akidah tpmuslim.tajuk 2.ctu101.jul.nov.09

41
Fhs ctu101 sem dis09- apr2010 1 Prinsip Asas Islam Prinsip Asas Islam CTU101 CTU101 Tajuk 2:Akidah Teras Tajuk 2:Akidah Teras Pembangunan Muslim Pembangunan Muslim م سل م ن ن و غ ا ب م ف رس ت دة ب ق ع م سل م ن ن و غ ا ب م ف رس ت دة ب ق ع1 Disediakan oleh Disediakan oleh Hj Fadzlullah Hj Shuib Hj Fadzlullah Hj Shuib Pensyarah CITU UiTM Pensyarah CITU UiTM Negeri Sembilan Negeri Sembilan

Upload: -

Post on 12-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Fhs ctu101 sem dis09-apr2010 1

Prinsip Asas Islam CTU101Prinsip Asas Islam CTU101

Tajuk 2:Akidah Teras Tajuk 2:Akidah Teras Pembangunan MuslimPembangunan Muslim

فمباغونن ترس فمباغونن عقيدة ترس عقيدةمسلممسلم

1

Disediakan oleh Disediakan oleh

Hj Fadzlullah Hj ShuibHj Fadzlullah Hj ShuibPensyarah CITU UiTMPensyarah CITU UiTMNegeri SembilanNegeri Sembilan

Page 2: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

TAJUK 2 CTU 101:AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM

I Pengertian & Asas2 Akidah# Dari segi bahasa;simpulan iman atau

pegangan/keyakinan yang kuat.Berakar kata “aqada” bererti menyimpul dengan kuat.Kata terbitan akidah bererti jaminan & ikat janji

# Istilah;suatu kepercayaan yang pasti & keputusan yang muktamad tanpa syak/keraguan

# Akidah bertitik tolak drp pengakuan Rububiyyah & Uluhiyah Allah SWT

2

Page 3: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM

• Akidah boleh menjurus kepada dua makna, iaitu;• Ikatan yang dapat dilihat dan dirasai oleh

pancaindera (hissi) seperti menerusi mata dan tangan. Contohnya ialah ikatan tali.

• Ikatan yang tidak dapat dikesan melalui pancaindera (ma’nawi) seperti ikatan perjanjian, perkahwinan dan perniagaan.

3

Page 4: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Akidah dari segi Istilah• Akidah boleh didefinisikan sebagai berikut:• Keimanan yang kukuh terhadap Allah S.W.T. dalam

Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma’ dan sifat-sifatNya • Keimanan kepada nilai-nilai murni yang mutlak dan

hakiki sebagaimana diwajibkan oleh Islam, terikat kukuh dalam hati sanubari seseorang, membuahkan sikap, pandangan, perilaku dan perkataan yang menepati syariat yang tidak mungkin terurai oleh sebarang paksaan perubahan suasana dan keadaan (Mohd Sulaiman, 1984)

4

Page 5: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Firman Allah S.Al-Baqarah;256

• ر3 ) ي7ك3ف4 م7ن3 ف7 ال3غ7ي9 م<ن7 د4 ش3 الر@ تAب7يAن7 د ق7 الد9ين< ف<ي اه7 إ<ك3ر7 ال7ى7 ث3ق7 ال3و4 و7ة< ب<ال3ع4ر3 ك7 ت7م3س7 اس3 د< ق7 ف7 ب<اللPه< ي4ؤ3م<ن و7 ب<الطAاغ4وت<

Tع7ل<يم Tيع م< س7 اللPه4 و7 ا ل7ه7 ام7 ص7 انف< (ال7

• Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah, 2 : 256)

5

Page 6: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Mahmud Syaltut :”al-Islam Aqidah wa Syari’ah”

Iman atau akidah merupakan pokok atau prinsip ajaran Islam. Adapun Syari’ah yang merujuk kepada amalan yang sholeh adalah cabang agama yang terhasil dari pokok atau pohon Islam itu.Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan untuk melahirkan kesempurnaan Islam.

6

Page 7: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Pengertian Iman

• Menurut Imam al-Syafie: iman merangkumi tiga perkara, iaitu;

• Percaya dengan hati• Mengaku dengan lidah• Melaksanakannya dengan perbuatan.

7

Page 8: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Pengertian Iman

• Al-Qardhawi (1985) pula berpendapat iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Iman menurutnya lagi bukan semata-mata ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pula hanya merupakan pengetahuan mengenai rukun-rukun iman.

8

Page 9: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Rumusan al-Qardhawi– Iman itu bukan sekadar pengakuan lidah semata-mata sedangkan

hatinya menolak. Orang-orang munafik mengaku beriman tetapi hakikatnya tidak.

– Iman bukan semata-mata melakukan syiar yang biasa dilakukan oleh orang-orang yang beriman sedangkan hatinya kosong dari

rasa kebaikan dan keikhlasan.– Iman bukan semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana

ramai di kalangan manusia yang mengetahui tetapi menolak– Iman memerlukan kefahaman dan keyakinan yang teguh tanpa ada

keraguan.– Iman melahirkan kepatuhan dan ketundukan dengan rela hati tanpa

rasa berat serta menerima apa yang diputuskan oleh Allah dan Rasul.

– Iman melahirkan semangat bekerja dan berkorban.– Iman melahirkan akhlak yang tinggi dengan hati yang khusu’ dan

kehidupan yang teratur serta sentiasa melakukan amal yang berguna.

9

Page 10: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

• Firman Allah SWT:• ه4م ا و7م7 ر< اآلخ< ب<ال3ي7و3م< و7 ب<اللPه< نAا آم7 ول4 ي7ق4 م7ن النAاس< و7م<ن7

ن<ين7 ؤ3م< ب<م4• ا و7م7 م ه4 س7 أ7نف4 Aإ<ال د7ع4ون7 ي7خ3 ا و7م7 ن4وا آم7 الAذ<ين7 و7 اللPه7 اد<ع4ون7 ي4خ7

ون7 ع4ر4 ي7ش3• Maksudnya:• Dan diantara manusia itu ada yang mengatakan: kami

beriman kepada Allah dan hari akhirat, sedang yang sebenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yang beriman, tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar.

• (al-Baqarah,2 : 8-9)

10

Page 11: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

• Terdapat beberapa ayat yang menjelaskan tentang ciri-ciri keimanan dan sifat mukmin yang hakiki, antaranya firman Allah SWT:

• ل7م3 Aث4م ول<ه< س4 و7ر7 ب<اللAه< ن4وا آم7 الAذ<ين7 ن4ون7 ؤ3م< ال3م4 ا <نAم7 إب<يل< س7 ف<ي م3 ه< س< أ7نف4 و7 م3 ال<ه< و7 م3

ب<أ7 د4وا اه7 و7ج7 ت7اب4وا ي7ر3ون7 اد<ق4 Aالص ه4م4 ل7ئ<ك7 و3

أ4 اللAه<• Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman

itu ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu serta berjihad dengan harta dan diri mereka pada jalan Allah. Mereka itulah golongan yang sebenarnya beriman.

• (al-Hujurat, 49 : 15)

11

Page 12: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

6 Prinsip Akidah;Sayid Sabiq• Ma’rifat kepada Allah S.W.T. Ianya meliputi Nama dan Sifat Allah serta

KeagunganNya.• Ma’rifat dengan alam disebalik alam semesta yang tidak dapat dilihat

sama ada berbentuk kekuatan kebaikan seperti malaikat dan kekuatan jahat seperti Iblis dan Syaitan. Ianya juga termasuk makhluk yang berada di alam lain seperti jin dan ruh.

• Ma’rifat dengan kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para rasul yang menjadi batas antara hak dan batil.

• Ma’rifat dengan nabi-nabi dan rasul-rasul Allah yang dipilihNya sebagai pembimbing dan petunjuk yang hak kepada seluruh makhluk.

• Ma’rifat dengan hari akhir dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan seperti alam kubur dan balasan pahala, dosa, syurga dan neraka.

• Ma’rifat kepada qada’ dan qadar yang berupa peraturan sama ada dalam penciptaan atau cara mengaturnya

12

Page 13: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM

• Iman & akidah prinsip ajaran Islam

• Syari’ah/amal sholeh adalah cabang agama natijah drp pohon Islam

• Rukun Iman & Rukun Islam asas pegangan & amalan Islam

13

Page 14: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Rukun Iman:Tonggak Akidah Islam

* Sabda Rasulullah SAW riwayat al-Bukhari & Muslim

ورسله وكتبه ومآلئكته لله با تؤمن ان هو األيمانوباليوم

تعالي الله من وشره خيره وبالقدر اآلخرYang bermaksud : Iman itu ialah bahawa engkau percaya dengan Allah,para malaikatNya,kitab-litabNya dan rasul-rasulNya,hari akhirat dan dengan penentuan ( qadha` dan qadar ) baik dan buruk itu daripada Allah SWT.

14

Page 15: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

i Apakah yang tersimpul dalam keimanan kita kepada Allah SWT itu ?

• Kepercayaan kepada Allah SWT Yang Maha Wujud ,Maha Esa atau Tunggal dan tidak ada yang serupa denganNya.( Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ikhlas ayat 1-4 )

Tد أ7ح7 اللAه4 و7 ه4 ق4ل3د4 م7 Aالص اللAه4

ي4ول7د3 ل7م3 و7 ي7ل<د3 ل7م3 Tد أ7ح7 u وا ك4ف4 لAه4 ي7ك4ن ل7م3 و7

Maksudnya:Katakanlah:Dialah Allah,Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tiada pul;a diperanakkan,dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya.

15

Page 16: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

* Beriman kepada Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. ( Firman Allah di dalam Surah al-Hasyr ayat 22-24 )

+ذ(ي ال +ه. الل ( ال ه.و1 إ 1ه1 (ل ح(يم. ال إ الر+ ح>م1ن. الر+ ه.و1 ه1اد1ة( و1الش+ >ب( >غ1ي ال (م. ع1ال ه.و1+ذ(ي ال +ه. الل ( ال ه.و1 إ 1ه1 (ل الس+ ال إ >ق.دHوس. ال >م1ل(ك. ال +ار. اله.و1 ب >ج1 ال >ع1ز(يز. ال >م(ن. >م.ه1ي ال >م.ؤ>م(ن. ال م.

.ون1 ر(ك .ش> ي ع1م+ا +ه( الل >ح1ان1 ب س. Zر. 1ب 1ك >م.ت الا 1ه. ل >م.ص1وZر. ال 1ار(ئ. >ب ال (ق. ال >خ1 ال +ه. الل م1او1ات( اله.و1 الس+ ف(ي م1ا 1ه. ل Zح. ب .س1 ي 1ى ن >ح.س> ال م1اء اال س>

>ح1ك(يم. ال >ع1ز(يز. ال و1ه.و1 1ر>ض(Maksudnya:Dialah Allah Yang Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia.Yang Mengetahui yang ghaib dan nyata.Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.Dialah Allah Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia,Raja,Yang Maha Suci,Yang Maha Sejahtera,Yang Mengurniakan Keamanan,Yang Maha memelihara,Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa,Yang Memiliki segala Keagungan.Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.Dialah Allah Yang Maha Menciptakan,Yang Mengadakan,Yang membentuk Rupa,Yang mempunyai nama2 Yang paling Baik.Bertasbih kepadaNya apa yang ada dilangit dan dibumi.Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

16

Page 17: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Apakah yang tersimpul dalam keimanan kita kepada Allah SWT itu ?

• Beriman kepada Allah SWT Pencipta alam dunia ini tempat ujian ke atas manusia dan Dia juga Pencipta alam akhirat kelak yang menjadi destinasi setiap manusia.

• Keimanan kepada Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan.Dialah penganugerah rezeki dan kepadanyalah bergantung segala yang di langit dan yang di bumi.Malah semua makhluk ini adalah milik Allah SWT.Dialah tuan empunyanya dan Dialah sahaja yang berhak mengatur perjalanannya.

• Justeru itu beriman kepada Allah SWT itu akan menghasilkan peribadatan setulusnya kepada Allah SWT yang bermakna kepatuhan yang sempurna kepada semua perintah Allah SWT serta menjauhi segala laranganNya

17

Page 18: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Apakah yang tersimpul dalam keimanan kita kepada Allah SWT itu ?

• Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT telah muncul sejak permulaan kejadian manusia lagi iaiatu dengan mengenali dan mengakui ketuhanan Allah.( Rujuk Surah al-A’raf ayat 172 ).Diikuti dengan menyembahNya yakni mematuhi ajaranNya sehingga ke tahap mencintai dan merinduiNya.

• Kalau hanya sekadar percaya adanya Allah SWT dengan tidak mempunyai tanggapan yang betul mengenai Allah SWT dan tidak menunaikan kewajipan yang sepatutnya kepada Allah SWT samalah juga dengan manusia pada zaman jahiliyyah,kerana di antara mereka ada yang mempercayai adanya Allah SWT. Mereka dianggap jahiliyyah,kerana mereka tidak melaksanakan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah SWT.Malah menyengutui Allah SWT dengan menyembah berhala dan ketua-ketua mereka

18

Page 19: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

ii. Apakah tujuan beriman kepada Malaikat ?

• Keimanan kepada para malaikat Allah adalah termasuk dalam keimanan kepada perkara ghaib. hakikatnya amat sukar ditembusi oleh akal fikiran.Walhal beriman dengan perkara ghaib adalah antara kreiteria utama orang-orang yang bertaqwa.( rujuk firman Allah SWT Surah al-Baqarah ayat 285 ).

• Malaikat adalah makhluk nurani,halus yang ghaib dan tidak dapat disaksikan dengan pancaindera,kerana ia bukanlah makhluk fizikal atau benda.Malaikat adalah makhluk Allah yang kuat serta dapat menjalankan perintah Allah SWT untuk menguruskan alam semesta dengan kudrat Allah SWT serta untuk menyampaikan perintah seerta wahyu Allah SWT ke atas pesuruh-pesuruh Allah di kalangan para rasul a.s.

19

Page 20: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Apakah tujuan beriman kpd Malaikat ?

• Malaikat tidak mempunyai nafsu serta tidak mempunyai hak untuk memilih samada untuk mematuhi atau meengingkari perintah Allah SWT.Mereka senantiasa patuh dan taat keepada Allah SWT.Mereka telah ditugaskan oleh Allah SWT dengan kewajipan2 tertentu.

• Jelas sekali hubungan para malaikat dengan manusia yang Allah SWT mewajibkan manusia Muslim beriman kepada kewujudan mereka kerana mereka berperanan ;

• # merekodkan setiap malan manusia• # mengambil nyawa manusia• # membawa wahyu Allah SWT kepada rasul-rasul Allah

a.s.• # menjadi tentera Allah untuk membantu orang-orang

yang beriman dan sebagainya.

20

Page 21: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

iii Apa perlunya manusia beriman kepada kitab Allah ?

• Kitab-kitab suci Allah SWT mengandungi pengajaran Allah SWT yang disampaikan oleh para Anbiya` dan para Rasul a.s. kepada umat manusia.Inti pengajaran itu ialah mentauhidkan Allah SWT serta menghindarkan manusia daripada kesyirikan dan kesesatan yang pasti membinasakan mereka.Adapun syari’at Allah SWT yang disampaikan dan dilaksanakan oleh para Rasul a.s. adalah untuk menyelamatkan manusia daripada kekufuran,kejahilan,kesesatan dan kebinasaan hidup di dunia dan kerugian hidup di akhirat kelak.

• Kitab suci Allah SWT sebagaimana al-Quran adalah perlembagaan hidup yang membimbing manusia Muslim dalam segenap bidang kehidupan dari aspek pembangunan diri dan keluarga sehinggalah kepada pembinaan masyarakat dan negara.Malah al-Quran menjadi asas hubungan manusia dengan Allah SWT serta hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam seluruhnya.Inilah makna hakiki kenapa kita perlu dan wajib beriman kepada kitab Allah SWT.

21

Page 22: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

iv Kenapa perlu beriman kepada para Rasul Allah a.s ?

• Para Nabi Allah yang berjumlah 124,000 orang itu dan 313 orang daripada mereka adalah para Rasul Allah a.s. merupakan manusia-manusia pilihan Allah SWT untuk membawa risalahNya untuk disampaikan dan dilaksanakannya di tengah-tengah umat manusia.

• Mereka adalah pemimpin kepada seluruh manusia yang beriman serta menjadi suri tauladan dalam segenap aspek kehidupan.Menurut al-Marhum Said Hawa di dalam kitabnya Al-Rasul a.s.,bahawa Nabi Muhammad SAW menjadi teladan ke atas ummat Islam terutama dalam empat bidang iaitu : aspek jatidiri kemanusiaan ( akhlak ),sebagai pendidik ( mu’allim dan murabbi ),sebagai ketua keluarga dan sebagai ketua negara dan masyarakat Islam.

22

Page 23: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

v Beriman kpd hari akhirat : natijah kehidupan murni insan

• Kehidupan manusia di dunia ini kosong dan hampa tanpa keimanan kepada kehidupan selepas kematian mereka.Dengan adanya kehidupan selepas mati serta hari pembalasan maka kehidupan di dunia perlu di isi dengan sebaik-baiknya menurut kehendak Allah SWT demi menghadapi penghakiman,penghisaban dan pembalasan Allah SWT.Inilah konsep yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW tentang hikmah beriman kepada hari akhirat.

• Hakikat perjalanan dan perpindahan ruh yang dijelaskan oleh al-Quran akan melalui empat alam;

• alam arwah ( sebelum sampai ke dunia )• alam syahadah ( alam dunia )• alam barzakh ( alam kubur )• alam akhirat ( hari pembalasan )• Kebangkitan semula manusia bersama jasad dan ruh di alam akhirat

menjadi tahap terpenting dalam perjalanan manusia dari Allah kepada Allah itu.Inilah ikhtisar terpenting keimanan kepada hari akhirat itu.

23

Page 24: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

vi Bagaimanakah hubungan antara ketentuan Allah SWT dengan usaha manusia melalui keimanan kepada Qadha`

dan Qadar ?

• Keimanan kepada qadha` dan qadar bermakna manusia Mu`min mempercayai bahawa segala sesuatu terjadi dalam kewujudan ini adalah menurut ketetapan dan ketentuan Allah SWT Yang Maha Adil lagi Maha Memberi Rahmat.

• Pendirian kita sebagai Ahlus Sunnah wal Jama’ah menolak golongan yang tidak mahu berusaha dan berikhtiar di dalam menghadapi kehidupan ini sebagaimana golongan Jabariyyah.Kita juga menolak golongan yang bergantung dengan usaha dan ikhtiar.Golongan Qadariyyah ini berfahaman bahawa manusia bebas semahu-mahunya dalam penentuan nasib mereka.

24

Page 25: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Bagaimanakah hubungan antara ketentuan Allah SWT dengan usaha manusia melalui keimanan kepada Qadha`

dan Qadar ? Kita sewajibnya berpendirian bahawa beriman dengan qadha` dan qadar

bermakna kita hendaklah berusaha dan berikhtiar menurut apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.Selanjutnya kita

berserah,bertawakkal kepada Allah SWT didalam mempertimbangkan dan memperhitungkan usaha kita itu.Mudah-mudahan kita mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang diredhai Allah SWT.Inilah maksud

firman Allah di dalam Surah al-Ra’d ayat 11,Surah Ali Imran ayat 159,Surah al-Najm ayat 32.Tegasnya kerahmatan Allah lah yang akan memasukkan kita ke dalam golongan yang diredhaiNya sehingga kita

beriman dan beramal sholeh dengan rahmatNya.Sebaliknya hanya dengan keadilan A!llah pula yang telah memberi peluang kepada kita

untuk beriman dan beramal sholeh tetapi manusia tidak mengambil peluang itu maka dimasukkan mereka ke dalam golongan yang

dimurkaiNya wal ‘IyazzubiLlah.

25

Page 26: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Pembinaan Dan Pengukuhan Akidah

• Umat Islam pada hari ini amat memerlukan kepada pemurnian dan pembinaan akidah. Sekiranya pembangunan akidah dan kebendaan tidak seimbang maka potensi manusia tidak dapat dibangunkan dengan sempurna. Oleh itu, semua pihak haruslah prihatin dan berusaha mengatasi masalah keruntuhan akidah umat Islam hari ini.

26

Page 27: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Langkah-Langkah Pengukuhan Dan Pemantapan Akidah

• Pendidikan agama • Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Soleh• Mu’ahadah (perjanjian)• Muraqabah • Muhasabah • Mu’aqabah • Mujahadah

27

Page 28: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Akidah.

# Riddah atau murtad # Syirik # Kufur # Khurafat /Ajaran sesat

28

Page 29: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Langkah2 mengatasi masalah tersebut ialah:

• Memperkukuhkan keimanan dan akidah umat Islam melalui budaya ilmu.

• Melazimkan diri dengan ibadat-ibadat wajib secara berterusan dan penuh kesungguhan.

• Menghindari diri dari bersahabat dengan orang yang melakukan maksiat.

• Mengelak dari mengunjungi tempat-tempat maksiat.• Mempelajari ajaran Islam melalui sumber yang benar

dan orang yang berwibawa untuk mengelakkan dari terjerumus ke dalam ajaran sesat.

29

Page 30: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

III Rukun-rukun Islam & Implikasinya dalam kehidupan Muslim

Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim/Hadis Jibril a.s. ص الله رسول ل فقا االسالم عن أخبرني محمد يا

أن رسول االسالم محمد وأن الله اال اله ال أن تشهدوتحج ن رمضا وتصوم الزكاة وتؤتي الصالة وتقيم الله

سبيال اليه استطعت ان البيتMafhumnya : Beritahukan kepadaku ( Wahai Muhammad ) tentang

Islam ! Rasulullah menjawab : Engkau mengakui bahawa tiada Tuhan selain A!llah,Muhammad adalah Rasulullah,mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke BaytuLlah jika engkauu berkeupayaan pergi kepadanya.

30

Page 31: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Rukun-rukun Islam & Implikasinya dalam kehidupan Muslim

• Dr Abdul Karim Zaydan di dalam kitabnya Usul al-Da’wah menjelaskan hadis tersebut merupakan asas pengertian Islam yang hakiki.Terdapat tiga pengakuan terpenting yang terangkum dalam hadis terseebut :

• Pengakuan tiada Tuhan selain Allah SWT• Pengakuan terhadap kerasulan Nabi Muhammad

SAW• Pembuktian terhadap pengakuan itu dengan amal

sholeh yang terdiri daripada sembahyang ,puasa,zakat dan haji.

31

Page 32: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Rukun-rukun Islam & Implikasinya dalam kehidupan Muslim

• Rukun Islam yang lima ini menjadi asas dan simbol kepada tertegaknya sistem hidup Islam yang merangkumi :

• Sistem akidah (kepercayaan / pegangan )• Sistem syariah ( ibadah dan mu’amalah )• Sistem akhlak ( sistem nilai Islam )

32

Page 33: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

1.Syahadatayn• Syahadah yang pertama ialah pengakuan kita terhadap sistem akidah

Islam yang berlandaskan keimanan kita kepada Allah S!WT sebagai Tuhan Yang Maha Menciptakan serta yang berhak disembah,dipuji dan dipuja.Dialah Tuhan Yang Maha Mengatur dan Mentadbir seluruh makhluk dan alam ciptaanNya itu.Syahadah kita yang kedua pula adalah pengakuan dan pengiktirafan kita terhadap sistem syari’ah Islam yang dibawa,disampaikan dan dilaksanakan dengan sempurnanya oleh Nabi Muhammad SAW.Sehubungan ini syari’ah Islam merangkumi sistem peribadatan kita kepada Allah SWT atau hubungan dengan Allah SWT yang diistilahkan sebagai ibadah.Aspek kedua syari’ah ialah sistem perhubungan sesama manusia yang diistilahkan seebagai mu’amalah yang meliputi sistem pemerintahan,sistem perekonomian dan sistem kemasyarakatan yang telah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW disepanjang pelaksanaan tugasnya sebagai Utusan dan Pesuruh Allah SWT.

33

Page 34: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

2.Sholat• Amal sholeh yang dituntut selepas bersyahadah itu diasaskan oleh :• Sholat atau sembahyang lima waktu / kali sehari semalam : Terdapat

berbagai dimensi ibadah sembahyang yang merupakan ibadah kerohanian ( ruhiyyah ).Di dalamnya terdapat doa sebagai interaksi kita dengan Allah SWT.Dalam sholat adanya konsep kepimpinan imam ke atas makmumnya,konsep berjama’ah,konsep penjagaan masa,disiplin diri,kepatuhan kepada Allah,konsep kebersihan zahir dan batin.Sehingga ciri pertama kejayaan orang-orang yang beriman ialah orang-orang khusyu` di dalam sholatnya.( Rujuk surah al-Mu`minun ayat 1 ).Malah Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa sembahyang itu adalah tiang agama.

34

Page 35: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

3.Zakat Zakat pula menurut ‘Afif Tabarah di dalam kitabnya Ruh al-Din al-Islami adalah ibadah kehartaan ( Maliyyah ) yang merupakan dimensi terpenting

dalam kehidupan manusia.Zakat juga bermakna kesuburan jiwa Muslim dengan sifat-sifat dermawan,keperihatinan ,peersaudaraan dan

peengorbanan.Muslim boleh beerjihad menegakkan Islam melalui harta yang dipinjamkan dan diamanahkan Allah kepada mereka.Harta benda

juga adalah fitnah dan ujian Allah SWT ke atas manusia yang beriman.Mertabat Islam boleh ditinggikan dengan penguasaan umat Islam ke atas harta beenda.Oleh yang demikian institusi kehartaan Islam seperti

Institusi zakat,Baytul Mal,Perbankan Islam,Takaful Islam,Wakaf dan berbagai dana perekonomian Islam menjanjikan kemenangan dan

kemuliaan orang-orang yang bertaqwa di bumi Aallah SWT ini, dengan syarat ia hendaklah dilaksanakan dan diuruskan secara berhemah dan

berhikmah.

35

Page 36: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

4.Syiyam/Puasa• Al-Shiyam atau puasa di bulan Ramadhan.Ibadah dan amal sholeh ini

sebenarnya menjadi lambang ketahanan dan kekuatan diri orang-orang yang beriman yang diistilahkan sebagai orang-orang yang bertaqwa.Ketaqwaan kepada Allah SWT boleh dicapai melalui latihan membina daya dan kekuatan kesabaran yang menjadi intipati ibadah ini.Puasa dalam konteks ini merupakan usaha menahan diri dari makan dan minum di siang hari bulan Ramadhan sejak terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari di permulaan malam.Malah lebih jauh dari itu berpuasa juga merangkumi segala perkara yang membatalkan puasa serta berusaha menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala serta mengurangi fadilahnya seperti makan dengan banyak ketika berbuka,meengumpat dan meemfitnah serta berdusta.Secara amnya ibadah ini menjadi suatu simbol latihan kejiwaan dan latihan mental dan fizikal yang amat besar maknanya dalam melahirkan kekuatan dalaman manusia Muslim untuk berdepan dengan berbagai cabaran hidup yang begitu hebat melanda keimanan dan pegangan hidupnya.

36

Page 37: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

5.Haji Ibadah Haji pula merupakan kemuncak pelaksanaan rukun-rukun Islam.Ia

merupakan ibadah yang mempunyai dimensi kerohanian yang mendalam.Disamping mempunyai dimensi kesatuan masyarakat Islam

global.Pelaksanaan Ibadah ini akan mengembalikan umat Islam ke pangkuan sejarah perjuangan para Anbiya` a.s. Terutamanya Nabi Ibrahim

dan keluarganya.Sedangkan dalam hal ini Nabi Muhammad SAW telah mewarisi kenabian dan kepimpinan dari Nabi Ibrahim yang bergelar

kekasih Allah itu.Falsafah dan hikmah Haji yang bermakna kita menuju ke BaytuLlah di kota suci Makkah al-Mukarramah untuk melaksanakan

ibadah yang khusus yang telah dimulai oleh bapa seluruh manusia iaitu Adam a.s. serta tonggak sejarah haji ialah Nabi Ibrahim dan ahli

keluarganya.Ibadah ini disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW bersempena dengan kemenangan Islam atau Fath Makkah.Bermakna

Islam itu telah mencapai kegemilangannya dengan izin Allah SWT melalui perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya

yang diredhai oleh Allah SWT.

37

Page 38: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Rumusan• Tegasnya rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam yang kita imani dan

kita hayati ini adalah momentum serta pemangkin kepada kehidupan Islam yang mantap.Pendek kata seandainya rukun-rukun ini gagal difahami dan dihayati akan timbul kekeliruan dan kekacauan dalam kehidupan harian kita.Malah ia memberi kesan negatif kepada seluruh kehidupan kita sebagai Muslim.Sebaliknya kejayaan kita memahami serta menghayati rukun-rukun ini serta menghubungkannya dengan kegiatan hidup kita seharian akan menjamin kejayaan,kecemerlangan dan ketrampilan kita sebagai Muslim Mu`min yang hakiki.Di sinilah letaknya maksud hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud Islam itu adalah sentiasa tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam.

• والسالم والهدايه التوفيق وبالله

38

Page 39: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Rujukan• Abdul Aziz.1982.. Kebersihan Iman dan Tauhid. Surabaya:PT Bina Ilmu• Abdul Ghani Asykur. 1987. Membuka Rahsia Alam Malaikat. CV Bintang Pelajar• Abdul Hadi Awang. 2007. Beriman Kepada Malaikat dan Kitab. Selangor: PTS Islamika.• Abdul Jalil Hj Borhan. 1991. Rukun Iman, Huraian dan Pecahannya. Kuala Lumpur: Mahir

Publications Sdn Bhd• Abdul Karim Zaidan. 1979. Dasar-dasar Ilmu Dakwah. Terj. H.M. ‘Asy-Syukur LC. Jilid 1.

Kuala Lumpur: Media Dakwah• Abdullah Ishak. 1993. Iman dan Bekalan Abadi. Kedah: Dar al-Ulum• Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Syariah Islam, Fiqh dan Sumber-sumbernya. Terj. Abdul

Rashid Daud. Kuala Lumpur: Pustaka Salam• Abu A’la al-Maududi. 1988. Cara Hidup Islam. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar• Abu Ja’fat Umar al-Qazwani, al-Imam. 1996. Ciri-ciri Iman. Johor Bharu: Perniagaan

Jahabersa• Abu Urwah. 1988. Asas-asas Kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.• Abu Urwah. 1990. Konsep-konsep Umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.• Asmuni Syukir. 1403H. Iman Dan Taqwa Berdasarkan

39

Page 40: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

Rujukan• Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan• Ibrahim Muhammad Bin Abdullah al-Buraikan. 2001. Pengantar Pengajian Akidah Islam.

Selangor: Pustaka Dini Sdn Bhd.• Jakim. 2002, Modul Pengukuhan Akidah. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia

Berhad.• Muhammad Na’im Yasin. T.t. Yang Menguatkan Yang Membatalkan Iman, Kajian

Terperinci Dua Kalimah Syahadah. Jordan: Darul Furqan.• Muhammad Uthman El-Muhammady M.A. 1982. Memahami Islam, Insan, Ilmu dan

Kebudayaan. Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.• Sayid Sabiq. 1980. Akidah Islam. Bandung: Diponegoro.• Sayyid Abdullah Husuain. 1985. Menyingkap Kehidupan Malaikat, Jin, Syetan dan Manusia.

Indonesia: Penerbit Husaini Bandung.• Sayyid Quthub. 1982. Petunjuk Jalan Yang Benar. Terj. Drs Zakaria Adham. Bandung:

Penerbit Husaini Bandung• Sayyid Quthub. 1980. Salah Faham Terhadap Islam. Terj. Hesri. Bandung.• Udah Mohsin. 1987. Kesan Ibadah Dalam Pembentukan Akhlak Seorang Muslim. Selangor:

Hizbi• Yousuf Al-Qaradawi. 1977. Iman dan kehidupan. Terj H.Fachruddin Hs. Jakarta:Bulan

Bintang

40

Page 41: Akidah TPMuslim.tajuk 2.CTU101.Jul.nov.09

بالصواب اعلم والله

رب – لله والحمدالعالمين

41