folio sejarah pmr

32
1

Upload: asyraf-sallehudin

Post on 22-Jul-2015

327 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

FOLIO SEJARAH PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRINama Calon: MUHAMMAD ASYRAF BIN SALLEHUDIN Tingkatan: 3 AL-BUKHARY No Kad pengenalan: 950207-08-5283 Angka giliran: AJ051K119 Nama guru: EN. MUHAMMAD FAIZOL AHYAR

2

ISI KANDUNGANELEMEN 1: SUMBER ELEMEN 2: TAJUK. PENGHARGAAN. OBJEKTIF KAJIAN. KAEDAH KAJIAN. HASIL KAJIAN. RUMUSAN. LAMPIRAN. RUJUKAN ELEMEN 3 ESEI 150 PATAH PERKATAAN

3

4

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana saya telah dapat menyiapkan folio sejarah ini pada masa yang telah ditetapkan olah guru sejarah saya. Seterusnya, ucapan penghargaan saya untuk tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Ustaz Arip bin Saaya kerana teleh memberikan sokongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Ucapan penghargaan saya jugu ditujukan kepada guru matapelajaran sejarah saya iaitu En. Muhammad Faizol Ahyar kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya sehingga siapnya folio ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini saya tujukan khas kepada kedua bonda serta ayahanda saya yang telah memberikan sokongan dan bantuan dari segi kewangan, maklumat dan sebagainya untuk saya menyelesaikan folio ini. Akhir sekali saya ingin tujukan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa saya menyiapkan folio sejarah ini.

5

6

Objektif kajianObjektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk memenuhi syarat peperiksaan PMR yang mana setiap calon perlu menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah yang berkaitan dengan perayaan tradisi masyarakat di Malaysia. Dari segi isi kandungan, kajian ini membolehkan saya mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Seterusnya akan dapat mengetahui secara mendalam tentang perayaan yang dikaji dari segi latar belakang perayaan, persiapan sambutan perayaan dan kesan-kesan perayaan. Objektif selanjutnya adalah dari aspek iktibar iaitu untuk memupuk semangat patriotik bagi menghargai perayaan tradisi pelbagai masyarakat di Malaysia dan secara tidak langsung membantu mengekalkan sesuatu budaya bangsa yang menjadi warisan bersama selaras dengan konsep 1 Malaysia. Dari aspek tajuk pula, kajian ini dapat membantu saya mengkaji untuk memahami dan mendalami sesuatu perayaan tradisi masyarakat Malaysia. Dalam kajian ini, saya memilih tajuk 'Perayaan Hari Raya Aidil Fitri' yang menjadi perayaan utama umat Islam khususnya orang Melayu. Kajian ini mampu membantu saya mendalami pengetahuan tentang sambutan Hari Raya Aidil Fitri termasuklah dari aspek sejarah perayaan, upacara khusus, persiapan sambutan perayaan sama ada sebelum, semasa mahupun selepas. Begitu juga dengan kesan-kesan perayaan kepada umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu.

7

8

Kaedah kajianSaya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web dan blog yang saya layari termasuklah Wikipedia, laman sesawang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan sebagainya. Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan. Saya juga membuat penyelidikan perpustakaan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh, Pusat Sumber dan Galeri SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Di sini saya telah merujuk pelbagai buku, majalah dan akhar tentang sambutan perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Maklumat yang berkaitan difotostat dan salin dalam buku catatan. Selain dari itu saya telah menemuramah kedua-dua ibu bapa saya iaitu Pn. Ruzinorshah Binti Ahmad dan En. Sallehudin Bin Ismail untuk mendapatkan maklumat mengenai sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Ibu bapa saya menjelaskan tentang persiapan dan perbelanjaan untuk menyambut perayaan tersebut. Manakala Ustaz Syed Nuruddin dari SMKA Johor Bahru, pula menjelaskan tentang sambutan perayaan Hari Raya Aidil Fitri dari sudut agama Islam. Selain dari itu saya telah melakukan analisis dokumen yang telah saya kumpulkan sepanjang membuat penyelidikan perpustakaan. Antara dokumen yang telah saya analisis termasuklah pelbagai buku rujukan, keratan akhbar dan majalah, bahan-bahan yang dimuat turun daripada internet, pelbagai gambar dan lain-lain.

9

1 0

HASIL KAJIANNama perayaan tradisional yang saya telah kaji untuk menyiapkan kerja khusus sejarah PMR 2010 ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri yang di sambut oleh seluruh umat Islam di dunia khususnya dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam khasnya selepas mereka menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tempoh perayaan ini adalah mengikut negeri itu sendiri ada yang hanya 2 hari dan ada yang sehingga sebulan lamanya menyambut perayaan ini. Sebagai contoh, jika di negeri Kelantan mereka hanya menyambut perayaan ini selama 2 hari berbanding masyarakat di negeri Johor yang biasanya menyambut perayaan ini selama sebulan. Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari. Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. 2008: 1 Oktober 2009: 21 September 2010: 10 September 2011: 31 Ogos 2012: 19 Ogos 2013: 8 Ogos 2014: 29 Julai 2015: 19 Julai

1 1

Hari Raya Aidilfitri atau dalam (bahasa Arab: 'Ayd al-Fir; "perayaan fitrah") ; disambut pada setiap 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, IndiaMuslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia khasnya dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam khasnya bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa .Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik. Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa. Kalimat FITRI itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.

1 2

Sejarah/Asal Usul PerayaanSEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah dari mekah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna dan berjaya menjauhkan diri daripada ganguan syaitan. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

1 3

Upacara Khusus Dalam PerayaanOleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat. Pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampaui batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak. Sejarah menyatakan semasa zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri. Lalu baginda segera bertanya: Kenapa wahai saudaraku? Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

1 4

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

1 5

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Persiapan Sambutan PerayaanSEBELUM Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

1 6

Bulan Ramadhan Ramadhan adalah bulan umat Nabi Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan".

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

1 7

SEMASA Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara saudara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

1 8

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan di ketuai oleh Malaikat Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid ,bertakbir atau beramal kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar ( ) menyebutkan bahawa: "Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

1 9

Pakaian Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Amalan Sampingan Atau Sunat Amalan sunat pada 1 Syawal seperti : a b) c) d) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan e) yang lain f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah g) tersenam matahari pada hari raya tersebut.

Berpuasa

6

hari

dalam

bulan

Syawal

(Sunat

Syawal)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

2 0

SELEPAS Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah. Umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

Bulan Zulkaedah Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

Bulan Zulhijjah Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

2 1

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabinabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

2 2

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti : a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan b) solat Adha Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan c) yang lain d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah e) hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad) Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

2 3

Kesan Perayaan Hari Raya AidilfitriKELUARGA Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan hubungan siraturrahim sesama ahli keluarga. Hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik. Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini. Dengan ini perayaan sebegini dapat mengeretkan hubungan kekeluargaan serta kasih sayang. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masingmasing.

PERPADUAN Perayaan sebegini dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing. Semasa hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan rutin atau wajib dan perayaan disambut bersama. Kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram. Ini adalah selaras dengan misi nasional yang telah diwarwarkan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2 4

PELANCONGAN Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan dan mengalami sendiri rasa menyambut perayaan yang ada di Malaysia ini. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan Negara menerusi Kementerian Pelancongan Malaysia. Kementerian tersebut juga telah mengadakan banyak program untuk menarik pelancong dari dalam dan luar Negara untuk turut serta di dalam perayaan tradisional pelbagai kaum di Malaysia Bumi bertuah ini.

KEAGAMAAN Kesan perayaan terhadap agama. Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat menunaikan amanat dan perintah Allah yang Maha Esa. Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.

2 5

2 6

RumusanSebagai rumusan, dari segi tajuk kajian yang dipilih dapat membantu saya sebagai pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perayaan-perayaan tradisi masyarakat Malaysia khususnya perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Maklumat yang dikumpul telah memberi pendedahan kepada saya tentang keunikan sesuatu perayaan dan betapa kita perlu berbangga dan menghormati perayaan-perayaan tradisi rakyat Malaysia agar perpaduan dapat dipupuk di kalangan penduduk berbilang kaum di Malaysia. Perayaan Hari Raya Aidil Fitri merupakan perayaan utama orang Melayu di Malaysia. Kita sebagai bangsa Malaysia hendaklah berbangga dengan perayaan tersebut yang merupakan sebahagian daripada perayaan rakyat Malaysia yang merupakan negara berbilang kaum. Perayaan ini juga merupakan sebahagaian daripada ibadat dalam Islam hendaklah disambut selaras dengan kehendak agama Islam termasuk merayakannya secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan dapat memupuk keharmonian di kalangan rakyat Malaysia. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati. Nilai murni seperti hormat-menghormati, bertolak ansur , tolong menolong dan bekerjasama dalam merayakan sesuatu perayaan merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan. Melalui kajian ini, semangat patriotik berjaya ditanam. Kewujudan pelbagai perayaan tradisi di Malaysia perlulah dipertahankan kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia selaras dengan konsep 1Malaysia.

2 7

2 8

1.2 9

ELEMEN 3

SOALAN: BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang di rayakan oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia ini seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu, Tahun Baru Cina oleh kaum Cina, Depavalli oleh kaum India, Cristmast oleh kaum India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di Malaysia ini bersama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masingmasing. Amalan rumah terbuka antara kaum pula mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain, bersama- sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari perayaan. Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

3 0

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan agama. Ini juga mencerminkan mereka adalah insan dan masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap kaum-kaum lain. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita mesti menyokong Konsep 1 Malaysia yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kita disanjungi iaitu Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Perayaan

tradisi

juga

menunjukkan

bahawa

masyarakat

Malaysia

perlu

bersefahaman dan bermuafakat di antara satu sama lain. Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malaysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing. Justeru itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia sebagai satu buah Negara yang aman dan makmur walaupun hidup dalam birbilang kaum. Semua kaum diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

3 1