sejarah mara

Click here to load reader

Upload: pkah-pon-pon

Post on 26-Jun-2015

738 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Sejarah MARAAfeeqah Asyeeqin Atilla Binti Mohamad Zahidi 10402 409

PENGENALAN DAN SEJARAH Pengenalan Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Majlis Amanah Rakyat Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosioekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan. RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.

ORGANISASI MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

OPERASI PENGURUSAN Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara. Pusatpusat operasi ini merangkumi:y y y y y y y y y y y y

Ibu Pejabat Pejabat MARA Negeri Pejabat MARA Daerah MRSM Kolej MARA GIATMARA IKM Institut Kemahiran Tertinggi MARA Kolej Poly-Tech MARA Kenderaan Bas MARA Pejabat MARA Luar Negara Kolej Profesional MARA

MISI KORPORAT Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

VISI KORPORAT Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa:y y y y

Penggerak dan pemangkin yang aktif Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan Sebagai organisasi pemikir

OBJEKTIF Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

STRATEGI PERLAKSANAANy

Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh. Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan. Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian, dan Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.

y

y

y

LOGO MARA

RASIONAL AM LOGO MARA

Roda Bergigi (14) Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Buku Terbuka Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

Jangka Lukis Terbuka Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian. Spana Dan Skrew Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya. Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.

Warna Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-peluang baru. Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Biru - Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa. Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk Hitam membantu secara berterusan golongan Bumiputera Merah -

LAGU MARA

MARA pemegang amanah Bumiputera Beri galakan memajukan usaha Menjujung hasrat mencipta bahagia MARA tetap bersedia Dan rakyat makmur sentiasa....

MARA akan sentiasa memberi segala dorongan Menciptakan kemakmuran rakyat menjadi tujuan MARA lah maju wahai rakyat jelata Maju MARAmaju jaya Negara makmur sentiasa...

Gubahan : Allahyarham Saiful Bahri Seni Kata : Abdul Manaf Hamid Tahun : 1966

BANGUNAN MARA

B M R t di t t B dar Raya Kuala Lumpur, bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja Laut di hadapan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah belakangnya. Ia telah dibuka secara rasmi oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia 12 April 1987. K l Bang nan

Kompleks ini mengandungi empat tingkat blok podium, 22 tingkat blok menara dan tiga tingkat basement. Blok podium Medan MARA ini mengandungi 165 lot ruang niaga dengan keluasan keseluruhannya sebanyak 150 ribu kaki persegi. Salah satu ciri utama blok podium ini ialah dua pintu masuk utama berhadapan Kompleks Pertama dan Jalan Raja Laut. Blok menara dengan bentuk yang istimewa ini menyediakan ruang pejabat seluas 200,000 kaki persegi. Bangunan setinggi 26 tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang serba baru. Tingkap yang terdapat di keempat-empat penjurunya, menyediakan panorama kota yang indah. Ruang letak kereta bawah tanah Medan MARA boleh menempatkan sebanyak 373 buah kereta. Di tingkat pertamanya pula disediakan ruang niaga seluas 22,000 kaki persegi sesuai unt k u pembinaan sebuah pasar raya.

Konsep Rekaan

Ilham pembinaan bangunan ini tercetus dari tujuan untuk mewujudkan satu identiti dan imej tersendiri yang mengambarkan kekayaan kebudayaan Melayu. Blok podium yang berbentuk perahu melambangkan semangat pengembaraan dan penerokaan pengetahuan serta keinginan untuk mengejar kemajuan. Konsep ini mencerminkan budi pekerti masyarakat Melayu yang sentiasa bersedia untuk meneroka bidang-bidang baru demi kemajuan bangsa. Mural bangunan melambangkan pembangunan, kemajuan dan perkembangan sosio-ekonomi anakanak bangsa.

Motif pucuk rebung dan awan larat yang digunakan diilhamkan daripada motif tingkap Masjid Sultan Mehmet, Istanbul, Turki dan ukiran kayu Istana bandar Tinggi, Negeri Sembilan. Kedua-dua ukiran ini disatukan untuk membentuk motif pinggiran kain songket, seni tradisi orang-orang Melayu. Motif ini juga disulamkan dengan rupa-rupa anyaman mengkuang sejajar dengan resmi masyarakat turuntemurun menggunakan tikar sebagai tempat bermesyuarat, berbincang dan merancang ke arah kemajuan. Konsep reka bentuk Bangunan MARA ini rata-rata melambangkan identiti senibina Melayu di Malaysia.

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)

Visi Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan terbeza dan terbaik, inovatif dan bertaraf dunia. Misi Menjadikan MRSM pusat untuk melahirkan bakal-bakal saintis (sains & teknologi), profesional dan usahawan tekno yang cemerlang, berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berminda global. Matlamat Menjadi penyumbang utama kepada pengwujudan K-Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam generasi keenam ilmu inovasi (6th Generation Innovation). Nilai Teras Menerapkan nilai Sainstifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.

Objektif Operasiy

Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian aktiviti pendidikan menengah di MRSM sebagai tapak semaian yang kukuh dan mantap untuk meneruskan pembangunan insan bumiputera ke arah mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera generasi kedua. Mewatakkan pelajar lepasan MRSM sebagai pelajar yang mempunyai jati diri, pemikiran strategik, kreatif dengan kekuatan daya tahan, daya saing dan daya juang berlandaskan nilai-nilai murni sebagai asas kepada budaya keusahawanan. Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian aktiviti pembangunan Kurikulum Asas dan Terbitan bagi MRSM untuk menjamin Piawai Kualiti Pendidikan menengah memenuhi aspirasi kerajaan Malaysia sebagai hak kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti kokurikulum (asas dan terbitan) dengan tujuan membina modal insan yang cergas dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran globalisasi. Merancang, melaksanakan dan memilih pelajar bumiputera yang berpencapaian sederhana, berpendapatan rendah, berpotensi, berbakat, dan berminat untuk meneruskan pengajian menengah di MRSM bagi memenuhi syarat kemasukan ke IPT. Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti pembangunan sahsiah pelajar dalam bidang-bidang strategik dengan tujuan membantu pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji. Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti keusahawanan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar pada peringkat awal. Merancang, memantau dan menilai kemudahan dan khidmat pengurusan pendidikan bagi memperkasakan sistem pendidikan MRSM berdasarkan piawai kualiti pendidikan MARA. Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian pembangunan profesion perguruan di MRSM supaya guru-guru MRSM mencapai tahap profesionalisme yang cemerlang. Merancang, melaksanakan dan memantau penyelidikan di MRSM bagi memperkemaskan dan mengantarabangsakan sistem MRSM.

y

y

y

y

y

y

y

y

y

RUJUKAN http://www.mara.gov.my/home