az-Zahra (wafat 11 H) Abdullah bin Muhammad (meninggal ketika kecil) Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H ketika kecil)

Cucu Nabi

17

Page 18: Folio Sejarah(rasulullah)

Abdullah bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah) Ali bin Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.) Hasan bin Ali bin Abu Talib (3-50 H.) Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H) Zainal Abidin (wafat 93H) Ummi Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)

Bapa Saudara Nabi

Abbas bin Abdul Mutalib (wafat 32 H) Abu Thalib bin Abdul Muthalib (wafat 3 SH) Hamzah bin Abdul Mutalib (wafat 3 H)

Cucu Nabi:

Abdullah bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah) Ali bin Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.) Hasan bin Ali bin Abu Talib (3-50 H.) Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H) Zainal Abidin (wafat 93H) Ummi Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)

18

Page 19: Folio Sejarah(rasulullah)

Kewafatan Baginda

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

19

Page 20: Folio Sejarah(rasulullah)

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Teks di atas merupakan khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

20

Page 21: Folio Sejarah(rasulullah)

Saat Kewafatan Rasulullah

Ketika Rasulullah SAW menjelang kewafatannya, Beliau sedang terbaring ditempat tidurnya di dalam rumahnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorangyang mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk ?” tanyanya. Tapi SaidatinaFatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang tidak dapatditemui” kata Saidatina Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahandanya yang ternyata sudah membukamata dan bertanya pada Saidatina Fatimah “Siapakah itu wahai anakku ?”.“Tidak tahu ayah, sepertinya aku baru kali ini melihatnya” tutur Saidatina Fatimahlembut.

Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yangmenggetarkan. Seolah-olah bagian demi bagian wajah anaknya itu hendakdikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut” kataRasulullah SAW, Saidatina Fatimah pun menahan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, kemudian Rasulullah SAW menanyakankenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yangsebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah danpenghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ?” TanyaRasululllah SAW dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telahterbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menantikedatanganmu” kata Jibril.

21

Page 22: Folio Sejarah(rasulullah)

Tapi itu tidak membuat Rasulullah lega, Rasulullah SAW masih penuhkecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini ?” tanya Jibril lagi.“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?”. “Jangan khawatir wahaiRasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : ‘Kuharamkansurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kataJibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruhRasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbahpeluh. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”.

Mata Saidatina Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di sampingnya menunduksemakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Tidak sukakah engkau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah SAW pada Malaikatpengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggutajal” kata Jibril. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksamaut ini kepadaku, jangan pada umatku”.

Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saidina Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”.

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii! - Umatku, umatku, umatku”.

Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi cahaya bagikegelapan, obat dari seluruh penyakit, penghulu seluruh manusia, rahasia darisegala rahasia, dan makhluk paling sempurna. Rasul yang sangatmengkhawatirkan nasib umatnya dari pada dirinya.

22

Page 23: Folio Sejarah(rasulullah)

Sajak

Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau

Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu

Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya

Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti

Wahai Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya

Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia

Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin

Engkau juga anak kunci segala kemudahan

Engkau adalah Rasul pilihan

Pilihan Rasul yang awal dan akhir

Engkau adalah penyelamat umat

Engkau membawa rahmat dan berkat

23

Page 24: Folio Sejarah(rasulullah)

Ibadahmu membayangkan kehambaanmu

Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu

Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu

Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu

Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah

Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah

Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua

Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu

24