folio sejarah(hari raya aidilfitri)

33
HASIL KAJIAN

Upload: azira

Post on 19-Jun-2015

56.422 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

HASIL KAJIAN

Page 2: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

PERAYAAN TRADISI

i)NAMA PERAYAAN/NAMA LAIN

Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi

Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga

dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai

Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).

Page 3: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

ii)PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh

dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayu

yang beragama Islam.

Page 4: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

iii)TARIKH/TEMPOH MASA DIRAYAKAN

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas

berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara iaitu

melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui

rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu

bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan

oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang

strategik.

Page 5: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

iv)TUJUAN PERAYAAN

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat

mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu

bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan

minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan

menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana

sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Page 6: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

LATAR BELAKANGi)SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda

mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila

Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab

bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun

temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan

dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya

korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.

Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu

adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat

mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja

menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang

hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara

dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah

menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada

kemenangan itu.Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia

balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian

manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Page 7: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

ii)UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya

itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari

raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan

solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam

sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik

dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan

mati, iaitu hari kiamat.”Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-

siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan

ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perlu

diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau

batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya

melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata

untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.Pada zaman

Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata

sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.”

Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana

saya tidak ada baju baru."Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,

agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna

Page 8: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran

daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan

mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan

bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunya

dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara

berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan

bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat

kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada

saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.Satu

lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.

Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.

Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan

harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan

prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.

Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satu

kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat

fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang

tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan

syariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat

beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.

Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan

dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Page 9: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

iii)INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam.Di rumah,individu yang

akan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.

Page 10: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

iv)TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKAN

Tempat sambutan Hari Raya Puasa dijalankan di Masjid pada waktu pagi.Selain

itu,sambutan ini juga disambut di desa.Mereka akan berkumpul satu keluarga pulang ke

desa untuk menyambut Hari Raya.Selain itu,kubur adalah tempat khusus kerana pada

waktu pagi umat islam akan menziarahi keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

Page 11: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

i)SEBELUM PERAYAAN

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu

sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah

dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan

perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di

televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank,

sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga

seminggu sempena Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara,

kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung

halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.

Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud "

Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan

pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan

yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya

dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Page 12: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

 

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa

iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi

dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di

dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan

bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti

beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Page 13: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

SEMASA PERAYAAN

Pada pagi raya,umat islam bersarapan pagi untuk isi perut.Selepas itu mereka bermaaf-

maafan dengan orang yang lebih tua.Umat islam pergi ke masjid untuk sembahyang

berjemaah selepas bermaaf-maafan.Umat islam pergi menziarahi kubur keluarga yang

telah meninggal dunia.Selesai menziarahi kubur,umat islam pergi ke rumah sedara-mara

mereka yng terdekat dan ke rumah kawan-kawan.Bagi yang kanak-kanak,mereka akan

dapat ‘Duit Raya’ dari orang tua atau tuan rumah.

Page 14: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

iii)SELEPAS PERAYAAN

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan

penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam

seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat

dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah

menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

 

Page 15: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu

sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

 

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak

pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu

sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

 

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari

itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

 

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada

hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

 

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-

nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah

dengan pandangan rahmat

 

Page 16: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu

kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih

anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari

Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa

hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

 

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa

mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut

terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut

akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan

sentosa.

  Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

 

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.

b)Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai

menunaikan solat Adha

c)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan

yang lain

Page 17: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

e)

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah

hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

 

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat

Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal

Muharram.

Page 18: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

PERATURAN/PANTANG-LARANG/AMALAN SAMPINGAN

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan

ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya

Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya

Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara

mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian

mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan

bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah

hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di

kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Amalan

memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya

selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang

selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang

Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya,

sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning.

Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat

perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.

Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.Sudut

agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik

keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun

Page 19: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan

bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai

simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau

atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana

pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana

pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali

k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil

mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar

sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." ], dan juga riwayat dari Umar (

عنه الله menyebutkan bahawa:"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang (رضى

pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di

dalam kuburnya. " Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri

ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan

berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya

apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari

raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Page 20: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesama

keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak

bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya

sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari

kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

Page 21: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan

bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di

Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan

rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan

dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

Page 22: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana

ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka

datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak

langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan

negara.

Page 23: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari

kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan

Ramadhan.

Page 24: folio sejarah(hari raya aidilfitri)

RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme

yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya

seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan

perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan

perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan

yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di

Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan

perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara

kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa

perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini

terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara

yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara

Malaysia. Salam Satu Malayasia.