falsafah pendidikan barat (edmodo)

11
Falsafah Pendidikan Barat Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah perenialisme dan essensialisme.Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialahprogresivisme, rekonstruktivisme, dan eksistensialisme. Perenialisme Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder (I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis. Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruh materialisms,pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas utama dalam proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di samping mengembang potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahan- bahan tulisan agung dari masa lampau merupakan tugas yang penting bagiseseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat, melalui pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikir seperti mereka. Maka, tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu membaca, menulisdan mengira, serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karyaagung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan. Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.

Upload: loki-serizawa

Post on 26-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

falsafah pendidikan barat

TRANSCRIPT

Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialahperenialismedanessensialisme.Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialahprogresivisme, rekonstruktivisme,daneksistensialisme.

PerenialismePerenialisme berasas daripadafalsafah tradisionalyang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder (I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis.

Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruhmaterialisms,pragmatisme dan fahaman sains,nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasionalindividu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripadaitu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas utama dalam prosespendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di sampingmengembang potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahan-bahantulisan agung dari masa lampau merupakan tugas yang penting bagiseseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat, melalui pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secaratidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikirseperti mereka. Maka, tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral,menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitumembaca,menulisdanmengira,serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karyaagung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan.Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan kemanusiaan,termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklahdipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.

EssensialismeEssensialisme pula berasas daripadafalsafah tradisional.Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafahidealismedanrealisme.Falsafah pendidikanessensialismeini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.

Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalammasyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikappimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagaipengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran danpembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakanakademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologiperkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme,ilmu diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada kerajinan dantumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci kejayaan dalampembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguhdaripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar hendaklahmemahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di dalambidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum sekolahhendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahanpelajaran hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti pengajarandan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikutsekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkansecara rapi mengikut pencapaian peperiksaan.

Di dalam peringkat sekolahrendah, pendidikan 3M, (iaitumembaca, menulisdanmengira)merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan sepertisejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang kurangpenting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus hendaklahdiperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi.Seperti sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialahpendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan matapelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktivitikokurikulum).Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.

Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas Jadual di bawah merupakan pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini.

Progresivisme

a) KurikulumMazhab progresivisme menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori. Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Justeru itu, perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka.

b) Pendidik Dalam mazhab progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat dicambah. Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

c)Kaedah Mengajar

Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung melahirkan murid-murid yang aktif dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah mengajar yang disyorkan bagi mazhab progresivisme ini iaitu :

1.Menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif2.Melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling3.Pengalaman langsung dengan penglibatan murid

Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalan-soalan guru. Aplikasi daripada mazhab progresivisme dapat dilihat dalam salah satu tunjang KSSR yang menekankan mengenai Sains dan Teknologi dimana guru-guru perlu mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains melalui pembelajaran dalam kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan pengalaman langsung di luar kelas.

Rekonstruktivisme

a)KurikulumMazhab rekonstruktivisme mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat. Mazhab ini juga berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas yang membentuk pegangan kepada diri. Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi penekanan terhadap pembentukan masyarakat itu sendiri. Kurikulum pendidikan dalam mazhab ini mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial. Terdapat beberapa bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu :

1.Sosial (Contoh : Kajian Sosial)2.Isu-isu tempatan3.Isu-isu antarabangsa

Dapat dilihat di sini bahawa terdapat persamaan antara kurikulum daripada mazhab ini dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk memantapkan sahsiah dan moral pelajar. Tunjang ini amat penting dalam usaha melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dalam aspek sosial.

b)PendidikGuru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat kreatif dan inovatif. Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi satu gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu sosial, isu tempatan dan antarabangsa. Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh guru seiring dengan matlamat yang mahu mengasaskan corak budaya baharu dan pembentukan semula masyarakat. Dari aspek pendidikan di Malaysia, fungsi guru juga mempunyai peranan sama seperti guru yang membawa mazhab rekonstruktivisme ini. Perkara ini jelas dilihat dalam kelas di mana guru sebagai bertindak mengawal kelas dalam suasana pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am.

c)Kaedah mengajarKaedah mengajar bagi mazhab ini ialah berpusatkan murid di mana murid-murid diberi penekanan mengenai kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah sepeti :

1.Aktiviti2.Sumbangsaran3.Main peranan4.Simulasi

Kaedah-kaedah ini mempunyai fungsi utamanya dengan murid sebagai penggerak utama. Aktiviti kurikulum yang dijalankan dalam kelas bukan sahaja berpusatkan guru mala, mesti berpusatkan pelajar sekali kerana pelajar sebagai penerima ilmu tidak boleh bersifat statik dalam mencerna ilmu malah perlu bersikap lebih terbuka untuk memperluas skop sesuatu ilmu itu.

Eksistentialisme

a) Kurikulum

Mazhab ini lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli eksistentialisme bepegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif serta hanya bergantung kepadaa individu-individu berkenaan untuk ditafsirkan. Tidak ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana mereka percaya bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan diri sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa matapelajaran yang dianggap relevan seperti pendidikan seni, kesusasteraan dan drama.

b) PendidikGuru merupakan individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan dan emosi dalam pembelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran yang diikuti dengan minat daripada pelajar dan memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu kepuasan belajar. Dengan ini, para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan aktif, sesuai dengan kecenderungan terhadap pilihan pembelajaran mereka.

c) Kaedah mengajarDisebabkan tiada kurikulum khusus bagi para pelajar dalam mazhab ini, kaedah mengajar yang digunakan ialah berpusatkan aktiviti dan pelajar . Menurut Choong Lean Keow (2008) , main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam.

Essensialisme

2. Moden

Progressivisme Rekonstruktivisme Eksistentialisme*************

TradisionalA. Perenialisme Konsep : ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah. Matlamat pendidikan : untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau dan tidak mempunyai had masa. Tumpuan : a. jenis kurikulum : bidang kemanusiaan dan kesusasteraan - mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. mata pelajaran yang disyorkan - bahasa, sastera, matematik, seni dan sains. b. peranan guru : menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan, mendisiplinkan murid. c. kaedah mengajar : didaktik. d. peranan murid : berusaha memperoleh ilmu mengikut kemampuan masing-masing.B. Esensialisme Konsep : menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahi masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan pragmatik. Matlamat pendidikan : pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya. Tumpuan : a. jenis kurikulum : Kemahiran asas - 3M. Mata pelajaran wajib - sains, sejarah, seni, muzik. b. peranan guru : berwibawa dalam p&p. kawal bilik darjah. rol model kepada anak murid. c. Kaedah pengajaran : didaktik. d. Peranan murid : rajin belajar, menumpukan perhatian dan usaha kepada ajaran guru.*************ModenA. Progresivisme Konsep : Ilmu sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini. Matlamat Pendidikan : untuk menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Tumpuan : a. Jenis kurikulum : Kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang diminati agar pembelajaran lebih berkesan dan kebolehan serta potensi murid dapat dimaksimakan. b. Peranan guru : Pembimbing dan membantu anak murid. Pengurus pengajaran. c. Kaedah mengajar : pendekatan induktif .Kaedah mengajar yang disyorkan. - pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan induktif dan berpandukan kaedah saintifik. - kerja makmal dan eksperimen. - pengalaman langsung dengan persekitaran. d. Peranan murid : Mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru.B. Rekonstruktivisme Konsep : Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru. Matlamat Pendidikan : mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial. Tumpuan a. Jenis kurikulum : Bidang sains sosial. b. Peranan guru : Agen perubahan dan pembaharuan. c. Kaedah mengajar : Kaedah berpusatkan murid. d. Peranan murid : mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba.C. Eksistensialisme Konsep : Individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Matlamat Pendidikan : tidak digariskan. Tumpuan a. Jenis kurikulum : tiada mata pelajaran khusus. Matapelajaran estetika dan falsafah difikirkan relevan. b. Peranan guru : pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi murid. c. Kaedah mengajar : berpusatkan aktiviti dan murid. d. Peranan murid : melibatkan diri secara aktif.