folio contoh sejarah

24
FOLIO SEJARAH PMR 2012 .:PERTUKANGAN:. NAMA:MUHAMAD ARIF BIN MAT AZAM KELAS:3 COALYUBY JENIS KAJIAN:PERTUKANGAN SEKOLAH:MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESUT

Upload: arif-azam

Post on 22-Jul-2015

507 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

FOLIO SEJARAH PMR 2012 .:PERTUKANGAN:.

NAMA:MUHAMAD ARIF BIN MAT AZAM KELAS:3 COALYUBY JENIS KAJIAN:PERTUKANGAN SEKOLAH:MAKTAB MARA BESUT RENDAH SAINS

ISI KANDUNGAN ELEMEN 1: SUMBER ELEMEN 2:1) PENGHARGAAN 2) PENDAHULUAN 3) OBJEKTIF KAJIAN 4) KAEDAH KAJIAN 5) HASIL KAJIAN MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN LATAR BELAKANG TUJUAN DAN KEPENTINGAN PRODUK KEUNIKAN PRODUK KAEDAH/CARA PENGHASILAN LANGKAH KAWALAN MUTU TENAGA KERJA PERKEMBANGAN PRODUK KEMAJUAN DICAPAI LAMBANG SYARIKAT CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI M/S 2 M/S 3 M/S 4 M/S 5 M/S 6 M/S 7 M/S 7 M/S 8 M/S 9 M/S 9 M/S 10 M/S 12 M/S 12 M/S 13 M/S 14 M/S 15 M/S 16 M/S 17

6) RUMUSAN

2 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

7) LAMPIRAN 8) RUJUKAN ELEMEN 3:ESEI PENGHARGAAN

M/S 18 M/S 23 M/S 24

Alhamdullillah,syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Kerja kursus Sejarah 2012 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya sebagai memenuhi syarat lulus mata pelajaran Sejarah PMR 2012

3 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang bersama sama membantu dan memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua MRSM Besut En. Che Abdul Halim Bin Che Daud kerana member sokongan dalam menyiapkan kajian ini.ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru mata pelajaran Sejarah En. Marzuki di atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang persediaan menyiapkan folio ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan diberikan kepada kedua ibu bapa saya Mat Azam Husain dan Roszimah Muda di atas segala bantuan dan sokongan baik dari segi moral mahupun kewangan. Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan rakan yang saling membantu terutamanya Safaruddin Nazri dalam menyiapkan tugasan ini bersama sama.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak luar yang terlibat, Syarikat Wanisma Craft And Trading, ahli pekerja syarikat yang terlibat dan memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini berjalan dengan lancarnya secara langsung atau tidak langsung.

PENDAHULUAN Saya Muhammad Arif Bin Mat Azam adalah murid Tingkatan 3 Coalyuby di Mrsm Besut, Besut Terengganu. Saya telah menjalankan kerja kursus Sejarah sebagai satu syarat peperiksaan PMR tahun 2012. Saya telah memilih tajuk kajian tugasan _ iaitu: PERTUKANGAN. Kawasan kajian saya ialah di Wanisma Craft And Trading.

4 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Sebelum menjalankan kajian, saya telah berbincang dengan guru Sejarah tentang tajuk yang saya pilih. Saya memilih kawasan ini kerana ia merupakan syarikat perusahaan tembaga yang tidak terlalu jauh dan mudah didapati dengan tempat tinggal saya. Tambahan pula, kawasan kajian ini adalah merupakan lokasi yang sesuai memandangkan pelancong selalu pergi kesana untuk mendekati pembuatan tembaga dengan lebih dekat. Saya menjalankan dan menyiapkan kajian ini selama 1 bulan sebelum cuti pertengahan semester 1 2012. Saya telah menemuramah beberapa orang ahli syarikat dan orang yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki bagi mengaitkan tajuk kajian. Semua orang yang berkenaan telah menunjukkan respon positif dan kerjasama yang baik kepada saya. Dengan hal berikut, saya dapat menjalankan kajian saya dengan lebih effisien dan memudahkan kajian lapangan. Semua maklumat dan data yang telah diperolehi dan direkod untuk menulis laporan lengkap secara individu sebagaimana yang telah tertera dalam arahan yang diberikan.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan menjelaskan perkara-perkara berikut: Objektif umum: 1. Sebahagian daripada sukatan mata pelajaran Sejarah 2. Memenuhi syarat peperiksaan mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Objektif khusus: 5 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

1. Mengkaji latar belakang syaikat dan asal usulnya 2. Menyenaraikan dan menghuraikan jenis peralatan dan bahan digunakan dalam pembuatan tembaga 3. Mengetahui lebih perkara mengenai kejayaan dan kemerosotan syarikat tembaga 4. Cadangan dan langkah yang harus dilakukan oleh syarikat 5. Menerangkan nilai atau unsur patriotism dalam kajian

KAEDAH KAJIAN Saya telah menjalankan kajian bedasarkan kajian bedasarkan tiga kaedah kajian yang saya telah pilih dan difikirkan sesuai dengan tajuk kajian yang dipilih.

Berikut adalah kaedah kajian tersebut: 1. Pemerhatian: 6 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Pemerhatian dibuat secara langsung di kawasan kajian untuk melihat kaedah penghasilan tembaga. Kaedah pemerhatian membolehkan kita melihat sejauh manakah cara dan pembuatan yang dihasilkan itu mendekati kebenaran. 2. Temu bual: Kaedah temu bual dengan responden digunakan bagi mendapatkan pengetahuan tambahan tentang pembuatan tembaga. Temu bual dibuat dengan cara mengemukan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada responden. 3. Soal selidik: Soal selidik dilakukan dengan cara menggunakan boring soal selidik untuk mendapatkan maklumat tambahan yang dianggap penting bagi melengkapkan bahan kajian. Kami menyoal selidik sebanyak 3 orang responden untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian, mengenal pasti masalah syarikat dan cadangan langkah langkah bagi mengatasi masalah kemerosotan syarikat 4. Rujukan perpustakaan: Maklumat diperoleh daripada bahan bahan terbitan dalam bentuk buku, akhbar, internet, dan orang sumber. Maklumat yang diperoleh itu akan dicatat dan dianalisiskan untuk dijadikan laporan hasil kajian HASIL KAJIAN MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN 1. NAMA PRODUK: Perusahaan tembaga dan batik 2. KATEGORI: Pertukangan 7 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

3. BIODATA PENGUSAHA: (nama) Wan Yusoff bin Wan Ismail (jurusan) Ijazah Senireka dan Senilukis Diploma Pendidikan

4. BIODATA SYARIKAT : (nama)

Wanisma Craft And Trading

(alamat) 32.Kg Ladang Sekolah 20000 K.Terengganu, Terengganu Ditubuhkan pada 09/08/1995 Bilangan pekerja ialah 28 0rang

LATAR BELAKANG Sejarah Kewujudan: Syarikat Wanisma Craft And Trading merupakan salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan barangan berasaskan tembaga. Perusahaan ini merupakan salah satu perusahaan 8 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

turun temurun dari satu generasi ke satu generasi iaitu dari ayah kepada anak. Pada asasnya ia diusahakan oleh Hj. Wan ISmail bin Wan Omar bersama-sama isteri beliau Hajah Nik Rakna Binti Nik Embong pada tahun 1948. Berkat kegigihan alahyarham perusahaan ini berkembang dari satu tahap ke satu tahap sehingga menghasilkan batik sarung berjenama Batik Puteri Rakna pada tahun 1968 dan berkembang sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1995. Semasa hayat beliau telah menerima tokoh kraft negeri Terengganu pada tahun 1992 oleh bekas Menteri Besar Terengganu Dato Wan Mokhtar Ahmad pada tahun 1992.

Selepas beliau meningal dunia perniagaan ini diambil alih oleh anak beliau iaitu Wan Yusoff bin Wan Ismail pada tahun 1995 dan didaftarkan atas nama syarikat WANISMA CRAFT AND TRADING. Atas daya dan inisiatif beliau dapat memperkembangkan lagi perniagaan ini.

Perusahaan tembaga ini merupakan satu identity bagi negeri Terengganu Darul Iman dan menjdai tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat hasil seni rakyat tempatan yang kaya dengan kerja-kerja tangan yang halus.

TUJUAN DAN KEPENTINGAN PRODUK Berikut adalah tujuan dan kepentingan produk dikeluarkan: 1. Meningkatkan lagi ekonomi negara 2. Sumber pendapatan keluarga 9 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

3. Warisan berzaman 4. Mengekalkan keaslian kerja tangan dalam memartabatkan budaya kesenian Melayu 5. Menarik pelancong asing dating ke negara Malaysia 6. Menarik minat remaja untuk terlibat dalam perusahaan tempatan KEUNIKAN PRODUK Keunikan produk tersebut juga mereka paparkan semasa kajian dilaksanakan: 1. Seni reka yang halus 2. Tahan lama dan lambang keaslian reka cipta Melayu 3. Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti keris,cincin dan sebagainya.

KAEDAH DAN PENGHASILAN PROJEK Teknologi mesin dan peralatan yang digunakan semasa penghasilan barangan jenis tembaga turut diperkenalkan oleh ahli syarikat tersebut iaitu: 1. Mesin lathe machine berbagai saiz Melarik logam untuk kerja finishing 10 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

2.

Furnance Melebur logam menggunakan elektrik atau minyak

3.

Oven Membakar acuan tanah menggunakan elektirk

4.

Sand Blasting Kerja finishing

5. Metal Sheet Cuter Memotong logam kepingan

6. Buffing machine Mengilat logam

JENIS BAHAN Jenis Bahan yang turut digunakan turut dikongsi bersama saya iaitu: 1. lilin putih dan lilin keras 2. silicorn untuk buat mould 3. investment plaster 11 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

4. plaster of paris 5. silica 6. brass 7. zink 8. lead 9. kuprum 10. sulfrik asid 11. nitric asid

LANGKAH KAWALAN MUTU Syarikat tersebut juga telah memperkenalkan satu langkah kawalan mutu untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan standing dengan syarikat perusahaan tembaga yang lain.

12 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

1. Menjalankan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti MARA,SIRIM,Jabatan Pertanian danYayasan DiRaja Sultan Mizan dalam mempertingkatkan mutu produk. 2. Mengadakan pameran di seluruh Malaysia dalam usaha meningkatkan mutu produk agar dapat menarik minat penduduk tempatan dan pelancong. 3. Membuat penyelidikan ke atas utu produk dan mencari jalan untuk membaiki mutu produk tersebut.

TENAGA KERJA 1. Kami mendapati bahawa seramai 28 orang pekerja yang berpengalaman mengusahakan perusahaan tembaga di bawah bimbingan pengurus syarikat tersebut iaitu Wan Yusoff bin Wan Ismail.

PERKEMBANGAN PRODUK Untuk mengembangkan produk berasaskan tembaga oleh syarikat tersebut, kerjasama dengan pihak luar turut diambil kira.

13 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

1. Membina rangkaian pusat jualan tembaga mengikut kawasan yang sesuai bergantung kepada kemampuan produk yang dikeluarkan melalui usahawan usahawan di awah MARA,Kraftangan,SMIDEX dan lain-lain di seluruh Malaysia. 2. Mengambil alih kembali saiz pasaran tembaga yang selama ini 85 peratus dikuasai oleh barangan tembaga Thailand/Indonesia/China terutamanya di Pasar Besar Kedai Bayang K.Trg dan seluruh negeri. 3. Usahasama dengan pihak kerajaan supaya menyedarkan masyarakat menghargai kraftangan melalui pameran dan jualan.

KEMAJUAN YANG DICAPAI Setelah beberapa kali menghasilkan pembuatan berasaskan tembaga, akhirnya syarikat tersebut telah mendapat sambutan hangat dan telah memenagi pelbagai anugerah antaranya:

14 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

1. Menghasikan lukisan terbesar di dunia di dataran merdeka sempena persidangan CHOGM 1992 2. Rekabentuk keris untuk Sultan Selangor 3. Rekabentuk cokmar untuk Sultan Johor dan Brunei 4. Showcase Hari Kraf Kebangsaan 2001-2008 5. Showcase SMIDEC. KLCC 2005 (SIRIM) 6. Anugerah Usahawan Seni Kraftangan Peringkat Kebangsaan 2007 7. Anugerah Usahawan Negeri Terengganu(Kategori Kraftangan)2008 8. Fair Price Shop Arward 2006,2007,2008 oleh KHEPDN

LAMBANG SYARIKAT Gambar berikut adalah lambang syarikat perusahaan tembaga dan dibawahnya tertera batik menunjukkan syarikat kedua bagi mengembangkan perusahaan belia iaitu Wan Yusoff bin Wan Ismail.

15 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Lambang kemegahan syarikat Wanisma Craft And Trading.

CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI Syarikat ini turut menghadapi masalah yang sama dengan syarikat yang lain pada masa itu iaitu: 1. Persaingan yang tinggi dengan produk-produk berasaskan aluminium dan plastik yang jauh lebih murah dan baik. 16 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

2. Kos bahan mentah bagfi menghasilkan tembaga semakin tinggi iaitu lebih kurang RM 16.00 per kilo berbanding RM 4 per kilo pada tahun 1990an yang memberi kesan kepada harga produk. 3. Sumber bahan mentah yang semakin sukar untuk diperoleh menyebabkan kecekapan pengeluaran tertanggu. 4. Masyarakat tidak memandang tinggi dan menghargai hasil seni masyarakat tempatan. 5. Pekerja mahir semakin kurang kerana hanya dilopori oleh golongan tua. Masyarakat hari ini terlalu terdedah dengan budaya makan gaji dan tidak berminat menceburi bidang.

RUMUSAN Setelah hamper beberapa minggu saya bertungkus lumus menyiapkan kajian ini, terdapat banyak yang boleh saya simpulkan berkaitan dengan perusahaan tembaga ini. Antaranya ialah, saya dapat memahami kepentingan kerjasama dalam sesebuah kumpulan dalam

17 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

menjalankan sesuatu tugasan. Hal ini menyebabkan hubungan saya dengan rakan-rakan yang lain bertambah erat dan mesra. Selain itu, saya juga telah menemui semua jawapan atas segala keraguan saya tentang batik ini dengan mendakati dan melawati ke Wanisma Craft And Trading. Melalui kajian ini, masyarakat akan lebih menyedari tentang kepentingan produk tempatan. Pada masa yang sama, tembaga ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Dengan mempunyai pengetahuan sebegini, kita semua dapat memelihara produk ini agar tidak dibiarkan begitu sahaja. Di samping itu, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang batik ini. Sebelum ini, saya langsung tidak mengendahkan dan tidak mengambil tahu tentang batik yang ada di Negara kita. Seterusnya, saya dapat meneruskan warisan nenek moyang kita seperti batik supaya tidak pupus ditelan arus pemodenan.

Akhir sekali, kajian ini juga dapat menanam perasaan cinta akan Negara yang kaya dengan pelbagai produk tempatan. Kita juga harus berasa bangga kerana dapat hidup dalam Negara yang bertuah ini. Sebagai warganegara Malaysia, saya akan terus berusaha mempopularkan produk ini bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Akhir kata, sebagai pewaris Negara, kita hendaklah memelihara dan menjaga produk tempatan ini seperti tembaga. LAMPIRAN

18 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Peralatan yang digunakan semasa pemotongan bahan tembaga.

19 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Seorang pekerja sedang menjalankan kerja kerja penghasilan tembaga

20 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Pintu kecil utama memaparkan gerbang masuk ke Wanisma Craft And Trading.

21 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Barangan tembaga yang telah siap dihasilkan dan dipamerkan di bahagian utama syarikat tersebut

22 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

Barangan tembaga yang sudah siap sedia untuk dijual

23 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012

RUJUKAN Dengan ni dimaklumkan bahawa saya menyiapkan folio ini melalui beberapa kaedah rujukan iaitu: Melawat tempat kajian 1. Pada 12/3/2012,saya dan beberapa 6 oarang rakan melawat tempat kajian yang terletak di 32,Kg Ladang Sekolah,Kuala Terengganu,Terengganu untuk berdiskusi tentang kajian tersebut. Saya tiba di sana pada pukul 9 pagi dan disambut oleh pekerja-pekerja dengan mesra. Kami juga mengadakan sedikit temubual dengan pegurus perusahaan tersebut untuk mengenali lebih dekat sejarah syarikat ini. Beberapa maklumat telah berjaya saya perolehi hasil lawatan ini. Keratan akhbar 2. Sinar Harian,7 Januari 2009, halaman 4 Harian Metro,7 Januari 2009, halaman 6 Orang sumber 3. Wan Yusoff bin Wan Ismail, pengurus syarikat Wanisma Craft And Trading 4. Encik Azhar Bin Mohammed, pekerja syarikat Wanisma Craft And Trading Internet 5. Saya juga telah membuka laman web perusahaan tersebut iaitu

http://trulyterengganu.blogspot.com/2010/07/perusahaan-batik-dan-tembagawanisma-kg.html. Melalui laman web ini saya telah menemui pelbagai maklumat ekstra

24 MUHAMAD ARIF MAT AZAM@2012