folio sejarah 2011

Download Folio Sejarah 2011

Post on 05-Jul-2015

774 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN

NAMA :AHMAD ZULHILMI BIN ROSLI NO MAKTAB : 09062 KELAS : 3 CAMBRDIGEPage 1

Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Page 2

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini . Ribuan terima kasih , kepada guru Sejarah saya , Puan Azura Bt Ishak dan Puan Shamsiah Bt Mat Jusoh yang telah banyak membimbing dan mencurah ilmu kepada saya serta rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini . Tanpa budi baik beliau , sudah tentu proses menjalankan kajian ini adalah lebih sukar .

Penghargaan saya juga dipanjangkan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Rosli Bin Ahmad dan Norhafishah Bt mohd Rosdi dan adik-beradik yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya amat memerlukan . Ibu bapa saya juga telah memberikan sokongan dalam bentuk kewangan dengan membelikan saya bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kajian ini. Sekian terima kasih.

Page 3

Pertama sekali, objektif saya untuk melakukan tugasan ini adalah untuk mengenali Institusi Pentadbiran Tempatan dengan lebih teliti.Di sebalik itu, objektif kajian ini adalah untuk mengetahui visi serta misi yang hendak dicapai oleh institusi pentadbiran tempatan yang mentadbit tempat tinggal saya sekarang ini.

Seterusnya, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui latar belakang institusi pentadbiran ini supaya saya dapat mengetahui sejarah-sejarah yang telah berlalu dan apakah hasil kerja kuat oleh para pentadbir tanah air bagi memajukan Negara Malaysia.Ini dapat memberikan jati diri kepada saya untuk mengambil iktibar terhadap pengajaran yang terdapat di sebalik kajian ini.

Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk mengetahui peranan institusi pentandbiran tenpatan ini.Kemudian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan yang telah dicapai oleh institusi pentadbiran tempatan ini sepanjang pemerintahan.

Page 4

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini , seperti yang tercatat di bawah :

a) Analisis dokumen Analisis dokumen telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya sepanjang menghasilkan kerja kursus ini . Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Sungai Petani. Kami juga membuat penyelidikkan perpustakaan bagi mendapatkan informasi yang lebih tepat.

b) Lawatan dan pemerhatian Kaedah ini dilakukan di sekitar bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani dan juga di dalam bangunan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk dijadikan sumber kajian kerja kursus ini . Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam bentuk majalah , artikel , buku panduan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani dan juga gambar bangunan institusi pentadbiran tersebut.

c) Internet Saya memilih kaedah ini kerana informasinya mudah untuk diperoleh.Kaedah ini dilakukan secara individu dan bukan secara berkumpulan.Laman web institusi pentadbiran tempatan ini memberi saya pelbagai sumber untuk dihuraikan dalam tugasan ini.

Page 5

Page 6

1.0 INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI1.1 NAMA RASMI, NAMA RINGKAS ATAU NAMA LAIN Majlis Perbandaran Sungai Petanimerupakan nama rasmi institusi pentadbiran tersebut . MPSPmerupakan nama ringkas untuk institusi pentadbiran ini . Penduduk bandar Sungai Petani sering memanggil institusi ini dengan nama MPSP .

1.2

LOKASIMajlis Perbandaran Sungai Petani terletak di tengah-tengah bandar Sungai

Petani di bawah alamat Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahin, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

1.3

MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI , VISI PERTUBUHAN

1.3.1 MATLAMATMPSPK mempunyai matlamat tersendiri di atas penubuhanya iaitu akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, perlesenan, perancangan, penyediaan kemudahan insfrastruktur dan sebagainya bagi memastikan

Page 7

kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.

1.3.2 OBJEKTIFObjektif penubuhan MPSPK ini ialah untuk mengemaskini Undang-Undang kecil yang diterimapakai oleh majlis dari semasa ke semasa, iaitu dengan menggubal dan embuat pindaan sekiranya perlu. Seterusnya, MPSPK juga akan memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan disebalik meninggikan mutu perkhitmatan dan imej jabatan.

1.3.3 MISIMisi yang terdapat dalam majlis perbandaran ini seperti mewujudkan budaya kerja yang berkualiti, berkemahiran, responsif dan komited dalam mecapai visi MPSPK dan menjadikan MPSPK sebagai pemangkin kepada pembangunan dalam mewujudkan perbandaran yang terancang dan sempurna serta merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek sosio ekonomi kepada orang ramai selaras dengan pernan dan tanggungjawab MPSPK selaku pihak berkuasa tempatan.

1.3.4 VISIBagi visi pertubuhan MPSPK pulan ialah untuk melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis yang cekap dan dinamik kearah mewujudkan perbandaran yang selesa dan sempurna serta mempunyai daya maju sosio ekonomi yang mantap.

Page 8

1.4

CARTA ORGANISASI DAN SENARAI PENTADBIR

MPSPK telah mengatur carta organisasi yang tersendiri bagi mengukuhkan pentadbiran. Selain itu, carta organisasi yang telah dirangka dapat membuat kan Bandar Sungai Petani ini makmur dan maju. Terdapat beberapa Jabatan yang tubuhkan bagi mengukuhkan lagi pentadbiran. Antaranya ialah Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Lanskap dan Rekresi dan banyak lagi. Dengan ini disertakan rajah carta organisasi yang telah dirangka.

Page 9

Page 10

SENARAI PEDTADBIR

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

1. Encik Modh Puat Bin Mohd Ali, BCK 2. Encik Osman Bin Salleh, AMK, BCK

1994 - 1997 1997 - 1998 1998 - 2001 2001 - 2003

3. Haji Abdul Mukhti Bin Abdullah, SDK, AMK, BCK 4. Haji Abdul Wahab Bin Abdullah, SDK, AMK, BCK

5. YBHG, Dato Haji Abdul Rahman Bin Ahmad, DSDK, SDK, AMK, BCK 2003 2005 6. Haji Abdullah Bin Haji Osman, SDK, AMK, BCK 7. Haji Adzmi Bin Din, SDK, AMK, BCK 2005 - 2006 2006 - 2008 2008 - 2009 2009

8. Encik Abdul Aziz Bin Abd Ghani, SDK, AMK, BCK 9. Puan Rozaina Binti Dato Paduka Haji Radzi, AMK, BCK SENARAI PENTADBIR JABATAN

PENGURUSAN TERTINGGIRozaina bt. Dato' Paduka Haji Radzi, AMK,BCK Yang Di Pertua Pengurusan Tertinggi Radzuan b. Osman, BCK Setiausaha Pengurusan Tertinggi Rozaimie b. Abdul Rahim Penolong Setiausaha Pengurusan Tertinggi

PEGAWAI UTAMA

Page 11

Adoni Suhaila bt. Mustafa Akauntan Jabatan Perbendaharaan Haji Hamzah b. Mat Ali Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Sekretariat Haji Mahadzir b. Haji Kassim Jurutera Jabatan Kejuruteraan Mohd Fuad b. Ahmad Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Lanskap dan Rekreasi Mohd Yusri b. Mohamad Yusop Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Teknologi Maklumat Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Noorlaila bt. Bakir Pegawai Penilaian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Rohani bt. Abu Bakar Pegawai Perancang Bandar dan Desa Jabatan Perancangan Bandar Pegawai Undang-Undang Jabatan Undang-Undang Suhairi b. Mustaffa Arkitek Jabatan Bangunan Tan Ling Ling Penolong Pegawai Penilaian Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Thevanai a/p Sinnappan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Unit Pusat Setempat (OSC)

Page 12

2.0 LATAR BELAKANG2.1 SEJARAH PENUBUHANSejarah pebubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan di terima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk penttadbiran Bandar Sungai Petani diwujudkan. Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun. Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda diwujudkan bagi menggatikan MDKT.KM, Majlis Daerah Kuala Muda dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 dan perishtiharaan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato Seri Haji Osman bin Haji Aroff Menteri Besar Kedah pada masa itu.

2.2y

UNDANG UNDANG

Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Sungai Petani (Kelakuan dan Tatatertib) 1995 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1996

y

Page 13

y

Undang-Undang Kecil Kawalan dan Pengawasan Rumah-Rumah Tumpangan (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 Undang-Undang Kecil Larangan Merokok Dalam Panggung (Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda) 1980 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 (Akta 133) Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 (Akta 171) Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995

y

y

y

y

y

y

2.3

PERINCIAN PERANAN / TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIRSelepas penubuhan ini, Majlis Daerah Sungai Petani adalah bertanggungjawab

untuk mentadbir seluruh Sungai Petani dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan awam, perlesenan, pembangunan dan sebagainya. Maka majlis juga menjalankan tanggungja