folio sejarah 2008

53
Sekolah Menengah Kebangsaan Horley Methodist, Jalan Raja Musa, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Kajian Sejarah 2008 Permainan Tradisional Masyarakat di Negara Kita Jenis permainan: Wau

Upload: zakhuan

Post on 06-Jun-2015

3.164 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio sejarah 2008

Sekolah Menengah Kebangsaan Horley Methodist,

Jalan Raja Musa, Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan.

Kajian Sejarah 2008

Permainan Tradisional Masyarakat di Negara Kita

Jenis permainan:Wau

Nama : Muhammad Zakhuan B. Abdul Rashid

Tingkatan : 3 Sains 1

Page 2: Folio sejarah 2008

Guru : Pn. Hjh. Noorainiza bt. Khadiri

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, atas bantuan dan pertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja

kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008. Saya Muhammad

Zakhuan b. Abdul Rashid mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada beberapa pihak yang secara langsung dan

tidak langsung membantu dalam penerbitan kerja kursus Sejarah 2008 yang bertajuk

Permainan Tradisional Masyarakat di Negara Kita iaitu permainan Wau.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada tuan pengetua SMK Horley Methodist En. Ho Kum Weng dan guru subjek

Sejarah kelas saya iaitu Pn. Hajah Noorainiza bt. Khadiri yang sudi memberi bimbingan

dan panduan sepanjang masa kajian dijalankan.

Page 3: Folio sejarah 2008

Di sini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

pengurusan Perbadanan Perpustakaan Hilir Perak yang telah banyak memberikan sumber

yang bertepatan dengan tajuk kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penjaga dan rakan-

rakan saya yang telah banyak memberi sumbangan idea dan galakan kepada saya

sepanjang masa kajian ini dijalankan. Sekian Terima Kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah memilih permainan wau sebagai tajuk kajian Sejarah saya. Terdapat

beberapa objektif kajian yang diharap dapat dicapai semasa menjalankan kajian ini.

Mengetahui cara permainan yang dipilih dimainkan. Kajian ini dapat

menambah pengetahuan saya tentang cara-cara untuk bermain wau sebagai permainan

tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu.

Berbangga dengan identiti masyarakat. Kajian ini dapat memupuk kesedaran

yang mendalam kepada generasi muda untuk mempelajari dengan lebih serius berkenaan

permainan wau dan secara tidak langsung dapat memupuk perasaan berbangga terhadap

identiti kaum kepada mereka.

Page 4: Folio sejarah 2008

Mengekalkan warisan budaya bangsa. Kajian ini juga dapat menyedarkan

orang melayu tentang kepentingan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat

melayu di negara kita kerana ia melambangkan identiti kaum dan tradisinya yang

tersendiri.

KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, saya menggunakan beberapa kaedah untuk

mendapatkan maklumat dan fakta sejarah yang tepat dan benar.

Pertama, saya menggunakan kaedah Pemerhatian. Saya menggunakan kaedah ini

semasa guru menerangkan cara-cara melaksanakan kerja kursus dan ciri-ciri kerja kursus

yang baik.

Kedua, saya menggunakan kaedah Temu Bual. Saya telah menemu bual Orang

sumber yang berpengalaman berkenaan permainan wau.

Ketiga, saya menggunakan kaedah Penyelidikan. Saya telah melayari laman-

laman web yang mengandungi maklumat berkenaan permainan tradisional terutamanya

wau. Selain itu, saya juga telah merujuk buku-buku ilmiah tentang permainan tradisioanal

di Malaysia.

Page 5: Folio sejarah 2008

Keempat, saya telah menggunakan kaedah Perbincangan. Saya dan beberapa

orang rakan-rakan saya telah berbincang berkenaan cara-cara untuk mendapatkan

maklumat dan mendokumentasikannya.

HASIL KAJIAN

Pengenalan

Selain wau, nama lainnya adalah layang-layang yang suatu ketika dahulu lebih

popular dimainkan di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang

seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah meniti zaman kegemilagannya apabila wau mulai

dimainkan oleh pelbagai kaum. Malah mereka yang menetap di kawasan bandar juga

mengenali dan menggemarinya. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke

peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang

diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan

terutamanya daripada peserta luar negara.

Di halaman berikutnya, kita akan dapat mengetahui tentang nama lain bagi wau,

latar belakang, tujuan wau dimainkan, alat-alat yang digunakan, dan cara wau dimainkan.

Page 6: Folio sejarah 2008

a) Nama Permainan

Kemunculan nama wau dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur

yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Selain wau, nama lainnya adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan

berasal daripada perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,

Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di

Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini

dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan bahawa Raja

Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak

pula disebut bermain wau.

Page 7: Folio sejarah 2008

b) Latar belakang

i. Asal-usul

Menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara

China. Hal ini diseabkan oleh rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan

layang-layang tradisional dari negara China.

Selain itu, ada catatan yang mengatakan bahawa wau mula dicipta oleh seorang

yang bernama Sang Jaya Putera atau yang mempunyai gelaran Dewa Muda, Dewa Inu

atau Masai Kelana Seri Panji. Wau dipercayai dihasilkan di antara tahun 711 hingga 839

masihi. Terdapat beberapa dakwaan tentang Negara asal wau aeperti dari Indonesia,

selatan Thailand dan tidak kurang pula yang mendakwa berasal dari Kelantan.

Pada awalnya wau dicipta sebagai lambing kebesaran sesebuah negara. Wau

digunakan sebagai panduan untuk menetukan arah. Wau juga dikatakan menjadi lambang

kejayaan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah negara ke atas negara lain.

Selepas berjaya dalam sesuatu serangan, pesta menyambut kemenangan diadakan dengan

menaikkan wau.

Page 8: Folio sejarah 2008

Selain itu, permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal

dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada

sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit

dengan menanam padi huma.

Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan

lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh sebab suaminya ingin

mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu

membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan isterinya berasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyeksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang

telah dikerjakan tidak menjadi.

Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka

sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda

meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau

Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.Oleh itu, wujudlah permainan wau

sehingga hari ini.

Page 9: Folio sejarah 2008

ii. Negeri yang mempopularkan permainan ini

Walaupun dewasa ini permainan wau semakin pudar tarikannya disebabkan

munculnya permainan moden seperti permainan video, namun permainan ini masih

belum dilupakan.

Permainan ini kini dimainkan di mana-mana daerah di Malaysia. Namun yang

paling ketara adalah di negeri yang terletak di sebaelah Pantai Timur Semenanjung

Malaysia terutamanya negeri yang terkenal dengan panggilan ‘Negeri Cik Siti Wan

Kembang’ iaitu negeri Kelantan Darul Naim.

iii. Kaum/ etnik yang terlibat

Permainan wau telah popular sejak abad ke lima belas lagi. Permainan ini

dimainkan oleh mereka yang terdiri daripada golongan bangsawan, juga mereka yang

hidup dalam kalangan masyarakat melayu yang kaya dengan budi bahasa.

Page 10: Folio sejarah 2008

Masyarakat melayu yang bermain permainan ini, namun demikian permainan ini

juga telah dimainkan oleh kaum bukan melayu. Kini, permainan ini amat terkenal

daripada semua lapisan masyarakat, tidak kira peringkat umur.

c) Tujuan dimainkan

Permainan wau amat menghiburkan. Walaupun kini permainan ini jarang

dimainkan di bandar, namun permainan ini masih dikenali oleh semua lapisan

masyarakat. Secara umumnya, permainan wau mempunyai dua tujuan utama.

Pertama, Permainan wau adalah medium untuk mengisi masa lapang. Sehingga

kini, permainan wau masih giat dimainkan di negeri Kelantan.

Kedua, selain dijadikan medium untuk mengisi masa lapang, wau juga

dipertandingkan. Pertandingan wau terbahagi kepada dua. Pertama, Pertandingan

melagakan wau. Permainan wau laga ini merupakan perlawanan memutuskan tali wau

pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian

tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus untuk memutuskan tali wau pihak lawan.

Wau yang yang tidak putus talinya dianggap sebagai pemenang.

Page 11: Folio sejarah 2008

Pertandingan yang kedua ialah pertandingan menaikkan wau yang cantik. Dalam

pertandingan ini, pengadilan akan dibuat berdasarkan ketinggian kenaikan wau,

kemahiran menaikkan wau dan penghasilan suara atau bunyi yang paling merdu.

Selain pertandingan-pertandingan tempatan, pertandingan peringkat antarabangsa

juga disertai oleh permainan wau ini. Sebagai contoh, wau sering dipersembahkan di

Pasir Gudang, Johor. Iaitu pada Kite Festivals International Guests berlangsung.

d) Alat –alat yang digunakan

Sebelum menghasilkan wau, kita perlu terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan

mentah untuk menghasilkannya. Antara bahan-bahan mentah yang digunakan untuk

membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan beberapa keperluan

yang sesuai untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain itu, pembuat wau harus pakar dan mahir dalam aspek memilih bahan

mentah, penghasilan kraftangan yang kreatif serta pengetahuan di dalam bidang

aerodinamik.

Bagi menghasilkan wau yang berkualiti, bahan mentah seperti buluh mestilah

dipilih dengan teliti. Hal ini disebabkan ada petua dan pantang-larang berkenaan buluh

perlu diambil kira untuk menghasilkan wau yang bermutu. Antara petua dan pantang

larang semasa mencari dan menebang buluh adalah seperti berikut :-

Page 12: Folio sejarah 2008

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak

atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut

mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh

seperti di waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

Setelah buluh yang dicari diperoleh. Kita perlu meraut buluh tersebut. Tujuan

meraut buluh adalah untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti

ruas dan kulit. Selain itu, meraut dapat memberi keseimbangan pada bentuk dan berat

bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam

bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan

daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

Page 13: Folio sejarah 2008

sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan

semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

sentimeter.

Setelah meraut buluh, kita perlu membuat bingkai Bingkai wau terdiri daripada

beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan

rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang

dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan

dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah

diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Pemasangan bingkai wau perlulah mengikut langkah-langkah yang telah

ditetapkan. Antara langkah-langkahnya adalah seperti berikut :-

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3

bahagian tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian

tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

Page 14: Folio sejarah 2008

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang

pada wau. Tujuan pemasangan tanah adalah supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat

utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan

beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari

rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Setelah tanah wau siap dipasang, kita perlu mencorakkan tanah tersebut agar

kelihatan menawan. Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang

menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk

bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan

mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor

pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak

Page 15: Folio sejarah 2008

asas bagi wau.

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan

menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih

dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas

kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan

kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap

tadi.

5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas

berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu

gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di

belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas

sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah

menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut

tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat

lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan

warna.

Setelas siap ukiran pada badan wau, kita perlu memasang jambul atau lebih

dikenali dengan rambu dengan cara berikut:-

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Page 16: Folio sejarah 2008

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang

untuk membentuk rambu

Setelah jambul wau dipasang kita harus pula memasang belalai. Sebenarnya,

bahan yang sama diperlukan untuk memasang belalai, cuma kedudukannya sahaja yang

berbeza, iaitu belalai dipasang pada kepala wau

Setelah belalai wau dipasang, kita mesti memasang busur untuk mengeluarkan

bunyi semasa wau diterbangkan. Busur terdiri daripada empat komponen iaitu bok, daun

ibas, inas dan buluh penyepit.Cara- cara memasang busut adalah seperti berikut:-

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut

kesesuaian bunyi yang dikehendaki.

3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang

dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada

kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat

menggunakan benang nilon.

Page 17: Folio sejarah 2008

e) Cara wau dimainkan

Sebelum mengetahui cara-cara wau dimainkan, marilah kita mengenali terlebih

dahulu jenis-jenis wau. Terdapat pelbagai wau yang terkenal dalam kalangan masyarakat

melayu, tetapi terdapat empat jenis yang paling popular, iaitu:-

a) Wau Bulan

b) Wau Kucing

c) Wau Jala budi

d) Wau Merak

e) Wau Kucing

f) Wau Ikan

Dalam keempat-empat jenis wau tadi, boleh dikatakan bahawa wau bulan adalah

wau yang paling popular. Wau Bulan boleh didapati di kedai Wau Tradisi, Kuala

Lumpur. ( Tel. : 03-22741906). Harga setiap wau dari RM198 (US$52) hingga RM500

(US$132).

Page 18: Folio sejarah 2008

Sebelum wau dimainkan, kita harus memilih tempat yang sesuai untuk

memainnya. Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di

kawasan sawah padi. Di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling

sesuai untuk menerbangkan wau. Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah di

kawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

Setelah memilih kawasan yang sesuai untuk bermain, barulah kita boleh mula

untuk menaikkan wau. Namun demikian, kenaikan wau ke ruang udara dipengaruhi oleh

tiga perkara.

Pertama, kenaikan wau dipengaruhi oleh tekanan angin. Semakin kuat tekanan

angin, semakin tinggi kemampuan wau untuk naik ke tahap yang lebih tinggi

Kedua, kenaikan wau dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Tarikan graviti ialah

daya yang menarik wau ke bawah.

Ketiga, kenaikan wau dipengaruhi oleh daya seretan. Wau akan mengundur ke

belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan

mewujudkan daya seretan.

Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali

sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal.

Jenis tali yang digunakan ialah tali tangsi.

Page 19: Folio sejarah 2008

Terdapat dua cara untuk menaikkan wau, pertama menggunakan kaedah

menaikkan wau jarak dekat dan kedua, menaikkan wau dengan jarak yang jauh. Teknik

menaikkan wau dengan jarak dekat sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya

seorang sahaja diperlukan untukmeggunakan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan

angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin.

Sebelah lagi tangan memegang gelung tali wau dan dilepaskan perlahan-lahan sehingga

wau naik tinggi ke udara.

Cara kedua adalah dengan menggunakn khidmat dua orang pemain. Seorang akan

memgang tali wau yang digelar juruanjung dan seorang lagi akan membawa wau itu kira-

kira 15 hingga 25 meter dari juruanjung dan digelar jurumain tali.

Sebaik sahaja terdapat angin yang sesuai, wau dilepaskan wau akan dilepaskan

dan juruanjung akan menarik wau sambil berlari anak. Ketika itu wau akan naik kira-kira

20 meter. Juruanjung akan terus menghulur tali supaya wau dapat dinaikkan lebih tinggi.

Lazimnya wau boleh naik sehingga 600 meter.

Setelah melihat wau naik dengan baik, juruanjung akan menambat tali wau pada

pangkal pokok akan terus memgang tali itu. Juruanjung akan meninggalkan tempat itu

dan menikmati alunan bunyi busar yang dibawa oleh angina dari jauh. Oleh sebab angina

adalah faktor penentu kepada kenaikan wau. Ini bermakna wau hanya boleh dimainkan

pada waktu yang berangin sahaja.

Page 20: Folio sejarah 2008

Setelah wau berjaya dinaikkan, kita haruslah mengawalnya untuk mengelakknya

daripada terjatuh. Sebagai contoh, Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti

menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Setelah selesai bermain, wau haruslah diturunkan dan disimpan untuk dimainkan

pada hari- hari seterusnya. Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang

penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu

wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik

oleh penarik tali.

Kesimpulannya, permainan tradisional sebegini sewajarnya dikekalkan kerana ia

adalah identiti budaya bangsa Melayu. Kita sebenarnya hanyalah peminjam budaya

warisan nenek moyang yang akan diserahkan kepada anak cucu kita pada suatu hari

nanti.

RUMUSAN

Setelah hampir dua bulan bertungkus-lumus menghasilkan kerja kursus ini,

akhirnya terhasillah sebuah folio yang lengkap. Setelah menyiapkannya barulah saya

menyedari akan kepentingannya kepada jati diri seseorang.

Saya berasa amat bertuah menjadi seorang warganegara Malaysia kerana

keunikan dan kepelbagaian budaya dan kegiatan masa lapang yang dilakukan di Malaysia

Page 21: Folio sejarah 2008

yang berdaulat. Saya juga berasa bangga kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam

tentang permainan tradisional di Malaysia melalui kajian yang dijalankan.

Melalui permainan tradisional, kita dapat mendisiplinkan diri. Hal ini dapat

dibuktikan melalui permainan wau yang menekankan aspek-aspek kesabaran dalam diri.

Sikap ini dapat diterjemahkan kepada malahirkan individu yang berkelakuan sopan,

bertatasusila, dan berhemah tinggi dalam masa yang sama sanggup mempertahankan dan

menjunjung Perlembagaan Negara.

Semasa membina wau, kemahiran yang tinggi dan kesabaran amat diperlukan.

Begitu juga semasa mentadbir negara, setiap pemimpin perlu mentadbir negara dengan

kemahiran dan kesabaran yang dimiliki. Sebagai contoh, Malaysia telah ditadbir oleh

lima orang Perdana Menteri yang cekap dan amanah. Oleh itu, kita perlu bersikap taat

setia kepada raja dan pemimpin negara.

Jika masyarakat menghayati akan kepentingan budaya sesuatu kaum, maka akan

timbul semangat bersatu-padu antara kaum. Semangat yang timbul ini bukan sahaja dapat

mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah

dapat menjalinkan semangat kekitaan dan perpaduan. Semangat ini akan menyebabkan

seseorang individu itu bersikap cinta akan negara mereka.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk maju ke hadapan

dan membina sebuah negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Dalam masa yang

Page 22: Folio sejarah 2008

sama kita tidak boleh meninggalkan identiti budaya bangsa. Sebaliknya, kita perlu

memajukan kedua-duanya agar ia terus kekal releven sepanjang masa dan memberi

keuntungan kepada kita.

RUJUKAN

1. Buku ilmiah :

Jasiman Ahmad, A Samat, 2000. Seni Penciptaan Permainan Tradisional. Kuala

Lumpur : Setia Emas Sdn. Bhd.

2. Internet :

Wau dan layang-layang : http://www.malaysiana.pnm.my

Cara bermain wau : http://www.malaysiankite.com.my

Warisan Malaysia; wau : http://www.yahoo.com/permainantradisional/wau

Wau : http://www.scribd.com.my

3. Orang Sumber

Pn. Latifah bt. Ahmad Latif , 51,

No 182, Jalan Pasar, 36000 Teluk Intan.

4. Televisyen

Majalah 3: Permainan wau, 15 Mac 2008, 9.00 p.m.-10.00 p.m., Sistem Televisyen

Page 23: Folio sejarah 2008

Malaysia Berhad (TV3)

Tulis satu esei tidak kurang 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur

patriostisme berdasarkan soalan di bawah.

Modal insan yang patriotik hebat diperkatakan dewasa ini. Malah kerajaan

Malaysia meletakkan modal insan salah satu daripada teras kemajuan negara. Hal ini

disebabkan negara yang maju bukan semata-mata terletak pada kemajuan ekonomi

bahkan kemajuan minda masyarakat juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri penting

untuk mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Persoalannya,

Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan

permainan.

Aktiviti sukan dan permainan dapat mewujudkan seorang individu yang patriotik

dan bersemangat juang untuk mengharumkan nama negara. Hal ini adalah disebabkan

oleh seseorang atlet yang mewakili negara akan berjuang bermati-matian untuk

Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan

dan permainan.

Page 24: Folio sejarah 2008

menaikkan nama negara dari sudut pencapaian sukan dan mereka sudah tentu memiliki

sikap berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu, aktiviti sukan dan permainan juga dapat menyatupadukan masyarakat

tidak kira daripada keturunan dan agama mereka. Masyarakat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai bangsa sanggup bekerjasama dan berjuang unuk mengharumkan nama

negara. Ini sudah tentu dapat membentuk modal insan yang benar-benar patriotik.

Aktiviti sukan dan permainan juga dapat melahirkan individu yang gigih berusaha

dan produktif. Lantaran itu, masyarakat yang produktif sedemikian dapat membina

sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, selain meningkatkan jati diri

yang patriotik kepada peserta yang menceburi aktiviti sukan berkenaan.

Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan dapat mewujudkan individu yang

berdisiplin. Hal ini demikian, terdapat sukan-sukan seperti Badminton, hoki, dan bola

sepak yang mempunyai peraturan yang ketat apabila bermain. Ini sudah tentu dapat

melahirkan individu yang berdisiplin dan akhirnya mereka pasti akan menjadi modal

insan yang patriotik

Kesimpulannya, tidak boleh dinafikan sememangnya aktiviti sukan dan

permainan dapat membentuk modal insan yang patriotik. Oleh itu, setiap individu

haruslah menceburkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan untuk mewujudkan modal

insan yang patriotik.

Page 25: Folio sejarah 2008

ELEMEN 1

Permainan Wau

Pengenalan

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan

Page 26: Folio sejarah 2008

dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambahkan lagi kecantikan wau yang berwarna-warni itu.

http:// www. yahoo. com.my/permainantradisional /wau

Wau Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan

yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di

Page 27: Folio sejarah 2008

bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Rujukan daripada http://malaysiana.pnm.my

 

       The colourful kites are played in the open paddy fields and along the sandy beaches. These places are suitable for flying kites because there are no trees or tall structures around. In fact, the wind blows strongly in these places. Normally, the wau is played after the paddy harvesting seasons or when the fishermen cannot go to fishing due the conditions of the sea. The best time to play the wau is in August and September.

      In order to fly the wau, we need to have a tukang tarik and tukang anjung. The tukang tarik will hold the strings whereas the tukang anjung will hold the wau and stands below the wind.

The tukang anjung will release the wau to the air when the wind is not too strong. At the same time the tukang tarik will

pull the strings and let the wau soar upwards beautifully.

There are the few secrets to control the movement of wau on the air. Only  the players of the wau themselves know how to tackle the problems faced. An experienced player knows how to handle his wau in the air.

Wau in Malaysia Types Of Wau Parts Of Wau Demonstrating the Construction Of Wau How To Fly Wau

Page 28: Folio sejarah 2008

PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang

menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional

juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini

yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu

bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih

dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara

permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak

raga, gasing dan lain-lain.

Thursday, March 22, 2007

Permainan Batu Seremban

Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau

Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan

oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau

berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua

hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil

Page 29: Folio sejarah 2008

atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa

digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat

beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula

dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji

buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat

lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Posted by bib at 6:08 PM 2 comments

Permainan Gasing

Pengenalan

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di

Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing

jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing

berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan

gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan

Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing

Page 30: Folio sejarah 2008

Gasing dimainkan dengan dua

cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah,

dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.

Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda

dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan

bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya

menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing,

tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada

jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian

gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang

melilit jambuhnya direnggut.

Posted by bib at 5:34 PM 5 comments

Permainan sepak Raga

Page 31: Folio sejarah 2008

Pengenalan

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan

bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa

sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia

bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-

bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam

bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia

Cara Bermain

Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung

bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang

bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum

menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk

lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu

dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,

permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Posted by bib at 5:12 PM 3 comments

Permainan Wau

Page 32: Folio sejarah 2008

Pengenalan

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau

amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini

dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di

kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri

seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau

kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau

barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka

corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan

wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain

dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan

hiasan dinding

Cara Bermain

Page 33: Folio sejarah 2008

Pada kebiasaannya wau akan

dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan

seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila

angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara

menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di

udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang

berwarna-warni itu.

Posted by bib at 6:47 AM 17 comments

Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang

digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini

memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam

permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-

kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas

tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah

Page 34: Folio sejarah 2008

getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak

hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".

Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini

dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah"

ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke

dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam

"kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada

buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai

buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung

lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya

itu.

(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung

lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati

dalam kerugian.

(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam

kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara

serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah

seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Page 35: Folio sejarah 2008

Posted by bib at 6:09 AM 11 comments

Subscribe to: Posts (Atom)

Masa Itu Emas

About Me

bib

View my complete profile

Blog Archive

▼ 2007 (5)

o ▼ March (5)

Congkak

Permainan Wau

Permainan sepak Raga

Permainan Gasing

Permainan Batu Seremban

Maklumat Lanjut

http://malaysiana.pnm.my/

http://ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing

www.djz.edu.my/kecheng/malay/budayabudaya.htm

http://www.heritage.gov.my/

www.karyanet.com.my/

www.ppas.org.my/

Pautan

Page 36: Folio sejarah 2008

Dinamani Tamil Daily/

Nanyang Siang Pau

New Straits Times

Harian Metro

Berita Harian

Utusan Malaysia

HARI INI

Free Blog Content

Waktu Solat

Cuti-Cuti Malaysia

Page 37: Folio sejarah 2008

 

Tradisi

WAU : SELAGI ANGIN BERHEMBUS

   WAU antara permainan orang Melayu berunsur seni untuk masa lapang, sekitar kurun ke-15, sangat popular di kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Mereka percaya permainan wau ada kaitan dengan semangat angin dan langit. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding. Pembuatan sesebuah wau bermula dengan kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang-stabilkan kepak dan kemudian melekatkan kertas pada rangka wau. Rangka buluh tulang belakang lebih besar daripada kepaknya. Kedua-duanya kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar yang berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat dan lapisan kedua pula

Page 38: Folio sejarah 2008

menggunakan kertas warna lain yang mempunyai corak awan larat iaitu corak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk akan ditampalkan. Di hujung bahagian kepala dan kepaknya akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna-warni bagi mencantikkan lagi rupanya. Busul atau dengung akan diikatkan di bahagian belakang tengkuk wau bagi mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara. Busul berbentuk seperti alat memanah yang diperbuat daripada daun rembia atau mengkuang yang telah direndam, dilurut dan dibiarkan kering. Akhir sekali tali teraju (Teraju Tiga) akan diikatkan di bahu kepak kiri dan kanan serta di sebelah bawah tulang belakang bagi mengimbangi wau. Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu. Pada masa kini wau telah diberi perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak wau telah dicipta dan diselaraskan dengan peredaran kemodenan seperti wau yang berbentuk orang, kereta, kapal berangkai dan ada wau gergasi yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Pertunjukan wau juga telah mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa. OLEH: MOHD ASRI MD JAMIL 

 

|Laman Utama||Aci Sorok||Batu Seremban||Bulu Ayam||Cari Cucu||Congkak||Galah Panjang||Gasing||Guli||Jala Itik||Konda Kondi||Sepak Raga||Teng Teng||Wau|

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan

masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.

Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau

jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat

digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat

pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan

berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu Wau bulan

Page 39: Folio sejarah 2008

sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan

dinding.

Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu

untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas

berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada

lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi

rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul

diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi

wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara

menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias

berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian

oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal

berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di

Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

 

Page 40: Folio sejarah 2008