folio sejarah tingkatan 2 ( sejarah smkplm )

Upload: nur-fatin-firzanah-mohd-fauzi

Post on 09-Jul-2015

880 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

1

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8

PERKARA Penghargaan ObjektifKajian KaedahKajian LaporanKajian Lampiran Rumusan SenaraiSemak

HALAMAN

2

Terlebih dahulu saya Nur Fatin Firzanah bt. Mohd Fauzi dari tingkatan 201 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini. Pertamanya, saya ingin menggucapkan terima kasihkepada bapa saya iaitu En. Mohd Fauzi bin Shaari dan ibu saya Pn. Nor Hafizah binti Abdul Kadir kerana telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini. Kedua, terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu Encik Ramesh a/l Ramadas yang telah member saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus ini. Akhir sekali, ribuan terima kasihdiucapkan kepada rakan rakan saya iaitu Nur Husnina binti Roslee, Nur Afiqah binti Noryani, Nur Adila binti Othman, Nur Khairunnisa binti Mohamad Talib dan Nur Syamimi Aida kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan.

3

Saya dapat mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah saya dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah sekarang. Selain itu, saya juga dapat mangenali nama, lambang, logo, lagu, visi, misi, dan sebagainya yang ada kaitan dengan sekolah. Selain itu, saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat mengenai sekolah. Melalui kajian ini, saya dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.Akhir sekali, melalui kajian ini dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga sekolah yang lain.

4

Bagi kaedah yang pertama, saya telah menemuramah beberapa orang untuk menceritakan dengan lebih lanjut mengenai sejarah dan latar belakang sekolah saya. Bagi kaedah yang kedua, saya telah mendapat maklumat melalui internet yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang SMK Pengkalan Lebai Man. Bagi kaedah yang ketiga, saya telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan sekolah saya. Bagi kaedah yang terakhir, saya telah membuat rujukan daripada majalah rasmi sekolah dan bahan- bahan bercetak yang lain yang pernah diterbitkan oleh pihak sekolah.

5

6

a)

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man ditubuhkan dengan rasminya di bawah Akta Pendidikan Malaysia pada 1 Januari 2000. Pada peringkat awal, pelajar di sekolah ini berjumlah 282 orang, iaitu sebanyak 8 kelas dan 21 orang guru serta 4 orang staf sokongan. Sekolah ini ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada sesi petang sehingga Disember 2000 dan berpindah kebangunan sekarang pada 1 Januari 2001 bersamaan 5 Syawal 1421. Sekolah ini dibina berhampiran dengan taman perumahan seperti Taman Berangan, Taman Beringin, Taman Sri Wang dan Taman Keladi. Kos pembinaan sekolah ini mendapat perutukan daripada Rancangan Lima Tahun Malaysia ke-7 dan dibina oleh Syarikat Maju Holding. Siap dibina pada April 2000, mengandungi 6 blok yang menempatkan bilik bilik darjah, makmal, bengkel, bilikbilik khas seperti bilik muzik, stor SPBT, bilik kaunseling, bilik koperasi, pusat sumber, bilik media, bilik komputer, bilik akses, bilik mesyuarat di samping kemudahan kantin dan surau. Pentadbiran sekolah bermula dengan pimpinan Pengetua SMKPLM yang pertama iaitu Tuan Hj. Khalid bin Ashari yang berkhidmat sehingga 16 Mei 2001. Tempat beliau telah digantikan oleh Tuan Hj. Mohd Noor bin Salleh ( 2001 2005 ). Puan Aishah bt Tom ( 2006- 2007 ), Tuan Hj. Nanyan bin Bakar (2007), Puan Habibah bt Othman ( 2007 2008 ) dan Tuan Hj. Omar bin Abd. Rahman ( 2008 kini ). Kini, kelas bertambah kepada 43 buah iaitu satu kelas Peralihan, Sembilan kelas Tingkatan 1, Sembilan kelas Tingkatan 2, lapan kelas Tingkatan 3, sembilan kelas Tingkatan 4 dan lapan kelas Tingkatan 5. Bilangan pelajar pula berjumlah 1614, 98 orang guru dan 15 orang staf sokongan.

7

b)

Nama dan lambang lambangi. Lencana SMK PengkalanLebai Man

Huraian Logo SMK Pengkalan Lebai ManTerdapat lima warna utama di dalam logo/ bendera, iaituputih, merah, biru, hijau dan kuning. Putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati dalam menuntut ilmu. Merah melambangkan kegigihan, keberanian dan keyakinan dalam masyarakat, agama dan Negara. Biru melambangkan kesepaduan dan kemufakatan warga sekolah dalam merealisasikan misi dan visi sekolah. Hijau pula melambangkan kepercayaan dan kepatuhan kepada agama sebagai pedoman hidup manakala warna kuning melambangkan ketaatan kepada raja dan Negara. Jalur hijau kuning melambangkan percambahan daya pemikiran yang kreatif, inovatif, lojik dan analitis. Gear dan kelalangkun pula melambangkan penguasaan ilmu sains dan teknologi selaras dengan hasrat kerajaan menuju Negara maju. Terdapat tiga rangkaian bulatan yang melambangkan kecemerlangan dalam semua aktiviti sukan yang diceburi dan menjadikan insan yang cergas fizikal serta kesihatan diri. Suku bulatan merah kuning( cakera padat ) pula melambangkan penguasaan ilmu komputer dan teknologi maklumat selari dengan hasrat Sekolah Bistari dan hala tuju wawasan Negara iaitu Wawasan 2020. Buku dan pena melambangkan sebuah gedung ilmu yang unggul dan cemerlang. Segulung ijazah pula melambangkan hala tuju misi danvisi sekolah melahirkan seorang insan yang cemerlang di dalam pendidikan. Disiplin, Usaha, Azam melambangkan ramuan yang cukup sempurna dan mantap menjadi seorang insan yang Berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

8

VISIMenjadikan SMK Pengkalan Lebai Man Antara Lima Buah SEKOLAH Gemilang Di Kuala Muda Yan Menjelang 2015

9

MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN LEBAI MAN 1. Akan berusaha untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan efisien. 2. Mengamalkan e-pentadbiran dan e- pem belajaran supaya dapat membantu keberkesanan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran. 3. Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum. 4. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam kokurikulum. 5. Mewujudkan pelajar yang berakhlak mulia dan jati diri yang unggul. 6. Menyediakan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria. 7. Membentuk kerjasama erat antara guru, staf sok ongandan komuniti setempat serta menjaga hu bungan baikdengan pelanggan.

10

MATLAMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN LEBAI MAN

Matlamat sekolah iaitu untuk memastikan perkembangan potensi pelajar sekolah ini secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu yang meliputi aspek aspek kerohanian dan emosi serta jasmani kearah melahirkan insan yang seimbang, harmonis, dan berakhlak mulia serta mampu menghadapi cabaran.

11

Moto Sekolah Menengah KebangsaanPengkalan Lebai ManDISIPLIN, USAHA, AZAMDisiplin bermaksud kepatuhan peraturan peraturan sekolah yang ditetapkan. Usaha bermaksud ikhtiar untuk mencapai sesuatu matlamat. Azam pula bermaksud keinginan yang sangat kuat untuk mencapai sesuatu matlamat. Kombinasi ketiga tiga perkataan di atas melambangkan kesediaan guru, pelajar dan waris ( PIBG ) SMKPLM untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaituke arah pembentukan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Berteraskan disiplin yang mantap, usaha dan azam yang tinggi inilah yang menjadi hala tuju SMKPLM sesuai dengan konsep moto dan lambang lambang lain di dalamnya.

12

ii.

Bendera Sekolah: 160cm panjang dan 75cm lebar. Manakala kekari bulatan lencana ialah 15cm.

Saiz bendera

Interprerasi BenderaWarna biru melambangkan semua warga sekolah sentiasa sepakat serta bekerjasama dalam memikul atau menjalankan sebarang tanggungjawab yang diamanahkan. Di samping itu, mesyuarat sekolah bekerja dalam keadaan yang harmoni, bak kata pepatah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing . Sentiasa bekerja dalam keadaan harmoni. Warna putih pula melambangkan bahawa sekolah merupakan sebuah institusi yang bersih dan suci. Selain itu, sekolah juga merupakan tempat untuk melahirkan insane yang mempunyai sifat sifat terpuji seperti baik hati, amanah, bertoleransi dan penyabar. Warna hijau melambangkan kepatuhan dan ketaatan semua warga sekolah kepada raja, Negara dan undang undang. Lencana sekolah dimana kedudukannya di tengah tengah bendera serta meliputi keseluruhan warna yang terdapat pada bendera. Ini melambangkan bahawa sekolah ini berfungsi untuk mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dalam aspek sama ada aspek rohani, jasmani intelek atau emosi agar mereka dapat menjadi ahli masyarakat yang berguna pada masa depan. Tedapat lima jalur warna pada bendera ini iaitu jalur kuning, putih, hijau dan biru. Jalur jalur tersebut menerangkan bahawa semua warga sekolah ini berpegang teguh kepada prinsip rukun Negara kita.

13

iii. Lirik Lagu SMK Pengkalan Lebai Man ( Tekad Yang Sejati )

Hidup di dalam harmoni Pembina warga berbudi Pada Negara tumpah setia Dengan agama yang suci Dengan tekad yang sejati Megah SMKPLM Majulah sekolah yang ceria Mencapai hasrat negara Bersatu usha mencapai cita cita Harapan ibu bapa Dengan disiplin usha dan azam Sederap melangkah kehadapan

14

c)

Kemudahan infrakstrukutur

Terdapat beberapa perkembangan fizikal dan infrastruktur di SMK PengkalanLebai Man seperti surau, meja, kerusi, kipas, lampu, kelas, tandas, dewan, bilik guru, bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik media, bilik SPBT, foyer, bilik koperasi, bilik rawatan, bilik kaunseling, makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, bilik kejuruteraan.

d)Pengetua

Badan pengurus dan PIBG: Tn. Hj. Omar bin Abd. Rahman : En. Krishnamurthy a/l Suranna : En. Hittayatullah b Hj. Hassan : En. Md. Saad b. Man : En. Abdul Razak b. Abdul Aziz : Pn. Roslinda bt Abd. Hamid : Pn. Norhassani bt. Hussin : En. Wong Koey Chooi : En. Lim Ehu Chai

Pen.KananPentadbiran Pen. Kanan HEM Pen. Kanan Kokurikulum Pen. Kanan Petang GKM Bahasa GKM Kemanusiaan GKM Sains dan Matematik GKM Teknik danVokasional

15

e)

Tokoh tokoh bekas pelajar

Ang Wei KeanAng Wei Kean iaitu bekas pelajar 5 Sains pada tahun 2005 telah muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2005 dengan memperoleh 12 A1 dalam semua mata pelajaran yang diambil. Dia merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Lama, Sungai Petani dan pernah muncul sebagai pelajar terbaik PMR 2003 SMKPLM dengan memperoleh 8A. Kini segala usahanya telah membuahkan kejayaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru guru yang tidak mengenal penat lelah serta daya usaha yang bersungguh sungguh untuk membantu rakan rakannya supaya sama sama mencapai kejayaan. Menurut Wei Kean, sumber utama kejayaan beliau adalah guru guru dan rakan rakan. Beliau juga turut bergiat aktif dalam Pergerakan Pengakap dan telah memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha. Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz dan pernah memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pengakap. Kini Ang Wei Kean sedang mengikuti Cambridge Level A Sains di Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Nor Anisya NatasyaNor Anisya Natasya bt. Arifin pelajar 3 Elit tahun 2005 telah muncul sebagai pelajar terbaik PMR 2005 dengan memperoleh 8A. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Beliau juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Petani Jaya. Anak kepada seorang pemandu treller dan suri rumah ini menjelaskan bahawa kejayaannya didorong oleh factor disiplin diri, sokongan ibu bapa dan guru guru yang berdedikasi. Belajar mengikut jadual, memperbanyakkan latihan serta bertawakkal kepada Allah s.w.t merupakan rahsia kejayaannya. Nor Anisya Natasya memegang jawatan sebagai seorang Pengawas sekolah. Beliau juga turut aktif dalam kegiatan kokurikulum seperti Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau bercita- cita melanjutkan pelajaran ke universiti luar Negara. Harapan beliau adalah untuk mendapat pekerjaan yang baik dan mampu menyara ibu bapa. Anisya bercita cita menjadi seorang doctor. Kini beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim dalam jurusan Sains Tulen. Azam beliau untuk mengharumkan nama keluarga, agama, bangsa dan Negara dalam bidang yang diceburinya kelak.

16

f) Peristiwa peristiwa bersejarahProgram Tazkiyyatun NafsiProgram ini dijalankan dalam 5 fasa yang berlainan iaitu bermula 25 Mei 2006 bagi fasa pertama untuk pelajar tingkatan 1, fasa kedua untuk pelajar tingkatan 2, dan begitulah fasa fasa seterusnya untuk pelajar tingkatan 3,4, dan 5. Program ini dirangka dengan objektif untuk memupuk nilai nilai terpuji dalam diri pelajar Islam dengan akhlak mahmudah, melahirkan rasa keinsafan dalam diri pelajar dan menambahkan keyakinan pelajar dalam menghadapi cabaran masa kini khususnya dalam pelajaran, melahirkan pelajar yang berdisiplin seterusnya mencatat kecemerlangan dalam hidup membina keperibadian pelajar yang berdaya maju, berfikiran positif, berhemah tinggi dan berketrampilan. Antara pengisian program ini adalah solat berjemaah 5 waktu, bacaan surah Yasin, ceramah motivasi, Qiyamullail dan kuliah Subuh. Semoga program ilmiah seperti ini akan terus menjadi agenda penting demi kekuatan dalaman generasi akan dating di SMKPLM.

Ceramah KesihatanPihak Hospital Metro dengan kerjasama Plizer mengadakan ceramah kesihatan berkenaan penyakit jantung, masalah urologi dan sakit taun dan kanser payudara. Program ini diadakan di bilik muzik SMKPLM pada hari Sabtu iaitu 27 Mei 2006 mulai jam 2 petang hingga 5 petang. Ceramah ini disampaikan oleh doktor pakar dalam bidang masing masing oleh Dr. Chang Sau Kong, Dr. Chong Woo Loong dan Dr. Chan dari Hospital Metro, Sungai Petani, Kedah.

17

g)

Prestasi dan kejayaan akademik

Pelajar Cemerlang PMR 2010Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Nor Amira bt. Anuar Lim Li Juan Rajkumar a/l Rajendran Nishavini a/p Jeyabalan Cheng Wai Chun Che Nor Farihah bt. Che Mahadi Annafahatul Aliaa bt. Aziz Nor Nazirah bt. Ibrahim Fazween bt. Ibrahim Nurul Fazlina bt. Kassim Bilangan A 8A 7A 7A 7A 6A 6A 5A 5A 5A 5A

Pelajar Cemerlang SPM 2010Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Nuramera bt. Rosli Thor Kait Wei Siti Salwa bt. Subri Vissalene a/p Chandran Hoo Lee Liang Sarvin Naidu a/l Madhavan Muhammad Ikmal Hakim b. Mohd Fadzli Norsyazwani bt. Yahaya Muhammad Shafizul b. Md Sharudin Wan Akimullah b. Wan Ahmad Nizar Bilangan A 6A+, 2A, 1A4A+, 3A, 2A1A+, 4A, 2A2A, 5A2A, 4A1A+, 3A, 1A1A+, 2A, 2A3A, 2A2A, 3A1A, 4A-

18

h)Prestasi dan kejayaan kokurikulumKecemerlangan Kokurikulum 2010 Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Nama pelajar Muhamad Azhar b. Abdul Ghani Amran b. Ismail Voranand a/l Boon Tak Amar Afandi b. Redzuan Nuratiqah bt. Nordin Nur Hanisyasti bt. Yunos Nurul Najihah bt. Abdul Rahman Wan Athirah Aqilah bt. Wan Azman Nurafiza bt. Azizan Nor Basirah bt. Zul Mohd Safiq Akmal b. Jefry Pencapaian Olahraga Olahraga Olahraga Bola Baling Olahraga Olahraga Hoki Hoki Boling Tenpin Taekwondo Taekwondo Bola Baling

19

20

Bahagian depan sekolah

21

Berhampiran bilik seni

22

Kawasan perhimpunan

Bangunan sekolah23

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kajian sejarah tempatan ini dengan sempurna pada masa yang telah ditetapkan. Saya berasa sangat bangga dan berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan untuk kajian sejarah tempatan ini walaupun pada mulanya saya tidak mempunyai bahan-bahan yang mencukupi dalam penghasilan kajian sejarah tempatan ini. Sepanjang proses menyiapkan kajian sejarah tempatan ini,saya mendapat banyak pengalaman baru dan pengetahuan mengenai SMKPLM lebih lanjut dan mendalam. Disamping itu, saya juga mendapat banyak pengajaran yang akan saya jadikannya sebagai iktibar dan pengajaran. Saya berharap agar SMKPLM terus berjaya, sebaris dengan sekolah ternama dalam memperkasa pendidikan negara bertaraf dunia.

24

BIL.

TARIKH

PERKARA

ADA (/)

TANDATANGAN GURU

1 2 3 4 5 6 7

Taklimat kerja kursus Mengenal pasti sumber maklumat Menyediakan soalan temuramah Mendapatkan maklumat Menyusun maklumat Menyiapkan laporan Menghantar tugasan

25