folio sejarah wau powerpoint

Download folio sejarah wau powerpoint

Post on 06-Jun-2015

4.653 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

presentation wau

TRANSCRIPT

WAU : PERMAINAN TRADISIONALRAKYAT MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

PENDAHULUANPermainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Kandungan1. Latar Belakang / Sejarah Wau 2. Bahagian Perincian Wau 3. Pembuatan Wau 4. Jenis-jenis Koleksi Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemudapemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama.

Latar Belakang Wau

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :I) Seni Pertukangan : Filigree Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zamanberzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau BulanAsal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling

Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :1. Karut Selampit 2. Karut Menora 3. Karut Jenaka Mak Yong 4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat In Formal Malay (Translation in Brackets) Eh Wau Bulan 2X (Wau Bulan is a specially shaped kite) Wau Bulan teraju tiga (Teraju Tiga describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string for flying) Ini malam sama-sama (Tonight, all of us together) Sama-sama bersuka-ria (Together, we all have a good time)

Sejarah Wau MalaysiaKedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layanglayang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsurunsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan WauPermainan wau dikaitkan dengan mitos Semangat Padi yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Semangat Padi dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Bahagian Perincian WauTerdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama WauBelalai dan Jambul Busur atau Dengung Kepala Wau

Sayap Ekor Wau

Torek atau pinggang

Teknik Pembuatan Wau TradisionalAntara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan BuluhMencari dan Menebang Buluh 1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. 4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. 5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari. 6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu 8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga. 9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini. Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut. 2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam. 3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut BuluhBuluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. 3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir. Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut. 2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu 3. Sayap yang sudah diikat akan di