assignment ctu101.docx

25
CTU 101 TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI Disediakan untuk: Ustazah Suliah Binti Mohd Aris Disediakan oleh: Rasyidah Binti Mohd Zamri (2013786277) AM110 Penilaian Markah Pengenalan /1 Isi+ huraian /8 Cadangan/Kesimpulan /2 Bibliografi /2 Etika& Profesinalisme /2 Jumlah /15 1

Upload: anonymous-ra0o6n

Post on 12-Feb-2016

475 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: assignment CTU101.docx

CTU 101

TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

Disediakan untuk:

Ustazah Suliah Binti Mohd Aris

Disediakan oleh:

Rasyidah Binti Mohd Zamri (2013786277)

AM110

Penilaian Markah

Pengenalan /1

Isi+ huraian /8

Cadangan/Kesimpulan /2

Bibliografi /2

Etika& Profesinalisme /2

Jumlah /15

1

Page 2: assignment CTU101.docx

2

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0) Pendahuluan 4

2.0) Definisi 5

3.0) Kedudukan isteri di dalam islam 6 - 7

4.0) Tanggungjawab isteri 8 - 11terhadap suami

5.0) Cabaran pelaksanaan tanggungjawab 12 - 14isteri masa kini

6.0) Strategi menjadi mithali masa kini 15 - 16

7.0) Tokoh isteri mithali dalam islam 17 - 18

8.0) Kesimpulan 19

9.0) Bibliografi/ Rujukan 20

Page 3: assignment CTU101.docx

1.0) Pendahuluan

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Illahi. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan serta perlindungan-Nya darigangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah

oleh Allah SWT, maka mereka tidak akan sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi. Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, segenap keluarga dan sahabatnya serta sesiapa saja yang menyeru dakwahnya sehingga hari kiamat.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kuniaNya, saya dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberi dengan jaya serta tepat pada waktunya. Sekalung ucapan terima kasih yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya mengumpul maklumat serta rujukan yang dijadikan teras penulisan saya terutama kepada keluarga yang dikasihi, pensyarah saya iaitu Pn Suliah Binti Mohd Aris yang memberi dorongan serta tunjuk ajar agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar.

Seperti tajuk tugasan yang dipilih iaitu “Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami” dimana skop penulisan saya mendorong kepada tanggungjawab atau tugasan yang perlu dipatuhi oleh wanita yang telah bergelar “isteri” kepada suaminya dan supaya dapat menjadi bidadari syurga untuk suaminya di akhirat kelak. Isteri cerdik yang solehah akan menjadi penyejuk mata dan penawar hati bagi si suami.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah saya kongsikan bersama ini dapat memberi manfaat kepada semua wanita yang bergelar “isteri” dan dapat mengelakkan diri dari terjerumus didalam neraka jahanam. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

3

Page 4: assignment CTU101.docx

2.0) Definasi

Semua manusia inginkan kebahgiaan dalam kehidupannya. Salah satu cara adalah melalui perkahwinan. Tujuan bagi berumahtangga adalah untuk ” mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup (Rujuk ayat 80 surah an-Nahl)

Dengan wujudnya perasaan cinta dan kasih sayang, maka akan timbul rasa bahagia yang menjadi asas pembetukan keluarga yang bahagia. Apabila telah berkahwin, tanggungjawab yang harus seorang isteri pikul akan menjadi berat. Walaupun tanggungjawab seorang isteri itu berat dan rumit, namun Allah menjanjikan ganjaran dan pahala yang besar. Wanita juga berpeluang masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya, malah untuk syurga yang tertinggi dengan syarat tugasan tersebut haruslah ikhlas, tidak bertentangan dengan hukum agama islam serta mendapat keredhaan dari suami. Tugas dan tanggugjawab isteri terhadap suami itu tidak begitu membebankan jika seorang isteri itu reda dan ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri.

3.0) Kedudukan isteri di dalam islam

4

Page 5: assignment CTU101.docx

i. Isteri dimuliakankedudukan isteri di dalam islam sangat dimuliakan seperti yang terdapat di dalam surah “ (An-Nisa, ayat 1) yang berbunyi:“ Wahai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu, yang telah menciptakan kamu dari diri yag satu dan daripadanya Allah menciptakam isterinya; dan daripadanya kedua-duanya mengembangbiakan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah, yang telah kamu persoalkan di antara satu sama lain, dan hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah adalah selalu menjaga kamu” ( An Nisa, ayat 1)

Didalam ayat ini menerangkan bahawa asal kejadian manusia itu adalah satu di mana pada asalnya Allah menciptakan manusia itu satu iaitu Nabi Adam . Kemudian, daripada tulang rusuk nabi Adam, Allah menciptakan isteri nabi Adama iaitu Hawa seperti yang diterangkan di dalam Hadis ( Mauquf Shahabi) dari Ibnu Abbas. Ayat pertama, daripada surah An-Nisaa ini hanyalah satu saja di antara banyak ayat yang menerangkan keistimewaan terhadap kaum wanita.

ii. Isteri lebih mulia daripada bidadari.“ Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu terhadap isteri-isteri kamu ada kewajipan, dan bagi isteri-isteri kamu terhadap kamu ada pula kewajipan”.( Dirawikan oleh Ash- Habus Sunnah dan disahihkan oleh At- Turmudzi)

Ayat ini bermaksud dua peribadi seorang lelaki dan perempuan digabungkan hidupnya menjadi satu iaitu dengan mendirikan rumahtangga dengan membina sebuah keluarga dengan syarat dan rukun tertentu iaitu nikah.

Apabila si lelaki telah selesai melakukan ijab kabul dengan wali si perempuan, maka secara automatiknya segala tanggungjawab atas perempuan itu akan berpindah kepada si lelaki yang telah bergelar suami. Untuk itu, Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan kepada si lelaki yang telah selesai melakukan ijab kabul dengan wali si perempuan untuk berlaku baik terhadap isterinya. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w iaitu:

“ Aku peringatkan kepada kamu agar kamu berlaku baik kepada isteri-isteri kamu. Kerana kamu mengambil dia adalah sebagai amanat dari Allah dan telah menjadi halal kehormatannnya bagi kamu dengan kalimat Allah” ( Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim )

Jika wanita di dunia layak untuk memasuki syurga maka dia akan menjadi ketua kepada bidadari bermata jeli dan mempunyai kedudukan yang mulia dan berwajah lebih jelita daripada para bidadari.

5

Page 6: assignment CTU101.docx

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya : Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"

Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."

Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

(Hadis Riwayat ath-Tabran)

iii. Isteri sebagai pendamping suamiSebagai seorang isteri yang solehah, tempat isteri adalah di sisi suaminya seperti yang diriwayatkan:

تها رعي عن مسؤ�لة وهى زوجها بيت فى راعية والمرئة�“ Dan istri adalah pengatur dalam rumah tangga suaminya, dan dia bertanggung jawab atas pengaturannya”. (Hadith Riwayat. Buchari Muslim)

“ Apabila wanita itu melakukan solat lima waktu dan menjaga kehormatan dirinya serta taat kepada suaminya. Maka dia dapat memasuki surga dari segala penjuru pintunya yang dia sukai”.

4.0) Tanggungjawab isteri terhadap suami:

i. Taat kepada suami

6

Page 7: assignment CTU101.docx

Terdapat tiga definasi bagi taat yang telah dinilai oleh para ulama iaitu isteri perlu lakukan apa yang disuruh oleh suami sekiranya tidak bertentangan dengan agama. Kedua, tidak lakukan perkara yang tidak disukai oleh suami dan ketiga, tunaikan kemahuan nafsu suami. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan telebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri. Rujuk kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain, tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya(Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

Sekiranya suami menyuruh melakukan dosa, maka isteri dibenarkan membantah seperti sabda Rasulullah SWT:

“ Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT ”.(Riwayat Ahmad)

ii. Amanah terhadap suamiTidak membelakangkan suami serta tidak mengkhianati suami sekiranya suami tidak berada di rumah. Sebagai contoh, isteri tidak menceritakan kelemahan serta keburukkan suami kepada orang lain Amanah terhadap suami terdorong dalam menjaga diri sendiri serta harta suami iaitu tidak menjual dan menyerahkan harta suami tanpa izin.

iii. Beradab dengan suami Seorang isteri perlulah menjaga tingkah laku apabila berhadapan dengan suami dimana isteri perlu bersikap lemah lembut, menjaga pertuturan dan nada supaya tidak mengguris hati suami, tidak menjengkilkan mata, bermasam muka dan berleter. Untuk menjadi isteri yang solehah, isteri perlu mendengar nasihat atau perbicaraan suami dengan baik tanpa memotong percakapan suami serta membantah. Isteri juga perlu berwajah manis bila berhadapan dengan suami kerana sekiranya isteri bermasam muka, akan dapat kemungkaran Allah sehingga beliau dapat membahagiakan suami semula.

iv. Memuliakan suamiMemuliakan suami bermaksud perlu menghormati suami dengan menjaga dan mendahulukan keperluan suami dari anak-anak melainkan isteri telah mendapat keizinan dari suami terlebih dahulu dan memuliakan ibu bapa dan keluarga suami. Mintalah izin pada suami sekiranya hendak keluar atau melakukan sesuatu.

v. Memelihara maruah suami, diri dan keluarga

7

Page 8: assignment CTU101.docx

Sebagai seorang isteri, memelihara maruah suami, diri dan keluarga adalah wajib. Isteri perlulah menjaga akhlak terutama ketika hendak keluar rumah dan pakaian perlulah menutup aurat serta tidak menjolok mata, berjalan dengan cara tidak menarik perhatian ramai. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan diri daripada segala fitnah yang bakal berlaku. Firman Allah:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jibabnya ke tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak mudah diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi maha Penyayang”.(Al-Ahzab: 59)

Segala kecacatan atau kekurangan suami haruslah dirahsiakan bagi mengelakkan perasaan aib serta menggangu pembentukan keluarga bahagia akibat perbalahan.

vi. Menguruskan rumah tanggaUntuk menambat hati suami, seorang isteri haruslah menjaga rumahtangga supaya kelihatan lebih damai dan tenang untuk tinggal di situ. Sebagai contoh, menghiasi bilik tidur mengikut kemahuan suami asalkan tidak melanggar hokum islam serta menjaga dengan rapi kerana itu adalah aurat suami. Isteri akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t sekiranya membasuh dan menjahit pakaian suami dengan ikhlas. Apabila suami memberi wang perbelanjaan kepada isteri, maka wang tersebut haruslah dibelanjakan dengan bijak tanpa sebarang pembaziran.

vii. Menyenangkan hati suamiSeorang isteri adalah penghibur utama untuk suaminya. Apabila isteri mendapat sebarang ganjaran atau pemberian dari suami, adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menghargai pemberian tersebut tanpa mempertikaikan atau mengkritik hadiah yang diberikan kerana pemberian tersebut adalah mengikut kemampuan suami. Dalam pepatah arab ada menyatakan:

Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not you voice in my presence, especially when I am in moody crisis. ( Imam Al-Ghazali)

Si isteri juga boleh menyenangkan hati suami dengan berhias cantik di hadapan suami, melemparkan senyuman yang paling manis serta ikhlas dan juga memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian suami. Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinanya:

8

Page 9: assignment CTU101.docx

Oh my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for the house in which you brought up for a house unknown to you and a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you: be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be slave boy to you. Avoid inopportune behavior, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good adour from you; let not his eye see you except in an egreeable appearance; and let him hear from you except nice, fine words(Imam al-Ghazali)

viii. Melayan dan berkhidmat kepada suami Si isteri hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga adalah hubungan kelamin antara kedua-duanya seperti yang diumpamakan oleh Rasulullah s.a.w, walaupun berada di belakang unta, si isteri perlu melakukan apa yang dikehandaki oleh suami untuk mengelakkan suami melakukan maksiat. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.( Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada tergolong dalam golongan yang ingkar dan derhaka, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan suami sekiranya tiada alasan yang kukuh untuk menolak.

ix. Isteri sebagai pembantu, pendorong dan memberi motivasi

9

Page 10: assignment CTU101.docx

Hubungan suami isteri diertikan sebagai “teman hidup” kerana isteri seharunya menjadi sahabat dan teman perunding dalam meyelesaikan masalah serta penghibur hatinya dan memberikan motivasi. Untuk menyelesaikan apa jua masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang mengenai jalan penyelesaian demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baidk dan daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan bukan hanya kebaikan dari sebelah pihak sahaja. Kedua-duanya perlulah bersikap jujur antara satu sama lain dan selalu menepati janji kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi dimana kedua-duanya perlulah mempercayai antara satu sama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh itu, suami isteri perlulah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran. Selain itu, saling memaafkan dan menasihati adalah penting kerana sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

5.0) Cabaran pelaksaan tanggungjawab isteri pada masa kini

10

Page 11: assignment CTU101.docx

5.1) Bagi isteri yang bekerjayaSecara umumnya, wanita yang telah berumah tangga mempunyai dua tanggugjawab iaitu terhadap keluarga (sebagai isteri) serta pendidikan anak (sebagai ibu). Namun, bagi wanita dan isteri masa kini yang bekerjaya, faktor-faktor yang biasanya menjadi sumber persoalan bagi para ibu yang bekerja dapat dikategorikan seperti yang berikut:

a) Faktor DalamanFaktor dalaman ialah persoalan yang timbul dari dalam diri ibu itu sendiri. Ada di antara para ibu yang lebih senang jika dia benar-benar hanya menjadi suri rumah tangga, yang sehari-hari duduk di rumah dan mengatur dan menjaga rumah tangga semata-mata.

Bagaimanapun, keadaan telah ‘menuntut’nya untuk bekerja, untuk membantu mendapatkan sumber kewangan keluarga. Keadaan tersebut mudah menimbulkan stress kerana bekerja bukanlah timbul daripada keinginan diri, seolah-olah tidak punya pilihan lain demi membantu ekonomi rumah tangga. Biasanya, para ibu yang mengalami masalah sedemikian, cenderung merasa amat letih (terutama secara psikologi), kerana sehari-harian ‘memaksa diri’ untuk bertahan di tempat kerja.

Selain itu, terdapat juga tekanan yang timbul akibat daripada pelaksanaan ‘peranan berganda’ (sebagai wanita berkerjaya, juga sebagai suri rumah) itu sendiri. Memang, kemampuan ‘pengurusan waktu dan rumah tangga’ merupakan salah satu kesukaran yang sering dihadapi oleh para ibu bekerja.

Mereka perlu memainkan peranan sebaik mungkin, baik di tempat kerja mahupun di rumah. Mereka perlu menjadi ibu yang sabar dan bijaksana bagi anak-anak serta menjadi isteri yang baik bagi suami serta menjadi suri rumah tangga yang bertanggungjawab terhadap keperluan dan urusan rumah tangga. Di tempat kerja, mereka juga mempunyai komitmen dan tanggungjawab terhadap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada mereka sehingga mereka perlu menunjukkan prestasi kerja yang baik. Sementara itu, dari dalam diri mereka juga sudah ada keinginan ideal untuk berjaya melaksanakan kedua-dua peranan tersebut secara seimbang.

Bagaimanapun, kenyataan ideal tersebut cukup sukar untuk dicapai disebabkan beberapa faktor, misalnya pekerjaan di pejabat sangat berat, sedangkan suami ketika di rumah kurang memberikan ‘kerjasama’ untuk sama-sama menyelesaikan tugas atau kerja rumah, manakala anak-anak juga turut menuntut perhatian.Akhirnya, si ibu tersebut akan merasa amat letih kerana berasa dituntut untuk terus memberi dan memenuhi keperluan orang lain. Belum lagi, jika ternyata suami dan anak-anak merasa ‘kurang mendapat perhatian’, tidak hairanlah jika

11

Page 12: assignment CTU101.docx

lama kelamaan dirinya mulai ‘diserang’ rasa bersalah, kerana merasa tidak dapat membahagiakan keluarganya.

b) Faktor Luaran1) Sokongan Suami

Sokongan suami dapat diterjemahkan sebagai sikap-sikap penuh pengertian yang ditunjukkan dalam bentuk kerjasama yang positif, turut membantu menyelesaikan tugas rumah tangga, membantu mengurus anak-anak serta memberi sokongan moral terhadap kerjaya atau pekerjaan isterinya.

Masalah rumah tangga adalah kewajiban sepenuhnya seorang isteri. Masalah yang kemudian timbul daripada isteri bekerja, sepenuhnya merupakan kesalahan daripada isteri dan untuk itu dia harus bertanggungjawab menyelesaikannya sendiri.

Keadaan tersebut akan menjadi sumber tekanan yang berat bagi isteri, sehingga dia juga akan sukar merasakan kepuasan dalam bekerja. Kurangnya sokongan suami membuatkan peranan si ibu di rumah juga tidak secara optimum (kerana terlalu banyak yang perlu dilakukan, sementara dirinya juga merasa letih sesudah bekerja) – akibatnya, timbul rasa bersalah kerana berasa diri bukan ibu dan isteri yang baik.

2) Kehadiran Anak

Masalah pengasuhan anak biasanya dialami oleh para ibu bekerja yang mempunyai anak kecil. Semakin kecil usia anak, maka semakin besar tahap stress yang dirasakannya.

Rasa bersalah kerana meninggalkan anak untuk seharian di tempat kerja merupakan persoalan yang sering dipendam oleh para ibu yang bekerja. Lebih-lebih lagi jika pengasuh yang ada tidak dapat dipercayai sepenuhnya, sementara tidak ada ahli keluarga lain yang dapat membantu.

3). Masalah Pekerjaan

12

Page 13: assignment CTU101.docx

Pekerjaan boleh menjadi sumber ketegangan dan stress bagi para ibu bekerja. Mulai daripada peraturan kerja yang ‘kaku’, bos yang tidak bijaksana, beban kerja yang berat, ketidakadilan yang dirasakan di tempat kerja, rakan-rakan yang sukar bekerjasama, waktu kerja yang sangat panjang, ataupun ketidakselesaan psikologi yang dialami akibat daripada masalah ‘sosial-politik’ di tempat kerja.

Keadaan sedemikian akan membuatkan si ibu menjadi amat letih, manakala kehadirannya amat ‘dinantikan’ oleh keluarga di rumah. Keletihan psikologi dan fizikal itulah yang sering membuat mereka sensitif dan emosional, baik terhadap anak-anak mahupun terhadap suami.

Keadaan ini biasanya menjadi semakin ‘parah’ apabila suasana di rumah tidak dapat menyokong – dalam erti kata, suami (terutamanya) dan anak-anak (yang sudah besar) kurang memberikan kerjasama untuk menjadi ‘pengganti’ membantu si ibu, atau sekadar meringankan kerja-kerja di rumah.

c) Faktor Hubungan

Dengan bekerjanya suami dan isteri, maka secara automatik masa untuk keluarga menjadi singkat. Memang tidak dapat dinafikan bebanan terhadap kerja-kerja di rumah dapat diselesaikan dengan menggunakan khidmat pengasuh serta pembantu rumah.

Bagaimanapun, terdapat perkara-perkara yang sukar dicari jalan penyelesaian seperti masalah bersama suami, juga anak-anak. Padahal, bersama suami dalam suasana santai dan ‘hangat’ merupakan elemen penting yang tidak boleh diabaikan demi untuk membina, mempertahankan, dan menjaga keakraban hubungan serta keterbukaan komunikasi antara satu dengan yang lain.

Kekerapan kurangnya waktu untuk keluarga membuatkan seseorang ibu merasa dirinya tidak dapat berbicara secara terbuka dengan suaminya, bertukar fikiran, mencurahkan perasaan, atau merasa suaminya tidak lagi mengerti akan dirinya, dan akhirnya merasa asing dengan pasangan sendiri sehingga rela mengikut mencari orang lain yang dianggap lebih mengerti, dan sebagainya.

6.0) Strategi menjadi mithali masa kini

13

Page 14: assignment CTU101.docx

i. Tidak minta ceraiRasulullah telah memperingatkan kepada kaum wanita musliamah untuk tidak terjerumus kedalam dosa besar iaitu dengan meminta cerai. Seperti yang diriwayatkan dari Tsauban ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ Siapa pun isteri yang meminta cerai kepada suaminya tanpa ada alasan yang dibenarkan, maka haram baginya mencium bau syurga.”( Hadith Riwayat At-Turmudzi)

Sesungguhnya hadis tersebut merupakan waksiat Rasulullah s.a.w yang sangat penting bagi kaum wanita yang teah menyakini bahawa Allah s.a.w sebagai Tuhannya dan Islam sebagai agamanya serta Muhammad itu sebagai Nabi dan Rasulnya.

ii. Tidak bergaul bebasBergaul bebas adalah akhlak yang buruk kerana ia tidak termasuk di dalam akhlak yang dimiliki oleh gadis-gadis dan para wanita muslimah. Pergaulan bebas diantara wanita dan lelaki adalah berasal dari negara non-muslim. Dari jabir ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“ Ingatlah, janganlah kamu menginapkan seorang lelaki pada seorang perempuan janda kecuali dia menikah atau ada mahram.”( Hadith Riwayat Muslim)

Pesan Rasulullah ini bermaksud tidak dibolehkan seorang lelaki bermalam di rumah wanita kecuali ada suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w “ janganlah melakukan pergaulan bebas kerana sangat membahayakan dan merugikan.”

iii. Selalu bertaubat Taubat kepada Allah s.w.t adalah satu jalan yang ditempuh oleh wanita beriman dan sekaligus sebagai bekal di akhirat kelak. Sesungguhnnya tiadayang paling membahagiakan di hari kiamat kelak kecuali dengan taubat nasuha. Diriwayatkan pada suatu ketika Rasulullah s.a.w bersabda kepada Aisyah:“ Jika kamu berbuat dosa, maka memohonlah ampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya eorang hamba jika mengetahui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, maka Allah akan menerima taubatnya”( Hadith Riwayat Bukhari)

Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang melebihi batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah

14

Page 15: assignment CTU101.docx

mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampunan lagi Maha Penyayang(QS. Az Aumar 53)

Taubat dari dossa dan kesalahan merupakan suatu kewajiban. Taubat harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan secara istiqamah (terus-menerus) tanpa mengira dosa kecil mahupun dosa besar.

iv. Mentaati apabila suami memintaDari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:“Bila seorang isteri bermalam( tidur) meninggalkan tempat tidur suaminya, maka para malaikat melaknatnya sampai pagi”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wasiat ini sangat penting dan berharga bagi semua wanita muslimah. Rasulullah s.a.w mengigatkan agar kita jangan sesekali menolak ketika suami memita atau mengajaknya ‘tidur’ atau jangan sesekali meninggalkan kamar tanpa ada alasan yang dibenarkan agama walaupun dalam keadaan haid.

Islam adalah agama yang menghendaki terciptanya hubungan harmonis antara suami dan isteri dalam membina rumahtangga. Kerana itu Rasulullah s.a.w memperingatkan kepada kita tentang sesuatu yang menyebabkan terganggunya kemesraan dan keharmonian tersebut.

7.0) Tokoh isteri mithali dalam islam

15

Page 16: assignment CTU101.docx

1) Khadijah lambang kasih sayang isteriSaidatina khadijah adalah insan pertama menyambut seruan junjungan nabi Muhammad s.a.w dalam menegakkan Islam. Walaupun beliau lebih berusia daripada nabi Muhammad s.a.w, tetapi kasih sayang Rasulullah s.a.w tiada bandingnya terhdap beliau. Kedatangan Khadijah dalam hidup nabi Muhammad s.a.w sebagai satu tenaga yang memeberi kekuatan untuk menghadapi tugas yang berat itu. Beliau adalah teman hidup yang menghilangkan kesepian, memberi hiburan ketika duka, memberi perisai dalam perjuangan dan rela berkorban apa sahaja untuk ketenagan dan kebahagiaan suaminya.

Ia dapat dibuktikan dengan kata-kata saidatina Khadijah ketika Rasulullah menerima wahyu yang pertama iaitu “Demi allah, sesungguhnya Allah tidak menghinakan tuan! Bukankah tuan suka menghubungkan silaturahim?Bukankah tuan selalu benar dalam berkata-kata? Suka menolong orang dalam kesusahan, menghormati tetamu dan membantu orang-orang yang kemalangan?

Kata –kata itu adalah penawar yang mujarab kepada nabi Muhammad s.a.w kerana dapat menghilangkan rasa gemuruhnya, yang baru sahaja dihadapinya dan rasa keyakinan terhadap wahyu Illahi.

2) Aisyah Ummul Mu’minin r.a yang tabahKetabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin Mu’tal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-kata yang terbit dari lisannya,

“Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.”

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah.

3) Fatimah Az- Zahra

Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan

16

Page 17: assignment CTU101.docx

peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

8.0) Kesimpulan

Secara kesimpulannya, wanita yang bergelar isteri akan mendapat banyak ganjaran dari Allah sekiranya dapat melaksanakan tanggungajwab dengan baik dan ikhlas seperti wanita tersebut taat

17

Page 18: assignment CTU101.docx

kepada suaminya, maka semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit matahari dan bulan semuanya akan beristighfar baginya selama mana ia taat kepada suaminya dan diredhainya. (hendaklah menjaga sembahyang dan puasanya.)

Dari ibnu Mas’ud, bersabda Rasulullah s.a.w,

“ Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agamanya, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia, maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahigai suaminya dan mendapatkannya.”

Kelebihan untuk seorang isteri ialah apabila wanita itu mati dalam keadaan suaminya reda (tidak marah) padanya, nescaya dia masik syurga. Kedua, apabila seorang wanita itu melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti ibunya melahirkannya dan apabila wanita itu sakit untuk bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang yang berjihad ke jalan Allah. Dengan itu, carilah redha suami kerana redha Allah terletak pada redha seorang suami. Sekian, terima kasih.

9.0) Bibliografi/ Rujukan

I. http://airmien.wordpress.com/2009/04/07/tanggungjawab-seorang-isteri-mengikut-islam/

18

Page 19: assignment CTU101.docx

II. Azizah Al-Yahya (2012), Wanita Bidadari Syurga, Selangor: Pustaka IlmuanIII. http://inspirasiteja.tripod.com/tanggungjawab.html IV. http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/09/tanggungjawab-isteri-2-tanyalah-ustaz.html V. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7175-dilema-wanita-berkahwin-yang-

berkerjaya-satu-perbincangan-menurut-syariahVI. http://yadim.org.my/Wanita/WanitaFull.asp?offset=5&Id=144

VII. Amina Hj Noor (1999), Andalah Wanita Syurga, Kuala Lumpur: Darul Nu’manVIII. Prof. Dr. Hamka (2009), Kedudukan Wanita Dalam Islam, Selangor: Pustaka Dini

IX. Raabeyah Abdul Latif (2010), Wanita Solehah Mencipta Kehidupan Paling Bahagia dan Romantis Di Abad Ini, Selangor: Pustaka Al- Ehsan

X. Abdul Ghalib Ahmad Isa (2011), Adab Seorang Muslimah,Selangor: Pustaka Al- ShafaXI. Puan Amina Noor (2008), Petua-petua Wanita Persoalan dan penyelesaian, Kuala Lumpur: Al-

Hidayah Publications.

19