folio sejarah imi

16
NAMA HILMI HANAFI BIN AHMAD FAKHRURADZI KELAS 2 MARIKH NAMA GURU PUAN JAMIATI BT BURAHIN

Upload: muslim80

Post on 23-Dec-2015

138 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

YES

TRANSCRIPT

NAMA HILMI HANAFI BIN AHMAD FAKHRURADZI

KELAS 2 MARIKH

NAMA GURU PUAN JAMIATI BT BURAHIN

1. Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak

2. Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

3. Mat Salleh Menyanggah SBUB

4. Tok Janggut Pejuang Jihad

5. Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani

Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak

FAKTOR KEBANGKITAN MENENTANG BRITISH

Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan menjadi penghulu di Pasir Salak. Akibat daripada Perjanjian Pangkor, Perak telah menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch. Pelantikan tersebut telah mencetuskan konflik di Perak dan telah membangkitkan kebangkitan di Perak.

British mengambil hak mengutip cukai dengan memaksa Sultan

Abdullah menandatangani pengisytiharan yang

membolehkan mereka berhak untuk mengutip cukai. Beliau telah diugut akan diturunkan

takhta sekiranya tidak menandatangani.

British sesuka hati memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu, atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak.

British telah mencabar ketuanan Melayu dengan memaksa Sultan Abdullah

menandatangani penyerahan kuasa

memerintah kepada Residen British.

British juga mencabuli adat resam apabila beliau mengharamkan amalan

perhambaan yang menjadi adat resam Melayu tetapi

menyimpan hamba-hamba perempuan di

rumahnya.

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato' Maharaja Lela telah

bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka telah mengambil

keputusan untuk membunuh Birch.

Pada 2 November 1875, Birch dan rombongannya tiba di

Pasir Salak untuk menyebarkan surat

pengisytiharan mengambil hak memungut cukai. Kesempatan itu telah

digunakan oleh Dato'Maharaja Lela dan

pengikutnya untuk membunuh Birch.

Pembunuhan tersebut menyebabkan British

menyerang Pasir Salak.

Dato'Maharaja Lela dan Dato' Sagor memimpin

perjuangan mempertahankan Pasir Salak dan Pasukan British berjaya

dikalahkan. Pertempuran tersebut dinamakan Perang Perak dan telah berlanjutan

selama setahun. Namun, Pihak British telah mendapat

bantuan tentera dari India dan Hong Kong berjaya

mengalahkan pejuang Perak.

Pada 1877, Dato'Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak

Indut dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung

sampai mati. Sultan Abdullah dan Ngah

Ibrahim dibuang di Pulau Seychelles. Manakala Raja Ismail dibuang ke negeri

Johor. Dato' Maharaja Lela menjadi simbol

kepahlawanan orang Melayu dalam menebus

kedaulatan bangsa.

Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya, Dato' Sagor,

Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk

membunuh Birch.

KRONOLOGI KEBANGKITAN PEJUANG TANAH AIR MEMPERTAHANKAN PASIR SALAK

DATO’ BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG

FAKTOR PENENTANGAN DATO’ BAHAMAN

Nama sebenar Dato’ Bahaman ialah Abdul Rahman bin Imam Noh. Kebangkitan menentang British di Pahang dipelopori oleh beliau. Beliau telah dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Anugerah itu diberikan kerana kegagahan dan keberaniannya dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. Beliau merupakan pembesar di Temerloh. Sejak awal lagi Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di negeri Pahang.

Hilang hak mengutip

cukai

British melantik E.A Wise sebagai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh.Kesannya Dato' Bahaman diarang mengutip cukai di kawasannya.

Pembinaan balai polis

E.A Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding dengan Dato' Bahaman terlebih dahulu.Tindakan itu dianggap sebagai pencerobohan dan mengancam kedudukannya.

Perlucutan gelaran

British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran yang diberikan kepada Dato' Bahaman kerana beliau enggan tunduk kepada arahan Hugh Clifford.Tindakan itu telah memalukannya dan beliau berjanji akan mengusir British dari Pahang.

KRONOLOGI PENENTANGAN DATO’ BAHAMAN KE ATAS BRITISH

Pada 16 Disember 1891, tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran British. Tindakan ini

mencetuskan kemarahan Dato' Bahaman dan pengikutnya lalu menyerang Balai Polis Lubuk Terua.

Hugh Clifford bersama 200 anggota tentera berjaya menawan semula Lubuk Terua pada26 Disember 1891 tetapi beliau tewas dalam pertempuran di

Kelubi. Hugh Clifford berundur dan mendapatkan bantuan dari Singapura.

Pada bulan Januari 1892, British menubuhkan pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.

Gerakan ini diketuai oleh Sultan Wan Ahmad dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato'Bahaman di Bentong.

MAT SALLEH MENYANGGAH SBUB

Pada 8 Mei 1892, British melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua. Ramai pejuang Pahang berundur ke Terengganu dan Kelantan untuk

berlindung.13. Di Terengganu, mereka mendapat sokongan daripada Ulama Tok Ku Paloh supaya pejuang Pahang berjihad menentang British.

Pada 14 Jun 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya berjaya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Kolonel Walker dihantar oleh British untuk menawan semula Jeram Ampai.16. Pertempuran sengit berlaku menyebabkan

Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan.

Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan itu turut menggugat kedudukan British di Pahang.18. Kesan peperangan di Pahang British menanggung

hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun

Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu. Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam

sejarah kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British di Sabah. Beliau dilahirkan di Inanamndan menjadi pemerintah Sungai Sugut. Mat

FAKTOR-FAKTOR MAT SALLEH MENENTANG SBUB

Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu. Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam

sejarah kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British di Sabah. Beliau dilahirkan di Inanamndan menjadi pemerintah Sungai Sugut. Mat

Perjuanga

n jihad

Mat Salleh terpengaruh dengan semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina

Pengenalan

peraturan yang membebankan

Peraturan baru yang diperkenalkan oleh British seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu.Peraturan ini membebankan rakyat Sabah.

Percubaa

n rundingan gaga

l ( Ogos

1895)

Mat Salleh dan pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh.Beliau ingin mengadu tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.Mat Salleh tidak dilayan meskipun telah menunggu selama 10 hari.

Perkampunga

n Mat Salle

h dibakar

Tindakan membakar dan memusnahkan perkampungan Mat Salleh diambil oleh Gabenor Beaufort kerana menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB.Hadiah sebanyak 500 dolar ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

KRONOLOGI KEBANGKITAN MAT SALLEH

Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah

mendirikan kubu di Ranau dan membakar

Pulau Gaya.

Mat Salleh meneruskan perjuangannya dengan bertindak menyerang Ambong pada bulan

November 1897.

Pengarah urusan SBUB, William Cowie menawarkan

perdamaian dan pengampunan kepada Mat

Salleh kerana tidak berupaya untuk menewaskan Mat

Salleh.

Satu rundingan telah diadakan antara Mat Salleh

dan Cowie di Menggatal pada April 1898. SBUB

membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah

Tambunan.

SBUB tidak menepati janji kerana telah mengambil

semula Tambunan pada 1899. Mat Salleh meneruskan semula penentangannya

terhadap SBUB di Tambunan dengan membina kubu di

sana.

Kubu Mat Salleh diserang secara besar-besaran oleh

SBUB dan pada Januari 1900, SBUB berjaya

menewaskan Mat Salleh.

Mat Salleh telah terkorban dalam pertempuran

tersebut dan perjuangan diteruskan oleh

pengikutnya Mat Sator dan Kamunta.

British berjaya menamatkan

kebangkitan Mat Salleh pada Julai 1902.

TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD

Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Beliau dikenali sebagai Tok

Janggut. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh,

Kelantan. Beliau mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah. Mendapat

gelaran Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke dada. Beliau juga

mahir dalam ilmu persilatan. Beliau juga bekerja sebagai seorang petani dan peniaga.

Faktor Penentangan Tok Janggut

Peraturan cukai yang mewajibkan petani membayar cukai ditentang oleh Tok Janggut

P e r a t u r a n t a n a h

Cukai pokok kelapa, pokok pisang, sirih, kerbau dan lembu perlu dibayar oleh petani.

P e n g e n a l a n c u k a i y a n g

m e m b e b a n k a n

Selepas kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang oleh British pada Perang Dunia Pertama, umat Islam diseru agar berjihad menentang Barat oleh kerajaan Turki. Seruan tersebut telah disahut oleh Tok Janggut di Pasar Puteh.

P e r a s a a n a n t i -B r i t i s h

Pejabat bayaran cukai yang terletak jauh ke bandar telah membebankan penduduk tempatan untuk membayar cukai.Pegawai British pula akan menangkap dan mendenda sesiapa yang gagal membayar cukai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan.

P e m b a y a r a n c u k a i y a n g

m e n y u s a h k a n .

KRONOLOGI RINGKAS MENGENAI PENENTANGAN TOK JANGGUT DI PASIR PUTEH

28 April 1915 : (i) Tok Janggut telah ditangkap oleh Sarjan Che Wan yang dihantar oleh Encik Abdul Latif , Pegawai Daerah Pasir Puteh kerana gagal membayar cukai.(ii) Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut setelah perbalahan berlaku di antara mereka. 29 April 1915 :

(i) Satu serangan ke atas Pasir Puteh telah dilancarkan oleh sebuah angkatan tentera yang diketuai Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol.(ii) Pasir Puteh telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas daripada anasir British dan mereka telah menduduki kawasan tersebut selama tiga. Tok Janggut telah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Ungku Besar Jeram, Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. 9 Mei 1915 :Hadiah sebanyak 500 dolar telah ditawarkan oleh British kepada sesiapa yangberjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.23 Mei 1915 :(i) Keengganan Tok Janggut dan pengikutnya menyerah diri telah menyebabkan rumah beliau dibakar oleh British.(ii) Kemudian, sekali lagi Pasir Puteh telah diserang oleh Tok Janggut.24 Mei 1915 :(i) Dalam pertempuran di antara British dengan Tok Janggut yang berkubu diKampung Dalam Pupuh, Saring, Tok Janggut telah terkorban.

(ii) Mayat beliau telah diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dan digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam. Mayat Tok Janggut kemudiannya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG PEJUANG TANI

Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid. Digelar Haji Abdul Rahman Limbong kerana selalu melawat Limbong, Kemaman untuk mengajar agama.2. Perjuangan beliau dikenali sebagai Kebangkitan Tani kerana membela nasib petani yang ditindas di Terengganu.

FAKTOR KEBANGKITAN TANI

Penduduk dilarang memburu binatang liar setelah Undang-Undang KawalanBinatang Buas dibuat pada tahun 1923Denda sebanyak 500 dolar akan dikenakan dan senapang akan dirampas jikalauperaturan tersebut diingkar.

Penguatkuasaan undang-undang binatang buas

Penduduk diwajibkan untuk mendaftar tanah mereka dengan bayaransebanyak 2.50 ringgit setiap seorang berikutan peraturan tanah yang dibuat pada tahun1924.

Peraturan tanah baru

Petani handaklah mendapatkan pas terlebih dahulu sebelum membuka tanahdan bercucuk tanam seperti yang telah dinyatakan di dalam peraturan tanahyangdibuat pada thun 1921.

Pas kebenaran yang membebankan

Tanah merupakan hak Allah dan rakyat bebas untuk mengerjakannya tanpaperlu membayar sebarang cukai merupakan penegasan yang ditekankanbanyak kalioleh Haji Abdul Rahman Limbong.

Pengaruh pemimpin agama

KEBANGKITAN TANI PADA TAHUN 1922-1928

TAHUN 1922

Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa meminta pas kebenaran.

TAHUN 1925

Seramai 300-500 petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam. Mereka bertindak membersihkan tanah tersebut setelah mengetahui British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina.

TAHUN 1928

British mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap petani yang enggan membayar cukai. Ancaman itu telah menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang. Mereka mengisytiharkan perang terhadap British. Mereka menguasai balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang dan mengibarkan bendera merah.

British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah. Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam. Pihak British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak milik Allah dan bukan hak negeri. Mahkamah menerima hujah tersebut dan melepaskan mereka.

British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau menjelaskan kepada sultan bahawa pemerintahan British di Kuala Berang telah menindas rakyat.

British meminta bantuan tentera dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pertempuran berlaku di Padang Kacong. Seramai 12 orang petaniterkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap. Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhkan hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut serta mencetuskan kebangkitan.

KEBANGKITAN TANI TINDAK BALAS BRITISH