folio sejarah( aidilfitri)

6
8/9/2019 FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI) http://slidepdf.com/reader/full/folio-sejarah-aidilfitri 1/6 Hari Raya Aidilfitri Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri) Lompat ke: pandu arah , gelintar Hari Raya Aidilfitri Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: ر طفلا ديع 'Ayd al-FiJuga dinamakan Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia ), Shemai Eid (Bangladesh ), Ramazan Bayramı (Turki) Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim Jenis Perayaan agama Keutamaan Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan,  bulan puasa Tarikh 1 Syawal Tarikh 2009 21 September Tarikh 2010 10 September Tarikh 2011 31 Ogos Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, balik kampung Amalan Solat Berkaitan dengan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian Sebahagian dari siri berkaitan Islam Rukun Iman

Upload: amirun-ikmal

Post on 30-May-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

8/9/2019 FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

http://slidepdf.com/reader/full/folio-sejarah-aidilfitri 1/6

Hari Raya AidilfitriDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri)

Lompat ke: pandu arah, gelintar 

Hari Raya Aidilfitri

Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,

Bahasa Arab: رطفلا ديع 'Ayd al-Fiṭr 

Jugadinamakan

Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran(Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukanmuslim di negara Muslim

Jenis Perayaan agama

Keutamaan Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan, bulan puasa

Tarikh 1 Syawal

Tarikh 2009 21 September 

Tarikh 2010 10 September 

Tarikh 2011 31 Ogos

Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabattaulan, memasang lampu pelita, balik kampung

Amalan Solat

Berkaitandengan

Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian

Sebahagian dari siri berkaitan

IslamRukun Iman

Page 2: FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

8/9/2019 FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

http://slidepdf.com/reader/full/folio-sejarah-aidilfitri 2/6

Allah · Kitab · Malaikat ·  NabiHari Akhirat · Qada dan Qadar 

Rukun Islam

Syahadah · Solat · Puasa

Zakat · HajiKota Suci

Makkah · MadinahBaitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha

Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah · Khilafah

Tokoh Islam

 Nabi Muhammad s.a.wAhlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah WaljamaahHanafi · SyafieMaliki · Hanbali

Budaya Dan MasyarakatAkademik · Haiwan · SeniTakwim · Kanak-kanak Demografi · PerayaanMasjid · Dakwah · FalsafahSains · Wanita · Politik 

Lihat juga

Kritikan · IslamofobiaGlosari

Portal Islam  p •  b • s 

Hari Raya Aidilfitri ( bahasa Arab: ("; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrahعيد الفطرdisambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai HariRaya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan

 perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasadengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain HariRaya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak  bulan)ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,

Page 3: FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

8/9/2019 FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

http://slidepdf.com/reader/full/folio-sejarah-aidilfitri 3/6

ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah

 petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Isi kandungan[sorok ]

• 1 Zakat fitrah dan takbir • 2 Simbol• 3 Persiapan• 4 Amalan lazim• 5 Pakaian• 6 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi• 7 Perayaan lain•

8 Rujukan

• 9 Pautan luar 

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakatfitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan

 puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmidsambil memuji kebesaran Allah. Tempoh ber takbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalahantara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat HariRaya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada

 pagi hingga malam.

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang

Page 4: FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

8/9/2019 FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

http://slidepdf.com/reader/full/folio-sejarah-aidilfitri 4/6

dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong,dodol, dan kuih raya.

 Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi

Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiadaunsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan HariRaya Aidilfitri.

Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggusebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telahdirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasidengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio 

dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.Bank , sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa harisehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibatkebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambutAidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenalisebagai Balik Kampung.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi HariRaya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat HariRaya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi

 pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Merekaakan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, HariRaya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali

 persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepadaAllah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duitraya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripadaamalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau".Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijauatau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dansyarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas

 polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberianhadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan

Page 5: FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

8/9/2019 FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

http://slidepdf.com/reader/full/folio-sejarah-aidilfitri 5/6

turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkanLailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan

keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik sepertihari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhandengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "SemogaAllah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjidkami." [2], dan juga riwayat dari Umar (هنع لا ىضر) menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allahmaka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "[3] 

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehinggasebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang

 pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akandipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki diMalaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songketdi bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Bajukurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagimempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik ,songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dankomersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepadaPerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran  bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut

 peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbezadaripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

• 2008: 1 Oktober  • 2009: 21 September  • 2010: 10 September  

Page 6: FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

8/9/2019 FOLIO SEJARAH( AIDILFITRI)

http://slidepdf.com/reader/full/folio-sejarah-aidilfitri 6/6

• 2011: 31 Ogos • 2012: 19 Ogos • 2013: 8 Ogos • 2014: 29 Julai • 2015: 19 Julai 

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnyamatahari.

Perayaan lain

Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaanDeepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaituDeepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari RayaAidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang

mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasiitu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yangdikongsi dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan"KongsiRaya" serta lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik danditegah sama sekali oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkanamaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"